Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Seperti orang lain yang dilahirkan dari keturunan Islam, dahulu aku beranggapan bahawa aku sudah Islam dengan membuat segala suruhan atas nama amalan nenek moyang. Bagiku, hidup ini cukuplah sekadar buat rukun-rukun yang diajar dengan gerakan-gerakan ritual yang aku tidak tahu apa ertinya kepada kehidupan di dunia.
Apa yang tok guru-tok guru ajar, aku buat dengan taat atas nama taat kepada Allah dan Rasul. Banyak perkara yang diterapkan sejak kecil dahulu aku main buat tanpa aku kaji apa rasionalnya. Apa yang diajar, jika buat sesuatu rukun itu, dapat pahala, kalau tak buat, dapat dosa. Apa erti dosa dan pahala itu tidak diterangkan secara yang boleh difikirkan. Kerana apa yang diterapkan dahulu, bahawa ajaran agama tidak boleh difikir-fikirkan, tapi kena main ikut sahaja.
Apabila umurku mencecah 30 tahun, Allah mula berikan aku hidayah untuk mencari agama yang lebih bermakna. Setelah melihat nasib umat Islam yang lemah sejak kekalahan peperangan di Afghanistan, Iraq dan Palestin, aku tertanya-tanya, apakah ajaran Islam itu sekadar melahirkan kaum yang lemah dan kalah? Kenapa umat Islam sekarang lemah sedangkan masa zaman Rasulullah dahulu, kita dikhabarkan mereka adalah umat yang kuat dan disegani kawan dan lawan? Di mana silapnya ajaran atas nama Islam yang wujud sekarang? Persoalan-persoalan inilah yang membawa aku mula mengkaji Al Quran secara serius.
Dahulu, aku anggap Al Quran itu sekadar kitab yang perlu dilancarkan sebutan Arabnya dan memastikan tajwidnya betul. Aku tidak rasa dapat apa-apa setelah lebih 20 tahun membaca Al Quran dalam keadaan sebegitu sekadar sebutan jadi lancar sahaja. Aku mula terfikir, golongan Islam dahulu jadi kuat sebab mereka faham apa yang mereka baca kerana mereka bangsa Arab yang faham apa yang Nabi Muhammad sampaikan. Maka Allah dorong aku membaca terjemahan Quran di samping aku baca sebutan Arabnya kerana beranggapan dapat pahala jika baca tulisan Arabnya, kerana itu yang disogok masa aku kecil-kecil dahulu.
Setelah membuat pemerhatian, jika aku baca buku Sains dalam bahasa Jepun sekadar tahu sebutan Jepunnya, aku tidak akan dapat apa-apa pengajaran, maka aku bertambah yakin untuk kaji terjemahan Al Quran agar aku memahaminya. Namun pada mulanya, aku sekadar membacanya sahaja untuk tahu kisah-kisah dikhabarkan dalam Al Quran itu. Masa itu aku tidak lagi fikirkan sangat kelogikan sesuatu ayat-ayat Quran. Jadi aku baca secara zahir apa yang tertulis pada sesuatu ayat Al Quran. Jika ada ayat Quran kutuk kaum Yahudi terdahulu, aku tidak mengkaji, apakah sifat-sifat Yahudi terdahulu yang melayakkan mereka dikutuk oleh Allah.
Kemudian Allah berikan petunjuk kepadaku untuk kaji logik disebalik ayat-ayat Al Quran itu. Dengan kata lain, aku mula mencari apa bukti yang wujud di alam semesta ini yang membenarkan sesuatu ayat Al Quran. Di sinilah bermulanya penerokaan Al Quran secara mendalam. Aku mula menggali Al Quran itu untuk melihat kebenaran ayat-ayatNya bukan setakat baca zahir sesuatu ayat. Matlamat aku mengkaji Al Quran, agar ayat-ayatnya nampak kelogikannya, iaitu bukti-buktinya memang ada depan mata.
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
perasan! sorry to say 

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Kiasan kata-kata orang yang berhasad dengki. Mereka tidak mampu berhujah dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Menunjukkan betapa rendahnya tahap mentaliti mereka.... 

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Adli wrote:Kiasan kata-kata orang yang berhasad dengki. Mereka tidak mampu berhujah dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Menunjukkan betapa rendahnya tahap mentaliti mereka....
sampai sekarang apa yg semut tanya tak leh jawap, perasan hebat konon

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
semut api wrote:sampai sekarang apa yg semut tanya tak leh jawap, perasan hebat konon
Anda itu hebat sangatlah? Kalau tak setuju ayat-ayat yang saya tulis tu, quote la apa yang tak betulnya, dan tunjukkan apa betulnya dari anda.
Ini datang sekadar tulis kiasan kata-kata orang berpenyakit hati.
Jangan ingat anda aje nampak orang lain macam hebat, orang lain pun boleh nampak sesuatu pada kiasan kata-kata anda itu juga. Cuma saya tak mahu guna cara macam tu, sebab nanti nampak berpenyakit hati pula.
Sampai bila umat Islam nak maju mentalitinya bila berposting macam orang berpenyakit hati aje....

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Adli wrote:semut api wrote:sampai sekarang apa yg semut tanya tak leh jawap, perasan hebat konon
Anda itu hebat sangatlah? Kalau tak setuju ayat-ayat yang saya tulis tu, quote la apa yang tak betulnya, dan tunjukkan apa betulnya dari anda.
Ini datang sekadar tulis kiasan kata-kata orang berpenyakit hati.
Jangan ingat anda aje nampak orang lain macam hebat, orang lain pun boleh nampak sesuatu pada kiasan kata-kata anda itu juga. Cuma saya tak mahu guna cara macam tu, sebab nanti nampak berpenyakit hati pula.
Sampai bila umat Islam nak maju mentalitinya bila berposting macam orang berpenyakit hati aje....
perasan orglain tak betul, sakit hati, cermin diri dulula cik puan

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
orglain guna akal, bukti nyata jugakla encik puan tapi takder perasan hebat pun 

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Anda kot yang berprasangka orang lain perasan hebat? Padahal urusan dalam diri hanya Allah yang tahu.
Orang yang kuat berprasangka itulah yang perasan hebat. Ada hati nak nilai dalam diri orang lain. Sudahlah dinasihati suruh beragama guna akal payah nak terima. Bukankah kaum yang sudah dinasihati supaya bangun setelah umatnya lemah, tetapi mereka menolaknya adalah kaum yang perasan hebat...
Orang yang kuat berprasangka itulah yang perasan hebat. Ada hati nak nilai dalam diri orang lain. Sudahlah dinasihati suruh beragama guna akal payah nak terima. Bukankah kaum yang sudah dinasihati supaya bangun setelah umatnya lemah, tetapi mereka menolaknya adalah kaum yang perasan hebat...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Adli wrote:Kiasan kata-kata orang yang berhasad dengki. Mereka tidak mampu berhujah dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Menunjukkan betapa rendahnya tahap mentaliti mereka....
jika begitu, kenapa anda menolak segala sunah Rasulluah??
kenapa anda membenci sangat hadis2 Rasulluah?
Espionage- Pensyarah
- Number of posts: 743
Location: Selangor
State:
Reputation: 0
Credits: 1565
Registration date: 2008-04-19
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Espionage wrote:Adli wrote:Kiasan kata-kata orang yang berhasad dengki. Mereka tidak mampu berhujah dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Menunjukkan betapa rendahnya tahap mentaliti mereka....
jika begitu, kenapa anda menolak segala sunah Rasulluah??
kenapa anda membenci sangat hadis2 Rasulluah?
Apa bukti saya tolak sunnah Rasulullah? Berfikir mencari bukti-bukti yang nyata dan bergantung kepada Allah semata-mata adalah salah satu apa yang Rasulullah lakukan. Saya tak tolak pun.
Al Quran adalah Hadis rasulullah (refer ayat Jaatsiyah: 6). Jadi, saya tak tolak pun hadis baginda (Al Quran) sebab kebenaran Hadis ini (Al Quran) kerana ayat-ayatnya disokong hukum-hukum Allah pada alam semesta ini.
Jangan tuduh tanpa bukti haa? Saya hanya menolak riwayat kata-kata yang kononnya didakwa dari Rasulullah sedangkan tiada bukti yang nyata menyokong kata-kata itu dan riwayat tersebut bercanggah dengan Al Quran. Umpamanya ada ayat Quran hanya kata Nabi Muhammad itu penutup Nabi-nabi, tetapi ada riwayat hadis yang kata baginda penutup Rasul-rasul dan nabi-nabi. Anda nampak tak percanggahan tersebut? Ada tokok tambah berlaku pada riwayat hadis itu. Takkan itu anda nak butakan demi amalan nenek moyang anda?
Adakah anda itu seorang yang ikut Rasulullah jika berpegang sesuatu yang bercanggahan dengan ajaran Al Quran?
Allah Maha Mengetahui golongan mana yang menolak Rasulullah (mendustai agama), dan golongan mana yang ikut Rasulullah. Sebab sesuatu umat yang ikut Rasulullah tidak mungkin jadi lemah, mundur, berbunuh-bunuhan sesama sendiri, dan menjadikan seseorang Nabi sebagai "anak" Allah dengan beranggapan segala yang didakwa datang dari seseorang Rasul itu memang benar dari Rasul itu sebelum mereka meneliti apakah bukti-bukti yang nyata dalam kata-kata tersebut.
Ingatlah, ciri-ciri kata-kata seseorang Rasul ada bukti-bukti yang nyata, jelas dan boleh difikirkan oleh manusia (refer ayat 44 surah An Nahl). Kita lihat siapa golongan yang menolak Rasulullah yang sebenarnya. Janji Allah itu benar.
Nabi Muhammad yang dipertuhankan oleh golongan yang main turut atas nama riwayat hadis itu bukan sekutu Allah dalam membuat ketetapan. Baginda sudah wafat. Tetapi Allah yang menetapkan segala hukum di alam semesta ini kekal hidup dan tidak mampu manusia dustai. Allah tetapkan kaum yang beragama tak guna akal pasti dapat kedudukan yang hina berbanding bangsa-bangsa yang rajin berfikir. Siapa boleh ubah ketetapan Allah itu. Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa!
Saya tak hairan jika kata-kata saya selama ini ditolak tanpa mereka mampu bawakan bukti yang nyata. Jika Nabi Muhammad pun alami nasib yang sama apalagi saya yang bukan seorang Nabi, tetapi cuma memperingatkan balik pengajaran ayat-ayat Al Quran...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Tentang mana yang bercanggahnya tu? Dah belajar atau belum tentang hadith? Kemudian sewenang-wenangnya anda menolak hadith? Bab hadith bukan main digunakan kalimah yang zahir pada ayat. Tapi bab solat bukan main diterjemahkan dan dimaknakan dengan perkara lain.

Anak_Pejuang- Siswa-Siswi
- Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1357
Registration date: 2008-10-16
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Satu coretan yang dapat mendorong kita untuk lebih membaca, mengkaji, memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran yang termaktub dalam al-quran. apa yang dapat saya katakan di sini, untuk meninggalkan ajaran-ajaran dari nenek moyang memang sukar kerana ianya sudah sebati dalam jiwa kita sejak dari dulu lagi. jika ditinggalkan, bimbang disisihkan dari kebanyakan orang dan ragu-ragu sama ada tindakan itu benar atau sebaliknya. sebab itulah umat islam dulu dan kini hanya sekadar beragama ikut-ikutan sahaja. sebenarnya, semuanya itu terpulang dalam diri kita. mohonlah petunjuk dari Allah kerana Dia sajalah yang berhak memberi petunjuk dan kesesatan kepada hambaNya. moga coretan dari Adli ini dapat direnungkan bersama dan dapat memberi sesuatu petunjuk dalam mencari kebenaran.
Last edited by bayau on Tue May 12, 2009 4:03 pm; edited 1 time in total

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Apa bukti saya tolak sunnah Rasulullah? Berfikir mencari bukti-bukti yang nyata dan bergantung kepada Allah semata-mata adalah salah satu apa yang Rasulullah lakukan. Saya tak tolak pun.
bergantung kepada hati dan amalan kita, kita tidak akan dapat tahu perangai seseorang itu dengan melihat rupanya... tapi perangai dan hati akan mencorakkan watak seseorang individu tersebut....
Al Quran adalah Hadis rasulullah (refer ayat Jaatsiyah: 6). Jadi, saya tak tolak pun hadis baginda (Al Quran) sebab kebenaran Hadis ini (Al Quran) kerana ayat-ayatnya disokong hukum-hukum Allah pada alam semesta ini.
pendapat ini saya setuju, kerana Al-Quran adalah sumber pertama daripada hadis2 yang lain...
Jangan tuduh tanpa bukti haa? Saya hanya menolak riwayat kata-kata yang kononnya didakwa dari Rasulullah sedangkan tiada bukti yang nyata menyokong kata-kata itu dan riwayat tersebut bercanggah dengan Al Quran. Umpamanya ada ayat Quran hanya kata Nabi Muhammad itu penutup Nabi-nabi, tetapi ada riwayat hadis yang kata baginda penutup Rasul-rasul dan nabi-nabi. Anda nampak tak percanggahan tersebut? Ada tokok tambah berlaku pada riwayat hadis itu. Takkan itu anda nak butakan demi amalan nenek moyang anda?
jika kita berkawan rapat dengan seseorang, kita akan tahu segala tingkah lakunya...
apabila sahabat Rasulluah selalu berdampingan baginda, segala amalan dan sunah baginda akan diikuti secara berperingkat-peringkat... informasi yang disampaikan oleh para sahabat tentang sikap, tindakan, ucapan dan cara Rasulullah disebut sebagai hadis
Adakah anda itu seorang yang ikut Rasulullah jika berpegang sesuatu yang bercanggahan dengan ajaran Al Quran?
maafkan saya, boleh x beri contoh ayat di atas?? ada masalah bahasa rasanya..
Allah Maha Mengetahui golongan mana yang menolak Rasulullah (mendustai agama), dan golongan mana yang ikut Rasulullah. Sebab sesuatu umat yang ikut Rasulullah tidak mungkin jadi lemah, mundur, berbunuh-bunuhan sesama sendiri, dan menjadikan seseorang Nabi sebagai "anak" Allah dengan beranggapan segala yang didakwa datang dari seseorang Rasul itu memang benar dari Rasul itu sebelum mereka meneliti apakah bukti-bukti yang nyata dalam kata-kata tersebut.
kerana itulah, terdapat hadis2 Rasulluah yang sahih... ini kerana proses untuk mendapatkan segala hadis telah diteliti dengan sedalam-dalamnya...
Ingatlah, ciri-ciri kata-kata seseorang Rasul ada bukti-bukti yang nyata, jelas dan boleh difikirkan oleh manusia (refer ayat 44 surah An Nahl). Kita lihat siapa golongan yang menolak Rasulullah yang sebenarnya. Janji Allah itu benar.
saya setuju dengan pendapat ini, tanpa Rasulluah kita mesti sudah berada di dalam zaman jahiliyah....
Saya tak hairan jika kata-kata saya selama ini ditolak tanpa mereka mampu bawakan bukti yang nyata. Jika Nabi Muhammad pun alami nasib yang sama apalagi saya yang bukan seorang Nabi, tetapi cuma memperingatkan balik pengajaran ayat-ayat Al Quran...
saya faham dengan pendapat anda, cuma saya x faham nape anda menolak hadis...
boleh berikan x hadis2 yang mungkin tidak sahih untuk kita kongsikan bersama?

bukti apa yang anda bawak? kalau bukti yang nyata dah tentu takda percanggahan. Tentang solat pun tak lepas lagi camane?

Anak_Pejuang- Siswa-Siswi
- Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1357
Registration date: 2008-10-16
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
bayau wrote:Satu coretan yang dapat mendorong kita untuk lebih membaca, mengkaji, memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran yang termaktub dalam al-quran. apa yang dapat saya katakan di sini, untuk meninggalkan ajaran-ajaran dari nenek moyang memang sukar kerana ianya sudah sebati dalam jiwa kita sejak dari dulu lagi. jika ditinggalkan, bimbang disisihkan dari kebanyakan orang dan ragu-ragu sama ada tindakan itu benar atau sebaliknya. sebab itulah umat islam dulu dan kini hanya sekadar beragama ikut-ikutan sahaja. sebenarnya, semuanya itu terpulang dalam diri kita. mohonlah petunjuk dari Allah kerana Dia sajalah yang berhak memberi petunjuk dan kesesatan kepada hambaNya. moga coretan dari Adli ini dapat direnungkan bersama dan dapat memberi sesuatu petunjuk dalam mencari kebenaran.
Persoalan yang anda tidak jawab sampai sekarang, mengenai al Quran yang anda baca. Saya nak tahu, anda baca al Quran atau terjemahan sahaja?
Dan saya nak tanya anda bagaimana sampainya al Quran itu ke tangan anda sekarang? Adakah anda mengikut membuta tuli pada penterjemah semata-mata ? Sila jawab, dan terima kasih.

Anak_Pejuang wrote:bayau wrote:Satu coretan yang dapat mendorong kita untuk lebih membaca, mengkaji, memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran yang termaktub dalam al-quran. apa yang dapat saya katakan di sini, untuk meninggalkan ajaran-ajaran dari nenek moyang memang sukar kerana ianya sudah sebati dalam jiwa kita sejak dari dulu lagi. jika ditinggalkan, bimbang disisihkan dari kebanyakan orang dan ragu-ragu sama ada tindakan itu benar atau sebaliknya. sebab itulah umat islam dulu dan kini hanya sekadar beragama ikut-ikutan sahaja. sebenarnya, semuanya itu terpulang dalam diri kita. mohonlah petunjuk dari Allah kerana Dia sajalah yang berhak memberi petunjuk dan kesesatan kepada hambaNya. moga coretan dari Adli ini dapat direnungkan bersama dan dapat memberi sesuatu petunjuk dalam mencari kebenaran.
Persoalan yang anda tidak jawab sampai sekarang, mengenai al Quran yang anda baca. Saya nak tahu, anda baca al Quran atau terjemahan sahaja?
Dan saya nak tanya anda bagaimana sampainya al Quran itu ke tangan anda sekarang? Adakah anda mengikut membuta tuli pada penterjemah semata-mata ? Sila jawab, dan terima kasih.
buat satu thread. kita berdiskusi di sana. tq.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
bayau wrote:Satu coretan yang dapat mendorong kita untuk lebih membaca, mengkaji, memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran yang termaktub dalam al-quran. apa yang dapat saya katakan di sini, untuk meninggalkan ajaran-ajaran dari nenek moyang memang sukar kerana ianya sudah sebati dalam jiwa kita sejak dari dulu lagi. jika ditinggalkan, bimbang disisihkan dari kebanyakan orang dan ragu-ragu sama ada tindakan itu benar atau sebaliknya. sebab itulah umat islam dulu dan kini hanya sekadar beragama ikut-ikutan sahaja. sebenarnya, semuanya itu terpulang dalam diri kita. mohonlah petunjuk dari Allah kerana Dia sajalah yang berhak memberi petunjuk dan kesesatan kepada hambaNya. moga coretan dari Adli ini dapat direnungkan bersama dan dapat memberi sesuatu petunjuk dalam mencari kebenaran.
Benar saudara bayau katakan. Bukan senang nak lawan amalan nenek moyang tu. Sebab risikonya kita akan dibenci oleh orang yang tidak boleh berlapang dada. Kita akan dicela. Sedangkan kaum yang engkar itu tidak dapat tunjukkan apa bukti kata-kata tidak betul. Bagi mereka, sebab apa yang kita sampaikan tidak sama dengan ajaran nenek moyang mereka, terus ditentang.
Tetapi saya selalu berpegang kata-kata ini untuk menguatkan semangat dan keyakinan diri bahawa Nabi Muhammad yang seorang Nabi pun ditentang sedemikian rupa oleh kaum yang menurut amalan nenek moyang dan mempersekutukan Allah, apa lagi saya yang bukan seorang Nabi, tetapi sekadar memperjelaskan balik ajaran Al Quran berdasarkan keadaaan semasa.
Terima saya saya ucapkan kepada saudara sebagai webmaster di sini untuk menerima pendapat. Bukan saya tak pernah kena ban di forum lain semata-mata mengatakan yang haq. Bila kita ditentang dengan cara yang pengecut macam itu, ia membuktikan kebenaran yang kita pegang. Sebab jika kita berkata dusta, senang-senang orang lain nak patahkan.
Puji-pujian bagi Allah yang menegakkan yang haq dan mengalahkan yang dusta... .

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Anak_Pejuang wrote:Tentang mana yang bercanggahnya tu? Dah belajar atau belum tentang hadith? Kemudian sewenang-wenangnya anda menolak hadith? Bab hadith bukan main digunakan kalimah yang zahir pada ayat. Tapi bab solat bukan main diterjemahkan dan dimaknakan dengan perkara lain.
Saya hanya berpegang pada bukti-bukti yang mengikut hukum alam yang Allah tetapkan. Jika ada percanggahan dengan hukum alam yang Allah tetapkan, maka saya tolak.
Jika dalam Al Quran tulis Nabi Muhammad penutup Nabi-nabi sebab tiada logik penyampai peringatan Allah (Rasul) akan berakhir (sebab manusia kena dinasihati sampai Kiamat sebab iblis janji nak pesong manusia sampai Kiamat), tetapi dalam riwayat hadis yang ada seorang manusia tu bawa kata baginda penutup Rasul-rasul dan Nabi-nabi, takkan itu buta tak nampak percanggahnya?
Janganlah nak selamatkan kepalsuan yang diada-adakan atas nama Islam, perkara jelas tu pun tak nampak?
Macam manalah depan mata nasib umat Islam tak mundur dan lemah (bukan lagi umat terbaik), jika golongan pendusta lagi ramai dari golongan yang berkata benar?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
bayau wrote:buat satu thread. kita berdiskusi di sana. tq.
Saudara bayau boleh lihatlah, bila golongan yang tak matang berfikir itu menyampuk, pasti sesuatu topik akan berkecamuk. Perkara solat yang disebut dalam thread lain, mereka bawakan dalam thread sini.
Allah ilhamkan kepada saya bukakan banyak topik untuk perhatikan bagaimana perangai kaum yang kononnya mengaku Islam dan ikut Rasulullah itu. Bila melihat cara mereka berhujah, maka saya yakin dengan kebenaran yang saya pegang. Mereka sekadar menunjukkan sifat-sifat orang yang tak matang berforum dan cepat panas hati.
Takkanlah golongan beriman sebegitu perangainya kan?
Melihat tahap mentaliti mereka yang rendah bila berhujah itu, semakin saya mendapat jawapan kenapa Allah hinakan umat Islam sekarang dengan dikalahkan oleh golongan Barat. Allah tidak menzalimi sesuatu kaum, tetapi kaum itulah yang menzalimi diri mereka sendiri...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Coretan: Perjalanan Mencari Kebenaran
Adli wrote:bayau wrote:buat satu thread. kita berdiskusi di sana. tq.
Saudara bayau boleh lihatlah, bila golongan yang tak matang berfikir itu menyampuk, pasti sesuatu topik akan berkecamuk. Perkara solat yang disebut dalam thread lain, mereka bawakan dalam thread sini.
Allah ilhamkan kepada saya bukakan banyak topik untuk perhatikan bagaimana perangai kaum yang kononnya mengaku Islam dan ikut Rasulullah itu. Bila melihat cara mereka berhujah, maka saya yakin dengan kebenaran yang saya pegang. Mereka sekadar menunjukkan sifat-sifat orang yang tak matang berforum dan cepat panas hati.
Takkanlah golongan beriman sebegitu perangainya kan?
Melihat tahap mentaliti mereka yang rendah bila berhujah itu, semakin saya mendapat jawapan kenapa Allah hinakan umat Islam sekarang dengan dikalahkan oleh golongan Barat. Allah tidak menzalimi sesuatu kaum, tetapi kaum itulah yang menzalimi diri mereka sendiri...
tidak nampakkah cik puan bahawa itulah perancangan dariNya? AQ : tidak bergerak sesuatu zarahpun kecuali dgn izinKu

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» Mencari enjin Mivec atau GSR terbalik 1.6
» Mencari Landasan Ritual Salat dalam Alquran
» mencari stepper moto utk gsr ck
» Jangan mengejek, memperolok, mencari kesilapan dan menghina orang lain
» mencari gearbox GSR CK manual...
» Mencari Landasan Ritual Salat dalam Alquran
» mencari stepper moto utk gsr ck
» Jangan mengejek, memperolok, mencari kesilapan dan menghina orang lain
» mencari gearbox GSR CK manual...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum