Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Page 2 of 9 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Sun Apr 19, 2009 11:43 am

Kalau kita berfikir panjang, sekadar buat sesuatu yang mengejar kemegahan nama, sekadar memberi kepuasan jangka masa pendek sahaja. Sementara nama itu disebut2, sementara itu terasa megah. Lepas dilupakan, orang dah tak pandang.

Tetapi kalau kita sumbangkan sesuatu yang membangunkan masyarakat dengan idea-idea yang bernas, barulah sentiasa dikenang. Macam Nabi Muhammad, biarpun baginda sudah 1500 tahun meninggalkan kita, tetapi sumbangan baginda kepada peradaban dunia tidak boleh dipertikaikan. Malah sarjana-sarjana Barat yang jujur hatinya pasti mengakui kesan sumbangan idea-idea baginda (Quran) kepada kehidupan manusia ke arah hidup yang berakhlak.

Malangnya yang mengaku ikut ajaran Nabi Muhammad sekarang menunjukkan perangai macam orang takde akhlak. Berbalah-balah berebut kuasa atas nama Islam. Sibuk menghukum individu-individu yang tidak sealiran sebagai sesat, bidaah dan sebagainya. Bermegah-megahan mencari ramai pengikut dengan menyebarkan fitnah memburukkan peribadi yang dibenci. Dan macam-macam penyakit masyarakat dan sosial oleh anak2 Islam. Seolah-olah orang Islam ini tiada beza dengan penganut agama lain. Malah ramai lagi penganut agama lain yang lebih mulia hatinya. Sebab itu Allah angkat mereka jadi khalifah di muka bumi, sebagai tanda kehinaan pada umat Islam sekarang yang tak sedar-sedar diri.

Keadaan inilah menyebabkan orang-orang yang menggunakan akal dapat kesedaran nak betul umat sendiri. Jika bukan orang Islam sendiri tak membetulkan umat mereka, apakah kaum lain akan membetulkannya?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Al-Bahr on Sun Apr 19, 2009 1:55 pm

Keadaan inilah menyebabkan orang-orang yang menggunakan akal dapat kesedaran nak betul umat sendiri. Jika bukan orang Islam sendiri tak membetulkan umat mereka, apakah kaum lain akan membetulkannya?

Mana mungkin kaum lain akan perbetulkannya, kalau bukan orang Islam sendiri. Sedangkan mereka lagi suka kita mengikut jalan mereka. Dalam Quran sendiri ada menyatakan bahawa kaum Yahudi & Nasrani itu tidak akan berpuashati sehingga kiamat berlaku jika Orang2 Islam tidak mengikuti jalan yang mereka lalui.

Tetapi apa yang berlaku pada umat Islam sekarang, bukan mereka dipaksa mengikut tapi masyarakat kita sendirilah yang terikut2 akibat tidak faham ajaran agama sendiri. Jadi siapakah yang menzalimi diri sendiri? Sebagaimana yang sdr Adli sebutkan dalam posting dia atas, Allah angkat penganut agama yang lain jadi khalifah kerana masyarakat kita sudah semakin lemah.

Apabila kita lemah (zalim pada diri sendiri), Allah akan gantikan kaum lain yang lebih kuat dan gagah untuk menghancurkan (gantikan sebagai khalifah) kaum yang zalim itu.

Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Sun Apr 19, 2009 2:23 pm

Al-Bahr wrote:Mana mungkin kaum lain akan perbetulkannya, kalau bukan orang Islam sendiri. Sedangkan mereka lagi suka kita mengikut jalan mereka. Dalam Quran sendiri ada menyatakan bahawa kaum Yahudi & Nasrani itu tidak akan berpuashati sehingga kiamat berlaku jika Orang2 Islam tidak mengikuti jalan yang mereka lalui.

Tetapi apa yang berlaku pada umat Islam sekarang, bukan mereka dipaksa mengikut tapi masyarakat kita sendirilah yang terikut2 akibat tidak faham ajaran agama sendiri. Jadi siapakah yang menzalimi diri sendiri? Sebagaimana yang sdr Adli sebutkan dalam posting dia atas, Allah angkat penganut agama yang lain jadi khalifah kerana masyarakat kita sudah semakin lemah.

Apabila kita lemah (zalim pada diri sendiri), Allah akan gantikan kaum lain yang lebih kuat dan gagah untuk menghancurkan (gantikan sebagai khalifah) kaum yang zalim itu.

Keadaan yang terjadi pada umat Islam sekarang ini menunjukkan kebenaran ayat2 Quran. Memang logik, bila sesuatu umat murtad dari Islam yang asal, maka Allah gantikan mereka dengan kaum yang lebih kuat. Jadi, bila kita nampak keadaan umat Islam sekarang yang sudah tidak layak jadi khalifah, jelas menunjukkan Islam yang wujud sekarang sekadar Islam kosmetik sahaja. Ruh Islam yang sebenar Allah telah cabut.

Itu yang dikatakan, rata-rata cara beragama umat Islam sekarang sudah ikut cara golongan Yahudi dan Nasrani yang ada zaman Rasulullah. Berpecah-belah dan berbalah2 pasal hukum dalam Kitab. Kemudian mengumpulkan riwayat2 hadis Nabi2 mereka untuk dijadikan hukum selain Kitab yang asal.

Jika saudara Al Bahr lihat cara pengumpulan hadis atas nama Bukhari dan Muslim itu, sama seperti Paul mengumpul riwayat2 hadis dan kisah hidup Nabi Isa yang kononnya para sahabat baginda yang ceritakan kemudian dikumpulkan dalam kitab Bible. Jadi Islam yang wujud sekarang sudah tiada bezanya dengan Kristian. Sebab itu mudah-mudah sahaja umat Islam dimurtadkan oleh mubaligh Kristian sebab konsep ajaran yang sama.

Dahulu saya tak perasan keadaan itu, tetapi selepas melihat bagaimana terbelenggunya pemikiran rata2 umat Islam sekarang, sama seperti yang dipelajari dari kisah Zaman Gelap Eropah dahulu, kita nampak kesan buruk bila sesuatu umat mengambil sumber selain kitab asal untuk dijadikan hukum.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by abu_muaz on Sun Apr 19, 2009 4:30 pm

Jangan sampai nanti di akhirnya.. kita tersedar..rupanya kita yg terkeliru..

Na'uzubillah.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Sun Apr 19, 2009 4:34 pm

InsyaAllah, jika guna Al Quran dan berpandukan akal, tidak akan keliru. Janji Allah benar. Sebab kita dah lihat orang yang kononnya mengaku benar, tidak mampu bawakan bukti kebenaran yang ada dalam diri mereka.

Bukankah yang tidak menggunakan akal itu tidak mendapat pelajaran? Bila tak dapat pelajaran, maka mudahlah terkeliru.

Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by dish on Sun Apr 19, 2009 4:54 pm

semoga tak terkeliru dan tetap berpegang pada kebenaran yang nyata...

nampak gayanya, memang bukan mudah nak ubah terapan yang dah lama sebati dalam diri kita nih...

tengokla macam2 amalan yang dah secara tak langsung dah nak menjadi satu amalan dalam beragama macam :

kalau ada kematian kena ada tahlil

kalau berkahwin, kena ada pelamin...

kalau awal muharran kena ada buat bubur as-syura...

banyak lagi kalau..

dish
Siswa-Siswi

Number of posts: 23
Reputation: 0
Credits: 1153
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Sun Apr 19, 2009 5:52 pm

Memang benar. Sebab itu jika kita baca kisah2 kaum yang menurut amalan nenek moyang yang dicatatkan dalam Quran, penentangan mereka terhadap seseorang Rasul itu sampai ada tahap melampaui batas. Ini kerana tahap akal mereka sudah jauh lebih rendah dari binatang. Malah ada yang sampai kena berkongsi sumber minuman dengan unta betina akibat mereka hidup sudah tidak tahu berfikir nak cari sumber-sumber minuman yang lain. Begitulah Allah hina mereka yang beragama menurut amalan nenek moyang ini.

Inilah yang menjadi kerisauan kita bila tengokcara beragama menurut amalan nenek moyang mula sebati dalam masyarakat kita. Kita takut azab Allah yang pernah terkena pada umat-umat terdahulu akan sampai kepada kita pula.

Ada yang angkuh berkata, selepas zaman Nabi Muhamamd, Allah tidak akan azab manusia seperti Allah azab kaum-kaum terdahulu. Tetapi terbukti2 kata-kata mereka hanyalah palsu. Apabila sampai kepada sunnah yang melayakkan sesuatu umat itu diazab, pasti bala bencana akan sampai. Ngeri tengok gambar-gambar tsunami beberapa tahun lalu pun tak habis lagi.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by slipar on Mon Apr 20, 2009 4:26 pm

kalau ada kematian kena ada tahlil

kalau berkahwin, kena ada pelamin...

kalau awal muharran kena ada buat bubur as-syura...

banyak lagi kalau..


aku rasa benda2 tu hanya adat dan lebih kepada sosial obligation yg ada jugak kebaikan dia tapi kalau dah mengharapkan ganjaran pahala ibadat aku rasa menyimpang jauh la , kalau setakat untuk mengeratka persaudaraan bagi aku ia satu event yg perlu dalam masyarakat.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Mon Apr 20, 2009 4:34 pm

Silaturrahim akan dapat dieratkan bila semua masyarakat mengenal Allah. Orang yang kenal Allah, apakah mereka akan berani nak simpan hasad dengki dan iri hati? Bila masyarakat mula bersih dari penyakit-penyakit hati, secara fitrahnya silaturrahim akan terikat kukuh.

Sekarang ini banyak kisah silaturrahim terputus akibat berbeza fahaman agama dan politik. Padahal masing-masing mengaku percaya kepada Allah.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Al-Bahr on Mon Apr 20, 2009 9:54 pm

Adli wrote:Silaturrahim akan dapat dieratkan bila semua masyarakat mengenal Allah. Orang yang kenal Allah, apakah mereka akan berani nak simpan hasad dengki dan iri hati? Bila masyarakat mula bersih dari penyakit-penyakit hati, secara fitrahnya silaturrahim akan terikat kukuh.

Sekarang ini banyak kisah silaturrahim terputus akibat berbeza fahaman agama dan politik. Padahal masing-masing mengaku percaya kepada Allah.


Betul tu, bila perhubungan insan dan Khaliqnya utuh, maka utuhlah perhubungan sesama insan. Kita ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia.

Baik dan taat dengan Allah, maka baik dan mulialah sesama manusia. Begitulah sebaliknya bila semua larangan Allah kita berani langgar dan berpaling (kufur), apalagi dengan sesama manusia yang sememangnya lemah lagi hina (di-sisiNya).

Harap2 kita semua di sini tak macam tulah hendaknya. Ini perumpamaan sahaja.

Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Juang on Wed Apr 22, 2009 1:22 pm

Itulah sunnah yang penting diingatkan kepada seluruh alam. Nak satukan manusia, setiap individu manusia itu kena perbaiki hubungannya dengan Allah. Memperbaiki hubungan dengan Allah adalah dengan cara rajin berfikir agar kita berpegang pada sesuatu yang benar, bukan berpegang pada nama manusia.

Sebab itulah Nabi Muhammad tidak pernah sebut dalam Quran bahawa Allah itu Esa kerana diriwayatkan Nabi Musa pernah berkata sedemikian. Baginda sampaikan dengan yakin apa yang Allah tunjukkan pada akal baginda (logik-logik yang menunjukkan Allah itu Maha Esa). Sebab itulah para Rasul itu seorang yang berani berkata benar, tanpa tumpang tulisan manusia lain biarpun tiada kitab di tangan mereka. Manusia itu kata ikut Rasulullah, tetapi pengecut nak berkata benar.

Sunnah telah menetapkan, seseorang manusia yang nampak guna mata, dengar guna telinga dan memahami guna hati setelah dicapai oleh akal, pasti mereka akan yakin dengan petunjuk Allah itu. Itulah sunnah terpenting yang harus difikir-fikirkan, bukannya berbalah-balah pasal hukum agama semata-mata nak memastikan ketepatan perbuatan mereka macam "sunnah Nabi". Tetapi tidak pula mereka pakat-pakat naik unta untuk meniru perbuatan Nabi. Pandai pula mereka selektif dalam memilih perbuatan Nabi yang mana satu harus ditiru bulat-bulat. Padahal ayat Quran yang suruh ikut Rasulullah itu sebut secara umum tanpa ditetapkan bidang mana kena ikut Rasulullah dan bidang mana tolak akal (tidak ikut Rasulullah).

Tetapi bagi golongan beriman, akhlak yang mulia dari Nabi itulah mereka contohi. Bagaimana cara nak capai akhlak yang mulia itu, pastilah mula-mula kena bangunkan akal sehingga waras dalam seluruh kehidupan. Barulah capai maksud, solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah.

Ketinggian akal itulah sunnah yang menentukan martabat sesuatu bangsa. Setakat mengaku ikut ajaran Rasul terdahulu, tetapi tahap akal mereka adalah lemah, pasti Allah tetapkan mereka jadi kaum yang mundur, lemah, mudah bertelagah dalam perkara-perkara buat ibadah dan hukum (macam kaum Yahudi terdahulu) dan macam-macam perangai yang kita lihat itu bukannya hasil dari ajaran sesebuah Kitab Allah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Zahabur on Fri Apr 24, 2009 1:40 am

Al-Bahr dalam ibadat kita kena ikut sunnah sebagaimana nabi S.A.W. ajarkan...kalau kita tokok tambah dalam ibadat itu dinamakan bid'ah.. Agama tidak membebankan dalam ibadat, laksanakanlah sekadar yang termampu.... cool

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by slipar on Fri Apr 24, 2009 4:12 pm

Al-Bahr dalam ibadat kita kena ikut sunnah sebagaimana nabi S.A.W. ajarkan...kalau kita tokok tambah dalam ibadat itu dinamakan bid'ah.. Agama tidak membebankan dalam ibadat, laksanakanlah sekadar yang termampu....
cool

betul tu saudara xahabur, kalau tak kena letak tangan pun dikira tak sah , dan kena pastikan betul maxhab mana yg kita ikut ,tak boleh main hentam jer , kena pastikan iman kita dari puak mana pulak dan macam2 lagi bukan boleh main bantai jer.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Fri Apr 24, 2009 5:25 pm

slipar wrote:
Al-Bahr dalam ibadat kita kena ikut sunnah sebagaimana nabi S.A.W. ajarkan...kalau kita tokok tambah dalam ibadat itu dinamakan bid'ah.. Agama tidak membebankan dalam ibadat, laksanakanlah sekadar yang termampu....
cool

betul tu saudara xahabur, kalau tak kena letak tangan pun dikira tak sah , dan kena pastikan betul maxhab mana yg kita ikut ,tak boleh main hentam jer , kena pastikan iman kita dari puak mana pulak dan macam2 lagi bukan boleh main bantai jer.

Agak-agaknya itulah maksud mereka bahawa agama tidak membebankan.

Dalam Al Quran tidak wujud pun konsep sah tak sah. Asalkan manusia itu bersolat untuk kebaikan jiwanya sendiri, maka diterimalah solat itu. Sebab hanya manusia yang berbuat sesuatu yang baik untuk jiwanya sendiri itulah manusia yang kenal siapa Allah secara hakikat.

Mereka sedar yang Allah ciptakan dirinya sebagai manusia yang bebas berfikir, bukannya binatang ternak yang dihadkan akalnya. Jika Islam itu agama yang menghadkan akal, apa bezanya dengan agama yang menyembah berhala itu? Apakah mereka tidak berfikir bahawa tiada kuasa yang lebih hebat daripada Kuasa Allah?

Sebab itulah Nabi Muhammad tidak pun mendakwa dirinya bersolat seperti Nabi Isa solat untuk membenarkan ajaran Injil sehingga tahap mengikut riwayat hadis Nabi Isa dalam mencari bagaimana cara Nabi Isa solat... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Zahabur on Sat Apr 25, 2009 1:01 am

Tau takper... applause

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Sat Apr 25, 2009 8:31 am

Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan anak cucu baginda:

Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

Wahai Tuhan kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (Al Baqarah: 127~128)


Sunnah Allah pasti beredar bersama peredaran malam dan siang. Bila sesuatu kaum mula tidak memahami ayat-ayat Allah sehingga tahap beragama tidak menggunakan akal, pasti Allah bangkitkan seseorang yang mengajar Kitab dan Hikmah.

Siapakah yang mampu mengajar Kitab dan Hikmah itu? Sudah pasti mereka yang bergantung kepada Allah Yang Maha Bijaksana.

Golongan yang tidak kenal tanda-tanda Kekuasaan Allah, mereka tidak suka bergantung kepada Allah. Sebab nafsu dalam jiwa mereka memalaskan mereka untuk berfikir. Sebab itu mereka beragama secara menurut dan guna riwayat. Sedangkan mereka tahu bahawa Rasul yang mereka ikuti tidak pun menurut riwayat-riwayat hadis para Rasul sebelumnya untuk membenarkan sesuatu Kitab terdahulu.

Seseorang Rasul yang bijaksana, apakah mungkin dia beragama secara menurut sahaja sehingga tahap akalnya menjadi rendah? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Zahabur on Sat Apr 25, 2009 5:20 pm

Kahkahkah..!!! cam kelakar je aku baca topik ni...Agama tu ilmu wahyu memang kena terima bulat2 dan turut apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul....perkara yang kecik camni pun tak faham,camne boleh kata dengan akal dapat mengenal Allah....isk isk isk!!! laugh 1

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Adli on Sat Apr 25, 2009 10:26 pm

Zahabur wrote:Kahkahkah..!!! cam kelakar je aku baca topik ni...Agama tu ilmu wahyu memang kena terima bulat2 dan turut apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul....perkara yang kecik camni pun tak faham,camne boleh kata dengan akal dapat mengenal Allah....isk isk isk!!! laugh 1

Kalau tidak boleh guna akal untuk kenal Allah, buat apa Quran suruh kita berfikir?

Cakap macam orang tak beragama sahaja? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by Zahabur on Sun Apr 26, 2009 1:18 am

Akal adalah satu cahaya bagi manusia untuk mengenal ilham dan wahyu....
Apabila terbuka hijab maka dapatlah manusia mengenal Allah...
Manusia adalah rahsia Ku dan Aku adalah rahsia nya. think

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 1:25 am

Akal adalah satu cahaya bagi manusia untuk mengenal ilham dan wahyu....
Apabila terbuka hijab maka dapatlah manusia mengenal Allah...


Zahabur wrote:
mengenal Allah....isk isk isk!!! :laugh1:Kahkahkah..!!! cam kelakar je aku baca topik ni...Agama tu ilmu wahyu memang kena terima bulat2 dan turut apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul....perkara yang kecik camni pun tak faham,

lagi aku tak faham

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 2 of 9 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum