Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 5 of 28 • Share •
Page 5 of 28 •
1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 16 ... 28 
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
- Al-ahzab:21
قُلۡ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَڪُمُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَنِ
ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَہۡتَدِى لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ
عَلَيۡہَاۖ وَمَآ أَنَا۟ عَلَيۡكُم بِوَڪِيلٍ۬
Terjemahan lebih kurang:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal
(iman atau keingkaran) kamu”. [Yunus 108]
Sebab itulah kami kaji Quran berdasarkan bukti-bukti yang nyata, sebab bukti-bukti yang nyata itu datangnya daripada Allah.
Nabi Muhammad sendiri guna bukti-bukti yang nyata tanpa guna riwayat hadis Nabi Isa. Jika baginda guna riwayat hadis Nabi Isa sudah pasti baginda jadi golongan penyembah salib itu.
So begitulah kami. Kami fahami Quran guna bukti-bukti yang wujud secara realiti di zaman sekarang, sebab apa yang Allah takdirkan di zaman sekarang untuk orang sekarang.
Apakah golongan tak guna akal itu kurang rasa pergantungan mereka kepada Allah sampaikan terkial-kial menurut membuta-tuli sesuatu riwayat? Apakah mereka tidak berfikir bahawa Nabi Muhammad pun tidak ikut riwayat hadis Nabi Isa?
إِنَّكَ
لَا تَہۡدِى مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَہۡدِى مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ
أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Terjemahan lebih kurang:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas ]
Oleh kerana Nabi Muhammad itu tidak berkuasa beri petunjuk kepada manusia, sebab itulah kami bergantung kepada Allah semata-mata untuk menunjuk apa jawapan dalam Al Quran.
Kita nampak golongan yang menurut riwayat hadis Nabi Muhammad itu seolah-olah menjadikan nama Nabi dalam riwayat hadis itu sebagai petunjuk untuk fahami Quran, padahal ayat yang mereka bawakan ini jelas menunjukkan Allah jua yang memberikan petunjuk. Sebab itu mereka main turut sahaja riwayat hadis itu dengan mendakwa itu benar-benar sahih daripada Nabi. Sedangkan seorang Nabi tidak berkata dusta, maka sepatutnya mereka cari bukti-bukti yang nyata dalam sesuatu riwayat itu dahulu, bukannya bersandarkan atas nama Nabi. Kerana bergantung atas nama Nabi itulah menyebabkan riwayat kata-kata palsu atas nama Nabi mudah tersebar dalam masyrakat. Begitulah bahayanya amalan menurut riwayat hadis ini sebab mudah berlaku pergantungan kepada kata-kata palsu.
Dan petunjuk Allah sudah pasti datang ketika guna akal. Takkanlah petunjuk Allah itu sampai ketika manusia itu menurut nafsu? Sebab itulah kami kaji Quran guna akal sebagai tanda kami bergantung kepada Allah semata-mata, bukan pada selainNya macam kaum yang menyembah Nabi Muhammad itu.
Oleh kerana petunjuk Allah itu sampai kepada manusia semasa menggunakan akal, kerana itulah Quran sendiri suruh guna akal. Begitulah ayat Quran tiada percanggahannya, berbanding pegangan golongan yang menurut riwayat itu. Jika ayat-ayat Quran itu datang dari nafsu Nabi Muhammad, sudah pasti kita akan temui percanggahan yang banyak. Tetapi kerana ayat Quran itu datang dari akal baginda, maka Allah bersama-sama orang yang menggunakan akal.
Mereka (golongan tak guna akal) baca ayat Quran yang kata Nabi Muhammad tak berkuasa beri petunjuk, tetapi mereka cari riwayat atas Nabi Muhammad seolah-olah baginda berkuasa memberi petunjuk dan jawapan kepada sesuatu ayat-ayat Allah yang manusia lain tidak fahami. Kenapa mereka tak cari Allah dahulu. Bukankah Allah yang mencipta alam semesta ini?
Hehe...pandai pula mereka bawa ayat Quran, tetapi mereka sendiri tak ikut ayat yang mereka bawakan itu...terperangkap dalam kedustaan sendiri...
Maka Rasulullah s.a.w bukan budak penghantar surat
yg hanya menghantar surat tanpa mengetahui isi kandungannya sebagaimana seolahnya yg digambarkan oleh Juang.
Ntah bila masa Juang tu kata Rasulullah itu penghantar surat tanpa memahami. Itulah fitnah yang dilemparkan oleh kaum yang mendustai ayat-ayat Allah kepada insan yang menggunakan akal untuk bergantung kepada Allah semata-mata.
Dengan melemparkan fitnah sedemikian rupa, jelaslah mereka kaum yang kalah dan dihina oleh Allah. Nak tegakkan kebenaran pun guna cara memfitnah? Malangnya mereka yang mendustai agama itu....
Kalau begitu buat apa ALLAH sendiri katakan Rasulullah s.a.w. itu ada contoh tauladan yg perlu kita ikuti? (rujuk ayat al-Ahzab:21) Akal kamu tak mungkin mengatasi ayat ayat ALLAH!!
Sebab mencontohi Rasulullah itulah kami guna akal dengan bawakan bukti-bukti yang realiti.
Dan tiada ayat-ayat Allah suruh guna riwayat. Jika ada, sudah pasti masa Nabi Muhamamd hidup, riwayat itu dicatatkan dan baginda periksa kebenarannya agar kesahihan riwayat itu bukan lagi terletak pada nama-nama orang yang meriwayatkan, tetapi berdasarkan bukti-bukti yang nyata.
Kelemahan akal golongan mendustai agama sehingga menjadikan riwayat itu sebagai salah satu sumber kata-kata seorang Rasul, menunjukkan mereka tidak pun contohi Rasul tersebut.
Nabi Muhammad pun tak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan kitab Injil, apa tujuannya kita guna riwayat hadis Nabi Muhammad untuk membenarkan kitab Al Quran? Tidakkah manusia itu berfikir panjang?
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Sabdaan Nabi saw mutiara tak ternilaikan berbanding dgn akal kamu yg sudah tentu ada tempoh expirednya. Tapi sabdaan Nabi s.a.w adalah wahyu ALLAH jua yg maksud dari ALLAH dan lafaz dituturkan oleh baginda s.a.w.
Yang datang dari akal Rasulullah dan disabdakan kepada masyarakat baginda, sama juga taraf kebenarannya yang datang dari orang-orang yang menggunakan akal yang lain. Sebab itu Allah kurniakan akal kepada manusia dan setiap manusia berupaya membangunkannya jika ia mampu.
Sebab itu dalam membenarkan kitab Injil, Nabi Muhammad tidak bergantung kepada riwayat hadis Nabi Isa atas alasan sabdaan Nabi Isa itu adalah wahyu Allah.
Bagi golongan yang menggunakan akal, taraf kebenaran sesuatu kata-kata bukannya dengan sekadar lihat pada nama Nabi yang didakwa berkata-kata sedemikian rupa, tetapi mereka mencari bukti-bukti yang realiti wujud dari sesuatu kata-kata.
Kalau Nabi Muhammad main anggap apa jua riwayat kononnya datang dari yang disabda oleh Nabi Isa, sudah pasti baginda menjadi seorang penyembah salib.
Keadaan inilah yang menyebabkan kami tidak menurut membuta-tuli sesuatu riwayat yang kononnya datang dari sabdaan Nabi Muhammad...
Dalilnya sabdaan Baginda adalah jua wahyu dari ALLAH:
وَإِذَا
يُتۡلَىٰ عَلَيۡہِمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِهِۦۤ إِنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّنَآ
إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلِهِۦ مُسۡلِمِينَ
4: سورة النجم
Terjemahannya..
Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya
Ayat ini tidak pun kata kita kena bergantung pada riwayat hadis sebab ada ayat lain yang menunjukkan hadis itu juga adalah ayat-ayat Allah dan keterangan-keteranganNya. Sebab itu dalam ayat Al Jaatsiyah: 6 itu, wujud perkataan "hadis" yang dihubungkan dengan "ayat-ayat Allah" walhal riwayat hadis belum dibukukan lagi masa itu. Ini yang menunjukkan hadis itu sendiri adalah Al Quran. Sebab Quran itu disampaikan melalui lisan, ucapan, perkataan, perbuatan (akhlak) Rasulullah?
Bagi orang beriman, Al Quran itu adalah sumber yang menunjukkan datang melalui Nabi Muhammad. Petunjuk-petunjuk yang sampai ketika baginda berfikir, baginda jadikan akhlak baginda dahulu, kemudian baru disampaikan kepada masyarakat. Jadi kenapa golongan yang kata nak ikut akhlak Rasulullah, sampai ke tahap mencari sumber selain Al Quran atas dakwaan riwayat itu Nabi yang sabda?
Sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak menurut riwayat Nabi Isa dalam membenarkan Injil. Tidakkan kaum yang tak guna akal itu hendak insaf dan mahu guna akal balik?
Maka siapa yg lebih layak mentafsir Al-Qur’an, akal cetek
kamu kah? Atau Baginda Nabi s.a.w??
Al Quran bukan untuk ditafsir semata-mata. Sebaliknya dijadikan pedoman bagi membentuk akhlak yang mulia. Apabila kita mampu membentuk akhlak yang mulia, barulah boleh kongsikan apa yang kita tahu dari sesuatu ayat Quran yang telah dipraktikkan itu kepada orang lain, sesuai dengan tanggungjawab berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran (ciri-ciri golongan yang untung).
Asas kemuliaan akhlak manusia itu adalah kebenaran kata-katanya dan melakukan apa yang dia katakan. Jika berdusta biarpun mengaku ikut Rasulullah, hakikatnya manusia itu tak berakhlak pun. Sebab itu dalam mereka bersolat 5 kali sehari semalam atas alasan knonnya ikut Rasulullah, sempat lagi mereka berpecah-belah, memfitnah, berhasad dengki dan macam-macam penyakit yang mudah kita lihat pada masyarakat Melayu yang berbangga diri dengan agama Islamnya.
Kami tidak malu nak kutuk bangsa sendiri seperti Nabi Muhammad tidak malu nak kutuk bangsa Arabnya yang tak guna akal pada waktu itu. Sebab itulah Allah izinkan baginda menyampaikan kutukan Allah kepada kaum Yahudi dan Nasrani juga, sebab baginda sudah menunjukkan sifat yang adil dalam berdakwah. Jika baginda hanya kutuk bangsa lain, sedangkan bangsa Arab baginda manja-manjakan, makin sesatlah bangsa Arab itu. Tetapi dakwah baginda dengan memperingatkan bangsanya sendiri dahulu dan kemudian barulah bangsa lain.
Tetapi rata-rata umat Islam sekarang tidak sanggup akui umatnya sudah sesat dan terpesong dari ajaran Quran. Bagi mereka yang non-muslim yang wujud sekarang itulah golongan kafir. Padahal bila kita kaji, berapa ramai orang yang mengaku Islam sudah kafir dengan kitab mereka sendiri. Sebab itulah Allah hina umat Islam sekarang, tidak seperti Allah muliakan generasi Islam yang tulen terdahulu.
Tanpa beragama guna bukti-bukti yang realiti untuk memahami Quran, sampai kiamat pun manusia itu tidak akan sedar diri yang hakikatnya mereka sudah beragama songsang dari ajaran kitab asal akibat mengikut sumber-sumber baru selepas kewafatan seseorang Rasul.
Jika Nabi Muhammad pun tidak bergantung kepada riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil, apakah patut manusia itu bergantung kepada riwayat hadis Nabi Muhammad dalam membenarkan Quran. Sendiri boleh fikirlah, siapa golongan yang mencontohi Rasul yang sebenar-benarnya.
Telah datang kebenaran daripada Allah untuk menghapuskan kebathilan atas alasan menurut amalan yang bapak-bapak mereka lakukan dahulu. Sunnah Allah tidak pernah berubah. Inilah tanda-tanda Kekuasaan Allah bagi kaum yang menggunakan akal....
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Lihat lah betapa bercelarunya fikiran kamu Juang.. Kamu ikut AKAL atau ikut AL-QUR”AN?? Yang mana satu nih?
Takkanlah basic akal pun anda tak tahu sampai susah nak faham apa yang Juang katakan itu?
Al Quran itu adalah bacaan. Maklumat yang tercatat dalam Al Quran itu datang melalui akal Rasulullah setelah baginda berfikir. Takkan kita nak kata baginda dapat Quran kerana ikut nafsu? Mestilah selepas baginda guna akal (fahami fitrah diri seseorang manusia itu dahulu sebab seseorang Rasul itu manusia macam kita juga, bukannya malaikat). Nampak sangat manusia itu tak kenal pun ciri-ciri seorang Rasul yang dalam kitabnya mengajak guna akal.
Apabila seseorang manusia itu menggunakan akal, bermakna dia sudah membenarkan ayat-ayat Quran yang suruh guna akal-lah. Takkan itu pun tak nampak.
Janganlah tunjukkan kerendahan tahap akal anda kerana kalah berhujah dalam memberikan bukti-bukti yang nyata, kerana itu cara yang diguna-pakai oleh orang kafir terdahulu sahaja...
Apa kena mengena Syiah dalam Hal ini? Kami ASWJ. Hal Syiah hal lain. Kalau itu hujjah kamu, kamu lupa ke Syiah pun ada Mushaf Qur'annya sendiri!? Apa kamu nak kata pada Qur'an pula? Contoh ni tak relevan dan tiada sandaran wahyu hanya akal Juang semata mata. Kita sekarang berbincang bab Aqidah, bab Aqidah perlu pembuktian Wahyu.. bukan akal semata.
Kenapa dalam berdakwah dahulu, Rasulullah tegur orang Yahudi dan Nasrani terdahulu yang asalnya masing-masing ikut Taurat, tetapi hidup berpecah belah. Dan untuk menjadikan pengajaran kepada golongan berakal terdahulu, kisah kaum Yahudi dan Nasrani itu dicatatkan dalam kitab pedoman (Quran).
Jadi apa yang kami bawakan kisah perpecahan Sunnah dan Syiah ini kerana ia menyamai kisah kesesatan kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu. Tanpa membandingkan kisah umat terdahulu dengan apa yang terjadi sekarang, macam mana nak jadikan Quran sebagai pedoman hidup. Itu yang menyebabkan ada manusia khatam Quran berpuluh kali, tetapi mereka tidak takut berpecah-belah dan memfitnah mana-mana individu. Lihat cara berpolitik orang Melayu kita.
Dalam konteks sekarang, kita lihat golongan Sunnah dan Syiah berpecah-belah padahal masing-masing kata ikut Al Quran. Dan perpecahan mereka ini bukan kerana mereka guna akal untuk fahami Al Quran, tetapi sebab ikut riwayat-riwayat hadis yang berlainan taraf kesahihannya. Di mata golongan Sunnah, hadis yang mereka ikut adalah sahih dari Nabi, dan di mata golongan Syiah, hadis yang mereka ikut juga sahih dari Nabi juga. Kenapa tidak mereka masing-masing kembali kepada Al Quran tanpa guna riwayat, jika riwayat itu hanya mengundang perpecahan sesama manusia sebab taraf kesahihannya berbeza ikut puak?
Nabi Muhammad pun tak guna riwayat hadis Nabi Isa dalam usaha membenarkan Injil, apakah patut golongan yang kononnya kata ikut Nabi Muhammad, tetapi tidak pun mencontohi sifat-sifat baginda itu? Yang mereka contohi hanyalah perlakuan zahir seseorang Rasul yang dikhabarkan dalam riwayat.
Mereka (golongan menurut riwayat) seumpama golongan yang makan buah hanya pada kulitnya. Sedangkan golongan beriman makan buah pada isinya....
Kami berdakwah berdasarkan bukti-bukti yang nyata, sebab itu hujah kami Allah perkuatkan tanpa perlu memfitnah mana-mana individu. Dengan menyampaikan kebenaran secara umum, cukup memanaskan hati golongan kafir lagi menurut amalan nenek moyang itu. Begitulah cepatnya kepanasan hati Allah bagi kepada golongan tak guna akal itu sehingga syaitan mendorong mereka memfitnah....
Betulkan pemahaman saya, pada pendapat saya, kamu org sebenarnya Bukanlah nak ikut AL-Qur’an sangat tapi kome semua hanya mengguna alasan kononnya korang ikut Qur’an dalam setiap tindak tanduk kome. Padahal ianya hanyalah mengalih perhatian umat Islam yg sudah semestinya yakindgn Al-Qur’an ke arah gerakan kamu. Umat Islam akan tertipu kerana sebenarnya yg kamu org agung agungkan bukanlah Kalamullah..tetapi AKAL kamu sendiri. Buktinya ada di atas, tu dalam ayat kamu.
Samb..
Kerana dari akal itulah manusia dapat Kalam Allah, sebab itu kami guna akal.
Apakah Nabi Muhammad dapat Quran tanpa menggunakan akal? Betapa sempitnya fikiran kaum yang menurut amalan bapak-bapak mereka itu sampaikan mereka tidak nampak wahyu Quran itu sendiri sampai pada akal Rasulullah. Oleh kerana wahyu itu tercapai pada akal Rasulullah, maka setiap perbuatan baginda ada ertinya untuk kebaikan diri baginda sendiri. Atas daasrkan kasih sayang sesama manusia, baginda sampaikan kebaikan yang baginda lihat pada diri sendiri untuk pedoman manusia lain. Hendak ikut, ikutlah, taknak ikut pun, baginda tidak rugi apa-apa. Sebab itu ada ayat Quran yang sebut tiada paksaan dalam agama, kerana agama ini hak setiap individu.
Jika kami tidak ikut Quran, sudah pasti kata-kata kami mudah dipatahkan tanpa perlu memfitnah kami. Hanya golongan kafir sahaja guna cara memfitnah dalam berhujah. Seperti mereka fitnah seseorang Rasul itu dengan mengatakan Rasul itu tukang sihir dan sebagainya.
Jika seseorang manusia itu membaca Al Quran dengan membuat penilaian berdasarkan bukti-bukti yang realiti, pasti mereka akan nampak apa yang kami sampaikan itu sama maksudnya dengan Al Quran biarpun kami guna bahasa Melayu seperti mana Nabi Muhammad guna bahasa Arab untuk membenarkan Taurat, Injil dan kitab-kitab sebelumnya yang terdiri dari pelbagai bahasa.
Golongan yang sempit otaknya hanya nampak Al Quran itu dalam bahasa Arabnya. Sedangkan bagi golongan beriman, isi kandung Quran yang mudah dibenarkan dengan guna akal itulah lebih bernilai.
Kami mengajak manusia mentauhidkan Allah semata-mata, sebab itulah kami tidak menyembah nama Nabi Muhammad dalam sesuatu riwayat, sebab golongan tak guna akal itu sendiri bawakan ayat Quran yang mengatakan Nabi Muhammad tidak mampu berikan petunjuk.
Siapa yang mampu berikan petunjuk? Allah Maha Berkuasa.
Sebab itu kami bergantung kepada Allah semata-mata untuk memberikan petunjuk kepada kami untuk memahami ayat-ayatNya. Dan petunjuk Allah hanya difahami oleh golongan yang guna akal. Sebab itu Nabi Muhammad sendiri sampaikan seruan guna akal. Jika baginda dapat Quran tanpa guna akal, takkanlah baginda nak sampaikan seruan guna akal? Nanti jadi cakap tak serupa bikin pula.
Anda boleh buat apa sahaja kesimpulan terhadap kami, namun Allah Maha Melihat golongan mana berkata-kata berdasarkan bukti yang real dan golongan mana yang berdusta akibat taksub pada riwayat, atas alasan itulah sabdaan Nabi.
Apakah mereka tidak terfikir, sedangkan Nabi Muhammad pun tak taksub riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan ajaran Injil, apakah patut manusia itu taksub riwayat hadis atas alasan nak ikut Quran? Sebenarnya mereka hanya mengikut persangkaan b***h mereka sendiri sahaja.
Begitulah Allah hina kaum yang tak guna akal itu sehingga mudah kita lihat pegangan mereka sudah jauh daripada pegangan seseorang Rasul. Nabi Muhammad tidak berakidah pada riwayat hadis Nabi Isa yang masih wujud dalam Bible sekarang itu, ada pula puak menurut amalan nenek moyang berakidah pada riwayat hadis Nabi Muhammad.
Apakah mereka tidak berfikir sedalam-dalamnya? Ataukah akal mereka sudah mandul akibat menurut kata-kata tok guru mereka selama ini?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
abu_muaz wrote:Samb..
Dan kamu mengengkari Ayat perintah ALLAH bilamana kamu tak mahu ikut Hadith Nabi sedangkan Sabdaan beliau juga adalah perintah dari ALLAH (wahyu).
Kami ikut hadis iaitu ayat-ayat Allah dan keterangan-keteranganNya (Al Quran) yang mudah difahami jika guna logik akal.
Tetapi kami tidak ikut riwayat yang kononnya Nabi Muhammad bersabda demikian tanpa mereka buktikan dibawakan apa rasionalnya seseorang Rasul berkata sedemikian.
Umpamanya ada golongan guna riwayat hadis yang kononnya Nabi Muhammad menyuruh solat seperti baginda solat. Kerana riwayat ini, mereka pun terkial-kial nak tiru sebijik-sebijik gerak-laku Rasulullah dalam solat. Mereka buat dakwaan, kalau berbeza, nanti solat itu tak sah. Padahal sah tak saha solat itu tidak pun disebutkan dalam Quran. Mereka menokok tambah hukum yang Quran tidak tetapkan.
Mereka tidak sedar, pegangan mereka itu sudah bercanggah dengan ayat Quran yang menegur orang-orang kafir beragama jangan menurut amalan nenek moyang. Sebab suatu hari nanti, baginda juga akan jadi nenek moyang kepada manusia akan datang. Jika baginda suruh turut amalan baginda sebijik-sebijik, apa bezanya dengan golongan kafir terdahulu menurut amalan nenek moyang mereka atas alasan rasul-rasul terdahulu yang suruh? Inilah percanggahan yang nyata.
Allah perlihatkan secara realiti bagaimana keadaan kaum kafir terdahulu masih wujud di zaman sekarang iaitu mereka beragama main pakai turut atas alasan riwayat seseorang Rasul. Padahal jika dikaji dalam kitab yang asal, banyak percanggahan yang berlaku terhadap pegangan akidah mereka itu.
Tidak terfikirkah mereka kenapa Nabi Muhammad sendiri tidak ikut riwayat hadis Nabi Isa dalam membenarkan Injil? Jika mereka kata Nabi Muhammad ikut riwayat hadis Nabi Isa, sudah pasti Nabi Muhamamd itu seorang Kristian yang mencampur-adukkan pegangan mereka di antara Injil dan riwayat-riwayat Nabi Isa.
Keadaan inilah yang menyebabkan golongan beriman kepada Allah hanya guna Quran, dan biarlah Allah yang ajar kefahaman Quran itu kepada mereka. Dan nak belajar dengan Allah, mestilah guna akal. Mana ada orang belajar tanpa guna akal?
Jika apa yang tersampai kepada akal kami itu dusta, pasti mereka mampu buktikan ia tidak benar tanpa perlu memfitnah kami seperti mana golongan kafir terdahulu memfitnah para Rasul mereka....
Sebaliknya kamu nak pakai tentang 1+1= 2.
Perumpamaan yang Juang gunakan itu hanya untuk menunjukkan sesuatu kebenaran itu perlu dibuktikan benar berdasarkan bukti-bukti yang wujud, bukannya guna riwayat. Perlukah kita tahu riwayat siapa yang jumpa hukum 1+1=2? Cukuplah kita mampu buktikan 1+1=2 dengan bukit mengira guna jari. Begitulah perumpamaan kita membenarkan Quran denagn bawakan bukti-bukti yang nyata.
Hanya golongan yang tidak guna otak sahaja sampai terkial-kial nak tahu riwayat siapa yang susun surah-surahQuran dengan alasan itulah tanda-tandanya ikut Quran. Cakap pun macam orang tak berfikir sahaja...
Dgn akal kamu tu macam mana kamu nak kenal ALLAH pasal ALLAH itu ghaib dan Tiada Yang MenyerupaiNya. Kamu nak pakai akal semata mata tanpa sandaran Iman dan Wahyu bagaimana? Boleh ke kenal ALLAH?
Masa mula-mula Nabi Ibrahim nak kenal Allah, adakah masa itu baginda bersandarkan Iman dan Wahyu daripa kitab2 terdahulu?
Siapa yang ajaran Nabi Ibrahim sehingga mampu mengenal Allah, walhal mula-mula baginda belum beriman lagi?
Memanglah Allah itu ghaib di mata kasar, tetapi Sifat-sifat Allah itu wujud. Nak kenal Sifat-sifat Allah, kenalah guna akal. Macam juga kita nak kenal sifat besi dan kayu, kenalah guna akal.
Bila kita dah kenal apa sifat besi dan apa sifat kayu, barulah kita tidak tertukar. Barulah kita percaya apa itu besi dan apa itu kayu (beriman).
Perumpamaan inilah menunjukkan untuk kenal Allah, kena guna akal memahami Sifat-sifat apa yang layak kepada Pencipta itu dahulu.
Oleh kerana kami kenal Allah-lah kami bergantung kepada Allah untuk ajar kami memahami Quran dengan guna akal. Takkanlah Allah itu terlalu lemah nak ajar kita sampaikan manusia itu tak guna akal dan menurut riwayat hadis Nabi?
Mereka itu menyembah Allah ke menyembah Nabi? Mereka dah jadi macam penganut Kristian yang menjadikan Nabi Isa sebagai 'anak' Allah. Mereka memuja-muja Nabi Muhammad sampai tahap kena tiru zahir perbuatan Rasulullah itu. Padahal isi dalam diri Rasulullah tidak pun mereka contohi. Sebab itu mereka tidak takut memfitnah seseorang individu setiap kali kalah berhujah....
Imbas kembali
وَإِذَا
يُتۡلَىٰ عَلَيۡہِمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِهِۦۤ إِنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّنَآ
إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلِهِۦ مُسۡلِمِينَ
4: سورة النجم
Terjemahannya..
Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya
Nak imbas kembali juga;
Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan hadis manakah lagi mereka akan beriman sesudah Allah dan keterangan-keterangan-Nya. (Al Jaatsiyah: 6)
Di tambah lagi Nabi Muhammad pun tak ikut riwayat hadis Nabi Isa seperti golongan penyembah salib itu lakukan, begitulah kami hanya berpegang kepada ayat-ayat Allah, tidak seperti penyembah Nabi Muhammad itu lakukan.
Bagi kami, Nabi Muhammad itu contoh manusia yang menggunakan akal dan bergantung kepada Allah semata-mata, bukannya manusia yang menurut riwayat Nabi-nabi terdahulu sebelum baginda.
Dan ciri-ciri ayat-ayat Allah adalah ia mampu dibuktikan benar guna apa yang realitinya wujud, bukannya bergantung pada nama orang yang meriwayatkan.
Sebab itulah biarpun Al Quran itu dilafazkan oleh Nabi Muhammad dan dicatatkan, kita tidak perlu tahu siapa nama sahabat yang mencatatkan ayat-ayat Allah itu. Sebab Allah sudah jamin terpeliharanya Quran kerana adanya bukti-bukti yang mudah difikirkan oleh akal yang waras. Tetapi tiada jaminan sebegini pada riwayat.
Orang yang waras akalnya, sudah pasti berpegang sesuatu yang terpelihara. Terpeliharanya Quran kerana ayat-ayatnya tetap logik zaman berzaman. Sedangkan sesuatu riwayat hanya bersandarkan nama-nama orang yang meriwayatkan. Sebab itu wujud kata-kata seperti "Dari si polan bin si polan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda, bla..bla...bla.."
Jika sesuatu kata-kata itu benar-benar diucapkan oleh seorang Rasul, tidak perlu pun diletakkan siapa nama periwayatnya, seperti mana Al Quran yang diucapkan oleh Rasul itu tidak memerlukan siapa pencatatnya.
Kita lihat golongan penyembah riwayat hadis tidak mampu buktikan kebenaran sesuatu riwayat hadis itu berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Ingatlah, Rasulullah tidak bercakap ikut nafsu. Sudah pasti ikul logik akal. Apa jua dakwaan sesuatu kata-kata itu dari seseorang Rasul, kita kena pastikan ada tak bukti-bukti yang nyata dahulu, bukannya terus percaya membuta-tuli.
Jika ajaran Islam itu sama sahaja menyuruh membuta-tuli, apa bezanya Islam dengan agama-agama lain? Ingatlah, Islam yang tulen itu sahaja yang Allah redha.
Kalau nak guna sesuatu riwayat pun, bawakanlah bukti-bukti yang nyata menunjukkan kebenaran sesuatu riwayat, bukan main turut sebab adanya nama nabi. Nanti jadi golongan penyembah Nabi Muhammad pulak seperti mana kaum Nasrani dahulu menyembah Nabi Isa.
Ingatlah, Nabi Muhamamd tidak berkuasa beri petunjuk kepada orang lain. Hanya Allah sahaja Maha Berkuasa. Sebab itu kami bergantung kepada Allah sahaja yang mengajar melalui akal. Takkanlah Allah nak ajar manusia melalui nafsu?
Nafsu itulah yang menyebabkan ada manusia jadi peyembah nama Muhammad. Asalkan datang kata-kata atas nama Nabi Muhammad, terus mereka percaya membuta-tuli tanpa mampu bawakan bukti-bukti yang realistik...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Dah buat balik.. Saya perlukan bukti atas kata kata kamu ni. Saya tak perlukan pendapat akal kamu semata mata. Akal kamu tak laku dalam perbincangan ini. Ianya mesti bersandarkan kepada wahyu.
Wahyu mana yang kata sesuatu perbincangan tertolak kalau guna akal sahaja? Cheh! sendiri cakap pun tak ikut wahyu sampai berhukum sesuatu yang tak masuk akal, ada hati nak suruh orang lain guna wahyu.
Bukankah apa yang datang dari logik yang tercapai oleh akal itu hakikatnya datangnya daripada Allah? Kelogikan hukum 1+1=2 juga datang dari Allah biarpun ahli matematik terdahulu yang menjumpainya. Dan perlukan kita tahu riwayat siapa ahli matematik itu untuk kita membenarkan hukum 1+1=2?
Golongan tak guna akal, mereka tak faham perumpamaan hukum 1+1=2 yang selalu kami bawakan dalam tulisan-tulisan kami. Ini menunjukkan tahap akal mereka sudah rendah akibat cara hidup mereka serupa atau lebih hina daripada binatang ternak.
Sebab itulah golongan kafir itu cukup takut diajak berbicara guna akal. Sebab apa? Sebab kata-kata mereka mudah dipatahkan sehingga mereka panas hati seterusnya keluarlah kata-kata fitnah terhadap seseorang individu....
Satu tuduhan jahat TANPA BUKTI kononnya mudah mudah sandarkan pada nama baginda saw. Kamu ada belajar mustholah hadith? Senang senang kamu kata begitu seolahnya kamu menuduh para muhaddithin tu suka suki je tulis hadith tanpa sandaran dan disiplin ilmu yg tertentu?
Kalau tuduhan itu dusta, patahkanlah dengan bukti-bukti yang nyata? Sekadar cakap jahat, apa yang jahatnya?
Orang kafir dahulu kata Rasul mereka tukang sihir, tetapi mereka tak bagi bukti pun apa yang sihir dari kata-kata Rasul tersebut. Anda ni macam nak tiru ciri-ciri orang kafir sahaja?
Golongan beriman mencontohi ciri-ciri akhlak Rasulullah, bukan perlakuan zahir baginda semata-mata. Tetapi golongan kafir tiru perlakuan zahir Rasulullah, tetapi dari segi ciri-ciri dalaman mereka sama macam orang-orang kafir terdahulu. Seolah-olah mereka berpesan-pesan antara satu sama lain.
Bukahkah golongan kafir terdahulu pun ikut amalan nenek moyang mereka kerana pada anggapkan mereka nenek moyang mereka itu benar?
Dan untuk memberi amaran kepada orang-orang yang berkata, "Allah mengambil kepada-Nya seorang anak." Mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan melainkan dusta. (Al Kahfi: 4~5)
Golongan yang menyembah nama Nabi Muhammad dengan beranggapan riwayat hadis adalah benar dan perlu ditaati membuta-tuli seolah-olah Nabi Muhammad itu anak Allah, samalah perangainya macam ayat Quran di atas. Mereka jadikan alasan apa yang para pengkaji riwayat hadis terdahulu lakukan sebagai bukti kesahihan.
Tetapi mereka tidak tahu apa yang ada dalam hati para pengkaji riwayat hadis itu sama ada mereka jadikan riwayat hadis itu sebagai penentu kebenaran Quran atau setakat belajar sejarah seorang Rasulullah sahaja.
Ingatlah, urusan akidah hanya Allah yang tahu. Jangan ikut apa yang dikatakan orang terdahulu melakukannya, sedangkan kita tidak tahu apa erti perbuatan mereka itu.
Sebab itulah golongan beriman hanya bergantung kepada Allah sahaja, bukannya pada apa yang manusia terdahulu lakukan. Jika Islam pun agama yang suruh ikut sahaja apa yang orang dahulu lakukan, apa bezanya Islam dengan agama yang menurut amalan nenek moyang itu?...
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Kamu kata kamu tak terima perkhabaran walaupun dari Rasul dan kamu akan selidiki dulu dgn buktibukti yg ada di dunia ni? Apa makna taat?
Kami hanya taat pada sesuatu yang benar. Sebab segala yang benar itu datangnya daripada Allah. Itulah cara kami taat kepada Allah.
Dan untuk membuktikan sesuatu itu benar atau tidak, kami guna akal untuk mencari bukti-bukti yang nyata. Itu cara kami taat kepada Rasul sebab mereka pun tak guna riwayat secara membuta-tuli. Kalau guna riwayat itu tanda taat kepada Rasul, sudah pasti Nabi Muhammad taat pada riwayat hadis Nabi Isa sehingga baginda jadi penyembah salib. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Sebelum Al Quran dibukukan, pada kitab mana Rasulullah taat? Bukankah baginda taat pada logik-logik yang dicapai oleh akalnya sendiri?
Kalau Nabi Muhammad taat kepada kebenaran Injil dengan cara mentaati riwayat hadis Nabi Isa, sudah pasti baginda menjadi penyembah salib. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Sebab kami tidak mahu jadi penyembah selain Allah-lah, kami guna akal untuk mentaati segala yang dibuktikan benar. Bukannya simply-simply ikut sesuatu riwayat, kononnya sebab datangnya dari seseorang Rasul. Kemudian percaya membuta-tuli. Nabi Muhammad pun tak menurut riwayat hadis Nabi Isa yang berlonggok dalam Bible itu. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Kamu baca ayat ayat di bawah ini nanti tentang perintah ALLAH untuk taat kepada rasul...
Kalau taat pada Allah itu maksudnya adalah dengan cara menurut membuta-tuli sesuatu riwayat hadis para Rasul terdahulu, sudah pasti Nabi Muhammad menurut sahaja riwayat hadis Nabi Isa sehingga jadilah baginda penyembah salib. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Tetapi kenapa baginda tetap taat pada Allah, biarpun tidak ikut riwayat hadis Nabi Isa? Di mata kaum Nasrani, mereka pelik macam mana Nabi Muhammad membenarkan Injil jika riwayat hadis Nabi Isa tidak baginda ikuti? Apa sumber lain yang baginda guna nak membenarkan Injil, jika tidak guna akal?
Begitulah kami tetap taat kepada Allah, tanpa bergantung kepada riwayat hadis Nabi Muhammad. Kami mencontohi apa yang Nabi Muhammad lakukan dahulu.
Sebab itu, dalam belajar Quran, selami apa yang Nabi Muhammad alami di mana ketika itu mula-mula berdakwah dulu iaitu baginda membenarkan kitab para Rasul terdahulu hanya guna petunjuk Allah melalui akal baginda. Takkanlah petunjuk Allah itu sampai melalui nafsu baginda?
Dalam diri manusia ini, ada akal dan nafsu. Kalau tak guna akal, sudah pasti mereka bercakap menurut nafsu.
Sebab itu mereka tolak berbincang guna akal atas alasan nak ikut wahyu. Padahal apa yang mereka tetapkan itu (perbincangan tidak boleh guna akal) itu pun mereka tidak bawakan bukti berbentuk wahyu. Mereka cakap tak serupa bikin!
Begitulah Allah mematahkan kata-kata kaum yang tidak menggunakan akal. Pasti mereka pengecut nak buktikan kebenaran guna akal sampai buat ketetapan tolak akal dalam perbincangan. Sedangkan tiada wahyu pun menetapkan tidak boleh berbincang guna akal sahaja. Itulah golongan pengecut nak buktikan kebenaran sebab mereka tahu tahap akal mereka jauh lebih rendah akibat beragama seperti binatang ternak.
Kalau kamu rajin, cari lagi dalam Al-Qur'an kerana ada banyak lagi ayat perintah supaya taat kepada Rasul.
Ya memang diakui dalam Quran ada ayat perintah taat pada Rasul. Tetapi tiada ayat perintah taat kepada riwayat hadis Rasul-rasul terdahulu.
Jika ada ayat Quran yang perintah taat pada riwayat hadis terdahulu, Nabi Muhammad-lah orang yang pertama taat kepada riwayat Nabi Isa sehingga baginda menjadi penyembah salib, sebab ayat Quran itu sampai kepada baginda dahulu. Tidakkah manusia itu memikirkan?
1. Buktikan dari sumber wahyu ALLAH kata Dia yang akan ajar Manusia sendiri (langsung) sebab Al-Qur’an itu datang dariNya.
Dalil naqli:
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al 'Alaq: 5)
Dalil aqli:
Seorang bayi mampu mencari jalan keluar dari rahim ibunya untuk dilahirkan tanpa perlunya ada seorang Rasul dalam rahim itu. Siapa yang ajar bayi tersebut? Begitulah tanda-tanda Kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
Walaupun anda tidak mampu buktikan bersumberkan wahyu bahawa menggunakan akal tidak laku dalam sesuatu perbincangan, kami mampu bawakan bukti apa yang anda minta (naqli dan aqli). Sekarang, siapa golongan yang bercakap tanpa bukti?
Dan kami sedang tunggu mana wahyu yang kata tidak laku akal seseorang manusia dalam sesuatu perbincangan. Allah Maha Mengetahui siapa golongan pendusta ini...
2. Buktikan juga dgn mentaati Rasul (ikut hadith shohih) maka umat islam sudah tidak bergantung kpd ALLAH untuk memahami Qur’an.
Anda tidak pun bawakan bukti bersumberkan wahyu, ayat Quran mana kata mentaati Rasul itu adalah dengan cara menurut riwayat hadis. Sebab sudah ada ayat Quran bermaksud, hadis mana lagi nak beriman selain Allah dan keterangan-keteranganNya? Dengan kata lain, bagi anda Quran tidak cukup terang, sampai tahap mencari riwayat.
Nabi Muhammad pun tak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan Injil. Apakah anda tidak terfikir bahawa golongan Nasrani anggap riwayat hadis Nabi Isa itu adalah sahih disebabkan atas nama para sahabat Nabi Isa? Apakah anda tidak terfikir bahawa sebelum Nabi Muhammad lahir sudah ada para pengkaji riwayat hadis Nabi Isa sehingga mereka kumpulkan bersama-sama Injil? Tetapi kenapa Nabi Muhammad tetap tak guna riwayat-riwayat tersebut melainkan bergantung kepada Allah semata-mata dalam membenarkan kitab-kitab terdahulu? Orang yang guna akal pasti tahu jawapannya.
Jika benar anda bergantung kepada Allah semata-mata dalam memahami Quran, sudah pasti tanpa guna riwayat hadis (seperti mana Nabi Muhammad tidak guna riwayat hadis Nabi Isa) pun anda sudah boleh nampak terang sesuatu ayat-ayat Allah.
Bukti yang anda minta itu hakikatnya ada pada diri anda sendiri...
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Macam ilmu songsang aja ni...macam bayi lahir songsang tak jumpa jalan keluar...beribadat menggunakan akal semata2 tanpa berlandaskan Quran dan Hadis itu ciri2 orang yang zindiq... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Masyarakat Nasrani terdahulu beragama secara songsang dari ajaran Injil yang sebenar akibat guna riwayat hadis Nabi Isa, sampai tahap menjadikan baginda anak Allah.
Sekarang akidah sonsang begitu sudah wujud dalam umat Islam yang mengambil riwayat hadis kerana beranggapan kebenaran itu kerana nama Rasulullah, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata.
Sebab itulah kata-kata mereka amat mudah dipatahkan dengan bawakan logik sahaja.
Mereka sedar Nabi Muhammad pun tidak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan kitab Injil, tetapi mereka mengambil cara yang songsang daripada pegangan Nabi Muhammad iaitu dengan mengambil riwayat hadis Nabi Muhammad untuk membenarkan Al Quran.
Sedangkan kebenaran ayat-ayat Allah itu terletak pada bukti-bukti yang nyata, bukan pada nama Rasulullah.
Sebab itu apabila dicabar bawakan bukti-bukti yang nyata, mereka tidak mampu.
Mereka jadikan alasan sesuatu perbincangan tidak boleh guna akal, tetapi kena guna wahyu, sebab akal tidak laku. Apabila ditanya wahyu mana yang kata akal tidak laku dalam perbincangan, mereka pun terdiam.
Begitulah Allah kalahkan kaum yang berdusta akibat tidak beragama guna akal...
Sekarang akidah sonsang begitu sudah wujud dalam umat Islam yang mengambil riwayat hadis kerana beranggapan kebenaran itu kerana nama Rasulullah, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata.
Sebab itulah kata-kata mereka amat mudah dipatahkan dengan bawakan logik sahaja.
Mereka sedar Nabi Muhammad pun tidak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan kitab Injil, tetapi mereka mengambil cara yang songsang daripada pegangan Nabi Muhammad iaitu dengan mengambil riwayat hadis Nabi Muhammad untuk membenarkan Al Quran.
Sedangkan kebenaran ayat-ayat Allah itu terletak pada bukti-bukti yang nyata, bukan pada nama Rasulullah.
Sebab itu apabila dicabar bawakan bukti-bukti yang nyata, mereka tidak mampu.
Mereka jadikan alasan sesuatu perbincangan tidak boleh guna akal, tetapi kena guna wahyu, sebab akal tidak laku. Apabila ditanya wahyu mana yang kata akal tidak laku dalam perbincangan, mereka pun terdiam.
Begitulah Allah kalahkan kaum yang berdusta akibat tidak beragama guna akal...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
jika begitu, adakah cara berzikir dan berdoa selepas sembahyang di tulis didalam Al-Quran??
bagaimanakah kita hendak berdoa sedangkan hati menolak kekasih ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W?
bagaimanakah kita hendak berdoa sedangkan hati menolak kekasih ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W?
Espionage- Pensyarah
- Number of posts: 743
Location: Selangor
State:
Reputation: 0
Credits: 1565
Registration date: 2008-04-19
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
ALLAH ajar bayi utk cari jln keluar sendiri?
mm...anak kwn sy belum pun merangkak, tapi skrg ni suka sgt jilat lantai..ALLAH kah yang mengajarnya?
Kalian kata, kalian berani sbb gunakan akal untuk mentafsir al-Quran. tapi kenapa buat kelas sembunyi-sembunyi?
kenapa tak anjurkan debat atau muzakarah terbuka dengan JAKIM?
dan saya hairan, bagaimana seorang paderi kristian dikatakan beriman dan as panji gumilang benarkannya berdoa dlm masjid rahmatan lil alamin di maahad al-zaytun?
iaitu tempat di mana kalian pergi utk M2.
saya baca di sini buktinya :
http://suarajagat.wordpress.com/2009/03/12/pendeta-kristian-berdoa-dalam-masjid-rahmatan-lil-alamin/
dan
http://tokohindonesia.com/ensiklopedi/a/abdussalam-panji-gumilang/mti-15/index2.sht

pendekar- Siswa-Siswi
- Number of posts: 53
Reputation: 0
Credits: 1183
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Orang yang berakal masih lagi memiliki hawa nafsu...bahaya kalau tak muhasabah diri sendiri.... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Espionage wrote:jika begitu, adakah cara berzikir dan berdoa selepas sembahyang di tulis didalam Al-Quran??
bagaimanakah kita hendak berdoa sedangkan hati menolak kekasih ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W?
Apabila manusia itu sudah menggunakan akal, dia sudah ikut suruhan Quran. Jika ikut suruhan Quran, apakah itu dinamakan menolak Nabi Muhammad? Cuba renung dalam-dalam sikit.
Doa merupakan pengharapan makhluk kepada Penciptanya. Kita doa dalam hati pun Allah Maha Mengetahui. Jadi, bukanlah suatu yang susah nak berdoa itu bukan? Yang penting masa kita berdoa kepada Allah, tunjukkan kesungguhan kita bergantung kepada Dia.
Jika sekadar perbuatan zahir untuk cara berdoa itu kita dakwa mengikut cara Rasulullah, tetapi dalam hati tidak pun bergantung kepada Dia, macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
pendekar wrote:ALLAH ajar bayi utk cari jln keluar sendiri?
Ya, sebab tidak pernah ada seorang Rasul pun masuk dalam rahim seseorang ibu yang nak bersalin itu untuk ajar bayi itu keluar. So kalau bukan Allah, siapa lagi yang ajar bayi tu kan?
mm...anak kwn sy belum pun merangkak, tapi skrg ni suka sgt jilat lantai..ALLAH kah yang mengajarnya?
Ibubapa yang mencorak anak-anak. Tidak semua bayi suka jilat lantai sebab menjilat lantai itu bukan fitrah seorang bayi. Fitrah seorang bayi adalah seperti menangis, mencari puting susu ibu dan perkara-perkara normal sebagai seorang manusia. Itu baru boleh dikatakan Allah yang ajar. Takkan Allah nak ajar sesuatu yang memudaratkan.
Kalau kita fikir logik pun, takkanlah Allah cipta manusia itu untuk menjilat lantai?

Jadi ibubapa bayi itu kenalah muhasabah diri apakah perbuatan-perbuatan mereka selama ini ada unsur-unsur yang mencorak anaknya sehingga suka menjilat lantai. Umpamanya jika manusia itu suka 'menjilat boss' dia untuk mengampu cepat naik pangkat, tidak mustahil Allah jadikan anaknya begitu (suka menjilat juga) agar ibubapa itu tersedar kesilapannya selama ini. Tetapi tidaklah dikatakan di sini asal sahaja ada bayi suka jilat lantai, mak-bapak bayi itu kaki penjilat. Ini cuma contoh untuk mengajak manusia suka muhasabah diri. Orang yang suka muhasabah diri sahaja yang mudah dapat petunjuk Allah.
Bila Allah takdirkan sesuatu yang pelik berbanding fitrah atau kebiasaan, itu menunjukkan ada tanda-tanda peringatan Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Kalian kata, kalian berani sbb gunakan akal untuk mentafsir al-Quran. tapi kenapa buat kelas sembunyi-sembunyi? kenapa tak anjurkan debat atau muzakarah terbuka dengan JAKIM?
Apa sembunyinya? Yang penting dalam perbincangan bukan orangnya, tetapi maklumat yang disampaikan.
Dalam surah Al Ashr pun just sebut golongan yang untung adalah golongan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Tidak pun dikatakan golongan yang untung itu adalah golongan yang berdebat dengan JAKIM?
Sebab bagi kami, berani itu adalah berani membuktikan kebenaran berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Kami sudah sampaikan di medan terbuka sebegitu (yang tiada pihak memadam tulisan yang mereka tak suka).
Kenapa Nabi Muhammad tidak pergi ke Rom (pusat golongan Nasrani) dahulu untuk berdebat membuktikan baginda membenarkan Injil? Adakah baginda pengecut?
Jika di alam cyber yang kita tidak kenal siapa di sebalik nick dan tulisan-tulisan kita tercatat (manusia itu boleh baca berulang-kali untuk memahami) pun manusia itu tidak mampu tunjukkan di mana dusta kata-kata kami, so apalah erti perjumpaan? Sebab bila berjumpa, kata-kata yang diucapkan tidak dapat diulang-kaji semula, sedangkan di forum sebegini, tulisan kita kekal lama.
Kita berbincang bukan untuk bertekak, tetapi menunjukkan bukti-bukti yang nyata. Di forum pun boleh. Bukankah Allah sudah meluaskan rahmatnya agar sesuatu maklumat mudah disampaikan di hujung jari. Kita berdakwah ikut peredaran zaman. Zaman IT...
dan saya hairan, bagaimana seorang paderi kristian dikatakan beriman dan as panji gumilang benarkannya berdoa dlm masjid rahmatan lil alamin di maahad al-zaytun?
iaitu tempat di mana kalian pergi utk M2.
saya baca di sini buktinya :
http://suarajagat.wordpress.com/2009/03/12/pendeta-kristian-berdoa-dalam-masjid-rahmatan-lil-alamin/
dan
http://tokohindonesia.com/ensiklopedi/a/abdussalam-panji-gumilang/mti-15/index2.sht
Maaf, saya tidak tahu siapa mereka, sebab saya beragama ikut petunjuk Allah, bukan ikut orang.
Pasal keimanan paderi itu Allah yang lebih mengetahui. Apakah layak kita sebagai manusia nak pertikaikan urusan iman orang lain?
Yang penting, ciri-ciri manusia beriman adalah berkata benar berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Jika cakap sahaja beriman, tetapi kata-kata penuh dusta dan mudah dibuktikan bercanggah dengan hukum dan ketetapan Allah, apakah itu ciri-ciri golongan beriman?
Last edited by Adli on Sat Apr 25, 2009 6:37 pm; edited 1 time in total

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Adli wrote:Espionage wrote:jika begitu, adakah cara berzikir dan berdoa selepas sembahyang di tulis didalam Al-Quran??
bagaimanakah kita hendak berdoa sedangkan hati menolak kekasih ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W?
Apabila manusia itu sudah menggunakan akal, dia sudah ikut suruhan Quran. Jika ikut suruhan Quran, apakah itu dinamakan menolak Nabi Muhammad? Cuba renung dalam-dalam sikit.
Doa merupakan pengharapan makhluk kepada Penciptanya. Kita doa dalam hati pun Allah Maha Mengetahui. Jadi, bukanlah suatu yang susah nak berdoa itu bukan? Yang penting masa kita berdoa kepada Allah, tunjukkan kesungguhan kita bergantung kepada Dia.
Jika sekadar perbuatan zahir untuk cara berdoa itu kita dakwa mengikut cara Rasulullah, tetapi dalam hati tidak pun bergantung kepada Dia, macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
| Quote: |
Apabila manusia itu sudah menggunakan akal, dia sudah ikut suruhan Quran. Jika ikut suruhan Quran, apakah itu dinamakan menolak Nabi Muhammad? Cuba renung dalam-dalam sikit. |
Adakah Qur'an suruh dirikan solat fardhu hanya 3 kali sahaja sehari semalam?
Kenapa tak pergi tanya mereka di Masjidil Haram itu kenapa solat mereka 5 kali sehari semalam?
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Adli wrote:pendekar wrote:ALLAH ajar bayi utk cari jln keluar sendiri?
Ya, sebab tidak pernah ada seorang Rasul pun masuk dalam rahim seseorang ibu yang nak bersalin itu untuk ajar bayi itu keluar. So kalau bukan Allah, siapa lagi yang ajar bayi tu kan?mm...anak kwn sy belum pun merangkak, tapi skrg ni suka sgt jilat lantai..ALLAH kah yang mengajarnya?
Ibubapa yang mencorak anak-anak. Tidak semua bayi suka jilat lantai sebab menjilat lantai itu bukan fitrah seorang bayi. Fitrah seorang bayi adalah seperti menangis, mencari puting susu ibu dan perkara-perkara normal sebagai seorang manusia. Itu baru boleh dikatakan Allah yang ajar. Takkan Allah nak ajar sesuatu yang memudaratkan.
Kalau kita fikir logik pun, takkanlah Allah cipta manusia itu untuk menjilat lantai?
Jadi ibubapa bayi itu kenalah muhasabah diri apakah perbuatan-perbuatan mereka selama ini ada unsur-unsur yang mencorak anaknya sehingga suka menjilat lantai. Umpamanya jika manusia itu suka 'menjilat boss' dia untuk mengampu cepat naik pangkat, tidak mustahil Allah jadikan anaknya begitu (suka menjilat juga) agar ibubapa itu tersedar kesilapannya selama ini. Tetapi tidaklah dikatakan di sini asal sahaja ada bayi suka jilat lantai, mak-bapak bayi itu kaki penjilat. Ini cuma contoh untuk mengajak manusia suka muhasabah diri. Orang yang suka muhasabah diri sahaja yang mudah dapat petunjuk Allah.
Bila Allah takdirkan sesuatu yang pelik berbanding fitrah atau kebiasaan, itu menunjukkan ada tanda-tanda peringatan Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir.Kalian kata, kalian berani sbb gunakan akal untuk mentafsir al-Quran. tapi kenapa buat kelas sembunyi-sembunyi? kenapa tak anjurkan debat atau muzakarah terbuka dengan JAKIM?
Apa sembunyinya? Yang penting dalam perbincangan bukan orangnya, tetapi maklumat yang disampaikan.
Dalam surah Al Ashr pun just sebut golongan yang untung adalah golongan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Tidak pun dikatakan golongan yang untung itu adalah golongan yang berdebat dengan JAKIM?
Sebab bagi kami, berani itu adalah berani membuktikan kebenaran berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Kami sudah sampaikan di medan terbuka sebegitu (yang tiada pihak memadam tulisan yang mereka tak suka).
Kenapa Nabi Muhammad tidak pergi ke Rom (pusat golongan Nasrani) dahulu untuk berdebat membuktikan baginda membenarkan Injil? Adakah baginda pengecut?
dan saya hairan, bagaimana seorang paderi kristian dikatakan beriman dan as panji gumilang benarkannya berdoa dlm masjid rahmatan lil alamin di maahad al-zaytun?
iaitu tempat di mana kalian pergi utk M2.
saya baca di sini buktinya :
http://suarajagat.wordpress.com/2009/03/12/pendeta-kristian-berdoa-dalam-masjid-rahmatan-lil-alamin/
dan
http://tokohindonesia.com/ensiklopedi/a/abdussalam-panji-gumilang/mti-15/index2.sht
Maaf, saya tidak tahu siapa mereka, sebab saya beragama ikut petunjuk Allah, bukan ikut orang.
Pasal keimanan paderi itu Allah yang lebih mengetahui. Apakah layak kita sebagai manusia nak pertikaikan urusan iman orang lain?
Yang penting, ciri-ciri manusia beriman adalah berkata benar berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Jika cakap sahaja beriman, tetapi kata-kata penuh dusta dan mudah dibuktikan bercanggah dengan hukum dan ketetapan Allah, apakah itu ciri-ciri golongan beriman?
Maaf, saya tidak tahu siapa mereka, sebab saya beragama ikut petunjuk Allah, bukan ikut orang.
Bukan ikut orang?
Othman Ali itu, bukan orang ke?
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Adli wrote:Masyarakat Nasrani terdahulu beragama secara songsang dari ajaran Injil yang sebenar akibat guna riwayat hadis Nabi Isa, sampai tahap menjadikan baginda anak Allah.
Sekarang akidah sonsang begitu sudah wujud dalam umat Islam yang mengambil riwayat hadis kerana beranggapan kebenaran itu kerana nama Rasulullah, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata.
Sebab itulah kata-kata mereka amat mudah dipatahkan dengan bawakan logik sahaja.
Mereka sedar Nabi Muhammad pun tidak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan kitab Injil, tetapi mereka mengambil cara yang songsang daripada pegangan Nabi Muhammad iaitu dengan mengambil riwayat hadis Nabi Muhammad untuk membenarkan Al Quran.
Sedangkan kebenaran ayat-ayat Allah itu terletak pada bukti-bukti yang nyata, bukan pada nama Rasulullah.
Sebab itu apabila dicabar bawakan bukti-bukti yang nyata, mereka tidak mampu.
Mereka jadikan alasan sesuatu perbincangan tidak boleh guna akal, tetapi kena guna wahyu, sebab akal tidak laku. Apabila ditanya wahyu mana yang kata akal tidak laku dalam perbincangan, mereka pun terdiam.
Begitulah Allah kalahkan kaum yang berdusta akibat tidak beragama guna akal...
Yang tak palsu ialah kata-kata Othman Ali itu saja, kan, kan, kan?
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Adli wrote:Kamu kata kamu tak terima perkhabaran walaupun dari Rasul dan kamu akan selidiki dulu dgn buktibukti yg ada di dunia ni? Apa makna taat?
Kami hanya taat pada sesuatu yang benar. Sebab segala yang benar itu datangnya daripada Allah. Itulah cara kami taat kepada Allah.
Dan untuk membuktikan sesuatu itu benar atau tidak, kami guna akal untuk mencari bukti-bukti yang nyata. Itu cara kami taat kepada Rasul sebab mereka pun tak guna riwayat secara membuta-tuli. Kalau guna riwayat itu tanda taat kepada Rasul, sudah pasti Nabi Muhammad taat pada riwayat hadis Nabi Isa sehingga baginda jadi penyembah salib. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Sebelum Al Quran dibukukan, pada kitab mana Rasulullah taat? Bukankah baginda taat pada logik-logik yang dicapai oleh akalnya sendiri?
Kalau Nabi Muhammad taat kepada kebenaran Injil dengan cara mentaati riwayat hadis Nabi Isa, sudah pasti baginda menjadi penyembah salib. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Sebab kami tidak mahu jadi penyembah selain Allah-lah, kami guna akal untuk mentaati segala yang dibuktikan benar. Bukannya simply-simply ikut sesuatu riwayat, kononnya sebab datangnya dari seseorang Rasul. Kemudian percaya membuta-tuli. Nabi Muhammad pun tak menurut riwayat hadis Nabi Isa yang berlonggok dalam Bible itu. Tidakkah manusia itu memikirkan?Kamu baca ayat ayat di bawah ini nanti tentang perintah ALLAH untuk taat kepada rasul...
Kalau taat pada Allah itu maksudnya adalah dengan cara menurut membuta-tuli sesuatu riwayat hadis para Rasul terdahulu, sudah pasti Nabi Muhammad menurut sahaja riwayat hadis Nabi Isa sehingga jadilah baginda penyembah salib. Tidakkah manusia itu memikirkan?
Tetapi kenapa baginda tetap taat pada Allah, biarpun tidak ikut riwayat hadis Nabi Isa? Di mata kaum Nasrani, mereka pelik macam mana Nabi Muhammad membenarkan Injil jika riwayat hadis Nabi Isa tidak baginda ikuti? Apa sumber lain yang baginda guna nak membenarkan Injil, jika tidak guna akal?
Begitulah kami tetap taat kepada Allah, tanpa bergantung kepada riwayat hadis Nabi Muhammad. Kami mencontohi apa yang Nabi Muhammad lakukan dahulu.
Sebab itu, dalam belajar Quran, selami apa yang Nabi Muhammad alami di mana ketika itu mula-mula berdakwah dulu iaitu baginda membenarkan kitab para Rasul terdahulu hanya guna petunjuk Allah melalui akal baginda. Takkanlah petunjuk Allah itu sampai melalui nafsu baginda?
Dalam diri manusia ini, ada akal dan nafsu. Kalau tak guna akal, sudah pasti mereka bercakap menurut nafsu.
Sebab itu mereka tolak berbincang guna akal atas alasan nak ikut wahyu. Padahal apa yang mereka tetapkan itu (perbincangan tidak boleh guna akal) itu pun mereka tidak bawakan bukti berbentuk wahyu. Mereka cakap tak serupa bikin!
Begitulah Allah mematahkan kata-kata kaum yang tidak menggunakan akal. Pasti mereka pengecut nak buktikan kebenaran guna akal sampai buat ketetapan tolak akal dalam perbincangan. Sedangkan tiada wahyu pun menetapkan tidak boleh berbincang guna akal sahaja. Itulah golongan pengecut nak buktikan kebenaran sebab mereka tahu tahap akal mereka jauh lebih rendah akibat beragama seperti binatang ternak.Kalau kamu rajin, cari lagi dalam Al-Qur'an kerana ada banyak lagi ayat perintah supaya taat kepada Rasul.
Ya memang diakui dalam Quran ada ayat perintah taat pada Rasul. Tetapi tiada ayat perintah taat kepada riwayat hadis Rasul-rasul terdahulu.
Jika ada ayat Quran yang perintah taat pada riwayat hadis terdahulu, Nabi Muhammad-lah orang yang pertama taat kepada riwayat Nabi Isa sehingga baginda menjadi penyembah salib, sebab ayat Quran itu sampai kepada baginda dahulu. Tidakkah manusia itu memikirkan?1. Buktikan dari sumber wahyu ALLAH kata Dia yang akan ajar Manusia sendiri (langsung) sebab Al-Qur’an itu datang dariNya.
Dalil naqli:
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al 'Alaq: 5)
Dalil aqli:
Seorang bayi mampu mencari jalan keluar dari rahim ibunya untuk dilahirkan tanpa perlunya ada seorang Rasul dalam rahim itu. Siapa yang ajar bayi tersebut? Begitulah tanda-tanda Kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
Walaupun anda tidak mampu buktikan bersumberkan wahyu bahawa menggunakan akal tidak laku dalam sesuatu perbincangan, kami mampu bawakan bukti apa yang anda minta (naqli dan aqli). Sekarang, siapa golongan yang bercakap tanpa bukti?
Dan kami sedang tunggu mana wahyu yang kata tidak laku akal seseorang manusia dalam sesuatu perbincangan. Allah Maha Mengetahui siapa golongan pendusta ini...2. Buktikan juga dgn mentaati Rasul (ikut hadith shohih) maka umat islam sudah tidak bergantung kpd ALLAH untuk memahami Qur’an.
Anda tidak pun bawakan bukti bersumberkan wahyu, ayat Quran mana kata mentaati Rasul itu adalah dengan cara menurut riwayat hadis. Sebab sudah ada ayat Quran bermaksud, hadis mana lagi nak beriman selain Allah dan keterangan-keteranganNya? Dengan kata lain, bagi anda Quran tidak cukup terang, sampai tahap mencari riwayat.
Nabi Muhammad pun tak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan Injil. Apakah anda tidak terfikir bahawa golongan Nasrani anggap riwayat hadis Nabi Isa itu adalah sahih disebabkan atas nama para sahabat Nabi Isa? Apakah anda tidak terfikir bahawa sebelum Nabi Muhammad lahir sudah ada para pengkaji riwayat hadis Nabi Isa sehingga mereka kumpulkan bersama-sama Injil? Tetapi kenapa Nabi Muhammad tetap tak guna riwayat-riwayat tersebut melainkan bergantung kepada Allah semata-mata dalam membenarkan kitab-kitab terdahulu? Orang yang guna akal pasti tahu jawapannya.
Jika benar anda bergantung kepada Allah semata-mata dalam memahami Quran, sudah pasti tanpa guna riwayat hadis (seperti mana Nabi Muhammad tidak guna riwayat hadis Nabi Isa) pun anda sudah boleh nampak terang sesuatu ayat-ayat Allah.
Bukti yang anda minta itu hakikatnya ada pada diri anda sendiri...
bersambung...
Kami hanya taat pada sesuatu yang benar. Sebab
segala yang benar itu datangnya daripada Allah. Itulah cara kami taat
kepada Allah.
Manda anda tahu yang anda anggap benar itu dtangnya Drpd. Allah?
Apakah syaitan tidak mampu menipu anda lalu apa yang disampaikan oleh syaiatan itu anda anggap ia datang Drpd Allah?
Siapa yang check anda adalah benar?
Othman Ali yang check ke?
.
Last edited by Teringintahu on Sat Apr 25, 2009 6:49 pm; edited 1 time in total

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Adli wrote:- Al-ahzab:21
قُلۡ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَڪُمُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَنِ
ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَہۡتَدِى لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ
عَلَيۡہَاۖ وَمَآ أَنَا۟ عَلَيۡكُم بِوَڪِيلٍ۬
Terjemahan lebih kurang:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal
(iman atau keingkaran) kamu”. [Yunus 108]
Sebab itulah kami kaji Quran berdasarkan bukti-bukti yang nyata, sebab bukti-bukti yang nyata itu datangnya daripada Allah.
Nabi Muhammad sendiri guna bukti-bukti yang nyata tanpa guna riwayat hadis Nabi Isa. Jika baginda guna riwayat hadis Nabi Isa sudah pasti baginda jadi golongan penyembah salib itu.
So begitulah kami. Kami fahami Quran guna bukti-bukti yang wujud secara realiti di zaman sekarang, sebab apa yang Allah takdirkan di zaman sekarang untuk orang sekarang.
Apakah golongan tak guna akal itu kurang rasa pergantungan mereka kepada Allah sampaikan terkial-kial menurut membuta-tuli sesuatu riwayat? Apakah mereka tidak berfikir bahawa Nabi Muhammad pun tidak ikut riwayat hadis Nabi Isa?
إِنَّكَ
لَا تَہۡدِى مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَہۡدِى مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ
أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Terjemahan lebih kurang:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas ]
Oleh kerana Nabi Muhammad itu tidak berkuasa beri petunjuk kepada manusia, sebab itulah kami bergantung kepada Allah semata-mata untuk menunjuk apa jawapan dalam Al Quran.
Kita nampak golongan yang menurut riwayat hadis Nabi Muhammad itu seolah-olah menjadikan nama Nabi dalam riwayat hadis itu sebagai petunjuk untuk fahami Quran, padahal ayat yang mereka bawakan ini jelas menunjukkan Allah jua yang memberikan petunjuk. Sebab itu mereka main turut sahaja riwayat hadis itu dengan mendakwa itu benar-benar sahih daripada Nabi. Sedangkan seorang Nabi tidak berkata dusta, maka sepatutnya mereka cari bukti-bukti yang nyata dalam sesuatu riwayat itu dahulu, bukannya bersandarkan atas nama Nabi. Kerana bergantung atas nama Nabi itulah menyebabkan riwayat kata-kata palsu atas nama Nabi mudah tersebar dalam masyrakat. Begitulah bahayanya amalan menurut riwayat hadis ini sebab mudah berlaku pergantungan kepada kata-kata palsu.
Dan petunjuk Allah sudah pasti datang ketika guna akal. Takkanlah petunjuk Allah itu sampai ketika manusia itu menurut nafsu? Sebab itulah kami kaji Quran guna akal sebagai tanda kami bergantung kepada Allah semata-mata, bukan pada selainNya macam kaum yang menyembah Nabi Muhammad itu.
Oleh kerana petunjuk Allah itu sampai kepada manusia semasa menggunakan akal, kerana itulah Quran sendiri suruh guna akal. Begitulah ayat Quran tiada percanggahannya, berbanding pegangan golongan yang menurut riwayat itu. Jika ayat-ayat Quran itu datang dari nafsu Nabi Muhammad, sudah pasti kita akan temui percanggahan yang banyak. Tetapi kerana ayat Quran itu datang dari akal baginda, maka Allah bersama-sama orang yang menggunakan akal.
Mereka (golongan tak guna akal) baca ayat Quran yang kata Nabi Muhammad tak berkuasa beri petunjuk, tetapi mereka cari riwayat atas Nabi Muhammad seolah-olah baginda berkuasa memberi petunjuk dan jawapan kepada sesuatu ayat-ayat Allah yang manusia lain tidak fahami. Kenapa mereka tak cari Allah dahulu. Bukankah Allah yang mencipta alam semesta ini?
Hehe...pandai pula mereka bawa ayat Quran, tetapi mereka sendiri tak ikut ayat yang mereka bawakan itu...terperangkap dalam kedustaan sendiri...Maka Rasulullah s.a.w bukan budak penghantar surat
yg hanya menghantar surat tanpa mengetahui isi kandungannya sebagaimana seolahnya yg digambarkan oleh Juang.
Ntah bila masa Juang tu kata Rasulullah itu penghantar surat tanpa memahami. Itulah fitnah yang dilemparkan oleh kaum yang mendustai ayat-ayat Allah kepada insan yang menggunakan akal untuk bergantung kepada Allah semata-mata.
Dengan melemparkan fitnah sedemikian rupa, jelaslah mereka kaum yang kalah dan dihina oleh Allah. Nak tegakkan kebenaran pun guna cara memfitnah? Malangnya mereka yang mendustai agama itu....Kalau begitu buat apa ALLAH sendiri katakan Rasulullah s.a.w. itu ada contoh tauladan yg perlu kita ikuti? (rujuk ayat al-Ahzab:21) Akal kamu tak mungkin mengatasi ayat ayat ALLAH!!
Sebab mencontohi Rasulullah itulah kami guna akal dengan bawakan bukti-bukti yang realiti.
Dan tiada ayat-ayat Allah suruh guna riwayat. Jika ada, sudah pasti masa Nabi Muhamamd hidup, riwayat itu dicatatkan dan baginda periksa kebenarannya agar kesahihan riwayat itu bukan lagi terletak pada nama-nama orang yang meriwayatkan, tetapi berdasarkan bukti-bukti yang nyata.
Kelemahan akal golongan mendustai agama sehingga menjadikan riwayat itu sebagai salah satu sumber kata-kata seorang Rasul, menunjukkan mereka tidak pun contohi Rasul tersebut.
Nabi Muhammad pun tak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan kitab Injil, apa tujuannya kita guna riwayat hadis Nabi Muhammad untuk membenarkan kitab Al Quran? Tidakkah manusia itu berfikir panjang?
bersambung...
Oleh kerana Nabi Muhammad itu tidak berkuasa
beri petunjuk kepada manusia, sebab itulah kami bergantung kepada Allah
semata-mata untuk menunjuk apa jawapan dalam Al Quran.
Memanglah bagi Adli Nabi Muhammad itu tidak berkuasa beri petunjuk; yang berkuasa beri petunjuk hanya Othman Ali saja.
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1234
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Teringintahu wrote:
Adakah Qur'an suruh dirikan solat fardhu hanya 3 kali sahaja sehari semalam?
Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi. (Al Mukminun: 62)
Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, maka dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui. (Al BaqarahL 256)
Sesiapa yang telah dapat petunjuk berdasarkan bukti-bukti yang nyata yang menunjukkan wajib dia bersolat 3 kali sehari, ke atas dirinyalah kewajipan itu. Begitu jugalah sesiapa yang nampak wajib dia bersolat 5 kali sehari kerana dia ada bukti yang nyata, itulah kewajipan atas dirinya.
Ingatlah, Islam bukannya agama pemaksa sebab solat hak individu iaitu antara individu denganTuhannya. Lainlah perbuatan yang melihatkan hak masyarakat, seperti jual-beli, nikah-kawin, pembahagian harta, hukum jenayah atau perintah perang etc ditetapkan dalam Quran sebab ia melibatkan hubungan manusia dengan manusia. Jika tidak ditetapkan, akan berlaku kacau bilau, sebab masing-masing buat hukum sesuka hati.
Malangnya umat Islam sekarang banyak berpecah-belah akibat berbeza pendapat pada bab hubungan individu dengan Tuhan. Nampak sahaja solat orang lain itu 3 kali sehari, sudah dituduh sesat. Padahal mana manusia itu tahu di sisi Allah yang solat 3 kali itu sesat? Begitu juga sebaliknya.
Sebab itu dalam posting2 saya, mana ada tekankan sangat pasal perbezaan cara bersolat. Dalam Quran pun nabi Muhammad tidak pertikaikan bagaimana cara bersolat kaum Yahudi dan Nasrani itu. Baginda hanya nasihatkan mereka supaya jangan berpecah-belah pasal agama. Itu yang kami contohi.
Dan kerana tiada paksaan dalam Islam itulah yang menyebabkan dahulu berduyun-duyun manusia masuk Islam.
Kenapa tak pergi tanya mereka di Masjidil Haram itu kenapa solat mereka 5 kali sehari semalam?.
Jawapan saya di atas sudah menjawab kenapa perihal kuantiti solat itu bukan perkara penting untuk dipersoalkan. Harap-harap faham ok?
Last edited by Adli on Sat Apr 25, 2009 7:17 pm; edited 1 time in total

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran
Memanglah bagi Adli Nabi Muhammad itu tidak berkuasa beri petunjuk; yang berkuasa beri petunjuk hanya Othman Ali saja.
jangan ikut nafsu bang ...coollah

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Page 5 of 28 •
1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 16 ... 28 
Similar topics» Risiko, ciri demam berbeza
» Sejarah Al-Quran 1
» Quran Shareef Para # 12
» Mengenal asal usul golongan anti hadis......
» MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....
» Sejarah Al-Quran 1
» Quran Shareef Para # 12
» Mengenal asal usul golongan anti hadis......
» MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 5 of 28
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum