Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Page 27 of 28 Previous  1 ... 15 ... 26, 27, 28  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jul 05, 2009 4:05 am

Sambungan...

4) Betullah andaian saya sebelum ni, saudari akan kata menuntut ilmu tu sebagai solat. Tapi cuba saudari fikirkan semula, pencapaian org2 kafir dan yahudi jauh lebih hebat dari pencapaian umat islam sedangkan mereka tak beriman kepada Allah swt. Apakah saudari nak kata mereka ni pun solat? Saya pasti tidak, tapi bagaimana saudari nak letakkan perbezaan antara saudari belajar dan mereka belajar tetapi saudari boleh mendakwa belajar saudari ialah solat tapi belajar mereka tu bukan solat? Sedangkan mereka juga belajar utk menguatkan akal fikiran, meningkatkan pecapaian mereka, matlamat yg sama sebagaimana saudari.

Selain itu, ayat pertama yg diturunkan ialah berkaitan mencari ilmu, sedangkan kewajiban solat hanya selepas 11 tahun Rasulullah menjadi Rasul, bukankah terlalu jelas perbezaan antara menuntut ilmu dan solat?

Para Nabi memang dalam kalangan org2 yg bijak, tapi mereka bukanlah org2 yg belajar seperti kita, mereka mendapat wahyu dari Allah swt. Jangan samakan mereka dgn kita.
----------------------------------------
5) Menuntut ilmu, mengaji, menganalisis dan yg berkaitan sememangnya dapat membawa kepada kepakaran dalam sesuatu bidang, tetapi persoalannya bagaimana itu boleh dianggap sebagai solat? Saudari perlu ingat, saudari mendakwa saudari mengkaji al Quran. Dalam ayat al Quran yg mana yg menyebutkan solat itu ialah perbuatan mencari ilmu, mengkaji dan sebagainya tu. Saya tak mempersoalkan berkenaan menuntut ilmu utk menjadi pakar, tetapi bagaimana menuntut ilmu itu boleh dianggap sebagai solat - DALILnya mana.
---------------------------------------------
6) Saudari, saya rasa saudari ni mengaku bijak, tetapi dalam hujjah yg mana saudari dapat membuktikan saudari bijak? Selain itu dalam bidang yg mana saudari mendakwa saudari bijak? Mengata org lain b***h takkan menjadikan diri sendiri bijak kalau tak lebih b***h dari org yg dikata. Sebabnya semua tu perlukan bukti.

Saudari kata kami berpecah belah, sedangkan solat bukanlah satu alasan dari sebab2 berpecah belah. Sebagai cth, antara UMNO dan PAS, apakah mereka berpecah belah? Dari sudut mana mereka berpecah? Cth isu - siapakah yg mengharamkan antihadith dimalaysia? Bagi umat islam baik UMNO atau PAS mereka bersama2 mengatakan antihadith jamaah yg sesat melainkan golongan yg agamanya di kad pengenalan. Antara UMNO dan PAS solat tetap berjamaah bersama2 walaupun berimamkan org yg menjadi musuh politik.

Apa yg saudari ketakan sebagai berpecah hanyalah dari sudut politik dan pemahaman agama antara yg memahami agama dgn mendalam dan yg memahami agama sekadar kulitnya semata2. Cth antara TGNA dan DS Najib, apakah mereka berpecah dan bermusuh? Dalam politik mungkin ya tapi dalam agama tidak melainkan kerana sesuatu yg bekaitan dgn perintah Allah. Kalau TGNA mengimamkan solat, saya pasti DS najib akan sanggup menjadi makmumnya. Tetapi yg menjadi masalah dalam hubungan mereka hanyalah sejauh mana islam itu dimartabatkan, ini berkaitan agama dimana umat islam berkewajiban utk memperjuangkannya. Sebagai pemimpin, tanggungjwb mereka meletakkan islam itu ditempatnya dalam semua bidang kehidupan, itu perintah Allah kepada seluruh umat islam. Sebabnya perkara ini adalah tanggungjwb secara kolektif, kita perlu bersama2 berusaha bukan sebahagian2. Maka apabila ada sebahagian dari umat islam kata, hudud ni ketinggalan zaman, hudud ni kalau dilaksanakan habis kudung tangan org islam, hudud ni tak sesuai dilaksanakan sebab negara berbilang kaum - ini semua mengundang kemarahan bagi org yg memahami islam itu dgn lebih mendalam, antaranya sebab kenyataan2 tersebut secara langsung mengatakan Allah swt itu b***h.

al Quran wrote:........Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).(al Maidah:2)

al Quran wrote:Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al Taubah:71)


al Quran wrote:Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.(at Taubah:67)


Dalam banyak perkara, manusia selalu berselisih dalam banyak perkara disebabkan pemahaman yg berbeza, tahap keilmuan yg berbeza, kepentingan yg berbeza malah kedudukan yg berbeza dll. Malahan perselisihan itu disertai pula oleh hasad dengki, nafsu tamak haloba terhadap harta dan pangkat, penasihat2 yg jahat dan berkepentingan serta hasutan syaitan. Saudara nak kata ini menyebabkan berpecah belah, betul tetapi fikirkan sebab musabab kepada perpecahan itu. Bukankah disitu juga ada masalah sikap? Mudah cakap, rambut sama hitam, hati lain2.

Perbezaan antara mazhab2 bukannya satu masalah besar. Perbezaan hanya dalam masalah2 furu' atau cabang2 agama bukan masalah2 asas atau akidah, dan kesemua Imam2 mazhab menggunakan dalil2 yg sahih dan benar hanya yg membezakan mereka ialah kaedah pemahaman mereka terhadap dalil2 yg digunakan. Kami masih dapat sama2 bersolat dibawah seorg iman. Kami masih dapat bersama2 mengerjakan ibadah haji. Malah tidak ada antara kami dalam 4 mazhab yg besar, tuduh menuduh atau mendabik dada bahawa sesuatu mazhab yg paling benar, malah kami berpendirian semua mazhab adalah benar dan boleh diamalkan hanya tak boleh dicampur adukkan atau memilih kemudahan2 diantara keempat2 mazhab. Tetapi bagi sesiapa yg mampu mereka boleh mengeluarkan ijtihad mereka sendiri tetapi ini memerlukan pengetahuan yg mendalam dalam bidang hadith dan al quran serta bidang2 yg berkaitan.

Yg menjadi masalah ialah mazhab Syiah, yg mengandungi berbagai tambahan, perbezaan dalam soal2 pokok dan akidah. Malah mereka megkafirkan ASWJ, dan membenci para sahabat malah ada yg dikafirkan mereka. Selain itu mereka menghalalkan darah ASWJ dgn maksud sesiapa yg beraliran ASWJ halal dibunuh. Walau bagaimanapun syiah ini ada berbagai mazhab juga, dan ada yg betul dan ada yg extreme.
----------------------------------------------
7) Itulah dia, seseorg boleh bersolat didepan komputer sambil membalas posting di forum e-bacaan, bukan begitu? itukah solat saudari sebenarnya? Maksudnya sesiapa saja boleh solat dimana2 yg penting mesti perkara yg meningkatkan pengetahuan. Sedangkan apakah saudari telah memikirkan perkara berikut...

A) Solat itu wajib fardhu ain, maksudnya setiap orang islam wajib mendirikan solat. Takde alasan melainkan berlakunya perkara2 yg membatalkan kewajiban seseorg itu dari bersolat antaranya, gila, tidur hinggalah dia bangun(termasuk juga koma), murtad, datang bulan, lupa dll. Melainkan disini ialah kanak2 yg belum baligh, dan yg pekak dan buta sejak lahir sebab mereka sememangnya belum lagi diwajibkan solat.

B) Menuntut ilmu pun fardhu, tetapi dibahagikan kepada 2, iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah(secara ringkas).

1) Ilmu yg fardhu ain - ilmu2 berkaitan akidah, berkaitan ibadat, wajib belajar solat, baca al Quran, ambil wuduk, halal dan haram, sah dan batal dan sebagainya. Nak solat kena ambil wuduk, nak ambil wuduk kena tau macamana caranya, kena tau air apa yg boleh digunakan. Selain itu kna tau macamana wuduk tu dikira sah, bila pula jadi batal. Macamana nak dirikan solat hingga solat tu dikira sah, apa perkara2 yg boleh membatalkan solat. Nak solat kena tau baca al Quran, maka kena belajar baca al Quran, kena belajar huruf2 alif, ba, ta dll. Semua ni wajib, tak masuk lagi bab makan, kena tau makanan mana yg halal, mana yg haram, bukan main sumbat dalam mulut. Org beri rambutan tgk busuk ke tak terus makan. Tak peduli halal dan haram.

Pandai pulak kata makanan haram memudaratkan, apakah haram dan halal tu boleh mudah2 dilihat dgn mata kasar? Kalau benda tu busuk atau terkena racun yg dapat dilihat dan dapat dibau mungkin ya, tapi kalau rambutan curi dan beli apa bezanya? Dah tentu kena siasan org yg beri rambutan tu dulu. Orgnya macamana, dapat rambutan tu darimana, apa pandangan org2 lain yg kenal lelaki dll.

2) Ilmu fardhu kifayah - Selain ilmu yg fardhu ain, semuanya boleh dianggap fardhu kifayah. Ilmu yg kalau dah ada sebahagian org islam menguasainya maka hukum fardhu ain terhadap yg lain akan gugur. Cthnya, ilmu kejuruteraan, takkanla semua org nak kena jadi jurutera, begitu juga doktor, guru dan sebagainya. Begitu juga nak belajar B. Inggeris, bukan semua org wajib belajar, kalau ada sebahagian org dah menguasainya yg lain tak wajib, belajar bidang lain pun boleh.

Kalau ikut pandangan saudari, menuntut ilmu tu ialah solat maka menuntut ilmu tu jadi fardu ain. maksudnya takde pilihan utk semua manusia melainkan kena mencari dam menguasai semua ilmu, sedangkan ilmu itu terlalu banyak cabangnya, tetapi disebabkan ia fardhu ain, maka semua org wajib mencari ilmu utk semua cabang ilmu dam menguasainya. Saudara kata islam tu mudah, tapi saudari keluarkan pandangan yg jauh menyusahkan org? Takkah saudari memikirkan?
-----------------------------------------------------
8) Masalah saudari ialah tidak dapat membezakan antara solat dan menuntut ilmu.
Dalil diwajibkan solat -
al Quran wrote:Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.(an Nisaa':103)

al Quran wrote:"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.(Taha:14)

Sedangkan menuntut ilmu tu antara ayat al Quran yg dijadikan dalil ialah ayat yg pertama turun.
al Quran wrote:Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. ( al 'Alaq:1-5)

al Quran wrote:Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.(al baqarah:269)
Kenapa Allah swt tidak menurunkan dulu ayat2 yg mewajibkan solat sebelum menuntut ilmu, sudah tentu sebab kita perlu beribadat dgn ilmu, bukan tanpa ilmu. Cuba lihat ayat dari surah an-Nisaa' diatas, "Solat adalah ketetapan yang diwajibkan". Lihat pula ayat dari surah al-'Alaq, "Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". Ayat al baqarah, "Allah memberikan hikmah kebijaksnaan kepada sesiapa yg dikehendaki". Dari ayat2 diatas sendiri jelas membezakan antara menuntut ilmu dan solat. Solat semua umat islam wajib, tapi ilmu Allah swt yg ajarkan dan diberikan kepada org2 yg dikehendaki. Apakah saudari dah memikirkannya atau saudari masih nak memberikan berbagai alasan mengatakan solat dan menuntut ilmu itu sama? Berikan dalilnya..

Besambung.....

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1005
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jul 05, 2009 4:08 am

Sambungan............


Persoalan

9) Lagi satu, anda macam tidak percaya dalam bilik juga ada Allah dan Dia Maha Pemurah biarpun kita duduk dalam bilik. Bukankah ilmu itu datang daripada Allah? Di mana-mana kita berada, asalkan suka berfikir, akan dapatlah ilmu Allah. Sedangkan Nabi Muhammad yang mereka kata berkhalwat dalam gua pun boleh dapat ilham bila bersendirian begitu, apalagi kita berkhalwat dalam bilik yang ada internet. Tidakkah anda boleh berfikiran jauh?
10) Saya hairan cara pemikiran anda tidak mengaitkan dengan apa yang Nabi buat biarpun anda kata solat anda caranya macam Nabi. Seolah-olah apa yang kami buat itu tidak pernah dibuat oleh Nabi yang anda kata anda ikut tu.
11) Semua orang boleh cakap macam anda cakap bahawa ajaran agamanya itu diajar secara langsung dari Rasul terdahulu. Orang Yahudi dan Nasrani pun kata mereka ikut apa yang para Rasul mereka ajar. Takkan mereka nak mengaku ajaran agama mereka sudah terpesong dari ajaran sebenar Rasul-rasul mereka.

Jadi kerana semua manusia boleh mendakwa macam itu, maka kami melihat hasil ajaran mereka itu sama ada ke arah kesatuan atau ke arah kepuakan. Bila melihat umat Islam sekarang rata-ratanya berpuak-puak dan berpecah-belah biarpun solat mereka seragam dan macam Nabi, lagi-lagi kami tak percaya apa yang mereka kata, sebab hasil ajaran agama mereka itu jauh terpesong daripada Al Quran.
12) Jika anda seorang yang menggunakan akal, mari kita sama-sama fikir. Ketika Rasulullah menyampaikan seruan baginda, kenapa tidak ramai orang ikut? Itu menunjukkan baginda pun dilihat berfikiran asing dalam masyarakat pada waktu itu biarpun baginda mengaku Islam. Jadi kenapa anda perlu suprise dengan kami?
13) Ingatlah, sebelum Nabi Muhammad, sudah berpuluh-puluh Rasul dibangkitkan dan beribu golongan beriman, sepatutnya seruan baginda itu bukan suatu yang asing kepada masyarakat. Tetapi kenapa baginda ditentang begitu sekali pada pemulaannya? Semuanya gara-gara masyarakat pada waktu itu sudah tidak berfikir sehingga tidak mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk akibat menurut amalan nenek moyang mereka.
14) Orang Arab jahiliyah anggap ajaran nenek moyang yang sembah berhala itu benar. Orang Yahudi anggap ajaran nenek moyang mereka yang jadikan "Uzair" sebagai anak Allah itu benar. Orang Nasrani anggap ajaran nenek moyang mereka yang jadikan "Al Masih Isa" sebagai anak Allah itu benar. Maka bila Nabi Muhammad ajak kembali kepada Allah, mereka lihat baginda seorang yang pelik dan asing.

Jadi kami bawa ajaran yang tidak sama dengan kitab Bukhari dan Muslim, maka kami juga dilihat pelik dan asing biarpun kami menyeru taat pada hukum Allah sahaja (taat pada ketetapan yang wujud antara langit dan bumi). Tidakkah anda memikirkan?
15) Al Quran suruh berfikir, mereka pemalas berfikir. Al Quran tak suruh taksub pada tok guru, mereka pergi taksub pada tok guru sampai berpuak-puak kerana berbeza aliran pendapat. Al Quran bawa kisah Nabi Nuh yang pandai mencipta bahtera besar mereka tidak tahu mencipta dan pemalas berusaha ke arah itu. Macam mana kita nak percaya kata-kata mereka jika hasil ajaran mereka itu buruk dan tak macam Al Quran? Sekadar cakap dapat ajaran langsung dari Rasulullah, semua orang boleh cakap. Tapi hasil ajaran itulah yang membuktikan kebenaran atau tidak kata-kata mereka itu.

=======================
Jawapan saya...


9) Saya tak menafikan kenyataan saudari KALAU saudari bercakap tentang mencari ilmu, tapi kalau berkenaan solat saya kurang setuju. Bukan juga saya kata solat tu tak boleh didirikan dlm bilik, tapi saya tak setuju bila saudari kata solat itu ialah menuntut ilmu. Apakah saudari nak kata Baginda berkhalwat dalam gua Hira' tu maksudnya Baginda bersolat? Dalam buku atau kitab mana yg sebutkan Baginda berkhalwat tu maksudnya bersolat? Beribadat ya, tapi bukan berfikir utk menjadi pakar.

Kemudian, ilmu Allah atau mendapat ilham dari Allah. Saya taknak tanya siapa yg selalunya diberikan ilham, kalau saya kata para wali, saudari mungkin mengaku saudari ni wali Allah pulak. Mngkin kalau saudari berfikir tantang perkara2 yg baik, mencari jalan utk menyelesaikan sesuatu masalah, saudari mungkin mendapat ilham mengenai perkara tersebut, saudari kata ini ilham dari Allah. Bagaimana seorg remaja lelaki, nak menggoda seorg perempuan utk diajak berzina, lalu dia termenung dan berfikir hinggalah dia mendapai ilham atau idea, lalu bila dilakukan berjaya dia hingga berzina dgn perempuan tersebut. Saya tau saudari nak kata tentang manfaat, tetapi saya nak tanya, ilham siapakah yg diperolehi oleh remaja lelaki tadi? Allah atau syaitan? Kalau saudari kata itu ilham syaitan, berikan perbezaan antara ilham dari Allah dan ilham dari syaitan.

Saudari bersolat depan computer ke? Smile Saudari sembah siapa...komputer atau sembah Allah? Bukankah dalam beberapa ayat al Quran yg pernah saya bawa sebelum ini ada menyatakan antara perbuatan dalam solat ialah berdiri, rukuk dan sujud? Saudari ada buat ke bila depan komputer? Dahla saudari tak mengadap kiblat. Sebab tu saya tanya, saudari sembah komputer atau sembah Allah. Saudari dah berfikir cukup jauh ke sebelum rukuk dan sujud kepada komputer?
---------------------------
10) Saudari Adli, saya dah katakan sebelum ini, berdasarkan tuduhan dari saudari dan Juang sendiri, termasuklah bayau, Saudari mengatakan kami hanya menggunakan hadith2 Nabi semata2, jadi saya menggunakan banyak ayat2 al Quran dan hanya sikit hadith2, utk menafikan tuduhan2 saudari, dan utk menyatakan bahawa kami sebenarnya menggunakan al Quran sebagai sumber rujukan pertama diikuti hadith2 Nabi.. Malangnya, saudari mendakwa mengkaji ayat2 al Quran, tetapi tidak mengambil ayat2 al quran melainkan sedikit terutama utk dijadikan dalil dalam hujjah2 saudari. Siapa yg sebenarnya tak mengambil al Quran, jauh sekali hadith2? Yg Jelas saudari lebih banyak menggunakan akal semata2 bila berhujjah.

Kalau dalam al Quran, Allah swt berfirman mengenai org2 Yahudi yg menjadikan rahib2 mereka sebagai Tuhan2 disebabkan mereka menuruti kata2 Rahib2 mereka berbanding kitab Allah, tetapi disini apakah saudari nak letakkan akal saudari lebih tinggi dari Al Quran?
----------------------------------
11) Memang betul, tetapi bukankah al Quran telah menyebutkan bagaimana mereka memesongkan kitab2 mereka? Pengakuan mereka itu tidak bermakna apabila Allah swt telah menyatakan didalam al Quran mengenai sikap mereka. Bahkan dalam surah al Fatihah Allah swt telah menyatakan org2 yahudi tu org2 yg dimurkai dan org2 nasrani tu org2 yg sesat. Tetapi bagaimana umat islam pada hari ini mengenai ibadat solat? Tidak ada perubahan sebab kami selain mengambil al Quran, kamu juga mengambil hadith2 dan rasulullah saw telah menyatakan" Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat Aku bersolat". Oleh itu tidak siapa boleh suka2 mendakwa solat mereka benar, yg menyalahi hadith2 tetap sesat.

Saya berikan cth paling mudah, Sejak zaman Rasulullah saw(setelah menguasai Makkah), apakah ada satu saat masjidil haram tidak ada org beribadat didalamnya sedangkan disitulah kota ibadat, ataukah mungkin ada satu waktu tidak ada org mendirikan solat berjamaah didalamnya? Jangan susah2 fikir, guna logik akal pun cukup. Jelas sekali tak pernah ada satu waktu pun dalam masjidil haram itu tidak ada org mendirikan solat didalamnya sejak Rasulullah saw menguasai makkah hinggalah hari ini. Nampak tak bagaimana ritual solat itu masih tetap sama dari zaman Rasulullah hingga sekarang? Siapa yg mendirikan solat, dgn cara yg lain dari apa yg dilaksanakan oleh kebanyakan umat islam, maka dia sesat(asas pergerakan solat). Cthnya yg dikatakan sesat - solat tidak mengadap kiblat, solat tanpa wuduk apatahlagi tanpa tau sah dan batal wuduk, solat depan komputer...dll. Solat ada 13 rukun, kesemuanya kena dilakukan, solat saudari ada berapa rukun? Rasanya saudari pun tak peduli apa tu rukun. Rukun negara taula agaknya.
--------------------------------------
12) Jika saudari mengakui keadaan saudari ini sebagaimana keadaan baginda Rasulullah pada ketika itu, maka itu menjelaskan saudari seorg yg sesat. baginda saw membawa ajaran baru, yg berbeza dari ajaran nenek moyang masyarakat arab jahiliah(kafir) pada ketika itu. Apakah saudari membawa ajaran baru yg berbeza dari apa yg pegang oleh masyarakat islam hari ini? kalau ya, maksudnya saudara membawa ajaran yg berbeza dari ajaran islam yg dipegang oleh sebahagian besar/atau hampir seluruh dari umat islam di muka bumi ini. Rasulullah membawa ajaran islam yg berbeza dari ajaran nenek moyang masyarakat arab jahiliah yg kafir. Bukankah kelihatanya saudari membawa ajaran sesat?
----------------------------------------
13) Sebelum saudari cuba mempersoalkan tentang Baginda Rasulullah saw, cuba saudari fikirkan semula, kitab yg Allah swt turunkan ada 4, selain suhuf2 sebelumnya. Setiap kali Rasul2 diturunkan setiap kali itu jugalah kaum mereka menentang mereka. Bukankah itu obvious. Tetapi saudari tak boleh jadikan ramainya Rasul diturunkan malah beratus ribu org nabi diturunkan serta penentangan sebagai alasan utk meletakkan diri saudari sebagai "seolah2" seperti kedudukan Rasulullah saw pada awal keRasulannya. Sebabnya, siapakah dan apakah kedudukan serta apakah ajaran saudari dan rakan2 yg kononnya utk disampaikan pada umat pada zaman ini? Dari cara saudari berhujjah dan apa yg saudari telah sebutkan, terlalu jelas bagaimana saudari dan rakan2 sebenarnya berniat dan bertujuan utk meruntuhkan tiang agama iu sendiri dalam kalangan umat islam, bukan membetulkannya. Saudari dan rakan2 bertujuan utk memutar2 maksud ayat2 al Quran mengikut selera saudari sendiri walaupun akibatnya yg terputar hanyalah kefahaman saudari yg haru biru.

Allah swt menurunkan kitab2 sebagai peringatan, amaran, ilmu dan panduan kepada hamba2Nya dan Rasul2 sebagai penerang. Kenapa Baginda ditentang, bukan kerana masyarakat pada ketika itu tak boleh berfikir, malah mereka memiliki tamadun, malangnya mereka telah lama meningalkan agama yg disampaikan oleh Rasul2 yg terdahulu sebaliknya mereka mengada2kan sesuatu yg tak pernah diajar oleh Rasul2 mereka dulu. Mereka mengubah ajaran agama yg terdahulu. Kalau nak dibandingkan mereka yg mengubah agama ni, samalah sebagaimana apa saudari sedang lakukan.
-------------------------------------------
14) Saudari nak bandingkan antara umat2 terdahulu dgn umat Muhammad saw. Disini saudari tak boleh nak buat perbandingan, sebabnya umat Muhammad telah diberikan kitab yg berbeza dgn umat2 sebelumnya. Apa yg telah dilakukan oleh umat2 sebelum kedatangan Rasulullah saw telah disebutkan didalam al Quran. Betul mereka menganggap ajaran nenek moyang mereka benar berbanding apa yg Rasulullah saw bawakan, tetapi saudari harus ingat, baginda membawa wahyu dari Allah swt. Allah swt menjadikan al Quran itu sebagai mukjizat hingga hari kiamat sebagai tanda kebenaran Baginda.

Sebaliknya lihat apa yg saudari dan rakan2 bawakan, nak dibandingkan dgn kitab2 Imam bukhari dan Muslim dah tentulah berbeza kerana saudari sendiri menolak hadith, lebih jauh dari itu saudari membawa ajaran yg berbeza dari al Quran, sumber utama agama Islam. Saya tak perlu berikan cth sebab cthnya telah saudari berikan sendiri sebelum ini, tentang solat, puasa, wudhuk, hadith2, kedudukan Rasul itu sendiri, rukun2 islam & iman dan berbagai2 lagi.

Secara mudah, saudri dan rakan2 menolak apa yg disampaikan oleh Baginda Rasulullah saw sedangkan hukumnya dalam islam terlalu jelas, kafir. Betul saudari mengaku menerima al Quran, tetapi al Quran sendiri meletakkan baginda sebagai cth ikutan, sedangkan saudari sendiri menolaknya dgn alasan al Quran tak suruh ikut riwayat2 hadith.

Saudari mengaku menyeru supaya taat kepada hukum Allah sahaja, tetapi hukum Allah yg mana yg saudari taati? Sudah terlalu jelas bukan, ibadat solat itu saudari tentukan sendiri bagaimana kaedah dan perlakuannya? kita bercakap tentang perintah Allah, tapi melakukan perintah itu sendiri ikut suka hati? What are you thinking? Dgn jelas al Quran itu menyebutkan apakah peranan Rasulullah saw iaitu sebagai org yg memberikan penjelasan terhadap al Quran itu kepada manusia seluruhnya, tetapi lihhat bagaimana saudari cuba memahami perkara ini, sudari hanya mengambil al Quran "semata2" tanpa menerima hadith2. bukankah itu menunjukkan dgn jelas saudari menafikan peranan Rasulullah saw? Jika saudari kata menerima dan mencontohi Baginda, saudari kata saudari mencontohi Baginda dgn tidak mengambil2 riwayat2, sedangkan tugas Baginda ialah menyampaikan dan menerangkan al Quran kepada umatnya(berdasarkan wahyu Allah), tugas umatnya ialah melaksanakan apa saja yg diperintahkan oleh Allah swt didalam al Quran sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah swt seperti yg diajar oleh Baginda saw. Bagaimana Rasulullah saw mengajar? Dapat diketahui melalui hadith2 dan sunnah2nya. Samalah seperti seorg guru yg mengajar menggunakan buku teks, buku teks hanyalah panduan, tetapi ajaran guru tu akan dicatit oleh murid2nya sebagai nota. Apakah saudari berfikir atau sedang berkhayal?
--------------------------------------------
15) Sekarang ni siapakah yg sebenarnya malas berfikir? Siapa pula yg taksub kepada guru? Berikan cth supaya senang dijawab. Perbezaan pendapat dalam hal2 furu' tak membawa kepada berpuak2 kecuali kepada mereka yg extreme. Melainkan kepada masalah2 asas dalam agama, sudah pasti akan berlaku permusuhan, perdebatan dan perpecahan, sebabnya kerana asas agama. Cthnya, apa yg saudari sedang lakukan ini. Masalah yg saudari pertikaikan adalah masalah2 pokok dalam agama cthnya berkenaan solat. Tidak ada seorg islam yg mengambil berat akan agamanya akan membiarkan penyebaran fahaman sebegini dalam masyarakat.

Cth yg lain, antara UMNO dan PAS, UMNNO sebagai yg mengetuai kerajaan tidak mau melaksanakan hukum islam, sedangkan PAS berusaha utk menegakkan islam dalam negara kerana itu perintah Allah swt. Maka perbezaan ini menyebabkan umat islam berpecah.

Begitu juga apabila pihak kerajaan yg memerintah menggunakan sumber negara sewenang2nya,menguruskan perbendaharaan negara sesuka hati, maka pasti akan ada golongan yg menentang penyelewangan tersebut.

Saudari masih nak sebut pasal nabi Nuh pandai buat bahtera? Saya nak tanya, saudari pandai buat bahtera ke? Kalau saudari tak pandai jangan cakap, sebab akan memalukan saudari sendiri. Kalau saudari mengaku tau, bahtera apa yg saudari tau buat? Tapi kalau saudari tak tau, saudari lebih teruk dari org yg saudari hina.

Bersambung.....

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1005
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jul 05, 2009 4:10 am

Sambungan.........

Persoalan

16) Al Quran itu sendiri datang melalui akal Rasulullah. Jadi kami tidak meletakkan Al Quran rendah dari akal kami. Tetapi kami letakkan Al Quran dan akal kami selari. Maksudnya, pengajaran Al Quran itu sama dengan yang kami sampaikan. Barulah mencapai maksud membenarkan kitab-kitab terdahulu.
17) Nabi Muhammad berhujah pun tidak sentiasa bawakan pengajaran kitab-kitab terdahulu. Ada yang dari apa yang tercapai oleh akal baginda dan ada yang baginda dengar dari ahli-ahli kitab yang benar (kalau tidak masakan baginda tahu serba sedikir ajaran Taurat?). Dan baginda olahkan mengikut perseptif masyarakat baginda. Sebab itu Al Quran itu asli dan terpelihara mutunya. Jadi bila baginda menyampai ilham yang tercapai oleh akal baginda, apakah itu bermakna baginda meletakkan akal baginda lebih tinggi daripada kitab-kitab Allah yang terdahulu? Tidak, apa yang baginda sampaikan itu selari dengan ajaran kitab-kitab terdahulu.
18) Seperti itulah kami lakukan, kami bawa ayat-ayat Al Quran tertentu dan huraikan ikut apa yang Allah tunjukkan pada kami. Jadi Al Quran dan akal kami saling selari. Sebab itu apa yang kami sampaikan tidak bercanggah dengan Al Quran itu sendiri bagi menunjukkan kami tidak meletakkan Al Quran itu rendah.
19) Bagi kami, yang confirm disampaikan daripada Rasulullah adalah Al Quran. Selain Al Quran, belum tentu ia ciri-ciri kata seseorang Rasul. Namun tidaklah kami katanya riwayat hadis itu semuanya dusta. Jika ada riwayat yang benar ikut hukum alam, hakikatnya kebenaran itu datang daripada Allah juga.
20) Namun Al Quran tidak pernah kata kena buat syariat guna riwayat hadis. Apakah Al Quran itu tidak cukup sebagai ketetapan daripada Allah?
21) Persoalan rukun islam...


=====================
Jawapan saya


16) Dalam bahagian mana al Quran yg menyebutkan wahyu datang melalui akal Baginda? Saya rasa kalau saya sebutkan walau seribu kali pun saudari takkan faham, wahyu disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah saw, samada dgn bertemu Baginda dalam jaga atau diletakkan didalam hati Baginda dgn keizinan Allah swt. Pada hati bukan pada akal Baginda. Susah sgt ke nak faham?

So disini saudari meletakkan akal saudari dan al Quran setaraf? Kalau saudari kata, saudari bercakap menurut apa yg disampaikan oleh al Quran, menunjukkan saudari meletakkan al Quran diatas akal saudari, sebab kata2 saudari berpandukan al Quran. Kalau sebaliknya, saudari tak pedulikan apa yg al Quran kata hanya menggunakan apa yg akal saudari fikirkan, maka saudari meletakkan akal saudari diatas al Quran. Tidak ada keadaan dimana al Quran dan akal setaraf.

Lihat apa pandangan saudari mengenai perintah Allah secara umum, tak kiralah solat, puasa, wuduk dll. Semuanya mengikut tafsiran akal saudari sendiri sedangkan perintah Allah adalah supaya kita mengikut apa yg diajar oleh Rasulullah saw yg berpandukan al Quran. Ingat semula ayat dari surah an nahl yg selalu saudari ulang2kan berkenaaan manusia memikirkan. Ada 3 perkara disitu, Allah menurunkan al Quran, Rasul menerangkan, manusia memikirkan. Saudari buang peranan Rasulullah sebagai penerang ayat2 al Quran, sebaliknya saudari huraikan sendiri sesuka hati. Maka dimana saudari letakkan al Quran?

==========================
17) Saudari Adli, sungguh malang bagi saudari dgn kefahaman begini.. Apa yg Rasulullah saw sampaikan adalah wahyu semata2, baik perkataan2, atau perlakuan2 Baginda. Rasuulullah tidak mengambil apa2 dari kitab2 terdahulu melainkan apa yg Allah swt telah wahyukan kepada Baginda, begitu juga baginda bercakap mengenai perkara2 yg akan datang melainkan wahyu yg diturunkan kepada baginda. Tidak ada yg saudari sebutkan sebagai "apa yg tercapai oleh fikiran Baginda" atau "Baginda mengolah mengikut perspektif masyarakat Baginda". Apa saja yg tercapai oleh fikiran baginda samada saudari nak kata sebagai wahyu, ilham, idea atau apa saja dan apa saja keputusan Baginda adalah apa yg Allah swt telah sampaikan kepada Baginda.

Apabila baginda menyatakan sesuatu sememangnya wajib bagi umat islam mematuhinya, bukan kerana yg menyebutkan tu Muhammad Bin Abdullah, tapi kerana kata2 Baginda adalah semata2 wahyu dari Allah swt. Walau bagaimanapun, antara al Quran dan wahyu2 yg lain ada perbezaam. Al Quran tu lafaz dan maknanya dari Allah, tapi hadith2 adalah makna dari Allah dan lafaz dari Bagnda sendiri.

Tetapi bagaimana dgn manusia biasa? Apakah semua ilham tu semestinya dari Allah swt? Jangan disebabkan saudari mengaku mengkaji al Quran maka saudari mengaku mendapat llham dari Allah, sebab ini saling tak tumpah seperti org2 kristian.

===========================
18) Saudari ambil terjemahan othman ali kemudian saudari cuba huraikan. Dimana saudari kata petunjuk dari Allah? Kalau Baginda Rasulullah memang tak boleh dinafikan, selain Baginda maksum, Baginda tu Rasulullah. Saudari ni, apa jaminan ilham yg saudari dapat bukan dari syaitan atau nafsu? Kalau saudari tak dapat nak bezakan, maka memang sama macamana org2 kristian memahami kitab2 mereka, kemudian bagaimana saudari nak kata akal saudari dan al Quran selari? Percanggahannya terlalu banyak, bukan saja saudari mengambil ayat2 al Quran dan mentafsirkannya sesuka hati, tetapi tafsiran itu sendiri bercanggah dgn ayat2 al Quran yg lain (ayat2 dari surah an-Nahl). Selain itu, pandangan2 saudari juga ada yg bercanggah dgn ayat2 al Quran secara langsung(berkenaan wudhuk, berkenaan riwayat hadith, berkenaan solat). Saudari masih nak mengaku selari dgn al Quran? mengaku sedangkan bukti2 menafikannya...pengakuan yg sia2..

Apa yg saudari sampaikan bukan saja tak sama dgn yg disebutkan dari kitab2 hadith, bahkan berbeza dari al Quran sendiri.

==============================
19) Cara saudari bercakap ni terlalu berbelit2, bukan utk saya tapi utk saudari dalam usaha menunjukkan kebenaran saudari. Saudari kata ada hadith yg betul ikut hukum alam... Ini saya dah jelaskan dari awal lagi, hadith tentang kayu tongkat Ali, "Tongkat ali baik untuk kesihatan anda". Hukum alamnya memang betul, maka layaklah diterima sebagai hadith? Kalau macamnilah pertimbangannya, agaknya kata2 elbert enstain, dan saintis2 kafir yg betul dari hukum alam pun saudari anggap hadith agaknya. Asal boleh...samalah macam buah rambutan tu, asal elok, tak busuk, manis terus, sapu. Halal haram pedulikan. Tak ubah macam org kafir.

===========================
20) Al Quran sebutkan, taat kepada Allah, taat kepada Rasul. Maksudnya kena buat apa yg Allah suruh, dan kena buat juga apa yg Rasulullah suruh. Sebabnya apa yg Rasulullah suruh tu hakikatnya dari Allah juga. Tapi apa yg Rasulullah suruh? Dgn jelas kita semua tau, al Quran tu SEMATA2 dari Allah, takde campur tangan dari Baginda. Maka dalam bentuk apa Baginda suruh kita? Dah tentu hadith2. Ketetapan Allah swt juga berlaku terhadap apa yg disebutkan oleh baginda saw disebabkan apa yg disebutkan oleh Baginda juga adalah wahyu. Wajib umat islam terima tanpa sebarang bantahan.

========================
21) Saudari menjawab terlalu meleret2 tapi tak menjawab soalan, ringkasnya bagi saudari, seseorang itu jadi kafir bila mereka anggap adanya pembuat ketetapan selain Allah dan nak masuk Islam, cukuplah dengan percaya hanya kepada Allah. Dengan kata lain, percaya pada segala logik yang ada hukum alam sebagai pembenarnya. Satu ayat al Quran pun saudari takde bawakan. Kalau begini, macamana seorg bukan nak masuk islam? Macamana seorg islam boleh dikatakan telah murtad atau terkeluar dari islam? Apa yg perlu dilakukan oleh seorg hingga dgn melakukannya dia boleh dikatakan sebagai org islam?

Saudari takde kaitkan langsung dgn solat, puasa, zakat dan haji. Sedangkan dalam al Quran menyebutkan tentang kewajiban solat, puasa ramadhan, zakat dan mengerjakan haji bila berkemampuan.

Saudari berulang2 kali menyebutkan tentang logik dan mengikut hukum alam. Cuba saudari terangkan, bagaimanakah logik mengikut hukum alam akhirat. Sebab kita juga akan hidup dalam alam akhirat.

Akan disambung kemudian...

Wassallam...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1005
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jul 05, 2009 4:27 am

Assalaamualaikum wrh..

selipar wrote:PETUNJUK , WAHYU TU ILMU LA .. ILMU TU KEPANDAIN LA .. KAU INGAT ILMU TU SATU KEAJAIPAN MACAM BOLEH BUAT MAGIK KE .. MEMANG SIA2 LA AKAL KAU .. KALAU KO TAK DI BERI ILMU BERAK PUN KAU TAK TAU NAK BASUH .. MAAF LA ADLI AKU CAMPUR SIKIT TAPI TU LA GENG2 TAK BELAJAR SAINS NI DIA SUSAH SIKIT NAK PAHAM MAKLUMLA MAIN HAFAL JER .. AMALAN DIA KAT MULUT JER KUMAT KUMIT MACAM TOK BOMOH TUNGGU MASA NAK PUUUUUUUH KIRA , PUUUUUUUUH KANAN LEPAH TU LAAAAARI.
Saudara ni kalau nak mencelah, cuba fahamkan isu yg nak diterangkan, jangan main redah. Persoalan saya yg saudara nak celah ni, adalah berkenaan dalil kepada kenyataan "Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak."

Kemudian Adli menyebutkan berkenaan Nabi Noh membina bahtera. Saya sebutkan Nabi Noh membina kapal tu dengan petunjuk, panduan, pengawasan dari wahyu Allah swt. Bukannya Nabi tu study ilmu pelayaran dan ilmu belajar buat kapal, tapi terus buat. Motif dari kisah nabi Noh ni adalah, apakah ayat2 yg menceritakan kisah nabi Noh ini boleh dijadikan dalil bahawa "Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak." Sama seperti Adli, Juang dan bayau, saudara pun tentunya hebat dalam sains bukan? Sebab tu boleh kata saya tak belajar sains, sila jawab soalan saya diatas tu, boleh jadi dalil tak?

Wassallam...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1005
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jul 05, 2009 4:34 am

Sambungan....

Adli wrote:kecuali orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

Pengajarannya: Kita tidak rugi menyampaikan kebenaran dan kesabaran biarpun kaum penyembah Nabi itu tidak membacanya. Sedangkan seruan yang Nabi Muhammad sampaikan pun orang kafir terdahulu terpaksa tutup telinga dari mendengarnya, apalagi kita yang bukan Nabi. Jadi janganlah dikisahkan sangat jika kaum penyembah Nabi itu terpaksa tutup mata dari membacanya. Pengecut yang berpaling lari memang macam tu perangainya. Very Happy

Keupayaan mendapat ilham yang berjela-jela dan tidak mampu dibuktikan dusta sudah satu kejayaan yang besar... Smile

Saudari Adli, sila berikan bukti kami menyembah Nabi. Saudari boleh membuat tuduhan2, tanpa bukti tuduhan itu hanya tuduhan2 kosong yg tak bermakna. Tetapi ternyata saudara meletakkan akal saudari lebih tinggi dari al Quran. Iaitu saudari mempertuhankan akal saudari. Apakah saudari nak menafikan? Silakan...

Wassallam...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1005
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by slipar on Sun Jul 05, 2009 5:18 pm

Saudara ni kalau nak mencelah, cuba fahamkan isu yg nak diterangkan, jangan main redah. Persoalan saya yg saudara nak celah ni, adalah berkenaan dalil kepada kenyataan "Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak."

Kemudian Adli menyebutkan berkenaan Nabi Noh membina bahtera. Saya sebutkan Nabi Noh membina kapal tu dengan petunjuk, panduan, pengawasan dari wahyu Allah swt. Bukannya Nabi tu study ilmu pelayaran dan ilmu belajar buat kapal, tapi terus buat. Motif dari kisah nabi Noh ni adalah, apakah ayat2 yg menceritakan kisah nabi Noh ini boleh dijadikan dalil bahawa "Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak." Sama seperti Adli, Juang dan bayau, saudara pun tentunya hebat dalam sains bukan? Sebab tu boleh kata saya tak belajar sains, sila jawab soalan saya diatas tu, boleh jadi dalil
tak?


1. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata): "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, (QS. 11:25)
2. agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan". (QS. 11:26)
3. Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina diantara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta". (QS. 11:27)
4. Berkata Nuh: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu, jika aku ada mempunyai bukti yang nyata dari Rabbku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, padahal kamu tiada menyukainya?" (QS. 11:28)
5. Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Rabbnya akan tetapi aku memandangmu sebagai kaum yang tidak mengetahui". (QS. 11:29)
6. Dan (dia berkata): "Hai kaumku, siapakah yang akan menolongku dari (azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran 717?" (QS. 11:30)
7. Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahwa): "Aku mempunyai gudang-gudang rezki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak juga mengetahui yang ghaib, dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahwa sesungguhnya aku adalah malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka". Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; sesungguhnya aku, kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim. (QS. 11:31)
8. Mereka berkata: "Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar". (QS. 11:32)
9. Nuh menjawab: "Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri (QS. 11:33)
10. Dan tidaklah bermanfa'at kepadamu nasehatku jika aku hendak memberi nasehat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu, Dia adalah Rabbmu dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". (QS. 11:34)
11. Malahan kaum Nuh itu berkata: "Dia cuma membuat-buat nasehatnya saja". Katakanlah: "Jika aku membuat-buat nasehat itu, maka hanya akulah yang memikul dosaku, dan aku berlepas diri dari dosa yang kamu perbuat". (QS. 11:35)
12. Dan diwahyukan kepada Nuh, bahwasanya sekali-kali tidak akan beriman diantara kaummu, kecuali orang yang telah beriman (saja), karena itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang telah beriman (saja), karena itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. (QS. 11:36)
13. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu; sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (QS. 11:37)
14. Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan meliwati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: "Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami). (QS. 11:38)
15. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya dan yang akan ditimpa azab yang kekal". (QS. 11:39)
16. Hingga apabila perintah Kami datang dan dapur 718 telah memancarkan air, Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman". Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit. (QS. 11:40)
17. Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya". Sesungguhnya Rabbku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 11:41)
18. Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya 719, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir". (QS. 11:42)
19. Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindunganke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan, (QS. 11:43)
20. Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan 720 dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi 721, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim". (QS. 11:44)
21. Dan Nuh berseru kepada Rabbnya sambil berkata: "Ya Rabbku sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya". (QS. 11:45)
22. Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) 722 perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan". (QS. 11:46)
23. Nuh berkata: "Ya Rabbku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi". (QS. 11:47)
24. Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mu'min) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami". (QS. 11:48)
25. Itu adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa
Cerita ini telah ada dalam al kitab dan para pengikut ajaran kitab mengetahui tentang nabi nuh . hanya kepada kaumnya yg tidak di beri al kitab supaya di bacakan untuk jadi bukti bahawa kepandain, kretiviti dan melakukan amalan kebaikan itulah yg di tuntut oleh islam .

Turunya kitab adalah selaras dgn tujuan utk meningkatkan pengetahuan manusia . sebab itu manusia yg di beri kitab lebih pandai seperti kaum yahudi dan nasrani tidak bagi arab yg di katakana tiada ilmu pengetahuan masih menyembah berhala tidak spt kaum yg mengikut nabi isa yg lebih berpengetahuan dan tidak menyembah berhala.

Manusia yg tidak berfikir itu spt binatang iaitu hanya mengikut hawa nafsu . apa bila hanya mengikut hawa nafsu maka ia akan duduk di tahap tu jer lah tak berubah . samalah spt menyembah berhala .

Bukan kah kaum nuh itu kaum yg tidak menggunakan akal fikiran . tahap pemikiran mereka sangat rendah.

Adakah sahabat nak kata bahawa kemajuan hari ini bukan kerana turunya al quran .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 8:07 am


Kemudian Adli menyebutkan berkenaan Nabi Noh membina bahtera. Saya sebutkan Nabi Noh membina kapal tu dengan petunjuk, panduan, pengawasan dari wahyu Allah swt. Bukannya Nabi tu study ilmu pelayaran dan ilmu belajar buat kapal, tapi terus buat. Motif dari kisah nabi Noh ni adalah, apakah ayat2 yg menceritakan kisah nabi Noh ini boleh dijadikan dalil bahawa "Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak." Sama seperti Adli, Juang dan bayau, saudara pun tentunya hebat dalam sains bukan? Sebab tu boleh kata saya tak belajar sains, sila jawab soalan saya diatas tu, boleh jadi dalil

Buktikan tanpa manusia itu menjadi pakar dan berilmu, mereka boleh mencipta? Buktikan.

Lihatlah realiti dan fikirkan hukum alam, Allah tidak pernah beri orang yang b0doh dan pemalas belajar mendapat kepandaian mencipta. Golongan sebegitu hanya hidup membuang masa berpecah-belah macam perangai kebanyakan umat Islam hari ini.

Apakah anda ingat Nabi Nuh dikurniakan kemampuan buat kapal itu secara magik? Petunjuk dan panduan dari Allah itulah ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh Nabi Nuh. Mana ada petunjuk Allah dalam bentuk bukan ilmu? Dan ilmu takkan masuk dalam jiwa jika manusia itu malas belajar dan pemalas berlatih. Buktikan, tanpa manusia itu belajar dan berlatih, tiba-tiba dia jadi pandai mencipta? Jangan main cakap tanpa bukti.

Dan kenapa ilmu dan kemahiran itu diberi kepada Nabi Nuh, bukan kepada kaum kafir itu? Macam tu kita melihat, kenapa ilmu dan kemahiran buat roket Allah beri kepada bangsa Barat, tidak kepada umat Islam sekarang sebab umat Islam sekarang sudah pemalas belajar ilmu alam (sains).

Anda bercakap tidak berpandukan realiti. Hukum alam menunjukkan, manusia hanya pandai mencipta bila mereka belajar, berfikir, mengkaji dan bereksperimen. Tapi anda ingat Nabi Nuh dapat kepandaian mencipta itu dari doa sahaja. Cuba-cuba berfikir secara logik sikit?

Jadi, oleh kerana tiada bukti menunjuk orang pemalas belajar dan berfikir akan mampu mencipta teknologi, di sini kita nampak yang Nabi Nuh mampu buat kapal setelah melalui piawaian yang melayakkan dia tahu mencipta iaitu jadi seorang yang belajar sampai pakar dahulu (melainkan anda dapat buktikan, tanpa kepakaran, manusia itu boleh cipta teknologi). Piawaian yang Allah tetapkan pada alam inilah yang dikatakan panduan daripada Allah.

Anda tiada bukti menunjukkan orang pemalas belajar dan berfikir, mampu mencipta untuk mengatakan penciptaan itu tidak memerlukan kepakaran dan kreativiti, sedangkan kami ada bukti menunjukkan kepandaian mencipta hanya diperolehi dengan mengasah kepakaran dan kreativiti. Anda bercakap secara dusta sahaja.

Oleh kerana bukti menunjukkan Nabi Nuh buat kapal pun memerlukan dia belajar dan berfikir sehingga menjadi seorang yang pakar membuat kapal (sebab hukum alam telah menetapkan sedemikian), jadi itulah bukti menunjukkan kepakaran itu adalah urusan akhirat, sedangkan menyembah berhala itu urusan sia-sia. Kalau tidak, takkan kita nak kata Nabi Nuh buat kapal kerana urusan dunia dan tiada kena mengena dengan akhirat?

Kalau kita fikirkan, jika buat sembahan ritual itulah dikatakan urusan akhirat, tak payahlah Allah suruh Nabi Nuh buat kapal (sebab mereka kata buat kapal itu urusan dunia). Baik Allah suruh Nabi Nuh menyembah secara ritual dan tunggu mati tenggelam dalam banjir besar itu. Tidakkah anda memikirkan?

Dari kisah Nabi Nuh itu banyak bukti menunjukkan yang buat sembahan ritual itu ciri-ciri golongan kafir, dan yang rajin belajar ilmu alam itulah orang beriman dan Islam. Sebab itulah Nabi Muhammad bawakan kisah ini sebagai pedoman untuk kita mengetahui apa itu Islam yang sebenarnya.

Berhujahlah dengan melihat bukti yang nyata iaitu hukum alam yang Allah tetapkan. Jika ada logik orang pemalas belajar dan berfikir memiliki kepandaian mencipta teknologi, maka logiklah Nabi Nuh mampu cipta kapal tanpa belajar. Tetapi lihatlah realiti yang Allah tetapkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Tue Jul 07, 2009 5:03 am

penjejakbadai wrote:
1) Saudari Adli, kami tak memahami solat itu sebagaimana saudari memahaminya. Solat pada pandangan saudari, dari matlamat solat itu sendiri ialah menjadi org yg kreafif dan inovatif. Maksudnya perbuatan solat itu sendiri dilakukan utk menjadi org yg keatif dan inovatif. Bagi kami, solat itu pertamanya ialah perintah Allah swt yg wajib dilakukan, kedua - dilakukan dalam kerangka ketaatan kepada Allah swt. Sebabtu saya sebutkan sebelum ni matlamat solat tu ialah mencari keredhaan Allah swt, kita mentaati/melaksanakan perintah Allah swt tu sebab mudah2an Allah swt redha kepada kita. BUkan sebab ada sebab yg lain. Macamana bagi org yg b***h, mereka mendirikan solat masih tetap berkeadaan yg sama, makan tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bukankah ini boleh menyebabkan merka hamp atas solat mereka. Pernah tak saudari baca satu cerita(saya dah ingat2 lupa).

Bagi kami juga solat yang Allah tunjukan pada kami itu juga perintahNya, sebab secara logiknya bila Allah beri manusia akal, pastilah matlamatnya nak jadi kreatif dan innovatif. Hanya otak binatang ternak sahaja akalnya tidak mampu ke arah kreatif dan innovatif. Sebab itu kita tidak pernah jumpa binatang ternak cipta teknologi. Jadi Allah perintah manusia supaya jadi kreatif. Tapi ramai yang tidak sedar hakikat ini sebab mereka tidak memikirkan dan membuat perbandingan kenapa hanya manusia sahaja Allah izinkan pandai mencipta.

Solat kami juga dilakukan sebab taat kepada Allah. Allah cipta alam itu dengan hukumNya yang mana orang yang bijak dan kreatif sahaja akan diangkat martabatnya berbanding orang yang b0doh. Sebab itu solat kami ke arah kebijaksanaan sesuai dengan ketetapan alam Alalh dan sesuai dengan ciri Rasulullah iaitu seorang yang bijak. Mana ada Rasul dari kalangan orang yang b0doh dan pemalas belajar? Apakah Nabi Nuh akan mampu cipta kapal yang sebegitu besar jika baginda seorang yang lembab otaknya lagi pemalas belajar ilmu alam?

Oleh kerana kami ikut perintah Allah yang cipta manusia mempunyai akal yang boleh jadi bijak dan kami taat kepada perintah Allah itu, dengan tunduk kepada hukum alam (sebab nak tahu sains kena tunduk pada hukum alam), sudah pasti kami ingin mencapai keredhaan Allah. Tapi anda tidak perasan ini semua sebab anda tidak memikirkan fitrah kejadian manusia.

Oleh kerana solat kami itu realisitik, maka sesiapa yang meninggalkan solat yang Allah perintahkan, pasti dapat kesan buruknya sejak di dunia lagi. Kita boleh lihat, umat yang tinggalkan kreativiti akan jadi lemah dan tertindas di muka bumi. Mereka hidup lemah dan berpecah-belah biarpun kuantiti mereka ramai. Di dunia lagi Allah tunjukkan kesan buruk tinggalkan solat yang kreatif itu.

Tapi solat yang anda kata ikut cara Nabi itu tidak memberikan kesan baik dari segi jasmani mahu pun rohani. Solat mereka itu tidak mampu mendidik jiwa jadi seorang yang rajin belajar dan kuat kesabaran untuk menjauhi perpecahan.

Cuba anda cari, ayat Al Quran mana yang suruh manusia bersujud kepada Kaabah? Bagi kami, maksud tunduk dan sujud kepada Allah bukan pada gerakan fizikal, tetapi pada tunduk dan sujud kepada hukum alam, sebab dengan tunduk pada hukum alam itulah barulah manusia dapat kesedaran nak perbaiki nasib. Hanya orang yang tunduk pada hukum alam Allah ini sahaja akan diberikan ilmu.

Tapi solat yang anda kata ikut cara Nabi itu tidak melahirkan manusia yang tunduk pada hukum alam. Malah mereka banyak mengengkari hukum alam. Hukum alam yang Allah tetapkan mengatakan manusia jadi bijak dengan tekun belajar, anda lihat rata-rata umat Islam pemalas belajar. Bukankah sudah terang-terang mereka menentang hukum alam Allah? Sebab itulah mereka dapat nasib yang hina sekarang ini.

Jangan tahu nak salahkan orang Barat kononnya menindas umat Islam. Salahkan diri sendiri yang pemalas belajar dan buat solat yang tidak ada kaitan dengan kehidupan realiti. Solat yang dikatakan macam cara Nabi itu tidak mampu mencegah umat dari berpecah-belah sesama sendiri. Apatah lagi bila kita rujuk Al Quran, cara yang kononnya didakwa macam Nabi itu tidak pun disebut dalam Al Quran.

Oleh kerana amalan nenek moyang itu (solat ikut ajaran kononnya cara Nabi) itu dilihat hanya menyebabkan kemudaratan (hidup jadi pemalas berfikir dan berpecah-belah), sebab itulah Allah tunjukkan kami solat yang lebih realistik yang bila dipraktikkan, memang mendidik jiwa yang sabar dan bahagia sebab setiap kali berjaya menghasilkan sesuatu kreativiti, Allah beri kami kepuasan jiwa sebab mampu membuktikan keupayaan diri. Dan secara logiknya, bila ramai umat Islam memiliki semangat membuktikan kemampuan diri, pasti suatu masa nanti umat Islam akan kuat. Sedangkan solat yang mereka kata kononnya seperti cara Nabi sudah terbukti tidak mampu membangkitkan umat biarpun telah beratus-ratus tahun dipraktikkan.

2 orang lelaki memancing ikan di tepi tasik(katalah A dan B). A dapat banyak ikan, berbanding B dapat tapi sikit. Jadi si A ni kononnya bila dapat banyak ikan dia mula berlagak dgn si B, bangga diri. Tapi si A terus sabar, sampai masa solat dia dirikan solat. Si A ni bila banyak ikan dah lupa pasal solat, takut ikan2nya dicuri oleh si B, disamping nk jaga pancingnya.

Dari cerita ni, si A mendapat ganjaran didunia saja, diakhirat nanti dia akan dihumbankan kedalam api neraka jahannam. Bnyak dapat ikan tidak mengambarkan redha Allah kepadanya. Tapi bagi si B, walaupun dia dapat sikit, tapi kerana kesabarannya dan ketaatannya, diakhirat nanti Allah swt akan membalas segala susah payahnya dgn syurga. Fahami konsep ujian dan dugaan.


Dari cerita anda, anda bias dengan menunjukkan orang yang dapat sedikit rezeki itu bersolat, dan yang banyak rezeki tak bersolat. Dari bercerita pun ada sudah berlaku tidak adil.

Cuba lihat realiti umat Islam (yang sikit rezeki) dengan orang Barat (yang banyak rezeki). Yang mana kurang kesabarannya dan suka berpecah-belah sesama sendiri?

Tak payah tengok yang jauhlah. Tengok perbezaan antara orang Melayu dan orang Cina di negara kita. Siapa yang kuat berdemontrasi bila harga minyak naik, orang Melayu ke orang Cina?

Dari cerita anda itu nampak menarik bahawa si B yang kurang rezeki seorang yang bersabar sebab bersolat. Tapi anda tengoklah realiti orang Melayu yang rata-ratanya miskin berbanding orang Cina. Orang Melayu yang kuat membenci pemimpinnya sendiri bila harga minyak naik. Bersabar apa ke bendanya itu? Jadi, apa erti solat mereka selama ini?

Sebab itulah kami nampak, solat yang dikatakan ikut cara Nabi itu tidak realistik pun untuk melahirkan jiwa yang sabar.

Kesabaran jiwa hanya boleh dicapai bila manusia itu tekun belajar dan mengkaji sesuatu bidang ilmu yang diminati. Sebab nak capai kepakaran dalam sesuatu bidang itu memang memerlukan manusia itu sabar dan tekun (kusyuk). Jika dalam sehari, 8 jam kita belajar, tidakkah itu sudah menjadikan hati itu penuh kesabaran?

Tetapi rahsia dalam diri ini tidak difahami oleh ramai orang Melayu sebab mereka tidak belajar kenal diri. Mereka beragama melalui tok guru bukannya melalui Allah. Mereka main cakap sahaja solat mereka kerana Allah, tetapi hakikatnya mereka lebih patuh pada kata-kata tok guru mereka berbanding apa yang Allah tetapkan. Sebab itulah realitinya, solat yang mereka kata ikut cara nabi itu tidak membentuk jiwa mereka jadi sabar dan menjauhi perpecahan sesama sendiri di kalangan orang yang solat seragam (padahal Al Quran tidak pernah tetapkan cara demikian).

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Tue Jul 07, 2009 6:49 am

penjejakbadai wrote:
Apakah solat tu dapat melawan sikap malas belajar, berfikir atau berusaha? Pertamanya saudari bercakap kerana prajudis, benci dan mencari kesalahan org yg mendirikan solat berbeza dari cara saudari. Yg kedua - dalam al Quran ada menyebutkan (al An'kabuut:45) bahawa solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Jika seseorg yg mendirikan solat masih tetap melakukan kemungkaran, bermaksud solatnya masih belum sempurna sebagaimana yg sepatutnya solat itu didirikan. Org yg solat tapi solatnya tu tak dapat mencegah dirinya dari melakukan kemaksiatan, bukan solatnya tu menjadikan dirinya lebih dekat dgn Allah sebaliknya semakin jauh dari Allah swt. Ketiga - Masalah sikap, masalah yg umum, bukan setakat kepada org islam tapi semua manusia, ada masalah malas cuma terkawal atau tidak.

Itulah yang Allah tunjukkan pada kami. Solat yang anda kata kena ikut cara Nabi (sedangkan Al Quran tidak pernah suruh tiru cara solat Nabi) tidak sempurna sebab tidak mampu mencegah kemungkaran. Ia sekadar dilakukan kerana nak cukupkan rukun, bukan kerana Allah secara hakikatnya. Kalau kerana Allah, setiap kali melakukan solat itu pasti membentuk kesabaran. Malangnya tengok perangai orang Melayu suka bercakaran dalam berpolitik dan mengutuk sana dan sini menunjukkan solat yang mereka lakukan itu tidak sempurna. Jadi sebab itu kami cari erti solat yang sempurna dengan rujuk kembali kepada Al Quran. Dan syukur, Allah sudah tunjukkan erti solat yang realistik ke arah kesempurnaan jiwa.

Kami bukannya tidak pernah bersolat ikut amalan nenek moyang itu. Tetapi selepas bereksperimen dan membuat perbandingan, solat yang Allah tunjukkan kepada kami itu lebih logik menjadikan manusia itu rajin, tekun dan bersabar, sebab nak asah kreativiti tidak akan tercapai tanpa kesabaran yang tinggi. Hukum alam sudah menetapkan sedemikian rupa.

Kemungkaran hanya mampu dicegah bila manusia menjauhi kepuakan dan hidup bersatu-padu. Itulah kunci utamanya kenapa para Rasul semuanya mengajak kepada kesatuan. Jadi dengan bersolat ke arah kreativitu, manusia akan lebih menumpukan masa untuk mengasahkan kreativitinya daripada buang masa mengutuk pemimpin sendiri atau berpuak-puak dalam beragama. Tak logik Allah turunkan agama yang sekadar nak berpuak-puak macam tu. Itu bukan agama Islam biarpun kononnya mereka kata mereka ahli sunnah. Sunnah Nabi mana yang ajar berpuak-puak? Sedangkan Nabi Muhammad pun tak taksub pada seseorang Rasul terdahulu dan membawa semua pengajaran baik yang baginda dapat daripada kisah Rasul-rasul terdahulu. Tetapi macam mana sekarang ini ramai umat Islam jadi taksub pada Nabi Muhammad sahaja?

Pada Nabi Nuh, iaitu seorang yang tekun mencipta kapal (sebab hukum alam tidak menunjukkan orang pemalas belajar dan tiada ketekunan akan mampu mencipta) pun ada pedoman dan pelajaran. Kenapa tidak contohi? Ini tidak, bila ada orang tekun cipta teknologi, umat Islam pandai-pandai pula buat hukum sendiri itu bahawa mencipta teknologi itu bukan untuk akhirat. Macamlah mereka itu tuhan nak tetapkan hukum yang Allah tidak tetapkan. Jika cipta teknologi bukan untuk akhirat, baik Nabi Nuh mati tenggelam bersama-sama kaum yang menyembah ritual itu? Tidakkah mereka memikirkan? Itulah, Al Quran hanya dibaca untuk dilagukan (rujuk perangai orang Melayu), bukannya nak difikirkan logik dan pengajarannya secara realistik.

Dan solat yang kononnya ikut cara Nabi itu tidak mampu membentuk kesatuan ummah. Sesama orang Arab pun mereka berpecah-belah. Bila lihat kaumnya disembelih di Palestin, ada yang biarkan dan ada yang marah. Sebab itulah kami tidak buat solat ikut orang Arab sekarang setelah nampak hasil kehidupan mereka yang tidak Islamik (tidak bersatu-padu) sebab Nabi Muhammad pun tidak solat ikut orang Nasara biarpun pun pada zaman baginda, Nabi Isa itu dianggap Rasul terakhir. Di sini kita nampak, solat itu bukan perbuatan ikut-ikutan, sebab para Rasul pun tidak mendakwa mereka bersolat ikut cara Nabi-nabi sebelum mereka.

Kami membenci sesuatu perkara yang diada-adakan yang Allah tidak datangkan perintah atasnya. Jika benar cara solat itu sedemikian rupa dan kena tiru macam cara Nabi, sudah pasti Al Quran menetapkannya sebab Al Quran itu datang dari Allah. Tetapi bila rujuk Al Quran, tiada ketetapan sedemikian rupa. Kebanyakan ketetapan yang wujud pada cara solat yang dikatakan ikut cara Nabi hanya tokok tambah golongan yang ada status agama. Ingatlah, kaum terdahulu pun terpesong gara-gara tangan ahli-ahli kitab (ahli agama) mereka. Itulah yang kami takuti.

Tambahan pula solat yang kononnya mereka kata ikut cara Nabi itu sudah terbukti menyebabkan sesuatu umat jadi lemah, pemalas dan berpecah-belah. Jika seorang dua yang lemah dan pemalas belajar, memanglah bukan salah ajaran agama itu. Tetapi bila perangai umat itu sama sahaja baik yang di tanah Arab atau di nusantara, itu menunjukkan ada yang tak kena dengan ajaran agama tersebut.

Seperti itulah Rasulullah melihat perangai orang Yahudi dan Nasrani zaman baginda. Biarpun mereka ada Taurat dan Injil, tetapi ajaran agama mereka tidak menjadikan umat mereka kuat dan bersatu-padu, tetapi sesama mereka berbalah-balah pasal agama. Dan Allah ulangkan kembali apa yang Rasulullah pernah nampak pada kaum terdahulu pada mata kami untuk nampak perkara yang sama wujud dalam umat Islam sekarang.

Puji-pujian bagi Allah. Kalau tidak sudah pasti kami tidak mendapat kesedaran untuk berubah. Bukankah berubah kepada kebaikan setelah nampak kemudaratan itulah ciri-ciri orang yang beriman? Kalau tidak, takdelah Rasulullah tinggalkan amalan nenek moyang mereka setelah jelas di mata mereka ajaran nenek moyang itu hanya memudaratkan?


2) Saudari dapat dari mana kata agama tu nasihat? Boleh beri ayat al Qurn yg kata macamtu?

Daripada Al Quranlah. Bukankah Al Quran itu penuh kata-kata nasihat kepada manusia? Lainlah Al Quran tidak mengandungi kata-kata nasihat. Tidaklah kita nampak logik agama itu nasihat. Tetapi sebab terang-terang Al Quran itu mengandungi nasihat dan pedoman, maka logiklah kita kata agama yang diajar oleh Al Quran itu nasihat. Cuba bukakan minda anda itu untuk fahami perkaitan ini. Latih minda menguna logik atau mantik, baru mudah nak fahami erti kehidupan.


Sebuah kisah yg saya ambil dari sebuah website...
Code:
“Nabi Muhammad saw masuk masjid. Lalu, seseorang masuk (pada waktu itu Rasulullah saw berada di salah satu sudut masjid). Kemudian, orang itu pun menunaikan solat (dua rakaat). Rasulullah saw memerhatikan solat lelaki tersebut, selesai sahaja solat, lelaki tersebut pun mendekati Rasulullah saw lalu mengucapkan salam. Rasulullah saw menjawabnya, ‘Wa ‘alaika as-salam. Ulangilah solatmu kerana sesungguhnya engkau belum solat!’
Lalu berkatalah lelaki itu (setelah melakukan solat yang terakhir), Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, aku tidak dapat melakukan solat yang lebih baik daripada ini. Kerana itu, perlihatkanlah kepadaku dan ajarlah aku kerana sesungguhnya aku ini manusia biasa, kadang-kadang aku benar dan kadang aku salah.’
Orang itu pergi dan melakukan solat seperti yang telah ia lakukan. Rasulullah saw memerhatikan solat yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Setelah selesai, lelaki itu pun sekali lagi datang bertemu Rasulullah saw sambil mengucap salam kepada baginda. Rasulullah saw bersabda kepadanya, ‘Wa ‘alaika as-salam. Pergilah dan ulangi lagi solatmu, kerana engkau belum melakukan solat. Ia melakukan solat sampai tiga kali. Setiap kali selesai melakukannya, ia datang kepada Rasulullah saw dan mengucapkan salam kepada baginda, lalu baginda bersabda, ‘Wa ‘alaika - yakni ‘Wa ‘alaika as-salam ulangilah solatmu, kerana sesungguhnya engkau belum melakukan solat.’

Dari kisah diatas, kita perlu perhatikan, apakah solat seseorg yg mempunyai masalah2 yg saudari sebutkan tu telah benar2 didirikan atau "asal buat". Yg perlu dinilai ialah kualiti solatnya, bukan disebabkan dia tak berjaya, disebabkan dia gagal dalam pelajaran atau perniagaan maka cara solat dia pasti salah dan kena tukar kaedah. Bahkan mungkin sikapnya, ilmu dalam perniagaan, keputusan2 yg dibuat dan sebagainya. Kita perlu ingat, walaupun kita dapat mendirikan solat hingga dgn solat itu kita mampu menembusi langit ke-7, utk melakukan sesuatu seperti berniaga, kita masih memerlukan ilmu berniaga, utk menjadi saintis, kita masih perlu mencari ilmu2 yg berkaitan dgn bidang yg dimaksudkan.


Daripada riwayat yang anda ambil ini (sebab itulah kami tidak suka bersandarkan riwayat, sebaliknya kami rujuk Al Quran), seolah-olah Nabi Muhammad pula sebagai tuhan yang menentukan kesempurnaan solat seseorang. Bukankah solat itu untuk Allah? Hanya Allah yang layak menilai kesempurnaan solat itu. Sebab yang penting pada solat itu terletak pada hati. Mana logik Nabi Muhammad boleh nampak keikhlasan hati orang yang bersolat itu untuk disuruh mengulang-ulangnya. Ketahuilah, jika anda dakwa cara solat anda sebijik macam Nabi pun, tetapi keikhlasan itu tiada, apakah Allah akan terima solat anda itu?

Ambil pengajaran surah An Nuur ayat 41 yang mengatakan Allah Maha Mengetahui solat makhluk-makhlukNya. Jadi itu menunjukkan kesempurnaan solat itu diterima atau tidak adalah milik Allah, bukan milik Nabi.

Itulah yang kami nampak, bila manusia banyak guna riwayat hadis, hasilnya menyebabkan mereka nampak Nabi itu seperti tuhan. Itu yang dikatakan mereka sembah Nabi.

Cuba fikir secara logik, macam mana Nabi nak tahu keikhlasan hati manusia lain berbuat solat untuk dia nilai sah atau tidak? Sepatutnya sebagai Nabi, baginda akan serahkan urusan solat orang lain itu kepada Allah, bukan baginda yang menilainya. Sebab itulah Al Quran pun tidak mengatakan solat yang tidak seperti Nabi Muhammad dikira tidak sah. Tetapi kita disuruh bersolat dan nak tahu apa itu solat, rujuk ayat 41 surah An Nuur itu. Dan lihat solat macam mana yang dicelakakan (surah Al Ma'aun). Tidak pula Al Quran celakakan orang yang solat tak macam cara Nabi. Lihatlah bagaimana ada ahli ktiab buat ketetapan yang Al Quran tidak tetapkan iaitu kena tiru solat macam cara Nabi. Dakwaan mereka itu tak berasas langsung!

Anda tidak perasan ada yang tak kena dengan riwayat tersebut? Cuba renung-renungkan dengan mendalam. Dan jangan letakkan taraf Rasulullah itu sama macam Allah pula sampai baginda boleh tahu keikhlasan manusia itu bersolat.

Sebab itu dalam Al Quran tiada ajaran para Rasul dahulu membetulkan cara solat seseorang manusia lain. Malah dari kisah Nabi Musa dan seorang hamba (Nabi Khidir) dalam surah Al Kahfi pun baginda tersilap dalam membetulkan apa yang hamba Allah itu lakukan biarpun di mata Nabi Musa hamba Allah itu telah melakukan kesalahan. Dari pedoman kisah ini, apakah logik Nabi Muhammad nak menilai kesalahan solat orang lain sedangkan solat itu milik individu dengan Allah? Fikir-fikirkanlah.

bersambung

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Tue Jul 07, 2009 6:49 am


3) Rasulullah saw bersabda,
Code:
"Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai" - (HR Muslim).


al Quran wrote:Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (al Asr:1-3)


Daripada firman dan sabda diatas, dapat dilihat, peranan umat islam ni antaranya ialah nasihat-menasihati. Menasihati tentang kebenaran dan kesabaran, tetapi disini cuba lihat dari solat saudari. Saudari kata kaedah solat kami tu salah, tapi macamana kaedah solat yg sebenarnya? Saudari kata kena minta petunjuk dari Allah utk tau kaedah solat yg terbaik bagi setiap orang. Masalahnya bagaimanakah nak tau sesuatu yg terlintas dari hati tu petunjuk dari Allah atau syaitan ataukah hanya nafsu?

a) Sesuatu yang datang daripada Allah, ada logiknya iaitu ada hukum alam yang membenarkannya, sebab hukum alam itu sah-sah ditetapkan oleh Allah, bukan ulamak, bukan tok guru.

Macam kebenaran 1+1=2. Bila kita kira guna jari, hukum alam telah menetapkan ia akan jadi 2 dari segi bilangannya. Itulah dinamakan kebenaran. Bukannya kebenaran itu disebabkan tok guru yang sampaikan, seperti mana kebenaran 1+1=2 bukan kerana seseorang guru matematik menyampaikan. Tetapi semuanya kerana ada hukum alam sebagai bukti yang nyata. Sebab itulah para Rasul berdakwa bawakan bukti yang nyata, bukannya bawa riwayat hadis Nabi-nabi terdahulu. Kalau tidak pasti dalam Al Quran mengatakan Nabi Muhammad bersolat macam Nabi Isa (Rasul yang terhampir dengan zaman baginda).

Bayangkan, Nabi Muhammad yang hidup lebih kurang 500 tahun selapas Nabi Isa pun tidak taksub tiru solat Nabi Isa, apakah patut kita yang sudah lebih 1500 tahun dari zaman baginda boleh main percaya ajaran yang dakwa cara solat mereka itu macam Nabi Muhammad?

b) Dan sesuatu yang datang dari syaitan atau hawa nafsu itu sesuatu yang tiada bukti berupa hukum alam atau perkara yang diada-adakan.

Itulah yang kami nampak pada cara solat yang dikatakan ikut cara Nabi, tetapi tiada logik yang menunjukkan kekuatan solat itu. Sama ada dilakukan atau ditinggalkan, tetap sesuatu umat itu lemah atau berpecah-belah. Yang mengajak kepada perpecahan itu, bukannya orang yang tidak pergi bersolat ikut cara Nabi, malah ada yang sampai berjemaah di masjid-masjid. Tetapi lepas bersolat, mereka buat ceramah mengutuk sana dan sini demi politik. Padahal Al Quran sudah suruh taat pada ulil amri (pemerintah).

Setelah membuat perbandingan antara bangsa-bangsa di dunia, Allah tunjukkan pada kami, bangsa yang kusyuk mengkaji ilmu alam Allah dan kemudiannya dikurniakan pandai mencipta lagi bersatu-padu sesama manusia lain. Mereka tidak kisah nak melabur di Malaysia yang ramai orang Islam kata mereka kafir. Jika mereka berprejudis dengan orang Islam, tidaklah mereka datang melabur sebab Malaysia ramai orang Islam. Tetapi macam mana mereka boleh capai tahap kebaikan hati seperti itu?

Tetapi ramai orang Islam tak sedar diri sebab mereka sudah jadi macam kaum Yahudi dahulu yang anggap umat mereka sahaja yang dikasihi Allah.

Melihat perangai umat Islam sekarang yang rata-rata tidak berakhlak seperti Al Quran itulah yang menyebabkan kami kembali kepada Al Quran. Dan bila kami rujuk Al Quran, tiada ditetapkan cara solat seperti ajaran kena bersolat macam cara kononnya ikut Nabi.

Erti solat yang sebenar supaya manusia itu hidup mengikut apa tujuan dia diciptakan. Manusia diciptakan ada minat dalam bidang ilmu Allah. Yang bagi minat itu adalah Allah sebab minat dalam sesuatu bidang tidak boleh dipaksa-paksa. Sebab tidak mungkin seorang manusia boleh fokus dalam semua bidang ilmu Allah yang luas. Jadi bila manusia itu kenal minat dalam sesuatu bidang ilmu, masa yang digunakan untuk mengkaji dan belajar ilmu Allah itulah solat untuk diri mereka.

Ada beza manusia belajar kerana minat dan belajar kerana duit. Yang belajar kerana duit itulah yang dikatakan untuk dunia, sebab mereka hanya pandang keuntungan material sahaja. Tetapi orang yang buat kerana minat, mereka buat kerana ikhlas. Dan ikhlas itu hanya untuk Allah. Sebab Allah suka manusia yang ikhlas.

Tetapi bila manusia itu buat solat kerana suruhan tok guru, macam mana nak capai ikhlas? Sebab itulah solat mereka itu tidak menjadikan mereka golongan yang mendapat keredhaan Allah. Allah biarkan mereka hidup secara lemah dan berpecah-belah (ciri-ciri golongan kafir terdahulu).

Sebab itulah Allah perintahkan kami meninggalkan amalan yang membawa kemudaharat dan perpecahan sebab tidak logik Allah perintahkan sesuatu yang membawa perpecahan.

Segala perkara yang logik ke arah kesatuan, kami akan cuba biarpun manusia lain tidak percaya. Sedangkan ada para Nabi yang dibunuh sebab ajak ke arah kesatuan, apalah yang kami bukan Nabi ini mampu lakukan biarpun kami menyeru kepada kesatuan?


Hinggalah pada akhirnya org yg bertanya tu perlu mencari sendiri kaedah solatnya tanpa saudari dapat menyatakan ianya benar atau salah.

Benar atau salah cara solat seseorang individu itu hanya layak diketahui oleh individu itu. Jika cara solatnya tidak melahirkan jiwa yang sabar dan tekun, sebaliknya suka berpecah-belah, itu menunjukkan ada yang tak benar dengan solat tersebut.

Sehingga manusia itu menemui cara yang menyebabkan jiwanya tenang bila bersolat dan cintakan kedamaian dan kesatuan sesama manusia, itulah tanda manusia itu telah menjumpai solat untuk dirinya. Ingatlah, kita bersolat bukan kerana tok guru atau manusia lain, tetapi untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab amalan kita, hanya untuk kita sendiri di akhirat.

Tapi umat Islam sekarang bersolat kerana nak ikut cakap tok guru atau ikut masyarakat. Mereka bukan bersolat kerana Allah lagi, sehingga solat mereka sekadar cukup rukun sahaja. Nasib umat mereka lemah dan berpecah-belah itu bukan urusan mereka. Yang pentingnya, periuk nasi mereka sahaja terjaga.

Jadi kami tak mahu bersolat yang tidak mencerminkan seperti tiang pun. Sebab itulah Allah tunjukkan solat yang betul-betul tiang bagi manusia iaitu yang berkaitan dengan peningkatan mentaliti. Sebab taraf manusia berbeza ikut mentalitinya. Orang kafir dikatakan lebih hina daripada binatang ternak sebab mentaliti mereka terlalu rendah akibat beragama tanpa berfikir. Main turut cakap tok guru mereka.

Ingatlah, orang kafir terdahulu pun jadi kafir dalam keadaan mereka ramai ahli-ahli kitab. Bukannya kerana mereka tiada ahli-ahli kitab. Lihat keadaan umat Islam yang ramai ulamak dan ustaz, tapi sesama mereka hidup berpuak-puak dan berpecah-belah sebab taksub pada seseorang tok guru. Tidakkah kita melihat persamaan dengan perangai orang kafir terdahulu?

Atas dasar itu, kami menjauhi beragama taksub pada tok guru, tetapi kami menerima semua kata-kata yang disandarkan pada hukum alam (yang sah-sah daripada Allah) tidak kira apa jua bangsa yang sampaikan. Tidak kira dari Timur atau Barat, sebab semua kebenaran (yang ada hukum alam) itu milik Allah Pencipta alam ini. Dengan cara ini, kami boleh menjauhi kepuakan. Sebab yang penting dalam beragama adalah kebenaran, bukannya kepuakan!


Mungkin saudari akan berkata tentang perkara yg membawa manfaat, baik apa hukum menjadi ahli muzik? Bagaimana cara seorg ahli muzik, katalah drummer mendirikan solat yg bermanfat utknya? main drum 3 berjam2? Ini memberi manfaat utk kerjayanya. Tiba2 dia dijemput membuat persembahan di sebuah negeri yg dia perlu menaiki kapal terbang. Mungkinkah jika dia perlu mendirikan solat diatas kapal terbang tu dia perlu pukul drum tu?

Kesenian muzik itu mampu mengasah otak kanan manusia. Jadi sesuatu yang mengasah otak, sudah pasti ianya baik. Sebab itulah Al Quran suruh manusia berfikir sebab berfikir itu mendatangkan kebaikan. Tapi ramai yang tidak nampak nikmat-nikmat Allah itu sehingga pandai-pandai buat ketetapan bahawa tak boleh guna akal dalam beragama. Mereka nak suruh taat pada kata-kata tok guru membuta-tuli. Itulah taktik syaitan nak memesongkan manusia iaitu menjadikan agama itu perlu ditaksubi pada seseorang tok guru. Sedangkan yang layak ajaran agama adalah Allah. Bila agama itu milik Allah, sudah pasti segala yang benar itu adalah milik Allah, bukan milik "ahli sunnah". Macam mana mereka boleh bersangka yang kebenaran itu milik mereka sahaja? Seperti itulah ahli-ahli kitab dahulu membantah para Rasul mereka sebab beranggapan mereka sahaja layak bercakap pasal agama dan Rasul yang tidak ada Kitab itu tidak layak.

Kalau pemain drum, tempat dan waktu solatnya masa di praktis di studiolah. Kenapa dalam kapal terbang nak pukul drum? Hidup biarlah rasional. Sebab itulah Al Quran sendiri tidak tetapkan waktu solat itu ada 5 waktu. Sebab corak kehidupan manusia berbeza-beza. Dari segi perjalanan untuk urusan rezekinya berbeza. Tapi Al Quran ada sebut, bersolat di dua pinggir siang, maknanya semasa awal pagi dan selepas matahari terbenam sebab pada waktu itu manusia tak sibuk cari rezeki. Dengan kata lain, solat atau praktis ke arah kemahiran dan kepakaran itu pada waktu yang lapang dan tenang. Jika dalam kapal terbang nak pukul drum, bukankah sudah mengganggu penumpang lain? Lainlah kapal terbang itu sediakan studio nak praktis, bolehlah pukul drum. Atau rock band tu ada jet peribadi sendiri. Bolehlah pukul drum dalam perjalanan itu.

Persoalannya disini, apakah sebenarnya kebenaran yg cuba saudari sampaikan? Dan apakah saudara dapat menyatakan sesuatu itu benar atau salah pada akhir perubahan yg dibuat oleh seseorg yg saudari nasihati(cth kaedah solat)?

Bersambung....

Hidupkan dengan tunduk kepada hukum alam, bukan tunduk cakap manusia yang tiada bukti hukum alam.

Jika manusia lain itu berjaya membentuk jiwa jadi seorang yang tunduk pada hukum alam yang Allah tetapkan, itu sudah menunjukkan manusia itu berpegang pada kebenaran. Sebab tak logik Allah cipta manusia supaya engkar pada hukum alam. Jika makhluk-makhluk lain seperti bulan, bintang, bumi dan matahari pun boleh tunduk kepada hukum alam, kenapa manusia yang lebih simple penciptaannya perlu engkar pada hukum alam?

Apabila kita berbuat sesuatu mengikut hukum alam, hasilnya adalah realistik. Kita boleh menilai sejauh kebenaran sesuatu yang kita praktikkan. Contohnya solat yang realisitik itu hasilnya kita boleh lihat iaitu jadi seorang manusia yang kreatif dan banyak idea. Semakin banyak idea, semakin dekat pada kebenaran. Sebab itulah Rasulullah pun orang yang banyak ilham (wahyu). Sedangkan orang kafir tidak mampu mendatangkan kitab seperti Al Quran sebab mereka pemalas berfikir pasal alam. Mereka anggap buat solat ritual itu urusan akhirat, dan belajar kaji alam itu urusan dunia. Padahal Al Quran sendiri suruh fikir pasal kejadian alam sehingga memberi harapan bahawa jemaah jin dan manusia boleh tembus penjuru langit. Sebab hanya yang kaji ilmu alam sahaja yang mampu capai tahap begitu. Jadi apakah patut dikatakan belajar sains dan mencipta teknologi itu untuk dunia, sedangkan Al Quran sendiri mengajak berfikir ke arah sains dan teknologi? Kenapa tak ambil Al Quran sebagai pedoman?

Jadi setelah nampak apakah ajaran sebenar Al Quran, sebab itulah kami seru supaya tinggalkan amalan yang tiada sokongan hukum alam yang sekadar bersandar pada nama tok guru sahaja. Beranggapan ada tok guru yang berkuasa menetapkan hukum tanpa bukti hukum alam, itu sudah menganggap tok guru itu setara dengan Allah. Ingatlah, dosa mensyirikkan Allah tidak diampunkan. Di dunia lagi Allah sudah bakar hati orang kafir yang mensyirikkan Allah itu. Sebab itulah mereka tidak mampu berhujah bawa bukti hukum alam, menunjukkan Allah tidak redha kepada mereka. Sebab yang beri kefahaman pasal agama itu adalah Allah, bukannya manusia.

Jangan sembah manusia, tapi sembahlah Allah yang menetapkan hukum alam itu. Kerana itulah Al Quran itu sendiri selari dengan hukum alam. Biarpun zaman Rasulullah, roket belum diciptakan, tetapi akal baginda sudah mencapai logik bahawa manusia boleh tembus penjuru langit dan bumi. Dan ilham yang Allah sampaikan (sebab baginda berfikir secara logik ikut hukum alam) telah dibuktikan oleh orang Barat sana sedangkan umat Islam sekarang hidup lalai belajar sains dan berpecah-belah sesama sendiri. Sungguh memalukan bila lihat perangai umat Islam sekarang bila kita buat perbandingan.

Inilah yang golongan beriman nak peringatkan. Kalau tak terima pun, kami tak rugi apa-apa sebab tanggungjawab yang Allah berikan, kami sudah sampaikan sebaik mungkin. Yang rugi adalah orang kafir yang engkar hukum alam itu sebab keengkaran tunduk pada hukum alam itu Allah balas mereka jadi kaum yang lemah dan tertindas di bumi sendiri. Lihatlah macam mana Allah bakar hati orang Melayu yang merasakan pemimpinnya menindas mereka. Padahal mereka yang tindas diri mereka sendiri sebab beragama secara menurut sehingga tak sedar tahap mentaliti jadi rendah. Bila mentaliti rendah dan tiada kepakaran, macam mana nak hidup dengan tenang?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Fri Jul 10, 2009 1:30 am

penjejakbadai wrote:Sambungan...

4) Betullah andaian saya sebelum ni, saudari akan kata menuntut ilmu tu sebagai solat. Tapi cuba saudari fikirkan semula, pencapaian org2 kafir dan yahudi jauh lebih hebat dari pencapaian umat islam sedangkan mereka tak beriman kepada Allah swt. Apakah saudari nak kata mereka ni pun solat? Saya pasti tidak, tapi bagaimana saudari nak letakkan perbezaan antara saudari belajar dan mereka belajar tetapi saudari boleh mendakwa belajar saudari ialah solat tapi belajar mereka tu bukan solat? Sedangkan mereka juga belajar utk menguatkan akal fikiran, meningkatkan pecapaian mereka, matlamat yg sama sebagaimana saudari.

Macam mana anda boleh hukum manusia lain yang dikurniakan ilmu dan kebijaksanaan itu kafir? Apa bukti anda mereka itu kafir? Dan macam mana anda nak kata mereka tidak beriman kepada Allah sedangkan urusan iman itu hanya Allah sahaja yang tahu?

Apabila manusia itu sudah tunduk kepada hukum alam atas kepercayaan yang tetapkan hukum itu adalah Allah, bermakna ia sudah beriman. Tiada yang menetapkan hukum alam semesta ini melainkan Allah. Lainlah jika mereka adalah athies yang kata hukum alam itu terjadi dengan sendirinya tanpa adanya Tuhan.

Tak baik anda menghukum secara pukul rata terhadap sesuatu kaum yang tidak seketurunan dengan anda sebagai kafir. Apakah anda itu tuhan? Bukankah perangai suka hukum kaum lain itu kafir adalah perangai orang Yahudi terdahulu yang anggap bangsa mereka sahaja dikasihi Allah dan selain mereka adalah bangsa yang hina?

Sekarang ini, jika kita renung dalam-dalam, ramai umat Islam sudah berperangai macam kaum Yahudi terdahulu yang anggap kekafiran itu mengikut keturunan. Padahal sejauh mana iman atau kafir manusia itu bergantung sejauh mana manusia itu tunduk kepada hukum alam atau tunduk kepada manusia atas alasan manusia itu ahli agama atau ahli kitab, tanpa memikirkan sejauh mana kata-kata golongan itu selari dengan hukum alam.

Dalam Al Quran, ciri-ciri orang kafir adalah orang yang b0doh. B0doh disebabkan manusia itu malas belajar. Mereka ada keupayaan untuk meningkatkan tahap pemikiran, tetapi mereka engkar dengan hukum alam yang menetapkan manusia jadi bijak jika belajar.

Oleh kerana kafir = b0doh, maka Islam = bijak. Sebab itu mana ada para Rasul dari kalangan manusia yang b0doh. Jadi, oleh kerana solat itu tiang agama, sudah pasti usaha ke arah kebijaksaan (Islam) itulah solat.

Otak manusia hanya akan jadi bijak bila berpegang pada hukum alam, sebab otak tidak akan meningkat jika berpegang pada sesuatu yang dusta (tiada hukum alam sebagai sokongan).

Cuba anda bayangkan, jika ada manusia main suka-suka kata 1+1=15 tanpa adanya bukti yang nyata, macam mana ia hendak difikirkan dan dikembangkan kepada persamaan yang lain? Jika 1+1=15, 1+15 nak jadi berapa pula?

Ini menunjukkan, berpegang pada kata-kata yang tiada sokongan hukum alam, otak manusia tidak boleh memikirkan dan mengembangkan ajaran itu.

Oleh kerana umat Islam sekarang sudah banyak berpegang pada ajaran yang tiada sokongan hukum alam, sebab itulah tahap pemikiran umat Islam tidak berkembang. Mereka melihat Islam secara jumud dan sempit. Asalkan datang sesuatu dari Arab, itu dikira Islam sedangkan yang datang daripada Barat, itu dikira sekular. Betapa sempitnya pemikiran mereka itu.

Selain itu, ayat pertama yg diturunkan ialah berkaitan mencari ilmu, sedangkan kewajiban solat hanya selepas 11 tahun Rasulullah menjadi Rasul, bukankah terlalu jelas perbezaan antara menuntut ilmu dan solat?

Kerana masa mula-mula turunnya wahyu, Allah tidak beri petunjuk kepada Rasulullah apa erti solat yang sebenarnya. Bukankah masyarakat Jahiliah dahulu bersolat dengan menyembah berhala-berhala mereka?

Setelah melalui perjalanan dakwah, barulah Allah buka sedikit demi sedikit apa erti solat yang sebenarnya sehingga baginda nampak kewajiban solat. Oleh kerana tanpa belajar manusia akan jadi b0doh dan keb0dohan itu ciri-ciri orang kafir, maka disitulah Rasulullah nampak wajibnya solat (menuntut ilmu).

Kami juga masa mula-mula dapat hidayah tidak nampak erti solat yang sebenar. Masa itu kami ingatkan solat dan menuntut ilmu yang hak itu suatu yang berbeza sebab dari kecil sudah diterapkan solat gerakan ritual yang diajaran oleh ustaz-ustaz dahulu. Namun sejak baca Al Quran dan memikirkan ayat 41 surah An Nuur, Allah beri nur kepada kami untuk nampak erti solat yang lebih realistik pada kehidupan manusia yang mana jika ditinggalkan solat yang realistik itu, kesannya memang jelas dan nyata iaitu jadi manusia yang b0doh.

Sedangkan solat ajaran nenek moyang itu, sama ada dibuat atau tidak, tiada kesan mudaharat atau manfaatnya. Malah bila tengok rata-rata umat Islam sekarang jadi malas, lemah dan berpecah-belah biarpun mereka dari kalangan yang bersolat kononnya ikut Nabi, lagi-lagilah kami menjauhi punca-punca kemudaharatan itu.

Setelah Allah berikan petunjuk yang jelas memberi kebaikan (solat adalah belajar dan membangunkan pemikiran), apakah patut kami mengambil selain yang baik itu?

Para Nabi memang dalam kalangan org2 yg bijak, tapi mereka bukanlah org2 yg belajar seperti kita, mereka mendapat wahyu dari Allah swt. Jangan samakan mereka dgn kita.

Macam mana anda kata jangan samakan mereka dengan kita? Sedangkan mereka itu contoh ikutan. Kalau tak sama, macam mana nak ikut?

Anda juga cuba samakan cara solat anda dengan solat Nabi (walaupun anda tak pernah nampak macam mana Nabi bersolat, hanya dengar khabar orang). Tetapi dalam satu sudut, anda tidak bagi sama dengan mereka.

Ikut hukum alam, manusia jadi bijak kerana belajar. Wahyu itu diterima oleh para Rasul sebab mereka ada inisiatif untuk belajar. Bukannya mereka duduk goyang kaki, tiba-tiba turun wahyu dan masukkan ilmu dalam jiwa mereka. Segala usaha nak memiliki ilmu, namanya belajar.

Bezanya mereka belajar tanpa tok guru dan tidak menurut ajaran ahli-ahli kitab membuta-tuli. Itulah yang kami contohi dengan mengambil segala yang baik Allah datangkan tanpa taksub pada sesuatu individu atau puak. Sebabnya, segala yang benar atau hak itu, semuanya datang daripada Allah. Ramai yang tak sedar konsep ini.

Ingatlah, Allah tidak mengubah nasib seseorang manusia melainkan manusia itu sendiri mengubahnya. Jadi yang menyebabkan nasib seseorang Rasul berubah dari asalnya jahil (sebelum terima wahyu) kepada bijak (selepas menerima wahyu), semuanya berlaku atas usaha mereka mengubah nasib diri mereka.

Jadi, jika kita mencontohi semangat para Rasul dalam memajukan tahap pemikiran, kita pun boleh capai tahap pemikiran macam mereka. Bukankah Allah cipta manusia itu memiliki asas yang sama iaitu ada akal dan nafsu?

Jangan jadikan alasan Rasul itu berstatus lain untuk dibeza-bezakan dengan manusia seperti kita. Memanglah dari segi tahap pemikiran, ada beza orang yang bijak dengan orang yang b0doh. Tetapi dari segi keupayaan untuk mengubah nasib diri kepada bijak, semua manusia ada akal dan kudrat untuk melakukannya. Allah itu Maha Adil.

Oleh kerana Allah Maha Adil, kebijaksaan yang dicapai oleh para Rasul itu sebab mereka tunduk pada hukum alam yang melayakkan mereka capai kebijaksaan iaitu dengan cara belajar. Jika tanpa belajar pun Rasul itu tiba-tiba jadi bijak, sudah pasti orang kafir boleh membantah Allah sebab tidak berlaku adil kepada mereka yang nak jadi bijak kena belajar, sedangkan Rasul jadi bijak tanpa perlu belajar.

Dan jika tanpa belajar, tiba-tiba para Rasul jadi bijak, macam mana kita nak contohi mereka sebab hukum alam menetapkan nak jadi bijak kena belajar dahulu. Dan tak logik para Rasul tidak ikut hukum alam. Mereka pun manusia biasa. Malah malaikat pun tunduk pada hukum alam.

Ingatlah, kita semua bermula pada fitrah yang sama. Yang membezakan adalah sama ada usaha kita masing-masing. Orang yang malas, dapatlah balasan sesuai dengan kemalasan. Supaya kelak mereka tidak boleh salahkan Allah sebab beri kebijaksaan kepada orang yang rajin belajar, sedangkan mereka malas belajar.

Fikir-fikirkanlah...bersambung

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Sat Jul 11, 2009 4:21 pm

penjejakbadai wrote:
5) Menuntut ilmu, mengaji, menganalisis dan yg berkaitan sememangnya dapat membawa kepada kepakaran dalam sesuatu bidang, tetapi persoalannya bagaimana itu boleh dianggap sebagai solat? Saudari perlu ingat, saudari mendakwa saudari mengkaji al Quran. Dalam ayat al Quran yg mana yg menyebutkan solat itu ialah perbuatan mencari ilmu, mengkaji dan sebagainya tu. Saya tak mempersoalkan berkenaan menuntut ilmu utk menjadi pakar, tetapi bagaimana menuntut ilmu itu boleh dianggap sebagai solat - DALILnya mana.


24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.

Cuba fahami secara logik ayat ini. Solat dan sanjungan (tasbih) burung kepada Allah adalah dengan mengembangkan sayap-sayapnya. Kenapa burung bersolat dengan kembangkan sayap? Kenapa burung tidak menundukkan kepalanya macam ruku' atau sujud yang nenek moyang kita ajar, walhal burung pun ada kepala juga?

Kita nampak keunikan burung adalah pada sayapnya iaitu boleh terbang dengan mengembangkan sayapnya. Cuba kita kerat sayap burung tu, maka ada keunikan lagikah pada burung itu? Sudah pasti burung itu tidak boleh terbang lagi. Dengan kata lain, burung itu sudah tidak mengikut fitrah kejadiannya yang mampu terbang.

Cuba lihat manusia pula. Apa keunikan manusia berbanding makhluk Allah yang lain? Keunikan manusia berbanding makhluk lain terutama berbanding kera atau beruk (yang hampir sama keadaan bentuk jasadnya dengan manusia) adalah pada akalnya yang tahu memcipta teknologi dan berinnovasi. Kalau dib0dohkan akal manusia itu, bolehkan manusia itu mencipta? Tidak, malah manusia itu akan jadi sama macam kera atau beruk. Sebab itu Al Quran melaknati kaum Yahudi terdahulu yang suka hidup berpecah-belah sama macam kera-kera yang hina. Oleh kerana umat Islam sudah macam kaum Yahudi terdahulu (berpecah-belah biarpun ramai), maka bolehlah diumpamakan seperti beruk-beruk yang hina, apatah lagi tidak tahu mencipta, biarpun Al Quran yang diikuti ada kisah para Rasul yang bijak menguasai kepakaran seperti Nabi Nuh (buat kapal) dan Nabi Daud (buat baju besi).

Cuba fikirkan lagi, tanpa burung itu praktis mengembangkan sayapnya, apakah burung itu akan boleh terbang dengan sendirinya? Macam itu juga, tanpa manusia itu menuntut ilmu dan berlatih mengasah mindanya, apakah ia akan jadi pakar?

Jika dengan mengembangkan sayapnya agar memenuhi fitrah kejadian burung (supaya boleh terbang) pun sudah Allah kira sebagai solat, maka di sinilah kita nampak logik bahawa solat bagi manusia adalah mengasahkan akalnya agar pakar mencipta sebab fitrah manusia adalah untuk pandai mencipta. Kalau Allah cipta manusia agar tidak tahu mencipta, baik Dia bagi manusia otak setaraf kera dan beruk itu sahaja. Tetapi kenapa otak manusia boleh berkembang seterusnya bijak mencipta? Tidakkah manusia itu memikirkan?

Hanya manusia yang pemalas belajar dan berfikir sahaja Allah hadkan keupayaan mereka sehingga tidak mampu mencipta. Maka layaklah manusia sebegitu perangainya diumpamakan seperti beruk atau binatang ternak. Allah tidak memb0dohkan mereka, tetapi atas perbuatan diri mereka sendirilah yang meletakkan mereka dalam keb0dohan akibat beragama main pakai turut membuta-tuli.

Jadi tidakkah sudah ada dalil (naqli dan aqli) yang kukuh menunjukkan erti solat yang sebenarnya bagi manusia iaitu melakukan aktiviti mengasah dan mengembangkan minda agar jadi insan yang pandai mencipta? Mana logik Allah cipta manusia supaya jadi b0doh. Hanya iblis suka manusia jadi b0doh sebab dia dengki melihat kebijaksanaan Adam. Jadi jika iblis berjaya memb0dohkan seseorang anak Adam, bermakna dia sudah ada alasan kenapa tidak mahu tunduk kepada Adam dahulunya.

Atas kesedaran inilah golongan beriman mengajak manusia ke arah kebijaksanaan, supaya iblis tiada bukti nak jadikan alasan kenapa dia engkar dengan perintah Allah dahulu.

Solatlah ikut realiti fitrah kejadian diri manusia itu. Sedangkan burung pun solat ikut fitrah dirinya, macam mana ada manusia tak tahu nak bersolat sampai terkial-kial cari tok guru yang tidak kenal fitrah diri manusia lain mengajar cara bersolat, sebab dalam diri manusia semua diciptakan berlainan. Tiada jiwa yang sama dan tiada jasad yang memiliki dua jiwa.

Ingatlah, solat kita untuk dipersembahkan kepada Allah, bukan untuk tok guru. Jadi jika ada manusia itu bersolat kerana ikut masyarakat, nampak sangat dia bersolat kerana Allah lagi, tetapi kerana nak ikut masyarakat.

Patutlah umat Islam sekarang dapat nasib yang hina biarpun mereka kononnya bersolat 5 kali sehari. Rupa-rupanya solat yang mereka buat bukan untuk dipersembahkan kepada Allah, tetapi kepada ulamak dan ahli-ahli kitab mereka. Tidakkah manusia itu memikirkan?

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Sun Jul 12, 2009 8:08 pm

penjejakbadai wrote:6) Saudari, saya rasa saudari ni mengaku bijak, tetapi dalam hujjah yg mana saudari dapat membuktikan saudari bijak? Selain itu dalam bidang yg mana saudari mendakwa saudari bijak? Mengata org lain b***h takkan menjadikan diri sendiri bijak kalau tak lebih b***h dari org yg dikata. Sebabnya semua tu perlukan bukti.

Kebijaksanaan seseorang manusia itu bila terbukti dia beragama guna akal. Sebab kebijaksaan para Rasul terdahulu semuanya kerana guna akal dalam beragama. Mana ada Rasul beragama tak guna akal dan menurut amalan nenek moyang bukan?

Kami tidak menuju kata-kata "b0doh" pada mana-mana individu, jadi tidak mungkin menjadikan kami b0doh. Cuma kami kata orang yang beragama tak guna akal itulah yang b0doh sebab dalam Al Quran pun kata orang kafir itu lebih hina daripada binatang ternak kerana tak menggunakan akal. Siapa mereka yang beragama tak guna akal itu, tuan punya dirilah kena menilai. Bukan urusan kami nak tetapkan siapa yang b0doh atau tidak, itu urusan Allah.

Jika Nabi terdahulu kata kaum mereka itu b0doh, apakah itu menjadikan Nabi itu b0doh? Nabi terdahulu mengatakan sesuatu yang haq, bukannya perkara yang diada-adakan. Lainlah Nabi itu tujukan keb0dohan tersebut kepada kaumnya yang bijak guna akal, maka logiklah Nabi itu akan jadi b0doh.

Jadi, kami hanya mencontohi pedoman para Nabi terdahulu yang kami baca dari Al Quran untuk peringatan orang sekarang sebab ada yang cakap dalam agama tak boleh guna akal. Lepas tu, ada yang kata tidak boleh kaji Quran guna akal. Kami lihat, kata-kata sebeginilah yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan hina.

Kami nak tolong sedarkan umat kami sendiri aje. Kalau ego dan tak nak terima, kami tak rugi apa-apa pun.

Allah sudah beri kami kesedaran untuk beragama ikut ketetapan Allah itu sudah satu nikmat yang terbesar bagi kami. Kalau tidak, sampai sekarang kami beragama main pakai turut membuta-tuli seolah-olah tiada akal untuk fikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Setelah Allah perlihatkan kepada kami sesuatu ajaran yang sekadar melahirkan umat yang malas belajar dan taksub pada alim-ulamak (ciri-ciri orang kafir terdahulu), apakah kami patut main terima ajaran sebegitu lagi? Jika Nabi Muhammad pun tak main turut ajaran ahli-ahli kitab terdahulu biarpun mereka dakwa mereka ikut Taurat dan Injil, macam itulah kami tidak main turut membuta-tuli ajaran alim ulamak sekarang biarpun mereka kata ikut Al Quran.

Sesiapa yang sampaikan selaras dengan Al Quran dan Sunnah (hukum alam), kami terima tanpa melihat statusnya ulamak atau tidak. Yang penting bagi kami adalah kebenaran, bukannya status penyampainya.

Saudari kata kami berpecah belah, sedangkan solat bukanlah satu alasan dari sebab2 berpecah belah. Sebagai cth, antara UMNO dan PAS, apakah mereka berpecah belah? Dari sudut mana mereka berpecah? Cth isu - siapakah yg mengharamkan antihadith dimalaysia? Bagi umat islam baik UMNO atau PAS mereka bersama2 mengatakan antihadith jamaah yg sesat melainkan golongan yg agamanya di kad pengenalan. Antara UMNO dan PAS solat tetap berjamaah bersama2 walaupun berimamkan org yg menjadi musuh politik.

Malangnya, solat mereka itu tidak menjadikan mereka bersatu-padu padahal mengaku sama-sama sembah Allah Yang Satu. Di sinilah kami nampak perbezaan solat mereka dengan solat Rasulullah dan para sahabat. Solat golongan beriman akan bersatu-padu dalam kehidupan, tetapi solat ikut-ikutan itu tidak berupaya menyatukan mereka pun.

Dan gara-gra taksub berpolitik boleh sampai wujud pisah-pisahkan surau. Ada surau dikatakan surau puak PAS. Bila berceramah, mereka kondem musuh politiknya. Maknanya kesatuan hati itu tiada biarpun mereka tidak pernah larang sesiapa nak berjemaah dalam masjid mereka.

Di sini kita nampak makna solat yang lebih realistik yang akan menyebabkan manusia itu bersatu, iaitu aktiviti mencintai ilmu alam. Sebab bila manusia itu rasa cinta pada ilmu alam, mereka akan jauh daripada perasaan berpuak-puak. Sebab apa, sebab solat mereka meningkatkan pemikiran dan menjauhi segala bentuk perpecahan dan permusuhan.

Sebab itulah ajaran Al Quran itu berasaskan mencintai ilmu alam. Al Quran ajak kita fikir pasal kejadian langit, bumi, gunung besi malah sampai sayap nyamuk. Bukankah itu semuanya mengajak kepada akhirat. Tetapi anda kata fikir pasal ilmu alam itu untuk dunia, seolah-olah anda mengatakan Al Quran itu ajaran keduniaan pula sebab ceritakan pasal ilmu sains.

Golongan anda seronok melabelkan orang yang tidak taksub riwayat hadis sebagai sesat, tetapi tanpa disedari puak yang taksub riwayat hadis itulah ramai yang sudah anti-Al Quran. Al Quran sebut pasal kejadian alam semesta, alih-alih mereka kata ilmu sains itu bab dunia semata-mata.

Macam mana kalian berfikir ni? Cuba-cubalah berfikiran panjang sikit?

Apa yg saudari ketakan sebagai berpecah hanyalah dari sudut politik dan pemahaman agama antara yg memahami agama dgn mendalam dan yg memahami agama sekadar kulitnya semata2. Cth antara TGNA dan DS Najib, apakah mereka berpecah dan bermusuh? Dalam politik mungkin ya tapi dalam agama tidak melainkan kerana sesuatu yg bekaitan dgn perintah Allah. Kalau TGNA mengimamkan solat, saya pasti DS najib akan sanggup menjadi makmumnya.

Politik itu sebahagian agama ke tak? Adakah pemahaman anda, agama itu berkisar perihal buat solat, puasa dan ibadah?

Bagi kami, agama itu seluruh kehidupan, sebab itulah ajaran Al Quran mencakupi seluruh kehidupan. Bab politik dan kenegaraan pun ada disentuh dalam Al Quran. Jadi jika berpolitik pun sudah berpecah belah, bukankah itu menunjukkan dalam agama pun sudah begitu?

Tapi daripada kata-kata anda, seolah-olah politik itu terpisah dalam agama. Jadi tak kisahlah berpecah-belah dalam politik. Sedangkan mata orang beriman, mereka akan mencari segala titik kesatuan manusia, bukan setakat UMNO-PAS, Melayu-bukan Melayu, malah melangkaui nak menyatukan semua bangsa di dunia. Itulah visi orang beriman.

Tapi untuk menyatukan satu dunia, sudah pasti perlu perkukuhkan kesatuan yang kecil dahulu iaitu bermula daripada keluarga. Kita sudah lihat, dalam kekeluargaan Islam sekarang mudah bercerai-berai. Tak kira ustaz ke tak ustaz, mudah sekali nak bercerai apatah lagi bila ada orang ketiga. Walhal mereka kononnya ikut Rasulullah yang mempraktikkan poligami, tetapi bab poligami inilah yang memudahkan keluarga Islam sekarang bercerai. Kenapa jadi macam ini?

Lainlah pengikut agama lain yang tidak ada sebut pasal poligami, tidak kisahlah kalau poligami itu mereka tak terima. Ini orang yang mengaku ikut Nabi, tapi bila Allah uji untuk berpoligami, rumahtangga mereka jadi rapuh.

Tetapi yg menjadi masalah dalam hubungan mereka hanyalah sejauh mana islam itu dimartabatkan, ini berkaitan agama dimana umat islam berkewajiban utk memperjuangkannya.

Kalau pasal Islam tidak dimartabatkan di Malaysia, kami lihat umat Islam di Malaysia inilah yang banyak kerajaan tolong. Dahulunya, mudah-mudah anak Melayu dapat biasasiswa untuk belajar. Macam-macam kerajaan tolong orang Melayu.

Malah masjid pun berlambak-lambak di Malaysia. Tidak ada kerajaan halang orang Islam nak pergi masjid. Sekolah agama pun ada. Jadi apa yang tak martabatnya?

Anda sedar atau tidak, Islam dahulu dimartabatkan dengan memartabatkan ilmu. Dengan kata lain dengan mengajak manusia berfikir pasal alam. Tetapi ini ramai yang tak sedar. Cuba lihat ayat-ayat Al Quran, banyak sekali mengajak manusia memikirkan pasal kejadian alam semesta. Kejadian alam semesta semuanya berlandaskan hukum alam, bukannya sihir. Bila berlandaskan hukum alam, maka manusia boleh mengkajinya.

Dan kerajaan galakkan rakyatnya belajar sains. Bukankah itu semua sudah asas Islam. Nak martabatkan macam mana lagi?

Golongan yang suka berpecah-belah itu sengaja cari alasan nak wujudkan permusuhan dengan kata kerajaan tak Islamik lah dan sebagainya. Macamlah puak mereka itu sahaja yang Islamik. Sebijik macam perangai kaum Yahudi terdahulu yang anggap kaum mereka sahaja yang dikasihi Allah. Tetapi golongan itu tak perasan apa yang telah mereka lakukan.

Sebagai pemimpin, tanggungjwb mereka meletakkan islam itu ditempatnya dalam semua bidang kehidupan, itu perintah Allah kepada seluruh umat islam. Sebabnya perkara ini adalah tanggungjwb secara kolektif, kita perlu bersama2 berusaha bukan sebahagian2. Maka apabila ada sebahagian dari umat islam kata, hudud ni ketinggalan zaman, hudud ni kalau dilaksanakan habis kudung tangan org islam, hudud ni tak sesuai dilaksanakan sebab negara berbilang kaum - ini semua mengundang kemarahan bagi org yg memahami islam itu dgn lebih mendalam, antaranya sebab kenyataan2 tersebut secara langsung mengatakan Allah swt itu b***h.

Islam bukan terletak pada pelaksanaan hudud semata-mata. Jika tak bangunkan fikiran, macam mana nak nampak hudud itu adil? Sekarang bila diajak bangunkan fikiran, mereka tolak, padahal wahyu terawal Quran suruh membaca agar pemikiran terbangun, sebab hukum alam menunjukkan bila manusia itu rajin membaca sahaja mudah dapat ilmu.

Malangnya, keislaman kerajaan dengan sudah menyediakan banyak pusat pengajian ilmu tidak dianggap Islam, sebaliknya ketiadaan hukum hudud itu dikatakan tidak Islam. Kenapa sempit Islam sedemikian rupa? Macam mana nak bersatu, jika asyik mencari kesalahan orang.

Jenayah berlaku bukan kerana tidak ada hukum hudud. Sebaik-baik mendidik manusia bukan dengan hukum tetapi dengan memberi mereka pelajaran. Sebab itulah kalau kita lihat Al Quran, ayat mendidik manusia itu lebih banyak daripada ayat pasal hudud. Tetapi ketiadaan hudud itulah yang mereka jadikan alasan nak berpecah-belah. Padahal kerajaan sudah ambil sebahagian besar ajaran Al Quran yang menekankan pendidikan agar pemikiran manusia membangun. Tapi golongan beragama tanpa berfikir itu tidak nampak apa kerajaan buat. Mereka hanya tahu nak kondem sahaja.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by semut api on Tue Jul 14, 2009 5:50 pm

sekali aku baca cerita rekaan tentang solat puak2 akai ni, aku ketawa geli hati Very Happy laughing mmg cerita akai kwang kwang kwang stupid goblok akai kontot aja layaknya, buang karen aja & thats why i never ever read your karangan hatta panjang berjela2 melebihi kitab Ihya, hikam dsbnya

all nonsense Very Happy laughing

sebenar2 diri solat tu apa ke dia cik puan akai? tlg cerita skit laughing Very Happy

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Wed Jul 15, 2009 4:19 am

Cakapla apa ko nak cakap labu...yang jelasnya anda tidak mampu tunjukkan apa yang tidak betulnya. Sekadar cakap orang lain tak betul, tapi tiada bukti yang menunjukkan dirinya betul. Sama sahaja tahap berhujah yang lemah macam tu dari hari itu. Sebijik perangai orang kafir terdahulu. Lepas tu perasan nak mengaku Islam. Aduhai, memalukan sungguh!

Sudahlah bertanya perkara yang telah diterangkan panjang lebar sebelum ini, nampak sangat pemalas membaca. Itulah tahap hujah orang yang tak berakal lagi pemalas membaca.

Very Happy

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Wed Jul 15, 2009 5:53 am

penjejakbadai wrote:Dalam banyak perkara, manusia selalu berselisih dalam banyak perkara disebabkan pemahaman yg berbeza, tahap keilmuan yg berbeza, kepentingan yg berbeza malah kedudukan yg berbeza dll. Malahan perselisihan itu disertai pula oleh hasad dengki, nafsu tamak haloba terhadap harta dan pangkat, penasihat2 yg jahat dan berkepentingan serta hasutan syaitan. Saudara nak kata ini menyebabkan berpecah belah, betul tetapi fikirkan sebab musabab kepada perpecahan itu. Bukankah disitu juga ada masalah sikap? Mudah cakap, rambut sama hitam, hati lain2.

Kenapa ada manusia berselisih sampai tahap berpuak-puak? Kenapa para saintis boleh bersatu hati biarpun berbeza bangsa? Ini menunjukkan dengan mengajak manusia tunduk kepada hukum alam, manusia akan bersatu.

Cuba renungkan, hukum alam semudah 1+1=2 telah menyatukan semua manusia untuk membenarkannya. Tidak pernah kita jumpa manusia guna hukum matematik yang berbeza. Sebab apa? Sebab ianya boleh dibuktikan selari dengan hukum alam.

Jadi, punca perpecahan umat Islam sekarang sebab hati mereka tidak tunduk pada hukum alam. Itu sahaja.

Akibat beragama secara main pakai turut tok guru masing-masing, maka mereka jadi berpuak-puak, sebab tok guru itu bercakap tidak ikut hukum alam, tetapi ikut nafsu mereka. Jika tok guru mereka itu bercakap ikut hukum alam, pasti menyatukan manusia seperti mana ilmu sains boleh menyatukan manusia sebab ilmu ini selari dengan hukum alam.

Tetapi ramai orang Islam tidak terfikir ke arah ini sebab mereka telah memisahkan Al Quran dengan ilmu sains atas alasan ilmu sains itu untuk dunia. Jika sesuatu itu mampu menyatukan manusia agar tunduk kepada hukum alam, bukankah itu untuk akhirat? Sebab itulah ajaran Al Quran itu sendiri selari dengan hukum alam sehingga banyak penemuan sains hari ini membenarkan Al Quran. Tidakkah mereka memikirkan?

Perbezaan antara mazhab2 bukannya satu masalah besar. Perbezaan hanya dalam masalah2 furu' atau cabang2 agama bukan masalah2 asas atau akidah, dan kesemua Imam2 mazhab menggunakan dalil2 yg sahih dan benar hanya yg membezakan mereka ialah kaedah pemahaman mereka terhadap dalil2 yg digunakan. Kami masih dapat sama2 bersolat dibawah seorg iman. Kami masih dapat bersama2 mengerjakan ibadah haji. Malah tidak ada antara kami dalam 4 mazhab yg besar, tuduh menuduh atau mendabik dada bahawa sesuatu mazhab yg paling benar, malah kami berpendirian semua mazhab adalah benar dan boleh diamalkan hanya tak boleh dicampur adukkan atau memilih kemudahan2 diantara keempat2 mazhab. Tetapi bagi sesiapa yg mampu mereka boleh mengeluarkan ijtihad mereka sendiri tetapi ini memerlukan pengetahuan yg mendalam dalam bidang hadith dan al quran serta bidang2 yg berkaitan.

Kalau anda membaca apa yang kami sampaikan selama ini, tidak pula kami jadikan pasal mazhab yang 4 itu punca perpecahan. Yang menyebabkan manusia berpecah-belah bila mereka tidak tunduk pada hukum alam, sebalik mereka tunduk pada sesuatu yang tiada hukum alam. Itu sahaja puncanya.

Sebab itulah kita diajak kembali kepada sumber yang satu iaitu Al Quran sebab ia benar-benar selari dengan hukum alam. Tetapi bila kami seru manusia kemabli kepada Al Quran, ada yang buat dakwaan dusta iaitu kena belajar Al Quran dengan ahli-ahli kitab, tidak boleh guna akal dalam mengkaji Al Quran dan kena guna riwayat hadis.

Padahal bila kita rujuk Al Quran, Nabi Muhammad sendiri tidak belajar dengan mana-mana ahli kitab, baginda pun guna akal untuk memahami Al Quran serta baginda pun tak dikhabarkan guna riwayat hadis Nabi-nabi terdahulu untuk membenarkan kitab-kitab terdahulu.

Malangnya umat Islam sekarang sudah tidak contoh sunnah baginda itu, jadi macam mana mereka nak faham ajaran Al Quran?

Yg menjadi masalah ialah mazhab Syiah, yg mengandungi berbagai tambahan, perbezaan dalam soal2 pokok dan akidah. Malah mereka megkafirkan ASWJ, dan membenci para sahabat malah ada yg dikafirkan mereka. Selain itu mereka menghalalkan darah ASWJ dgn maksud sesiapa yg beraliran ASWJ halal dibunuh. Walau bagaimanapun syiah ini ada berbagai mazhab juga, dan ada yg betul dan ada yg extreme.

Sebenarnya baik Syiah dan ASWJ, sama sahaja perangainya. Masing-masing taksub pada riwayat hadis. Yang syiah guna riwayat hadis yang diorang iktiraf ikut nafsu diorang dan yang sunnah iktiraf riwayat hadis ikut nafsu diorang. Mereka bukan kaji riwayat hadis itu selari dengan Al Quran dan Sunnah (hukum alam), tetapi pada nama perawinya.

Macam konsep bawa buah rambutan tu. Mereka menilai buah rambutan itu ikut nama orang yang membawanya, bukannya dikupas kulitn rambutan itu untuk melihat isinya baik atau busuk. Macam itulah penilaian riwayat hadis. Sebab itulah boleh mereka pakai riwayat hadis yang tak bagi kaji Quran guna akal sedangkan terang-terang Al Quran suruh guna akal. Macam mana mereka boleh ambil ajaran yang terang-terang bercanggah dengan Al Quran?

Sepatutnya, kajilah Al Quran dahulu. Daripada memahami Al Quran, kita boleh nampak akhlak Rasulullah. Selepas kenal akhlak Rasulullah, maka mudah kita membezakan mana riwayat hadis yang benar-benar menetapi akhlak Rasulullah dan mana yang bukan.

Tetapi ramai umat Islam sekarang lalai kaji Al Quran dahulu, sebab itu mereka tidak pun berakhlak macam Rasulullah. Rasulullah seorang yang rajin mengkaji kejadian alam dan tidak menurut dalam beragama, kita nampak umat Islam sekarang yang ramai pemalas belajar sains dan beragama secara menurut. Macam manalah Allah tidak hina keadaan umat Islam sekarang. Harapkan sahaja kuantiti mereka ramai, tetapi lemah dan berpecah-belah.

Kalau mereka bersatu-padu, dengan Israel sepatutnya umat Islam tidak kalah. Tetapi kenapa umat Islam Allah kalahkan umat Islam sekarang dengan Israel yang kecil itu? Itulah tanda-tanda Kekuasaan Allah bagi orang yang menggunakan akal.

Umat Islam sekarang boleh mengaku mereka benar, tetapi Kuasa Allah siapa boleh halang? Of couselah orang kafir terdahulu pun tidak mengaku diorang kafir biarpun realiti umat mereka lemah dan berpecah-belah.

7) Itulah dia, seseorg boleh bersolat didepan komputer sambil membalas posting di forum e-bacaan, bukan begitu? itukah solat saudari sebenarnya? Maksudnya sesiapa saja boleh solat dimana2 yg penting mesti perkara yg meningkatkan pengetahuan. Sedangkan apakah saudari telah memikirkan perkara berikut...

Al Quran pun tidak menghadkan tempat bersolat. Jadi di mana-mana sahaja manusia boleh bersolat asalkan tempat itu sesuai untuk mengasah minda dan aktiviti kepakaran. Sedangkan burung dan makhluk lain bersolat pun boleh di kedudukan yang Allah tempatkan mereka, jadi sudah pasti manusia yang menjadi khalifah boleh bersolat di mana-mana sahaja tempat yang sesuai untuk mencari ilmu.

Apakah anda anggap solat itu kena bentang sejadah? Al Quran pun tidak pernah menetapkan solat begitu. Jadi, jangan pandai-pandai buat ketetapan yang Al Quran tidak tetapkan.

Solat orang beriman hasilnya untuk mendapat ilmu. Kejayaan mendapat ilmu itulah tanda solat kami diterima sebab yang bagi ilmu itu adalah Allah. Sedangkan solat anda tidak dapat dipastikan hasilnya. Malah lepas mereka bersolat, mereka pergi sibuk berpecah-belah dengan mengutuk dan mengumpat keji orang. Itukah hasil solat orang yang beriman?

Sebab itulah kami tidak bersolat seperti orang yang berperangai sebegitu sebab gerakan ritual itu tidak memenuhi erti solat. Solat mereka itu tidak mampu menjauhkan diri dari kemungkaran. Sama ada mereka buat atau tidak, tiada hasilnya yang realistik. Mereka beragama secara berangan-angan mengharapkan ganjaran pahala yang mereka tidak nampak ertinya.

Pada kami, kenikmatan dapat ilmu itulah sebahagian daripada ganjaran pahala yang Allah kurnia di dunia, sebab yang nikmat dapat ilmu itu hanyalah orang yang guna akal sahaja. Jadi ganjaran pahala itu suatu yang realistik.

Dengan jadikan aktiviti yang mengembangkan minda itu sebagai solat, kami boleh melihat hasilnya iaitu ilham-ilham yang benar yang Allah turunkan. Sebab bukan semua manusia boleh dapat ilham yang benar melainkan mereka sudah bersolat dengan erti kata sebenar. Sekadar buat gerakan ritual yang Al Quran tidak tetapkan, belum tentu ada hasilnya. Sebab itulah solat yang rata-rata umat Islam sekarang buat tidak menjadikan mereka kuat dan bersatu-padu pun.

Malah dengan meluangkan banyak masa untuk aktiviti mengasah minda, masa untuk mengutuk pemimpin sendiri dan mengumpat keji orang boleh dihalang sebab banyak benda bermanfaat lain yang boleh kami lakukan daripada berpuak-puak dan berpecah-belah macam itu. Bila kita semakin nampak aktiviti mengasah kreativiti itu suatu yang menyeronokkan, kita jadi berdisplin menjaga masa agar tidak disia-diakan dengan aktiviti tidak berfaedah seperti berpecah-belah itu.

Nak buat kerja-kerja ke arah kepakaran bukannya mengambil masa yang sebentar. Ia memerlukan kekusyukan untuk kami mengkaji dan berlatih. Jadi masa lapang kami selepas balik bekerja kami gunakan untuk berfikir, berlatih dan menyampaikan kebenaran dan kesabaran sesuai dengan surah Al Ashr.

Surah itu menjaminkan keuntungan kepada orang yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran. Sebab itulah kami posting sebegini. Tetapi mana ada ayat Al Quran beri keuntungan kepada orang yang mengajak kepada malas berfikir dan hidup berpecah-belah? Tidakkah anda memikirkan?

Dan hukum alam telah menetapkan, manusia tidak akan mudah dapat ilham jika tidak mengasah mindanya. Jadi solat kami selari dengan ketetapan hukum alam, sedangkan solat anda hanya ikut ajaran nenek moyang anda.

109:2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by semut api on Wed Jul 15, 2009 12:50 pm

Adli wrote:109:2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,


ya cik puan akai, mmg tepat sekali kerana puak2 yg kau dakwa sembah Nabi tu tak pernah menyembah apa yg kamu sembah iaitu akai kontot kamu, kamu menyembah akai kontot kamu dgn hebat sekali kerana kamu telah membinatang ternakkan org yg tak sealiran dgn kamu yg kononnya tak berfikir, waa caya sama lu yg lu mmg mempunyai akai kontot yg tak pernah sedar akan kekurangan diri & berlagak melebihi alim ulamak dgn mengeluarkan segala definasi agama dgn akai kamu sendiri tanpa menilik juga menyedari yg kain dalam kamu juga spender kamu telah koyak rabak dek akai kontot kamu Very Happy laughing

teruskan dlm perdayaan si akai kontot kamu Very Happy laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Wed Jul 15, 2009 1:33 pm

Berlagak macam Tuhan. Dalam Al Quran pun ada sebut pasal kaum terdahulu yang sembah Nabi (kaum Nasrani), boleh dia confiden kata tiada manusia sembah Nabi.

Agaknya Nabi Muhammad tu akai kontotlah sebab membinatang-ternak orang kafir di zamannya? Agaknya Nabi Muhammad itu berlagak melebihi alim ulamak terdahulu bila mengeluarkan definasi agama yang tidak selari dengan ajaran ahli-ahli kitab terdahulu? Agaknya Nabi Muhammad tidak menyedari spendernya telah koyak dalam berdakwah?

Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Anak_Pejuang on Thu Jul 23, 2009 2:33 am

Kenapa ada manusia berselisih sampai tahap berpuak-puak? Kenapa para
saintis boleh bersatu hati biarpun berbeza bangsa? Ini menunjukkan
dengan mengajak manusia tunduk kepada hukum alam, manusia akan bersatu.


cakap tanpa bukti bolehlah.. apa bukti depa bersatu? Smile

Anak_Pejuang
Siswa-Siswi

Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1253
Registration date: 2008-10-16

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Thu Jul 23, 2009 11:57 am

Tak pernah pulak kita dengar saintis berbunuh-bunuhan kerana pakai hukum sains yang berbeza?

Tapi tak macam perangai umat Islam sekarang, bila berbeza ikut hukum yang tok guru mereka tetapkan, mulalah nak berpecah-belah. Hukum puak yang tidak sealiran politik sebagai tidak Islamik lah. Macamlah mereka itu sahaja yang Islamik.

Tak matang langsung cara mereka berfikir.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 27 of 28 Previous  1 ... 15 ... 26, 27, 28  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum