Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 6 • Share •
Page 1 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6 
Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Dewasa ini, ramai manusia yang tidak tahu cara menentukan sesuatu kata-kata itu sama ada benar atau tidak. Terutama dalam bab agama, ramai yang membuat anggapan, jika sesuatu kata-kata itu dikhabarkan dari seorang Rasul, maka bagi mereka sudah tentunya benar.
Memanglah seorang Rasul itu berkata benar. Tak mungkin Rasul di kalangan pendusta. Namun, takkanlah datang sesuatu kata-kata yang didakwa Rasul yang mengucapkannya, terus kita percaya ia benar? Jika begitulah tahap manusia itu menentukan kebenaran sesuatu kata-kata, hakikatnya manusia itu menjadikan Rasul tersebut sebagai berhala yang disembah.
Lainlah kita hidup di zaman Rasul tersebut dan dengar dari lisannya sendiri, sudah pasti Rasul itu akan buktikan kebenaran kata-katanya dengan jelas.
Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-hala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan bersyukurlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
Dan jika kamu mendustakan aku, umat yang sebelum kamu juga telah mendustakan. Dan kewajiban atas rasul itu, tidak lain hanyalah menyampaikan dengan sejelas-jelasnya." (Al 'Ankabuut: 17~18)
Sebenarnya mudah sahaja nak tentukan kebenaran sesuatu kata-kata. Kita boleh lihat ciri-ciri yang ada pada kata-kata seseorang Rasul iaitu ia mempunyai bukti-bukti yang nyata.
Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata, dan Kami menurunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (rasional), supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami menurunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongnya, dan rasul-rasul-Nya, dalam keadaan ghaib (bukan untuk menunjuk-nunjuk). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al Hadiid: 25)
Kerana adanya bukti-bukti yang nyata itulah yang menguatkan kata-kata seseorang Rasul. Sudah pasti untuk melihat bukti-bukti yang nyata itu, kita perlu guna akal yang rasional. Kita kena fikir masak-masak dan dalam-dalam. Buat pemerhatian pada alam semesta ini dan buat perbandingan. Barulah nampak bukti-bukti yang nyata itu.
Bukti-bukti tersebut tidak semestinya wujud dalam bentuk zat, ia juga boleh wujud dalam bentuk sifat, hukum atau sunnah. Umpamanya untuk membuktikan kewujudan Allah, sudah pasti jika kita mencari bukti dalam bentuk Zat Allah, kita tidak akan jumpa. Namun kita boleh nampak Sifat atau tanda-tanda Kekuasaan Allah setelah berfikir seperti, apabila manusia itu berpegang pada dusta, pasti manusia itu jadi lemah hujahnya. Siapa yang menetapkan hukum tersebut? Itulah tanda-tanda Kekuasaan Allah.
Oleh kerana kata-kata para Rasul itu berdasarkan bukti-bukti yang nyata, ini menunjukkan Al Quran itu mudah sahaja difahami asalkan kita mampu mencari bukti-bukti yang menunjukkan sesuatu ayat Al Quran itu benar.
Namun, sikap suka mencari bukti-bukti yang nyata ini sudah tidak wujud dalam diri rata-rata umat Islam sekarang akibat beranggapan, sesuatu yang didakwa datang dari Rasul, terus mereka percayai benar. Apabila datang orang bukan Islam bertanya apa bukti kebenaran sesuatu ayat Al Quran, mereka mula terkial-kial mencari riwayat hadis.
Padahal bila ditanya, kenapa Nabi Muhammad tidak menggunakan riwayat hadis Nabi Isa yang wujud dalam Bible untuk membenarkan Injil, golongan yang mencari riwayat hadis itu terkedu untuk menjawabnya. Mereka sedar mereka sudah tidak ikut cara Nabi Muhammad biarpun sebelum itu mereka berbangga diri kononnya merekalah yang ikut cara Nabi Muhammad disebabkan suka menurut riwayat hadis.
Begitulah Allah pasang perangkap kepada kaum yang berdusta...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Adli wrote:Umpamanya untuk membuktikan kewujudan Allah, sudah pasti jika kita mencari bukti dalam bentuk Zat Allah, kita tidak akan jumpa. Namun kita boleh nampak Sifatkenapa tiada bukti dlm ZatNya? kenapa ada pula dlm sifatNya?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
[justify]kenapa tiada bukti dlm ZatNya? kenapa ada pula dlm sifatNya?
sebab yg tu tak dak pasangan. apa barangpun kalau kita nak kaji kita cari pasangan dia .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
slipar wrote:[/justify][justify]kenapa tiada bukti dlm ZatNya? kenapa ada pula dlm sifatNya?sebab yg tu tak dak pasangan. apa barangpun kalau kita nak kaji kita cari pasangan dia .KENAPA???

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
KENAPA???
tanyalah kat pak abu .. aku tulis tu ikut sains jer ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
slipar wrote:KENAPA???tanyalah kat pak abu .. aku tulis tu ikut sains jer ..benarkan begitu pak abu?![]()
![]()

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
| Adli wrote: |
Umpamanya untuk membuktikan kewujudan Allah, sudah pasti jika kita mencari bukti dalam bentuk Zat Allah, kita tidak akan jumpa. Namun kita boleh nampak Sifat |
kenapa tiada bukti dlm ZatNya? kenapa ada pula dlm sifatNya?
-------------------------------------------------------------
tlg jawapkan utk semut

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Aku pun nak tau gak dia jawab apa nanti.... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
semut api wrote:kenapa tiada bukti dlm ZatNya? kenapa ada pula dlm sifatNya?
Jika ada bukti ZatNya, pasti saudara dapat tunjukkan apakah Zat Dia yang saudara nampak yang tidak memiliki kelemahan. Sebab Tuhan itu tidak mungkin ada kelemahan.
Sedangkan SifatNya mudah difikirkan yang ada logik menunjukkan ia tidak lemah. Umpamanya Sifat Maha Kuasa Allah mengatur alam ini. Dengan melihat bagaimana sistem yang wujud di alam semesta ini, mampukah saudara tunjukkan di mana kelemahan Sifat Tuhan?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Zat vitamin Zat besi fakta dari saintis.... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Itu zat makhluk Allah... 

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Di akhirat siapa yang dapat beri syafaat kepada kita.... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Diri kita sendiri, sebab di atas dunia pun hanya kita sendirilah yang boleh bantu diri kita sendiri. Di atas dunia, manusia lain hanya boleh berikan galakan, tetapi tuan punya diri kena tolong dirinya sendiri.
tapi di akhirat, dah takde sape-sape nak beri galakan sebab masa tu untuk terima apa usaha yang telah dilakukan atas dunia.
tapi di akhirat, dah takde sape-sape nak beri galakan sebab masa tu untuk terima apa usaha yang telah dilakukan atas dunia.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Adli wrote:Diri kita sendiri, sebab di atas dunia pun hanya kita sendirilah yang boleh bantu diri kita sendiri. Di atas dunia, manusia lain hanya boleh berikan galakan, tetapi tuan punya diri kena tolong dirinya sendiri.
tapi di akhirat, dah takde sape-sape nak beri galakan sebab masa tu untuk terima apa usaha yang telah dilakukan atas dunia.
Sebenarnya, soalan Zahabur berbunyi begini..
Zahabur wrote:Di akhirat siapa yang dapat beri syafaat kepada kita....
Macihh..

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
abu_muaz wrote:Sebenarnya, soalan Zahabur berbunyi begini..Zahabur wrote:Di akhirat siapa yang dapat beri syafaat kepada kita....
Macihh..
Biar ana tolong jawabkan, kalau silap tolong perbetulkan...Baginda Rasulullah S.A.W lah insan yang dapat memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti!
Sekian dari ana...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Al-Bahr wrote:abu_muaz wrote:Sebenarnya, soalan Zahabur berbunyi begini..Zahabur wrote:Di akhirat siapa yang dapat beri syafaat kepada kita....
Macihh..
Biar ana tolong jawabkan, kalau silap tolong perbetulkan...Baginda Rasulullah S.A.W lah insan yang dapat memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti!
Sekian dari ana...
Alhamdulillah...
cepatnya belajar!!
Hampir tepat!
p/s: Adli setuju dgn jawapan tu atau ada jawapan lain yang lebih tepat?

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Alhamdulillah...
cepatnya belajar!!
Hampir tepat
tak tepat lagi..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan ditolong. (Al Baqarah: 48)
Kalau kita Nabi Muhammad boleh bagi syafaat, sudah bercanggah dengan ayat Quran yang baginda sampaikan ini iaitu "seseorang tidak dapat membela orang lain". Inilah yang menguatkan bahawa yang menolong kita di Akhirat kelak adalah diri kita sendiri.
Dan kalau kita fikirkan, jika Nabi Muhammad mampu beri syafaat kepada kita, sudah pasti sesiapa yang guna riwayat atas nama baginda dijauhkan daripada menyekutukan Allah. Malangnya mereka inilah yang sampai tahap mengadakan sekutu bagi Allah dengan jadikan bukti kebenaran atas nama manusia, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata....
Kalau kita Nabi Muhammad boleh bagi syafaat, sudah bercanggah dengan ayat Quran yang baginda sampaikan ini iaitu "seseorang tidak dapat membela orang lain". Inilah yang menguatkan bahawa yang menolong kita di Akhirat kelak adalah diri kita sendiri.
Dan kalau kita fikirkan, jika Nabi Muhammad mampu beri syafaat kepada kita, sudah pasti sesiapa yang guna riwayat atas nama baginda dijauhkan daripada menyekutukan Allah. Malangnya mereka inilah yang sampai tahap mengadakan sekutu bagi Allah dengan jadikan bukti kebenaran atas nama manusia, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata....

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
Adli wrote:Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan ditolong. (Al Baqarah: 48)
Kalau kita Nabi Muhammad boleh bagi syafaat, sudah bercanggah dengan ayat Quran yang baginda sampaikan ini iaitu "seseorang tidak dapat membela orang lain". Inilah yang menguatkan bahawa yang menolong kita di Akhirat kelak adalah diri kita sendiri.
Dan kalau kita fikirkan, jika Nabi Muhammad mampu beri syafaat kepada kita, sudah pasti sesiapa yang guna riwayat atas nama baginda dijauhkan daripada menyekutukan Allah. Malangnya mereka inilah yang sampai tahap mengadakan sekutu bagi Allah dengan jadikan bukti kebenaran atas nama manusia, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata....
Ok..cam tu la..pakai ayat.. Kalau tak main karangan jer..
Nanti harapan saya dapat bincang cara ilmiah dan bersumberkan wahyu dan bukan karangan.
Saya ada baca ADLI kata kena tengok surah surah lain, tak boleh main tafsir ikut satu surah jer. Maka adalah Adli Walk the Talk?
TAk per..kenyataan tu saya sokong..
Maka..
Firmanullah:
مَن ذَاٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ
255:سُوۡرَةُ البَقَرَة
Terjemahannya:
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.....
ayat di atas dikenali sebagai ayatul Kursi.. Adli pun tahu rasanya..
Saya sertakan terjemahan sekali sebagai bukti Al-Qur'an ada yang ALLAH izinkan untuk beri Syafaat di akhirat nanti.. (ayat umum). Ayat ini didetilkan dgn Hadith hadith Nabi s.a.w. tentang siapa yg boleh beri Syafaat dgn izinNya. Ini termasuk perkara ghaib yg akal tak mampu pikior..
Firmanullah:
يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَاشَآءَۚ
255:سُوۡرَةُ البَقَرَة
Terjemahannya: (sambungan ayat di atas)
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Akal semata mata tak akan dapat tahu, lantaran itu ALLAH tegaskan Mereka tak tahu melainkan apa yang ALLAH kehendaki (melalui wahyu).
Dari ayat di atas ini, dibaca bersama ayat yg Adli tulis tu, adakah ADli masih berpegang yg Nabi Muhammad s.a.w tak boleh beri Syafaat? Kalau ikut Akal Adli, Nabi Muhammad s.a.w. manusia terpilih, yang maksum itu pun tak mampu bagi syafaat (dgn izinNya) maka siapa pula yg dimaksudkan dalam ayat pertama di atas tu? Adli ker?

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Page 1 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6 
Similar topics» Kosa Kata Bahasa Jepang
» Perkataan Asas dalam bahasa Arab
» KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN
» Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
» Induksi Kalimat (7-14 Kata)
» Perkataan Asas dalam bahasa Arab
» KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN
» Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
» Induksi Kalimat (7-14 Kata)
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 6
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum