Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran 5 5 1

Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Page 23 of 28 Previous  1 ... 13 ... 22, 23, 24 ... 28  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Fri Jun 12, 2009 5:10 pm

Secara ringkas, Alah swt melalui malaikat Jibril mengajar Baginda saw bersolat, kemudia baginda mengajarkan kepada para sahabatnya cara bersolat.

Ya, Allah ajar Nabi Muhammad bersolat. Tetapi tidak ada ayat Al Quran suruh baginda mengajar cara baginda solat untuk ditiru orang. Macam mana nak elak solat dari menunjuk-nunjuk jika dijadikan solat itu perbuatan yang diperlihatkan?

Apatah lagi baginda mana tahu keupayaan orang lain nak lawan penyakit riya' itu, apakah patut baginda menunjukkan cara solat yang boleh diperlihatkan? Secara tak langsung baginda sudah mengajar manusia berbuat riya' (perlihatkan cara solat).

Di sini kita nampak logiknya, kenapa dalam Al Quran tidak ditetapkan cara bersolat agar ia tidak diperlihatkan. Biar tuan punya diri dan Allah sahaja tahu cara solat masing-masing. Namun seruan suruh orang lain bersolat itu ada dalam Al Quran.

Seterusnya sesiapa saja yg memeluk islam wajib belajar kaedah(niat, perbuatan dan bacaan2 dalam solat) solat dgn segera dan secara langsung.

Oleh kerana makhluk-makhluk lain pun tahu cara solat masing-masing, memanglah seseorang yang kenal Allah (orang Islam) akan tahu cara solatnya. Bila manusia itu belajar mengenali diri, secara tak langsung Allah akan ajar cara solat untuk dirinya. Inilah yang tidak dipercayai oleh orang yang tak kenal Allah, kerana mereka tak sedar sedangkan makhluk lain pun Allah tahu cara solat mereka tanpa perlu meniru-niru.

Yang pentingnya, tidak ada ayat Al Quran suruh tiru solat cara macam Nabi.

Disini secara jelas menunjukkan solat bukanlah suatu ibadat yg dipelajari dan dilaksanakan bersumberkan hanya kepada hadith2 yg diriwayatkan yg dibaca tetapi dipelajari secara terus secara sambung menyambung hinggalah kepada Rasulullah saw. Maka walaupun saudara menafikan authentik sesuatu hadith, saudara tidak boleh menafikan kebenaran kaedah solat (perbuatan dan bacaan2nya). Hanya yg disebutkan dalam hadith perkara2 kecil yg tidak merubah kaedah solat yg diajarkan Baginda saw.

Oleh kerana tidak ada ayat Al Quran suruh Nabi ajar cara bersolat, macam mana kita nak percaya solat yang wujud sekarang benar-benar dari Nabi?

Tambahan pula bila dicelakakan orang yang solat menunjuk-nunjuk, secara logiknya takkan Nabi nak menunjuk solatnya untuk diperlihatkan kepada orang lain dengan berkata "inilah solatku, maka tirulah dia". Bukankah itu satu perbuatan yang menunjuk-nunjuk terhadap solat?

Sebab itu cuba kita fikir. Sedangkan orang sekarang boleh buat buku cara solat agar diseragamkan, takkan Nabi Muhammad tidak terfikir nak bukukan cara solat jika benar solat itu perlu diseragamkan (ikut cara baginda)? Bukankah baginda lagi bijaksana?

Ingatlah, solat itu dikatakan tiang agama. Jika solat yang diamalkan oleh umat Islam sekarang benar-benar solat dari Nabi, takkanlah umat Islam boleh runtuh sekarang? Lemah sangat solat yang dijadikan tiang itu?

Bagi kami, melakukan sesuatu yg menjadi sunnah Nabi dapat pahala. Bukan setakat hikmah kebaikannya tetapi mendapat pahala. Kalau kita melakukan sesuatu yg betul tetapi bukan sunnah, maka pahala sunnah tu tak dapat. Cth makan guna sudu. Senang, tak mengotorkan tangan, tak perlu basuh tangan, tetapi pahala tak dapat. Sesebuah hadith perlu kepada perawi, utk mengetahui kedudukan hadith tersebut.

Malangnya tidak ada ayat Al Quran tetapkan, ikut riwayat hadis itu dapat pahala? Takkan pandai-pandai buat ketetapan sendiri?

Ingatlah, orang Yahudi dahulu pun anggap ikut ajaran diorang dapat masuk syurga. Dan kalau masuk neraka pun hanya sebentar. Sekadar cakap macam tu, semua orang boleh bercakap.

Bukti pahala kena tengok realiti umat. Takkanlah umat yang dapat pahala itu umat yang lemah dan berpecah-belah? Sepatutnya dengan taksub riwayat hadis itu, umat Islam-lah yang banyak dapat pahala. Malangnya, kenapa realitinya macam orang dapat banyak dosa dengan hidup secara lemah dan berpecah-belah macam tu?

Tak terfikirkah kita dengan melihat hasil ajaran taksub riwayat hadis itu?

Ingatlah, yang layak beri pahala adalah Allah. Jangan pandai-pandai buat ketetapan bahawa ikut sunnah dapat pahala dan tak ikut sunnah tak dapat pahala biarpun betul. Al Quran pun tak pernah tetapkan sebegitu.

Kalau sudah sesuatu itu betul, pastilah mendapatkan kebaikan. Bila baik, itulah ganjaran pahala. Mana ada ayat Al Quran makan pakai sudu tak dapat pahala? Apa bukti-bukti yang nyata menetapkan sedemikian rupa? Ingatlah, para Rasul menyampaikan kebenaran bersandarkan bukti-bukti yang nyata, bukannya cakap ikut suka.

Saudara silap, sesuatu yg benar tak semestinya perlu dinyatakan itu sebagai sabda Nabi atau sebagainya, tetapi sesuatu ucapan yg kita sebut sebagai sabda Nabi perlu dinyatakan perawinya.

Al Quran tidak pernah kata, sesuatu yang disabda oleh Nabi memerlukan perawi. Sebab apa? Sebab kebenaran kata-kata Nabi terletak pada bukti-bukti yang nyata. Bukti yang nyata adalah sesuatu yang ada hukum alam yang membenarkannya. Sebab kita hidup nyata di alam ini, sudah pasti bukti itu dari alam ini juga.

Macam konsep kita terima buah rambutan dari seseorang. Nak tahu baik atau tidak buah tersebut, takkan tengok pada orang yang membawa buah tersebut? Kenapa tak tengok isi buah tersebut? Dan nak tahu beza buah yang baik atau buruk, kena tengok hukum alam yang membezakan sifat buah yang baik dan buah yang buruk.

bersambung...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Fri Jun 12, 2009 6:14 pm

Cth, makan guna tangan kanan tu, tak perlu pun sebut Nabi buat/kata, tetapi bila kita kata Nabi buat/kata maka perlu ada perawinya, dan jika kita melakukan sesuatu kerana mengikut sunnah Rasulullah saw maka akan dapat pahala.

Pahala akan diperolehi jika manusia itu ikut apa yang Allah suruh. Nabi Muhammad dapat pahala pun kerana ikut apa yang Allah suruh.

Di sini, kita tak perlu pun guna nama Nabi jika sesuatu itu memang mendatangkan manfaat. Sebab yang bagi pahala itu adalah Allah, bukannya Nabi.

Dengan cara itu seseorang manusia berbuat sesuatu bukan kerana nama Nabi, tetapi kerana Allah. Inilah cara nak buang ketaksuban pada seseorang Nabi.

Ingatlah, sebelum Nabi Muhammad, sudah berapa ramai Nabi dan Rasul wujud. Kenapa Nabi Muhammad sendiri tidak taksub pada seseorang Nabi, tapi pengikut baginda boleh jadi taksub pada baginda?

Tidak pernah Al QUran ajar, Nabi Muhammad akan dapat pahala jika ikut riwayat yang kononnya Nabi-nabi terdahulu lakukan. Belum pasti lagi. Sebab jika sesuatu ajaran itu hanya menyebabkan manusia jadi berpuka-puak dan berpecah-belah, tidak mungkin itu ajaran seseorang Nabi.

Betul, tetapi segala apa yg Nabi buat dan katakan pasti benar disisi Allah swt.

Bila benar dari sisi Allah, pasti ada bukti yang nyata dari Allah juga. Dan kerana benar dari Allah, kenapa perlu perawi untuk mensahihkan riwayat itu?

Macam kes buah rambuatan. Kemanisan buah rambutan itu bukan bergantung kepada orang yang membawanya, tetapi pada hukum alam yang menentukan sifat manis atau tidak. Itulah bukti yang nyata, menentukan manis atau tidak buah rambutan itu, bukan pada peribadi si pembawa buah itu.

Betul memeng tandas tu kotor, tetapi walaupun betul para ulama masih mempertikaikan kedudukan hadith ini. Lihat betapa cermatnya kaedah menyaring hadith.

Sebab itu lebih mudah dan logik kita saring riwayat hadis ikut bukti-bukti yang nyata. Macam nak menyaring buah rambutan mana yang manis dan mana yang sudah busuk. Takkan nak tengok si pembawa buah rambutan tersebut, kenapa bukan dikaji isi buah itu?

Sebenarnya perkara ni mudah. Saudara pun tau Baginda mendapat wahyu, jadi apa yg menghalang Allah swt dari memberitahu Baginda dan apa pula sukarnya Baginda utk mendapat ilmu pengetahuan dari Allah swt? Itu adalah gambaran tentang api neraka yg digambarkan oleh Allah kepada kita.
Code:
 Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahrim:6)
Api neraka itu bahan bakarnya manusia dan batu. Agaknya batu boleh jadi bahan bakar tak dalam api kat dunia ni? Arang bolehla.

Bukankah arangbatu itu termasuk dalam kategori batu? Batu sifatnya keras. Batu ada bermacam-macam jenis batu. Jadi, batu yang disifatkan sebagai bahan bakar dalam neraka itu menyamai arangbatu. Al Quran tidak kata batu sungai sebagai bahan bakar. Tapi ia sebut umum. Jadi batu yang menepati bahan bakar dalam neraka adalah arangbatu.

Nampak tak, ayat Al Quran itu mudah difikirkan sebab ada logik yang menyamainya. Tetapi bila sesuatu riwayat hadis menetapkan ukuran-ukuran yang tiada dibawakan apakah hukum yang menetapkan ukuran tersebut, macam mana kita nak percaya. Sebab itu tidak mampu difikirkan kalau tiada bukti. Bukankah penjelasan Rasul itu supaya manusia boleh memikirkan. Tapi jika tanpa bukti, macam mana nak fikir?

Macam ada orang kata 1+1=3. Tanpa dibawakan bukti, macam mana nak fikirkan kebenaran kata-kata itu?


Cth ayat al Quran lain:
Code:
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa':56)

Bagaimana saudara nak jadikan perkara yg disebutkan dalam ayat diatas logik? sebaik saja kulit terbakar hangus, Allah swt gantikan dgn kulit yg baru. Cuba saudara kenakan kulit saudara tu dgn api, agaknya bula terbakar kulit tu Allah swt jadikan tak kulit yg baru? Logik tak ayat ni pada pandangan saudara?

Tidakkah anda terfikir, bila sesuatu umat itu ditimpa bencana, Allah gantikan dengan umat yang baru. Kan ke sama logiknya, bila kulit terbakar, Allah ganti kulit yang baru.

Umat dicipta dari tanah. Kulit pun dicipta dari tanah. Umat yang hidup asalnya, dimatikan dengan azab dan digantikan dengan umat yang baru. Sama macam kulit yang hidup, kemudian dibakar hangus lepas itu digantikan dengan kulit yang baru.

Luaskan pemikiran. Hukum alam itu tetap wujud sampai ke akhirat sebab hukum Allah tidak berubah-ubah. Jika umat yang sebegitu besar pun Allah boleh gantikan dengan umat yang baru, takkanlah nak ganti kulit takde logiknya? Logik untuk ganti umat pun boleh wujud.

Cuba fikir-fikirkan.

Sebenarnya saudara ni yang tak logik. Sebabnya, kita tak sepatutnya tunggu di akhirat nanti utk tau tentang neraka. Apakah saudara nak masuk dalam neraka utk tau tentang neraka? Kita ni manusia yg berakal. Antara sifat manusia berakal ni dia tak menunggu terantuk baru tengadah, sebaliknya dia belajar dari sumber2 yg sahih, yg benar dan dijadikan pedoman dan panduan. Kalau nak tunggu masuk neraka masatu dah terlambat..

Anda yang tak faham. Kita bercakap bukan pasal percaya ada neraka atau tidak. Kita bercakap pasal keadaan sebenar neraka. Of couselah di dunia ni orang beriman percaya adanya neraka. Tetapi nak nampak gambaran sebenar neraka, kena tunggu di akhiratlah nampak syurga dan neraka itu sebab kita belum sampai ke alam sana.

Macam kita tidak pernah pergi ke Mekkah, macam mana nak nampak gambaran sebenar? Yang kita nampak dalam gambar atau video, ia masih belum menunjukkan keadaan sebenar. Sudah sampai ke Mekkah baru tahu gambaran sebenar. Itulah yang dimaksudkan dengan melihat keadaan sebenar neraka.

Kerana tak mahu terantuk baru tergadahlah kami peringatkan padal ayat-ayat Allah supaya kaum yang sembah Nabi itu tidak menyesal. Ingatlah, sebelum Nabi Muhammad, sudah ada kaum menyembah Nabi terdahulu juga. Takkan dah masuk neraka baru nak ingat balik apa yang kami sampaikan?

Untuk pengetahuan saudara, gambaran tentang panas api neraka dari hadith itu bukanlah kepanasan yg sebenar, tetapi gambaran yg kita tak dapat pastikan berapa darjah celcius kepanasannya. Selain itu, pintu neraka itu ada 7, setengah berada dibawah yg lainnya/bertingkat2. Jarak antara pintu anggaran perjalanan 70 ribu tahun. Beza kepanasan antara pintu bawah dgn yg diatasnya adalah 70x ganda lebih panas. Maka berapa panaskah api neraka itu sebenarnya? Tak tergambar.

Kalau seseorang itu benar, jika dia tidak pasti sesuatu ukuran, dia tidak akan berkata-kata yang dia tidak pasti.

Cuba bandingkan ayat Al Quran dengan riwayat hadis itu. Sedangkan Al Quran pun tak main tetapkan ukuran yang tepat, macam mana boleh wujud riwayat hadis yang boleh jelaskan ukuran itu dengan tepat? Dalam al Quran, sesuatu yang tidak jelas ukurannya hanya disebut seperti berlipat-kali ganda. Siapa yang pergi buat ketetapan ukuran yang pasti?

Kalau itu bersumber dari Nabi saw, maka ia adalah hadith dan pasti benar walaupun kita tak fahami hikmat disebaliknya.

Namun semua orang boleh dakwa dia bawakan sumber dari Nabi. Kerana itu seperti konsep menerima buah rambutan dari seseorang, nak tahu baik atau buruk isinya, maka lihatlah isi itu sendiri, bukan pembawa yang bagi buah rambutan itu.

Sekarang ini, sikap umat Islam, asalkan dikatakan riwayat hadis sahih, terus ditelannya macam seorang yang telan buah rambutan tanpa menilai isi buah itu baik atau buruk.

Ini yang nak diperbetulkan. Ingatlah, sesuatu yang kita tak faham hikmahnya, kita tidak boleh dipaksa menerimannya. Sebab itulah Nabi sendiri cuba jelaskan ayat-ayat Allah sebaik mungkin dengan bukti-bukti yang nyata agar manusia memahami. Tetapi bila ada manusia sengaja tolak biarpun sudah nyata benar, itulah orang yang engkar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sat Jun 13, 2009 1:32 am

Assalaamualaikum wrh

Nampaknya posting kita ni panjang2 belaka..

Adli wrote:Terus terang, buat masa ini kami hanya tumpukan pada Al Quran sahaja. Sebab Al Quran pun tak habis kaji dan tak puas-puas dikaji.
Pada pandangan saudari bila agaknya saudari akan dapat selesai mengkaji al Quran? Bagi saya, al Quran ni kalau dikaji sampai kiamat pun belum tentu habis. Agaknya saudari memilih utk membuat kajian sendiri atau mengambil/membaca kajian2 oleh org lain?

Adli wrote:Kami dengar rwayat hadis bukan untuk dijadikan syariat, tetapi untuk tahu kisah yang boleh diambil pedoman macam riwayat kisah Hang Tuah. Dan saya tak nampak di mana kekurangan ayat Al Quran sehingga mencari riwayat hadis untuk menjelaskannya. Ada ayat Al Quran sendiri sebut Al Quran itu mengandungi penjelasan.
Tak kisahla apa tujuan saudari, boleh berikan beberapa cth tak?

Bagi ASWJ, hadith adalah rujukan kedua selepas al Quran. Hadith juga bukanlah pelengkap kepada al Quran, tetapi adalah koleksi penerangan2, penjelasan2 dari baginda Rasulullah saw mengenai isi kandungan al Quran. Al Quran sememangnya tidak ada kekurangan. Al Quran memang mengandungi penjelasan, bukankah al Quran itu panduan hidup?

Adli wrote:Ada orang kata pasal solat takde disebut detail dalam Al Quran sebab tu kena guna riwayat. Memanglah kalo orang itu anggap solat itu gerakan ritual yang diajar oleh nenek moyang tu, memanglah tak jumpa dalam Al Quran. Bukankah Al Quran banyak khabarkan kisah kaum kafir terdahulu yang menurut amalan nenek moyang? Sebab itu solat menurut ajaran nenek moyang tak wujud dalam Quran, sebab tak logik Quran sendiri suruh menurut ajaran nenek moyang.
Dari hal solat, bagi saudara ia ritual yg diajar oleh nenek moyang. Cuba fahami situasi ini...

Saya belajar solat dari ibubapa dan guru2. Selain saya, semua umat islam dari seluruh pelosok dunia belajar solat dgn CARA YANG SAMA dari ibubapa atau guru2 mereka. begitu jugalah kepada umat2 terdahulu dimana2saja di dunia. Bagaimanakah seluruh umat islam boleh mewarisi satu gerakan ritual yang sama? Kami mewarisi dari siapa? Cuba saudari jelaskan, saya mewarisi ritual solat itu dari siapa?

Seterusnya, saya percaya saudari tak mewarisi ritual solat dari sesiapa, tetapi persoalannya, siapakah yg mengajar ritual solat itu kepada saudari? bagaimanakah perbuatannya dan apakah sama dengan semua org yg seakidah dgn saudari?
Jika saudari mempelajari ritual solat itu dari org lain, maka saudari juga mewarisi ritual itu dari org lain, tetapi jika tidak maka saudarilah yg mencipta ritual itu sendiri. Saya bukan nak buat tuduhan2 tetapi saya cuba bercakap dalam lingkungan logik. Oleh kerana itu dimana kedudukan ayat al Quran yg menyatakan kita kena solat mengikut apa yg telah Allah swt tetapkan?

Selain itu, al Quran berbahasa arab itu, kita mewarisinya dari generasi umat sebelum ini. Ajaran islam pada hari ini juga kita warisi dari generasi sebelum kita dan perkembangan islam terus berlaku pada ruang yg dibolehkan islam itu dikembangkan.

Adli wrote:Jika mereka pun pergi beramal menurut apa yang bapa-bapa mereka sampaikan tanpa mengetahui apa tujuan solat yang sebenar, maknanya samalah perangai mereka macam kaum kafir terdahulu.
Jadi apakah tujuan solat sebenarnya sebagaimana yg dinyatakan dalam al Quran yg saudari fahami?

Adli wrote:Riwayat hadis yang anda bawakan sebelum ini telah pun Juang tunjukkan percanggahan dengan Al Quran.
Juang dan saudara tak faham hubungan hadith dan al Quran sebab tu nampak bercanggah. Saudari kata al Quran itu mengandung penjelasan, cuba saudari jelaskan bagaimanakah keadaan neraka itu, bagaimana pula keadaan syurga?

Adli wrote:Perasan tak, banyak riwayat hadis menetapkan ukuran atau bilangan tertentu seperti darjat atau ganjaran dalam beramal. Sedangkan Al Quran yang boleh difikirkan itu pun tidak menetapkan secara tepat ukuranl darjat atau ganjaran? Apa hukum alam yang menetapkan darjat pada ukuran tertentu sehingga dikatakan baginda menyebut ukuran tersebut dengan tepat?
contohnya:
Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah bersabda: "Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian 25 (27?) darjat"
Saudari Adli, melainkan saudari menafikan beriman kepada Rasul, bukankah saudari tau Rasulullah saw itu Pesuruh Allah, Baginda mendapat wahyu dari Allah swt. Solat itu adalah perintah dari Allah swt kepada manusia melalui Baginda. Dimanakah mustahilnya jika Baginda dapat mengetahui keedudukan sesuatu solat yg dilaksanakan? Tidak ada yg mustahil sebab Baginda mendapat wahyu. Ataukah mungkinkah saudari nak penafikan atau mengatakan mustahil Allah swt memberitahukan perkara tersebut kepada Baginda?

Adli wrote:Apa logiknya ditetapkan 25 darjat itu? Kalau kita bandingkan dalam Al Quran, tiada ketetapan sedemikian dalam urusan darjat sebab yang layak menentukan darjat adalah Allah, bukannya manusia. Sedangkan Al Quran pun tak tetapkan sedemikian rupa perihal darjat, apakah patut manusia menetapkan tanpa ada hukum alam yang boleh difikirkan.
Betul, memang darjat itu hanya Allah yg menentukan, sebagaimana saudari dan Juang sendiri mengakui, Rasulullah itu bertanggungjwb menerangkan al Quran kepada manusia. Baginda tidak menetapkan darjat2 itu, tetapi Baginda hanya memberitahu, bahawa Allah swt telah menetapkan darjat2 tersebut supaya manusia berlumba2 melakukan ibadah tersebut.

Berkenaan logik yg dapat difikirkan... Katalah saya solat dirumah. Lepas ambil wuduk, saya pun terus solat kobliah, solat fardhu, solat ba'diah, zikir lebih kurang, doa dan selesai. tetapi bagaimana jika berjamaah... Saya perlu keluar dari rumah, berjalan atau berkenderaan menuju kemasjid, kemudian sulat taahiatul masjid, kemudian solat rawatib, barulah solat fardhu. Apakah saya khusyuk atau tidak dalam solat itu, asal ada org yg khusyuk maka solat saya dikira khusyuk. Saya juga tak takut terlupa berapa rekaat sebab saya ikut imam. Selepas solat saya akan sama2 mengaminkan bacaan doa imam. Kemudian solat rawatib sebelum pulang kerumah. Sepanjang perjalanan saya kemasjid dan pulang kerumah tadi saya akan dapat pahala. Kalau saya berjalan, setiap langkah saya tadi Allah swt akan memberikan ganjaran. Andaikata saya mati dalam perjalanan maka saya mati syahid. Belum termasuk lagi kalau saya berjamaah isya' dan subuh. Berjamaah isya' ganjarannya seperti menghidupkan separuh malam dgn ibadah, berjamaah subuh seperti menghidupkan seluruh malam dgn beribadat. Ini penjelasan logik yg boleh saudari fikirkan selagi mana saudari beriman bahawa Rasulullah saw itu adalah pesuruh Allah swt yg mendapat wahyu dari Allah swt.

Adli wrote:Inilah kelemahan riwayat hadis yang kami nampak seolah-olah Nabi itu anak Allah pula hingga boleh main tetap-tetapkan bilangan darjat yang Al Quran sendiri tidak pernah tetapkan. Bukankah itu satu percanggahan yang nyata? Inilah yang kami cuba jauhi dan perangi, seperti para Rasul dahulu memerangi kaum yang jadikah hamba-hambaNya sebagai anak Allah
Saudari, kami ni ASWJ, bukannya nasrani. Walaupun kami mengagungkan kedudukan Baginda saw, tetapi kami tau, Baginda hanyalah manusia yg dipilih sebagai Rasulullah. Tidak pernah sedikitpun, walaupun lintasan hati utk mengatakan Baginda itu anak Allah. Kami mematuhi Baginda dalam kerangka ketaatan kepad Allah swt.

Code:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: Kami dengar, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). Ssungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)". (Al-Anfaal:20-23)

Code:
"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".(Al-Anfaal:25)

Code:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. "

Mengikuti Rasulullah saw itu adalah perintah Allah swt kepada manusia.(Al-A'raf:158)[/code]
Adli wrote:Macam kami katakan, bila kita faham yang solat itu perbuatan untuk mengembangkan minda agar jadi insan yang pakar dan berkemahiran tinggi, Allah akan murahkan rezeki pada manusia itu.
Ayat Quran mana yg saudari rujuk hingga dapat memahami bahawa solat itu ialah perbuatan mengembangkan minda? boleh bawakan?

Berkenaan Wuduk...
Adli wrote:Bukankah Al Quran itu ajaran untuk sucikan hati? Sebab itu disuruh manusia jangan berpecah-belah, sebab yang suka berpecah-belah sahaja yang berpenyakit hati.

Ayat Quran mengenai cara berwuduk..
Code:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Al Maidah:6)
Ayat ini secara khusus menerangkan bersuci/berwuduk bagi anggota fizikal sebelum solat bagi mereka yang berhadas kecil atau besar.
Adli wrote:Oleh kerana wuduk itu terdapat dalam Al Quran, maka itulah logik yang menunjukkan wuduk bukan setakat basuh anggota zahir, malah kena basuh hati juga. Jadi keseluruhan Al Quran itulah dalil menunjukkan wuduk termasuk dalam proses mensucikan hati.
Kalau saudari kata wuduk itu juga maksudnya kena cuci hati, bagaimanakah kaedah mencuci hati sebelum memulakan solat menurut anjuran al Quran? Ayat diatas tidak menyatakan tentang mensucikan hati disamping wuduk, sebelum solat.

Berkaitan tayammum, bagaimanakah kaedah tayammum yg dianjurkan oleh al Quran? Tanah yg bagaimana? Bagaimana kaedah mengambil debu, kaedah menyapukan ke anggota tayammum, selama mana tayammum itu sah digunakan? Bagaimana pula perkara2 yg membatalkan wudhuk, jenis2 air yg boleh/tak boleh digunakan utk bersuci dll..

Bersambung...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sat Jun 13, 2009 1:33 am

Sambungan...

Adli wrote:Oleh kerana solat adalah perbuatan yang mengasahkan minda, maka selepas kejayaan membuat perkara yang mengasah minda itu, banyakkan mengingati Allah seperti bertukar pendapat pasal agama macam ini.
Boleh tak saudari berikan cth perbuatan mengasah minda yg saudara maksudkan sebagai solat? Lebih baik lagi, boleht tak saudari terangkan bagaimanakah solat yg saudari dirikan setiap hari. Bukankah berkongsi ilmu itu juga saranan Allah swt? Mungkin Juang juga boleh kongsikan cara solat Juang. Sebabnya kalau saudari hanya sekadar cakap solat itu perbuatan mengasah minda, pelajar2 sekolah di dalam kelas juga mengasah minda, membaca buku juga mengasah minda, membuat latihan, bermain game, study group juga perbuatan mengasah minda, tetapi perbuatan mengasah minda yg manakah yg sebenarnya saudari maksudkan sebagai solat?

Adli wrote:bukan main taksub riwayat hadis (atas nama taat pada Nabi) atau taksub pada tok guru.
Siapakah yg taksub kepada hadith dan bolehkah saudari berikan contoh yg spesifik?

Adli wrote: Di sini kita nampak logik kenapa Al Quran tidak tetapkan waktu seperti Zuhur, Asar, Maghrib etc itu sebab kelapangan manusia berbeza-beza kerana jalan hidupnya berbeza. Ingatlah, solat bukan kerana ikut orang, tetapi ikut apa yang Allah tetapkan. Jika Allah tetapkan kita lapang pada sesuatu waktu, pada waktu itulah menjadikan kewajiban bagi orang beriman nak gunakan masa lapang itu mengembangkan minda. Takdelah mereka melepak membuang masa.
Betul, kita perlu solat sebagaimana yg Allah swt telah tetapkan.
Code:
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.(Hud:114)
Dalam ayat diatas, disebutkan 2 tepi siang dan pada waktu2 berhampiran malam, maksudnya 2 waktu solat masa siang dan beberapa waktu solat pada masa berhampiran dgn siang dari waktu malam. Jelasnya ada lebih dari 3 waktu solat yg disebutkan dalam ayat diatas. Persoalan saya, 1) berapa waktu saudari bersolat?

Saudari kata, solat tu bukan ikut orang tapi ikut apa yg Allah swt telah tetapkan Allah telah tetapkan masa2 solat. Persoalan 2) apakah kaedah solat yg telah Allah swt tetapkan dlam al Quran? Boleh bawakan ayat2nya dan jelaskan?

Berkenaan kiblat..
Adli wrote:Tulisan dalam braket bukan terjemahan direct dari Al Quran. Ia hanyalah pendapat ulamak atau penterjemah itu. Jadi jika ikut tulisan Arabnya, tidak ada perkataan solat pada ayat-ayat tersebut.
Perkataan dalam baraket itu tambahan dari penterjemah, bagi memudahkan pembaca faham apa yg dimaksudkan oleh ayat tersebut. Diletakkan didalam braket supaya pembaca faham perkataan mana yg ditambah dan yg mana yg asal.

Adli wrote:Daripada ayat di atas, kiblat bererti titik kesatuan ummah. Nabi Muhammad jadikan masjdil haram sebagai titik kesatuan ummah. Sebab itu, biarpun dihalau oleh orang Quraisy, baginda tetap berazam jadikan masjidil haram itu tempat kesatuan manusia sehingga berlakunya "pembukaan kota mekah" tanpa berlaku pertumpahan darah.
Saudari dapat mana kiblat tu maksudnya titik kesatuan ummah? Rasulullah tidak menjadikan Masjidilharam sebagai kiblat tetapi Allah swt. Kiblat itu secara ringkasnya ialah arah yg dihadap oleh seorg muslim ketika bersolat. Ketika bila lagi seorg muslim mengadap kiblat selain solat, sujud syukur dll yg berkaitan?

Tetapi kiblat itu boleh melambangkan kesatuan akidah terutama apabila umat islam bersolat, kecuali yg bermusafir, yg lain ketika solat mesti mengadap kiblat. Tetapi bagaimana kesatuan seperti ini dapat dijelaskan dari kaedah solat yg saudari laksanakan? Apakah saudari juga mengadap kiblat?

Adli wrote:pasti suatu hari nanti mereka akan masuk ke Mekkah macam Nabi Muhammad pernah masuk. Ini kerana pada masjidil haram itulah titik kesatuan umat manusia yang dijanji Allah kepada seluruh umat manusia.
Apahal pulak si kafir tu nak masuk? Dan saudari dapat mana cerita ni? Boleh berikan dalil al Quran? Kaabah ni asalnya dibina oleh Nabi Ibrahim lagi, ia bukanlah sesuatu yg dijanjikan.

Adli wrote:Jawatan Rasulullah adalah jawatan yang mulia dan tertinggi di kalangan manusia. Dalam kes jaga, jika kita kata seseorang itu cuma jaga, memanglah bermaksud kita hanya merendah-rendahkan manusia itu seolah-olah dia tidak boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

Tetapi jawatan Rasulullah, tidak ada jawatan yang lebih tinggi selepas itu. Sebab itulah dengan meletakkan perkataan "Hanya" tu supaya manusia beringat, yang Nabi Muhammad itu hanya sampai tahap jawatan Rasulullah (jawatan tertinggi bagi manusia). Baginda bukannya anak Allah sehinggakan segala riwayat hadis yang menunjukkan baginda tetapkan sesuatu, terus dipercayai benar. Itulah tujuan kami letakkan "hanya" tersebut yang memanaskan hati kaum penyembah Nabi itu.

Sedangkan seseorang Rasul itu menetapkan apa yang Allah tetapkan. Dengan kata lain, baginda menetapkan sesuatu yang ada bukti yang nyata. Bukti yang nyata itulah hukum alam yang wujud di antara langit dan bumi sebab hukum ini tidak boleh dipalsukan.

Sebab itu, bila kita berhujah iktu hukum alam ini, pasti kaum kafir panas hati. Allah sudah janjikan azab kepada manusia yang menyekutukannya. Di dunia lagi kita nampak logik macam mana orang kafir kena bakar. Itulah logik adanya neraka.... Smile
Saudari sebenarnya tak faham maksud saya. Baca ayat dibawah..
Code:
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),(Fussilat:6)
Al Quran sendiri telah menyatakan siapakah Baginda saw. Malangnya saudari telah menambah2 perkataan pada kalimah Thoiibah itu. Walaupun mungkin maksud saudari hanyalah semata2 utk menyatakan bahawa Rasulullah saw itu hanyalah Rasul dan bukan anak Tuhan, tetapi saudari harus memberikan penjelasan...
1) Kenapa saudari menammbah2 perkataan pada kalimah Allah sedangkan telah ada ayat Allah yg telah menyatakan perkara itu(Rasulullah saw itu manusia biasa)?
2) Siapakah diantara manusia diatas muka bumi ini yg muslim yg menganggap Rasulullah saw itu anak Tuhan?
3) Malah siapakah pula diantara org yg nonmuslim yg menganggap Baginda itu anak Allah?
Hingga disebabkan tindakan2 mereka, atau pandangan2 mereka atau apa2 yg keluar dari tingkahlaku mereka atau perkataan2 mereka atau pengakuan2 mereka atau tulisan2 mereka atau persetujuan2 mereka itu yg membawa maksud mereka manganggap Nabi saw itu anak Tuhan, hingga menyebabkan saudari "terpaksa" menambah perkataan "Hanya" itu pada kalimah Allah tersebut?

Saya bukan membuat tuduhan2 kepada saudari, tetapi cuba saudari baca ayat2 berikut...
Code:
Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar. (As-Syuraa':154)

Code:
 Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.(As-Syuraa':186)


Code:
Bertanyalah (wahai Muhammad): Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya? (Bagi menjawabnya) katakanlah: Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah: Aku tidak mengakuinya. Katakanlah lagi: Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla).(Al-An'anaam)

Wassallam...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Sat Jun 13, 2009 12:31 pm

penjejakbadai wrote:Assalaamualaikum wrh

Nampaknya posting kita ni panjang2 belaka..

Waalaikumusalam penjejakbadai.

Kepanjangan posting anda itu menunjukkan anda seorang yang menggunakan akal dan bersabar. Teruskan semangat perjuanganmu itu.

Pada pandangan saudari bila agaknya saudari akan dapat selesai mengkaji al Quran? Bagi saya, al Quran ni kalau dikaji sampai kiamat pun belum tentu habis. Agaknya saudari memilih utk membuat kajian sendiri atau mengambil/membaca kajian2 oleh org lain?

Tiada nokhtah dalam mengkaji Al Quran. Even di syurga nanti pun orang beriman akan terus berfikir dan berfikir.

Kami mengkaji guna keupayaan sendiri dahulu supaya rasa yakin pada diri sendiri dan pergantungan pada Allah jadi kuat. Kemudian kami sampaikan di forum sebegini untuk bertukar fikiran dengan orang yang menggunakan akal macam anda. Dengan cara ini, pemikiran kami akan jadi lebih luas lagi.

Kalau anda fikir logik, alam semesta yang terbina dari ilmu Allah inikan luas. Kalau disempitkan pemikiran tu, macam mana nak dapat ilmu Allah?

Adli wrote:Tak kisahla apa tujuan saudari, boleh berikan beberapa cth tak?

Maaf, boleh spesifik contoh apa yang anda nak?

Bagi ASWJ, hadith adalah rujukan kedua selepas al Quran. Hadith juga bukanlah pelengkap kepada al Quran, tetapi adalah koleksi penerangan2, penjelasan2 dari baginda Rasulullah saw mengenai isi kandungan al Quran. Al Quran sememangnya tidak ada kekurangan. Al Quran memang mengandungi penjelasan, bukankah al Quran itu panduan hidup?

Ya, pada yang digariskan itulah titik persamaan kita. Oleh kerana Al Quran sendiri tidak suruh kita guna riwayat hadis, sebab ia sudah lengkap, jadi penggunaan riwayat hadis bukanlah kewajipan dalam Islam.

Dan ini yang kami praktis dengan jadikan Al Quran semata-mata sebagai panduan hidup. Mana yang Al Quran tidak tetapkan, kami ikut ayat Quran yang suruh kami berfikir. Dengan suka berfikir, rasa pergantungan kami kepada Allah semakin kuat sebab bagi kami, ilham-ilham yang benar dan tidak mampu dibuktikan dusta itu hakikatnya datang daripada Allah.

Sebanyak mana ilham atau idea yang diperolehi oleh manusia itu, itulah tanda-tandanya manusia itu dekat dengan Allah. Sebab itulah Nabi Muhammad cabar orang kafir supaya bawakan kitab seperti Al Quran jika mereka orang benar. Kerana kerja orang kafir itu hanya menghukum baginda dusta dan sesat, tetapi apa yang dusta dan sesat dari ayat-ayat Allah yang baginda sampaikan itu, tidak pula mereka tunjukkan.

Menghukum orang lain tak betul, semua orang boleh buat. Tetapi nak buktikan apa yang betul dalam diri sendiri, hanya golongan beriman sahaja yang mampu melakukannya.

Dari hal solat, bagi saudara ia ritual yg diajar oleh nenek moyang. Cuba fahami situasi ini...

Saya belajar solat dari ibubapa dan guru2. Selain saya, semua umat islam dari seluruh pelosok dunia belajar solat dgn CARA YANG SAMA dari ibubapa atau guru2 mereka. begitu jugalah kepada umat2 terdahulu dimana2saja di dunia. Bagaimanakah seluruh umat islam boleh mewarisi satu gerakan ritual yang sama? Kami mewarisi dari siapa? Cuba saudari jelaskan, saya mewarisi ritual solat itu dari siapa?

Cuba anda fikirkan, sebelum umat Islam sekarang, sudah wujud kaum lain yang telah ada suruhan bersolat dari Nabi-nabi terdahulu. Orang Arab Jahiliah pun ada cara solat mereka. Mereka pun mewarisi dari ibubapa dan nenek moyang mereka. Dan mereka juga ada ahli-ahli kitab yang mengajar agama kepada mereka yang membuatkan solat mereka sama.

Namun kenapa mereka dikutuk oleh para Rasul mereka? Ini kerana mereka jadikan agama untuk berpecah-belah sesama sendiri sehingga umat mereka jadi lemah, seolah-olah solat mereka itu tidak membawa apa-apa erti.

Umum tahu solat itu tiang agama. Namun jika agama itu runtuh kerana umat jadi lemah dan berpecah-belah, itukah solat yang sebenar-benarnya layak dijadikan tiang agama? Lainlah sekarang ini umat Islam menjadi umat terbaik dengan mendahului bidang ilmu dan hidup bersatu-padu, tiada siapa nak pertikaikan ajaran atas nama Islam yang wujud sekarang ini. Tapi, cuba buka mata luas-luas melihat nasib umat Islam sekarang. Jadi, kalau kita fikir dalam-dalam, takkanlah solat yang wujud sekarang ini benar-benar dari ajaran Nabi jika setakat menjadi tiang yang lemah?

Jadi, oleh kerana cara solat yang wujud sekarang tidak ditetapkan dalam Al Quran, sudah pasti solat ini diwujudkan oleh mereka yang tidak memahami kehendak Al Quran yang sebenar yang terpaksa menggunakan riwayat hadis untuk menetapkan cara solat, sedangkan tiada ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis pun dalam menetapkan syariat.

Macam perumpamaan polisi syarikat yang Juang gunakan itu, jika boss sudah tetapkan polisi syarikat sebegitu rupa yang telah dicatatkan semasa boss itu hidup, kenapa ditokok-tambah dengan khabar angin atas nama ucapan boss itu yang kita tidak tahu kebenarannya?

Dan tanda-tanda sesuatu ajaran itu tidak benar, ia akan menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah, sebab mana ada Rasul ajar untuk umat jadi sebegitu rupa?

Seterusnya, saya percaya saudari tak mewarisi ritual solat dari sesiapa, tetapi persoalannya, siapakah yg mengajar ritual solat itu kepada saudari? bagaimanakah perbuatannya dan apakah sama dengan semua org yg seakidah dgn saudari?

Kami mencontohi Nabi Muhammad yang tidak meniru solat Nabi-nabi terdahulu. Tidak ada ayat Al Quran yang menunjukkan solat baginda ikut Nabi sebelum baginda.

Jadi berdasarkan beberapa ayat Al Quran yang pernah kami bawakan dalam topik mengenai solat, maka kami mendapat cara solat kami melalui apa yang Allah tunjukkan. Macam kami katakan sebelum ini, matlamat kami bersolat agar jadi insan yang kreatif dan inovatif. Sebab sifat itulah yang ada pada manusia yang tidak ada pada makhluk-makhluk lain. Kita tidak pernah jumpa burung mencipta teknologi. Kita tidak pernah jumpa pokok berinnovasi. Hanya manusia sahaja Allah bagi speciality untuk berbuat begitu.

Bila kami faham erti hidup manusia ini, semua ibadah yang kami jumpa dalam Al Quran, kami sesuaikan dengan maksud menjadi insan yang kreatif dan innovatif. Bila sesuatu umat itu ramai orang yang kreatif dan innovatif, barulah umat itu jadi kuat. Sebab itulah Allah menangkan bangsa Barat dan Israel biarpun dulu nenek moyang mereka pernah sesat dari memahami erti hidup manusia diciptakan. Malangnya yang kami sedih, umat Islam rata-rata sudah tak faham erti hidup mereka, sehingga jadi manusia yang lemah dan berpecah-belah.

Kerana itu kami sudah tidak tiru amalan nenek moyang yang Allah telah jelas berikan petunjuk kepada kami supaya berubah. Kami takut, kalau sudah dapat petunjuk Allah pun taknak berubah, tidak mustahil bala macam tsunami dahulu akan berlaku.

Cara mengembangkan minda berbeza-beza di antara sesama manusia kerana Allah cipta manusia memiliki minat yang berbeza-beza. Untuk mengembangkan minda ke peringkat yang lebih tinggi, sudah pasti memerlukan minat yang mendalam. Daripada minat itulah lahirnya semangat ingin tahu yang tinggi. Kebijaksanaan bangsa Barat adalah mereka mendidik anak-anak mereka berdasarkan minat. Mereka tidak meniru-niru orang lain. Pada bidang mana anak mereka minati, disitulah mereka pupuk agar anak-anak itu membesar dengan kekuatan diri mereka sendiri. Manfaat yang kami nampak inilah yang kami cuba contohi.

Oleh kerana cara memngembangkan minda itu luas dan tiada batasannya, sebab itu tiada ketetapan caranya bagi kami. Sama macam Al Quran sendiri tidak menetapkan caranya. Yang penting dari solat kami, bukan caranya kena ikut Nabi sebab Al Quran tak pernah tetapkan begitu, tetapi hasilnya biar macam Nabi dan golongan beriman terdahulu. Dan kami bandingkan dengan surah Al Maa'uun yang mencelakakan orang yang solat iaitu;

1) mereka bersolat, tetapi lalai apa erti tujuan mereka diciptakan sebagi manusia. Solat mereka sekadar menjadikan mereka kaum yang b0doh seperti keldai liar atau keldai membawa kitab.
2) mereka bersolat, tetapi menunjuk-nunjukkan solat mereka sehingga mereka perasan mereka akan masuk syurga dengan solat sebegitu dan malas mengkaji ilmu alam (perasaan bangga diri yang pernah dimiliki oelha orang Yahudi terdahulu).
3) mereka bersolat, tetapi tidak mahu membantu manusia. Nampak kaum mereka dizalimi di Palestin, mereka hanya tahu mengutuk Israel, tetapi mereka tidak berfikir kenapa Allah izinkan Israel kalahkan mereka biarpun kuantiti mereka ramai. Sekadar mengutuk Israel, apakah itu satu bantuan berguna kepada umat mereka sendiri? Bukankah lebih baik mereka kutuk umat mereka sendiri yang sudah lemah dan berpecah-belah?

Dari 3 elemen inilah kami mencari erti solat yang tidak dicelakakan oleh Allah iaitu jadi orang yang berfikir, tidak menunjuk2 cara solat, dan kepakaran hasil mengembangkan minda itu kami gunakan untuk membantu sesama manusia. Itulah solat kami. Dan kami sudah merasai perubahan diri sejak bersolat begitu, sebab solat itu datang terus dari petunjuk Allah, bukan lagi ikut-ikutan.

Sudah pasti bila kita melakukan solat yang Allah tunjukkan dan mempunyai erti yang logik, kita lebih menghargai dan lebih memuaskan hati. Sebab itu kami tak tahu berapa kali kena bersolat. Asalkan tergerak hati perlu mempertajamkan minda, kami akan bersolat. Itulah waktu yang Allah wajibkan tanpa rasa berat atau malas.

Jika saudari mempelajari ritual solat itu dari org lain, maka saudari juga mewarisi ritual itu dari org lain, tetapi jika tidak maka saudarilah yg mencipta ritual itu sendiri. Saya bukan nak buat tuduhan2 tetapi saya cuba bercakap dalam lingkungan logik. Oleh kerana itu dimana kedudukan ayat al Quran yg menyatakan kita kena solat mengikut apa yg telah Allah swt tetapkan?

Jika begitu, Nabi Muhammad mencipta solat baginda sendirilah sebab baginda tidak berkata baginda solat seperti Nabi-nabi terdahulu? Tapi jika Allah pernah mengajar baginda cara bersolat, apakah Allah tidak mampu mengajar kami bersolat? Apa yang Allah tunjukkan pada kami sehingga kami nampak erti solat yang sebenar itu sama seperti apa yang Allah pernah ajar Nabi Muhammad. Jadi kami masih mengikut solat apa yang Allah tetapkan pada kami. Sebab itu Al Quran pun tak tetapkan cara solat sebab supaya Allah yang tetapkan cara solat untuk setiap manusia.

Cuba fikir dalam lingkungan logik. Sedangkan bulan, bintang, planet, matahari dan lain-lain itu pun Allah ajar cara solat masing-masing, takkanlah manusia yang diciptakan sebagai khalifah tidak mampu Allah nak ajar cara solat? Di sinilah logiknya kenapa dalam Al Quran tidak ditetapkan cara solat, supaya manusia itu cari Allah dahulu untuk tahu cara solat masing-masing, bukannya pergi sembah tok guru. Bila setiap manusia itu cari Allah, maka akan kuatlah hati manusia itu.

Kekuatan hati manusia itu terbukti dengan semangat dia menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan. Itulah solat yang sebenar yang menjadikan sesuatu umat itu kuat seterusnya bersatu-padu. Solat yang wujud sekarang ini setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah. Dalam lingkungan logik, solat macam itulah yang diterima Allah?

akan disambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jun 14, 2009 1:04 am

Assalaamualaikum wrh

Saya sekadar tau nick name tapi tak kenal siapa tuan empunya badan. Kita semua ni pejuang, tapi apa yg kita perjuangkan mungkin berbeza antara seorg dgn yg lain. Maaflah posting ni pun dah panjang, lepasni saya akan cuba ringkaskan..

Juang wrote:Contoh riwayat hadis yang saya amalkan ada seperti riwayat yang mengatakan baginda berkhalwat di gua Hira'.......Riwayat ini ada persamaan dengan kisah Ashabul Kahfi yang mengisolatekan diri....
Kedua2 kisah ini jauh berbeza. Rasulullah saw berkhalwat didalam gua Hira, pemuda Ashabulkahfi tu pula ditidurkan oleh Allah swt. Walaupun tempatnya sama dalam gua(gua berbeza), perbuatan yg dilakukan berbeza.

Juang wrote:Jika benar Al Quran bukan penerangan Nabi Muhammad, macam mana boleh ada ayat sebegini? Alif, laam, raa. ini adalah ayat-ayat Al-Kitab, yaitu (ayat-ayat) Al Quran yang jelas.
Ni ayat dari surah yg mana? Saya gunakan terjemahan lain...
Code:
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa(Al-Baqarah:1-2)

Alif, Laam, Miim. Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (As-Sajdah:1-2)
Tejemahan ini pula saya ambil dari bacaan.doc dari website e-bacaan oleh Othman Ali - kemaskini 7.6.09(Latest kott). Saya cuma gunakan terjemahan ini sebagai perbandingan semata2 dan tak pernah gunakan utk tujuan lain.
Code:
Alif Lam Mim. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),(Al-Baqarah:1-2)
Alif Lam Mim. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.(As-Sajdah:1-2)

Dalam semua terjemahan ini, takdepun sebut tentang Al Quran itu jelas, semua kata "Tidak ada keraguan/tidak ada syak". Check balik terjemahan yg saudara gunakan atau mungkin boleh kongsikan dari mana saudara dapat terjemahan tu. Senang nak berhujjah.

Juang wrote:Memanglah Al Quran itu datang daripada Allah. Tetapi melalui akal Nabi Muhammad. Dan disampaikan kepada manusia dalam bentuk jelas. Bila jelas, mudah manusia lain memikirkan, sebab baginda sendiri sudah memikirkan apa yang baginda ucapkan itu. Kalau baginda terima Al Quran tanpa berfikir, macam mana pula baginda suruh orang lain fikirkan Al Quran itu? Baginda bukan orang yang cakap tak serupa bikin.
Bukan macamtu. Al Quran tidak diturunkan melalui akal Nabi saw tapi melalui Malaikat Jibril samada terus kedalam hati Baginda dgn izin Allah swt atau dgn membacakan wahyu tersebut kepada Baginda. Nabi seterusnya bacakan ayat tersebut kepada para sahabat. Bukan maksudnya Baginda memikirkan isi wahyu tersebut kemudian meminta para sahabat memikirkannya pulak. Tapi Baginda melaksanakan sendiri setiap perintah yg terkandung dalam setiap wahyu yg diterima dan perlaksanaan oleh Bagind itu menjadi cth dan ikutan seluruh umat.

Juang wrote:Tidak ada satu ayat Al Quran pun sebut, penjelasannya kena rujuk riwayat hadis.
Saudara silap, bukankah dalam posting saya sebelumni saudara sendiri kemukakan ayat yg menyatakan, Allah swt menurunkan Al Quran, Nabi saw menjelaskan supaya manusia memikirkan. Memikirkan apa, dah tentu memikirkan isi al Quran berdasarkan penjelasan yg telah diberikan oleh Rasulullah saw. Itu pada zaman Baginda masih hidup, pada zman sekarang ni bagaimana? Dah tentu, hadith2 dan sunnah2 Baginda sawlah yg dijadikan hujjah dan panduan. Sebab itulah bentuk2 penjelasan yg telah dibuat oleh Baginda semasa hidupnya.

Katalah saudara menafikan, sebaliknya saudara hanya menerima al Quran semata2. Al Quran harini sama sebagaimana al Quran yg asal tanpa sebarang penambahan dari sesiapapun. Jadi setakat ini dimanakah peranan Rasulullah saw? Takde, baginda telahpun wafat. Al Quran itu telah diterjemah pula oleh ramai org termasuklah Othman Ali, lalu saudara mewarisi hasil kerja beliau.

Juang wrote:Mana-mana yang Al Quran tidak tetapkan, jangan pandai-pandai buat ketetapan atas nama Nabi. Nanti dapat balasan yang hina seperti yang terjadi pada umat Islam sekarang.
Saudara bercakap ni seolah2 menganggap, menyatakan sesuatu ucapan itu sebagai sabda Nabi boleh dibuat dgn mudah oleh sesiapa saja. Saudara kena fahami, yg menetapkan sesuatu ucapan itu sebagai sabda Nabi, hadith sahih, d'aif, maud'huk dll dibuat oleh org yg benar2 ahli dalam bidang tersebut, bukan boleh sesiapa saja.

Juang wrote:Masalahnya, ajaran yang anda maksudkan itu (rijal riwayat hadis) adalah bertujuaan mengkaji peribadi orang yang menyampaikan riwayat itu. Siapa kita manusia nak menilai peribadi orang lain, sedangkan dalam hati manusia, hanya tuan punya diri dan Allah sahaja yang tahu.
Saya takde sebut pasal mengkaji hati perawi rasanya... Saya dah sebut sebelumni..

Juang wrote:Bukankah lebih baik menilai kandungan riwayat itu, daripada menilai si pembawa riwayat itu?
Saya dah sebut sebelumni. Setiap ucapan yg disebut sebagai hadith akan diinilai dari sudut perawi2, isnad2, isi kandungan dll. Walaupun maksud yg disebutkan itu tak masuk akal, tetapi jika terbukti ia memang sabda nabi maka ia akan diterima, jika betul sekalipun isikandungan hadith itu tetapi jika ada masalah dari sudut perawi2nya dan apa2 yg berkaitan maka ia akan ditolak.

Juang wrote:Bila kononnya yang membawa itu dari sahabat terdekat Nabi, terus dipercayai itu memang Nabi ucapkan atau lakukan. Padahal siapa tuan punya nama yang didakwa sahabat Nabi itu pun kita tidak kenal mereka. Takkanlah simply2 percaya macam itu sahaja?
Sebab itulah adanya ilmu hadith. Mungkn sebab saudara sendiri taktaupun apa itu ilmu hadith sebab itu saudara memusuhinya. Memang kita tak kenalpun siapa nama yg didakwa sebagai sahabat2 Nabi tu tetapi kajian yg dibuat mengambil pandangan dan kata2 para ulama yg hidup pada ketika itu tentang seseorg perawi. Saudara kenal tak siapa Abdullah Bin Mas'ud, Abu Dzarr Al Ghifari, Muaz bin Jabal, Abu Dardaa, Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah dll.. Sekadar beberapa nama. Memanglah pada zaman ni takde siapapun yg pernah jumpa mereka tetapi para ulama mengenali mereka dari kajian2 dan tulisan2 para ulama. Siapa pula Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain2 yg yg telah mengumpulkan hadith2 dalam kitab2 mereka. Memang saudara tak mengenali mereka, tetapi umat islam mengenalinya dan mempercayai mereka, bukan dgn simply percaya.

Juang wrote:dalam Al Quran sendiri tidak ada ajar main percaya riwayat-riwayat yang disampaikan oleh sahabat para Nabi terdahulu. Ada tak kita jumpa khabar Nabi Musa yang disebut dalam Al Quran memerlukan nama para sahabat baginda? Al Quran pun tak guna konsep macam itu, takkan manusia pandai-pandai guna cara macam tu?
Saya dah jelaskan sebelum ni, Rasulullah saw tidak memerlukan sanad2, perawi2 kerana Baginda mendapat wahyu dari Allah swt. Ayat al Quran adalah tentang Fiman2 Allah swt, bukannya sabda2 atau riwayat2 Nabi2/Rasul2 yg terdahulu atau sahabat2 mereka. Selain itu pada zaman sebelum Rasulullah belum wujud dokumentasi tentang hadith2. ASWJ tidak mudah2 mempercayai sesuatu hadith, tetapi mempercayai kedudukan para sahabat disisi Allah swt.

Code:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Aali-Imran:110)
Allah swt telah menyatakan umat islam pada zaman itu ialah umat yg terbaik.
Code:
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.(An-Nisaa':115)
Mereka telah melalui jalan yg benar sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah swt yg sepatutnya diikuti juga oleh seluruh umat. Apakah jalan2 mereka? Iaitu jalan2 yg telah ditunjukkan oleh Baginda saw berdasarkan wahyu Allah swt yg telah diturunkan kepada Baginda.

Juang wrote:Ada tak ayat Al Quran kata, kita tidak boleh dapat petunjuk terus daripada Allah? Yang Quran suruh manusia berfikir itulah supaya kita dapat petunjuk terus daripadaNya. Barulah rasa pergantungan diri kepadaNya jadi kuat macam para Rasul terdahulu.
Saudara kena faham, kita hidup didunia ni cuma sementara. Betul kita boleh mendapat petunjuk terus dari Allah swt, tetapi petunjuk tentang apa? Katalah, seorg lelaki nama Ali, ada2 org calon isteri tapi taktau nak pilih mana satu. Maka dia pun dirikan solat sunat istiharah utk memohon petunjuk dari Allah swt. Ini perkara biasa. Tetapi yg salah ialah, apabila kita meminta petunjuk dari Allah swt tentang bagaimanakan cara nak solat, bagaimanakah cara nak menjalani kehidupan dimuka bumi ini. Sebabnya Allah swt telah menunjukkan jalanNya melalui Baginda Rasulullah saw. Bahkan kita boleh memohon petunjuk samada sesuatu hadith itu sahih atau tidak.

Bersambung..............

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jun 14, 2009 1:05 am

Sambungan.....

Juang wrote:Cuba saudara fikir logik, Nabi itu bukannya seorang yang tahu membaca dan menulis, cuma mengharapkan adanya akal. Dan baginda pun ada nafsu macam manusia lain. Tetapi kenapa Allah bagi baginda pentunjuk secara direct tanpa perlu guna riwayat?
Cara soalan saudara ni kurang logik sebenarnya. Tidak ada seorg Nabi atau Rasul yg dipilih oleh Allah swt kerana amalan mereka atau kehebatan mereka berfikir tetapi sememangnya Allah swt telah mereka sejak azali lagi. Allah swt menjadikan mereka utk menjadi Nabi2 dan Rasul2Nya diatas muka bumi. Bukan disebabkan apa2 tingkah laku mereka atau amal ibadat mereka dll yg dijadikan sebab Allah memilih merka menjadi Nabi2 dan Rasul2Nya.. Ringkasnya, asbab kenapa mereka2 itu dipilih menjadi nabi2 dan Rasul2 adalah kerana Allah swt mengkehendakinya, tidak ada asbab yg lain. Antara kita dan meeka ada perbezaan yg terlalu jauh.

Juang wrote:Jadi kita yang tahu membaca dan menulis dan ada akal juga dan ada nafsu, takkanlah Allah tak bagi pentunjuk direct sampai kena guna riwayat hadis untuk memahami Al Quran. Apakah ayat-ayat Al Quran sukar sangat nak difikirkan?
Saudara mungkin lupa dengan takdir yg telah Allah swt tetapkan. Saudara pun tau, kalau kita lapar, kenala makan bukan minta petunjuk dari Allah swt supaya mengenyangkan kita. Kalau demam makanla panadol. Kita kena ikut sunnatullah yg telah ditetapkan. Kita nak faham al Quran kena belajar al Quran bukan sekadar meminta petunjuk Allah taala. Hadith2 itu diperlukan disebabkan Allah swt telah mengamanahkan kepada Baginda Rasullah saw utk memberikan penjelasan kepada manusia, jadi hadith2 dan sunah2 diperlukan sebagai panduan.

Saya tak nafikan, betul cakap saudara..ayat al Quran tu bukan susah sangat nak difikirkan, tetapi masalahnya ialah, apakah yg kita fikirkan itu adalah yg benar ataukah sebaliknya? Seperti dalam sebuh ayat menyebutkan tentang tangan Allah. Kemudian kitapun fikirkan dan terbayangkan Allah itu bertangan sebagaimana makhluk seperti manusia, monyet yg juga bertangan, maka logik akal pun mengiyakan. Apakah kaedah dan pemahaman ni benar dan pertimbangan yg manakah yg akan kita gunakan itu mengatakan itu salah dan ini benar sedangkan asas kepada memahami al Quran itu sendiri kita takde?

Juang wrote:So kenapa perlu taksub riwayat sedangkan TUhan yang kita sembah sama yang Nabi itu sembah dan Tuhan itu tak ajar Nabi guna riwayat terdahulu dan tiada ayat Al Quran suruh rujuk riwayat hadis (kata-kata yang disandarkan pada nama orang lain) sebagai ketetapan syariat?
Saudara suka kata org taksub kepada riwayat2, cuba saudara berikan cth2 org yg saudara kata taksub kepada hadith2 tersebut.

Juang wrote:Cuba fikirkan, kita nak terima kata-kata kononnya dari Nabi, tetapi kita pergi kaji orang yang bawa kata-kata itu. Kenapa tak kaji terus riwayat tersebut dan bandingkan dengan Al Quran, sebab Al Quran itu pun Nabi sampaikan dari lisan baginda? Kemudian bandingkan dengan hukum alam yang Allah tetapkan ini. Ingatlah, seseorang Rasul tidak akan bercakap tanpa bukti-bukti yang nyata atau jelas.
Masalahnya ialah saudara tak nak memahami. Saya dah sebut sebelum ni, Ilmu Rijal Hadith tu kajian mengenai perawi2, Ilmu al-Dirayah itu mengkaji tentang nas hadith tersebut. Saudara kata kenapa tak kaji terus dan bandingkan dgn al Quran, semua ni dalam disiplin ilmu kajian hadith. Dah saya sebutkan juga, sesuatu ucapan yg dilihat benar, difikirkan benar, dikaji benar dan dibuktikan benar masih belum boleh disebutkan sebagai hadith melainkan setelah dibuktikan dari sudut kajian mengenai rantaian isnad perawi2nya. Kalau nak guna jangan sebut itu hadith, kalau nak sebut itu hadith, kena pasikan ia memang betul2 hadith. Sesuatu ucapan yg terbukti adalah hadith Rasulullah saw walupun kelihatan pelik, tak logik, tak dapat dibuktikan akan tetap dianggap benar dan betul. Cth hadth tentang gambaran mengenai syuga dan neraka. Cth hadith lain tentang tanda2 kiamat - matahari terbit dari barat. Mustahil, tak masuk akal, tak logik tapi dianggap betul sebab ia terbukti adalah hadith Rasulullah saw.

Code:
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan....(Al-Hadiid:25)
Bukti2 dan mukjizat itu utk membuktikan kenabian Baginda saw.

Juang wrote:Perumpamaan sikap umat Islam itu seperti, kita nak rasa manisnya buah rambutan, tetapi pergi nilai peribadi orang yang sampaikan buah rambutan kepada kita. Kenapa tak rasa terus buah rambutan itu untuk tahu manis atau tidak.............. tetapi kerana mereka yang melemahkan diri mereka sendiri sebab "makan" sesuatu yang memudaratkan.
Saudara bercakap sesuatu yg saudara tak fahami, takde pengetahuan atasnya dan saudara menolak segala penjelasan mengenainya. Terpulang samada saudara menerima nak menerima atau menolak.

Contoh Professor yg saudara bawakan.....

Saudara rasa Rasulullah saw ni boleh disamakan dgn cth saudara tu ke? Bukankah saudara sendiri tau mustahil bagi Baginda nak menulis nota apalagi buku, membaca pun tak boleh, buta huruf. Selain itu Baginda adalah pesuruh Allah bukannya Professor yg belajar dan mengkaji.

Juang wrote:Takkanlah masa profesor itu masih hidup, dia tidak jelaskan apa yang dia tahu dalam nota atau buku terbitannya.
Kenyataan ni tak logik. Sebabnya apa yg ditulis pada zaman Rasulullah saw hanyalah ayat2 al Quran yg diturunkan oleh Allah bukan menulis apa yg Baginda saw tau. Rasulullah saw telah memberikan penjelasan mengenai semua perkara, dalam btk ucapan2, pengakuan2, persetujuan2, kelakuan, cara hidup dan sebagainya.

Juang wrote:Al Quran itu bukannya sebuah kitab turun daripada langit dalam bentuk helaian bertulis atau bercetak. Ia adalah ilham yang dicapai oleh orang yang berfikir.
Inila masalahnya kalau saudara bercakap sesuatu yg saudara takde pengetahuan mengenainya. Allah swt mengutuskan Rasulullah saw utk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia dgn al Quran itu sebagai mukjizat dan panduan. Al Quran itu diturunkan pula dgn beberapa tahap. Saudara boleh cari sendiri proses penurunan al Quran. maksudnya Baginda saw diwahyukan al uran pada ketika Allah swt ingin menurunkannya bukan disebabkan Baginda berfikir. Sebab itu wahyu itu boleh turun dalam berbagai keadaan.

Juang wrote:Dan kerana rasa bertanggungjawab itulah penjelasan itu dicatat di dalam Al Quran. Sebab itu dikatakan AL QUran itu jelas. Maknanya baginda sudah siap-siap mendokumentasikan bersama-sama penjelasan yang secukupnya...Jangan ingat sebab Nabi Muhammad itu ummi, maka penjelasan ayat-ayat Allah, baginda tidak catatkan sama.
Macamana agaknya saudara boleh berfikir sampai macamni...? Kalau inilah pandangan saudara, maksudnya bagi saudara al Quran itu bukan saja wahyu2 yg diwahyukan kepada Baginda tetapi juga mengandungi penjelasan2 oleh Rasulullah saw, maka ada penambahan ayat pada al Quran. Sedangkan wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kepada Baginda itu tidak sedikitpun berubah, sebagaimana ia diturunkan, itulah juga yg dibacakan kepada para sahabat dan itu jugalah yg ditulis hinggalah hari ini. Tidak ada sebarang penambahan oleh Baginda samada bertujuan menjelaskan atau apapun tujuan. Sebabnya, ayat2 al Quran adalah semata2 makna dan lafaznya dari Allah swt.

Cuba saudara fahami, Allah swt menurunkan al Quran itu sepenuhnya ke Luh Mahfuz, kemudian diturunkan pula seluruhnya ke langit dunia. Kemudian diturunkan secara berperingkat2 selama 23 tahun kepada Baginda saw. Maka jika ikutkan kefahaman saudara diatas, keseluruhan al Quran yg telah diturunkan itu, apabila sampai kepada Baginda akan berlaku penambahan oleh Baginda sendiri hasil kefahaman Baginda setelah difikirkan. Apakah ini logik? Saya tak sangka pulak sejauh ini kefahaman saudara.

Juang wrote:Di sini, bagi kami ayat-ayat Allah dalam Al Quran sudah ada penjelasannya dalam Al Quran itu sendiri.
Cuba saudara berikan ayat2 penjelasan oleh Baginda saw dalam al Quran, maksud saya bukan wahyu yg diturunkan melalui Jibril, tetapi penjelasan oleh Baginda saw.

Juang wrote:Tetapi kenapa tidak perlu dicatatkan siapa nama sahabat itu pada ayat-ayat Al Quran?
Sudah tentu disebabkan ayat2 al Quran itu wajib betul, tepat samada difahami ataupun tidak. Sedangkan semasa proses penulisan semula al Quran itu ramai sahabat yg menghafaz al Quran masih hidup dan turut sama memeriksa keaslian al Quran yg dibukukan, termasuklah Syd Uthman, Ali, Hassan dan Hussin sendiri.

Tetapi bagi hadith, disebabkan sudah agak jauh dari kenabian,dan ramai sahabat telah meninggal dunia maka pengumpulan hadith dilakukan dengan disiplin yg ketat utk memastikan ketulinan hadith yg diterima. Antaranya memerlukan nama2 periwayat sehingga dapat dipastikan setiap hadith disampaikan oleh org yg dipercayai dan benar2 tulin.

Juang wrote:Macam kes makan buah rambutan itu. Asal buah rambutan itu datang dari seseorang yang dipercayai, terus anggap buah itu elok tanpa memeriksanya sama ada sudah busuk atau tidak.
Kita tgk macama kaedah yg saudara fahami ini sebenarnya membawa mudharat kepada saudara sendiri.

Katalah seseorg membawa rambutan kepada kita, apa yg kan kita buat...
1) Saudara -
Juang wrote:1) memeriksanya sama ada sudah busuk atau tidak dan 2) rasa terus buah rambutan itu untuk tahu manis atau tidak.

2) ASWJ - A) Siasat siapa yg bawa rambutan tu, dari mana dia dapat rambutan tu, dia ni boleh dipercayai tak dan yg berkaitan. Tujuannya - Utk pastikan rambutan ini HALAL dimakan. Bukan diperolehi dari mencuri, merampas dll.
B) Memeriksa buah itu sendiri rosak atau busuk. Manis atau tidak itu termasuk dalam pengkelasan buah(hadith juga ada pengkelasan berdasarkan maksud isi hadith itu).

Cuba saudara lihat, kaedah yg saudara pegang tu tak memikirkan apakah rambutan itu haram atau halal, mungkinkah org itu mencuri buah tersebut, mungkinkah dia dapatkan rambutan itu dgn memeras ugut org lain dsbnya? Tetapi saudara lebih memilih utk periksa buah tersebut dan makan. Kaedah mana yg lebih baik...dah tentu ASWJ sebab lebih teliti.

Sambung utk posting seterusnya ambil masa sedikit....

Wassallam...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by slipar on Sun Jun 14, 2009 2:41 am

saudara penjejak badai , sekadar bertanya'

1. adakah semua kata2 nabi di kira sebagai wahyu

2. kenapa cara2 beribadat spt solat, puasa dll tidak di catit semasa nabi ada sptmana quran .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Sun Jun 14, 2009 8:57 am

Selain itu, al Quran berbahasa arab itu, kita mewarisinya dari generasi umat sebelum ini. Ajaran islam pada hari ini juga kita warisi dari generasi sebelum kita dan perkembangan islam terus berlaku pada ruang yg dibolehkan islam itu dikembangkan.

Ya kita mewaris Al Quran yang tiada menetapkan cara solat ikut amalan nenek moyang. So kenapa kita pergi tetapkan amalan tersebut? Kita warisi Al Quran supaya amalan agama tidak ditetapkan macam perangai kaum kafir terdahulu, malangnya kita tak ikut pun suruhan Al Quran itu.

Jadi apakah tujuan solat sebenarnya sebagaimana yg dinyatakan dalam al Quran yg saudari fahami?

Solat bertujuan agar kita tetap berada di jalan yang lurus sebagai seorang manusia. Manusia sifatnya memiliki keupayaan untuk berkreativiti dan berinnovasi. Oleh kerana kreativiti dan innovasi itu luas caranya, sebab itulah kenapa solat tidak ditetapkan caranya. Bayangkan cara pembuatan kereta ditetapkan dari dulu sampai sekarang, pasti bentuk kereta itu sama sahaja. Bukan ke hambar hidup dibuatnya? Macam itulah jadinya bila solat ditetapkan menurut amalan nenek moyang, pemikiran umat jadi hambar. Sebab itulah Islam kini tak seindah dahulu.

Juang dan saudara tak faham hubungan hadith dan al Quran sebab tu nampak bercanggah. Saudari kata al Quran itu mengandung penjelasan, cuba saudari jelaskan bagaimanakah keadaan neraka itu, bagaimana pula keadaan syurga?

Perumpamaan keadaan syurga adalah seperti bila hati kita merasai nikmat dan bahagia (perasaan yang menyamankan). Keadaan neraka bila hati kita dalam keadaan marah, dendam dan berdengki (perasaan memanaskan). Bezanya di dunia ini, hanya mata hati sahaja nampak gambaran syurga dan neraka itu, tapi di akhirat nanti kita nampak secara nyata. Sebab itu yang masuk neraka nanti, dengan kulit-kulit mereka kena bakar.

Bayangkan di dunia pun sudah ada logik manusia terbakar hatinya sehingga tidak mampu mempertahankan hujahnya terhadap manusia lain, macam mana mereka nak menghadapi hujah Allah di akhirat kelak? Bukankah Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui?

Saudari Adli, melainkan saudari menafikan beriman kepada Rasul, bukankah saudari tau Rasulullah saw itu Pesuruh Allah, Baginda mendapat wahyu dari Allah swt. Solat itu adalah perintah dari Allah swt kepada manusia melalui Baginda. Dimanakah mustahilnya jika Baginda dapat mengetahui keedudukan sesuatu solat yg dilaksanakan? Tidak ada yg mustahil sebab Baginda mendapat wahyu. Ataukah mungkinkah saudari nak penafikan atau mengatakan mustahil Allah swt memberitahukan perkara tersebut kepada Baginda?

Al Quran itu sendiri dari Rasul juga, tetapi kena Al Quran tidak ada menetapkan darjat solat sedemikian rupa? Sepatutnya dari Al Quran sendiri sudah menetapkan. Kenapa melalui cerita mulut orang lain pula yang wujud kata-kata sedemikian rupa, tetapi dalam Al Quran tidak ada? Percanggahan dengan Al Quran ini yang dipertikaikan.

Jangan kerana kedudukan baginda sebagai Rasul, semua riwayat kata-kata baginda dipercayai benar atas alasan tidak mustahil. Ingatlah, surah An Nahl ayat 44 itu telah menunjukkan kata-kata Rasul itu supaya manusia memikirkan. Manusia hanya boleh memikirkan sesuatu yang ada hukum alam menetapkannya (bukti yang nyata). Jika tanpa bukti yang nyata darjat solat berjemaah ditetapkan 25 darjat dari solat sendiri, bermakna riwayat hadis itu sudah bercanggah dengan ciri-ciri kata-kata seseorang Rasul.

Orang beriman tidak mudah ditipu dengan zahir pembawa buah rambutan. Tetapi isi rambutan itu yang mereka lihat sama ada ikut hukum alam yang menentukan ciri isi itu baik atau buruk.

Betul, memang darjat itu hanya Allah yg menentukan, sebagaimana saudari dan Juang sendiri mengakui, Rasulullah itu bertanggungjwb menerangkan al Quran kepada manusia. Baginda tidak menetapkan darjat2 itu, tetapi Baginda hanya memberitahu, bahawa Allah swt telah menetapkan darjat2 tersebut supaya manusia berlumba2 melakukan ibadah tersebut.

Jika darjat itu ditentukan dari Allah, sudah pasti ada hukum alam menetapkannya sebagai bukti yang nyata. Bila ada bukti yang nyata itu, barulah manusia boleh memikirkan.

Sekarang ini, apa bukti yang nyata (hukum alam) menetapkan 25 darjat itu? Tanpa bukti, kata-kata itu tidak benar. Sedangkan nak tentukan kebenaran 1+1=2 pun ada buktinya iaitu dengan mengira guna jari.

Berkenaan logik yg dapat difikirkan... Katalah saya solat dirumah. Lepas ambil wuduk, saya pun terus solat kobliah, solat fardhu, solat ba'diah, zikir lebih kurang, doa dan selesai. tetapi bagaimana jika berjamaah... Saya perlu keluar dari rumah, berjalan atau berkenderaan menuju kemasjid, kemudian sulat taahiatul masjid, kemudian solat rawatib, barulah solat fardhu. Apakah saya khusyuk atau tidak dalam solat itu, asal ada org yg khusyuk maka solat saya dikira khusyuk. Saya juga tak takut terlupa berapa rekaat sebab saya ikut imam. Selepas solat saya akan sama2 mengaminkan bacaan doa imam. Kemudian solat rawatib sebelum pulang kerumah. Sepanjang perjalanan saya kemasjid dan pulang kerumah tadi saya akan dapat pahala. Kalau saya berjalan, setiap langkah saya tadi Allah swt akan memberikan ganjaran. Andaikata saya mati dalam perjalanan maka saya mati syahid. Belum termasuk lagi kalau saya berjamaah isya' dan subuh. Berjamaah isya' ganjarannya seperti menghidupkan separuh malam dgn ibadah, berjamaah subuh seperti menghidupkan seluruh malam dgn beribadat. Ini penjelasan logik yg boleh saudari fikirkan selagi mana saudari beriman bahawa Rasulullah saw itu adalah pesuruh Allah swt yg mendapat wahyu dari Allah swt.

Tapi pernah tak anda terfikir, dalam Al Quran mencelakakan orang yang solat yang menunjuk-nunjuk. Kalau solat anda itu diperlihatkan kepada masyarakat, bukannya pahala berganda-ganda anda dapat, sebaliknya kecelakaan yang menimpa.

Inilah pertentangan dengan ayat Al Quran. Al Quran kata celaka orang yang solat menunjuk-nunjuk, mereka pergi guna riwayat hadis yang kononnya darjat solat berjemaah lebih 25 kali dari solat sendirian sehingga solat mereka diperlihatkan.

Dan realiti umat Islam sekarang memang dicelakakan. Mereka hidup lemah dan berpecah-belah. Ada yang sampai tahap bergaduh adik-beradik gara-gara berpolitik atas nama tegakkan hukum Islam. Padahal mereka itu pergi berjemaah di surau dan solat 5 kali sehari. Mereka bersolat, tapi lalai memikirkan hasil solat mereka.

Saudari, kami ni ASWJ, bukannya nasrani. Walaupun kami mengagungkan kedudukan Baginda saw, tetapi kami tau, Baginda hanyalah manusia yg dipilih sebagai Rasulullah. Tidak pernah sedikitpun, walaupun lintasan hati utk mengatakan Baginda itu anak Allah. Kami mematuhi Baginda dalam kerangka ketaatan kepad Allah swt.

Jika benar bukannya macam ciri-ciri orang nasrani, kenapa guna riwayat hadis Nabi Muhammad sahaja? Sedangkan dalam Al Quran, Nabi Muhammad sendiri tidak taksub pada mana-mana Nabi. Biarpun baginda seorang Arab, berapa banyak pedoman dari Rasul berbangsa Israel baginda ambil? Dan baginda tidak memerlukan riwayat-riwayat hadis Nabi terdahulu dalam menetapkan cara ibadat baginda.

Sedar tak, perangai umat Islam sekarang dah tak macam apa yang Nabi buat. Baginda tak ajar tetapkan solat guna riwayat hadis, orang Islam pergi tetapkan cara solat ikut riwayat. Baginda tidak taksub pada mana-mana Nabi dan Rasul terdahulu, orang Islam sekarang hanya taksub pada riwayat baginda.

Jika benar taat pada Rasul atas nama ketaatan pada Allah, kenapa tidak ikut apa yang baginda buat iaitu tidak guna riwayat hadis nabi-nabi terdahulu dan tidak taksub pada mana-mana Nabi terdahulu?

Sepatutnya, Nabi Muhammad kena taksub pada Nabi Isa sebab itu Nabi terakhir sebelum baginda. Tetapi kenapa baginda tidak buat macam itu? Itu yang orang Nasrani pertikaikan baginda sebab mereka taksub pada Nabi Isa atas alasan taat pada Allah dan Nabi Isa itu Rasul terakhir. Sekarang umat Islam dah jadi macam orang Nasrani sebab taksub pada Nabi Muhammad yang dianggap Rasul terakhir. Nampak tak persamaan mereka?

Mengikuti Rasulullah saw itu adalah perintah Allah swt kepada manusia.(Al-A'raf:158)

Dan apa yang Rasulullah ajar itulah Al Quran. Dan Al Quran tidak ada suruh tetapkan cara solat, so kenapa tak taat? Al Quran tidak suruh guna riwayat hadis, kenapa tak taat? Al Quran tak ajar taksub pada mana-mana Nabi, kenapa tak taat? Al Quran suruh berfikir, kenapa tak taat sehingga umat Islam sekarang lemah dalam bab berfikir?

Ayat Quran mana yg saudari rujuk hingga dapat memahami bahawa solat itu ialah perbuatan mengembangkan minda? boleh bawakan?

Pertama, umum ketahui wahyu pertama Al Quran suruh manusia membaca dengan nama Allah yang mencipta? Kenapa disebutkan Sifat mencipta itu? Sebab manusia akan mampu mencontohi sifat mencipta Allah itu bila mindanya berkembang. Tengok realiti semasa, bangsa Barat itu bijak mencipta kerana minda mereka berkembang, sebaliknya umat Islam tidak bijak mencipta sebab minda mereka sempit.

Jika wahyu pertama pun sudah tunjuk kepentingan pengembangan minda, apa lagi ayat-ayat Al Quran yang ada sebut perihal solat, sudah pasti ianya ibadat agar manusia berkembang mindanya.

Kemudian ada ayat Quran yang sebut burung bersolat dan bertasbih dengan kembangkan sayapnya. Kepakaran burung pada sayapnya. Tanpa sayap itu, burung tiada beza dengan binatang lain yang tidak boleh terbang. Dari sini kita fikirkan (sebab Quran suruh berfikir), solat manusia berkaitan mengembangkan mindanya, kerana tanpa minda yang berkembang, manusia tiada beza dengan binatang, malah Al Quran mengutuk manusia yang kafir (golongan beragama tak guna akal) lebih hina daripada binatang ternak.

Lihatlah bagaimana lemah dan ketinggalannya umat Islam sekarang gara-gara tidak bijak mencipta. Bila berperang, umat Islam mudah kalah dengan teknologi. Nampak tak Allah hanya bersama golongan yang bijak mencipta. Sunnah alam telah menetapkan, golongan yang ketinggalan dalam ilmu alam (ilmu yang penting untuk jadi bijak mencipta) pasti jadi lemah. Jika benar kita taat pada Allah, kenapa tidak taat pada hukum alam ini untuk jadi umat yang bijak mencipta?

Ayat ini secara khusus menerangkan bersuci/berwuduk bagi anggota fizikal sebelum solat bagi mereka yang berhadas kecil atau besar.

Itulah kelemahan umat Islam sekarang. Memandang ayat Al Quran untuk perbuatan fizikal semata-mata. Sebab itulah biarpun mereka berwuduk tiap-tiap hari, tetapi sesama mereka boleh berpecah-belah gara-gara berhasad dengki. Tengok pemimpin kaya, mereka kata rahsuah. Tengok pemimpin tak pakai jubah dan serban, mereka kata tak Islamik. Betapa kotornya hati mereka asyik nak cari salah pemimpin sendiri.

Jika manusia itu belajar lawan penyakit hati, mereka akan nampak semasa proses mensucikan hati akan menyebabkan kekotoran dalam hati akan keluar dalam bentuk toksin pada liang2 muka, tangan dan kaki.

Sedar atau tidak, lemak dan kolestrol berlebihan dalam badan itulah penyebab penyakit hati. Bila lemak banyak dalam darah, otak jadi tepu dan susah nak berfikir, sebab karbon dalam darah itu menyerap oksigen yang mengurangkan kuantiti oksigen kepada otak. Otak memerlukan banyak oksigen untuk berfikir.

Jadi, bila kita lawan penyakit-penyakit hati, bermakna kita menyahkan banyak karbon dalam badan seterusnya karbon ini keluar dalam bentuk toksin pada muka dan anggota wuduk yang lain. Sebab itulah kita disuruh cuci bahagian tersebut agar sebelum proses mengembangkan minda (solat), toksin-toksin itu dibersihkan dahulu. Sebab apa? Sebab bila bahagian anggota wuduk tu tidak selesa, menyebabkan kita susah dapat ilham.

Ini yang tidak difahami oleh umat Islam sekarang berkenaan perkaitan wuduk (bersihkan kekotoran dalam badan) dan solat (proses mengembangkan minda) gara-gara sudah tidak menekankan berfikir dalam beragama. Cuba anda fikir, dalam keadaan tidak selesa, mudah ke nak dapat idea? Sedangkan Nabi Muhammad itu seorang yang berjela-jela wahyu disampaikan melalui akalnya.

Kalau saudari kata wuduk itu juga maksudnya kena cuci hati, bagaimanakah kaedah mencuci hati sebelum memulakan solat menurut anjuran al Quran? Ayat diatas tidak menyatakan tentang mensucikan hati disamping wuduk, sebelum solat.

Anda kena faham bahawa minda tidak akan mudah berkembang selagi manusia itu hidup dalam berpenyakit hati. Sebab bila ada hasad dengki, kerja manusia itu bukannya nak berfikir sesuatu yang kreatif dan innovatif, melainkan mereka hanya suka mengumpat dan memburuk-burukkan peribadi orang lain. Kerana berebut kuasa politik, mereka pergi mengumpat dan memfitnah musuh politiknya. Itulah kerja orang berpenyakit hati sehingga mereka tidak sedar umat mereka sudah tak kreatif dan tak berinnovasi.

Kerana itu kita nampak logik kenapa sebelum solat (aktiviti mengasah kreativiti), kita disuruh berwuduk. Maknanya kena lawan penyakit hati dengan melupakan perihal melihat keburukan orang dan banyak memuhasabah diri. Barulah hati jadi tenang, dan minda boleh fokus pada mengasah kreativiti.

Takkan anda tidak tahu cara memuhasabah diri (mensucikan hati) anda sendiri?

Berkaitan tayammum, bagaimanakah kaedah tayammum yg dianjurkan oleh al Quran? Tanah yg bagaimana? Bagaimana kaedah mengambil debu, kaedah menyapukan ke anggota tayammum, selama mana tayammum itu sah digunakan? Bagaimana pula perkara2 yg membatalkan wudhuk, jenis2 air yg boleh/tak boleh digunakan utk bersuci dll..

Dalam Al Quran suruh gunakan debu tanah yang baik untuk bertayamum. Dan anggota yang disuruh disapukan debu itu adalah muka dan tangan sahaja.

Bila kita faham perihal toksin yang keluar dari liang-liang anggota badan itu, kita nampak dua anggota utama yang menyebabkan kita tak selesa masa nak mengasah kreativiti adalah muka dan tangan sebab manusia banyak guna tangan dalam membuat kerja-kerja kreatif. Jadi dalam kesusahan mendapatkan air, dua anggota inilah sahaja yang perlu disucikan agar toksin yang keluar dari liang muka dan tangan ditanggalkan oleh debu tanah. Jika seseorang itu tidak belajar kenal diri, mereka tidak akan nampak apa rasionalnya suruhan Al Quran itu.

Al Quran tidak menetapkan adanya konsep batal wuduk. Tapi kita disuruh berwuduk bila keadaan yang menyebabkan kita tidak rasa selesa akibat keluarnya toksin tersebut seperti lepas membuang hadas. Kita sendiri boleh rasa ketidakselesaan itu bila kita jadi seorang yang suka berfikir. Inilah hikmah Al Quran suruh manusia banyak berfikir agar senang nak faham rasional suruhannya.

Air yang guna untuk menyucikan, pastilah air yang suci keadaannya. Macam kita nak basuh pinggan, takkan guna air yang kotor atau air yang telah digunakan?

akan disambung lagi...insyaAllah.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Sun Jun 14, 2009 10:24 am

Kedua2 kisah ini jauh berbeza. Rasulullah saw berkhalwat didalam gua Hira, pemuda Ashabulkahfi tu pula ditidurkan oleh Allah swt. Walaupun tempatnya sama dalam gua(gua berbeza), perbuatan yg dilakukan berbeza.

Kalau tengok zahir memang berbeza, tetapi matlamatnya sama iaitu untuk menjauhkan diri dari mengikut amalan nenek moyang mereka.

Kita bukan pandang pada zahir semata-mata, tetapi yang pentingnya matlamat. Macam itulah dalam kehidupan, bukannya zahir kena macam rupa Nabi atau tidak yang dipersoalkan, tetapi hasilnya sama tak macam Nabi capai. Dan hasil perbuatan manusia terletak pada hatinya. Hati yang baik, baiklah akhlaknya dan ucapannya. Ucapan yang baik adalah ucapan yang benar (ada hukum alam sebagi sokongan).

Dalam semua terjemahan ini, takdepun sebut tentang Al Quran itu jelas, semua kata "Tidak ada keraguan/tidak ada syak". Check balik terjemahan yg saudara gunakan atau mungkin boleh kongsikan dari mana saudara dapat terjemahan tu. Senang nak berhujjah.

Maaf, saya tertinggal nama surah dan ayatnya. Ni dia...

Alif, laam, raa. ini adalah ayat-ayat Al-Kitab, yaitu (ayat-ayat) Al Quran yang jelas. (Al Hijr: 1)

Bukan macamtu. Al Quran tidak diturunkan melalui akal Nabi saw tapi melalui Malaikat Jibril samada terus kedalam hati Baginda dgn izin Allah swt atau dgn membacakan wahyu tersebut kepada Baginda. Nabi seterusnya bacakan ayat tersebut kepada para sahabat. Bukan maksudnya Baginda memikirkan isi wahyu tersebut kemudian meminta para sahabat memikirkannya pulak. Tapi Baginda melaksanakan sendiri setiap perintah yg terkandung dalam setiap wahyu yg diterima dan perlaksanaan oleh Bagind itu menjadi cth dan ikutan seluruh umat.

Bukankah suatu yang pelik, nabi suruh orang lain buat apa yang baginda tak buat? Baginda suruh orang lain memikirkan, sedangkan baginda tidak memikirkan. Umum tahu, nabi suruh sesuatu yang baginda sudah amalkan dahulu. Selepas itu barulah disampaikan kepada masyarakat. Jika baginda sendiri tidak memikirkan ilham yang Allah sampaikan, macam mana manusia lain nak memikirkan?

Inilah kesilapan utama umat Islam sekarang dalam memahami penurunan wahyu. Mereka anggap wahyu itu diajar oleh Jibril dan Nabi Muhammad setakat baginda hafal dan tidak memikirkan.

Cuba fikirkan, Jibril adalah makhluk yang tidak ada nafsu. Macam mana dia nak ajar Nabi Muhammad seorang yang manusia yang ada nafsu? Jadi mengatakan Jibril ajar Nabi Muhammad itu sudah bercanggah pada hukum alam. Mana boleh orang yang tak pernah pandu kereta mengajar orang lain memandu kereta? Mana mungkin malaikat yang tidak memahami cara nak lawan nafsu mengajar manusia melawan nafsu? Cuba fikir dalam-dalam.

Di sini kita nampak logik bahawa Jibril itu hanyalah pembawa ilham untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad semasa baginda berfikir. Cuba kita renungkan, macam mana idea mencipta kapal terbang sampai kepada manusia? Adakah tanpa perlu manusia itu berfikir, idea itu akan datang dengan sendiri? Macam itulah, malaikat tidak akan datang bawa wahyu tanpa Nabi Muhammad memikirkan dahulu. Sebab baginda sudah memikirkanlah baginda layak suruh orang lain berfikir sebab baginda sudah buat apa yang baginda suruh.

Malaikat hanya bawa idea itu, tetapi daripada Allah-lah idea itu datang. Macam itulah konsep Al Quran turun kepada manusia. Perkara inilah yang tidak difahami oleh orang Islam sekarang yang menyebabkan mereka jadi manusia pemalas berfikir.

Saudara silap, bukankah dalam posting saya sebelumni saudara sendiri kemukakan ayat yg menyatakan, Allah swt menurunkan Al Quran, Nabi saw menjelaskan supaya manusia memikirkan. Memikirkan apa, dah tentu memikirkan isi al Quran berdasarkan penjelasan yg telah diberikan oleh Rasulullah saw. Itu pada zaman Baginda masih hidup, pada zman sekarang ni bagaimana? Dah tentu, hadith2 dan sunnah2 Baginda sawlah yg dijadikan hujjah dan panduan. Sebab itulah bentuk2 penjelasan yg telah dibuat oleh Baginda semasa hidupnya.

Katalah saudara menafikan, sebaliknya saudara hanya menerima al Quran semata2. Al Quran harini sama sebagaimana al Quran yg asal tanpa sebarang penambahan dari sesiapapun. Jadi setakat ini dimanakah peranan Rasulullah saw? Takde, baginda telahpun wafat. Al Quran itu telah diterjemah pula oleh ramai org termasuklah Othman Ali, lalu saudara mewarisi hasil kerja beliau.

Malangnya, tiada ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis jika baginda sudah wafat. Baginda seorang yang berfikir dan tahu baginda akan wafat, sudah pasti baginda tahu manusia akan datang memerlukan penjelasan baginda. Jadi penjelasan itu sudah ada dalam Al Quran sesuai dengan ayat 1 surah Al Hijr itu.

Dan Al Quran tidak suruh pun guna kata-kata baginda dalam bentuk riwayat. Cuba cari dalam Al Quran.

Peranan baginda itulah yang tercatat dalam Al Quran. Bukankah Al Quran itu sudah jelas dan anda juga akui ia sudah lengkap dan sempurna. Maknanya peranan baginda sudah terputus bersama Al Quran. Peranan kita pula memikirkan ayat-ayat Al Quran sebab banyak ayat Al Quran suruh manusia memikirkan.

Kami hanya ikut suruhan Al Quran dan baginda iaitu suruh memikirkan ayat-ayatnya. Kami sudah buat. Dan kami juga ikut Al Quran yang tidak suruh guna riwayat hadis atas nama baginda. Jadi apakah kami orang yang silap?

Jika ada ayat Al Quran kata Al Quran tidak jelas dan perlukan riwayat hadis, logiklah nak kata kami silap.

Saudara bercakap ni seolah2 menganggap, menyatakan sesuatu ucapan itu sebagai sabda Nabi boleh dibuat dgn mudah oleh sesiapa saja. Saudara kena fahami, yg menetapkan sesuatu ucapan itu sebagai sabda Nabi, hadith sahih, d'aif, maud'huk dll dibuat oleh org yg benar2 ahli dalam bidang tersebut, bukan boleh sesiapa saja.

Masalahnya, konsep menentukan ucapan itu dari Nabi tidak ikut hukum alam. Macam perumpamaan yang saya bawakan. Betulkah kita nak tahu isi buah rambutan itu baik atau buruk dengan melihat siapa pembawa buah itu?

Sekarang ini, mereka nak tentukan kata-kata Nabi dengan cara kaji siapa pembawa riwayat itu (perawi). Kenapa tak kaji kata-kata itu sendiri sebab Allah sudah beri guideline bahawa kata-kata seseorang Nabi itu benar dan boleh manusia memikirkan.

Bila sesuatu kata-kata itu benar dan boleh manusia memikirkan, pasti ada hukum alam sebagai sokongan. Ingatlah, kita bukan memandang pada nama Nabi Muhammad, sebab golongan beriman bukan taksub pada seseorang Nabi dalam Al Quran, Nabi Muhammad pun tak ajar taksub pada seseorang Nabi. Golongan beriman hanya nak kebenaran sesuatu kata-kata sahaja.

Saya takde sebut pasal mengkaji hati perawi rasanya... Saya dah sebut sebelumni..

So kalau begitu, lagi-lagilah cara mengkaji perawi itu tidak cukup menentukan kesahihan hadis sebab setakat memandang zahir sahaja.

Bagi orang beriman, kesahihan hadis bukan pada siapa yang membawanya, tetapi pada isinya bertepatan hukum alam yang menunjukkan ianya benar atau tidak. Macam perumpamaan nak tahu isi buah rambutan itu baik atau buruk.

Saya dah sebut sebelumni. Setiap ucapan yg disebut sebagai hadith akan diinilai dari sudut perawi2, isnad2, isi kandungan dll. Walaupun maksud yg disebutkan itu tak masuk akal, tetapi jika terbukti ia memang sabda nabi maka ia akan diterima, jika betul sekalipun isikandungan hadith itu tetapi jika ada masalah dari sudut perawi2nya dan apa2 yg berkaitan maka ia akan ditolak.

Macam mana nak diterima kata-kata tak masuk akal itu jika surah An Nahl ayat 44 kata penjelasan baginda itu supaya manusia memikirkan? Macam mana nak fikir kata-kata tak masuk akal itu? Bukankah itu menunjukkan riwayat hadis itu sudah bercanggah dengan ayat Al Quran tersebut? Cuba renung dalam-dalam.

Sebab itulah adanya ilmu hadith. Mungkn sebab saudara sendiri taktaupun apa itu ilmu hadith sebab itu saudara memusuhinya. Memang kita tak kenalpun siapa nama yg didakwa sebagai sahabat2 Nabi tu tetapi kajian yg dibuat mengambil pandangan dan kata2 para ulama yg hidup pada ketika itu tentang seseorg perawi. Saudara kenal tak siapa Abdullah Bin Mas'ud, Abu Dzarr Al Ghifari, Muaz bin Jabal, Abu Dardaa, Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah dll.. Sekadar beberapa nama. Memanglah pada zaman ni takde siapapun yg pernah jumpa mereka tetapi para ulama mengenali mereka dari kajian2 dan tulisan2 para ulama. Siapa pula Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain2 yg yg telah mengumpulkan hadith2 dalam kitab2 mereka. Memang saudara tak mengenali mereka, tetapi umat islam mengenalinya dan mempercayai mereka, bukan dgn simply percaya.

Kerana tidak kenal siapa mereka itulah kami tidak main percaya membuta-tuli.

Cara kami mudah sahaja. Ayat 44 surah An Nahl itu sudah sebutkan Rasul beri penjelasan dan manusia memikirkan. Ini menunjukkan penjelasan seseorang Rasul itu pasti boleh difikirkan. Kalau tak boleh, buat apa disuruh manusia memikirkan?

Sesuatu kata-kata yang boleh difikirkan, pasti ada hukum alam sebagai buktinya. Jadi, jika datang riwayat hadis yang tidak ada bukti hukum alam, memang kami musuhi sebab riwayat itu sendiri sudah memusuhi Al Quran. Bukankah memusuhi Al Quran itu seumpama memusuhi Allah dan para Rasul sebab Al Quran itu membenarkan kitab-kitab terdahulu?

Bagi mereka, nampak kami buat kesilapan sebab memusuhi riwayat hadis, tetapi mereka tidak perasan yang mereka sudah memusuhi Al Quran atau dengan kata lain, mereka memusuhi Allah, para malaikat dan para Rasul serta golongan beriman. Sebab itulah kita nampak logik kenapa umat Islam sekarang menerima nasib malang sebegitu rupa. Bukan Allah sengaja nak zalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.

Saya dah jelaskan sebelum ni, Rasulullah saw tidak memerlukan sanad2, perawi2 kerana Baginda mendapat wahyu dari Allah swt. Ayat al Quran adalah tentang Fiman2 Allah swt, bukannya sabda2 atau riwayat2 Nabi2/Rasul2 yg terdahulu atau sahabat2 mereka. Selain itu pada zaman sebelum Rasulullah belum wujud dokumentasi tentang hadith2. ASWJ tidak mudah2 mempercayai sesuatu hadith, tetapi mempercayai kedudukan para sahabat disisi Allah swt.

Bukankah itu memberi petunjuk kepada kita bahawa sedangkan baginda yang ummi pun tak perlu kepada perawi, kenapa kita yang tahu membaca dan menulis kena ada perawi? Bukankah Allah boleh ajar cara-cara ibadat yang disuruh dalam Al Quran seperti mana Allah boleh ajar baginda tanpa guna riwayat hadis nabi terdahulu?

Jika sebelum zaman baginda belum wujud catatan riwayat hadis nabi terdahulu, macam mana orang Nasrani boleh guna riwayat yang dicatatkan oleh Paulus yang kononnya ucapan Nabi Isa yang para sahabat baginda dengar? Macam mana wujud ahli-ahli kitab jika tidak wujud kitab atas nama ajaran Nabi terdahulu jika riwayat hadis tak didokumenkan. Bukankah Nabi Muhammad tidak main pakai turut apa yang ahli kitab itu ajar?

Sepatutnya untuk membenarkan ajaran Injil, Nabi Muhammad kena terima ajaran ahli-ahli kitab Nasrani itu sebab baginda bukannya wujud masa Nabi Isa sampaikan ajarannya. Tetapi kenapa Allah bagi direct kepada Nabi Muhammad tanpa perlu guna kitab yang Paulus dan orang Nasrani itu pakai? Macam itulah Allah ajar kami memahami ayat-ayatNya tanpa perlu guna kitab riwayat hadis. Tidakkah anda memikirkan sebab logiknya ada?

Allah swt telah menyatakan umat islam pada zaman itu ialah umat yg terbaik.

Mereka telah melalui jalan yg benar sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah swt yg sepatutnya diikuti juga oleh seluruh umat. Apakah jalan2 mereka? Iaitu jalan2 yg telah ditunjukkan oleh Baginda saw berdasarkan wahyu Allah swt yg telah diturunkan kepada Baginda.

Ingatlah, kaum Yahudi dahulu pun perasan mereka umat terpilih dan kekasih Allah. Kononnya mereka itulah sahaja yang benar kerana mengikut para Rasul mereka. Tetapi bila Nabi Muhammad melihat mereka berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, maka baginda terfikir, itukah ajaran sebenar para Rasul mereka.

Macam itulah kami nampak pada umat Islam sekarang. Memanglah dahulunya umat Islam terbaik kerana melalui jalan yang benar. Tetapi realiti sekarang bukan macam itu sebab sudah macam perangai orang kafir yang suka berpecah-belah dan hidup secara malas belajar. Inilah penyebab utama kami kembali kepada Al Quran tanpa mempercayai membuta-tuli riwayat hadis.

Jika umat Islam sekarang memang umat terbaik, tiada siapa nak pertikaikan apa jua ajaran atas nama Islam yang wujud sekarang. Malangnya realiti sekarang terbalik. Ini membuatkan kami tertanya-tanya, takkan ajaran Al Quran mengajar jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Setelah faham erti ajaran Al Quran, barulah Allah bukakan mata kami melihat percanggahan pada ajaran taksub riwayat hadis itu.

Saudara kena faham, kita hidup didunia ni cuma sementara. Betul kita boleh mendapat petunjuk terus dari Allah swt, tetapi petunjuk tentang apa? Katalah, seorg lelaki nama Ali, ada2 org calon isteri tapi taktau nak pilih mana satu. Maka dia pun dirikan solat sunat istiharah utk memohon petunjuk dari Allah swt. Ini perkara biasa. Tetapi yg salah ialah, apabila kita meminta petunjuk dari Allah swt tentang bagaimanakan cara nak solat, bagaimanakah cara nak menjalani kehidupan dimuka bumi ini. Sebabnya Allah swt telah menunjukkan jalanNya melalui Baginda Rasulullah saw. Bahkan kita boleh memohon petunjuk samada sesuatu hadith itu sahih atau tidak.

Mana ada Al Quran kata salah minta petunjuk cara nak solat dan cara nak menjalani kehidupan di muka bumi?

Cuba anda fikirkan, masa Nabi Muhammad hidup, Kitab-kitab Allah yang terdahulu sudah wujud. Riwayat hadis Nabi Isa yang dikumpulkan oleh Paulus juga telah wujud. Dan ahli-ahli kitab sudah wujud. Kewujudan ahli-ahli kitab itu menunjukkan kitab-kitab ajaran terdahu'lu sudah didokumenkan. Kenapa baginda dapat Al Quran yang memberi pentunjuk kepada baginda untuk bersolat dan cara nak jalani kehidupan di muka bumi? Bukankah itu menunjukkan logik bahawa semua manusia boleh tahu cara solat masing-masing dan cara menjalani hidup asalkan mahu Allah berikan petunjuk?

Cuba fikir dalam lingkungan logik dan jangan pandai-pandai tetapkan yang Al Quran tidak pernah tetapkan. Barulah hidup jadi selamat.

bersambung...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Adli on Sun Jun 14, 2009 11:45 am

Boleh tak saudari berikan cth perbuatan mengasah minda yg saudara maksudkan sebagai solat? Lebih baik lagi, boleht tak saudari terangkan bagaimanakah solat yg saudari dirikan setiap hari. Bukankah berkongsi ilmu itu juga saranan Allah swt? Mungkin Juang juga boleh kongsikan cara solat Juang. Sebabnya kalau saudari hanya sekadar cakap solat itu perbuatan mengasah minda, pelajar2 sekolah di dalam kelas juga mengasah minda, membaca buku juga mengasah minda, membuat latihan, bermain game, study group juga perbuatan mengasah minda, tetapi perbuatan mengasah minda yg manakah yg sebenarnya saudari maksudkan sebagai solat?

Kalau Al Quran yang Nabi Muhammad sampaikan ada tetapkan cara solat dengan detail, tentu kami mengikut suruhan Al Quran dengan ceritakan cara tersebut secara detail. Dan kerana Al Quran mencelakakan orang yang solat menunjuk-nunjuk itulah kami tidak bagitahu caranya. Biar hanya kami dan Allah sahaja tahu caranya.

Anda pun sudah tahu cara mengasah minda serba sedikit. Dan belajar kenal diri anda sehingga anda tahu di mana minat dan bakat anda. Di situlah anda mengasah minda anda agar jadi manusia yang kreatif dan innovatif. Setiap manusia mempunyai minat yang berlainan, sebab itulah kenapa solat tidak ditetapkan caranya dalam Al Quran.

Mengasah minat dan bakat memerlukan komitmen yang tinggi pada diri anda. Anda yang tentukan waktu yang terbaik untuk anda berlatih setiap hari dengan tekun (kusyuk) sehingga mencapai sesuatu tahap dalam minat anda itu. Orang yang tekun buat kerja kreatif yang diminati akan menggunakan masa secara berfaedah.

Di sini kita nampak logik bagaimana solat sebegini (mengembangkan minda) mampu menjauhkan manusia dari sibuk berpecah-belah, dari sibuk mengumpat keji dan memfitnah. Sebab mereka merasakan tidak cukup masa nak mengasah mindanya, apakah patut buang masa denga buat kerja memecah-belahkan umat itu? Orang yang kreatif, ada-ada sahaja mereka fikirkan untuk membuat kerja-kerja kreatif, jadi kehidupan mereka dijauhkan dari berpecah-belah.

Sebaliknya solat yang wujud kerana guna riwayat hadis itu, bukan sahaja menyebabkan umat mereka tak jadi kreatif, malah sibuk membuat kerja mungkar dengan berpecah-belah sesama sendiri.

Telah disebutkan sebelum ini, Allah bahagikan otak manusia kepada 2 bahagian. Otak kanan akan berkembang dengan kerja-kerja kesenian dan kesasteraan dan otak kiri akan berkembang dengan kerja-kerja pengiraan, logik dan mantik. Kaji dalam diri anda sehingga anda akan nampak bahawa Allah telah kurniakan anda satu minat utama untuk ke arah kesenian dan kesasteraan dan satu minat utama ke arah pengiraan, logik atau mantik. Itulah solat terbaik untuk anda sehingga anda jadi seorang yang pakar.

Ingatlah, Al Quran bukan ajaran untuk tahu buat macam Nabi buat, tetapi ajaran untuk seseorang manusia itu tahu cara untuk jadi mausia yang kreatif. Kalo setakat nak tiru cara Nabi buat, baik Nabi Muhammad ikut aje ajaran atas nama Nabi-nabi terdahulu. Guna sahaja kitab-kitab Nabi terdahulu dengan berguru dengan hali-ahli kitab yang ada sebab ahli-ahli kitab itu dakwa mereka beragama ikut ajaran Nabi-nabi terdahulu.

Setakat itulah kami mampu terangkan cara solat bagi manusia sebab perbezaan manusia dengan mahkluk lain pada kerja kreativiti dan innovasi. Manusia akan bersatu-padu tanpa kira bangsa bila buat kerja kreatif dan innovasi bersama-sama sebab Allah janjikan rahmat bila mereka berganding bahu ke arah memiliki sifat manusia yang sebenar.

Tetapi Allah akan bakar hati manusia bila mereka bekerjasama ke arah sifat kehaiwanan iaitu jadi orang yang suka berpecah-belah dan bermusuh-musuhan sesama manusia.

Siapakah yg taksub kepada hadith dan bolehkah saudari berikan contoh yg spesifik?

Orang yang taksub riwayat hadis adalah orang yang anggap semua kata-kata atas nama Nabi itu adalah benar, tanpa mereka memikirkan isi riwayat itu boleh difikirkan atau tidak (sesuai dengan ayat 44 surah An Nahl).

Ayat itu menekankan, penjelasan seseorang Rasul itu supaya manusia memikirkan. Jika kata-kata riwayat itu tidak boleh difikirkan sebab tiada hukum alam membenarkannya, macam mana nak dikatakan itu benar-benar datang dari seorang Nabi. Ingatlah, seorang Nabi tidak bercakap secara dusta dalam membuat ketetapan kepada umatnya.

Setakat itulah contoh orang yang taksub riwayat yang boleh kami spesifikkan sebab urusan hati orang lain, hanya Allah yang layak menilainya. Sebab itu bukan kerja kami nak menghukum mana-mana individu. Cukuplah kami bawakan peringatan secara umum.

Betul, kita perlu solat sebagaimana yg Allah swt telah tetapkan.

Kerana itulah kami bersolat sebagai mana Allah tunjukkan untuk kami, bukan untuk orang lain.

Dalam ayat diatas, disebutkan 2 tepi siang dan pada waktu2 berhampiran malam, maksudnya 2 waktu solat masa siang dan beberapa waktu solat pada masa berhampiran dgn siang dari waktu malam. Jelasnya ada lebih dari 3 waktu solat yg disebutkan dalam ayat diatas. Persoalan saya, 1) berapa waktu saudari bersolat?

Cuba kita fikirkan, apa itu 2 tepi siang? Kenapa tak disebut dalam waktu siang? Ini kerana solat yang terbaik waktunya adalah sebelum waktu tibanya siang dan selepas siang (2 tepi siang). Sebabnya waktu siang manusia sibuk mencari rezeki. Masa nak mengasah kreativiti itu kurang melainkan mereka kerja sesuatu yang kena dengan minatnya. Kreativiti tidak akan keluar jika kita buat atas nama mencari duit, sebab mengejar duit manusia akan tertekan. Tetapi buat kerana minat, manusia akan lakukan seikhlas mungkin.

Jadi kita nampak logik, untuk asah kreativiti, masa yang terbaik adalah pada awal sebelum pagi dan selepas siang sebab masa itu manusia duduk di rumah dan ada masa nak mengasah apa yang dia minati. Itulah masa yang manusia lapang dan tenteram. Dalam waktu yang disebut itulah kami bersolat beberapa kali yang perlu sesuai dengan kerja-kerja kreativiti yang dilakukan. Jika ia memerlukan kami berlatih kerap dan lama, maka solat kami jadi kerap dan lama. Sebab itulah Allah (dalam Al Quran) tidak tetapkan berapa kali kena solat dan berapa lama panjang solat itu. Yang pentingnya, Allah tahu apa yang kami buat, bukannya orang lain tahu apa yang kami buat.

Saudari kata, solat tu bukan ikut orang tapi ikut apa yg Allah swt telah tetapkan Allah telah tetapkan masa2 solat. Persoalan 2) apakah kaedah solat yg telah Allah swt tetapkan dlam al Quran? Boleh bawakan ayat2nya dan jelaskan?

Anda tahu Al Quran sendiri pun tak tetapkan cara solat (sebab itu anda terpaksa guna riwayat hadis), maka tiada ketetapan kaedah solat dalam Al Quran. Bila tiada ketetapan, kita rujuk ayat Al Quran sebut pasal burung bertasbih dan solat dengan kembangkan sayapnya (Surah An Nuur ayat 41). Kenapa tidak dikatakan burung bersolat dan bertasbih dengan menundukkan kepalanya? Ini kerana specialiti burung pada sayapnya. Dari sini kita tahu speciliti manusia adalah pada akalnya sesuai dengan banyak ayat Al Quran suruh berfikir. So segala cara dan kaedah untuk mengasah kreativiti, itulah cara bersolat bagi manusia.

Dan kenapa Al Quran tidak tetapkan cara solat, sebab manusia itu diciptakan berbeza-beza cara nak mengasah kreativiti. Kreatitivi hanya boleh diasah pada bidang yang manusia itu minati. Jika sekadar hantar ke sekolah, belum tentu manusia itu jadi insan yang kreatif. Sekadar lepas menjawab exam, belum menunjukkan manusia itu seorang yang kreatif.

Kenapa kita tekankan pasal kreativiti (daya mencipta)? Sebab wahyu pertama perkenalan Allah pada sifat mencipta. Tapi ramai yang tak faham maksud ayat itu.

Perkataan dalam baraket itu tambahan dari penterjemah, bagi memudahkan pembaca faham apa yg dimaksudkan oleh ayat tersebut. Diletakkan didalam braket supaya pembaca faham perkataan mana yg ditambah dan yg mana yg asal.

Itu kami tahu. Tetapi ayat itu tidak menunjukkan kiblat untuk solat atau dengan kata lain solat kena mengadap kiblat. Bukankah kepunyaan Allah timur dan barat? So hadapkanlah pada mana-mana sudut, di situ adanya Allah, sebab Allah bukannya duduk pada satu-satu kedudukan.

akan disambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jun 14, 2009 2:19 pm

Sambungan...

Juang wrote:Anda tersalah anggap. Boss yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad sebab baginda pemimpin umat pada waktu itu. Pencatat-pencatat polisi itu adalah para sahabat sebab baginda tidak tahu membaca dan menulis.....Dan demi memastikan polisi yang ditetapkan (syariat) tidak diubah sesuka hati, kerana itulah Al Quran dicatatkan.
Kita lihat semula...
Juang wrote:Contohnya boss tempat kerja anda ingin menetapkan polisi syarikat.
Macamnilah, saudara berikan cth, apakah sesuatu yg boleh saudara anggap sebagai polisi yg telah ditetapkan oleh baginda Rasulullah saw. pada ketika itu. Disini saudara perlu membuat kaitan antara Boss sebuah syarikat dan Baginda Rasulullah saw dari sudut, seorg boss syarikat berkuasa penuh menetapkan polisi syarikat, menambah, mengurang, atau meminda. Jika saudara kata Rasulullah saw itu juga seperti boss, maka saudar perlu berikan huraian dan bukti, 1) huraikan apakah Rasulullah saw itu yg menetapkan syariat dan dalilnya? 2) Berikan bukti, polisi yg saudara anggap diputuskan, dibuat, dipinda atau dibatalkan oleh Baginda.

Juang wrote:Selepas baginda wafat, barulah Al Quran didokumenkan dengan sempurna, sebab kata-kata baru baginda sudah tiada lagi disampaikan.
Bukan sebab tu, malah Rasulullah saw itu wafat setelah wahyu terakhir diturunkan yg menyebutkan bahawa ajaran islam itu telah lengkap.

Juang wrote:Ada tak kita terfikir, kenapa zaman Uthman itu cepat-cepat dia mendokumenkan Al Quran? Ini supaya riwayat hadis tidak menjadi pegangan manusia ketika itu.
Bukan sebab tu, tapi disebabkan ramai sahabat yg menghafaz al Quran telah meninggal dunia dan bilangan org2 ajam yg memeluk islam semakin ramai, maka al Quran dibukukan. Selain itu, al Quran yg ditulis pada ketika Rasulullah saw masih hidup tidak begitu tersusun kerana ditulis diatas kulit2, tulang2, batu2 dan lain. Ini sgt menyukarkan. Perkembangan empayar islam dan pertambahan jumlah org2 yg bukan aram yg memeluk islam juga memerlukan kepada guru2 al quran yg ramai dgn al Quran yg dapat dibaca dan dirujuk. Disamping itu juga, kaedah2 bacaan al Quran tidak begitu seragam kerana loghat2 tempatam puak2. Maka penulisan semula al Quran membolehkan seluruh umat membaca al Quan dgn cara yg sama dan tersusun.

Juang wrote:Ayat ini menunjukkan kalimat Allah sudah dicatatkan semasa hayat baginda. Jika tidak dicatatkan, takkan boleh terkeluar ayat tersebut? Sebab itu ada disebut pena.
Saudar Juang, berikan diri saudara pilihan, berikan peluang utk memandang lebih jauh kehadapan. Ayat2 al Quran yg diturunkan ada ketikanya ada asbab2 tertentu (Asbabun Nuzul).

Ayat dari surah Lukman:27 itu diturunkan selepas datang seorg dari ahli kitab kepada baginda saw lalu bertanya tentang ruh. Lalu Baginda menjawab dgn membawakan ayat al Quran dari surah Al-Isra' ayat 85, yg bermaksud "Tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit". Seterusnya ahli kitab ni menjawab dgn mengatakan mereka telah diberikan taurat yg juga ilmu. Kemudian turunlah ayat yg saudara bawa tersebut. Utk menyatakan bahawa ilmu Allah swt itu terlalu amat luas dan hanya sedikit ilmu yg diberikan kepada manusia. Ia tidak ada kena mengena dgn penulisan al Quran.

Juang wrote:...... sudah pasti baginda mengambil countermeasure agar Al Quran terjamin terpelihara.
Baginda cuma manusia biasa. Walaupun al Quran itu ditulis dan dibukukan, tak terlalu sukar utk dipalsukan, ditambah atau dikurang. tetapi al Quran itu bukan dipelihara oleh manusia melainkan Allah swt-lah yg memeliharanya.
Code:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.(Al-Hijr:9)


Juang wrote:Sebelum baginda juga sudah ada orang yang sembah Nabi. Jadi sudah pasti baginda memikirkan bagaimana nama baginda tidak digunakan sewenang-wenangnya ....
Saudara Juang, siapakah Baginda telah dijelaskan dalam al Quran oleh Allah swt.

Juang wrote:Malangnya yang dikatakan sabdaan Nabi itu tidak ada ayat seumpamanya dalam Al Quran.
Sudah tentu ada. Baca dan fahami ayat2 dibawah...
Al Quran wrote:.......Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?(An-Nahl:35)
Dalam ayat ini, apakah yg disampaikan oleh Bagnda saw? Kalau kita katakan Baginda tak menerangkan kaedah solat sebagaimana Allah swt kehendaki, bermaksud kita mengatakan Baginda bersikap menyembunyikan atau tidak menjalankan amanah yg diberikan.
Al Quran wrote:Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.(An-Nahl:36)
Maksud menyembah antaranya mentaati iaitu melaksanakan solat itu sendiri(cth).
Kalau dikaitkan dgn sabda Baginda mengenai kaedah bersolat, cara solat baginda itu adalah tepat sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah swt. Allah swt memerintahkan kita solat, Baginda telah menerangkan dan melaksanakan solat itu sendiri sebagai cth dan panduan kepada umat, dengan jelas dan nyata sebagaimana kehendal Allah swt.

Juang wrote:Malah ada ayat Al Quran mengatakan seluruh makhluk Allah ada solat masing-masing.
Boleh berikan ayat tersebut? Dan huraikan sekali apakah ayat tersebut membawa maksud bahawa "setiap manusia atau jin" ada kaedah solat yg berbeza2? Bukan maksud saya setiap makhluk, tetapi apakah setiap manusia itu ada kaedah solat yg berbeza2 dan juga jin2.

Juang wrote:Dan ada ayat Al Quran mencelakakan orang yang solat menunjuk-nunjuk. Jika Nabi sendiri perlihatkan solatnya supaya diikuti, bukankah itu sudah menyalahi maksud jangan menunjuk-nunjuk dalam bersolat?
Kalau macamni fahaman saudara, maka masjid2 patut dirobohkan, bahkan masjidil haram itu pun patut dirobohkan, sebabnya, dimasjid2 tpt didirikan solat, apalagi di masjidil haram, 1 waktu solat jamaah ganjarannya ratus2 ribu. Solat jamaah itu sendiri menjadi haram sebabnya memperlihatkan solat kepada org lain.

maksud ayat diatas bukan memperlihatkan solat, tapi menunjuk2 dgn maksud riya'. Solat bukan kerana Allah swt tetapi kerana nak tunjuk kepada org lain. Sebab nak tackle anak dara org, maka tunjuk baik depan ayahnya..cth. Ini semua persoalan hati bukan perlakuan solat itu sendiri.

Juang wrote:Kalau kita fikirkan, sedangkan orang sekarang pun terfikir nak bukukan cara lakukan solat, takkanlah Nabi Muhammad itu yang seorang bijaksana tak terfikir nak bukukan cara solat? Sebagai seorang yang berpandangan jauh, sudah pasti baginda terfikir, jika tidak dicatatkan cara solat, bukankah itu akan menyebabkan kesukaran orang nak contohi perbuatan baginda?
Baginda bukan saja tak terfikir malah Baginda tdak diperintahkan utk itu. Allah swt tak memerintahkan Baginda.

Saya rasa saudara berpandangan jauh sebagaimana kata2 saudara. Cuba terangkan (pertanyaan saya ni dgn anggapan saudara seorg ibubapa yg bertanggungjwb), katalah saudara ada anak, apakah saudara minta anak tu buka al Quran dan mengkaji serta mendapatkan ilham dari Allah swt utk melaksanakan solat? Ataukah saudara sendiri yg mengajarnya? Jika saudar mwngajar anak itu, maka anak itu mewarisinya dari ayahnya, bagaimana jika anak itu jika nanti dia juga ada anak? Apakah dia juga akan mengajar anaknya solat sebagaimana solat yg saudara ajarkan kepadanya dulu? Jika ya, maka setiap keturunan saudara itu mewarisi kaedah solat dari saudara, sedang saudara solat hanya setelah saudara kata mendapat ilham dari Allah(kaedah2).

Bagi seluruh umat islam selain yg berpandangan seperti saudara, ibubapa bertanggungjwb mendidik anak2 mereka seawal 7 tahun dan memukul mereka bermula 10 tahun kalau takmau. Terutama mendidik melaksanakan solat dari sudut wuduk, niat, perlakuan dan bacaan2. Bermula dari rumah semasa kanak2 lagi. Bagaimana pandangan saudara, seseorg perlu solat bermula dari umur berapa? dan apakah ibubapa wajar mendidik anak2nya sedangkan saudara mengatakan tentang mewarisi dari nenek moyang.

Juang wrote:Dan kerana dalam polisi (syariat) Islam itu tidak mahu solat ditiru-tiru itulah baginda tidak mencatatkan cara-caranya supaya setiap manusia belajar kenal diri sehingga mereka tahu cara solat yang terbaik untuk diri masing-masing.
Dari kenyataan ini bukankah bermaksud ibubapa tidak wajar mendidik anak2nya solat, bermaksud juga seseorg itu tidak sepatutnya solat sehinggalah dia tau cara yg terbaik utknya dgn cara mendapatkan petunjuk dari Allah swt. Ia juga bermakna bagi setiap manusia, kaedah solat boleh saja sama atau berbeza. Seterusnga ia membawa maksud, tidak ada solat berjamaah kerana kaedah solat yg berbeza dan tidak boleh menunjuk2kan kaedah solat, maka masjid2 tidak patut dikunjungi2, solat jumaat tidak patut dihadiri....subhanallah.....

Bersambung selanjutnya.....

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Sun Jun 14, 2009 7:11 pm

Assalaamualaikum wrh

Dalam posting berikut banyak isu2 yg berulang yg dah saya jawab. Sekadar ringkasan..
Persoalan saudara Juang...

1) Dalam al Quran takde ayat suruh baginda mengajar cara bersolat. So macamana nak percaya solat yg wujud sekarang betul2 dari Nabi.
2) Solat menunjuk2 jika diperlihatkan. Keupayaan lawan riya'.
3) Masing2 makhluk tahu cara solat masing2.
4) Bila manusia kenal diri, maka Allah akan ajar cara solat utknya tanpa perlu meniru2.
5) Takde ada ayat suruh tiru cara solat nabi.
6) Baginda tak membukukan solat sedangkan Bijaksana.
7) Ikut hadis dapat pahala? orang Yahudi dahulu pun anggap ikut ajaran diorang dapat masuk syurga. Al Quran pun tak pernah tetapkan sebegitu.
8) Mana ada ayat Al Quran makan pakai sudu tak dapat pahala? Apa bukti-bukti yang nyata menetapkan sedemikian rupa?
9) Al Quran tidak pernah kata, sesuatu yang disabda oleh Nabi memerlukan perawi. Sebab apa? Sebab kebenaran kata-kata Nabi terletak pada bukti-bukti yang nyata.
10) Buah rambutan...
==========================================>>
Jawapan saya..
1) Betul, tetapi saudara pasti tau solat itu hukumnya wajib bukan? Oleh itu Baginda juga melaksanakan solat dalam kerangka melaksanakan perintah Allah swt. Bagaimanakah cara para sahabat bersolat? Solat Baginda itulah yg ditiru oleh mereka, kerana itu dalam kerang menerangkan kaedah solat mengikut kehendak Allah swt oleh Baginda saw. Itulah bentuk solat(cara baginda) yg dikehendaki oleh Allah swt. Dan kaedah solat itu diajar dan disebarkan kepada seluruh umat islam.

Macamana nak percaya, saudara tak perlu percaya, cuma perlu fikirkan. Nak percaya atau tak terserah.
Code:
 Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Taha:132)
Ayat diatas adalah perintah Allah swt kepada kita utk memerintah keluarga kita mendirikan solat. Persoalannya...
a) Bagaimanakan cara saudara memerintahkan solat kepada keluarga saudara?
b) Bermula dari umumr berapa seseorg itu wajib solat?

2) Bagi ASWJ, menunjuk2 itu satu bab dari berbagai bab dalam dalam agama. Allah swt telah memerintahkan Rasulullah solat dalam surah al Baqarah:110, "Dirikan solat dan tunaikan zakat...". Kemudian ALlah memerintahkan Baginda menerangkan kepada umat. Persoalan saya..
a) Bagaimana cara Baginda menerangkan/menjelaskan kaedah bersolat tanpa Baginda menunjukkan solatnya kepada para sahabat?
b) Bagaimana para sahabat memastikan solat mereka itu betul dan tepat mengikut kehendak Allah tanpa mereka menunjukkan cara mereka bersolat kepada Baginda?
c) Apakah fungsi masjid terutamanya Masjid Nabawi yg didirikan oleh Baginda?

3) Kita tak perlu tau cara solat makhluk2 lain, yg kita perlu tau cara solat yg dikehendaki Allah swt.

4) Persoalan saya..
a) Bagaimanakah cara kita mengenal diri?
b) Bagaimana Allah swt mengajar kita cara bersolat?
c) Apakah yg perlu dilakukan dan cara melakukannya supaya Allah swt memberikan ilham kepada seseorg cara utk solat?
d) Apakah seseorg yg masih tidak dapat ilham dari Allah swt itu tidak perlu solat?

5) Betul, takde ayat suruh tiru secara khusus tetapi secara umum..
Al Quran wrote:Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al Ahzaab:20)
Logik akal, maksud contoh ikutan yg baik tu ialah utk diikuti, utk ditiru bukan dibaca, dipandang dan dibiarkan. Ayat ini umum maksudnnya bukan setakat solat bahkan seluruh cara hidup Baginda itu adalah cth2 yg baik utk diikuti....bagi org2 yg mengharapkan keredhaan Allah swt. Persoalan saya...
a) Apakah dari Baginda saw yg saudara tiru atau ikuti?

Selain itu ada ayat suruh taat kepada Allah dan RasulNya, ada perintah mendirikan solat. Bukankah perinta itu juga kepada baginda dan bagind bersolat maka umat mengikut cara bersolat baginda. Rasulullah bersabda, "Solatlah kau sebagaimana kamu melihat Aku bersolat". Mentaat disini ialah bersolat mengikut cara solat Baginda.

6) Betul, tetapi Allah swt tidak memerintahkan Baginda utk membukukan kaedah bersolat. Baginda hanya menurut apa yg diperintahkan kepadanya oleh Allah swt.

7) Betul, ikut hadith bermaksud ikut cara yg dianjurkan oleh baginda, ikut apa yg diperintahkan oleh Baginda dari Allah swt. Pada Baginda tu ada suri teladan gy baik utk diikuti.

8) Dalam al Qurn memang takde ayat kata pakai sudu tak dapat pahala, tapi saya sebut disana tentang hadith, walaupun pakai sudu tu nakpak baik, tangan tak kotor, tapi disebabkan idak ada hadith yg menyebutkannya maka takdapat pahala sunnah. Maksudnya Nabi tak pernah buat. Pakai tangan tu adalah sunnah, makan guna tangan sebab mengikut sunnah dapat pahala sunnah.

9) Allah swt menyuruh kita berhati2 apabila mendengar atau menerima berita..
Code:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al Hujurat:5)

Sesuatu ucapan yg dikatakan dari Baginda saw perlu dipastikan benar2 dari Baginda. Sebab itu perlu dikenali siapa org yg meriwayatkannya, kemudian perlu diselidiki maksud lafaz ucapan itu.

10) Konsep buah Rambutan saudara - Bagi saudara, yg penting keadaan buah rasanya, bagi ASWJ yg penting apakah buah itu diperolehi dgn cara yg halal atau tidak, kemudian barulah keadaan buah, dan rasanya.


Wassallam...

/Bersambung kemudian....

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Mon Jun 15, 2009 12:08 am

Macamnilah, saudara berikan cth, apakah sesuatu yg boleh saudara anggap sebagai polisi yg telah ditetapkan oleh baginda Rasulullah saw. pada ketika itu. Disini saudara perlu membuat kaitan antara Boss sebuah syarikat dan Baginda Rasulullah saw dari sudut, seorg boss syarikat berkuasa penuh menetapkan polisi syarikat, menambah, mengurang, atau meminda. Jika saudara kata Rasulullah saw itu juga seperti boss, maka saudar perlu berikan huraian dan bukti, 1) huraikan apakah Rasulullah saw itu yg menetapkan syariat dan dalilnya? 2) Berikan bukti, polisi yg saudara anggap diputuskan, dibuat, dipinda atau dibatalkan oleh Baginda.

1) Nabi Muhammad menetapkan syariat berdasarkan apa yang Allah tunjukkan (Sesuatu yang ada logiknya). Oleh kerana syariat itu peraturan yang akan diguna-pakai oleh manusia, sudah pasti Nabi sebagai seorang manusia yang kena tetapkan berdasarkan apa yang Allah ajar. Macam seorang boss, jika dia bukan bekerja di syarikat itu, macam mana dia nak buat polisi untuk dipatuhi oleh pekerja syarikat itu?

Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. Atas kesedaran nak ubah nasib umat, maka baginda menetapkan syariat yang sesuai (di bawah petunjuk Allah) agar nasib umatnya berubah .

2) Peraturan-peraturan yang termaktub dalam Al Quran itulah contoh polisi yang diputuskan oleh baginda (dan mungkin bersama para sahabat seperti boss dengan lembaga syarikatnya). Ini kerana Al Quran itu disampaikan melalui lisan baginda. Sudah pasti peraturan yang terkandung dalam Al Quran itu baginda yang tetapkan di bawah petunjuk Allah.

Bukan sebab tu, malah Rasulullah saw itu wafat setelah wahyu terakhir diturunkan yg menyebutkan bahawa ajaran islam itu telah lengkap.

Memanglah ajaran Islam itu telah lengkap masa penurunan wahyu itu. Ini yang menyebabkan kami tidak nampak di mana kurangnya Al Quran sehingga memerlukan riwayat hadis.

Bukan sebab tu, tapi disebabkan ramai sahabat yg menghafaz al Quran telah meninggal dunia dan bilangan org2 ajam yg memeluk islam semakin ramai, maka al Quran dibukukan. Selain itu, al Quran yg ditulis pada ketika Rasulullah saw masih hidup tidak begitu tersusun kerana ditulis diatas kulit2, tulang2, batu2 dan lain. Ini sgt menyukarkan. Perkembangan empayar islam dan pertambahan jumlah org2 yg bukan aram yg memeluk islam juga memerlukan kepada guru2 al quran yg ramai dgn al Quran yg dapat dibaca dan dirujuk. Disamping itu juga, kaedah2 bacaan al Quran tidak begitu seragam kerana loghat2 tempatam puak2. Maka penulisan semula al Quran membolehkan seluruh umat membaca al Quan dgn cara yg sama dan tersusun.

Memang Al Quran tidak tersusun masa Rasulullah masih hidup, tetapi yang pentingnya pencatatan Al Quran itu sudah wujud ketika baginda hidup. Inilah yang menguatkan sumber yang disampaikan oleh baginda. Biarpun ayat Al Quran itu dicatatkan oleh para sahabat, tetapi siapa nama pencatatnya tidak menjadi kepentingan sebab kata-kata baginda dipelihara oleh Allah berdasar bukti-bukti yang ada hukum alam membenarkannya.

Berbanding riwayat hadis, ia memerlukan nama perawinya seolah-olah kata-kata baginda lemah jika tanpa perawi. Kenapa tidak nilai isi riwayat itu terlebih dahulu?

Perbezaan antara Al Quran dan riwayat hadis inilah menyebabkan golongan beriman tidak main pakai turut riwayat itu.

Saudar Juang, berikan diri saudara pilihan, berikan peluang utk memandang lebih jauh kehadapan. Ayat2 al Quran yg diturunkan ada ketikanya ada asbab2 tertentu (Asbabun Nuzul).

Ayat dari surah Lukman:27 itu diturunkan selepas datang seorg dari ahli kitab kepada baginda saw lalu bertanya tentang ruh. Lalu Baginda menjawab dgn membawakan ayat al Quran dari surah Al-Isra' ayat 85, yg bermaksud "Tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit". Seterusnya ahli kitab ni menjawab dgn mengatakan mereka telah diberikan taurat yg juga ilmu. Kemudian turunlah ayat yg saudara bawa tersebut. Utk menyatakan bahawa ilmu Allah swt itu terlalu amat luas dan hanya sedikit ilmu yg diberikan kepada manusia. Ia tidak ada kena mengena dgn penulisan al Quran.

Ya memang setiap yang berlaku ada sebab musababnya, bukan setakat penurunan ayat Al Quran itu sahaja.

Biarpun ayat itu kononnya menjawab persoalan ahli kitab, tetapi ayat itu menunjukkan penulisan Al Quran bukan sesuatu yang mustahil wujud pada zaman baginda biarpun tidak tersusun seperti sekarang. Bila ayat itu menggunakan perumpamaan penulisan kalimat Allah, ini menunjukkan tidak mustahil Al Quran sudah dicatatkan dengan baik. Apa yang kami ingin lihat adalah logik yang wujud di zaman itu menunjukkan tidak mustahil Al Quran dicatatkan (bukan setakat hafalan) berdasarkan sesuatu ayat Al Quran itu.

Bila ada Al Quran dalam bentuk catatan masa Rasulullah masih hidup, maka kenapa kita tidak beriman pada yang telah dicatatkan (macam kes polisi syarikat itu)?

Baginda cuma manusia biasa. Walaupun al Quran itu ditulis dan dibukukan, tak terlalu sukar utk dipalsukan, ditambah atau dikurang. tetapi al Quran itu bukan dipelihara oleh manusia melainkan Allah swt-lah yg memeliharanya.

Ya, memang manusia tiada kuasa nak pelihara sesuatu yang bakal ditinggalkan. Oleh kerana Al Quran tidak dipelihara oleh manusialah, sebab itulah kami menggunakan Al Quran sebagai sumber ajaran baginda sebab riwayat hadis memerlukan nama manusia (perawi) untuk menentukan kesahihan ucapan baginda. Bukankah itu jauh lagi lemah berbanding Al Quran?

Saudara Juang, siapakah Baginda telah dijelaskan dalam al Quran oleh Allah swt.

Benar. Dan ciri-ciri kata-kata seorang Rasul itu telah juga disebut dalam Al Quran (An Nahl ayat 44) iaitu penjelasan yang manusia boleh memikirkan. Inilah kunci utama kami guna untuk membezakan kata seseorang Rasul atau tidak. Jika kata-kata itu tiada sokongan logik, maka itu bukan datang dari seorang Rasul biarpun ramai kata itu Rasul yang cakap. Kami tidak mahu menentang ayat Al Quran. Sedangkan Allah pun cipta manusia secara logik (ada hukum alam membenarkannya), macam mana kata-kata Rasul itu boleh sesuatu yang tak logik (tiada bukti)?

Dalam ayat ini, apakah yg disampaikan oleh Bagnda saw? Kalau kita katakan Baginda tak menerangkan kaedah solat sebagaimana Allah swt kehendaki, bermaksud kita mengatakan Baginda bersikap menyembunyikan atau tidak menjalankan amanah yg diberikan.

Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas(Al Hijr:1)
Ya benar, sebab itu solat yang jelas sudah ada dalam Quran sebab Al Quran sudah jelas. Namun kalau anggap solat yang wujud ikut amalan nenek moyang sekarang, memanglah tak jumpa kalau di cari dalam Al Quran sebab Al Quran tak ajar cara sebegitu.

Sebab kerana baginda sudah sempurna sampaikan amanah Allah itulah kami guna Al Quran sahaja. Kalau guna kitab lain, seolah-olah Al Quran tidak jelas.

Maksud menyembah antaranya mentaati iaitu melaksanakan solat itu sendiri(cth). Kalau dikaitkan dgn sabda Baginda mengenai kaedah bersolat, cara solat baginda itu adalah tepat sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah swt. Allah swt memerintahkan kita solat, Baginda telah menerangkan dan melaksanakan solat itu sendiri sebagai cth dan panduan kepada umat, dengan jelas dan nyata sebagaimana kehendal Allah swt.

Macam mana nak diyakini solat yang wujud sekarang benar-benar dari Nabi sedangkan Al Quran tidak sebut kena guna riwayat hadis? Al Quran sudah jelas, yang tidak menetapkan cara solat seperti yang wujud sekarang. Apatah lagi keadaan umat yang lemah dan berpecah-belah hasil solat sekarang menguatkan bukti, takkan Nabi ajar solat setakat menghasilkan umat yang lemah dan berpecah-belah macam tu?

Nak kata umat yang lemah itu orang yang tak faham bahasa Arab, orang Arab sana pun berkeadaan lemah dan berpecah-belah. Lagi-lagilah kita jadi risau nak meniru membuta-tuli segala yang didakwa kononnya dari Nabi.

Bukankah solat itu tiang agama? Takkan solat yang kononnya Nabi ajar begitu rapuh sehingga umat jadi lemah macam tu sekali? Inilah yang menjadi persoalan orang yang beriman kepada Allah.

Semua orang mudah dakwa apa yang dilakukan kononnya macam Nabi buat. Tetapi pada hasil itulah orang beriman menilainya.

Boleh berikan ayat tersebut? Dan huraikan sekali apakah ayat tersebut membawa maksud bahawa "setiap manusia atau jin" ada kaedah solat yg berbeza2? Bukan maksud saya setiap makhluk, tetapi apakah setiap manusia itu ada kaedah solat yg berbeza2 dan juga jin2.

Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. (An Nuur: 41)
Disebutkan masing-masing makhluk Allah itu bersolat untuk menyanjung Allah. Burung dengan cara mengembangkan sayap-sayapnya. Semua bertasbih memuji kebesaranNya. Ayat ini memberi jawapan kepada orang yang tercari cara bersolat yang mereka kata tiada dalam Al Quran sehingga kena guna riwayat hadis.

Pada ayat inilah kami nampak solat yang lebih logik difikirkan sesuai dengan kehidupan manusia iaitu sesuatu perbuatan yang menjadikan manusia itu berkembang mindanya. Apatah lagi solat yang kononnya mereka kata ikut Nabi itu kesannya hanya menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah. Takkan tidak terfikir oleh kita, apakah patut Nabi mewarisi solat yang menyebabkan umat jadi begitu keadaannya?

Jika realiti umat dalam keadaan kuat dan bersatu-padu, tiada siapa pertikaikan mereka kata solat mereka itu ikut cara Nabi. Tetapi sebab solat mereka itu hanya memburukkan nama Nabi dengan keadaan realiti mereka, jadi adalah lebih baik kami bersolat ikut apa yang Allah tunjukkan untuk kami. Nama Nabi pun tak buruk.

bersambung...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Mon Jun 15, 2009 12:08 am

Kalau macamni fahaman saudara, maka masjid2 patut dirobohkan, bahkan masjidil haram itu pun patut dirobohkan, sebabnya, dimasjid2 tpt didirikan solat, apalagi di masjidil haram, 1 waktu solat jamaah ganjarannya ratus2 ribu. Solat jamaah itu sendiri menjadi haram sebabnya memperlihatkan solat kepada org lain.

maksud ayat diatas bukan memperlihatkan solat, tapi menunjuk2 dgn maksud riya'. Solat bukan kerana Allah swt tetapi kerana nak tunjuk kepada org lain. Sebab nak tackle anak dara org, maka tunjuk baik depan ayahnya..cth. Ini semua persoalan hati bukan perlakuan solat itu sendiri.

Kenapa mereka bersolat untuk menunjuk-nunjuk? Sebab perbuatan solat mereka itu diseragamkan kepada ramai orang. Jika solat itu tidak diseragamkan, manusia yang ingin menunjuk-nunjuk itu tidak mampu melakukannya sebab orang lain tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah solat. Di sinilah kita nampak logik kenapa Al Quran pun tak seragamkan cara solat. Jika ia perlu diseragamkan, sudah pasti ia ditetapkan dalam Al Quran seperti mana ketetapan pembahagian harta wujud dalam Al Quran. Ini kerana pembahagian harta memang perlu diketahui oleh umum supaya tiada yang dianiaya, sedangkan solat itu hanya untuk Allah, bukan untuk orang lain tahu kita sudah solat ke tidak.

Masjid yang digunakan untuk menunjuk-nunjuk solat dan berpecah-belah, memang patut dirobohkan. Malah dalam Al Quran ada kisah masjid dirobohkan.

Fungsi masjid yang sebenar adalah tempat bermuzakarah golongan beriman untuk membincangkan permasalahan ummah. Macam konsep kita bermuzakarah di forum ini. Itulah fungsi masjid yang dibina atas dasar iman.

Namun kerana fungsi ini sudah tidak subur lagi, tetapi sekadar untuk buat solat yang diperlihatkan kepada umum itu, maka masjid itu tidak mampu menyelamatkan umat Islam dari kelemahan dan perpecahan. Berapa banyak masjid di Iraq mudah-mudah dirobohkan oleh tentera berteknologi tinggi itu?

Jika benar 1 solat berjemaah itu ganjarannya beratus ribu, sudah pasti mereka tidak jadi golongan berpecah-belah, sebab yang berpecah-belah sebegitu hanyalah orang yang kotor hatinya. Ke mana perginya ganjaran beratus ribu itu jika hati masih kotor dengan asyik nak berpecah-belah sahaja?

Baginda bukan saja tak terfikir malah Baginda tdak diperintahkan utk itu. Allah swt tak memerintahkan Baginda.

Kenapa Allah tidak perintahkan? Jadi sebab itulah kami tidak pandai-pandai buat apa yang Allah tidak perintahkan atas nama Nabi. Nabi itu bukan sekutu Allah dalam membuat ketetapan apa yang Allah tidak tetapkan. Sebab itu, bila datang riwayat kata-kata kononnya dari Nabi, kami tidak main percaya membuta-tuli melainkan ada sandaran hukum alam sebagai bukti itu datang daripada Allah.

Saya rasa saudara berpandangan jauh sebagaimana kata2 saudara. Cuba terangkan (pertanyaan saya ni dgn anggapan saudara seorg ibubapa yg bertanggungjwb), katalah saudara ada anak, apakah saudara minta anak tu buka al Quran dan mengkaji serta mendapatkan ilham dari Allah swt utk melaksanakan solat? Ataukah saudara sendiri yg mengajarnya? Jika saudar mwngajar anak itu, maka anak itu mewarisinya dari ayahnya, bagaimana jika anak itu jika nanti dia juga ada anak? Apakah dia juga akan mengajar anaknya solat sebagaimana solat yg saudara ajarkan kepadanya dulu? Jika ya, maka setiap keturunan saudara itu mewarisi kaedah solat dari saudara, sedang saudara solat hanya setelah saudara kata mendapat ilham dari Allah(kaedah2).

Dalam mengajar anak, kami berpandukan surah Luqman. Kami ajar anak kami jangan mempersekutukan Allah dahulu. Supaya dia kenal siapa Allah itu dahulu. Tanpa kenal Allah, ke mana hendak ditujukan solatnya itu?

Lepas dia kenal siapa Allah itu yang tiada selainNya membuat ketetapan pada alam ini, barulah kami suruh dia dirikan solat. Cara dia nak bersolat, sudah pasti Allah juga akan ajar seperti mana Allah mengajar kami. Cukuplah kami bagitahu apa erti solat yang sebenarnya dengan mengaitkan dengan kejadian asal manusia yang dikurniakan akal yang mampu dikembangkan (jika mahu).

Jadi, kerana Allah sahaja tahu solat yang terbaik untuknya, maka tidaklah dia akan mewarisi cara kami sebab solat untuknya nanti sudah pasti yang sesuai untuk dia menempuhi cabaran hidup mendatang agar terus jadi insan yang berbuat baik dan bersabar.

Kami tidak mahu anak-anak kami dan generasi yang seterusnya bersolat hanya untuk jadi lemah dan berpecah-belah. Cukuplah kami sudah pernah mengikut cara solat macam tu. Jika Nabi Muhammad pun tak mewarisi solat nenek moyangnya setelah melihat perangai buruk masyarakat baginda, maka macam itulah yang kami sekarang lakukan.

Bagi seluruh umat islam selain yg berpandangan seperti saudara, ibubapa bertanggungjwb mendidik anak2 mereka seawal 7 tahun dan memukul mereka bermula 10 tahun kalau takmau. Terutama mendidik melaksanakan solat dari sudut wuduk, niat, perlakuan dan bacaan2. Bermula dari rumah semasa kanak2 lagi. Bagaimana pandangan saudara, seseorg perlu solat bermula dari umur berapa? dan apakah ibubapa wajar mendidik anak2nya sedangkan saudara mengatakan tentang mewarisi dari nenek moyang.

Oleh kerana bagi kami solat adalah perbuatan yang mengembangkan minda, maka seberapa awal anak-anak itu memahami di mana minat untuk mengasah kreativitinya, ketika itulah kami pupuk mereka. Bila akalnya sudah sempurna (akil baligh), pasti dia akan tahu itulah solat terbaik untuk dirinya seperti mana Allah pernah beritahu kami solat yang terbaik untuk kami.

Oleh kerana minat manusia itu berbeza-beza, sudah pasti cara solat kami itu tidak sama. Jadi tidak wujud konsep mewarisi cara solat. Asalkan matlamatnya sama supaya jadi manusia yang bijak berfikir, kreatif serta berinnovasi. Sejak kecil lagi kanak-kanak sudah menunjukkan minat ke arah kreativiti. Tugas kami hanya mendorong mereka agar terus minat dalam membuat sesuatu yang kreatif. Bagaimana cara mengasah kreativiti yang optimum untuk mereka? Allah akan berikan mereka pentunjuk bila mereka semakin faham erti kehidupan ini.

Dari kenyataan ini bukankah bermaksud ibubapa tidak wajar mendidik anak2nya solat, bermaksud juga seseorg itu tidak sepatutnya solat sehinggalah dia tau cara yg terbaik utknya dgn cara mendapatkan petunjuk dari Allah swt. Ia juga bermakna bagi setiap manusia, kaedah solat boleh saja sama atau berbeza. Seterusnga ia membawa maksud, tidak ada solat berjamaah kerana kaedah solat yg berbeza dan tidak boleh menunjuk2kan kaedah solat, maka masjid2 tidak patut dikunjungi2, solat jumaat tidak patut dihadiri....subhanallah.....

Oleh kerana erti solat itu mengasahkan kreativiti, tanpa ibubapa mendidik pun Allah sebenarnya sudah sediakan anak-anak memiliki minat dalam bidang tertentu. Jadi mereka sebenarnya sudah ditunjukkan cara bersolat untuk mereka oleh Allah. Cuma tugas ibubapa adalah untuk memupuk minat mereka agar tekun mengasah minat mereka itu sehingga jadi insan yang kreatif dan innovatif.

Sebab itulah nasihat Luqman pada anaknya adalah dirikan solat. Beliau hanya mengingatkan anaknya supaya dirikan solat dengan maksud sentiasa melakukan kerja yang mengasah kreativitinya. Hanya umat yang kreatif akan berdiri berbanding umat yang lemah daya ciptanya.

Memang dalam Al Quran tidak ada sebut solat berjemaah pun. Malah solat di hari berkumpul (Jumaat) pun tidak disuruh di masjid, sebaliknya disuruh meninggalkan urusan duniawi dan ingat pasal Allah. Di mana-mana sahaja manusia boleh berkumpul, asalkan matlamatnya membincangkan perkara yang menjadikan kita yakin kepada Allah semata-mata, bukannya taksub pada selainNya. Mengingati Allah secara logik akan mengasah ketajaman minda.

Pada hari berkumpul itu, mereka boleh berbincang secara kritis pasal Allah dan penciptaan alam ini. Pada hari itulah boleh difikirkan apakah solution kepada permasalahan umum seperti pemanasan global sekarang ini. Bayangkan Allah takdirkan paras air laut semakin meningkat, takkan kita nak duduk di masjid tanpa buat apa-apa? Tidakkah patutnya pada hari berkumpul itulah difikirkan bagaimana nak buat sesuatu yang menjadikan umat Islam lebih berdaya saing berbanding kaum lain? Bangsa lain sudah meneroka angkasa, apa kerja umat Islam?

Renungkanlah hasil ajaran atas nama Islam sekarang. Jika umat berkeadaan kuat dan bersatu-padu, tiada siapa nak persoalkan ajaran atas nama Islam yang wujud sekarang. Tetapi setelah melihat hasil yang memalukan nama Nabi itulah golongan beriman tidak beribadat guna nama Nabi sebaliknya hanya bergantung kepada Allah agar nama Nabi itu tidak dimalukan lagi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Mon Jun 15, 2009 2:21 am

Assalaamualaikum wrh wbt...

Saya akan jawab secara ringkas utk memudahkan faham dan lebih mudah pula utk dibalas.

Persoalan saudara Juang...
1) Pahala dari Allah bukan dari Nabi, dapat jika ikut perintah Allah termasuklah Nabi. Kalau buat sesuatu dgn nama Nabi- itu taksub Nabi.
2) Bila benar dari sisi Allah, pasti ada bukti yang nyata dari Allah juga. Tetapi bila sesuatu riwayat hadis menetapkan ukuran-ukuran yang tiada dibawakan apakah hukum yang menetapkan ukuran tersebut, macam mana kita nak percaya.
3) Buah rambutan...elok atau busuk, masam atau manis..
4) Bukankah arangbatu itu termasuk dalam kategori batu? batu yang menepati bahan bakar dalam neraka adalah arangbatu.
5) Macam ada orang kata 1+1=3. Tanpa dibawakan bukti, macam mana nak fikirkan kebenaran kata-kata itu?
6) Tidakkah anda terfikir, bila sesuatu umat itu ditimpa bencana, Allah gantikan dengan umat yang baru. Kan ke sama logiknya, bila kulit terbakar, Allah ganti kulit yang baru.
7) Tetapi nak nampak gambaran sebenar neraka, kena tunggu di akhiratlah nampak syurga dan neraka itu sebab kita belum sampai ke alam sana. Cth...Makkah....
8) Kerana tak mahu terantuk baru tergadahlah kami peringatkan padal ayat-ayat Allah supaya kaum yang sembah Nabi itu tidak menyesal.
9) Kalau seseorang itu benar, jika dia tidak pasti sesuatu ukuran, dia tidak akan berkata-kata yang dia tidak pasti.
10) Namun semua orang boleh dakwa dia bawakan sumber dari Nabi. Sekarang ini, sikap umat Islam, asalkan dikatakan riwayat hadis sahih, terus ditelannya macam seorang yang telan buah rambutan tanpa menilai isi buah itu baik atau buruk.
11) Ingatlah, sesuatu yang kita tak faham hikmahnya, kita tidak boleh dipaksa menerimannya. Sebab itulah Nabi sendiri cuba jelaskan ayat-ayat Allah sebaik mungkin dengan bukti-bukti yang nyata agar manusia memahami.
================================>>>

Jawapan saya...
1) Memang benar, hanya Allah swt yg memberikan pahala dan dosa. Tetapi seorg islam yg melakukan sesuatu kerana mengikut sunnah Nabi tetap dapat pahala. Sebabnya, bukankah saya dah berikan ayat al Quran - "Pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang baik bagi org2 yg mencari keredhaan Allah swt". Meniru cara nabi itu adalah perintah Allah swt bukan kerana taksub.

2) Apakah itu maksud bukti? Satu bukti saja yg penting, iaitu bukti keRasulan Baginda saw. Telah terbukti keRasulan Bagind maka bukti apa lagi yg saudara perlukan utk mempercayai bahawa apa yg datang dari Baginda adalah benar? Mengenai panas api neraka, baginda hanya berikan anggaran, 70x lebih panas, tidak accurate. Agaknya kalau Baginda kata, panas api neraka 5000' celcius, logik tak? Haru biru Syd Abu Bakar dll nak faham. Ini samalah sebagaimana Baginda menganggarkan jarak zaman Baginda dgn kiamat dgn jari telunjuk dan jari tengah.

3) Buah Rambutan - mungkin dah sampai masanya utk saudara fikirkan tentang halal/haramnya buah rambutan tu. Elok atau busuk tu mudah, manis dan masam hanyalah kategori, ada rambutan masam, ada yg manis, ada yg longkah, ada yg melekat ke biji dll.

4) Rasanya ada tak org buat berhala guna arangbatu? Takde, bahan bakar neraka tu antaranya batu2 berhala, bukannya arangbatu.

5) Saudara nak bukti tak 1+1=0? Allah swt tu 1, tambah satu lagi sebagai sekutunya jawapannya kafir (0). 5+1=0, 5-1=0. Buktinya, rukun islam tu 5 perkara, buang 1 atau tambah 1 = kafir(0).

6) Tak logik, ayat tersebut mengatakan, bila kulit tu hangus, pada ketika itu juga Allah akan ganti dgn kulit yg baru. On the spot. Allah tukar satu generasi dgn generasi yg lain makan masa.

7) Cth Makkah, kita nak pergi sana tapi belum pernah sampai, apa kita buat? Cari maklumat, disana tu panas siangnya dan sejuk malamnya=sediakan pakaian yg sesuai. Pergi sana nak tunaikan Haji-penuhkan ilmu haji didada. Ramai org disana-tempat tinggal, makan, aktiviti semua dah dirancang siap. Bukan sampai sana baru kelam kabut.

a) Kita tau adanya neraka, tapi tak tau gambaran sebenar neraka- Kita pun releks
b) Macamana kalau api neraka tu dipanaskan 1000 thn jadi merah, 1000 thn lagi dipanaskan jadi putih, dipanaskan 1000 thn lagi jadi hitam legam. Panasnya 70x lebih panas dari api didunia. Ada 7 tingkat neraka, tingkat bawah 70x lebih panas dari tingkat diatasnya. Siksaan yg paling ringan, dipakaikan dgn selipar yg dibuat dari api neraka, tapi akibatnya mengelegak otaknya.-Rasa gerun tak? Ni baruu sedikit gambaran..

8) Berikan bukti ASWJ menyembah nabi. Sebelum itu saya ingatkan semula-sumber hukum dalam islam ialah al Quran, kemudian hadith, kemudian ijtihad (ijmak, qias).. Buktinya silakan..

9) Nabi berkata2 apa yg Allah swt berikan pengetahuan kepada Baginda.

10) Disebabkan itulah maka wujudnya ilmu hadith ni. Sebab tu kena tau siapa yg bawa hadith, kena tau kandungan hadith.

11) Tidak ada paksaan dalam agama. Kewajiban beragama itu hanya kepada manusia yg berakal. Faham tak sesuatu kenyataan bukan alasan utk tak mau menerima, apabila ia dibuktikan sebagai sabda Baginda. Sebabnya, Baginda bersabda apa yg diberikan Allah swt kepadanya. Baginda pernah bersabda, "Hendaklah org yg hadir menyampaikan kepada org yg tidak hadir, kerana mudah2an org yg disampaikanitu lebih faham dari org yg menyampaikan (yg hadir")(Bukhari, Muslim).

Segala yg datang dari Nabi saw adalah dari Allah swt, segala yg datang dari Allah swt adalah benar.

Wassallam

/Bersambung kemudian..

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by penjejakbadai on Mon Jun 15, 2009 3:36 am

Assalaamualaikum wrh

Saudari Adli,

1) Tiada nokhtah dalam mengkaji Al Quran. Even di syurga nanti pun orang beriman akan terus berfikir dan berfikir.
2) Kami mengkaji guna keupayaan sendiri dahulu supaya rasa yakin pada diri sendiri dan pergantungan pada Allah jadi kuat. Kalau anda fikir logik, alam semesta yang terbina dari ilmu Allah inikan luas. Kalau disempitkan pemikiran tu, macam mana nak dapat ilmu Allah?
3) Maaf, boleh spesifik contoh apa yang anda nak?
4) Ya, pada yang digariskan itulah titik persamaan kita.
5) Dengan suka berfikir, rasa pergantungan kami kepada Allah semakin kuat sebab bagi kami, ilham-ilham yang benar dan tidak mampu dibuktikan dusta itu hakikatnya datang daripada Allah.
6) Sebanyak mana ilham atau idea yang diperolehi oleh manusia itu, itulah tanda-tandanya manusia itu dekat dengan Allah. Sebab itulah Nabi Muhammad cabar orang kafir supaya bawakan kitab seperti Al Quran jika mereka orang benar.
7) Menghukum orang lain tak betul, semua orang boleh buat. Tetapi nak buktikan apa yang betul dalam diri sendiri, hanya golongan beriman sahaja yang mampu melakukannya.
8) Ritual solat warisan nenek moyang. Sebelum umat Islam sekarang, sudah wujud kaum lain yang telah ada suruhan bersolat dari Nabi-nabi terdahulu. Orang Arab Jahiliah pun ada cara solat mereka. Mereka pun mewarisi dari ibubapa dan nenek moyang mereka.
8a) Cth Boss syarikat oleh Juang..
9) Kaedah solat - Kami mencontohi Nabi Muhammad yang tidak meniru solat Nabi-nabi terdahulu. Tidak ada ayat Al Quran yang menunjukkan solat baginda ikut Nabi sebelum baginda. Jadi berdasarkan beberapa ayat Al Quran yang pernah kami bawakan dalam topik mengenai solat, maka kami mendapat cara solat kami melalui apa yang Allah tunjukkan.
10) Jika begitu, Nabi Muhammad mencipta solat baginda sendirilah sebab baginda tidak berkata baginda solat seperti Nabi-nabi terdahulu? Tapi jika Allah pernah mengajar baginda cara bersolat, apakah Allah tidak mampu mengajar kami bersolat?
11) Solat yang wujud sekarang ini setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah. Dalam lingkungan logik, solat macam itulah yang diterima Allah?
===========================>>>

Jawapan saya..

1) Dalam syurga tidak ada istilah beribadat. Syurga neraka tempat kita menuai apa yg kita tanam di dunia. Berfikir didalam syurga tu mungkin, tapi mengkajii al Quran disana tak mungkin.

2) Membuat kajian memerlukan kepada ilmu asas kepad apa yg dikaji. Agaknya apakah ilmu asas saudara dalam bindang ni, ataukah saudara akan menjadikan Rasulullah saw yg ummi sebagai hujjah? Betul, alam semesta ni amat luas, kami ASWJ tidak menyempitkan fikiran kami, buktinya - Kami menjadikan al Quran sebagai rujukan utama, kemudian hadith2 Nabi sebagai rujukan kedua, sunnah2 para sahabat dan ijtihad2 para alim ulama-ijma' dan qias, menjadi sumber kajian dan hujjah kami. Bagaimana saudari- hanya al Quran terjemahan Othman Ali.

3) Cth yg saya minta..
Adli wrote:Kami dengar rwayat hadis bukan untuk dijadikan syariat, tetapi untuk tahu kisah yang boleh diambil pedoman macam riwayat kisah Hang Tuah.
Hadith2 yg saudara dengar atau ambil.

4) Ayat2 bergaris tu bukan persamaan tapi perbezaan. Penjelasan yg saya maksudkan bukanlah tentang maksud ayat, tetapi Al Quran tu menjelaskan berkenaan kehidupan, apa yg patut dibuat, apa yg patut ditinggalkan, apa yg boleh apa yg tidak, dll..

5) Boleh saudari berikan, cth2 ilham2 benar yg tidak mampu dibuktikan dusta seperti yg saudari katakan datang dari Allah swt itu?

6) Apakah yg dimaksudkan dgn ilham dan idea yg saudara katakan? Org kafir memiliki tamadun yg hebat hari ini hasil dari fikiran kritikal mereka. Apakah mereka ini dekat dgn Tuhan? Baginda saw bukan dapat ilham, tapi wahyu.

7) Betul atau tak betul bukan boleh dihukumkan kepada sesiapa begitu saja. Alasan yg digunakan pastinya hukum agama, dgn sumber al Quran, hadith, ijma' dan qias. Bagi saudari mungkin hanya al Quran semata2. Sesuatu yg dihukumkan betul oleh agama, mak betullah dia dan begitu juga sebaliknya.

8) Saudari, kita umat Muhammad ni tak perlu tau ritual solat umat2 Nabi sebelum Rasulullah saw. Bahkan kitab2nya pun tak terpakai. Arab Jahiliah sembah berhala, bukan solat. Kalau macam tu Hindu dan Buddha pun solat. Kenapa agaknya umat terdahulu dikutuk Nabi2 mereka? Sebab mereka bukan saja tidak beriman tetapi menentang Nabi2 mereka. Saudara kata mereka solat tapi dikutuk juga? Silalah berikan sumber cerita saudari.

8a) Cth Juang tak boleh pakai sebab - Boss syarikat boleh tetapkan polisi, Agama islam Allah swt menetapkan segala2nya. Nabi hanya menerangkan/menjelaskan/menunjukkan cth2 kepada manusia.

9) Apa yg saudari cthi dari Nabi saw? Baginda mendapat perintah solat dari Allah swt, diajar oleh Allah. Umat Baginda ialah umat Muhammad, sebelum kedatangan Baginda ialah Umat Nabi Isa. Disitu ada titik pemisahan.

Boleh saudari berikan semula ayat2 mengenai solat yg saudari gunakan? Saya jawab persoalan bahagian ini setelah mendapat ayat2 tersebut.

10) Seperti jawapan saya diatas, Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul utk umat Muhammad. Kitabnya al Quran. Zamannya berbeza, sumbernya berbeza. Nabi solat diajar oleh Allah swt sebabnya perintah solat tu diturunkan terus melalui Baginda, sedangkan baginda pula adalah Pesuruh Allah. Maka tak boleh kata Nabi cipta ritual solat. Apakah Allah swt tak boleh mengajar saudari bersolat sebagaimana Baginda bersolat? Agaknya sama dgn persoalan, kenapa Allah swt boleh berikan wahyu kepada Baginda tapi tak boleh beri wahyu kepada saudari...? Saudari, Baginda tu manusia pilihan Allah swt, Rasulullah. Tak sama dgn kita. Jangan nanti saudari pertikaikan kenapa Allah tak berikan saudari wahyu sudahla..

11) Solat yg tak diterima Allah tu ada sebab2nya. Tapi ritual solat itulah dia. Saudara kata berpecah belah, bukankah antara tanda kesatuan umah itu dgn solat satu kiblat dan adanya solat jamaah. Malangnya bagi kepercayaan saudari, solat sendiri2, tidak ada solat jamaah bahkan tidak ada kiblat. Bukankah akibatnya manusia akan hidup sendiri2?
===========================>>
Persoalan saya...

1) Bagaimanakah saudari mengajar anak2 solat?
2) Apakah bentuk solat saudari hari ini?

Wassallam

/Akan disambung esok...

penjejakbadai
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
Reputation: 0
Credits: 1109
Registration date: 2009-06-10

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Mon Jun 15, 2009 9:06 am

Assalaamualaikum wrh

Waalaikumusalam,


Jawapan saya..
1) Betul, tetapi saudara pasti tau solat itu hukumnya wajib bukan? Oleh itu Baginda juga melaksanakan solat dalam kerangka melaksanakan perintah Allah swt. Bagaimanakah cara para sahabat bersolat? Solat Baginda itulah yg ditiru oleh mereka, kerana itu dalam kerang menerangkan kaedah solat mengikut kehendak Allah swt oleh Baginda saw. Itulah bentuk solat(cara baginda) yg dikehendaki oleh Allah swt. Dan kaedah solat itu diajar dan disebarkan kepada seluruh umat islam.

Bila kami nampak bahawa solat itu segala perbuatan yang hasilnya menjadikan manusia berkembang mindanya, kreatif dan innovatif, maka sudah tentu ia wajib bagi kami sebab hukum alam yang Allah tetapkan bahawa umat yang lemah dalam bab berfikir pasti akan ketinggalan. Kami tidak mahu mengikut amalan nenek moyang yang sekadar menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah lagi. Orang beriman kena berani berubah bila nampak sesuatu kemudaratan.

Semua orang boleh mengaku konon solatnya macam Nabi atau para sahabat, tetapi orang beriman menilai hasil ibadah itu. Perpecahan dan kelemahan umat Islam sudah lama berlaku. Sejak kami belum dilahirkan umat Islam sudah lemah begitu sekali. Sebagai orang yang waras akalnya, sudah pasti kita tertanya-tanya, takkan solat yang Nabi ajar itu hasilnya menyebabkan umat berkeadaan lemah macam tu sekali?

Cuba fikir logik, Allah tidak mungkin mengajar Nabi cara solat yang bila ditiru, hasilnya menyebabkan umat jadi lemah berbanding bangsa lain yang tak tiru solat macam mereka.

Kerana tidak mahu melihat nama Nabi diburukkan, sebab itu kami memohon Allah berikan petunjuk solat yang terbaik kepada kami. Alhamdulillah, dengan solat yang kami amalkan sekarang, kami nampak hasilnya dan hidup semakin tenang dan lapang sebab Islam yang sebenar bukannya menyempitkan.

Dan bukti ketenangan jiwa itu kami mampu berhujah dengan bawa bukti-bukti yang boleh difikirkan dan Allah perkuatkan hujah kami berbanding kaum yang tidak percaya itu.


Macamana nak percaya, saudara tak perlu percaya, cuma perlu fikirkan. Nak percaya atau tak terserah.
Code:
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Taha:132)
Ayat diatas adalah perintah Allah swt kepada kita utk memerintah keluarga kita mendirikan solat. Persoalannya...
a) Bagaimanakan cara saudara memerintahkan solat kepada keluarga saudara?
b) Bermula dari umumr berapa seseorg itu wajib solat?

Memang susah nak percaya dengan solat yang kononnya ikut Nabi tapi hasilnya umat jadi lemah dan berpecah-belah. Lainlah Allah tunjukkan bukti umat Islam sekarang berkeadaan kuat dan bersatu-padu dengan solat macam tu. Ini dengan Israel yang kecil itu pun mereka tidak mampu membebaskan Palestin. Sedangkan Nabi Muhammad bersolat, baginda dan para sahabat berjaya memasuki kota Mekkah lebih kurang 10 tahun selepas berhijrah. Cuba buat comparison dalam banyak keadaan dan fikir apa erti solat yang sebenar.

Nampak tak bagaimana bernilainya solat yang dilakukan oleh golongan Islam terdahulu. Solat macam itulah kami cari dan syukur Allah sudah tunjukkan logik yang menjadikan solat itu tiang yang kuat.

a) Saya ajar mereka kenal Allah Yang Maha Pemurah dahulu, kemudian fikirkan cara solat yang sesuai dengan minat agar kekreatifan mereka terserlah. Dengan ini rasa pergantungan mereka kepada Allah lebih kuat.
b) Bila manusia itu sedar yang dia wajib mengasah minatnya agar jadi insan yang kreatif dan innovatif pada waktu itulah dia wajib bersolat. Dengan itu dia akan bersolat dengan ikhlas tanpa disuruh. Sebabnya pada kerja yang seseorang itu minati, dia akan buat dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan. Yang penting, rasa kepuasan melakukan sesuatu yang sebelum ini dia rasa sukar untuk melakukannya.

Itulah solat yang bererti bagi orang yang berakal dan beriman hanya pada Allah.

2) Bagi ASWJ, menunjuk2 itu satu bab dari berbagai bab dalam dalam agama. Allah swt telah memerintahkan Rasulullah solat dalam surah al Baqarah:110, "Dirikan solat dan tunaikan zakat...". Kemudian ALlah memerintahkan Baginda menerangkan kepada umat. Persoalan saya..
a) Bagaimana cara Baginda menerangkan/menjelaskan kaedah bersolat tanpa Baginda menunjukkan solatnya kepada para sahabat?

Orang yang bijak, ia tidak perlu disuapkan semua cara 100%. Cukuplah diberitahu apa erti solat yang sebenar dan selebihnya mereka akan lakukan dengan sebaiknya ikut keupayaan diri sendiri. Dengan cara ini, ia akan melahirkan insan yang bergantung kepada Allah dan yakin pada diri sendiri.

Bukankah kalau kita manjakan anak kita dengan semua perkara nak disuapkan, nanti bila besar dia tidak pandai berdikari?

b) Bagaimana para sahabat memastikan solat mereka itu betul dan tepat mengikut kehendak Allah tanpa mereka menunjukkan cara mereka bersolat kepada Baginda?

Oleh kerana Al Quran tidak mengarahkan cara solat kena tepat dengan nabi, sudah pasti solat mereka tidak sama dengan baginda.

Cuba kita fikirkan, dengan ada ayat Al Quran berbunyi;
[color=green]Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai? (Al Jaatsiyah: 6)[/color}
Apakah para sahabat akan guna riwayat hadis (sebab riwayat hadis saja yang kata kena tiru solat Nabi) sedangkan sudah diperingatkan yang Al Quran yang Allah turunkan kepada baginda itu yang perlu dipercayai?

Jika kami yang tak pernah jumpa Rasulullah pun tak sanggup ambil riwayat setelah baca ayat ini, apakah para sahabat baginda tergamak ambil apa yang Al Quran tidak tetapkan?

Apakah fungsi masjid terutamanya Masjid Nabawi yg didirikan oleh Baginda?

Masjid tempat bermuzakarah dan berforum macam kita lakukan sekarang. Ingatlah, Allah bukan duduk di masjid. Sekadar nak bersolat, di mana-mana ada Allah. Tetapi untuk bermuzakarah, sudah pasti memerlukan tempat yang sesuai jadi pertemuan manusia. Sebenarnya, konsep masjid itu umpama balairaya untuk sesebuah kawasan itu bermesyuarat. Tapi sebab masjid sekarang dijadikan tempat ibadat ritual, maka balairaya terpaksa diwujudkan.


3) Kita tak perlu tau cara solat makhluk2 lain, yg kita perlu tau cara solat yg dikehendaki Allah swt.

Ya, sebab makhluk lain pun tahu solat masing-masing, alangkah malunya kita sebagai makhluk yang berakal dan khalifah tidak mampu mengetahui cara solat kita sehingga terpaksa meniru, sedangkan suruhan meniru solat Nabi tidak pun diperintahkan dalam Al Quran. Takkan kita nak buat apa yang Allah tak perintahkan?


4) Persoalan saya..
a) Bagaimanakah cara kita mengenal diri?

Fikirkan dahulu perbezaan Pencipta dan makhluk. Dan diri kita adalah makhluk Allah yang terhampir dengan kita. Kemudian fikirkan apakah matlamat kita diciptakan. Kenapa manusia ada akal yang boleh berkreativiti dan berinnovasi yang makhluk lain tidak boleh. Kemudian kaji apakah minat atau bakat yang mengasah kreativiti dan innovasi. Sehingga kita nampak apa tujuan kita dihidupkan dan mampu melakukan yang terbaik untuk diri kita (bukan ikut-ikut apa orang buat), itulah tanda-tanda kita sudah yakin pada Allah dan kenal diri sendiri. Ketika itu kita akan hidup untuk lebih berdikari dari meminta-minta orang.

Bereksperimenlah pada diri sendiri dan buat perubahan pada diri sendiri dahulu, kemudian keluarga sebelum ke peringkat masyarakat. Hanya yang pengecut sahaja berpaling lari.

bersambung....

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by Juang on Mon Jun 15, 2009 9:08 am

b) Bagaimana Allah swt mengajar kita cara bersolat?

Setelah kita kenal diri dan nampak di mana minat atau bakat yang perlu kita serlahkan, itulah yang menunjukkan Allah telah ajar kita.

Kreativiti dan innovasi memerlukan manusia itu meluangkan masa untuk belajar dan berlatih. Latihan memerlukan fokus atau kita sebut tekun atau kusyuk. Untuk menghasilkan output yang berkualiti, memerlukan manusia itu sentiasa rajin berlatih.

c) Apakah yg perlu dilakukan dan cara melakukannya supaya Allah swt memberikan ilham kepada seseorg cara utk solat?

Pertama kena belajar kenal Allah sehingga kita yang segala logik yang Allah tunjukkan pada akal kita ini datang daripadaNya. Selagi manusia itu ragu-ragu dengan akal sendiri, selagi itu mereka susah dapat petunjuk. Bukan sahaja petunjuk untuk bersolat, malah petunjuk dalam mengharungi kehidupan pun mereka susah nak dapat.

Bila kita yakin dengan logik yang tercapai oleh akal sendiri, barulah Allah akan bukakan minda kita sehingga kita nampak erti solat yang terbaik untuk kita. Banyakkan luangkan masa memikirkan pasal KeagunganNya dan sebab apa Dia ciptakan kita sebagai manusia.

Mana mungkin Allah cipta kita sekadar untuk hidup lemah dan berpecah-belah sedangkan kita lihat bangsa yang zahir macam tak Islam itu lebih menghargai akal berbanding umat Islam sekarang?

d) Apakah seseorg yg masih tidak dapat ilham dari Allah swt itu tidak perlu solat?

Takkanlah manusia itu tidak ada minat masing-masing? Bukankah masa kanak-kanak lagi manusia itu sudah ada minat dalam sesuatu bidang? Disuruh kita kenal diri supaya kita renungkan balik di mana minat kita yang pernah Allah terapkan dahulu. Ada manusia, sebab tidak tahu erti hidup yang sebenar, mereka sudah tidak tahu di mana minat mereka. Akibatnya, mereka tidak mampu mengasah potensi diri.

Apa yang kita buat untuk mengasah kepakaran masing-masing itulah solat yang bermakna. Mencari erti solat terbaik itu pun sudah jalan ke arah bersolat, biar pun kita tidak nampak lagi solat yang terbaik untuk kita. Macam budak nak pergi ke sekolah, walaupun tak sampai lagi ke sekolah, dia sudah dikira ada semangat nak bersekolah.


5) Betul, takde ayat suruh tiru secara khusus tetapi secara umum..
Al Quran wrote:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al Ahzaab:20)
Logik akal, maksud contoh ikutan yg baik tu ialah utk diikuti, utk ditiru bukan dibaca, dipandang dan dibiarkan. Ayat ini umum maksudnnya bukan setakat solat bahkan seluruh cara hidup Baginda itu adalah cth2 yg baik utk diikuti....bagi org2 yg mengharapkan keredhaan Allah swt. Persoalan saya...
a) Apakah dari Baginda saw yg saudara tiru atau ikuti?

Kami hanya mencontohi sifat atau nilai yang ada pada diri baginda. Dari kenal sifat yang baik pada baginda itulah, kami tahu ke mana arah perbuatan kami.

Sekadar cakap cara ibadah sama macam Nabi, semua orang boleh cakap. Tapi output dari hasil cara ikut Nabi itu yang dinilai. Jika setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah, itukah cara Nabi?

Cara hanya perbuatan lahiriah. Manusia senang-senang nak mengaku cara dia macam Nabi. Tetapi sifat yang tertanam dalam diri itulah menentukan cara itu benar-benar ikut Nabi atau tidak.

Nabi seorang yang sabar. Solat yang mereka kata ikut Nabi tidak menjadikan pun mereka kaum yang sabar. Sebab itulah kami nampak, perbuatan yang mengasah minat agar jadi manusia yang kreatif dan innovatif itulah menjadikan kami bersabar. Sebab perbuatan itu memerlukan ketekunan dan kesabaran.

Selain itu ada ayat suruh taat kepada Allah dan RasulNya, ada perintah mendirikan solat. Bukankah perinta itu juga kepada baginda dan bagind bersolat maka umat mengikut cara bersolat baginda. Rasulullah bersabda, "Solatlah kau sebagaimana kamu melihat Aku bersolat". Mentaat disini ialah bersolat mengikut cara solat Baginda.

Memang ada perintah mendirikan solat. Tetapi dalam Al Quran tiada perintah mendirikan solat ikut macam cara Nabi. Sebab itu kami taat apa yang Al Quran perintahkan.


6) Betul, tetapi Allah swt tidak memerintahkan Baginda utk membukukan kaedah bersolat. Baginda hanya menurut apa yg diperintahkan kepadanya oleh Allah swt.

Secara logiknya, bila cara solat itu tidak diperintahkan dicatatkan, apa maknanya? Itu menunjukkan solat itu bukan perbuatan yang perlu diikuti secara tepat macam baginda. Umum boleh memikirkan, jika cara itu penting tepat macam Nabi, sudah pasti ditetapkan dalam Al Quran cara-caranya. Bila Allah tak perintahkan, maknanya tidak menjadi kepentingan untuk tiru cara solat Nabi. Yang penting Allah tahu cara kita bersolat sebab kita bersolat untuk Allah bukan untuk Nabi.


7) Betul, ikut hadith bermaksud ikut cara yg dianjurkan oleh baginda, ikut apa yg diperintahkan oleh Baginda dari Allah swt. Pada Baginda tu ada suri teladan gy baik utk diikuti.

Dan hadis yang sebenar-benar hadis adalah Al Quran (rujuk ayat 6 surah Al Jaatsiyah). Oleh kerana tiada perintah tiru cara solat Nabi dalam Al Quran, hadis mana lagi manusia itu nak percaya selain Allah dan ayat-ayatNya?

8) Dalam al Qurn memang takde ayat kata pakai sudu tak dapat pahala, tapi saya sebut disana tentang hadith, walaupun pakai sudu tu nakpak baik, tangan tak kotor, tapi disebabkan idak ada hadith yg menyebutkannya maka takdapat pahala sunnah. Maksudnya Nabi tak pernah buat. Pakai tangan tu adalah sunnah, makan guna tangan sebab mengikut sunnah dapat pahala sunnah.

Yang bagi pahala adalah Allah. Oleh kerana Al Quran tidak menetapkan sedemikian dan tiada bukti-bukti yang menunjukkan pakai sudu tak dapat pahala, maka sudah pasti ia hanya ketetapan yang diada-adakan.

9) Allah swt menyuruh kita berhati2 apabila mendengar atau menerima berita..
Code:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al Hujurat:5)

Sesuatu ucapan yg dikatakan dari Baginda saw perlu dipastikan benar2 dari Baginda. Sebab itu perlu dikenali siapa org yg meriwayatkannya, kemudian perlu diselidiki maksud lafaz ucapan itu.

Betul, sebab itu kami tidak main telan sahaja riwayat hadis itu. Kami akan kaji isi kandungan riwayat itu benar ikut Al Quran dan Sunnah (ketetapan alam).

10) Konsep buah Rambutan saudara - Bagi saudara, yg penting keadaan buah rasanya, bagi ASWJ yg penting apakah buah itu diperolehi dgn cara yg halal atau tidak, kemudian barulah keadaan buah, dan rasanya.

Dan halal atau tidak bukan dilihat pada orang yang membawanya tapi cara mendapatkannya.

Dalam konteks riwayat hadis, jika cara mendapatnya tidak melalui akal (kata-kata yang tak masuk akal kononnya dari Nabi) sudah pasti itu bukan cara yang halal. Dan tidak logik Nabi bercakap kata-kata tanpa berfikir (ikut emosi atau nafsu).

Begitu juga jika kita tahu buah rambutan itu sudah tidak elok dan membawa mudarat, apakah ia halal dimakan? Macam tu la bila kita sudah nampak kesan buruk ajaran yang guna riwayat itu hanya menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah, itukah ajaran yang halal?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

Post by slipar on Mon Jun 15, 2009 12:35 pm

Sekadar pendapat




1) Memang benar, hanya Allah swt yg memberikan pahala dan dosa. Tetapi seorg islam yg melakukan sesuatu kerana mengikut sunnah Nabi tetap dapat pahala. Sebabnya, bukankah saya dah berikan ayat al Quran - "Pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang baik bagi org2 yg mencari keredhaan Allah swt". Meniru cara nabi itu adalah perintah Allah swt bukan kerana taksub.




Adakah sahabat basuh berak guna batu .madsud contoh teladan tu ialah basuh berak bukan alat dia . guna kertas pun boleh asal bersih , yg tak basuh confirm tak ikut nabi.



2) Apakah itu maksud bukti? Satu bukti saja yg penting, iaitu bukti keRasulan Baginda saw. Telah terbukti keRasulan Bagind maka bukti apa lagi yg saudara perlukan utk mempercayai bahawa apa yg datang dari Baginda adalah benar? Mengenai panas api neraka, baginda hanya berikan anggaran, 70x lebih panas, tidak accurate. Agaknya kalau Baginda kata, panas api neraka 5000' celcius, logik tak? Haru biru Syd Abu Bakar dll nak faham. Ini samalah sebagaimana Baginda menganggarkan jarak zaman Baginda dgn kiamat dgn jari telunjuk dan jari tengah.



Bukti sepeninggalan nabi ialah al quran .



3) Buah Rambutan - mungkin dah sampai masanya utk saudara fikirkan tentang halal/haramnya buah rambutan tu. Elok atau busuk tu mudah, manis dan masam hanyalah kategori, ada rambutan masam, ada yg manis, ada yg longkah, ada yg melekat ke biji dll.




Kena tau dulu apa itu buah rambutan , kalau kita tak ada pengetahuan tentang rambutan macamana kita nak tau halal haram .kalau memabukkan pasti haram walau di ijinkan oleh tuannya utk melahapnya .



4) Rasanya ada tak org buat berhala guna arangbatu? Takde, bahan bakar neraka tu antaranya batu2 berhala, bukannya arangbatu.




Batu akan menambahkan darjah kepanasan api . kayu hanya pembakar . cuba rasa api dgn batu yg di panaskan , mana lebih panas.



5) Saudara nak bukti tak 1+1=0? Allah swt tu 1, tambah satu lagi sebagai sekutunya jawapannya kafir (0). 5+1=0, 5-1=0. Buktinya, rukun islam tu 5 perkara, buang 1 atau tambah 1 = kafir(0).






Sebab tu kena rujuk quran tak leh tambah2. rukun tu bukan lima jer bahkan tak terkira . rukun yg ada sekarang hanya ringkasan manusia .



6) Tak logik, ayat tersebut mengatakan, bila kulit tu hangus, pada ketika itu juga Allah akan ganti dgn kulit yg baru. On the spot. Allah tukar satu generasi dgn generasi yg lain makan masa.




Masa bergantung kepada siang dan malam .ujian yg dilakukan oleh angkasawan kita di angkasa menunjjukkan Sesutu proses tidakbalas berubah mengikut tempat kerana bergantung kepada masa. Kalau hanya ada siang sahaja ada ke lagi masa .



7) Cth Makkah, kita nak pergi
sana tapi belum pernah sampai, apa kita buat? Cari maklumat, disana tu panas siangnya dan sejuk malamnya=sediakan pakaian yg sesuai. Pergi sana nak tunaikan Haji-penuhkan ilmu haji didada. Ramai org disana-tempat tinggal, makan, aktiviti semua dah dirancang siap. Bukan sampai sana baru kelam kabut.

a) Kita tau adanya neraka, tapi tak tau gambaran sebenar neraka- Kita pun releks
b) Macamana kalau api neraka tu dipanaskan 1000 thn jadi merah, 1000 thn lagi dipanaskan jadi putih, dipanaskan 1000 thn lagi jadi hitam legam. Panasnya 70x lebih panas dari api didunia.
Ada 7 tingkat neraka, tingkat bawah 70x lebih panas dari tingkat diatasnya. Siksaan yg paling ringan, dipakaikan dgn selipar yg dibuat dari api neraka, tapi akibatnya mengelegak otaknya.-Rasa gerun tak? Ni baruu sedikit gambaran..

8) Berikan bukti ASWJ menyembah nabi. Sebelum itu saya ingatkan semula-sumber hukum dalam islam ialah al Quran, kemudian hadith, kemudian ijtihad (ijmak, qias).. Buktinya silakan..






mengatakan riwayat hadis sebagai kata2 nabi sedangkan banyak riwqayat yg bertentangan sedangkan hokum alam tak pernah berubah macam hokum quran yg tak perlu kaji kebenaran dia hanya perlu yakin tak spt riwayat hadis pasti ada kegusaran di hati



9) Nabi berkata2 apa yg Allah swt berikan pengetahuan kepada Baginda.

10) Disebabkan itulah maka wujudnya ilmu hadith ni. Sebab tu kena tau siapa yg bawa hadith, kena tau kandungan hadith.




Masa nabi ada , bila nabi tiada quran jadi pengganti . mana ada manusia yg boleh di percayai termasuk hamba ini . rujuk lah quran .





11) Tidak ada paksaan dalam agama. Kewajiban beragama itu hanya kepada manusia yg berakal. Faham tak sesuatu kenyataan bukan alasan utk tak mau menerima, apabila ia dibuktikan sebagai sabda Baginda. Sebabnya, Baginda bersabda apa yg diberikan Allah swt kepadanya. Baginda pernah bersabda, "Hendaklah org yg hadir menyampaikan kepada org yg tidak hadir, kerana mudah2an org yg disampaikanitu lebih faham dari org yg menyampaikan (yg hadir")(Bukhari, Muslim).




Sekarang , nabi tiada jadi rujuklah quran . riwayat sebagai hikmah itupun jika tidak bertentangan dgn hokum al quran

Segala yg datang dari Nabi saw adalah dari Allah swt, segala yg datang dari Allah swt adalah benar.




Segala yg tertulis dlm quran tu dari nabi , dari allah . riwayat jadi adat

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 23 of 28 Previous  1 ... 13 ... 22, 23, 24 ... 28  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum