Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
LAMAN PEDOMAN
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 7 • Share •
Page 2 of 7 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:Teringintahu wrote:Ada juga contoh orang pengecut tu... Klik di sini.
Siapa cakap tak boleh refer hadis kalau ianya tak bercanggah dengan Quran , selari & relevan? Yang jadi persoalan hadis2 yang mengelirukan, lemah & ada unsur2 israiliyat.
Setakat yang saya tahu ada lebih kurang 1200 hadis shahih diriwayatkan sahabat2 Rasullullah, namun semakin lama kita ditinggalkan zaman Rasulullah makin bertambah hampir 3000, so siapa yang confirmkan tu? Jangan sampai kita terambil hadis2 israiliyat.
Sebenarnya saya tak dapat visit pun kat link tu, HTTP 404 not found! Jadi boleh tak sdr Teringintahu cetekan sedikit apa yang sdr tahu? Boleh kita sama2 bincangkan.
*smile*
Kita hairan macam mana ada manusia sampai tahap lemah imannya terhadap Quran sendiri? Apakah mereka tidak nampak Allah terlalu dekat pada diri mereka sampai nak kaji Quran di bawah pengawasan Allah pun mereka tak percaya?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: LAMAN PEDOMAN
Kita hairan macam mana ada manusia sampai tahap lemah imannya terhadap Quran sendiri? Apakah mereka tidak nampak Allah terlalu dekat pada diri mereka sampai nak kaji Quran di bawah pengawasan Allah pun mereka tak percaya
mungkin sebab quran tak offer pahala kot

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: LAMAN PEDOMAN
toukey wrote:BELAJAR TANPA GURU SESAT.
Berapa banyak yang dah dikatakan sesat kerana berguru. Apa yang membuktikan belajar tanpa guru itu sesat? Seperti ilmu kenal diri, perlukah kita berguru dengan orang lain untuk mengenali diri kita sendiri. Bukankah hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati kita, sama ada bersih atau penuh dengan hasad dengki.
KERNA BISIKAN ITU LEBIH KUAT DAYA TARIKAN
Dengan apa kita menilai sesuatu bisikan itu adalah bisikan baik atau jahat? Bukankah Allah dah kurniakan kita sebaik-baik akal untuk menilai. Ia adalah sebagai pembeza atau penimbang.
YANG MUDAH MEMESONGKAN PEMIKIRAN YANG ADA BATAS DAN HADNYA.
Sudah terbukti akal manusia itu berkembang dan tiada batasnya. Jika akal manusia itu terbatas, macam mana dia nak memikirkan tentang kejadian alam yang sentiasa berkembang ini? Mana mungkin ada penemuan2 baru. Hanya orang yang pemalas dan malas berfikir sahaja yang menggunakan alasan ini untuk malas berfikir tentang Allah dan segala kejadianNya.
JANGAN MUDAH MENGKAJI DENGAN DAYA PEMIKIRAN YANG LEMAH.
Kalau kita sedar pemikiran kita lemah, dan itu membataskan kita untuk mengkaji- marilah sama-sama kita pertingkatkan keupayaan akal kita agar tidak lagi berada di takuk lama. Agar dengan akal yang tinggi itu, kita dapat mengkaji dan tidak lagi dipandang lemah.
BERDUKSILAH DAN CARILAH ILMU PADA YANG ARIF.
Sama-sama kita berbincang dan berlapang dada dengan setiap pendapat. Setiap orang boleh memberikan pendapat asing-masing. Agama bukan hak ekslusif sesetengah golongan. Tapi ia hak kita semua. Bila dirasakan ia adalah hak kepada sesetengah golongan, itu yang membuatkan kita takut untuk membicarakan tentangnya. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah milik setiap individu itu sendiri
KELAK KAU TAKKAN RUGI.
Berbicara dan berbincang pasal Allah, kita tak akan rugi. Malah hati akan menjadi tenang dan idea juga melimpah ruah kerana kita hanya bergantung kepadaNya kerana Dialah yang Berkuasa memberikan ilham kepada kita.
APABILA KESEORANGAN
Sendirian adalah masa yang baik untuk kita muhasabah diri kita. Menilai diri kita. Seperti yang Al-Bahr katakan-dalam kubur pun kita akan keseorangan.
ANDA MUDAH DIPESONGKAN DENGAN BISIKAN YANG PENUH DENGAN TANDA TANYA
Selagi berpegang pada bukti-bukti yang nyata, kita akan dapat membezakan jenis bisikan itu. Macam mana boleh terpesong kalau kita sentiasa berpegang pada yang Haq dan bersama bukti2 yang nyata.
SERTA BOLEH MENJEJASKAN AKIDAH ANDA...
Seseorang itu tidak akan mudah terjejas pegangannya kalau dia berpegang pada bukti-bukti yang nyata. Yang mudah terjejas tu bila ia tak berpegang pada bukti nyata dan tak tetap pendirian

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
slipar wrote:Kita hairan macam mana ada manusia sampai tahap lemah imannya terhadap Quran sendiri? Apakah mereka tidak nampak Allah terlalu dekat pada diri mereka sampai nak kaji Quran di bawah pengawasan Allah pun mereka tak percaya
mungkin sebab quran tak offer pahala kot
Segala perbuatan dan perlakuan kita dinilai pada hati. Allah tau kita melakukan sesuatu atas dasar pahala atau berlandaskan keikhlasan. Semua dalam genggamanNya.
Adakah kita akan melangkah ke syurga kerana pahala dari amalan kita atau kerana rahmat Allah?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Juang wrote:Kerana kita diberatkan dengan tuntutan kehidupan realiti, maka kita bersolat pada waktu-waktu yang tertentu. Dan Allah beri kelapangan kepada manusia untuk membuat yang terbaik pada dirinya.
Orang yang berakal, dengan sendirinya dia akan tahu amalan yang terbaik untuk dirinya. Bukannya berbuat sesuatu ikut2an. Malah antara kami pun kami tidak paksa beramal ikut2an.
Islam yang tulen membebaskan manusia dari amalan nenek moyang. Jika Islam itu sama sahaja macam agama-agama lain yang terikat dengan amalan nenek moyang yang tidak diketahui apa hikmah dan tujuannya, tiadalah keindahan pada Islam.
Sebab itu kami keluar dari cara beragama menurut amalan nenek moyang ini sebab dalam Quran jelas menunjukkan golongan yang menurut amalan nenek moyang inilah yang kuat kedengkian dan kekafiran.
Mereka tidak akan senang hati selagi kita tidak mengikut cara mereka yang menolak rasional dalam kehidupan.
Salam bro Juang,
Waaa...lama tak nampak posting bro, ada rindu jugak sikit2...(jangan marah ya sdr Adli, rindu postingnya saja).
Benar apa yang bro sampaikan dalam quote di atas, tak sempat comment masa suntuk. Lagipun mana ada posting2 bro yang tak benar setakat ini. Samada saya dapat tambah atau sama2 bincangkan saja solutionnya. Belum pernah dapat dipatahkan sepenuhnya lagi setakat ini.
Sampai jumpa lagi bro!
Last edited by Al-Bahr on Tue Apr 21, 2009 2:05 pm; edited 1 time in total

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Alahai suntuknya masa nak reply posting yang lainnya...nanti yang lain saya jawabkan petang @ malam nanti...
Jumpa lagi...
*smile*
Jumpa lagi...
*smile*

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:Teringintahu wrote:Ada juga contoh orang pengecut tu... Klik di sini.
Siapa
cakap tak boleh refer hadis kalau ianya tak bercanggah dengan Quran ,
selari & relevan? Yang jadi persoalan hadis2 yang mengelirukan,
lemah & ada unsur2 israiliyat.
Setakat
yang saya tahu ada lebih kurang 1200 hadis shahih diriwayatkan sahabat2
Rasullullah, namun semakin lama kita ditinggalkan zaman Rasulullah
makin bertambah hampir 3000, so siapa yang confirmkan tu? Jangan sampai
kita terambil hadis2 israiliyat.
Sebenarnya saya tak dapat visit pun kat link tu, HTTP 404 not found! Jadi boleh tak sdr Teringintahu cetekan sedikit apa yang sdr tahu? Boleh kita sama2 bincangkan.
*smile*
Ada baiknya disenaraikan hadis-hadis yang dikatakan tidak saheh itu. Itulah sebabnya bila beli kitab hadis kena pastikan siapa penerbitnya dan kena buat silang simak jika terasa ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Mengenai link itu:
http://www.geocities.com/Eureka/Promenade/2988/sejarah.html
dan
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiArtikelIstinbat/Golongan%20Anti%20Hadis.pdf
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: LAMAN PEDOMAN
Adli wrote:slipar wrote:Kita hairan macam mana ada manusia sampai tahap lemah imannya terhadap Quran sendiri? Apakah mereka tidak nampak Allah terlalu dekat pada diri mereka sampai nak kaji Quran di bawah pengawasan Allah pun mereka tak percaya
mungkin sebab quran tak offer pahala kot
Segala perbuatan dan perlakuan kita dinilai pada hati. Allah tau kita melakukan sesuatu atas dasar pahala atau berlandaskan keikhlasan. Semua dalam genggamanNya.
Adakah kita akan melangkah ke syurga kerana pahala dari amalan kita atau kerana rahmat Allah?
Ya betul tu, adakah kita yang boleh tentukan nasib sesorang itu ke Syurga atau ke Neraka hanya disebabkan amalan yang ingin ditunjuk2kan. Tidak mungkin! jika dalam hati masih penuh dengan penyakit riyak dan bangga diri.
Banyak contoh2 ayat berkenaan perihal itu dalam Quran.
p/s : TQ sdr Adli untuk posting sdr yang menjawab sajak dari toukey.
Bernas dan jelas.

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Alahai Teringintahu, asyik nak kena klik saja berbicara dengan sdr ni, tak bolehkan sdr berbicara secara penulisan untuk terangkan kembali?
Kalau sdr betul2 nak buktikan diri sebagai seorang Islam tulen, berkata-katalah dalam bentuk penulisan sdr sendiri. Apakah sdr tak mampu berbuat demikian? atau sdr telah habis kata-kata untuk berbicara secara matang dan ikhlas?
Bukan niat menyindir, tetapi beri dorongan. Saya lihat sdr ikhlas nak menyampaikan sesuatu tentang agama, tapi tidak secara jelas dan terbuka. Kalau sdr memang mengetahui terangkanlah secara terbuka. Kerna saya juga sangat2 'Teringintahu' apa yang sdr nak beritahu pada saya di forum ni tentang perkara yang sdr sangat2 tahu dalam beragama! Tima kasih...
Kalau sdr betul2 nak buktikan diri sebagai seorang Islam tulen, berkata-katalah dalam bentuk penulisan sdr sendiri. Apakah sdr tak mampu berbuat demikian? atau sdr telah habis kata-kata untuk berbicara secara matang dan ikhlas?
Bukan niat menyindir, tetapi beri dorongan. Saya lihat sdr ikhlas nak menyampaikan sesuatu tentang agama, tapi tidak secara jelas dan terbuka. Kalau sdr memang mengetahui terangkanlah secara terbuka. Kerna saya juga sangat2 'Teringintahu' apa yang sdr nak beritahu pada saya di forum ni tentang perkara yang sdr sangat2 tahu dalam beragama! Tima kasih...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Syukurlah sdr Al-Bahr nampak kebenaran yang kami sampaikan. Kami tidak paksa sdr terima pendapat kami, tetapi macam mana sdr boleh nampak? Itulah yang menunjukkan sdr seorang yang menggunakan akal.
Sdr bukan jenis cepat berprejudis, tetapi sdr berkeinginan untuk memahami. Orang yang berprejudis, kita bagi kata-kata yang logik pun, mereka susah nak faham, sebab dalam hati mereka ada kepanasan. Kepanasan hati itulah yang menyebabkan kata-kata mereka jadi lemah.
Sdr tidak cepat menghukum saya biarpun berbeza pendapat dengan saya. Tetapi kalau kita lihat kaedah orang yang tidak menggunakan akal, mereka akan cuba elakkan berhujah dengan menggunakan akal. Mereka takut kedustaan mereka terbongkar.
Jika mereka benar, sebenarnya senang-senang sahaja mereka bawakan bukti yang masuk akal untuk menunjukkan percanggahan kata-kata kami dengan sunnah alam yang Allah tetapkan. Tetapi sebab kami berkata-kata berdasarkan apa yang berlaku secara realiti dan berdasarkan sunnah yang pernah terjadi pada kaum terdahulu, maka Allah perkuatkan hujah kami. Bukankah janji Allah benar kepada golongan yang bergantung harap kepadaNya semata-mata.
Selama ini mereka tuduh kami sesat ke apa, kami tidak takut dengan celaan manusia sebegitu, sebab kata-kata mereka kosong dan tanpa bukti yang nyata. Mereka tidak berani mematahkan kata-kata kami dengan guna hujah-hujah yang logik. Mereka setakat mampu menghukum orang sahaja.

Salam Al-Bahr,
Berikan saya sedikit ilmu...jangan pandang wajah saya, pandanglah hati saya...jangan gerun dahlah...hehe
Berikan saya sedikit ilmu...jangan pandang wajah saya, pandanglah hati saya...jangan gerun dahlah...hehe

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Mintalah ilmu pada Allah dengan berkongsi apa yang kita tahu sesama manusia. Pandanglah Wajah Allah dengan setepat mungkin (merasai tanda-tanda KekuasaanNya). Pasti Allah akan bebaskan diri kita dari beragama menurut amalan nenek moyang.
Bila sudah bebas dan merdeka, barulah kita akan merasai erti hidup yang bermakna dan Allah berikan kepuasan dalam hidup biarpun zahir kita bukan seorang yang kaya. Pakaian harta benda hanya menambah kedukaan, tetapi pakaian taqwa itulah sebaik-baiknya.
Manusia yang bertaqwa adalah manusia yang beriman bahawa Allah mampu melihat penyakit-penyakit dalam hatinya sehingga dia takut nak berdengki pada kebenaran yang disampaikan oleh orang lain kerana mereka sendiri sedar hujah manusia itu benar dan tidak mampu dipatahkan.
Namun jika manusia itu menunjukkan kedengkian, panas hati dan kekafiran apabila datang kata-kata yang akal mereka sendiri akui benar (mereka tidak mampu patahkan dengan hujah mereka), itulah golongan yang sesat. Barangsiapa yang disesatkan, maka tiada pemimpin bagi mereka melainkan Allah...
Bila sudah bebas dan merdeka, barulah kita akan merasai erti hidup yang bermakna dan Allah berikan kepuasan dalam hidup biarpun zahir kita bukan seorang yang kaya. Pakaian harta benda hanya menambah kedukaan, tetapi pakaian taqwa itulah sebaik-baiknya.
Manusia yang bertaqwa adalah manusia yang beriman bahawa Allah mampu melihat penyakit-penyakit dalam hatinya sehingga dia takut nak berdengki pada kebenaran yang disampaikan oleh orang lain kerana mereka sendiri sedar hujah manusia itu benar dan tidak mampu dipatahkan.
Namun jika manusia itu menunjukkan kedengkian, panas hati dan kekafiran apabila datang kata-kata yang akal mereka sendiri akui benar (mereka tidak mampu patahkan dengan hujah mereka), itulah golongan yang sesat. Barangsiapa yang disesatkan, maka tiada pemimpin bagi mereka melainkan Allah...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Ya Allah berilah aku sedikit ilmu...bagi ku telah banyak walaupun setitik lautan dari ilmu Mu..! garu kepala lutut jap..kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jgn di duga.... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Ilmu Allah itu turun peringkat-berperingkat sesuai tahap akal kita. Jika ilmu masa darjah satu pun tidak mampu dan malas nak difahami, janganlah nak berangan-angan minta ilmu di tingkatan 5... 

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Zahabur wrote:Salam Al-Bahr,
Berikan saya sedikit ilmu...jangan pandang wajah saya, pandanglah hati saya...jangan gerun dahlah...hehe
Salam Perkenalan saudara Zahabur,
Sungguh murni hajat tuan hamba ingin menimba ilmu daripada hamba. Namun sebenarnya hamba sendiri berkelana di sini untuk menimba ilmu jua. Hamba juga tidak berniat untuk berlama2 di sini, jika sampai masanya nanti tetap hamba berlalu pergi...
Bukankah hidup kita hanya sementara? Jadi di alam maya ini juga hanya sementara untuk hamba setelah dapat apa yang dihajati. Sudah tentu juga hamba tidak akan memandang wajah tuan hamba (avatar), tetapi memandang hati tuan hamba dalam bentuk kata-kata penulisan tuan hamba adanya...
Gerun hamba hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi jika tuan hamba berkata-kata dengan mengikut Perintah dan LaranganNya sudah pastilah hamba akan gerun dan gentar lantaran takut kepadaNya, bukan takut pada tuan hamba yang juga makhluk ciptaanNya...
Tetapi melihatkan cara tuan hamba menyapa hamba, sudah pasti tuan hamba juga bukan calang-calang insan! Sekadar merendahkan diri tuan hamba sahaja pada hamba lagaknya...
Namun salam bersambut 'salam perkenalan' semoga kita dapat bersahabat di sini, dengan izin Allah juga adanya...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr janganlah kedekut ilmu...mungkin ilmu kau menjadi pedoman bagi aku...kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai....Allahu Rabbi..! 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:Alahai Teringintahu, asyik nak kena klik saja berbicara dengan sdr ni, tak bolehkan sdr berbicara secara penulisan untuk terangkan kembali?
Kalau sdr betul2 nak buktikan diri sebagai seorang Islam tulen, berkata-katalah dalam bentuk penulisan sdr sendiri. Apakah sdr tak mampu berbuat demikian? atau sdr telah habis kata-kata untuk berbicara secara matang dan ikhlas?
Bukan niat menyindir, tetapi beri dorongan. Saya lihat sdr ikhlas nak menyampaikan sesuatu tentang agama, tapi tidak secara jelas dan terbuka. Kalau sdr memang mengetahui terangkanlah secara terbuka. Kerna saya juga sangat2 'Teringintahu' apa yang sdr nak beritahu pada saya di forum ni tentang perkara yang sdr sangat2 tahu dalam beragama! Tima kasih...
Apa masalahnya klik... cepat dan pantas untuk dirujuk.
Nak beri pendapat sendiri pada perkara yang sudah sedia dalam link, bukankah menggunakan masa pada perkara yang sama yg ada dalam link; klik dan rujuk sajalah; kalau mahu baca.
Ada perkara yang saya ingin sampai ialah info orang lain yang patut disampaikan pula; itulah saya beri link, anda klik sajalah.
Kalau nak bincang, bolehlah bincangkan apa pendapat atau isi kandungan dalam link itu.
Kalau nakkan pendapat saya, bolehlah bertanya.
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:
Gerun hamba hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi jika tuan hamba berkata-kata dengan mengikut Perintah dan LaranganNya sudah pastilah hamba akan gerun dan gentar lantaran takut kepadaNya, bukan takut pada tuan hamba yang juga makhluk ciptaanNya...
Itu kata-kata orang yang beriman. Kerana itu manusia yang mencari makna Tuhan yang sebenar, sudah pasti menggunakan akal untuk mengenal tanda-tanda KekuasaanNya.
Tanpa manusia itu mengenal Allah, sudah pasti mereka tidak bergantung kepada petunjuk Allah lagi, melainkan menjadikan nama manusia beriman terdahulu sebagai penentu kebenaran.
Ini yang membuatkan golongan beriman nampak semangat pergantungan yang tinggi kepada Allah dalam diri Nabi Muhammad. Ketika baginda dikelilingi ahli-ahli kitab, baginda tidak pun menggunakan riwayat-riwayat yang diguna-pakai oleh ahli-ahli Kitab terdahulu dalam usaha baginda membenarkan Kitab-Kitab Allah yang terdahulu. Tetapi baginda guna akal untuk memahami petunjuk Allah.
Konsep inilah yang sudah tidak difikirkan oleh orang-orang yang mengaku ikut Nabi Muhammad, tetapi pegangan mereka bertentangan dengan Rasulullah itu lakukan...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Aku memang takut nak bertuhankan hawa nafsu sendiri....nanti masuk neraka sape nak tolong aku.....tak nak la aku join sama ngan iblis lam neraka... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Zahabur wrote:Al-Bahr janganlah kedekut ilmu...mungkin ilmu kau menjadi pedoman bagi aku...kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai....Allahu Rabbi..!
Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang...
Allah mengenal mereka, akan tetapi kebanyakan menusia tidak mengetahui jati diri mereka...
Mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengetahuan...
Kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim...
Mereka adalah orang-orang yang mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar (bengis)...
Berada di puncak kesucian diri dan kejujuran...
Insan yang tidak ternoda dan soleh...
Hawa nafsunya tidak dapat mengalahkan dirinya...
Bahkan mampu menggapai maqam (capaian spiritual) kesucian dan kesolehan tertinggi...
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan daripada kamu dosa-dosa Ahlu Bait dan mensucikanmu sesuci-sucinya".
Surah al-Ahzab : ayat 33

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Page 2 of 7 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 
Similar topics» PEDOMAN PENATALAKSANAAN TENGGELAM
» LAMAN PEDOMAN
» Iklan Percuma Untuk Anda Di Laman Kami!
» mendaki gunung kinabalu
» Keputusan KKI No. 26/KKI/KEP/XI/2006 tentang Pedoman Penerbitan Surat Keterangan Sehat Fisik dan Mental bagi Dokter/Drg
» LAMAN PEDOMAN
» Iklan Percuma Untuk Anda Di Laman Kami!
» mendaki gunung kinabalu
» Keputusan KKI No. 26/KKI/KEP/XI/2006 tentang Pedoman Penerbitan Surat Keterangan Sehat Fisik dan Mental bagi Dokter/Drg
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 7
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum