Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Page 1 of 7 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Go down

Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 2:43 am

Lanjutan dari thread Dia..Pesuruh ALLAH

Thread tersebut membicarakan (antara) tugas tugas dan otoriti Rasulullah s.a.w.yg dinyatakan oleh ALLAH dalam Kitabullah dan baginda bukanlah sekadar penyampai (ayat yg ALLAH firmankan bukan 'balagh' tapi 'litubayyina')

Maka mari kita buka thread ini pula moga moga dapat membawa akal kita berfikir dgn iman yang sihat berdasarkan sumber wahyu.

[size=21]وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٌ۬ يَسۡعَىٰ قَالَ يَـٰقَوۡمِ
ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٢٠) ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرً۬اوَهُم مُّهۡتَدُونَ

Terjemahannya lebih kurang:

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! ikutlah Rasul-rasul itu. Ikutilah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayat petunjuk.[yasiin:20-21]

Selingkar kisah dalam lipatan sejarah silam yang dirakamkan oleh ALLAH akan kisah utusan utusanNya (para Rasul) yang mendatangi satu kaum di satu bandar menyeru mereka ke arah mentauhidkan ALLAH dan membimbing mereka akan cara cara untuk mengabdikan diri kepadaNya sebagaimana yg diperintahkan oleh ALLAH, namun mereka mendapat tentangan.

Dan kemudian datanglah seorang lelaki dari hujung bandar sambil berlari lari menyeru kepada kaumnya supaya mengikuti para Rasul itu kerana mereka tidak mengharapkan sesuatu pun mahupun upah untuk kerja kerja mereka itu. Dan mereka itu membawa cahaya petunjuk (wahyu) untuk membimbing kaum itu menyembah ALLAH mengikut syariat yg ditetapkan olehNya.

[size=21]قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَـٰلَيۡتَ
قَوۡمِى يَعۡلَمُونَ (٢٦) بِمَاغَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلۡمُكۡرَمِينَ (٢٧)

Terjemahannya:
"Dikatakan kepadanya, "Masuklah ke Syurga". Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kaum ku mengetahui. Apa yang menyebabkan Tuhan ku memberi ampun kepada ku dan menjadikan aku termasuk orang orang yang dimuliakan." [Yaasiin:26]

Dalam peristiwa itu,lelaki itu telah dibunuh oleh kaumnya (syahid) dan ALLAH merakamkan dalam KitabNya akan kata kata syuhada itu ketika ia dimasukkan ke SyurgaNya yang kekal abadi.. Alangkah baiknya kalau kaum ku mengetahui...

Sudah menjadi sunnatullah tiap sesuatu yg ALLAH jadikan itu ada pasangannya..ada baik, ada buruk, ada positif, ada negatif, ada kiri ada kanan, ada Syurga ada Neraka, ada lelaki, ada perempuan, ada halal ada haram, ada yg mendapat petunjuk, ada yang sesat, ada Malaikat, ada Syaitan..Pendek kata setiap sesuatu itu ada positif dan ada negatif. Tak semuanya positif dan tak semuanya negatif. Kesemuanya ini menjadi ujian kepada org-org yang beriman selama hidup di dunia ini. Bagi tujuan dan maksud untuk lulus ujian ini, ALLAH mengutuskan ‘Moderator atau pemudahcara’ (Para Rasul a.s.) untuk membimbing manusia ini ke arah yang positif dan menjauhi yang negatif. Ada dikalangan para Rasul ini yg dibekalkan Kitab dan ada yang tidak. Adapun bagi umat akhir zaman ini,umat yg iterbaik iaitulah umat Muhammad s.a.w., diutuskan kepada mereka seorang Rasulullah dan diturunkan pula Kitabullah untuk diikuti panduannya dan dilaksanakan perintahNya serta menjauhi laranganNya.

Dalam hal ini, perkara Mengikut Rasululullah s.a.w. (positif)ini adalah perintah dari ALLAH dan tidak boleh disamakan seperti org org yang sesat yg telah mengikut bapa bapa mereka atau nenek moyang mereka dalam beribadat itu (negatif). Sememangnya perkara ikut org terdahulu ini juga tak terlepas dari sunnatullah itu tadi iaitu ada yang dibolehkan (malah diperintahkan - dalam hal ikut Nabi) dan ada yang diharamkan - bathil ikut cara nenek moyang yang tak bersumberkan wahyu.

Mereka terkeliru mengatakan ikut Rasul itu (positif)sama seperti kaum musyrik yg mengikut adat keagamaan pagan nenek moyang mereka (negatif). Mereka terlupa tiap sesuatu tu ada pasangannya dan itu memang sunnatullah ada postif dan ada negatif. Mengikut Rasulullah itu TAK SAMA spt mengikut ajaran nenek moyang dahulukala..

Firmanullah:

[size=21]سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ
ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُوَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦)

Terjemahannya:

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[Yasiin:36]

Maka itulah gunanya Kitabullah itu diturunkan kepada manusia, supaya dapat membimbing akal manusia dalam mencari ALLAH. Berapa ramai manusia yang tersesat dalam mencari ALLAH? Mencari Pencipta adalah menjadi Fitrah dalam diri setiap manusia. Mereka mencari cari siapakah Tuhan mereka. Sejarah dunia sehingga hari ini menyaksikan manusia masih terus berusaha mencari Tuhan mereka, pertumbuhan agama agama dan kepercayaan kepercayaan baru terus tumbuh (boleh google cari).

Mereka semuanya mencari Tuhan dgn niat yg suci sesuai dengan fitrah mereka.Namun sayangnya mereka hanya bergantung kepada AKAL mereka semata mata tanpa panduan Wahyu, persoalannya bagaimanakah akal manusia semata-mata dapat mencari ALLAH Yang Ghaib?.

Dari itu, ramai yg menyembah pokok, menyembah Patung, menyembah Api, menyembah Syaitan, Jin,busut, roh nenek moyang, harta, wang ringgit, sains dan berbagai bagai lagi sembahan mengikut AKAL mereka berdasarkan keadaan sekeliling mereka.

ALLAH Yang Maha Pengasih itu menurunkan Para Rasul a.s. untuk menyeru manusia dan mengajar manusia mengenal ALLAH. Membimbing akal mereka ke arah mentauhidkan ALLAH. Semua yang ada sekeliling mereka itu adalah bersifat baharu dan tidak layak disembah. Mereka ini (para rasul a.s.) manusia istimewa yang dipilih oleh Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Bijaksana yang terhimpun padaNya segala sifat sifat kesempurnaan dan ketinggian. Mencari ALLAH hanya berpandukan Akal semata-mata (fahami maksud ‘semata-mata’ tu yer) adalah mustahil lantaran ALLAH itu sifatNya berlawanan dengan setiap yang baharu. Macam mana saya tau Dia tak
sama dengan yang lain?

وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ

Terjemahannya lebih kurang:
”Tiada Sesuatu pun yang mnyerupaiNya.[Al-Ikhlas:4]

Dan FirmanNya lagi dalam surah yang lain, yg mana menggunakan perkataan Arab yg lain tapi terjemahan yang paling hampir dapat diterjemah adalah sama antara dua ayat ini. Ini contoh terjemahan tak sama dgn Bahasa yang asal.

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦشَىۡءٌ۬‌ۖ

Terjemahan lebih kurang:

..Tiada yang menyerupainya....[Ash-Syuraa:11]

Akal saya hanya mampu bagitau yang alam ni semua mesti ada
yang menciptannya termasuk dengan diri saya sendiri. Akal saya tak mampu nak tahu Tuhan tu siapa dan bagaimana, justeru ALLAH itu sendiri yg memperkenalkan diriNya,bagaimana Dia perkenalkan diriNya? Melalui Kitabullah dan RasulNya!

Maka surah Yaasiin di mula posting itu menunjukkan satu kaum yang menolak untuk mengikut para rasul itu dan mereka semua telah diazab oleh ALLAH dan dimatikan dgn satu pekikan sahaja (rujuk Yaasiin:29) Maka atas alasan apakah mereka itu menolak untuk mengikut sabdaan Nabi Muhammad saw iaitulah Rasul bagi ummat ini? Tidakkah mereka mengambil iktibar akan peristiwa masa lalu yang ada dalam Kitabullah? Adakah mereka itu berakal?

Bersambung insyaALLAH…

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 2:51 am

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.[

apakah madsud pasangan yang mereka tidak mengetahuinya itu ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 3:04 am

slipar wrote:
Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.[
[/size]

apakah madsud pasangan yang mereka tidak mengetahuinya itu ..

Seperti contoh yang saya bawakan tu, dulu org tak tau pun proton dan neutron, sekarang org tau dah bahawa proton tu ada neutron nya sebagai pasangan dia. Dan ada lagi yang kita tak mengetahuinya samada mungkin ianya sekarang tak tahu tapi akan datang nanti kita akan tahu dan juga termasuk yg sampai akhirnya kita tak tahu.. Ilmu ALLAH ini amatlah luas dan tak akan habis ..

Justeru dalam hal Aqidah kita tak boleh banyak soal kerna disana ada perkara ghaib yg memerlukan sumber wahyu untuk mencetuskan iman dalam diri dan membimbing akal kita untuk mengenal ALLAH. Kalau ALLAH itu tak ada satu pun menyerupaiNya, bagaimana lagi kita nak mengenal dia melainkan Dia sendiri memperkenalkan diriNya melalui utusanNya dan wahyu.

Wallahu'alam

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by Zahabur on Sun Apr 26, 2009 3:13 am

Betul abu muaz Allah sendiri yang memperkenalkan DiriNya kepada kita...setelah hati kita suci dari sifat2 keji..... Smile

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 10:45 am

abu_muaz wrote:
Maka surah Yaasiin di mula posting itu menunjukkan satu kaum yang menolak untuk mengikut para rasul itu dan mereka semua telah diazab oleh ALLAH dan dimatikan dgn satu pekikan sahaja (rujuk Yaasiin:29) Maka atas alasan apakah mereka itu menolak untuk mengikut sabdaan Nabi Muhammad saw iaitulah Rasul bagi ummat ini? Tidakkah mereka mengambil iktibar akan peristiwa masa lalu yang ada dalam Kitabullah? Adakah mereka itu berakal?

Bersambung insyaALLAH…

sambungan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Pagi ni dan hari hari sebelumnya, kita dapati puak puak tu berhujjah hanyalah sekitar ikut akal, ikut akal dan bukanlah mereka itu ikut Al-Qur'an. Ternyata mereka mahu menipu ALLAH dan menipu org org beriman tapi sebaliknya sebenarnya mereka hanya menipu diri mereka sendiri.

Kita pun tahu akal kita masing masing ini tak sama diantara satu dgn yg lain. Saya timbulkan persoalan pengurusan jenazah pun macam macam jawapan saya dapat. Tu baru 3 org yg respon iaitu Juang, Bayau dan Adli. Tak ada hujjahan ayat ALLAH melainkan akal mereka kecuali Bayau yg membawakan ayat tentang Adab Ziarah kubur padahal yang ditanya adalah bab pengurusan jenazah dan bukanlah adab ziarah kubur. Tapi tak per, di kalangan mereka ni, Bayau cuba menggunakan ayat ALLAH sesuailah dgn dakwaan mereka pengikut Al-Qur'an.

Namun begitu, ini menampakkan kepada kita akan peranan Al-Qur'an dan utusan ALLAH dalam hal menjadi hakim menentukan apa yang terbaik untuk manusia ini darihal Agama. Kalau ikut Akal masing masing, maka akan rosaklah aturan penghidupan ini bila masing masing ada kepentingan, kesukaan, pengalaman, ilmu, kehendak dan macam macam lagi perkara yg tidak memungkinkan kesatuan ummah berlaku.

Prinsip Islam yang terpenting adalah tidak boleh mentaati sesuatu hukum syari’at KECUALI yang berasal dari Allah Subhanahu waTa’ala. Tidak boleh mencari atau mentaati sumber hukum yang lain sebagaimana yang difirmankan oleh Allah waTa’ala dalam ayat berikut:

أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡتَغِى حَكَمً۬ا وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ إِلَيۡڪُمُٱلۡكِتَـٰبَ مُفَصَّلاً۬‌ۚ وَٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ۥمُنَزَّلٌ۬ مِّن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ‌ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ

Terjemahannya lebih kurang:
(Katakanlah wahai Muhammad): Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.[Al-Anaam]

Umat Islam mentaati hukum-hukum yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam kerana mereka memahami firman Allah yang bermaksud: Taatlah kepada Rasulullah sebagai bererti mentaati hukum-hukum yang berasal dari beliau. Tapi puak mereka yg bertuhankan akal ini memahami ayat ini dengan satu fahaman yang salah kerana kononnya perintah mentaati Rasulullah seolahnya mengangkat satu lagi 'Anak Tuhan' seperti mana Yahudi dan Nasoro.

Ayat al-Anaam:116 tu sebenarnya adalah merupakan jawapan kepada tindakan orang-orang musyrik Makkah ketika itu yang telah melantik seorang pemimpin Ahli Kitab untuk mengadili kebenaran Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Mereka menyuruh pemimpin Ahli Kitab tersebut menilai kebenaran Muhammad berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab Taurat dan Injil. Maka Allah Subhanahu waTa’ala menurunkan ayat tersebut - (Muhammad Ali as-Shabuni – Cahaya al-Qur’an,jld 1, ms 346.)

Mengapakah mereka itu bila kita mengajak mereka berhukum dan merujuk kepada ayat ayat ALLAH tetapi mereka engkar dan lebih suka berhukum dengan Akal mereka saja? Yang lawaknya kemudian mereka mendakwa bahawa mereka tak ikut Hadith tapi ikut Al-Qur'an? Apakah mereka ini mabuk? Atau tak sedar perbuatan mereka?

Saya sangkakan benar mereka mengikut Al-Qur'an semata tetapi saya silap, mereka rupanya mengikut AKAL mereka semata mata mendahului ayat ayat ALLAH sehinggakan ayat ALLAH itu pun mereka perlu buktikan dahulu sebelum mereka terima! Apa kata ALLAH dalam hal ini?

Firmanullah:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَوَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ إِلَىٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦ وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَنيُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدً۬ا

Terjemahannya lebihkurang:
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.[An-Nisaa]

Ayat ini diturunkan untuk kaum Munafik di zaman Rasulullah s.a.w. yang berdolak dalik beriman di hadapan Nabi tapi kufur di belakang baginda yakni mereka berpura pura beriman sahaja. Ada kesamaannya dengan puak puak itu di e minda ini yg berpura pura beriman dengan ayat ayat ALLAH tapi sebenarnya mereka mahu 'mendaulatkan' Akal fikiran mereka melebihi ayat ayat ALLAH!

Apabila diajak mereka berhukum dan mengeluarkan dalil dari sumber wahyu, mereka berdolak dalik tak mahu berhukum dengan sumber wahyu tapi tetap mahu berhukum dgn Akal mereka sahaja. Maka karangan demi karangan dengan bahasa yang indah mengikut akal mereka telah mereka keluarkan untuk mempersonakan umat. Mereka menyangka yang mereka menipu ALLAH dan umat Islam tapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.

Firmanullah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِرَأَيۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودً۬ا

Terjemahannya lebih kurang:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
[An-Nisaa]

Mereka juga memperolokkan bila kita kata kita taat pada perintah Rasul s.a.w. itu sebagai membuta tuli. Bukankah sifat orang beriman itu 'Dengar dan Taat'?

Ya..sudah tentu frasa kata itu hanyalah untuk ALLAH dan baginda Rasulullah s.a.w. dan bukan untuk selain dari kedua itu. Hanya Dia (sebagai Robb) dan baginda Rasulullah s.a.w. (atas perintah ALLAH) yg kita wajib taat tanpa banyak soal. Tapi mereka mengatakan kita mengangkat 'Anak ALLAH' sepertimana Yahudi dan Nasoro.

Dalil:

إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦلِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُٱلۡمُفۡلِحُونَ

Terjemahannya lebih kurang:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.[An-Nuur]

Maka benarlah Al-Qur'an itu dan Maha Benar lah ALLAH dengan FirmanNya dalam Al-Qur'an itu. Kita menyaksikan betapa ayat ayat ALLAH itu benar sepanjang zaman. Walaupun ayat itu turun kepada kaum munafik di zaman Rasulullah s.a.w. tapi ianya tetap valid sepanjang zaman lantaran sejarah berulang. Hanya kali ini mereke beretorika kononnya ikut Al-Qur'an tapi mereka ikut Toghut (akal mereka sendiri). Sungguh buruk pekerjaan mereka itu! Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayahNya kepada mereka dan kepada kita semua!

Bersambung insyaALLAH...

Maciihhh..

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by semut api on Sun Apr 26, 2009 12:03 pm

Zahabur wrote:Betul abu muaz Allah sendiri yang memperkenalkan DiriNya kepada kita...setelah hati kita suci dari sifat2 keji..... Smile

macammana Dia memperkenalkan diriNya? Surprised

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 12:16 pm

Seperti contoh yang saya bawakan tu, dulu org tak tau pun proton dan neutron, sekarang org tau dah bahawa proton tu ada neutron nya sebagai pasangan dia. Dan ada lagi yang kita tak mengetahuinya samada mungkin ianya sekarang tak tahu tapi akan datang nanti kita akan tahu dan juga termasuk yg sampai akhirnya kita tak tahu.. Ilmu ALLAH ini amatlah luas dan tak akan habis ..

Justeru dalam hal Aqidah kita tak boleh banyak soal kerna disana ada perkara ghaib yg memerlukan sumber wahyu untuk mencetuskan iman dalam diri dan membimbing akal kita untuk mengenal ALLAH. Kalau ALLAH itu tak ada satu pun menyerupaiNya, bagaimana lagi kita nak mengenal dia melainkan Dia sendiri memperkenalkan diriNya melalui utusanNya dan wahyu.

ko senang2 cakap proton dan neutron yer. itu cetusan minda kau bila kau belajar sains kan. aku ingat kau boleh sertakan hadis utk menguatkan hujah kau. mendahalui akal dari wahyu . ni ustax kampong nih .. yg tidak

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by FeLiSeWoMaN on Sun Apr 26, 2009 12:28 pm

Cetusan minda ustaz kampung ni betul bagi saya..kerana ilmu sains ni digunakan dalam Islam.. Dalam islam, cabang ilmu adalah saling lengkap melengkapi.. Ilmu dalam Islam terbahagi dua :

Ilmu Tanzil - Ilmu yg diberi kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat.. Ia mengandungi petunjuk yg boleh membawa manusia ke jalan yg lurus dan benar..
( terkandung dalam al-Quran dan sunnah. teras pendidikan yg setiap muslim wajib mempelajari kerana puncanya datang dari Allah )

Ilmu Pengenalan - ilmu yg merujuk kepada diri insan khususnya dan kepada alam dan Tuhan yg benar. Ilmu ini diperolah oleh insan berdasarkan daya usahanya sendiri dan dari pengalaman hidup, pemerhatian, penyelidikan dan pengkajian.

p/s : ni aku belaja ngan ustaz kampung aku yg ceramah di surau..

FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts: 2310
Age: 25
Location: PaSiR MaS,KeLaTe
State:
Reputation: 1
Credits: 1558
Registration date: 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 12:33 pm

semut api wrote:
Zahabur wrote:Betul abu muaz Allah sendiri yang memperkenalkan DiriNya kepada kita...setelah hati kita suci dari sifat2 keji..... Smile

macammana Dia memperkenalkan diriNya? Surprised

Melalui UtusanNya dan Kitabullah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡيُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ

:1-4:
سُوۡرَةُ الإخلاص

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 12:39 pm

slipar wrote:
Seperti contoh yang saya bawakan tu, dulu org tak tau pun proton dan neutron, sekarang org tau dah bahawa proton tu ada neutron nya sebagai pasangan dia. Dan ada lagi yang kita tak mengetahuinya samada mungkin ianya sekarang tak tahu tapi akan datang nanti kita akan tahu dan juga termasuk yg sampai akhirnya kita tak tahu.. Ilmu ALLAH ini amatlah luas dan tak akan habis ..

Justeru dalam hal Aqidah kita tak boleh banyak soal kerna disana ada perkara ghaib yg memerlukan sumber wahyu untuk mencetuskan iman dalam diri dan membimbing akal kita untuk mengenal ALLAH. Kalau ALLAH itu tak ada satu pun menyerupaiNya, bagaimana lagi kita nak mengenal dia melainkan Dia sendiri memperkenalkan diriNya melalui utusanNya dan wahyu.

ko senang2 cakap proton dan neutron yer. itu cetusan minda kau bila kau belajar sains kan. aku ingat kau boleh sertakan hadis utk menguatkan hujah kau. mendahalui akal dari wahyu . ni ustax kampong nih .. yg tidak

Hal hal keduniaan ini Rasulullah s.a.w. tak detilkan.. Hanya perkara Ghaib yang tak tercapai dek akal manusia menjadi tugasnya untuk menerang dan memperincikan.

Saya masih anggap Slipar ikhlas bertanya insyaALLAH.

Macihh...

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 12:57 pm

Hal hal keduniaan ini Rasulullah s.a.w. tak detilkan.. Hanya perkara Ghaib yang tak tercapai dek akal manusia menjadi tugasnya untuk menerang dan memperincikan.

Saya masih anggap Slipar ikhlas bertanya insyaALLAH.

aku memang ikhlas dan aku bertanya kerana aku tahu tuan berkelebihan dalam al quran dan al hadis. adakah hal keduniaan itu bermadsud hal syariat/ibadah dan perkara ghaib itu hal tauhid/iman.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 1:16 pm

slipar wrote:
Hal hal keduniaan ini Rasulullah s.a.w. tak detilkan.. Hanya perkara Ghaib yang tak tercapai dek akal manusia menjadi tugasnya untuk menerang dan memperincikan.

Saya masih anggap Slipar ikhlas bertanya insyaALLAH.

aku memang ikhlas dan aku bertanya kerana aku tahu tuan berkelebihan dalam al quran dan al hadis. adakah hal keduniaan itu bermadsud hal syariat/ibadah dan perkara ghaib itu hal tauhid/iman.

Hal proton neutron tu hal keduniaan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanyai tentang perkara 'mengahwinkan' pokok kurma, Rasulullah kata kamu lebih tahu hal dunia kamu. Dalam banyak hal keduaniaan, Nabi akan bermesyuwarah dgn para sahabat, seperti strategi peperangan dll (menunjukkan Islam suruh pakai akal, tapi pada tempatnya lah).

Dalam hal akhirat dan perkara ghaib, hanya baginda yang keluarkan pendapat dan fatwa.

Harap penjelasan ringkas dapat membantu. Saya kena keluar sekarang. Panggilan Ilahi.

Marilah kita solat sepertimana yang Rasulullah s.a.w. ajarkan.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by serimalaysia on Sun Apr 26, 2009 1:19 pm

bersolat fardu 5 waktu....kalu masih tak faham rujuk lah orang yang lebih alim...

serimalaysia
Siswa-Siswi

Number of posts: 3
Reputation: 0
Credits: 1122
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 2:16 pm

Hal proton neutron tu hal keduniaan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanyai tentang perkara 'mengahwinkan' pokok kurma, Rasulullah kata kamu lebih tahu hal dunia kamu. Dalam banyak hal keduaniaan, Nabi akan bermesyuwarah dgn para sahabat, seperti strategi peperangan dll (menunjukkan Islam suruh pakai akal, tapi pada tempatnya lah).

Dalam hal akhirat dan perkara ghaib, hanya baginda yang keluarkan pendapat dan fatwa.

Harap penjelasan ringkas dapat membantu. Saya kena keluar sekarang. Panggilan Ilahi.

bolehkah kita kahwinkan lembu dan kambing? kajian sains kini mengahwinkan pokok akan menghasilkan buah yg membawa mudharat .. adakah hadis kamu tu sahih .. fitrahnya setiap yg hidup kenal pasangan dia . bahan sentetik memang memberi mudharat ...

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by semut api on Sun Apr 26, 2009 2:32 pm

abu_muaz wrote:
semut api wrote:
Zahabur wrote:Betul abu muaz Allah sendiri yang memperkenalkan DiriNya kepada kita...setelah hati kita suci dari sifat2 keji..... Smile

macammana Dia memperkenalkan diriNya? Surprised

Melalui UtusanNya dan Kitabullah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡيُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ

:1-4:
سُوۡرَةُ الإخلاص

cuba terangkan maksudnya?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by Zahabur on Sun Apr 26, 2009 4:17 pm

Kena pelajari Quran dan Hadis Nabi S.A.W.....baru kuat iman.... strong

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 5:46 pm

slipar wrote:
Hal proton neutron tu hal keduniaan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanyai tentang perkara 'mengahwinkan' pokok kurma, Rasulullah kata kamu lebih tahu hal dunia kamu. Dalam banyak hal keduaniaan, Nabi akan bermesyuwarah dgn para sahabat, seperti strategi peperangan dll (menunjukkan Islam suruh pakai akal, tapi pada tempatnya lah).

Dalam hal akhirat dan perkara ghaib, hanya baginda yang keluarkan pendapat dan fatwa.

Harap penjelasan ringkas dapat membantu. Saya kena keluar sekarang. Panggilan Ilahi.

bolehkah kita kahwinkan lembu dan kambing? kajian sains kini mengahwinkan pokok akan menghasilkan buah yg membawa mudharat .. adakah hadis kamu tu sahih .. fitrahnya setiap yg hidup kenal pasangan dia . bahan sentetik memang memberi mudharat ...

Maka kamu lebih mengetahui akan dunia mu.. Yg ditanyai itu bukan bidang saya, mungkin Slipar lebih arif atau ada org lain di sini yg lebih arif buleh beri penerangan.

Wallahu'alam.

p/s: Alhamdulillah..Slipar mula membicarakan hadith shohih atau tidak.. mudah mudahan Slipar tak tolak hadith spt yg lain tu..

Last edited by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 6:42 pm; edited 2 times in total

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 6:40 pm

semut api wrote:
abu_muaz wrote:
semut api wrote:
Zahabur wrote:Betul abu muaz Allah sendiri yang memperkenalkan DiriNya kepada kita...setelah hati kita suci dari sifat2 keji..... Smile

macammana Dia memperkenalkan diriNya? Surprised

Melalui UtusanNya dan Kitabullah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡيُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ

:1-4:
سُوۡرَةُ الإخلاص

cuba terangkan maksudnya?

KIV dulu semut..thread ni bab 'Ikut Nabi' .. tak abih lagi..

Kalau ada tafsir buleh rujuk, atau semut tolong buka thread bincang ayat ini..sama sama kita kongsi insyaALLAH..

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by abu_muaz on Sun Apr 26, 2009 7:12 pm

slipar wrote:
Hal hal keduniaan ini Rasulullah s.a.w. tak detilkan.. Hanya perkara Ghaib yang tak tercapai dek akal manusia menjadi tugasnya untuk menerang dan memperincikan.

Saya masih anggap Slipar ikhlas bertanya insyaALLAH.

aku memang ikhlas dan aku bertanya kerana aku tahu tuan berkelebihan dalam al quran dan al hadis. adakah hal keduniaan itu bermadsud hal syariat/ibadah dan perkara ghaib itu hal tauhid/iman.

Maaf, ada yg belum dijawab...

Hal keduniaan itu adalah hal hal bukan Ibadah Khusus iaitu ibadah Umum.

Perkara perkara Ghaib itu hanya benar apabila disampaikan oleh baginda Rasul s.a.w. Tidak ada berita lain yg boleh dijadikan hujjah melainkan dgn hadith baginda s.a.w. Contohnya, alam Malaikat, alam kubur, Syurga dan Neraka, Mizan, Mahsyar, dll ..

Hal dunia seperti contoh sebelum ni, peperangan, baginda menunjukkan bahawa perkara ini boleh dimesyuawarahkan. Ini dalil menunjukkan kita disuruh pakai akal. Oleh itu maka kita sekarang boleh berperang guna senjata canggih walaupun sunnah dulu pakai pedang lantaran ianya boleh dimesyuawarahkan. Bayangkan kalau peperangan tu dapat wahyu semuanya, maka kita kena ikut juga sedangkan dunia berubah.

Atau contoh kawin pokok kurma tu, sekarang ni pokok dimajukan dalam pelbagai cara, klon, tut, fertigasi dll. Hikmahnya perkara dunia ni terpulang pada kita (dilinkungi syarak) adalah kerana ilmu manusia makin bertambah selaras dgn perkembangan masa.

Dan sebab itu tak salah bagi kita naik kenderaan selain Unta dan Kuda yg ditunggangi baginda Rasul dulu kerna ini termasuk dalam hal hal keduniaan semata. Pergi haji naik kapalterbang dsbnya. Bayangkan kalau perkara ini difardhukan dulu, maka kita terus terusan naik unta bila bila (jgn hina pula org naik unta kerna nak hayati sunnah) dan naik kapal laut utk tunai haji sebulan lebih padahal naik kapalterbang pun 8 jam jer.

Maka tertolaklah dakwaan umat islam ini tak pakai akal tapi umat ini pakai akal mengikut keperluannya. Dalam hal ibadah, itu hak ALLAH kerna berpandukan wahyu.

Itu menunjukkan Rasul ini benar benar utusan Tuhan menyampaikan perkara yg Akal tak mampu capai. Yang akal mampu, maka perbuatlah ikut akal kita (dalam lingkungan syarak)...Nabi tak larang. Ini juga bukti Akal tu terbatas dan ini asas kepada prinsip, akal perlu dibimbing oleh iman bersumberkan wahyu. Utk perkara ghaib ni manusia tak mampu utk mengetahuinya melainkan perlukan wahyu. Termasuk kisah para Nabi dulu dulu adalah perkara ghaib juga.

[size=21]ذَٲلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهِ إِلَيۡكَ‌ۚ وَمَا كُنتَ لَدَيۡهِمۡ إِذۡيُلۡقُونَ أَقۡلَـٰمَهُمۡ أَيُّهُمۡ يَكۡفُلُ مَرۡيَمَ وَمَا ڪُنتَ لَدَيۡهِمۡ إِذۡيَخۡتَصِمُونَ

44:
سُوۡرَةُ آل عِمرَان

Terjemahan:
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Mariam dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Mariam).

[size=21]ذَٲلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهِ إِلَيۡكَ‌ۖ وَمَا كُنتَ لَدَيۡہِمۡ
إِذۡأَجۡمَعُوٓاْ أَمۡرَهُمۡ وَهُمۡ يَمۡكُرُونَ

102:
سُوۡرَةُ یُوسُف

Terjemahan:

(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan
jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).

[size=21]فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَاٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ‌ۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَـٰفِرِينَ

24:
سُوۡرَةُ البَقَرَة

Terjemahan:
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

[size=21]وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۖ ڪُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡہَا مِن ثَمَرَةٍ۬رِّزۡقً۬ا‌ۙ قَالُواْ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُ‌ۖ وَأُتُواْ بِهِۦمُتَشَـٰبِهً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬‌ۖ وَهُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

25:
سُوۡرَةُ البَقَرَة

Terjemahan:

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga
itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Macihh...

p/s: Saya harap saya dapat konsentrate pada tajuk thread nih...mudah mudahan insyaALLAH..

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2078
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Ikutlah Pesuruh ALLAH itu..

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 8:46 pm

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Mariam dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Mariam).

[size=21]ذَٲلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهِ إِلَيۡكَ‌ۖ وَمَا كُنتَ لَدَيۡہِمۡ
إِذۡأَجۡمَعُوٓاْ أَمۡرَهُمۡ وَهُمۡ يَمۡكُرُونَ

102:سُوۡرَةُ یُوسُف

Terjemahan:

(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan
jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).

[size=21]فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَاٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ‌ۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَـٰفِرِينَ

24:سُوۡرَةُ البَقَرَة

Terjemahan:
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

[size=21]وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۖ ڪُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡہَا مِن ثَمَرَةٍ۬رِّزۡقً۬ا‌ۙ قَالُواْ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُ‌ۖ وَأُتُواْ بِهِۦمُتَشَـٰبِهً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬‌ۖ وَهُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

25:
سُوۡرَةُ البَقَرَة

Terjemahan:

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga
itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

ayat yg kamu sertakan tak berkaitan dgn ibadah , berita ghaib dlm ayat di atas lebih menjurus kepada keduniaan semata. tuhan pesan jgn percaya pada riwayat .. percaya pada kitab allah sebab riwayat tak boleh di buktikan .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 1 of 7 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum