Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Juang on Wed Apr 22, 2009 4:23 pm

Apakah fungsi solat kepada kehidupan kita sebagai manusia?

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (An Nuur: 41)

Daripada ayat Quran di atas, menunjukkan solat bukan hanya dilakukan oleh manusia semata-mata, malah semua apa yang ada di langit dan di bumi tahu cara solat masing-masing. Siapakah yang mengajar makhluk-makhluk itu bersolat? Sudah pasti Allah yang mengajarnya. Jadi, adalah suatu yang menghairankan bila seseorang manusia itu tidak tahu apa tujuan bersolat dan cara untuk dirinya sendiri sehingga tahap meniru perbuatan orang lain membuta-tuli. Apakah itu menunjukkan tahap akal mereka sudah terlalu rendah sehingga tidak mampu berfikir lagi? Apakah mereka tidak beriman kepada Allah yang mampu mengajar mereka cara bersolat untuk kebaikan dirinya sendiri?

Mengapa ayat tersebut mengambil contoh burung mengembangkan sayapnya dalam menyebut perihal bersolat dan bertasbih? Ini memberii petunjuk kepada manusia yang menggunakan akal, cara bersolat itu ada perkaitan dengan untuk fungsi utama sesuatu makhluk Allah, bukan dilakukan tanpa memahami apa tujuannya.

Burung diciptakan mempunyai keutamaan pada sayapnya. Jika burung itu patah sayapnya, maka hilanglah ciri-ciri utama seekor burung iaitu boleh terbang tinggi membelah awan. Jadi tujuan burung itu mengembangkan sayapnya agar anggota ini sentiasa berfungsi dengan sempurna dan seimbang agar mencapai matlamat ia diciptakan sebagai burung yang boleh terbang. Di sini kita nampak, nilai solat dan tasbih itu adalah perbuatan untuk memastikan fungsi utama sesuatu makhluk tetap berada pada fitrah kejadiannya.

Apa fungsi utama manusia diciptakan? Tanpa membuat perbandingan dengan makhluk-makhluk lain, manusia itu tidak akan sedar kenapa dia diciptakan sebagai manusia. Bila tidak sedar diri, jadilah manusia itu golongan yang sombong dan berbangga diri.

Fungsi utama manusia adalah pada akalnya itu berkemampuan mencipta. Keupayaan mencipta ini tiada pada makhluk-makhluk lain selain manusia. Allah lantik manusia sebagai khalifah yang dikurniakan akal yang berkemampuan memakmurkan bumi dengan mencipta produk-produk yang menyenangkan kehidupan manusia dan alam semesta.

Tidak pernah kita melihat kera atau beruk mampu mereka-cipta biarpun mereka mempunyai bentuk tubuh menghampiri manusia. Jadi sesuatu umat yang lemah akalnya lagi tidak tahu mencipta sesuatu barang dan teknologi, apa beza mereka dengan kera dan beruk itu? Sebab itulah Rasulullah menyampaikan kutukan Allah melalui lisan baginda kepada kaum Yahudi terdahulu yang hidup berbalah-balah pasal kitab sehingga tahap akal mereka sudah tidak tahu mereka-cipta (tidak menggunakan akal) seperti kera-kera yang hina. Sunnah telah menetapkan, apabila masyarakat itu hidup berbalah-balah pasal sesuatu Kitab, pasti mereka hilang minat nak mereka-cipta, kerana mereka-cipta memerlukan keupayaan akal yang tinggi berbanding berbalah-balah pasal hukum dalam kitab agama.

Oleh kerana itu, anggota terpenting manusia pada akalnya. Sesempurna mana tubuh manusia itu, tetapi jika akalnya tidak waras seperti orang mabuk, maka manusia itu seumpama tidak bernilai. Seperti penagih dadah dianggap sebagai sampah masyarakat kerana tahap akalnya semakin tidak waras akibat mengambil dadah.

Jadi, matlamat utama solat bagi seseorang manusia adalah untuk memastikan akalnya sentiasa waras. Dan kerana itu Quran ada menyebut dilarang bersolat dalam keadaan mabuk. Apa erti bersolat yang bertujuan untuk mewaraskan akal, tetapi dalam masa yang sama dalam keadaan mabuk? Kita nampak tiada percanggahan ayat-ayat Quran, kerana ajarannya jelas untuk melahirkan manusia yang berfikiran waras, bijak dan berhikmah.

Kita nampak perkaitan ayat Quran di atas, jika memastikan kesimbangan sayap itu adalah solat untuk burung agar fungsinya boleh terbang tinggi, maka memastikan keseimbangan akal itu pula adalah solat bagi manusia agar akalnya boleh terbang tinggi (bukan terbelenggu tidak boleh berfikir). Manusia itu akan bebas dalam hidupnya jika jadi manusia yang bermentaliti tinggi seperti burung yang mampu terbang ke angkasa. Tidaklah manusia itu dikatakan hidup secara bebas merdeka jika nak buat solat pun kena meniru perbuatan-perbuatan atas nama Rasulullah.

Di sini kita nampak hikmah, kenapa Quran tidak detailkan cara manusia bersolat. Jika Rasulullah mahu manusia buat solat setepat yang baginda lakukan, maka sudah pasti didetailkan dalam Quran itu sendiri tanpa perlu tunggu kemunculan riwayat hadis.

Solat adalah hak individu itu untuk melakukan apa-apa cara yang terbaik bagi dirinya agar akal terus seimbang. Adanya ruku' dan sujud dalam solat menunjukkan hikmah pergerakan merendahkan kedudukan kepala agar darah banyak dialirkan kepada otak. Otak yang memiliki darah yang banyak memudahkan manusia itu berfikir dan mendapat petunjuk Allah (ilham).

Jika perbuatan lahirah manusia itu serupa macam Rasulullah sekalipun, tetapi tahap akal mereka seumpama atau lebih hina daripada binatang ternak akibat menolak seruan menggunakan akal, tiada beza mereka dengan kaum kafir terdahulu yang pernah diumpamakan sedemikian rupa oleh lisan Rasulullah.

Jadi golongan beriman dan beramal soleh (rajin berfikir), sudah pasti tahu cara solat yang terbaik untuk dirinya agar akalnya terus berfungsi dengan waras dan dipertingkatkan. Hanya orang yang tak waras sahaja beranggapan tidak boleh guna akal dalam seluruh kehidupannya (agama).

Allah rehatkan akal kita masa tidur sahaja. Sebab itu dengan tidur yang cukup, kita boleh mengembalikan kesegaran minda. Minda yang segar, memudahkan kita membangunkannya. Kerana itu kita mudah belajar di awal pagi sesuai dengan kesegaran otak kita.

Kesimpulannya, Quran tidak menjelaskan secara detail cara bersolat oleh Nabi Muhammad kerana Allah akan ajar cara yang terbaik solat bagi setiap manusia kerana cara penggunaan akal dan tahapnya berbeza-beza. Inilah logik yang menunjukkan kenapa cara bersolat tidak didetailkan dalam Quran. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk bersolat sesuai dengan fungsi utama manusia iaitu pada akalnya. Kehebatan akal itulah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain.

Jika kita renungi ayat-ayat Quran, sesuatu ketetapan penting yang melibatkan hubungan sesama manusia, ada penjelasan yang detail seperti urusan pembahagian harta. Jika tidak ditetapkan dalam Quran, tidak mustahil ada manusia tokok tambah hukum tersebut. Tetapi hubungan manusia dengan Allah, Quran tidak menetapkan secara khusus, melainkan menggalakkan manusia memikirkannya. Jika manusia itu benar-benar beriman untuk hidup yang memberikan kebaikan pada dirinya, sudah pasti dia melakukan yang terbaik. Mana ada manusia yang waras inginkan kebaikan pada dirinya, tetapi dalam masa yang sama buat keburukan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Zahabur on Fri Apr 24, 2009 1:23 am

Uiksss??? solat cuma ikut akal je ke...dah sape nak beri pahala? syiah ke apa ni..... Rolling Eyes

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Adli on Fri Apr 24, 2009 5:34 pm

Zahabur wrote:Uiksss??? solat cuma ikut akal je ke...dah sape nak beri pahala? syiah ke apa ni..... Rolling Eyes

Bukankah pahala itu datang daripada Allah? Dan daripada akal itulah Allah beri petunjuk cara bersolat. Sebab itu Quran suruh guna akal. Dan tiada ketetapan dalam Quran bahawa "jangan guna akal untuk bersolat". Jadi jangan pandai-pandai tambah hukum jika benar nak ikut Al Quran.

Sebab itulah jika kita fikirkan, dalam Quran, Nabi Muhammad tidak pun pernah dakwa baginda solat serupa Nabi Musa solat untuk membenarkan Kitab Taurat sehingga baginda terkial-kial belajar dengan ahli-ahli Kitab terdahulu cara bersolat. Jadi macam mana ada manusia terkial-kial nak tahu cara dia bersolat dengan terkial-kial menurut tok guru mereka ajar atas alasan solat kena sama dengan penyampai Quran itu? Siapa yang pergi tambah-tambah hukum yang Quran sendiri tidak tetapkan?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Zahabur on Sat Apr 25, 2009 12:57 am

Golongan syiah lebih hebat cara mereka beribadat daripada ASWJ...tetapi mereka terang-terangan telah sesat kerana menolak sebahagian daripada hadis Nabi S.A.W...Mereka menurut hawa nafsu dan akal mereka sendiri dalam beribadat kepada Allah... sneeze

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Teringintahu on Sat Apr 25, 2009 1:02 am

Adli wrote:
Zahabur wrote:Uiksss??? solat cuma ikut akal je ke...dah sape nak beri pahala? syiah ke apa ni..... Rolling Eyes

Bukankah pahala itu datang daripada Allah? Dan daripada akal itulah Allah beri petunjuk cara bersolat. Sebab itu Quran suruh guna akal. Dan tiada ketetapan dalam Quran bahawa "jangan guna akal untuk bersolat". Jadi jangan pandai-pandai tambah hukum jika benar nak ikut Al Quran.

Sebab itulah jika kita fikirkan, dalam Quran, Nabi Muhammad tidak pun pernah dakwa baginda solat serupa Nabi Musa solat untuk membenarkan Kitab Taurat sehingga baginda terkial-kial belajar dengan ahli-ahli Kitab terdahulu cara bersolat. Jadi macam mana ada manusia terkial-kial nak tahu cara dia bersolat dengan terkial-kial menurut tok guru mereka ajar atas alasan solat kena sama dengan penyampai Quran itu? Siapa yang pergi tambah-tambah hukum yang Quran sendiri tidak tetapkan?


Nak tanya juga.....

Syaitan ada kuasa atau tidak mempengaruhi akal?

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Teringintahu on Sat Apr 25, 2009 1:30 am

Juang wrote:
Apakah fungsi solat kepada kehidupan kita sebagai manusia?

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (An Nuur: 41)

Daripada ayat Quran di atas, menunjukkan solat bukan hanya dilakukan oleh manusia semata-mata, malah semua apa yang ada di langit dan di bumi tahu cara solat masing-masing. Siapakah yang mengajar makhluk-makhluk itu bersolat? Sudah pasti Allah yang mengajarnya. Jadi, adalah suatu yang menghairankan bila seseorang manusia itu tidak tahu apa tujuan bersolat dan cara untuk dirinya sendiri sehingga tahap meniru perbuatan orang lain membuta-tuli. Apakah itu menunjukkan tahap akal mereka sudah terlalu rendah sehingga tidak mampu berfikir lagi? Apakah mereka tidak beriman kepada Allah yang mampu mengajar mereka cara bersolat untuk kebaikan dirinya sendiri?

Mengapa ayat tersebut mengambil contoh burung mengembangkan sayapnya dalam menyebut perihal bersolat dan bertasbih? Ini memberii petunjuk kepada manusia yang menggunakan akal, cara bersolat itu ada perkaitan dengan untuk fungsi utama sesuatu makhluk Allah, bukan dilakukan tanpa memahami apa tujuannya.

Burung diciptakan mempunyai keutamaan pada sayapnya. Jika burung itu patah sayapnya, maka hilanglah ciri-ciri utama seekor burung iaitu boleh terbang tinggi membelah awan. Jadi tujuan burung itu mengembangkan sayapnya agar anggota ini sentiasa berfungsi dengan sempurna dan seimbang agar mencapai matlamat ia diciptakan sebagai burung yang boleh terbang. Di sini kita nampak, nilai solat dan tasbih itu adalah perbuatan untuk memastikan fungsi utama sesuatu makhluk tetap berada pada fitrah kejadiannya.

Apa fungsi utama manusia diciptakan? Tanpa membuat perbandingan dengan makhluk-makhluk lain, manusia itu tidak akan sedar kenapa dia diciptakan sebagai manusia. Bila tidak sedar diri, jadilah manusia itu golongan yang sombong dan berbangga diri.

Fungsi utama manusia adalah pada akalnya itu berkemampuan mencipta. Keupayaan mencipta ini tiada pada makhluk-makhluk lain selain manusia. Allah lantik manusia sebagai khalifah yang dikurniakan akal yang berkemampuan memakmurkan bumi dengan mencipta produk-produk yang menyenangkan kehidupan manusia dan alam semesta.

Tidak pernah kita melihat kera atau beruk mampu mereka-cipta biarpun mereka mempunyai bentuk tubuh menghampiri manusia. Jadi sesuatu umat yang lemah akalnya lagi tidak tahu mencipta sesuatu barang dan teknologi, apa beza mereka dengan kera dan beruk itu? Sebab itulah Rasulullah menyampaikan kutukan Allah melalui lisan baginda kepada kaum Yahudi terdahulu yang hidup berbalah-balah pasal kitab sehingga tahap akal mereka sudah tidak tahu mereka-cipta (tidak menggunakan akal) seperti kera-kera yang hina. Sunnah telah menetapkan, apabila masyarakat itu hidup berbalah-balah pasal sesuatu Kitab, pasti mereka hilang minat nak mereka-cipta, kerana mereka-cipta memerlukan keupayaan akal yang tinggi berbanding berbalah-balah pasal hukum dalam kitab agama.

Oleh kerana itu, anggota terpenting manusia pada akalnya. Sesempurna mana tubuh manusia itu, tetapi jika akalnya tidak waras seperti orang mabuk, maka manusia itu seumpama tidak bernilai. Seperti penagih dadah dianggap sebagai sampah masyarakat kerana tahap akalnya semakin tidak waras akibat mengambil dadah.

Jadi, matlamat utama solat bagi seseorang manusia adalah untuk memastikan akalnya sentiasa waras. Dan kerana itu Quran ada menyebut dilarang bersolat dalam keadaan mabuk. Apa erti bersolat yang bertujuan untuk mewaraskan akal, tetapi dalam masa yang sama dalam keadaan mabuk? Kita nampak tiada percanggahan ayat-ayat Quran, kerana ajarannya jelas untuk melahirkan manusia yang berfikiran waras, bijak dan berhikmah.

Kita nampak perkaitan ayat Quran di atas, jika memastikan kesimbangan sayap itu adalah solat untuk burung agar fungsinya boleh terbang tinggi, maka memastikan keseimbangan akal itu pula adalah solat bagi manusia agar akalnya boleh terbang tinggi (bukan terbelenggu tidak boleh berfikir). Manusia itu akan bebas dalam hidupnya jika jadi manusia yang bermentaliti tinggi seperti burung yang mampu terbang ke angkasa. Tidaklah manusia itu dikatakan hidup secara bebas merdeka jika nak buat solat pun kena meniru perbuatan-perbuatan atas nama Rasulullah.

Di sini kita nampak hikmah, kenapa Quran tidak detailkan cara manusia bersolat. Jika Rasulullah mahu manusia buat solat setepat yang baginda lakukan, maka sudah pasti didetailkan dalam Quran itu sendiri tanpa perlu tunggu kemunculan riwayat hadis.

Solat adalah hak individu itu untuk melakukan apa-apa cara yang terbaik bagi dirinya agar akal terus seimbang. Adanya ruku' dan sujud dalam solat menunjukkan hikmah pergerakan merendahkan kedudukan kepala agar darah banyak dialirkan kepada otak. Otak yang memiliki darah yang banyak memudahkan manusia itu berfikir dan mendapat petunjuk Allah (ilham).

Jika perbuatan lahirah manusia itu serupa macam Rasulullah sekalipun, tetapi tahap akal mereka seumpama atau lebih hina daripada binatang ternak akibat menolak seruan menggunakan akal, tiada beza mereka dengan kaum kafir terdahulu yang pernah diumpamakan sedemikian rupa oleh lisan Rasulullah.

Jadi golongan beriman dan beramal soleh (rajin berfikir), sudah pasti tahu cara solat yang terbaik untuk dirinya agar akalnya terus berfungsi dengan waras dan dipertingkatkan. Hanya orang yang tak waras sahaja beranggapan tidak boleh guna akal dalam seluruh kehidupannya (agama).

Allah rehatkan akal kita masa tidur sahaja. Sebab itu dengan tidur yang cukup, kita boleh mengembalikan kesegaran minda. Minda yang segar, memudahkan kita membangunkannya. Kerana itu kita mudah belajar di awal pagi sesuai dengan kesegaran otak kita.

Kesimpulannya, Quran tidak menjelaskan secara detail cara bersolat oleh Nabi Muhammad kerana Allah akan ajar cara yang terbaik solat bagi setiap manusia kerana cara penggunaan akal dan tahapnya berbeza-beza. Inilah logik yang menunjukkan kenapa cara bersolat tidak didetailkan dalam Quran. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk bersolat sesuai dengan fungsi utama manusia iaitu pada akalnya. Kehebatan akal itulah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain.

Jika kita renungi ayat-ayat Quran, sesuatu ketetapan penting yang melibatkan hubungan sesama manusia, ada penjelasan yang detail seperti urusan pembahagian harta. Jika tidak ditetapkan dalam Quran, tidak mustahil ada manusia tokok tambah hukum tersebut. Tetapi hubungan manusia dengan Allah, Quran tidak menetapkan secara khusus, melainkan menggalakkan manusia memikirkannya. Jika manusia itu benar-benar beriman untuk hidup yang memberikan kebaikan pada dirinya, sudah pasti dia melakukan yang terbaik. Mana ada manusia yang waras inginkan kebaikan pada dirinya, tetapi dalam masa yang sama buat keburukan?



Apa peranan syiatan yang Allah sebut dalam Al-Qur'an?
Rujuk Firman Alllah di dalam Al-Quran [2:34; 2:36; 3:36; 4:117-120; 5:91; 7:11-18; 7:200-201; 8:48; 14:22; 15:17; 15:31-34; 16:98-100; 17:61-65; 18:50; 20:116-123; 22:52-53; 24:21; 35:6; 36:60; 38:71-85].
Syaitan adakah atau tidak mereka mempunyai kuasa mempengaruhi akal anda?

Kenapakah Nabi Adam a.s. boleh dihukum? Apakah Nabi Adam a.s. tidak mempunyai akal?.... Klik di sini.
.


Last edited by Teringintahu on Sat Apr 25, 2009 1:50 am; edited 4 times in total

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by slipar on Sat Apr 25, 2009 1:33 am

Golongan syiah lebih hebat cara mereka beribadat daripada ASWJ...tetapi mereka terang-terangan telah sesat kerana menolak sebahagian daripada hadis Nabi S.A.W...Mereka menurut hawa nafsu dan akal mereka sendiri dalam beribadat kepada Allah...


jangan main terjah jer .. :sneeze:syiah kalau tak salah aku lagi banyak hadis dia pakai , itulah kau main riwayat ni ikut nafsu sesatkan orang lain, macamana nak kenal tuhan. ramai jugak setau aku geng aswj ni yg tak menyesatkan syiah.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by slipar on Sat Apr 25, 2009 1:43 am

[size=9]
[size=9][size=9]
Akal seharusnya mampu menapis segenap ancaman-ancaman dunia yang cuba menyerang
hati. Akal yang bersih juga mempengaruhi hati dan pemikiran manusia. Oleh kerana itu akal perlu sentiasa di latih dan di
penuhkan dengan ilmu pengetahuan yang mampu menepis semua ancaman dari musuh. Musuh hati adalah nafs, nafs
mencakupi syahwat dan hawa nafsu kita. Ia adalah musuh utama yang harus di hapuskan oleh akal manusia. Allah
menciptkan nafs untuk menguji sejauh mana hambanya mampu menepis godaan dunia. Sejauh mana hambanya
mampu mengawal nafs dan menumpukan sepenuh usaha dan kesungguhan untuk menghambakan diri kepadaNya.
Oleh kerana itu kita seharunya mentaatiNya sekalipun ia bertentangan dengan nafs kita. Jika manusia membela
tuhannya maka dia menjadi hambaNya dan jika manusia membela nafs maka dia akan menjadi hambanya. Segala
keputusan yang di buat dan keluar dari hati harus menunjukkan pembelaan kepada iman kerana setiap kali keputusan
cuba di buat pasti ada peperangan antara iman dan nafsu. Peperangan akan terhenti bila ada kemenangan dari salah
satunya. Sekiranya iman menang maka seluruh anggota akan tunduk kepadanya manakala jika sebaliknya yang

menang dalam pertempuran maka seluruh jasad dan ruh manusia akan tunduk kepadanya
[/size]


tak tau aku nak ulas ..
[/size]
[/size]

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Admin on Sat Apr 25, 2009 2:13 am

Zahabur wrote:Golongan syiah lebih hebat cara mereka beribadat daripada ASWJ...tetapi mereka terang-terangan telah sesat kerana menolak sebahagian daripada hadis Nabi S.A.W...Mereka menurut hawa nafsu dan akal mereka sendiri dalam beribadat kepada Allah... sneeze


Begitulah akhirnya bila ada golongan-golongan dalam beragama. Yang satu golongan akan mengatakan sesat kepada golongan itu dan golongan itu pula akan mengatakan sesat kepada golongan yang lain. Kamu salah dan kami yang benar. Dan kami benar dan kamu yang salah. Dilabel sesat kerana menolak kesemua atau sebahagian daripada riwayat hadis. Orang-orang yang hanya berpegang kepada Al-Quran juga tidak terkecuali daripada dikatakan sesat. Sedangkan dalam
Al-Quran, orang-orang yang sesat itu bukan yang menolak kesemua atau sebahagian riwayat hadis nabi tapi orang-orang sesat dalam kesesatan yang jauh itu adalah:

4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan kepada rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Zahabur on Sat Apr 25, 2009 3:06 am

Syiah memang jelas ternyata sesat!...lebih sesat lagi daripada haiwan ternak...ada ke patut berselawat ke atas Saydina Ali memuja kubur Saydina Ali....tidak mahu berselawat ke atas Nabi S.A.W....lebih memandang keramat daripada memandang kebenaran Nabi S.A.W...Lenkali jgn duk suka tokok tambah dalam ibadat...tu dia bid'ah yang terang2.... No

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Adli on Sat Apr 25, 2009 9:50 am

Teringintahu wrote:
Nak tanya juga.....

Syaitan ada kuasa atau tidak mempengaruhi akal?

Syaitan berkuasa mempengaruhi hati untuk menolak logik yang tercapai oleh akal.

Sebab itu Al Quran suruh berfikir. Jika dengan berfikir manusia akan dipengaruhi syaitan, sudah pasti Quran tidak suruh berfikir, sebaliknya main turut sahaja kata-kata orang yang mendakwa ikut ajaran Rasulullah.

Jika kita renungi, takkanlah ahli-ahli kitab terdahulu yang terpesong dari ajaran Injil yang sebenar (akibat mengambil riwayat hadis Nabi Isa yang kononnya dari khabar para sahabat baginda) itu mengaku diorang tidak ikut ajaran Nabi Isa? Kerana taksub riwayat hadis Nabi Isa itulah mereka kata mereka beragama ikut Nabi Isa. Tetapi, kenapa Nabi Muhammad tidak pun berpegang pada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil?

Ini yang menyebabkan ahli-ahli kitab terdahulu pelik macam mana seorang yang ummi membenarkan kitab-kitab terdahulu. Sudahlah kitab riwayat hadis Nabi Isa, Nabi Muhammad tak guna, kemudian dakwa membenarkan ajaran Kitab-kitab terdahulu.

Itulah tanda-tanda syaitan tidak mampu mempengaruhi akal, sebab sunnah telah menetapkan sesuatu kaum akan terpesong dari ajaran sebenar bila mereka jadikan riwayat sebagai pegangan agama mereka. Bolehkah syaitan mengubah sunnah yang telah ditetapkan itu? Seperti itulah syaitan tidak mampu mengubah sunnah yang ada dalam akal (ketetapan logik)... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Espionage on Sat Apr 25, 2009 3:20 pm

kalo solat 3 kali saja, bro solat apa??
ada subuh ke??

Espionage
Pensyarah

Number of posts: 743
Location: Selangor
State:
Reputation: 0
Credits: 1565
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Zahabur on Sat Apr 25, 2009 4:41 pm

Espionage wrote:kalo solat 3 kali saja, bro solat apa??
ada subuh ke??



Aku sendiri pun tak tau solat kejadah apa cuma 3 kali je....Tu ajaran songsang mana yang buat....kahkahkah!! laughing

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Adli on Sat Apr 25, 2009 9:58 pm

Sekadar cakap solat 3 kali sehari itu songsang tanpa mampu buktikan kenapa ia songsang, itu menunjukkan manusia itu berkata tanpa bukti... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Jomfikir on Sat Apr 25, 2009 10:15 pm

Adli wrote:Sekadar cakap solat 3 kali sehari itu songsang tanpa mampu buktikan kenapa ia songsang, itu menunjukkan manusia itu berkata tanpa bukti... Smile


Aku pernah baca bayau ada kata solat fardhu tu 3 kali sahaja.

.

Jomfikir
Siswa-Siswi

Number of posts: 15
Reputation: 0
Credits: 1403
Registration date: 2008-08-05

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Jomfikir on Sat Apr 25, 2009 10:18 pm

Adli wrote:
Teringintahu wrote:
Nak tanya juga.....

Syaitan ada kuasa atau tidak mempengaruhi akal?

Syaitan berkuasa mempengaruhi hati untuk menolak logik yang tercapai oleh akal.

Sebab itu Al Quran suruh berfikir. Jika dengan berfikir manusia akan dipengaruhi syaitan, sudah pasti Quran tidak suruh berfikir, sebaliknya main turut sahaja kata-kata orang yang mendakwa ikut ajaran Rasulullah.

Jika kita renungi, takkanlah ahli-ahli kitab terdahulu yang terpesong dari ajaran Injil yang sebenar (akibat mengambil riwayat hadis Nabi Isa yang kononnya dari khabar para sahabat baginda) itu mengaku diorang tidak ikut ajaran Nabi Isa? Kerana taksub riwayat hadis Nabi Isa itulah mereka kata mereka beragama ikut Nabi Isa. Tetapi, kenapa Nabi Muhammad tidak pun berpegang pada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil?

Ini yang menyebabkan ahli-ahli kitab terdahulu pelik macam mana seorang yang ummi membenarkan kitab-kitab terdahulu. Sudahlah kitab riwayat hadis Nabi Isa, Nabi Muhammad tak guna, kemudian dakwa membenarkan ajaran Kitab-kitab terdahulu.

Itulah tanda-tanda syaitan tidak mampu mempengaruhi akal, sebab sunnah telah menetapkan sesuatu kaum akan terpesong dari ajaran sebenar bila mereka jadikan riwayat sebagai pegangan agama mereka. Bolehkah syaitan mengubah sunnah yang telah ditetapkan itu? Seperti itulah syaitan tidak mampu mengubah sunnah yang ada dalam akal (ketetapan logik)... Smile



Jika kita renungi, takkanlah ahli-ahli kitab terdahulu yang terpesong
dari ajaran Injil yang sebenar (akibat mengambil riwayat hadis Nabi Isa
yang kononnya dari khabar para sahabat baginda) itu mengaku diorang
tidak ikut ajaran Nabi Isa? Kerana taksub riwayat hadis Nabi Isa itulah
mereka kata mereka beragama ikut Nabi Isa. Tetapi, kenapa Nabi Muhammad
tidak pun berpegang pada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil?


Apa buktinya Nabi Muhammad tidak pun berpegang pada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil?

Adli ni keliru ni, kerana Adli tak tahu membezakan antara Injil dengan Bible.
.
.

Jomfikir
Siswa-Siswi

Number of posts: 15
Reputation: 0
Credits: 1403
Registration date: 2008-08-05

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 12:19 am

Adli ni keliru ni, kerana Adli tak tahu membezakan antara Injil dengan Bible.


Tetapi, kenapa Nabi Muhammad
tidak pun berpegang pada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil?

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Adli on Sun Apr 26, 2009 12:46 am

Jomfikir wrote:Aku pernah baca bayau ada kata solat fardhu tu 3 kali sahaja..

Yea la, tak kira la bayau kata ke sape kata ke, bawalah bukti-bukti yang nyata yang menunjukkan solat fardhu 3 kali sehari itu songsang. Takkanlah disebabkan bayau berkata, terus jatuh hukum songsang? Ini mana punya hukum daa.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Adli on Sun Apr 26, 2009 12:58 am

Jomfikir wrote:
Apa buktinya Nabi Muhammad tidak pun berpegang pada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil?

Jika baginda berpegang pada riwayat, pasti sesuatu kata atas nama Nabi Isa yang wujud dalam Quran ada nama orang yang meriwayatkan. Contohnya, "diriwayatkan oleh si polan bahwa dia mendengar Nabi Isa bersabda....". Cuba check dalam Quran, ada tak riwayat-riwayat sebegitu? Nama pun riwayat bukan?

Kemudian, fikirkan pula macam mana kaum Nasrani boleh terpesong bila wujudnya riwayat hadis Nabi Isa yang kononnya dikhabarkan oleh para sahabat baginda, sedangkan ajaran Injil tidak mungkin memesongkan manusia. Jika Injil menyebabkan manusia terpesong, macam mana nak dikatakan Injil itu benar?

Di sini kita nampak, oleh kerana Nabi Muhammad membenarkan Kitab Injil sedangkan baginda tidak terpesong pun, ini menunjukkan baginda tidak guna riwayat yang menyebabkan kaum Nasrani jadi terpesong.

Sebagai orang yang berpegang pada bukti-bukti yang nyata, sudah pasti baginda mampu membezakan mana satu ayat-ayat Allah dalam Injil dan yang mana satu riwayat-riwayat palsu.

Adli ni keliru ni, kerana Adli tak tahu membezakan antara Injil dengan Bible.

Apa bukti-bukti yang nyata untuk anda jatuhkan hukum bahawa saya keliru?

Sekadar bercakap kosong, tin kosong pun lagi bernilai sebab boleh dijual kepada pengumpul-pengumpul tin kosong itu... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Hikmah Solat untuk kehidupan manusia

Post by Zahabur on Sun Apr 26, 2009 1:51 am

Kalau tak tahu membezakan antara Injil dan Bible bermakna otak orang tu kosong.... Very Happy

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum