Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Menyedarkan Umat Islam sekarang

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Sat May 16, 2009 11:08 am

Dalam usaha menyedarkan umat Islam sekarang, ayat-ayat Quran perlukan difahami ikut keadaan realiti sekarang, bukannya ikut zaman selepas Nabi Muhammad berjaya tegakkan Islam. Zaman baginda itu, umat Islam waktu itu mendapat kedudukan umat terbaik. Tetapi realiti keadaan sekarang sudah terbalik. Umat Islam sekarang adalah umat yang paling hina dan lemah di muka bumi dengan cerita pembunuhan/peperangan sesama sendiri, perebutan kuasa, berpecah-belah pasal hukum agama sehingga wujud puak-puak yang taksub pada seseorang tok guru atau fahaman agama. Malu terasa di hati bila tengok keadaan umat yang tak macam manusia lagi, tetapi macam haiwan di rimba.

Ada manusia yang berbangga pergi solat Jumaat, tetapi mereka jadikan mimbar Jumaat untuk mengutuk-keji sesama sendiri untuk berebut kuasa politik. Itu belum yang pergi hanya untuk melelapkan mata kerana khutbah yang lesu dan tidak bersemangat. Mereka tidak berani mewujudkan ajaran agama secara perbincangan, tetapi sekadar komunikasi satu hala, di mana golongan yang berbangga diri rasa ilmu agamanya tinggi hanya boleh berkata, yang manusia lain hanya menurut membuta-tuli sahaja. Bukankah agama itu hak individu, lebih-lebih lagi yang melibatkan hubungan manusia dengan Allah?

Jika melibatkan hubungan manusia dengan manusia, logiklah ditetapkan ikut persepakatan ramai seperti hal nikah-kahwin, pembahagian harta, jenayah dan kenegaraan. Tetapi jika melibatkan hubungan individu dengan Allah, setiap orang yang beriman, dia kena hormati hak individu tersebut nak melakukan agama yang terbaik untuk dirinya. Sebab itulah Al Quran ada sebut, "tiada paksaan dalam agama". Yang boleh ditetapkan guna undang-undang adalah untuk sesuatu yang melibatkan hal-hal kepentingan umum sahaja, supaya masyarakat boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Itulah Islam yang sebenar.

Kebebasan menyampaikan pendapat juga hak yang diajar dalam Al Quran. Dan setiap manusia bebas nak pilih pendapat mana yang dia rasakan terbaik. Selagi tidak menyampaikan fitnah terhadap mana-mana individu, selagi itulah manusia bebas menyampaikan pendapat berbentuk nasihat. Hanya orang kafir sahaja Allah panaskan hati mereka bila dengar nasihat. Sebab itu bila kita sampaikan nasihat umat demi membangkitkan umat agar nasibnya terbela, orang kafir yang taksub pada amalan nenek moyang itulah yang terasa ditujukan kepada mereka.

Siapa yang panaskan hati orang kafir itu? Sudah pastilah Allah, sebab Allah sahaja nampak dalam hati manusia mana ada kekafiran dan hati manusia mana yang beriman. Bagi golongan beriman, jika datang nasihat yang disokong oleh hukum Allah yang Allah tetapkan, sudah pasti memberi kegembiraan kepada mereka kerana mereka adalah orang yang berpegang pada sesuatu yang mudah diterima akal. Tetapi bagi golongan kafir, nasihat itu cukup dibencinya, kerana bercanggah dengan amalan nenek moyang mereka. Allah bakar hati kaum kafir itu dengan perasaan benci dan amarah.

Nasib laa...siapa suruh simpan kekafiran dalam diri. Macam mana Allah tidak azab mereka dengan kepanasan hati. Itu baru kepanasan api di dunia, kepanasan akhirat lagi tinggi suhunya dan berkekalan seperti mana mereka kekal dalam kekafiran akibat menanam perasaan marah dan benci bila dengar nasihat.

bersambung... Smile


Last edited by Adli on Tue May 19, 2009 1:47 am; edited 1 time in total

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Sat May 16, 2009 11:33 am

Untuk mendapat kesedaran pengajaran ayat Quran, cuba kita ganti perkataan yang tertuju kepada kaum lain kepada perkataan yang berkaitan dengan umat Islam. Barulah ada perasaan nak muhasabah diri dan insaf. Sesiapa yang dapat kepanasan hati, itu tandanya Allah campak mereka dalam api. Tetapi sesiapa yang berlapang dada dan mendapat keinsafan seterusnya bertaubat, itulah manusia yang bakal mendapat syurgaNya. Dan siapakah yang lebih tepat menyempurnakan janjinya selain Allah?

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Al Quran, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Katakanlah: "Hai orang-orang yang menganut "agama Islam", jika kamu mendakwakan bahwa sesungguhnya kamu sajalah kekasih Allah bukan manusia-manusia yang lain, maka harapkanlah kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang benar."

Mereka tiada akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Pengajaran dari surah Al Jumu'ah ayat 5~8)


Orang yang berdusta, tidak mengharapkan menemui mati. Tanda-tandanya, jika mereka bersendirian di malam hari untuk mengingati mati, pasti mereka akan takut. Sebab itu mereka cuba jauh dari berfikir, melainkan menghabiskan masa untuk lalai mengingati mati.

Tetapi bagi golongan beriman, mereka jadikan kesunyian malam untuk berkhalwat dengan Allah iaitu berfikir pasal Keagungan Allah yang mampu dilihat daripada ketetapan hukum yang wujud di alam semesta ini. Seperti apabila melihat bangsa yang bijak berfikir mengkaji alam, Allah tetapkan jadi kuat dan berkuasa di muka bumi, dan bangsa yang pemalas berfikir mengkaji alam dan lebih suka menurut membuta-tuli, Allah tetapkan jadi lemah dan tidak berkuasa di muka bumi, maka golongan beriman merasa kerdil terhadap Allah. Manusia tidak boleh lawan ketetapan asas yang Allah cipta ini, sebab itu kaum yang b0doh, Allah tidak jadikan mereka berkuasa di muka bumi.

Itulah ketetapan atau hukum asas yang Allah peringatkan kepada manusia sesuai dengan ayat Al Quran yang terawal mengajak manusia belajar kenal Allah Yang Mencipta. Sebab segala yang tercipta datangnya dari ilmu Allah. Terpulanglah kepada manusia itu untuk taat kepada hukum asas yang Allah tetapkan untuk seorang manusia. Jika manusia itu hendak hidup yang terbaik bagi dirinya, sudah pasti dia akan berusaha menjadi seorang yang bijaksana. Hanya orang kafir sahaja yang suka hidup dalam keb0dohan.

Begitulah pengajaran ayat-ayat Quran yang boleh mendapatkan kesedaran dan keinsafan (bagi yang mahu insaf) setelah melihat nasib malang dan hina umat Islam sekarang. Bukan Allah sengaja nak malangkan dan hina umat Islam sekarang, melainkan untuk mereka lawan penyakit berbangga diri merasakan diri mereka sahaja kekasih Allah dan Nabi yang mereka puja itu sahaja kekasih Allah. Sedangkan Kasih Allah itu luas tidak kira bangsa dan makhlukNya. Asalkan manusia itu taat kepada apa yang Allah tetapkan pada alam ini, maka sudah pasti manusia itu dikasihi Allah biarpun golongan kafir yang menurut amalan nenek moyang itu membencinya.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Sat May 16, 2009 3:04 pm

Ikut realiti yang berlaku di muka bumi sekarang ini, kita melihat kaum yang akal mereka setaraf keldai tidak mempunyai kekuatan. Allah hanya angkat kaum yang memartabatkan diri mereka sebagai manusia iaitu manusia yang membangunkan tahap mentaliti mereka.

Hukum Allah ini tidak mampu diubah oleh manusia mana sekalipun, biarpun mereka mengaku beragama benar ikut apa yang Allah ajar. Sekadar akuan mulut, semua manusia boleh mengaku. Orang kafir yang ikut amalan nenek moyang terdahulu pun kata mereka beragama benar. Tidak apa manusia mengaku dirinya kafir.

Namun, apabila Allah melaksanakan ketetapanNya, Dia bukan lihat pada akuan mulut seseorang manusia itu, tetapi pada apa yang dipraktikkan untuk kebaikan dirinya sendiri. Orang yang sentiasa berfikir dan rajin mengkaji mencari jawapan yang logik atau masuk akal, sudah pasti Allah angkat mereka berbanding kaum yang main pakai turut membuta-tuli atas sangkaan mereka, apa yang mereka terima itu semestinya benar. Kaum kafir terdahulu yang menentang seseorang Rasul dahulu bukannya kerana mereka dijadikan dari keturunan kafir, tetapi kerana sikap beragama tak guna akal sahaja.

Bumi melihat bagaimana Allah angkat kaum yang berpegang pada hukum-hukum alam (sains) dan menghinakan kaum yang malas mengkaji alam ini. Kaum yang malas mengkaji alam ini beranggapan Allah cipta langit dan bumi ini secara main-main. Mereka tiada kesedaran nak fikir kenapa Allah ciptakan adanya planet lain selain bumi. Mereka tiada kesedaran nak fikir kenapa Allah cipta banyak bintang di langit selain bintang terdekat iaitu matahari. Mereka tidak suka berfikir untuk meneroka alam Allah yang luas ini kerana sibuk berebut kuasa di muka bumi.

Otak kaum kafir itu sempit. Bagi mereka, bumi untuk manusia ini setakat bumi yang didiami sejak zaman nenek moyang mereka dahulu. Mereka tidak terfikir bahawa Allah luaskan bumi manusia ini ke planet-planet lain.

Namun, nak capai tahap layak meneroka planet lain, perlulah manusia itu rajin berfikir dan mengkaji. Macam juga manusia dahulu nak layak meneroka benua lain, mereka kena bebaskan diri dari amalan nenek moyang mereka. Kaum Eropah selepas berjaya melawan amalan nenek moyang yang membelenggu akal mereka, Allah anugerahkan mereka ilmu untuk meneroka benua lain. Sehingga keseluruhan bumi ini telah mereka terokai dan pernah menjajahnya.

Di sisi kaum Islam yang berbangga diri mereka sahaja kekasih Allah, kaum Eropah itu musuh. Sedangkan di sisi Allah, kaum inilah yang banyak mengkaji dan mencipta alat yang bermanfaat untuk kehidupan manusia. Berapa banyak bayi-bayi yang tidak cukup bulan mampu diselamatkan dengan alatan yang dicipta untuk menyokong kehidupan bayi yang ada antaranya lahir seberat 500gram.

Begitulah nilai kepandaian ilmu alam (sains) sehingga bangsa yang bijak sains Allah letakkan pada kedudukan yang mulia berbanding bangsa yang pemalas belajar sains dan suka berpegang pada dusta. Di muka bumi lagi kita lihat kaum yang menyembah seseorang Nabi itu dihina dan dibuli oleh kaum yang bijak sains. Bukan Allah sengaja nak hina kaum yang menyembah Nabi itu. Kalau betullah kaum yang bijak sains itu buat kerosakan di muka bumi, sudah pasti mereka itu akan diazab. Tetapi lihatlah, kaum mana yang banyak kena gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan hampir kehidupan mereka. Semua itu Allah takdirkan bukan untuk main-main, melainkan untuk mengajak manusia kembali menyembah Allah sahaja, bukan jadikan seseorang Nabi itu sekutu Allah dalam membuat ketetapan.

Segala ketetapan yang disampaikan oleh seseorang Rasul itu, pasti ada logik yang boleh dicapai bila manusia berfikir. Sebab itulah bila kita kaji ayat-ayat Quran biarpun yang diterjemahkan, pengajarannya adalah suatu yang masuk akal. Mudah difikirkan kebenarannya.

Apabila Nabi Muhammad sampaikan bahawa manusia boleh tembus penjuru langit dengan adanya kekuatan yang besar, depan mata sudah kita lihat berapa banyak roket telah pergi ke ruang angkasa. Semua itu hanya mampu dicapai oleh bangsa yang memiliki kekuatan intelektual dan spiritual. Bangsa yang setaraf keldai yang membawa kitab, mereka tidak mampu tembus ke langit. Begitulah benarnya janji Allah, biarpun orang kafir musyrik tidak percaya sebab mereka sama macam orang kafir terdahulu yang beragama tanpa guna akal. Main pakai turut membuta-tuli.

Mereka tidak sedar yang Allah nampak kekafiran dalam hati mereka. Sebab itu mereka panas hati bila diperingatkan dengan hukum yang realiti berlaku di alam semesta ini. Mereka tidak percaya kepada Allah dan tidak yakin Allah itu wujud, sebab bagi mereka wujudnya Allah itu kena lihat guna mata kasar, bukannya wujud secara logik.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Anak_Pejuang on Sat May 16, 2009 6:14 pm

Adakah ini sebabnya tak solat jumaat yang diwajibkan oleh ALlah dalam al Quran?

Anak_Pejuang
Siswa-Siswi

Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1357
Registration date: 2008-10-16

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by semut api on Sun May 17, 2009 9:22 am

menyedarkan diri sendiri dulu lebih penting dan utama scratch study

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Gelembong on Tue May 19, 2009 1:36 am

[quote="Adli"]
Dalam usaha menyedarkan umat Islam sekarang, ayat-ayat Quran perlukan difahami ikut keadaan realiti sekarang, bukannya ikut zaman


Satu lagi kenyataan yg mengelirukan. Ni bukan usaha nak menyedarkan sebaliknya nak menjahanamkan!


Inilah hasil dari buah tangan org yg terlalu taksub dgn otaknya. Dari apa yg dipetik, dapat difahami Al-Quran seolah2x hanya diturunkan utk zaman tertentu sahaja. Juga memberi maksud hanya ayat2x tertentu jek yg sesuai dan boleh digunakan.


Kenapa Adli tergamak membuat kenyataan sedemikian rupa terhadap Al-Quran!!. Jangan sesekali kita bersikap 'BURUK ADAB' terhadap Allah dgn kata2x yg menghina. Al-Quran tu bukan seperti buku atau novel. Ia adalah 'KITABULLAH'.


Pastikan berfikir dahulu dgn tenang sebelum menulis 'buah fikiran' tu. Elakkan dari menulis sesuatu yg tidak rasional. Berhati2xlah tuan.

Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Tue May 19, 2009 2:00 am

Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang b0doh. (Al A'raaf:199)

Kaum yang b0doh adalah kaum yang Allah sudah tunjukkan kedudukan mereka yang lemah dan hina berbanding bangsa lain, tetapi mereka masih perasan berbangga diri umat terbaik macam zaman Islam terdahulu.

Mereka bila diberi peringatan, bukannya nak insaf. Sekadar quote "bukannya ikut zaman", terus dikatakan menjahanamkan. Apa punya hujah. Bawa bukti yang logik sikit. Cakap kalo ikut emosi, memang takde logiknya.

Begitulah bila manusia itu terlalu taksub pada ajaran nenek moyang mereka, diajak berfikir pun dikatakan taksub pada otak. Kan ke tak logik kata-kata mereka itu. Abis tu apabila Al Quran suruh berfikir, maka Al Quran itu ajaran yang suruh taksub pada otak la ya?

Pelik betul tahap pemikiran mereka. Nak umpamakan setaraf binatang ternak, tahu pula mereka melenting. Tapi cara hujah mereka, tak logik dan rasional langsung.

Mereka buat andaian sendiri bahawa Al Quran itu seumpama novel. Padahal di sisi golongan beriman, Al Quran itulah kitab yang menyedarkan manusia. Malangnya kaum menurut amalan nenek moyang itu tidak dapat pun kesedaran dari ajaran Al Quran sehingga umat sudah lemah dan mudah dibuli pun mereka masih tak sedar-sedar diri. Dah tahap mereka bukan manusia lagi.

Seorang manusia, bila diberi peringatan berdasarkan bukti yang nyata (melihat keadaan lemah umat sekarang), sudah pasti datang keinsafan nak perbaiki diri. Ini tidak. Makin dinasihati, makin menjadi-jadi keb0dohannya.

Begitulah jadinya bila beragama sampai tahap menyekutukan Allah dengan jadikan seseorang Nabi sebagai pembuat ketetapan selain Allah. Sedangkan seseorang Nabi itu menetapkan sesuatu perkara berdasarkan apa yang Allah tetapkan pada alam ini. Sebab itulah golongan musyrik itu sampai sekarang tidak mampu bawakan bukti kena ditetapkan solat 5 kali sehari, bukannya selebihnya atau sekurangnya.

Mereka tetapkan agama atas nama Nabi, bukan berdasarkan ketetapan Allah. Kesannya kerana tidak berpegang pada bukti yang nyata yang Allah tetapkan pada alam ini, kaum mereka jadi lemah akibat keb0dohan sendiri.

Buka mata luas-luas dan buat perbandingan nasib umat yang mengaku Islam tetapi lemah dan hina kedudukannya berbanding bangsa-bangsa yang bermentaliti tinggi.

Islam bukannya agama untuk orang yang pemalas berfikir lagi main pakai turut. Kalo setakat beragama main pakai turut, orang kafir terdahulu pun beragama main turut aje apa yang ahli-ahli Kitab dan pendeta-pendeta mereka katakan. Tidakkah golongan tidak berakal itu mahu berfikir panjang barang sejenak? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Gelembong on Wed May 20, 2009 12:01 am

[[size=12]Jangan disalahkan nenek moyang yg telah pergi meninggalkan kita. Berdoalah agar roh mereka dianugerahkan kesejahteraan sewajarnya. Tiada siapa pun tahu jerit perih mereka dalam mencari keredaan Allah. Dizaman mereka yg serba serbi kekurangan berbanding sekarang, pasti ketelusan iman, ilmu yg dicari akan memberi kesan langsung yg cukup manthob dlm mempertingkat keimanan terhadap Allah. Mungkin keimanan mereka lebih manthob berbanding kita. Logiknya zaman mereka lebih hampir dan mungkin sezaman dgn kegemilangan dan keagungan Islam sewaktu pemerintahan Rasulullah dan sahabat. Bukankah Adli selalu menyebutnya.



Bertambah sukar lagi bila puak Dahriyin mula mengembangkan sayapnya di Iraq. Orang yg sezaman dgn puak Dahriyin termasuklah nenek moyang kita begitu terdedah kepada falsafah akal yg dipegang oleh puak2x nie. Tambahan lagi Islam itu adalah agama yg disampaikan dan berkembang melalui peniaga dan pedagang. Terlalu banyak yg harus ditempuh nenek moyang dalam mencari mana yg betul dan mana yg bidaah apatah lagi dlm keadaan tidak berilmu. Barangkali semuanya betul belaka. Itulah secara logiknya ttg apa yg berlaku.



Maka pada permulaan agama itu sampai ia umpama Rojak Mamak. Terhimpun disana banyak perkara yg perlu di kenalpasti kesahihannya. Bayangkan jika KITA berada sezaman dengan mereka. Ada mereka didedahkan dengan ilmu2x yg kita lalui hari ini. Bukankah diwaktu itu telah terjadi konflik komunikasi yg begitu hebat. Lain yg di sampaikan lain pula yg difahani. Hinggakan kesan hasil tulisan peniaga / pedagang yg rata2x terdiri dari bangsa Arab, India pendeknya Timur Tengah didapati mempunyai tafsiran yang menyalahi akal dalam menerapkan ilmu Islam itu sendiri disebabkan oleh penafsiran dan terjemahan yang salah. Contohnya didalam kitab tafsiran Khoslun Anbia ditulis dlm jawi lama (kini telah diharamkan), terdapat disana cerita2x yg tidak pernah terjumpa oleh kita. Ia berkisar bagaimana Allah hendak menjadikan bumi, terdapat perkataan seperti ‘mahtia yg putih’ lalu dihangatkan oleh Allah, berkisar tg ruh Muhammad, kehidupan makhluk asal sebelum Nabi Adam diciptakan. Permulaan kitabnya dibuka dgn selawat keatas nabi dan sahabat2x. Sumbernya adalah dari sipolan, dari, sipolan dan diriwayatkan oleh Ibni Abbas iaitulah Bapa saudara Nabi. Nabi pun telah berpesan agar cerita2x yg dibawa oleh Ibnu Abbas boleh didengar tapi tak boleh dipakai (bahasa saya) kerana ia adalah cerita2x israilliyat yg bersumber dari pendeta2x Yahudi.



Cerita2x diatas adalah cerita agama, ia sangat menarik bagi orang yg baru dikenalkan dgn agama Islam. Akal dikala ini bersikap macan mana agaknya Adli? Semuanya menjadi begitu sukar untuk ditangani. Kondisi mereka adalah menerima bulat2x segala apa yg disampaikan atau sebaliknya?. Adakah garispanduan atau rujukan yg boleh dijadikan kayu ukur untuk menerima atau menolaknya. Apakah patut kita menuduh nenek moyang kita itu b***h umpama haiwan piaraan disebabkan tidak menggunakan akal dlm menerima Islam pada tahap permulaan ianya disampaikan.



Hasil dari apa yg berlaku maka secara tabi’inya lahirlah para ulama2x hebat dizaman itu seperti Tok Kenali, Imam Hasan Al-Banjari dan ramai lagi. Hingga terbitlah kitab Fekah seperti Sabilal Muhtadin yg terkenal itu dijadikan pembelajaran di masjid2x dan melalui usrah2x serta madrasah2x hari ini. Lengkap dengan permasalah fekah yg menyeluruh bersumber dari hadith2x Rasulullah. Melalui kitab2x lah umat Islam diseragamkan dalam cara2x beribadah. TIADA TERDAPAT DALAM SYLIBUS MENGGUNAKAN AKAL DLM MENPELAJARI CARA2X BERSOLAT DAN PERIBADATAN YG LAIN. KECUALI ORANG YANG MEMANDAI-MANDAI.



“Sollu kama ro’ai tu muunii usholli”- “Sembahyang(solat) kamu seperti kamu melihat aku solat” Tidak ada yang lain dari hadith perbuatan dan ucapan ini kecuali bidaah.



“Apakah tidak datang kepada kamu berita darihal orang-orang yang kafir dahulu itu; maka telah mereka derita akibat buruk perbuatan mereka dan bagi merekaa dalah azab yang pedih. Yang demikian itu adalah kerana datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan, lalu mereka katakan; “Apakah manusia yang akan menunjuki kita?” Maka mereka pun kafir dan mereka berpaling dan Allah tidaklah memerlukan mereka; dan Allah adalah Maha Kaya, Maha Terpuji.” (At-Taghaabun 5&6).
[/font][/size]

Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Wed May 20, 2009 12:49 am

Gelembong wrote:Jangan disalahkan nenek moyang yg telah pergi meninggalkan kita. Berdoalah agar roh mereka dianugerahkan kesejahteraan sewajarnya. Tiada siapa pun tahu jerit perih mereka dalam mencari keredaan Allah. Dizaman mereka yg serba serbi kekurangan berbanding sekarang, pasti ketelusan iman, ilmu yg dicari akan memberi kesan langsung yg cukup manthob dlm mempertingkat keimanan terhadap Allah. Mungkin keimanan mereka lebih manthob berbanding kita. Logiknya zaman mereka lebih hampir dan mungkin sezaman dgn kegemilangan dan keagungan Islam sewaktu pemerintahan Rasulullah dan sahabat. Bukankah Adli selalu menyebutnya.

Tiada siapa nak salahkan nenek moyang itu sebab mereka telah dapat balasan dari perbuatan mereka. Yang diperingatkan adalah orang yang hidup waktu sekarang, tetapi beragama tak guna akal macam kisah kaum kafir terdahulu yang menurut amalan nenek moyang mereka.

Kat atas dunia ni Allah sudah tunjukkan kaum yang berakal akan menguasai muka bumi mengalahkan bangsa yang beragama tak guna akal (menurut membuta-tuli). Golongan beginilah yang Allah peringatkan.

Kalo taknak terima peringatan Allah itu, terpulanglah. Sebab yang ruginya nanti pun kaum yang tak berakal itu. Di atas dunia Allah sudah hina mereka dengan lemahan akibat beragama main pakai turut sahaja.

Tidakkah cukup bukti yang Allah tetapkan pada alam ini untuk mendapat keinsafan?


Bertambah sukar lagi bila puak Dahriyin mula mengembangkan sayapnya di Iraq. Orang yg sezaman dgn puak Dahriyin termasuklah nenek moyang kita begitu terdedah kepada falsafah akal yg dipegang oleh puak2x nie. Tambahan lagi Islam itu adalah agama yg disampaikan dan berkembang melalui peniaga dan pedagang. Terlalu banyak yg harus ditempuh nenek moyang dalam mencari mana yg betul dan mana yg bidaah apatah lagi dlm keadaan tidak berilmu. Barangkali semuanya betul belaka. Itulah secara logiknya ttg apa yg berlaku.

Semua manusia akan diuji. Bukan nenek moyang sahaja. Yang hidup sekarang pun diuji mengikut keadaan semasa.

Sekarang pun kita terdedah dengan perkara yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi. Seperti mana kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu terdedah dengan kepalsuan ajaran ahli-ahli Kitab mereka, macam itulah juga dengan kita.

Maka pada permulaan agama itu sampai ia umpama Rojak Mamak. Terhimpun disana banyak perkara yg perlu di kenalpasti kesahihannya. Bayangkan jika KITA berada sezaman dengan mereka. Ada mereka didedahkan dengan ilmu2x yg kita lalui hari ini. Bukankah diwaktu itu telah terjadi konflik komunikasi yg begitu hebat. Lain yg di sampaikan lain pula yg difahani. Hinggakan kesan hasil tulisan peniaga / pedagang yg rata2x terdiri dari bangsa Arab, India pendeknya Timur Tengah didapati mempunyai tafsiran yang menyalahi akal dalam menerapkan ilmu Islam itu sendiri disebabkan oleh penafsiran dan terjemahan yang salah. Contohnya didalam kitab tafsiran Khoslun Anbia ditulis dlm jawi lama (kini telah diharamkan), terdapat disana cerita2x yg tidak pernah terjumpa oleh kita. Ia berkisar bagaimana Allah hendak menjadikan bumi, terdapat perkataan seperti ‘mahtia yg putih’ lalu dihangatkan oleh Allah, berkisar tg ruh Muhammad, kehidupan makhluk asal sebelum Nabi Adam diciptakan. Permulaan kitabnya dibuka dgn selawat keatas nabi dan sahabat2x. Sumbernya adalah dari sipolan, dari, sipolan dan diriwayatkan oleh Ibni Abbas iaitulah Bapa saudara Nabi. Nabi pun telah berpesan agar cerita2x yg dibawa oleh Ibnu Abbas boleh didengar tapi tak boleh dipakai (bahasa saya) kerana ia adalah cerita2x israilliyat yg bersumber dari pendeta2x Yahudi.

Oleh kerana wujudnya kepalsuan dan kedustaan itulah seseorang yang beriman kena berhati-hati dalam beragama. Bukan main pakai terima cakap orang. Carilah bukti yang jelas untuk difikirkan.

Melihat keadaan orang Melayu yang lemah biarpun di tanahair sendiri, pasti kita terfikir, apakah ada lagi ajaran nenek moyang yang berpegang pada dusta? Sebab Allah sudah tetapkan, sesuatu yang dusta pasti jadi lemah.

Untuk perbaiki nasib orang Melayu dan umat Islam, kena bersihkan kembali agama dari ajaran tanpa bukti yang kukuh (hukum-hukum alam yang membenarkan) dan memurnikan kembali ketaatan kepada Allah, bukan selainNya. Mentaati Allah adalah mentaati hukum-hukum yang Allah telah tetapkan pada alam ini. Umpamanya Allah telah tetapkan bangsa yang rajin berfikir akan jadi kuat berbanding bangsa yang pemalas berfikir. Jadi apakah adalah alasan lagi kita mengengkari ketetapan Allah itu dengan beragama sekadar menurut membuta-tuli?


Cerita2x diatas adalah cerita agama, ia sangat menarik bagi orang yg baru dikenalkan dgn agama Islam. Akal dikala ini bersikap macan mana agaknya Adli? Semuanya menjadi begitu sukar untuk ditangani. Kondisi mereka adalah menerima bulat2x segala apa yg disampaikan atau sebaliknya?. Adakah garispanduan atau rujukan yg boleh dijadikan kayu ukur untuk menerima atau menolaknya. Apakah patut kita menuduh nenek moyang kita itu b***h umpama haiwan piaraan disebabkan tidak menggunakan akal dlm menerima Islam pada tahap permulaan ianya disampaikan.

Yang b0doh itu adalah orang yang main pakai turut ajaran atas nama bapa-bapa mereka sedangkan bapa-bapa mereka itu belum dapat petunjuk. Tidak disalahkan nenek moyang itu, sebaliknya orang yang hidup sekarang ini tetapi masih nak ikut ajaran nenek moyang yang sekadar melahirkan kaum yang lemah dan lembab berfikir.

Kita bukan nak persoalkan kenapa nenek moyang kita dahulu beragama main pakai terima sahaja. Yang dipersoalkan sekarang adalah kepada orang yang masih hidup, yang matanya diperlihatkan perbandingan nasib kaum yang beragama guna akal dan kaum yang beragama tak guna akal. Masa zaman nenek moyang dahulu, takde internet dan komunikasi macam sekarang. Mereka susah nak buat perbanding nasib sesuatu golongan. Kita yang lahir sekarang, Allah permudahkan kita melihat beza nasib kaum yang beragama tak guna akal dan kaum yang rajin guna akal. Apakah kita nak jadikan alasan nenek moyang kita tidak dapat petunjuk untuk terus beragama yang merugikan umat?

Hasil dari apa yg berlaku maka secara tabi’inya lahirlah para ulama2x hebat dizaman itu seperti Tok Kenali, Imam Hasan Al-Banjari dan ramai lagi. Hingga terbitlah kitab Fekah seperti Sabilal Muhtadin yg terkenal itu dijadikan pembelajaran di masjid2x dan melalui usrah2x serta madrasah2x hari ini. Lengkap dengan permasalah fekah yg menyeluruh bersumber dari hadith2x Rasulullah. Melalui kitab2x lah umat Islam diseragamkan dalam cara2x beribadah. TIADA TERDAPAT DALAM SYLIBUS MENGGUNAKAN AKAL DLM MENPELAJARI CARA2X BERSOLAT DAN PERIBADATAN YG LAIN. KECUALI ORANG YANG MEMANDAI-MANDAI.

Tetapi lihatlah sejauh mana kehebatan tokoh terdahulu menghasilkan umat yang kuat sekarang?

Lihat keadaan realiti semasa, bukannya duk berfantasi sejarah silam. Yang merana sekarang adalah umat Islam yang tertindas di Palestin, dikalahkan di IRaq dan Afghanistan.

Jika solat yang wujud sekarang itu seperti solat Rasulullah, takkan setakat melahirkan umat yang lemah walaupun ramai kuantitinya? Sedangkan Rasulullah bersolat, hasilnya jadi umat yang kuat biarpun sedikit.

Tidak malukah kita lihat nasib di Palestin yang dikelilingi ramai bangsa Arab, tetapi mereka dibuli oleh tentera Israel?

Nak buat silibus pun, tengoklah pada hasilnya. Bukan main buat silibus, tetapi setakat menghasilkan umat yang lemah dan pemalas berfikir. Hukum Allah sudah tetapkan bangsa yang rajin berfikir sahaja yang akan menguasai muka bumi. Kenapa tidak taat pada hukum Allah yang ini?

“Sollu kama ro’ai tu muunii usholli”- “Sembahyang(solat) kamu seperti kamu melihat aku solat” Tidak ada yang lain dari hadith perbuatan dan ucapan ini kecuali bidaah.

Semua orang boleh bawa kata-kata macam itu. Sedangkan ayat 44 surah An Nahl memberitahu ciri-ciri kata seseorang Nabi adalah supaya manusia memikirkan. Jika Nabi Muhammad suruh pengikutnya bersolat seperti baginda, dalam Al Quran sendiri sudah suruh tiru gerak laku baginda. Tetapi kenapa dalam Al Quran tidak tetapkan?

Inilah contoh mengada-adakan perkara baru yang Al Quran tidak tetapkan, tetapi mereka tetapkan atas nama riwayat. Sudahlah riwayat itu tidak ada bukti logik yang menunjukkan solat kena tiru seseorang Nabi bersolat. Nabi Muhammad sendiri tidak mengaku baginda bersolat macam Nabi-nabi terdahulu bersolat. Kalau nak meniru dalam bersolat, sudah pasti baginda dahulu kena cari riwayat hadis Nabi-nabi terdahulu untuk mencari cara perbuatan solat.

Kenapa manusia itu tidak berfikiran jauh?


“Apakah tidak datang kepada kamu berita darihal orang-orang yang kafir dahulu itu; maka telah mereka derita akibat buruk perbuatan mereka dan bagi merekaa dalah azab yang pedih. Yang demikian itu adalah kerana datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan, lalu mereka katakan; “Apakah manusia yang akan menunjuki kita?” Maka mereka pun kafir dan mereka berpaling dan Allah tidaklah memerlukan mereka; dan Allah adalah Maha Kaya, Maha Terpuji.” (At-Taghaabun 5&6).[/font][/font][/size]

Lihatlah depan mata bangsa mana Allah deritakan dengan kekalahan demi kekalahan? Di atas dunia Allah sudah sediakan azab yang pedih kepada golongan yang beragama malas berfikir itu. Tidak cukup lagi bukti yang Allah tunjukkan, untuk datang keinsafan? Apakah nak tunggu tsunami yang kedua untuk baru percaya golongan menurut amalan nenek moyang tanpa berfikir itu sudah terpesong dari ajaran Kitab yang asal?

Takkan ajaran Al Quran yang sebenar menghasilkan umat yang lemah dan mundur macam sekarang? Berfikirlah secara rasional sedikit. Tundukkan keegoan lahir dari keturunan Islam untuk melihat perbandingan nasib kaum-kaum di duia sekarang.

Iman tidak boleh diwaris. Belum tentu lahir dari keturunan beriman terdahulu, umat Islam sekarang tetap dalam keimanan. Umat yang beriman tidak mungkin jadi umat yang lemah.

Bawa-bawalah insaf melihat nasib umat sekarang yang bukan lagi umat terbaik. Sebab sekarang umat sudah lemah, pasti kerana adanya amalan yang dusta diada-adakan atas nama Nabi. Sebab kedustaan hanya menyebabkan manusia jadi lemah. Kedustaan menyebabkan manusia mudah kena ragu-ragu. Bila ada ragu-ragu, banyak perkara yang ditakuti daripada diyakini.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Gelembong on Thu May 21, 2009 1:12 am

Adli wrote:
Semua orang boleh bawa kata-kata macam itu. Sedangkan ayat 44 surah An Nahl memberitahu ciri-ciri kata seseorang Nabi adalah supaya manusia memikirkan. Jika Nabi Muhammad suruh pengikutnya bersolat seperti baginda, dalam Al Quran sendiri sudah suruh tiru gerak laku baginda. Tetapi kenapa dalam Al Quran tidak tetapkan?

Maha suci Allah dari sifat kekurangan..
Jangan disalahkan Al-Quran lantaran kebodohan akal kita yg sebenarnya kita sendirilah yang tak tahu menilai akal kita itu logik atau tidak. Semua nas yg diutarakan umpama bola getah yang sentiasa memantul kesana kesini tanpa dapat keluar dari kepompong ruang "logik akal yg sebenarnya tidak logik untuk diterimapakai". Semakin kuat dipukul semakin kuat pantulannya menuju diri sendiri.

Quote:
Inilah contoh mengada-adakan perkara baru yang Al Quran tidak tetapkan, tetapi mereka tetapkan atas nama riwayat. Sudahlah riwayat itu tidak ada bukti logik yang menunjukkan solat kena tiru seseorang Nabi bersolat. Nabi Muhammad sendiri tidak mengaku baginda bersolat macam Nabi-nabi terdahulu bersolat. Kalau nak meniru dalam bersolat, sudah pasti baginda dahulu kena cari riwayat hadis Nabi-nabi terdahulu untuk mencari cara perbuatan solat.

Firman Allah :"Dan dirikan oleh kamu akan sembahyang (solat)" (S. Annisa' :77)

Sabda Rasulullah: "Allah telah mewajibkan umatku pada malam Israk lima puluh solat maka aku selalu bolak balik untuk memohon keringanan kepada Allah sehingga dijadikan lima solat dalam sehari semalam". (HR. Bukhari Muslim dari Anas bin Malik).

Semasa diutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman bersabda Sarulullah: "Beritahukan kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka lima solat dalam sehari semalam".
(HR. Bukhari dan Muslim dari Muadz bin Jabal)

Cukuplah dengan 1 ayat Allah dan 2 hadis diatas sebagai hujah saya untuk memberikan kemenangan kepada yang haq. (Pendirian saya dan sahabat2x yg sebangsa dengan saya)

Kalau tuan Adli nak mematahkan 3 hujah di atas, silakan berbuat demikian. Sebaiknya jika boleh nafikan ketiga-tiga sumber diatas dengan logik tuan agar kita semua dapat berpegang kepada satu rumusan dlm mengenalpasti siapa kah diri Adli sebenarnya.

Maaf kiranya saya katakan ayat-ayat Adli sebenarnya berpusing-pusing umpama seekor kucing yg hendak mengigigit hujung ekornya yg gatal.

Apapun silakan tuan..jangan pusing-pusing nanti penin.. cat dance

Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by semut api on Thu May 21, 2009 8:26 am

Adli wrote:Semua orang boleh bawa kata-kata macam itu. Sedangkan ayat 44 surah An Nahl memberitahu ciri-ciri kata seseorang Nabi adalah supaya manusia memikirkan. Jika Nabi Muhammad suruh pengikutnya bersolat seperti baginda, dalam Al Quran sendiri sudah suruh tiru gerak laku baginda. Tetapi kenapa dalam Al Quran tidak tetapkan?

AQ: setiap ilmu ada ahlinya : cik puan adli kata akal sihat luas bukti yg nyata tapi nyata sempitnya, sejengkalnya pikiran study scratch

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by slipar on Thu May 21, 2009 1:31 pm

[i]Sabda Rasulullah: "Allah telah mewajibkan umatku pada malam Israk lima puluh solat maka aku selalu bolak balik untuk memohon keringanan kepada Allah sehingga dijadikan lima solat dalam sehari semalam". (HR. Bukhari Muslim dari Anas bin Malik).

[/i]

ayat quran mana yg ada padanan dgn hadis ni , boleh kita kongsi .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Juang on Thu May 21, 2009 2:52 pm

slipar wrote:
[i]Sabda Rasulullah: "Allah telah mewajibkan umatku pada malam Israk lima puluh solat maka aku selalu bolak balik untuk memohon keringanan kepada Allah sehingga dijadikan lima solat dalam sehari semalam". (HR. Bukhari Muslim dari Anas bin Malik).

[/i]

ayat quran mana yg ada padanan dgn hadis ni , boleh kita kongsi .

Dalam Al Quran tidak ada ayat yang menceritakan sebegini, sebab Al Quran bukannya cerita-cerita dusta. Setiap ajaran Al Quran ada bukti yang logik mengikut apa yang terjadi pada alam semesta ini.

Contoh mudah apabila kita baca Surah An Naas, yang mengatakan was-was itu berbisik dalam dada manusia. Memang benar kita nampak logik was-was itu menyebabkan kita jadi takut dan jantung berdebar-debar. Ketakutan itu memang kita rasa dalam dada.

Bila Allah mengajar sesuatu kepada manusia, pasti Allah tunjukkan apa buktinya kenapa diwajibkan dan kenapa diharamkan. Pasti ada logik di sebalik sesuatu yang diwajibkan dan sesuatu yang diharamkan.

Banyak ayat Al Quran suruh manusia berfikir. Dan kita nampak, berfikir itu adalah kewajipan bagi manusia, sebab kesan manusia itu bila tidak berfikir, mereka akan jadi b0doh dan kaum mereka jadi lemah. Jadi kelogikan di sebalik suruhan berfikir yang disampaikan melalui lisan Nabi Muhammad (Al Quran) itulah ciri kata-kata seseorang Nabi.

Tidak mungkin seorang Nabi berkata secara dusta dan diada-adakan tanpa bukti yang boleh difikirkan.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Gelembong on Thu May 21, 2009 5:33 pm

Kalau yg di 'quote' tu hadith, berhujahlah ttg hadith yg di quotekan tu... nie tidak. Nampak semacam tiada kecerdikan. Diulang2x ttg AlQuran hampir setiap slot.
Hujah yang umpama ayatul Quran serta diiringkan dgn hadis sebagai memberi kefahaman untuk semua adalah sesuatu sangat-sangat diharapkan. Kecualilah Juang merupakan orang yg menolak hadith? Ini kerana setiap hadith yg disertakan tidak diambil pusing oleh Juang malah memggunakan alasan logik akal untuk menolaknya.

Anti Hadith??!!!###???

Orang yg berak tengah jalan tak akan mengaku dia yg melakukannya. logik tak? Kalau ini pun tak logik, maka tiada logiknya saya berhujah dgn Juang. dancing


mmmm..

Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Admin on Thu May 21, 2009 6:53 pm

Nabi Muhammad pun dalam menyampaikan ayat-ayat al-quran, baginda tidak pernah merujuk mana-mana riwayat nabi-nabi terdahulu untuk menjelaskan lagi kefahaman al-quran. Jika ayat-ayat al-quran perlu diiringi dengan riwayat hadis sebagai memberi kefahaman kepada semua bermakna ayat-ayat al-quran itu belum lengkap. Sedangkan Allah sudah mengatakan bahawa al-quran itu jelas.

15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.


Jadi tidak patut kita mengambil riwayat hadis lain untuk memberi kefahaman lagi kerana al-quran itu sudah dapat memberi petunjuk kepada kita.

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,

Tujuan ayat-ayat diulang-ulang dalam al-quran supaya kita diingatkan.

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; dan ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.

Benarlah kata rasul bahawa al-quran hanya diambil tapi ianya tidak dipedulikan. Apa yang mereka peduli dan lebih cepat melenting apabila ada orang-orang yang tidak mempedulikan riwayat hadis. Samalah seperti segelintir masyarakat melayu yang hanya menyimpannya di rumah tapi tidak dibaca untuk memahami ayat-ayatnya.

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

Allah sangat mengetahui apa yang mereka katakan. Orang-orang yang memberi peringatan tidak akan memaksa mereka. Hanya orang-orang yang takut akan ancaman Allah sahaja yang diberi peringatan dengan al-quran.

50:45. Kami sangat mengetahui apa yang mereka mengatakan; kamu tidak memaksa mereka. Maka berilah peringatan dengan al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Gelembong on Thu May 21, 2009 11:43 pm

Bayau ni faham ke buat2x tak faham.

Bayau yakin atau tidak bahawa solat yg seperti hari ini adalah datang nya dari Rasulullah iaitulah dari hadith perbuatan, percakapan dan isyaratnya?
Jika tak yakin tolong beritahu bagaimana solat Bayau.

Apakah Syahadah Bayau termasuk sekali pengucapan ttg kerasulan Muhammad SAW?

Sila jawab Bayau. MR G tunggu nie..

Apakah Bayau sanggup mayat Bayau dikebumikan tidak mengikut seperti anjuran Rasulullah keatas umatnya iaitulah dimandikan, disolatkan dan dikuburkan...

Mungkin Bayau redo ditanam atau dikebumikan berdiri seperti kebuminya orang2x Yahudi, atau dibakar seperti Hindu atau diarak sekeliling kota seperti matinya orang Buddha..digendangi lagi dgn gendangan dung-dung-cheir atau boleh saja dikebumikan bersama2x harta2x kesayangan semasa hidup didunia.

Semua ini adalah logik dan harus diterima akal. (Bermaksud: wajib diterima akal akan keharusan terjadinya) Sanggup tak. Menolak kenabian Rasuulullah bererti menolak Islam. Dan memang pantas mayatnya diperlakukan sebegitu rupa. Mayatnya tak perlu dihormati. Biarkanlah Si Luncai terjun Dengan labu-labunya. "Untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami"..

Apa pun selagi boleh, Mr G tak akan biarkan. Tapi kalau tak berupaya lantaran dek kelegaman hati.. nak buat guanoooo..mmmm


Apakah Bayau yakini bahawa Syafaat dari Nabi SAW itu tidak ada kerana ia adalah penceritaan bersifat ghaib yg mana ia tak dapat diterima oleh akal logik Bayau? Apakah kita pantas meminta syafaatnya sedangkan kita menolak keRasulannya?

Maka apakah Bayau masih nak menafikan keremua persoalan besar di atas. Seharusnya Bayau usah taksub dgn akal logik kerana ia bersifat lemah. Ia perlu dipergantungkan dengan Ilmu dan keyakinan. Keyakinan yang 'putus'. Baru terhasilnya orang yang bertaqwa dan barulah tercapai hakikat iman itu.

Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Admin on Fri May 22, 2009 2:00 am

Gelembong wrote:
Bayau yakin atau tidak bahawa solat yg seperti hari ini adalah datang nya dari Rasulullah iaitulah dari hadith perbuatan, percakapan dan isyaratnya?
Jika tak yakin tolong beritahu bagaimana solat Bayau.


Tidak. Sebabnya, solat seperti hari ini bertentangan dengan ajaran al-quran. Sedangkan rasulullah tidak akan mengada-adakan sesuatu yang bukan atas perintah Allah. Kalau dia engkar, sudah pasti akan dibunuh oleh Allah.

Maaf, saya tak dapat memberitahu anda bagaimana solat saya kerana ini urusan saya dengan Allah. Saya takut akan menjadi ikut-ikutan. Baca dan fahami al-quran. Anda akan ketemu jua.

Gelembong wrote:Apakah Syahadah Bayau termasuk sekali pengucapan ttg kerasulan Muhammad SAW?


Tidak, sebab hanya orang-orang munafik sahaja yang berkata begitu.

63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami mempersaksikan bahwa kamu benar-benar rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahwa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahwa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.

Syahadah yang sebenar adalah "Tiada Tuhan selain Allah". Dalam ayat di bawah ini Allah sendiri bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan Selain Dia dan ada tiga kategori makhluk ciptaanNya, yang juga bersaksi iaitu:

1. Malaikat
2. Orang-orang yang berpengetahuan
3. Orang-orang yang menegakkan keadilan

3:18. Allah menyaksikan bahwa tidak ada Tuhan selain Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang menegakkan keadilan; tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Gelembong wrote:Apakah Bayau sanggup mayat Bayau dikebumikan tidak mengikut seperti anjuran Rasulullah keatas umatnya iaitulah dimandikan, disolatkan dan dikuburkan...Mungkin Bayau redo ditanam atau dikebumikan berdiri seperti kebuminya orang2x Yahudi, atau dibakar seperti Hindu atau diarak sekeliling kota seperti matinya orang Buddha..digendangi lagi dgn gendangan dung-dung-cheir atau boleh saja dikebumikan bersama2x harta2x kesayangan semasa hidup didunia.


Dalam al-quran, tiada kaedah untuk mengebumikan mayat. Buatlah cara yang baik demi menghormati keluarga si mati sehinggalah dikuburkan.

Gelembong wrote:Semua ini adalah logik dan harus diterima akal. (Bermaksud: wajib diterima akal akan keharusan terjadinya) Sanggup tak. Menolak kenabian Rasuulullah bererti menolak Islam. Dan memang pantas mayatnya diperlakukan sebegitu rupa. Mayatnya tak perlu dihormati. Biarkanlah Si Luncai terjun Dengan labu-labunya. "Untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami"..


Golongan anti-quran tidak henti-henti mengatakan golongan anti-hadis menolak kenabian atau kerasulan muhammad hanya disebabkan riwayat hadis tidak digunapakai sedangkan dalam al-quran mengatakan bahawa Muhammad itu rasul Allah. Di mana rasionalnya golongan anti-hadis ini menolak kenabian rasulullah (Muhammad)?

3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang rasul; rasul-rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan berbalik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang berbalik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan memudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang-orang yang berterima kasih.

33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah mengetahui segala sesuatu.

47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan percaya kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.

48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.


Gelembong wrote:Apakah Bayau yakini bahawa Syafaat dari Nabi SAW itu tidak ada kerana ia adalah penceritaan bersifat ghaib yg mana ia tak dapat diterima oleh akal logik Bayau? Apakah kita pantas meminta syafaatnya sedangkan kita menolak keRasulannya?


Menurut al-Qur'an, syafaat hanya berlaku di akhirat. Dari awal lagi, manusia telah dimaklumkan iaitu syafaat tidak akan diterima, dan tidak juga bermanfaat, di akhirat kelak. Firman-Nya,

"Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong." (2:48)

Sebab tidak diadakan syafaat, yang datang dari selain Allah, ialah supaya manusia benar-benar bertakwa kepada-Nya - benar-benar takut kepada-Nya, dengan menuruti segala perintah dan larangan-Nya. Dengan adanya (ajaran) syafaat, manusia tidak menjadi begitu takut kepada Allah, lalu lalai daripada perintah-Nya, kerana menyangka mereka akan ditolong oleh pihak-pihak tertentu. Firman-Nya,

"Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa." (6:51)

Tiada yang lain, tetapi hanya Allah, yang mengantara. Syafaat adalah kepunyaan-Nya sahaja. Segala, yang selain daripada Dia, termasuk malaikat, nabi atau rasul, tidak ada kuasa langsung untuk mengantara (memberi syafaat). Firman-Nya,

"Allah ialah Dia yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?" (32:4)

"Katakanlah, 'Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.'" (39:44)


Kemudian, disebut pula di dalam al-Qur'an, iaitu pengantaraan dilakukan setelah diizinkan-Nya. Yang diizinkan-Nya itu pula, bukanlah kuasa mengantara oleh mana-mana pihak, yang selain daripada Dia. Tetapi syafaat itu diberi kepada orang yang memerlukannya, atau penerima syafaat. Orang yang menerima syafaat adalah dia yang "Dia berpuas hati". Firman-Nya,

"Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itulah Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?" (10:3)

"Berapa banyaknya malaikat yang di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah mengizinkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia berpuas hati." (53:26)


Gelembong wrote:Maka apakah Bayau masih nak menafikan keremua persoalan besar di atas. Seharusnya Bayau usah taksub dgn akal logik kerana ia bersifat lemah. Ia perlu dipergantungkan dengan Ilmu dan keyakinan. Keyakinan yang 'putus'. Baru terhasilnya orang yang bertaqwa dan barulah tercapai hakikat iman itu.


Telitilah infomasi yang disampaikan oleh orang fasik.

49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang yang fasik datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal apa yang kamu perbuat.

Maka orang-orang yang mempunyai akal dan diberi petunjuk oleh Allah adalah mereka yang mendengar ucapan dan mengikuti yang paling baik darinya.

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik darinya, mereka itulah orang-orang yang Diberi petunjuk oleh Allah; merekalah orang-orang yang mempunyai akal.

Dan Allah melarang mengikuti apa yang kita tiada pengetahuan mengenainya kerana semua itu akan ditanya di akhirat.

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Fri May 22, 2009 5:53 am

Gelembong wrote:Adli wrote:
Semua orang boleh bawa kata-kata macam itu. Sedangkan ayat 44 surah An Nahl memberitahu ciri-ciri kata seseorang Nabi adalah supaya manusia memikirkan. Jika Nabi Muhammad suruh pengikutnya bersolat seperti baginda, dalam Al Quran sendiri sudah suruh tiru gerak laku baginda. Tetapi kenapa dalam Al Quran tidak tetapkan?

Maha suci Allah dari sifat kekurangan..
Jangan disalahkan Al-Quran lantaran kebodohan akal kita yg sebenarnya kita sendirilah yang tak tahu menilai akal kita itu logik atau tidak. Semua nas yg diutarakan umpama bola getah yang sentiasa memantul kesana kesini tanpa dapat keluar dari kepompong ruang "logik akal yg sebenarnya tidak logik untuk diterimapakai". Semakin kuat dipukul semakin kuat pantulannya menuju diri sendiri.

Anda yang berkata tanpa pointnya bila tidak mampu membalas hujah. Saya susah tunjukkan bukti bahawa dalam Al Quran tidak tetapkan gerak laku solat secara khusus,tiba-tiba anda jawab "jangan salahkan Al Quran". Siapa pula nak salahkan Al Quran? Kita cuma persoalkan tindakan orang yang ada-adakan perkara yang Al Quran tidak tetapkan. Anda berhujah ni macam mana? Tak dapat balas point saya, kemudian cakap "jangan salahkan Al Quran". Siapa pula nak salahkan Al Quran di sini?

Baca-bawalah berhujah dengan rasional sikit. Fokus pada pointnya. Pointnya sekarang, dalam Al Quran tidak tetapkan gerak khusus solat seperti amalan nenek moyang sekarang. Kita persoalkan kenapa wujud ketetapan yang Al Quran tidak tetapkan, bila masa nak persalahkan Al Quran. Cuba fokus pada point tu sikit. Barulah hujah anda tu nampak matang.


Firman Allah :"Dan dirikan oleh kamu akan sembahyang (solat)" (S. Annisa' :77)

Sabda Rasulullah: "Allah telah mewajibkan umatku pada malam Israk lima puluh solat maka aku selalu bolak balik untuk memohon keringanan kepada Allah sehingga dijadikan lima solat dalam sehari semalam". (HR. Bukhari Muslim dari Anas bin Malik).

Semasa diutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman bersabda Sarulullah: "Beritahukan kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka lima solat dalam sehari semalam".
(HR. Bukhari dan Muslim dari Muadz bin Jabal)

Cukuplah dengan 1 ayat Allah dan 2 hadis diatas sebagai hujah saya untuk memberikan kemenangan kepada yang haq. (Pendirian saya dan sahabat2x yg sebangsa dengan saya)

Sedar tak anda bahawa riwayat hadis itu tiada sokongan dari ayat Al Quran mana sekalipun. Malah ayat Al Quran yang anda bawa itu pun jelas menunjukkan Nabi Muhammad hanya suruh diri solat. Tidak pula suruh tiru macam mana baginda solat. So anda telah mengada-adakan perkara yang Al Quran tidak tetapkan.

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. (An Nisaa':77)

Jelasayat Al Quran itu hanya suruh dirikan solat. Dan tiada ketetapan solat seperti gerakan ritual amalan nenek moyang yang diada-adakan atas nama Nabi.

Bagi saya yang tidak mahu menyekutukan Allah dengan jadikan riwayat hadis Nabi Muhammad sebagai ketetapan sedangkan tiada buktinya tiada, riwayat itu tidak cukup menunjukkan riwayat hadis itu benar-benar datang dari Nabi Muhammad. Semua orang boleh dakwa sesuatu kata-kata itu datang dari seorang Nabi. Tetapi ciri-ciri kata-kata seseorang Nabi pasti ada logiknya ikut apa yang Allah tetapkan pada alam ini. Umpamanya bila Nabi menyampaikan pengharaman arak. Ada logiknya bila kita fikirkan kenapa arak itu haram. Sebab ia memudaratkan akal.

Ini main bawa riwayat hadis, lepas tu dakwa itu datang dari Nabi. Apa buktinya yang Allah tetapkan 5, bukannya 6 atau 4? Cakap memang murah.


Kalau tuan Adli nak mematahkan 3 hujah di atas, silakan berbuat demikian. Sebaiknya jika boleh nafikan ketiga-tiga sumber diatas dengan logik tuan agar kita semua dapat berpegang kepada satu rumusan dlm mengenalpasti siapa kah diri Adli sebenarnya.

Sudah patahkan pun, sebab riwayat hadis yang anda bawa itu tidak mengandungi ketetapan daripada Allah. Jika buat solat 6 kali atau lebih, tidak ada pun kemudaratkan bagi manusia. Jika buat 4 kali atau kurang, tiada Allah datangkan kemudaratan bagi manusia.

Tapi kalau arak atau makan daging khinzir sampai sekarang ada kemudaratannya. Jelas ia ketetapan dari Allah sebab sifat memabukkan dalam arak dan kekotoran dalam daging khinzir tidak hilang sampai sekarang. Malah Allah dah tunjukkan selsema khinzir yang merebak sekarang untuk menunjukkan khinzir ini bukannya binatang untuk dimakan dagingnya. Banyak lagi binatang lain yang baik untuk manusia. Ayat-ayat Al Quran yang mengharamkan arak dan daging khinzir itulah ciri-ciri kata seseorang Rasulullah sebab ada bukti yang menyokongnya.

Sebab itulah golongan yang tidak menyekutukan Allah, hanya terima kata-kata yang ada bukti sokongan, bukannya kata-kata guna nama seseorang Nabi. Nak bawa kata-kata atas nama orang, mudah sahaja. Tapi nak bawa kata-kata yang ada bukti yang kukuh, hanya orang yang berfikir sahaja mampu lakukan.


Maaf kiranya saya katakan ayat-ayat Adli sebenarnya berpusing-pusing umpama seekor kucing yg hendak mengigigit hujung ekornya yg gatal.

Apapun silakan tuan..jangan pusing-pusing nanti penin.. cat dance

Ayat anda itu tidak berpusing? Kita fokus pada point dalam Al Quran tiada ketetapan solat yang khusus macam ajaran nenek moyang sekarang, tiba-tiba anda jawab "jangan salahkan Al Quran". Saya pun pening baca hujah anda tu. Kat mana fokus anda pun saya tak tahu.

Sebab itulah bila anda tak mampu berhujah, mulalah kata umpama seekor kucing la dan sebagainya. Itu taktik orang kafir terdahulu dalam berhujah sahaja. Bila mereka gagal jawab hujah seseorang Rasul, mereka umpamakan rasul itu tukang sihir. Sama sahaja dengan taktik anda itu... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Fri May 22, 2009 6:10 am

Gelembong wrote:Kalau yg di 'quote' tu hadith, berhujahlah ttg hadith yg di quotekan tu... nie tidak. Nampak semacam tiada kecerdikan. Diulang2x ttg AlQuran hampir setiap slot.
Hujah yang umpama ayatul Quran serta diiringkan dgn hadis sebagai memberi kefahaman untuk semua adalah sesuatu sangat-sangat diharapkan. Kecualilah Juang merupakan orang yg menolak hadith? Ini kerana setiap hadith yg disertakan tidak diambil pusing oleh Juang malah memggunakan alasan logik akal untuk menolaknya.

Anti Hadith??!!!###???

Orang yg berak tengah jalan tak akan mengaku dia yg melakukannya. logik tak? Kalau ini pun tak logik, maka tiada logiknya saya berhujah dgn Juang. dancing


mmmm..

Anda tidak mampu pun tunjuk logik riwayat hadis yang anda bawakan itu. Sekadar sandar atas nama Nabi. Macam orang lemah akal aje lagaknya.

Sedangkan orang yang guna Al Quran, mampu huraikan secara logik yang anda tidak mampu menafikan. Sekadar cakap "jangan salahkan Al Quran". Bila masa pula Al Quran itu dipersalahkan? Al Quran itu untuk dikaji, bukan dipersalahkan.

Yang dipersoalkan adalah kaum pendusta yang mengada-adakan ketetapan atas nama seseorang Nabi sedangkan bila dirujuk pada sumber utama (Al Quran), tiada ketetapan tersebut. Tidak logik sumber kedua itu mengandungi ketetapan yang bercanggah dengan Al Quran.

Tidakkah kaum yang menyembah Nabi Muhammad itu memikirkan? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Menyedarkan Umat Islam sekarang

Post by Adli on Fri May 22, 2009 6:35 am

bayau wrote:
Syahadah yang sebenar adalah "Tiada Tuhan selain Allah". Dalam ayat di bawah ini Allah sendiri bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan Selain Dia dan ada tiga kategori makhluk ciptaanNya, yang juga bersaksi iaitu:

1. Malaikat
2. Orang-orang yang berpengetahuan
3. Orang-orang yang menegakkan keadilan

3:18. Allah menyaksikan bahwa tidak ada Tuhan selain Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang menegakkan keadilan; tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Benar kata-kata Bayau.

Pengetahuan dan keadilan tidak akan dicapai tanpa guna akal. Sebab itulah hanya yang berakal sahaja mentauhidkan Allah, sedangkan kaum yang tidak berakal itu menyembah Nabi Muhammad.

Sesungguhnya dosa mensyirikkan itu adalah dosa yang tidak diampunkan.

bayau wrote:Golongan anti-quran tidak henti-henti mengatakan golongan anti-hadis menolak kenabian atau kerasulan muhammad hanya disebabkan riwayat hadis tidak digunapakai sedangkan dalam al-quran mengatakan bahawa Muhammad itu rasul Allah. Di mana rasionalnya golongan anti-hadis ini menolak kenabian rasulullah (Muhammad)?

Itulah fakta yang dibutakan oleh golongan penyembah Nabi Muhammad itu dengan mengatakan sesiapa yang mengikut Al Quran itu menolak kenabian dan kerasuluan baginda. Bukankah Al Quran itu datang dari Nabi dan Rasul bernama Muhammad, takkan yang ikut Al Quran itu dikatakan menolak baginda? Pelik hujah kaum penyembahan Nabi Muhammad itu.

Sebab menyembah Nabi Muhammadlah mereka terpaksa ada-adakan perkara yang Al Quran tidak tetapkan untuk menyokong amalan ritual mereka. Mereka sekadar label golongan yang bergantung kepada Allah dan mengikut Al Quran sebagai anti-hadis, tetapi mereka tidak sedar yang mereka sudah tahap menyembah Nabi Muhammad. Asalkan datang riwayat atas nama baginda, terus mereka percayainya benar tanpa mereka pertimbangkan ada tak ketetapan sedemikian dalam Al Quran.

Tetapi mereka tidak mengaku menyekutukan Allah dan menyembah Nabi Muhammad sesuai dengan kata-kata mereka sendiri;
"Orang yg berak tengah jalan tak akan mengaku dia yg melakukannya. logik tak?"

Begitulah Allah balikkan kata-kata mereka sendiri... Smile

bayau wrote:
Menurut al-Qur'an, syafaat hanya berlaku di akhirat. Dari awal lagi, manusia telah dimaklumkan iaitu syafaat tidak akan diterima, dan tidak juga bermanfaat, di akhirat kelak. Firman-Nya,

[color=blue]"Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong." (2:48)


Sebab tidak diadakan syafaat, yang datang dari selain Allah, ialah supaya manusia benar-benar bertakwa kepada-Nya - benar-benar takut kepada-Nya, dengan menuruti segala perintah dan larangan-Nya. Dengan adanya (ajaran) syafaat, manusia tidak menjadi begitu takut kepada Allah, lalu lalai daripada perintah-Nya, kerana menyangka mereka akan ditolong oleh pihak-pihak tertentu.

Kemudian, disebut pula di dalam al-Qur'an, iaitu pengantaraan dilakukan setelah diizinkan-Nya. Yang diizinkan-Nya itu pula, bukanlah kuasa mengantara oleh mana-mana pihak, yang selain daripada Dia. Tetapi syafaat itu diberi kepada orang yang memerlukannya, atau penerima syafaat. Orang yang menerima syafaat adalah dia yang "Dia berpuas hati".

Benar bayau. Syafaat itu semua berlaku atas izin Allah. Dan tidak logik syafaat itu diberikan kepada orang yang menyembah seseorang Nabi kerana beranggapan Nabi itu akan tolong mereka di akhirat.

Sebab itulah orang yang bijak, mereka mencari Allah sebab Allah sahaja yang boleh tolong manusia. Yang pergi cari manusia yang tidak ada kuasa nak tolong tu apa ke tujuannya?


Gelembong wrote:Maka apakah Bayau masih nak menafikan keremua persoalan besar di atas. Seharusnya Bayau usah taksub dgn akal logik kerana ia bersifat lemah. Ia perlu dipergantungkan dengan Ilmu dan keyakinan. Keyakinan yang 'putus'. Baru terhasilnya orang yang bertaqwa dan barulah tercapai hakikat iman itu.


Telitilah infomasi yang disampaikan oleh orang fasik.

49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang yang fasik datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal apa yang kamu perbuat.

Sikap tiada ketelitian menerima berita inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang mudah berpecah-belah. Dalam berebut kuasa, mereka sebarkan fitnah untuk jatuh menjatuhkan individu. Ada tok guru buat andaian ikut nafsu sendiri membenarkan memburuk-burukkan individu untuk dijatuhkan. Padahal Al Quran cukup tegas mengingatkan pasal dosa memfitnah dan mengumpat.

Tetapi golongan yang menyembah Nabi Muhammad itu tidak takut kepada Allah. Mereka sanggup guna apa cara pun asalkan nafsu mereka dipenuhi. Sebab itu mereka tidak takut berpegang sesuatu yang dusta dan tiada ketetapan Allah di sebalik kata-kata itu.

Dengan berpegang pada Al Quran semata-mata, mudah kita nampak amalan nenek moyang yang ditokok tambah atas nama seseorang Rasul.

Tidak hairanlah kenapa Allah hina kaum penyembah Nabi Muhammad sejak di dunia lagi sehingga mereka hidup secara lemah, berperang sesama sendiri berebut kuasa, dan ketinggalan jauh dari segi ilmu penciptaan dan ilmu alam. Sebab bagi mereka hidup ini buat ibadat ritual macam Nabi biarpun tahap mentaliti mereka sudah rendah sehingga tidak nampak nasib umat mereka dicampak ke lembah kehinaan gara-gara beragama tak guna akal. Di atas dunia lagi Allah sudah hina kaum penyembah Nabi Muhammad itu.

Apabila datang kebenaran, maka akan jelaslah mana golongan yang dilabelkan anti-hadis tetapi hakikatnya mengEsakan Allah dan ikut Al Quran dan mana golongan yang kononnya ikut riwayat hadis, tetapi hakikatnya mereka menyekutukan Allah, menolak Al Quran kerana tak lengkap, dan menyembah Nabi (mengadakan dusta atas nama Nabi).

Macam itulah yang berlaku masa Nabi Muhammad sampaikan kebenaran iaitu Allah perlihatkan siapa sebenarnya yang mentauhidkan Allah dan siapa golongan yang menyekutukan Allah. Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum