Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Solat di dalam Al-Quran 5 5 1

Solat di dalam Al-Quran

Page 7 of 7 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

View previous topic View next topic Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Adli on Sat May 16, 2009 10:43 am

tajuNM wrote:Untuk pengetahuan semua, Adli ni mendapat pendidikan dalam bidang sains.... bidang yang tepat tak lau lah pulak. Bahasa Arab dia tak tahu..... betul tak Adli???

Terima kasih saudara tajuNM. Ya saya belajar di bidang sains. Sebab ilmu sains itu telah menyatukan manusia dan Al Quran itu sendiri mempunyai sains. Jika tidak, Nabi Muhammad tidak mengajak manusia berfikir pasal langit dan bumi, putaran siang dan malam, hujan, angin, semut, lebah, dan macam-macam bukti yang ada dalam alam sekeliling kita. Hakikatnya Nabi Muhammad mengajak manusia berfikir secara saintifik dalam seluruh kehidupan, bukan setakat untuk mencari rezeki, malah dalam mengenal Allah.

Allah yang cipta alam semesta ini ikut hukum sains. Kemudian Dia ajar manusia yang berakal untuk mengetahui hukum-hukum sains itu. Bukan manusia yang cipta hukum-hukum sains itu, tetapi Allah. Manusia hanya mampu menemui hukum sains setelah menggunakan akal dan pancaindera untuk mencari bukti-bukti yang nyata.

Dan sebagai balasan, mana-mana bangsa yang berpegang kuat pada bukti-bukti yang nyata ini, Allah perkuatkan mereka berbanding bangsa-bangsa yang lain. Atas dunia lagi Allah tunjukkan bangsa yang pandai sains akan mudah mengawal bumi, berbanding bangsa yang jahil sains.

Bagi saya, biarlah kaum kafir itu tuduh saya jahil dalam agama ikut amalan nenek moyang mereka, daripada jahil berpegang pada bukti-bukti yang nyata. Sebab jahil pada bukti-bukti yang nyata, atas dunia lagi Allah sudah tempatkan mereka pada kedudukan yang lemah dan hina. Mereka jadi kaum yang berpecah-belah, berperang sesama sendiri berebut kuasa, dan memfitnah individu kerana sakit hati dan benci kepada individu tersebut. Allah masukkan mereka dalam kehidupan yang memanaskan hati biarpun mereka belum menemui mati.

Dan seperti mana ilmu Sains tidak terikat pada bahasa Inggerisnya sahaja, sebab itulah saya tidak melihat Islam itu terikat pada bahasa Arabnya sahaja. Nabi Muhammad pun tak perlu tahu bahasa asal Taurat, Injil dan Kitab-kitab terdahulu, melainkan ambil apa jua pengajaran yang baginda dengar dan olahkan balik dalam bahasa masyarakatnya sendiri. Itulah insan yang bijaksana.

Ada manusia kata mereka ikut Nabi Muhammad, tapi tahap mentaliti mereka berfikir, tak menunjukkan kebijaksanaan macam Nabi Muhammad pun. Sebab itu umat mereka jadi lemah dan hina di atas muka bumi sekarang ini... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by semut api on Sun May 17, 2009 9:25 am

Adli wrote:Allah yang cipta alam semesta ini ikut hukum sains.

salah tu cik kak, Allah cipta sesuatu mengikut hukumNya sendiri , Allah tidak tertakluk pada hukum selain hukumNya sendiri scratch study

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Gelembong on Sun May 17, 2009 4:15 pm

semut api wrote:
Adli wrote:Allah yang cipta alam semesta ini ikut hukum sains.

salah tu cik kak, Allah cipta sesuatu mengikut hukumNya sendiri , Allah tidak tertakluk pada hukum selain hukumNya sendiri scratch study


Betul tu semut..

Utk Adli..nampaknya hujah tuan telah menyalahi akal tuan..

[quote="semut api"]
Adli wrote:Allah yang cipta alam semesta ini ikut hukum sains.


Maha suci Allah dari dari melakukan kesilapan.

Keupayaan fikir yg dianugerahkan Allah kepada hamba2Nya adalah berbeza2x. Bersyukurlah kita kerana Adli mempunyai akal yg dianugerahkan Allah yg 'hebat' berbeza dari orang gila, dungu, separuh pandai, 3\4 dan yg sewaktu dgnnya. Ada org yg pencapaian pendidikannya sangat baik dan ada yg sebaliknya.

Apapun akal itu tetap duduk dibawah ilmu. Dan ilmu didokong oleh akal untuk mencapai hakikat fikir. Ilmu adalah pelbagai. Ilmu Ketuhanan, Ilmu Hadith, Ilmu Sains, Ilmu Tafsir, dan beribu2x lagi ilmu yang ada di muka bumi ini. Ada yang menjurus kepada kebaikan, dan ada yg menjurus kepada yg sebaliknya spt Ilmu Hitam, Ilmu pengasih dll.

MR G melihat Adli semakin jauh. Sebagai 'Anak Sains' beragumenlah dlm bidang sains bersama2x dgn orang yg berjurusan sains. Kerana Adli tlh menuntutnya, mempelajarinya, menelaahnya dgn waktu yg bertahun2x. Sebagai ahli sains yg sentiasa bergelumang dgn kebebatan akal, Pasti Adli tahu dimana duduknya akal itu. Kalau dah tahu dimana kedudukan akal atau pun nyawa atau "Aku" atau roh tolong beritahu seluruh penduduk bumi dan langit tempat duduknya kesemua itu.

Kesemua Ilmu itu adalah hak Allah. Yg dilepaskan kepada MR G, Adli, Bayau, Anak Pejuang, Semut Api, Lombo, tajuNM dan semua makhlukNya yg adalah umpama cepuhan yg terltinggal di jari berbanding lautan seluruhnya. Jadi mantapkanlah ilmu dan berdoalah agar akal dapat digunakan berdasarkan ilmu itu. Ilmu perlu dicari walau kemana pun ia. Ia perlu dituntut. Akal pasti akan mengekori ilmu walau kemana pun jua. Jangan biarkan akal berjalan kesaorangan.. pasti ia akan terjebak, tersesat, tersandung, terjerumus..

Begitu merbahaya sekali Adli mengutarakan sebahagian dari "buah fikiran" Adli di E-minda nie yg menjadi tatapan awam. Fikirlah pada apa yg kita diberi hak untuk memikirkannya.
Adli begitu taksub dgn apa yg difikirkan oleh akal Adli. Sehebat mana akal pemberian Allah itu, pasti ada kurangnya. Pasti ada limitasinya. Itu janji Allah.

"Aku adalah Gedungnya ilmu, dan Ali adalah pintunya." Maaf tak ingat perawi hadith ini Tapi boleh dirujuk didalam buku Ali KWJ.

Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by slipar on Sun May 17, 2009 5:09 pm

MR G melihat Adli semakin jauh. Sebagai 'Anak Sains' beragumenlah dlm bidang sains bersama2x dgn orang yg berjurusan sains. Kerana Adli tlh menuntutnya, mempelajarinya, menelaahnya dgn waktu yg bertahun2x. Sebagai ahli sains yg sentiasa bergelumang dgn kebebatan akal, Pasti Adli tahu dimana duduknya akal itu. Kalau dah tahu dimana kedudukan akal atau pun nyawa atau "Aku" atau roh tolong beritahu seluruh penduduk bumi dan langit tempat duduknya kesemua itu


bukan ni yg tuhan suruh kita cari/ fikir .. ni mesti sekolah arab nih

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Zahabur on Wed Jun 03, 2009 12:17 am

slipar wrote:
MR G melihat Adli semakin jauh. Sebagai 'Anak Sains' beragumenlah dlm bidang sains bersama2x dgn orang yg berjurusan sains. Kerana Adli tlh menuntutnya, mempelajarinya, menelaahnya dgn waktu yg bertahun2x. Sebagai ahli sains yg sentiasa bergelumang dgn kebebatan akal, Pasti Adli tahu dimana duduknya akal itu. Kalau dah tahu dimana kedudukan akal atau pun nyawa atau "Aku" atau roh tolong beritahu seluruh penduduk bumi dan langit tempat duduknya kesemua itu


bukan ni yg tuhan suruh kita cari/ fikir .. ni mesti sekolah arab nih



Kau kata nak kenal Tuhan mesti kena tahu apa yang ada pada diri kita....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Adli on Wed Jun 03, 2009 6:12 am

Gelembong wrote:
semut api wrote:
Adli wrote:Allah yang cipta alam semesta ini ikut hukum sains.

salah tu cik kak, Allah cipta sesuatu mengikut hukumNya sendiri , Allah tidak tertakluk pada hukum selain hukumNya sendiri scratch study


Betul tu semut..

Utk Adli..nampaknya hujah tuan telah menyalahi akal tuan..

semut api wrote:
Adli wrote:Allah yang cipta alam semesta ini ikut hukum sains.


Maha suci Allah dari dari melakukan kesilapan.

Aiyaa. Bukahkah hukum sains itu datang dari Allah? Manusia hanya diizinkan memahami hukum sains selepas mereka buat kajian, berfikir dan melihat tanda-tandanya (bereksperimen).

Aduhai, macam mana boleh slow pemikiran mereka ini. Patutlah Allah jadikan umat mereka lemah macam tu sekarang ini.

Syukur padaMu yang memperlihatkan tanda-tanda kebenaran ini.

Keupayaan fikir yg dianugerahkan Allah kepada hamba2Nya adalah berbeza2x. Bersyukurlah kita kerana Adli mempunyai akal yg dianugerahkan Allah yg 'hebat' berbeza dari orang gila, dungu, separuh pandai, 3\4 dan yg sewaktu dgnnya. Ada org yg pencapaian pendidikannya sangat baik dan ada yg sebaliknya.

Memanglah tahap pemikiran manusia berbeza-beza, tetapi Allah izinkan tahap pemikiran itu dipertingkatkan dengan cara berfikir. Mana ada tahap pemikiran boleh dipertingkatkan dengan malas belajar macam kaum penyembah Nabi itu. Sampaikan mereka boleh tak nampak pula ilmu sains itu datangnya daripada Allah. Bukankah alam ini Allah yang cipta?

Aduhai, patutlah Allah hina kaum penyembah Nabi itu sekarang ini gara-gara ketinggalan ilmu sains. Rupa-rupanya mereka tidak sedar ilmu sains itu datangnya daripada Allah. Mereka ingat ilmu sains itu orang Barat yang cipta ke? Takkan orang Barat itu tuhan selain Allah, sampai boleh cipta ilmu yang Allah tak cipta?

Sedar atau tidak, para saintis itu hanya penemu hukum sains sahaja, bukan hukum sains itu mereka tetapkan.

Apapun akal itu tetap duduk dibawah ilmu. Dan ilmu didokong oleh akal untuk mencapai hakikat fikir. Ilmu adalah pelbagai. Ilmu Ketuhanan, Ilmu Hadith, Ilmu Sains, Ilmu Tafsir, dan beribu2x lagi ilmu yang ada di muka bumi ini. Ada yang menjurus kepada kebaikan, dan ada yg menjurus kepada yg sebaliknya spt Ilmu Hitam, Ilmu pengasih dll.

Sesuatu itu dikatakan ilmu, apabila diamalkan, ia menghasilkan kebaikan, bukannya kemudaratan.

Sihir tidak sebut sebagai ilmu sabab ia membawa mudarat dan dusta. Sebab itu dalam Al Quran, tidak ada sebut ilmu pada sihir. Jadi tidak layak sebut ilmu pada sesuatu yang membawa yang mudarat. Jangan mencemar maksud "ilmu".

Akal adalah tool untuk manusia mencapai ilmu. Sebab itu orang yang tidak sihat akalnya (orang gila), mereka tidak memiliki ilmu yang banyak. Tetapi para pemikir, pengkaji, saintis itulah yang Allah bagi ilmu yang luas sehingga mereka boleh teroka angkasa kerana mereka sedar kepentingan akal.

Malangnay umat Islam sekarang pemalas guna akal. Suka disuap dari memikirkan sesuatu. Jadilah umat yang suka mengharapkan subsidi sahaja. Patutlah jadi umat yang hina sekarang ini. Puji-pujian untuk Allah semata-mata yang menghina kaum yang tak sedar diri itu.

MR G melihat Adli semakin jauh. Sebagai 'Anak Sains' beragumenlah dlm bidang sains bersama2x dgn orang yg berjurusan sains. Kerana Adli tlh menuntutnya, mempelajarinya, menelaahnya dgn waktu yg bertahun2x. Sebagai ahli sains yg sentiasa bergelumang dgn kebebatan akal, Pasti Adli tahu dimana duduknya akal itu. Kalau dah tahu dimana kedudukan akal atau pun nyawa atau "Aku" atau roh tolong beritahu seluruh penduduk bumi dan langit tempat duduknya kesemua itu.

Akal itulah yang membezakan darjat manusia. Manusia yang pemalas guna akal, mereka hanya layak dihina daripada binatang ternak (gelaran yang Al Quran pernah bagi kepada kaum yang tak berakal dahulu). Sebab apa? Sebab mereka ada akal yang boleh berkembang jika mereka suka berfikir, tetapi mereka malas nak berfikir. Bila malas berfikir, kehidupan mereka jadi macam kera-kera yang hina kerana berpuak-puak berebut kawasan. Sedangkan otak binatang ternak tidak mampu berkembang, tetapi binatang itu taat dijadikan sebagai bintang ternak, mereka tidak berpecah-belah berebut kawasan.

Kesemua Ilmu itu adalah hak Allah. Yg dilepaskan kepada MR G, Adli, Bayau, Anak Pejuang, Semut Api, Lombo, tajuNM dan semua makhlukNya yg adalah umpama cepuhan yg terltinggal di jari berbanding lautan seluruhnya. Jadi mantapkanlah ilmu dan berdoalah agar akal dapat digunakan berdasarkan ilmu itu. Ilmu perlu dicari walau kemana pun ia. Ia perlu dituntut. Akal pasti akan mengekori ilmu walau kemana pun jua. Jangan biarkan akal berjalan kesaorangan.. pasti ia akan terjebak, tersesat, tersandung, terjerumus..

Kerana ilmu itu hak Allah-lah kita kena taat pada hukum yang Allah tetapkan macam mana nak dapat ilmu itu. Tidak ada ilmu akan masuk ke dalam jiwa tanpa perlu guna akal. Sebab itu orang terencat akal susah nak dapat ilmu berbanding orang yang sihat akalnya.

Kenapa orang yang sihat akal itu tidak bersyukur? Mereka tidak guna kesempurnaan akalnya untuk belajar menuntut ilmu, sebaliknya beragama main pakai turut tanpa berfikir. Logiklah mereka dijadikan umat yang lemah dan berpecah-belah. Betapa hinanya mereka sejak di dunia, gara-gara pemalas guna akal.


Begitu merbahaya sekali Adli mengutarakan sebahagian dari "buah fikiran" Adli di E-minda nie yg menjadi tatapan awam. Fikirlah pada apa yg kita diberi hak untuk memikirkannya.
Adli begitu taksub dgn apa yg difikirkan oleh akal Adli. Sehebat mana akal pemberian Allah itu, pasti ada kurangnya. Pasti ada limitasinya. Itu janji Allah.

"Aku adalah Gedungnya ilmu, dan Ali adalah pintunya." Maaf tak ingat perawi hadith ini Tapi boleh dirujuk didalam buku Ali KWJ.

Bukankah ajaran yang setakat melahirkan kaum yang lemah, berpuak-puak dan berpecah-belah itu yang bahaya? Gara-gara taksub pada seseorang tok guru, mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Tidak bahaya ke begitu?

Sedangkan hujah orang yang berfikir hanya suruh menuntut ilmu alam sahaja. Takkanlah menuntut ilmu alam itu suatu yang bahaya?

Biar kita taksub pada hukum alam yang Allah cipta ini sebab itu tanda-tandanya kita mengagungkan Allah. Jangan taksub pada riwayat dusta atas nama Nabi seolah-olah Nabi itu pula pembuat ketetapan di alam semesta ini, sebab hasil taksub pada nama Nabi hanya menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah.

Menilailah dengan waras dan rasional. Takkan ajaran yang taksub pada nabi itu suatu yang benar, jika hasilnya umat jadi lemah dan berpecah-belah? Ajaran benar apa kebendanya itu?

Taksub pada ilmu alam yang Allah cipta ini menjadikan manusia itu mengkagumi Allah sebab Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana. Kita lihat bangsa yang mengkagumi ilmu alam, Allah angkat darjat mereka berbanding bangsa yang pemalas kaji ilmu alam. Inilah realiti dan bukti yang nyata Allah tunjukkan perbandingan nasib kaum yang hargai ilmu alam, dan nasib kaum yang pemalas kaji ilmu alam sehingga mereka jadi lemah dan hina sejak di dunia lagi.

Puji-pujilah Allah yang memperlihatkan perbandingan ini... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by WARIS on Wed Jun 03, 2009 7:32 am

Perlu ingat ada ciptaan Allah swt itu yg tidak dapat dicapai dan difikirkan oleh otak dan akal manusia. Tidak dapat dikupas dgn ilmu sains seperti roh, syurga dan neraka.

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Adli on Thu Jun 04, 2009 12:05 am

Siapa kata apa yang Allah sebut dalam Al Quran itu tidak mampu difikirkan kelogikannya? Hanya kaum pemalas sahaja yang cakap macam tu. Al Quran ajar, buatkan perumpamaan untuk memahami konsep sesuatu perkara yang tak nampak guna mata. Sebab nak faham perihal roh, syurga dan neraka itu tidak perlu guna mata, tetapi cukup guna akal. Sebab itulah ajaran Al Quran suruh guna akal. Itulah hint nak bagitahu manusia boleh faham pasal roh, syurga dan neraka itu dengan buat perumpamaan.

Roh itu mudah fikirkan logiknya biarpun mata tak nampak rupa-bentuk roh itu. Di zaman teknologi ini lagi mudah nak faham.

Perumpamaan roh sama seperti konsep bateri dalam jam. Manusia bekalkan pada jam itu untuk berfungsi sehingga bateri itu kehilangan semua tenaga di dalamnya. Begitulah konsep roh. Allah bekalkan roh itu pada jasad manusia. Sampai waktu ajalnya, matilah jasad manusai itu. Bagaimana rupa tenaga dalam bateri itu? Samalah macam roh yang tidak nampak dalam diri manusia. Jadi roh manusia itu suatu yang logik kerana konsepnya ada hukum alam membenarkannya.

Perumpamaan adanya syurga dan neraka lagi mudah. Sebab dalam hati manusia ada tanda-tandanya. Umpamanya apabila kita berpegang pada sesuatu yang benar, hati kita jadi tenang. Ketenangan itulah bukti wujudnya syurga. Tetapi bila manusia itu berpegang pada dusta, hatinya jadi resah dan gelisah. Sebab itulah bila datang peringatan Allah, kaum yang berdusta itu amat panas hati macam hati mereka dimasukkan dalam Api. Bila berhujah, mereka hanya bawakan emosi, bukannya bawakan sesuatu yang logik difikirkan.

Kenapa Allah tetapkan hukum bahawa orang yang benar dapat ketenangan jiwa, sedangkan orang yang berdusta dapat kepanasan hati? Itulah perumpamaan wujudnya syurga dan neraka secara logik.

Orang yang tidak belajar kenal diri, dia tidak sedar kepanasan hati yang dia terima akibat beragama secara dusta itu adalah balasan Allah. Di dunia lagi hati mereka sudah disentuh kepanasan. Mereka suka membenci dan bermusuh-musuhan akibat berbangga diri kononnya mereka umat terbaik. Sesama mereka pun berbunuh-bunuhan berebut kuasa. Allah sudah bakar kaum musyrik itu sejak di dunia lagi.

Melihat keadaan kaum penyembah Nabi itu, apakah kita jadi yakin dengan ajaran nenek moyang mereka itu? Macam itulah para Rasul terdahulu meninggalkan ajaran nenek moyang mereka, biarpun kaum mereka kata, selepas seseorang Rasul itu, tidak akan wujud lagi Rasul seterusnya. Macam mana mereka boleh tetapkan apa yang Allah tidak tetapkan? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by WARIS on Thu Jun 04, 2009 11:13 am

Yang logiknya kejadian cakrawala ini pasti ada pencipta yg statusnya adalah ESA iaitu Allah swt..

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Adli on Sat Jul 04, 2009 1:06 pm

Solat Itu Belajar Dan Membaca

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. " (11:114)

"Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan."(17:78.)


Ramai yang tidak sedar perkaitan solat dengan belajar dan membaca. Yang dikatakan bacaan yang merupakan solat adalah bacaan yang benar sehingga manusia itu faham hakikat kenapa dia diciptakan sebagai manusia. Jika manusia itu belajar atau membaca sekadar nak dapat kerja bergaji lumayan, hakikatnya tu bukan solat kerana Allah, tetapi kerana dunia.

Sebab itulah jika kita renung ayat berkaitan waktu yang digalakkan manusia itu bersolat, semuanya pada waktu yang sesuai untuk manusia itu belajar dan berfikir. Kenapa waktu itu sesuai, sebab ia kena dengan fitrah kehidupan manusia di mana awal pagi dan selepas matahari terbenam, manusia tidak sibuk mencari rezeki. Waktu itulah yang sesuai untuk belajar, berfikir, mengkaji dan bereksperimen.

Hukum alam menunjukkan, bila manusia itu rajin belajar dan berilmu, maka ia akan membuat kebaikan. Sebab itu kita lihat yang sibuk merempit, meragut, dan membuat kejahatan, adalah orang yang tahap mentalitinya rendah. Dan yang memalukan, ramai yang terjebak ke kancah kerosakan itu di kalangan anak Melayu yang beragama Islam. Kenapa jadi macam ini?

Inilah yang menyebabkan kita nampak bahawa solat ritual ajaran nenek moyang itu tidak cukup untuk mencegah keburukan. Ia sekadar dilakukan untuk cukupkan rukun sahaja dan sebab malu kalau tidak bersolat macam masyarakat buat.

Tetapi jika seseorang itu rajin belajar, sudah pasti secara otomatiknya dia akan menjauhi kehidupan yang malas, sebab tidak mungkin nilai yang berbeza tersebut boleh berada dalam diri yang sama. Tinggi dan rendah tidak akan bercampur dalam masa yang sama. Panas dan sejuk tidak akan berada pada masa yang sama. Logik 0 atau 1 tidak akan berada dalam masa yang sama.

Apabila kita mampu memperbetulkan definisi solat agar ia bukan lagi gerakan ritual semata-mata, sebaliknya aktiiti belajar, sudah pasti tahap mentaliti dan attitude umat Islam sekarang boleh diubah.

Namun nak mengubah apa yang telah diterapkan oleh ajaran nenek moyang itu bukan suatu yang mudah. Kaum Nasrani dahulu mengambil masa lebih 500 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad untuk faham apa ajaran Islam yang sebenar.

Kita tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan oleh umat Islam sekarang untuk sedar dan bangkit agar jadi generasi yang berilmu. Semuanya bergantung kepada keyakinan diri umat Islam itu sendiri. Jika jadi pengecut yang berpaling lari, sudah pasti masa nak bangkit umat itu jadi lambat malah tidak mustahil sesuatu kaum itu akan musnah disebabkan azab Allah sampai dahulu sebelum kesedaran itu sampai.

Ciri-ciri orang kafir itu, mereka bertangguh-tangguh dan tertunggu-tunggu bila diajak kepada kebenaran, sedangkan golongan beriman, bila diserukan untuk berjuang kepada kebenaran, mereka terus datang berserah diri. Itulah golongan yang dimuliakan di sisi Allah. Kenapa mereka boleh takut bila diseru kepada Allah, tetapi boleh yakin bila diseru kepada syaitan?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by faried on Fri May 14, 2010 11:51 am

slipar wrote:
adakah nabi sebelum menerima wahyu tidak bersolat dan tidak tau apa2 tentang solat..


Saya pikir iya. Sebelum menerima wahyu, Nabi tidak bersalat.

Pemahaman saya, salat adalah untuk memahami wahyu Allah.

Sebelum wahyu tersebut didirikan/ditegakkan, maka harus dipahami dulu. Proses memahami wahyu = salat.

Salam.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1709
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by othman on Fri May 14, 2010 1:54 pm

faried wrote:
slipar wrote:
adakah nabi sebelum menerima wahyu tidak bersolat dan tidak tau apa2 tentang solat..



Saya pikir iya. Sebelum menerima wahyu, Nabi tidak bersalat.

Pemahaman saya, salat adalah untuk memahami wahyu Allah.

Sebelum wahyu tersebut didirikan/ditegakkan, maka harus dipahami dulu. Proses memahami wahyu = salat.

Salam.


tapi sebelum nabi mendapat kenabiannya bukan kah sudah ada wahyu dari nabi sebelumnya .

yg pasti adat bersolat sudah ada ..

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1429
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by faried on Fri May 14, 2010 2:08 pm

Espionage wrote:Bagi mereka2 yang tidak solat Jumaat dan mencari untung pada waktu Zohor

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.


Dari definisi yang diberikan di atas, yang benar adalah bahwa:
Solat Jumaat ialah solat yang dilakukan secara berjemaah.

Tidak benar bahwa Salat Jumaat dilaksanakan pada hari Jumat (Friday).

Yawmi aljumuAAati = hari berjamaah = hari berkumpul,

tetapi

Yawmi aljumuAAati tidak sama dengan Friday.

Nama hari dalam bahasa Arab berdasarkan angka:
Ahad = satu
Senin = dua
Selasa = tiga
Rabu = empat
Kamis = lima
Jumat = berjemaat/berkumpul dan bukan enam
Sabtu = tujuh.

Semoga nampak keanehan, penyimpangan dan kesalahan yang terjadi.

Espionage wrote:Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk
mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah
berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"
- Al-Jumu'ah: 9


Ya ayyuha allatheena amanoo itha noodiya lilssalati min yawmi aljumuAAati faisAAaw ila thikri Allahi watharoo albayAAa thalikum khayrun lakum in kuntum taAAlamoona (62:9)
Thikri Allahi tidak dapat diterjemahkan dengan mengingati Allah karena thikri adalah kata benda (izim/noun) dan bukan kata kerja (fi'il/verb).

Jadi salat pada yawmi aljumuAAati adalah untuk atau dalam kaitan dengan peringatan Allah (thikri Allahi),

dan

thikri Allahi = Alquran.

Tegasnya, lilssalati min yawmi aljumuAAati adalah untuk mengakses/memahami thikri Allahi (Alquran), dan

bukan

untuk mengingat atau ritual kepada Allah.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1709
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by Zulia on Fri May 14, 2010 3:24 pm

Dalam agama bapak memang tiada perintah dari tuhan Bapak ya. Pengikut bapak di sini juga kata begitu. Hidup mereka di dunia ini memang utk bersenang dan percuma aja.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by faried on Sat May 15, 2010 5:30 pm

bayau wrote:
Nama dan Waktu

"Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam" (17:78).


Salat dan melakukan/menegakkan/mendirikan salat memang berkaitan erat, tetapi antara keduanya jelas perbedaannya.

Tahapannya, salat dulu lalu melakukan/menegakkan/mendirikan salat.

Salat adalah teori tentang petunjuk Allah

sedangkan

melakukan/menegakkan/mendirikan salat adalah penerapan dari salat atau penerapan dari teori tentang petunjuk Allah.

Ayat 17.78 adalah tentang melakukan/menegakkan/mendirikan salat.

Salat dilakukan/ditegakkan/didirikan dalam setiap detik kehidupan, yang merupakan kegiatan yang sinambung (continue).

Hal tersebut jelas dari kata dari dan hingga.

Aqimi alssalata lidulooki alshshamsi ila ghasaqi allayli waqurana alfajri inna qurana alfajri kana mashhoodan


Salam.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1709
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Solat di dalam Al-Quran

Post by semut api on Sun May 16, 2010 8:14 am

maksud solat pun kau tak tahu, guna akai sendiri dlm menterjemahkannya maka benarlah katamu iaitu kata2 songsang, nabi tak solat sebelum menerima wahyu, sebenar2 diri solat pun kau tak tahu sebab tu kau kata tiada solat sebelum wahyu, pope benedictkah yg bagitahu???


Last edited by semut api on Sun May 16, 2010 8:19 am; edited 4 times in total (Reason for editing : sentence not complete)

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Solat di dalam Al-Quran

Post by semut api on Sun May 16, 2010 8:20 am

ab tulah kau kata tiada solat ebelum wahyu, pope benedict kah yg bagitahu????

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Page 7 of 7 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum