Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 9 of 9 • Share •
Page 9 of 9 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
toukey wrote:http://www.e-bacaan.com/index.html
ini panduan hidup bayau..
bayau sila tengok sendiri panduan hidup kau...

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Laman web itu bukan panduan hidup saya tapi hanya sebagai kemudahan rujukan. Panduan hidup saya dan orang-orang islam sebenar adalah al-quran. 

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
bayau wrote:Laman web itu bukan panduan hidup saya tapi hanya sebagai kemudahan rujukan. Panduan hidup saya dan orang-orang islam sebenar adalah al-quran.
Rujukan apa camtu...Kenapa tak rujuk kepada Quran

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Zahabur wrote:bayau wrote:Laman web itu bukan panduan hidup saya tapi hanya sebagai kemudahan rujukan. Panduan hidup saya dan orang-orang islam sebenar adalah al-quran.
Rujukan apa camtu...Kenapa tak rujuk kepada Quran
Itulah kemudahan rujukan yang mudah bagi saya kerana di sana terdapat juga rujukan al-quran dalam bahasa yang mudah saya fahami. itu adalah hak kita masing-masing untuk memilih kemudahan rujukan yang terbaik untuk dirinya.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
bayau wrote:Zahabur wrote:bayau wrote:Laman web itu bukan panduan hidup saya tapi hanya sebagai kemudahan rujukan. Panduan hidup saya dan orang-orang islam sebenar adalah al-quran.
Rujukan apa camtu...Kenapa tak rujuk kepada Quran
Itulah kemudahan rujukan yang mudah bagi saya kerana di sana terdapat juga rujukan al-quran yang mudah difahami dalam bahasa melayu. itu adalah hak kita masing-masing untuk memilih kemudahan rujukan yang terbaik untuk dirinya.
Benda yang berkaitan agama kau tak boleh kata hak masing2 sebab kita dari umat yang satu....Kalau kau kata hak masing2 mesti la hidup berpecah belah....

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Zahabur wrote:bayau wrote:Zahabur wrote:bayau wrote:Laman web itu bukan panduan hidup saya tapi hanya sebagai kemudahan rujukan. Panduan hidup saya dan orang-orang islam sebenar adalah al-quran.
Rujukan apa camtu...Kenapa tak rujuk kepada Quran
Itulah kemudahan rujukan yang mudah bagi saya kerana di sana terdapat juga rujukan al-quran yang mudah difahami dalam bahasa melayu. itu adalah hak kita masing-masing untuk memilih kemudahan rujukan yang terbaik untuk dirinya.
Benda yang berkaitan agama kau tak boleh kata hak masing2 sebab kita dari umat yang satu....Kalau kau kata hak masing2 mesti la hidup berpecah belah....
Saya kata kita ada hak masing-masing untuk memilih kemudahan rujukan yang terbaik untuk dirinya. Saya tak boleh paksa kamu ikut rujukan saya kerana masing-masing ada pilihan masing-masing yang terbaik untuk dirinya. Begitu juga dengan hak masing-masing dalam beragama. Soal hidup berpecah-belah tidak akan timbul jika hanya berpegang kepada al-quran satu-satunya.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Allah melalui firmanNya: Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu sebagai contoh teladan."

WARIS- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui. (Al Baqarah: 256)
Ingatlah, tiada paksaan dalam agama. Pandai-pandailah pilih Al QUran yang mudah difahami. Hanya kaum yang b0doh sahaja baca Al Quran tapi susah nak faham. Bukankah Allah kata Al Quran itu mudah difahami?
Nabi Muhammad ajar Al Quran, bukannya ajaran macam mana nak buat roket. Kalau ajaran nak buat roket, logiklah kita rasa susah. Al Quran itu ajaran supaya jadi orang yang suka berfikir. Takkan nak berfikir pun tak tahu?
Bila manusia itu sudah tahu matlamat berfikir, dan bagaimana cara mempertingkatkan daya fikir, barulah Allah izinkan manusia itu cipta macam-macam teknologi untuk meneroka alam semesta yang luas ini. Barulah mencapai maksud ayat Al Quran kata Allah cipta langit dan bumi ini bukan sia-sia. Hanya golongan yang suka kaji ilmu alam itulah golongan yang menghargai ilmu Allah yang ditetapkan pada alam ini.
Kalau Allah sudah tunjukkan kebenaran, iaitu kaum yang taksub Quran dalam bahasa Arab itu sekadar jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah, malah yang tahu cakap Arab di sana tidak mampu selamatkan kaum Arab di Palestin biarpun mereka ramai, ada baiknya kita kaji Quran dalam bahasa Melayu agar kita tidak jadi macam mereka.
Alangkah memalukan, mereka kata ikut Al Quran, tetapi hasilnya setakat jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Sekadar cakap ikut Al Quran-lah, ikut Nabi-lah, tetapi hasilnya sekarang umat yang lemah dan berpecah-belah, ajaran apa kebendanya yang mereka ikut?
Hanya ajaran yang berpegang apda hukum alam inilah yang paling kukuh, sebab hukum alam tidak berubah, sedangkan ajaran Thagut kena bersandar atas nama orang-orang terdahulu. Mereka tidak mampu membuktikan ajaran mereka itu ada bukti hukum alam, sebaliknya hanya guna nama orang terdahulu. Itulah kaum yang menyembah selain Allah.
Puji-pujian bagi Allah yang membongkar tipu daya kaum yang mempercayai Thagut itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Tiada paksaan dalam Agama????....agama mana tu...sbb dalam Islam memang ada peraturan dan hukum Allah yang perlu dipatuhi...bukan main taram sahaja dgn alasan "Tiada Paksaan dalam Agama"...
Cuba hayati ayat baqarah ini :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
Cuba hayati ayat baqarah ini :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)

WARIS- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Siapa yang main taram? Takkan golongan yang tak main taram itu, umatnya jadi lemah dan berpecah-belah? Itulah golongan yang main taram ikut riwayat hadis padahal Al Quran suruh berfikir. Asal datang riwayat, terus dipercayai benar tanpa difikirkan dan mencari hukum alam sebagai bukti. Bukankah itu golongan main taram?
Sebab tak main taramlah golongan beriman ikut Al Quran yang terbukti benar mengikut hukum alam itu. Golongan beriman tidak buat ketetapan dusta yang Al Quran tidak tetapkan serta tiada hukum alam membenarkannya.
Al Quran itulah keseluruhan Islam. Sebab tapi macam mana ada manusia tokok tambah ajaran Islam dengan ambil riwayat sedangkan tiada ayat Al Quran suruh guna riwayat? So macam mana manusia itu kata dia masuk ke dalam Islam secara keseluruhan sedangkan ajaran yang mereka ambil tiada ketetapan dalam Al Quran?
Nampak tak, siapa yang main taram sekarang ini?

Sebab tak main taramlah golongan beriman ikut Al Quran yang terbukti benar mengikut hukum alam itu. Golongan beriman tidak buat ketetapan dusta yang Al Quran tidak tetapkan serta tiada hukum alam membenarkannya.
Al Quran itulah keseluruhan Islam. Sebab tapi macam mana ada manusia tokok tambah ajaran Islam dengan ambil riwayat sedangkan tiada ayat Al Quran suruh guna riwayat? So macam mana manusia itu kata dia masuk ke dalam Islam secara keseluruhan sedangkan ajaran yang mereka ambil tiada ketetapan dalam Al Quran?
Nampak tak, siapa yang main taram sekarang ini?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Juang wrote:Siapa yang main taram? Takkan golongan yang tak main taram itu, umatnya jadi lemah dan berpecah-belah? Itulah golongan yang main taram ikut riwayat hadis padahal Al Quran suruh berfikir. Asal datang riwayat, terus dipercayai benar tanpa difikirkan dan mencari hukum alam sebagai bukti. Bukankah itu golongan main taram?
Sebab tak main taramlah golongan beriman ikut Al Quran yang terbukti benar mengikut hukum alam itu. Golongan beriman tidak buat ketetapan dusta yang Al Quran tidak tetapkan serta tiada hukum alam membenarkannya.
Al Quran itulah keseluruhan Islam. Sebab tapi macam mana ada manusia tokok tambah ajaran Islam dengan ambil riwayat sedangkan tiada ayat Al Quran suruh guna riwayat? So macam mana manusia itu kata dia masuk ke dalam Islam secara keseluruhan sedangkan ajaran yang mereka ambil tiada ketetapan dalam Al Quran?
Nampak tak, siapa yang main taram sekarang ini?
Riwayat2 hadis tu dusta ke juang....

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
HADIS ataupun Sunnah ialah segala
perkataan, perbuatan atau pengakuan Nabi. Rasulullah ialah
penyampai wahyu daripada Allah. Firman Allah:
Wahai Rasul! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu daripada tuhanmu (al-Maidah: 67). Baginda
juga merupakan penerang al-Quran. Firman Allah Taala: Dan telah Kami turunkan kepadamu al-Dzikr (peringatan)
untuk kau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan
kepada mereka dan moga-moga mereka berfikir (al-Nahl: 44).
Kadangkala Rasulullah menerangkan ayat
al-Quran melalui perbuatannya dan ada kalanya juga baginda
menerangkan menerusi perbuatannya. Dan ada kalanya baginda
menerangkan melalui perbuatan dan perkataan sekaligus. Sabda
baginda: Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat dan sabda
baginda lagi: Ambillah daripadaku perbuatan-perbuatan haji. Kedua-dua
sabda baginda ini merupakan penerangan daripada al-Quran yang
diterangkan secara umum. Tidak terdapat satu perbuatan pun yang
semata-mata berpunca daripada sabda baginda melainkan perbuatan
itu disebutkan oleh al-Quran secara umum. Firman Allah Taala di
dalam al-Quran: Dan apa yang didatangkan
oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah! Dan apa yang ditegahnya,
jauhilah! (al-Hasyr: 7).
Dan firman-Nya lagi: Katakanlah!
Sekiranya kamu menyintai Allah Taala, maka ikutlah aku. Kamu akan
dikasihi Allah. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah
Maha Pengampun Maha Penyayang. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan
Rasul. Dan sekiranya kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak
suka akan orang-orang kafir (Al Imran: 32).
Para Sahabat juga sepakat mengatakan
hadis sebagai hujjah. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang
hanya beramal dengan al-Quran sahaja. Dan apa yang pernah
diriwayatkan bahawa ada sebahagian daripada mereka yang menolak
hadis yang diriwayatkan kepada mereka bukan bermakna mereka
menolaknya, tetapi dia tidak yakin dengan kesahan hadis tersebut
atau terdapat hadis lain yang baginya lebih kuat.
Dari segi logik akal pula, al-Quran
memberitahu kita bahawa Allah telah menurunkan al-Quran kepada
Rasul untuk diterangkan pula kepada manusia. Dan penerangan ini
juga merupakan wahyu yang wajib dituruti. Seseorang tidak
dikatakan sebagai taat sekiranya dia hanya patuh kepada ayat al-Quran
dengan tidak berpegang kepada orang yang menerangkannya kerana
penerangan sampai bila-bila pun tidak dapat dipisahkan daripada
orang yang menerangkannya. Sekiranya dia beramal dengan al-Quran
seperti yang diterangkan oleh Rasulullah, maka dia telah taat
kepada Allah melalui ayat al-Quran dan taat juga kepada Rasul
melalui penerangannya. Sekiranya dia mengabaikan penerangan
Rasulullah, maka dia telah berdosa kepada Allah kerana tidak
beramal sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.
Beberapa kumpulan yang cacat daripada
orang-orang yang mendakwa Islam telah menolak hadis sebagai
sumber perundangan Islam. Mereka berkata: Cukuplah al-Quran. Apa
yang Allah haramkan di dalam al-Quran kami haramkannya dan apa
yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkannya. Kemudian mereka
mengatakan al-Quran telah menerangkan semua tanpa terkecuali
sesuatu pun. Firman Allah yang bermaksud: Dan
kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam kitab (al-An'am: 38).
Dan firman Allah lagi bermaksud: Dan telah kami turunkan
kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl:
89). Mereka juga berkata sunnah merupakan undang-undang
yang lain dan tersendiri bertentangan dengan khabar-khabar Allah.
Mereka berpendapat apalah gunanya lagi al-Sunnah sekiranya Allah
sudah pun menerangkan setiap sesuatu tanpa meninggalkan apa-apa
lagi untuk diterangkan oleh Nabi Muhammad.
Sebenarnya jawapan ini sudah pun
diketahui oleh mereka sendiri. Tetapi mereka sengaja buat-buat
tidak mengerti. Mereka cuba mencari jalan keluar yang lain dengan
menterjemah al-Quran mengikut kehendak mereka. Mereka terpaksa
lari daripada tafsiran Nabi S.A.W dan sahabat r.a dan mencipta
terjemahan yang lain daripada yang lain untuk mencipta kebenaran.
Sebenarnya terjemahan mereka lari daripada kaedah Bahasa Arab. Al-Kitab
berasal daripada kata terbitan - kataba - kitabatan.
Di dalam al-Quran terdapat 318 perkataan yang berasal daripada
kata terbitan KATABA. Bagi perkataan al-Kitab sahaja
terdapat 230 perkataan manakala 12 perkataan Kitab (tanpa alif
lam). Ada juga perkataan al-Kitab ini yang disebut secara kata
jamak (Kutubun) sebanyak 3 perkataan. Untuk mengetahui
makna-makna ini kita terpaksa merujuk kepada Bahasa Arab kerana
al-Quran itu diturunkan di dalam Bahasa Arab.
Jadi terjemahan al-Kitab di dalam surah
al-Ana'am: 38 kepada al-Quran bukanlah terjemahan yang sebenar
mengikut mafhum Bahasa Arab. Al-Kitab di dalam ayat itu bermaksud
Loh Mahfudz, bukanlah al-Quran. Dalilnya ayat yang sebelum itu
menyebut yang bermaksud: Dan binatang-binatang
yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya
adalah seperti kamu juga. Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di
dalam al-Kitab. Kemudian mereka akan dikumpulkan kepada Tuhannya.
Dan ada sepotong ayat yang lain di dalam surah Hud
yang bermaksud: Dan tiada binatang di
bumi ini melainkan Allah yang menanggung rezekinya. Dan Dia
mengetahui kediaman dan tempat menyimpannya. Semuanya ada di
dalam Kitab yang terang (Hud: 6). Sekiranya kita
menerima-pakai bahawa al-Kitab di dalam ayat ini bermaksud al-Quran
seperti dakwaan mereka, tetapi ayat itu tidak membantu mereka
menolak sunnah. Segala hukum yang disebut oleh al-Quran secara
sepintas lalu, tidak mungkin dapat dilaksanakan jika tidak
didapati perinciannya di dalam sunnah. Mengabaikan sunnah samalah
seperti mengabaikan hukum-hukum yang disebut secara ringkas
seperti firman Allah: Dan dirikanlah
solat serta tunaikanlah zakat (al-Baqarah: 43). Tanpa ada penerangan daripada
sunnah, kita tidak dapat menunaikan solat dan mengeluarkan zakat.
Apabila tidak menunaikan solat dan mengeluarkan zakat kerana
tidak ada perincian di dalam al-Quran, bermakna kita telah
mengabaikan suruhan Allah tersebut.
Catatan pertama tentang penolakan
sunnah pernah dituliskan oleh Imam Syafei (150H-204H) di dalam
bukunya al-Umm. Menurut catatan tersebut, beliau telah berdebat
dengan seorang anti-hadis. Tetapi tidak pula disebutkan siapa
orang itu. Beliau hanya menyebutkan orang itu sebagai musuh (al-Khasm).
Kata al-Syafei: Seorang daripada
intelektual telah berkata kepadaku: Anda ialah seorang Arab. Al-Quran
diturunkan menurut bahasa anda. Tentulah anda lebih memahaminya.
Di dalamnya terdapat hukum-hukum yang berupa fardhu. Sekiranya
seseorang merasa syak di dalam satu huruf di dalam al-Quran, dia
diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, anda
membunuhnya sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan telah kami
turunkan kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu
(al-Nahl: 89). Jadi bagaimanakah anda dapat menentukan di
mana tempat am dan ada kalanya pula anda mengatakan fardhu itu
sebagai khas? Bagaimana anda dapat membezakan pula yang mana satu
perintah yang wajib dan ada ketika yang lain pula anda mengatakan
sebagai sunat atau harus. Pemisahan ini anda lakukan bedasarkan
pula kepada satu riwayat, dua riwayat sehinggalah sampai kepada
Rasulullah S.A.W. dan tidak aku dapati ada di kalangan mereka
yang tersilap dan lupa pula di dalam riwayatnya. Bahkan aku
mendapati anda juga pernah berkata kepada beberapa perawi: Si
polan ini telah tersilap di dalam hadis sekian. Dan aku mendapati
juga bahawa anda pernah berkata: Sekiranya seorang lelaki
meriwayatkan hadis yang mengharamkan dan menghalalkan untuk kamu,
anda mebuat kesimpulan bahawa hadis itu mengkhaskan umum al-Quran.
Sedangkan Rasulullah tidak pernah berkata demikian. Jadi anda
telah tersilap besar. Anda meletakkan perkataan-perkataan dusta
daripada perawi-perawi ini sama mertabatnya dengan al-Quran?
Di dalam perdebatan tersebut, mereka
memperkatakan tentang firman Allah yang bermaksud: Dialah yang yang telah mengutuskan kepada kaum
yang ummi seorang Rasul di antara mereka , untuk membaca
keterangan-keterangan Tuhan, membersihkan mereka dan mengajar
kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah, sedangkan mereka seberada
di dalam kesesatan yang nyata.
Kata musuh itu: Aku tahu bahawa al-Kitab
itu ialah al-Quran. Apa pula al-Hikmah?
(Imam) berkata: Sunnah Rasulullah S.A.W.
Kata musuh itu: Mungkin al-Hikmah itu
al-Quran. Jadi ayat itu bermaksud: Dia mengajar al-Kitab secara
amnya dan mengajar hukum-hukum secara khasnya pula.
Jawab Imam Syafei: Sekiranya engkau
berkata begitu, jadi ayat ini bermaksud: Dia mengajar hukum-hukum
al-Quran yang disebut secara am seperti solat, zakat, haji dan
lain-lain. Ini bermaksud Allah menentukan sesuatu hukum di dalam
kitab-Nya. Kemudian Dia menerangkan hukum-hukum ini menerusi
lidah Rasulnya.
Kata musuh itu: Boleh jadi juga.
Kata Imam al-Syafei: Sekiranya anda
berpegang dengan pendapat yang kedua (al-Hikmah bererti perincian
terhadap makna al-Quran), kamu tidak akan menjumpai hukum-hukum
ini melainkan dengan hadis Rasulullah.
Kata musuh itu: Kalau sekiranya aku
berkata pula, al-Kitab dan al-Hikmah ini termasuk di dalam jenis
pengulangan perkataan?
Jawab Imam Syafei: Yang manakah lebih
baik? Membawa satu makna di dalam dua perkataan ataupun masing-masing
mempunyai pengertian yang berbeza?
Kata musuh itu: Barangkali juga seperti
apa yang kau katakan. Al-Kitab ialah al-Quran dan al-Hikmah pula
ialah sunnah. Dan keberangkalian lain juga akan berlaku: al-Kitab
ialah al-Hikmah itu sendiri.
Imam Syafei berkata: Tetapi yang paling
jelas maknanya ialah yang pertama. Hal ini demikian kerana ada
bukti-bukti yang membenarkannya daripada al-Quran.
Kata musuh itu: Di mana?
Kata Imam al-Syafei: Firman Allah yang
bermaksud: Dan
bacalah di rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah dan al-Hikmah
(al-Ahzab: 34). Di dalam ayat ini Allah memberitahu
bahawa terdapat dua jenis bacaan yang terdapat di rumah.
Musuh itu berkata: al-Quran memang
boleh dibaca. Tetapi bagaimana pula untuk membaca al-Hikmah?
Imam Syafei berkata: Jadi makna membaca
ialah membaca sunnah seperti membaca al-Quran.
Jawab musuh itu pula: Oleh itu, maksud
al-Hikmah lebih mirip kepada apa yang kamu maksudkan.
Pada zaman ini, terdapat juga intelek-intelek
yang mengaku sebagai Islam mempopularkan kembali ide-ide ini. Di
antaranya rencana yang ditulis oleh Doktor Tawfiq Sidqi yang
bertajuk "Islam ialah al-Quran Sahaja". Rencana ini
disiarkan di dalam majalah al-Manar bilangan 7 dan 12. Kita dapat
simpulkan isi-isinya seperti berikut:
Pertama: Dia mengambil dalil daripada
firman Allah yang bermaksud: Dan kami
tidak alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab (al-An'am: 38). Katanya
ayat ini bermaksud al-Quran telah pun mengandungi semua hukum.
Jadi al-Quran tidak perlu kepada benda lain untuk menerangkannya
seperti al-Sunnah.
Kedua: Dia juga telah mengambil dalil
daripada al-Quran yang bermaksud: Kami telahpun menurunkan al-Dzikr dan Kami
jugalah yang akan menjaganya (al-Hajr: 9). Dia
mengatakan Allah hanya memerintahkan supaya menjaga al-Quran
sahaja tanpa sunnah. Sekiranya sunnah juga merupakan dalil dan
boleh dijadikan hujjah seperti al-Quran, tentulah Allah akan
memerintahkan untuk memeliharanya juga.
Ketiga: Sunnah hanya dituliskan pada
zaman terkemudian selepas berlakunya kesilapan dan ada setengah-setengahnya
sudah pun dilupai. Penyelewengan dan pengubahan mudah sahaja
berlaku di dalam hadis. Oleh itu, perkara yang syak sebegini
tidak sesuai dijadikan sumber hukum sayarak (sila rujuk dakwaan
yang serupa di dalam buku Muhammedanische Studien oleh
Ignaz Golgziher).
Keempat: Katanya lagi, Nabi juga pernah
mengatakan sunnah tidak boleh diterima sebagai sumber hukum.
Sabda baginda yang bermaksud: Sesungguhnya
hadis akan tersebar daripadaku. Apa yang datang kepada kamu yang
bertepatan dengan al-Quran, maka ia adalah daripadaku. Dan
sekiranya ia bertentangan dengan al-Quran, maka ia bukanlah
daripadaku.
Doktor Mustaffa al-Sibai’ ketika
menjawab dakwaan-dakwaan ini mengatakan:
Pertama: al-Quran mengandungi dasar-dasar
hukum secara am. Sebahagian hukum dijelaskan secara terang.
Sementara itu sebahagian lagi ditinggalkan kepada Rasululah S.A.W
untuk menerangkannya. Allah Taala mengutuskan Rasul kepada
manusia untuk menerangkan hukum agama meraka. Justeru, Allah
mewajibkan kepada manusia mengikut apa yang dihuraikan oleh
Rasulullah.
Kedua: Penjagaan terhadap al-Dzikr
sebenarnya tidak terhad kepada al-Quran semata-mata. Tetapi ia
bermaksud hukum-hukum agama ataupun hukum syarak yang telah
diutuskan kepada Rasulnya. Justeru al-Dzikr lebih umum daripada
al-Quran dan Sunnah. Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Bertanyalah kepada ahl al-Dzikr sekiranya kamu
tidak mengerti (al-Nahl: 43). Sekarang jelas bahawa
ahl al-Dzikr bermaksud orang yang mempunyai ilmu di dalam syariat
dan hukum-hukum islam. Tidak syak lagi bahawa Allah memelihara al-Sunnah
sepertimana Dia memelihara al-Quran.
Ketiga: Kebanyakan mereka tidak pernah
cuba menyelidiki usaha-usaha ulama Islam mengekang penyelewengan
dan pemalsuan hadis. Apabila sunnah dibawa dari satu generasi ke
satu generasi, ia dibawa dengan susunan riwayat yang berturutan
daripada zaman sahabat sehingga akhir kurun pertama. Jadi tidak
ada ruang untuk kita mengesyaki ketidak-sahihan hadis tersebut
kerana para perawi ini diletakkan beberapa syarat yang ketat (Lihat
A. Sprenger, Ueber das Traditionswesen bei den Araben).
Keempat: Hadis yang disebutkan di dalam
dakwaan Dr. Sidqi ialah daripada Khalid bin Abu Karimah daripada
Abu Jaafar daripada Rasulullah S.A.W. Khalid ialah seorang yang
tidak dikenali manakala Abu Jaafar bukanlah seorang sahabat
Rasulullah. Jadi, hadis ini tidak boleh diterima sebagai dalil
untuk dijadikan hujah.
Daripada nukleus dan sel-sel inilah
bermulanya gerakan anti-hadis di dalam masyarakat Islam di Timur
dan Barat. Gerakan ini bukanlah baru kerana dakwaan-dakwaan
serupa itu telah pun wujud lebih 1300 tahun yang lampau.
Sekiranya kita perhatikan hujah-hujah golongan anti-hadis pada
masa kini, kita tidak mendapati suatu hujah baru pun meski pun
mereka mendakwa diri mereka sebagai The Thinkersataupun yang sering digelar sebagai intelektual. Ini tidaklah
menghairankan kerana Imam al-Syafei sendiri pun mengatakan mereka
sebagai intelektual. Hujah-hujah mereka pun sudah dipatah-riukkan
oleh ulama-ulama Islam. Malangnya buku-buku ini jarang didapati
oleh kebanyakan orang. Buku-buku ini ditulis di dalam bahasa Arab
dan bahasa Inggeris dan sukar untuk dibaca oleh orang-orang yang
tidak menguasai kedua-dua bahasa ini.

Guest- Guest
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
mamatkepok wrote:HADIS ataupun Sunnah ialah segala
perkataan, perbuatan atau pengakuan Nabi. Rasulullah ialah
penyampai wahyu daripada Allah. Firman Allah:
Wahai Rasul! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu daripada tuhanmu (al-Maidah: 67). Baginda
juga merupakan penerang al-Quran. Firman Allah Taala: Dan telah Kami turunkan kepadamu al-Dzikr (peringatan)
untuk kau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan
kepada mereka dan moga-moga mereka berfikir (al-Nahl: 44).
Tidak pula ayat di atas mengatakan apa yang Rasul sampaikan itu adalah riwayat hadis? Mana ayat Al Quran sebut perlu kepada riwayat hadis iaitu kata-kata yang perlu disandarkan pada nama perawi? Bukti ini yang kami nak tengok?
Kadangkala Rasulullah menerangkan ayat
al-Quran melalui perbuatannya dan ada kalanya juga baginda
menerangkan menerusi perbuatannya. Dan ada kalanya baginda
menerangkan melalui perbuatan dan perkataan sekaligus.
Memang Rasulullah mengamalkan Al Quran itu sebab Al Quran itu keluar dari lisan baginda juga. Tetapi tidak pula ada ayat Al Quran memberitahu bahawa penerangan tersebut kena rujuk riwayat hadis. Malah ada ayat Al Quran beritahu HADIS itu adalah ayat-ayat Allah (Al Jaatsiyah: 6). Mana ada ayat Al Quran kata HADIS itu adalah kata-kata riwayat (yang perlu ada nama perawi)?
Sabda
baginda: Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat
Mana ayat Al Quran suruh solat seperti baginda solat? Ingatlah, Al Quran itu diucapkan dari lisan baginda. Takkanlah ada percanggahan kata-kata baginda. Kenapa Al Quran sendiri tidak tetapkan, solatlah seperti baginda solat? Bukankah dalam Al Quran boleh wujud bermacam-macam ketetapan seperti hukum hudud dan pembahagian harta. Takkan nak tetapkan solat macam cara baginda solat tidak mampu dicatatkan dalam Al Quran sehingga kena guna riwayat hadis?
Percanggahan inilah yang melemahkan kredibiliti riwayat hadis itu sebab wujud ketetapan yang Al Quran tidak tetapkan, seolah-olah baginda mengada-adakan apa yang Al Quran tidak tetapkan.
Ingatlah, mereka kata riwayat hadis itu penjelasan Al Quran, bukan pembuat ketetapan yang Al Quran tidak tetapkan.
Penjelasan bermaksud, menghurai sesuatu ketetapan dalam Al Quran kepada bentuk yang mudah difahami, bukannya mengada-adakan ketetapan yang tiada dalam Al Quran. Kena faham maksud penjelasan itu.
Dalam Al Quran ada sebut, celakalah orang yang solat, yang menunjuk-nunjuk. Jika Nabi suruh orang ikut solat baginda, bukankah itu bermakna baginda sudah menunjuk-nunjukkan solatnya? Malah semua makhluk Allah yang lain pun ada solat masing-masing, takkan manusia tak mampu bersolat masing-masing?
Kedua-dua sabda baginda ini merupakan penerangan daripada al-Quran yang
diterangkan secara umum.
Mana ada ayat Al Quran kata, untuk penerangan umum, kena cari riwayat hadis? Bukankah ayat 44 surah An Nahl yang anda bawakan itu berkata "moga-moga mereka berfikir". So kenapa tidak memikirkan apa jua penerangan umum dari Al Quran? Sebab itulah yang jelas disuruh oleh Al Quran. Mana ada ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis?
Tidak terdapat satu perbuatan pun yang
semata-mata berpunca daripada sabda baginda melainkan perbuatan
itu disebutkan oleh al-Quran secara umum. Firman Allah Taala di
dalam al-Quran: Dan apa yang didatangkan
oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah! Dan apa yang ditegahnya,
jauhilah! (al-Hasyr: 7).
Dan firman-Nya lagi: Katakanlah!
Sekiranya kamu menyintai Allah Taala, maka ikutlah aku. Kamu akan
dikasihi Allah. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah
Maha Pengampun Maha Penyayang. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan
Rasul. Dan sekiranya kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak
suka akan orang-orang kafir (Al Imran: 32).
Tidak ada ayat Al Quran tersebut memaksudkan ikut Rasul atau taat Rasul itu bermakna kena rujuk riwayat hadis. Bukankah maksud ikut Rasul dan taat Rasul itu bermakna rujuk pada Al Quran? Dan apa-apa penerangan umum dalam Al Quran, Al Quran suruh manusia berfikir. Tidak pula Al Quran suruh, cari riwayat hadis?
Para Sahabat juga sepakat mengatakan hadis sebagai hujjah. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang hanya beramal dengan al-Quran sahaja.
Apa bukti anda mengatakan tiada seorang para sahaja hanya beramal dengan Al Quran sahaja dan kena guna riwayat hadis? Bawakan bukti, bukannya cakap macam itu sahaja.
Dan apa yang pernah
diriwayatkan bahawa ada sebahagian daripada mereka yang menolak
hadis yang diriwayatkan kepada mereka bukan bermakna mereka
menolaknya, tetapi dia tidak yakin dengan kesahan hadis tersebut
atau terdapat hadis lain yang baginya lebih kuat.
So, kalau para sahabat pun tidak yakin dengan kesahan riwayat hadis, apa lagi kami yang tidak pernah dengar direct daripada mulut Nabi Muhammad. Lagi-lagilah tak yakin bila ada orang datang sekadar berkata seumpama "ini dari Nabi, maka terimalah ia bulat-bulat".
Sebab itulah kami berpegang pada Al Quran semata-mata bukan kerana Al Quran itu diucapkan dari mulut baginda, tetapi kebenarannya ada hukum alam menjadi sokongan. Hukum alam tidak mampu dipalsukan sedangkan riwayat hadis mudah-mudah dipalsukan.
Dari segi logik akal pula, al-Quran
memberitahu kita bahawa Allah telah menurunkan al-Quran kepada
Rasul untuk diterangkan pula kepada manusia. Dan penerangan ini
juga merupakan wahyu yang wajib dituruti. Seseorang tidak
dikatakan sebagai taat sekiranya dia hanya patuh kepada ayat al-Quran
dengan tidak berpegang kepada orang yang menerangkannya kerana
penerangan sampai bila-bila pun tidak dapat dipisahkan daripada
orang yang menerangkannya. Sekiranya dia beramal dengan al-Quran
seperti yang diterangkan oleh Rasulullah, maka dia telah taat
kepada Allah melalui ayat al-Quran dan taat juga kepada Rasul
melalui penerangannya. Sekiranya dia mengabaikan penerangan
Rasulullah, maka dia telah berdosa kepada Allah kerana tidak
beramal sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.
Kerana itulah kami hanya taat pada Al Quran yang terang-terang banyak ayat suruh berfikir dan tiada satu ayat Al Quran pun suruh guna riwayat hadis untuk penerangan Al Quran yang umum.
Dan tiada ayat Al Quran pun kata penerangan Al Quran itu adalah riwayat hadis. Sebaliknya di dalam Al Quran itulah ada penjelasannya. Dan mana yang tiada perinciannya, Al Quran suruh manusia memikirkan. Itulah yang kami pegang.
Alif, laam, raa. (Surat) ini adalah (sebagian dari) ayat-ayat Al-Kitab (yang sempurna), yaitu (ayat-ayat) Al Quran yang memberi penjelasan. (Al Hijr: 1)
Terang-terang ayat ini memberi tahu, Al Quran itu sendiri yang memberi penjelasan. Tidak pula dikatakan riwayat hadis yang memberi penjelasan.
Nampak tak, di sini sahaja kaum penyembah Nabi itu sudah berdusta dengan membuat andaian bahawa riwayat hadis itu penjelasan Al Quran. Padahal terang-terang ayat di atas sebut Al Quran itu yang memberi penjelasan.
Jadi jelaslah penipuan kaum penyembah Nabi itu. Puji-pujian bagi Allah yang membongkar tipu daya mereka...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Sebenarnya kau yang dusta sebab Allah suruh taat kepada Nabi s.a.w.
Kau tak tunjuk pun hadis dusta tu macam mana supaya orang kat sini kenal...
Kau tak tunjuk pun hadis dusta tu macam mana supaya orang kat sini kenal...

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Re: Kekeliruan Umat Islam sekarang berkenaan Sunnah
Memang Allah suruh taat pada Nabi. Sebab itu kami taat pada Al Quran sebab Al Quran takde suruh guna riwayat hadis, malah banyak sekali ayat suruh berfikir.
Masalahnya takde ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis sebagai pembuat ketetapan, so bukankah itu menunjukkan riwayat itu sudah suatu yang dusta. Kalau ia suatu yang benar, awal-awal lagi Al Quran suruh guna riwayat yang tiada hukum alam itu, macam riwayat yang mereka katakan kena solat 5 kali sehari. Mana ketetapan hukum alam yang menetapkan 5 kali sehari? Sampai sekarang mereka tak mampu buktikan padahal ajaran yang tetapkan solat 5 kali sehari itu sudah lama wujud. Selama ini mereka ikut sesuatu yang tiada bukti dari sisi Allah. Patutlah jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Takkanlah ajaran yang sebegitu hasilnya adalah ajaran yang benar?
Masalahnya takde ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis sebagai pembuat ketetapan, so bukankah itu menunjukkan riwayat itu sudah suatu yang dusta. Kalau ia suatu yang benar, awal-awal lagi Al Quran suruh guna riwayat yang tiada hukum alam itu, macam riwayat yang mereka katakan kena solat 5 kali sehari. Mana ketetapan hukum alam yang menetapkan 5 kali sehari? Sampai sekarang mereka tak mampu buktikan padahal ajaran yang tetapkan solat 5 kali sehari itu sudah lama wujud. Selama ini mereka ikut sesuatu yang tiada bukti dari sisi Allah. Patutlah jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Takkanlah ajaran yang sebegitu hasilnya adalah ajaran yang benar?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Page 9 of 9 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Similar topics» Berminat chit chat politik negara sekarang?
» Best websites about Islam
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» GEJALA MAT RMPIT TERHADAP PERMASALAHAN AQIDAH REMAJA ISLAM M
» Best websites about Islam
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» GEJALA MAT RMPIT TERHADAP PERMASALAHAN AQIDAH REMAJA ISLAM M
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 9 of 9
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum