Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Guna nama Allah dalam kitab Injil.
e-mindakita :: Minda Umum :: Agama
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Orang Kristian nak buat terjemahan Injil ke dalam bhs Melayu. Di Msia penggunaan perkataan Allah dilarang dalam kitab tersebut. Apa komen anda? wajarkah org kristian guna nama Allah sbg Tuhan mereka?

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Bukankah alam semesta ini dan segala isinya adalah milik Allah?
Satu pertanyaan daripada saya, adakah hanya terjemahan Bible dalam Bahasa Melayu sahaja hendak menggunakan nama Allah? dalam Bahasa Inggerisnya tetap di kekalkan GOD?
Kekadang kita ini, telalu sensitif dengan perkara yang tak begitu penting sehingga kita mengabaikan perkara-perkara yang penting kerana banyak masa dihabiskan dengan membincangkan isu yang tidak penting.
Mengapa kita begitu takut dengan pernyataan agama lain yang ingin menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka? Adakah kita takut akidah kita tercalar? Kenapa perlu begitu?
Bukankah akidah itu adalah pegangan diri masing-masing. Selagi kita berada di atas dasar kebenaran dan pegangan yang betul, maka kita selamat. Mengapa perlu takut pula? Bukankah kita perlu berbangga kerana ada agama lain yang mula mengakui Allah adalah tuhan mereka?
Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Lihatlah, Al-Quran sendiri tidak membantah penggunaan Allah oleh orang bukan muslim, apatah lagi kita yang hanya ditakuti oleh bayang-bayang takut terpesong akidah. Bukankah lebih baik kita menjaga akidah diri kita dengan sebaiknya dan berpegang pada kebenaran dari terus ditakuti dan dibayangi oleh sesuatu yang tidak pasti?
Kalaulah sebutan nama Allah itulah yang menentukan akidah seseorang muslim,sudah tentu golongan musyrikin Mekah tak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Ini kerana mereka sejak berzaman lagi sudah memanggil tuhan mereka dengan nama Allah. kalaulah sebutan nama Allah adalah penentu akidah, apa beza Allah yang disembah oleh kaum musyrikin dengan Allah yang disebut oleh nabi Muhammad?
Satu lagi, lihat pada nama bapa Nabi Muhammad. Bukankah namanya Abdullah yang membawa maksud hamba Allah? Dan dimaklumi semua bahawa bapanya lahir pada zaman arab jahilliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul
Cuba kita buat perbandingan dengan negara Timur Tengah. Orang Arab Kristian juga memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga dalam doa mereka. Mengapa kita di Malaysia pula berkata tidak boleh dan membantah penggunaan itu. Sedangkan Allah itu milik semua makhluknya.
Dan sesungguhnya bukan semua yang mengakui Allah itu dianggap sebenar-benar muslim selagi ia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik. Kita ambil contoh senang, berapa ramai yang berserban dan berjubah tetapi tetap menyembah kubur tok wali yang dianggap karamah dengan merintih dan merayu segala macam permohonan dan doa kononnya ia sebagai perantaraan. Jika begini hakikatnya, apalah beza dengan mereka yang menyembah berhala dengan memanggil nama-nama berhala mereka yang asalnya dari nama orang-orang saleh yang mati pada zaman dahulu?
Jika kita jelas dengan akidah kita, apakah kita akan keliru dengan ajaran Islam dan Kristian? Apakan kita sudah tidak ada akal ntuk memikirkan dan membuat perbandingan? Bukankah sudah jelas dan terang perbezaan yang wujud dalam ajaran Islam dan Kristian walaupun mereka menggunakan perkataan Allah dalam Bible mereka? Takkan lah kita dengan senang-senang mengakui sesuatu itu Islam hanya mendengar nama Allah disebut. Takkanlah kita tak tahu nak bezakan antara siang dan malam, putih dan hitam. Kita kan ada akal. Allah kurniakan akal. Gunakanlah. Jangan simply-simply main ikut atau main turut sahaja.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Saya bersetuju dengan pandangan Sdr Adli ini, kerana Nik Aziz sendiri secara terbuka membenarkan penganut Kristian di M'sia gunakan nama Allah dalam terjemahan Bible. Pada mulanya saya fikir beliau ada kepentingan politik, setelah ada penjelasannya baru saya faham dan nampak.
Beliau memberikan alasan dan contoh yang kukuh di mana pada zaman jahiliyah sebelum kelahiran Nabi Muhammad, masyarakat musyrikin Mekah dah lama gunakannya. Ianya tidak jadi kesalahan pun. Dalam Bible sendiri pun ada panggilan Tuhan mereka 'El' atau 'Elli" yang membawa makna Allah.

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1451
Registration date: 2009-04-16
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
bayau wrote:Orang Kristian nak buat terjemahan Injil ke dalam bhs Melayu. Di Msia penggunaan perkataan Allah dilarang dalam kitab tersebut. Apa komen anda? wajarkah org kristian guna nama Allah sbg Tuhan mereka?
Tak tahulah nak kata apa.... Tapi kalau misalnya jam tangan ROLEX yang asli bila ada pengeluar jam lain nak pakai jenama itu juga, boleh ke?

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Allah yang Maha Esa...,Satu dan Tunggal...,Tuhan Sekelian Alam...,Jikalau Bangsa lain mengESAKAN Allah tiada menyalahinya...,Tetapi...jikalau mereka memasukkan atau bermaksud sesuatu atau mereka cipta sesuatu yang berbentuk atau berjisim
atau dibayangi sesuatu yang terlintas difikiran mereka rupa bentuk Allah....dan di sebut ALLAH...,ITU LAH YANG DILARANG.

wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Reputation: 0
Credits: 1404
Registration date: 2008-08-31
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Cuba gunakan program carian milik blog kristian ini dalam Dictionary Krristian, taip perkataan ALLAH, adakah perkataan itu atau tidak? Klik di sini
.
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Apa kata Pengarah IKIM?
Klik di sini
.
Klik di sini
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Dalam Bible adakah tidak nama ALLAH?
Klik di sini
.
Klik di sini
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Teringintahu wrote:bayau wrote:Orang Kristian nak buat terjemahan Injil ke dalam bhs Melayu. Di Msia penggunaan perkataan Allah dilarang dalam kitab tersebut. Apa komen anda? wajarkah org kristian guna nama Allah sbg Tuhan mereka?
Tak tahulah nak kata apa.... Tapi kalau misalnya jam tangan ROLEX yang asli bila ada pengeluar jam lain nak pakai jenama itu juga, boleh ke?
Soalan anda ini telah dijawab oleh forumer yang lain seperti Sdr Adli & wwanyakub
Jadi usahlah terang lagi bersuluh, harap sdr Teringintahu fahamkan?
Tima kasih jugak untuk link2 yang diberikan, tapi untuk pengetahuan Teringintahu saya ni time online limited, jadi kena pandai curi2 masa nak berforum. Sebab tu tak dapat nak curah idea banyak2 berbanding mereka yang memang bidang ini 'makanan' diaorang.
Kalau boleh saya nak baca semua sekali apa yang ada di forum, tak kiralah segment apapun cuma masa online yang membataskan. So link2 yang sdr berikan tak dapatlah saya visit sekarang jugak. Kalau boleh sdr yang banyak masa online ni tolonglah cetekan balik apa yang ada di sana mengikut pandangan sdr, dapat saya beri komen ikut perspektif saya pula.
Disebabkan masa online saya yang suntuk ini jugalah saya hanya fokuskan pada topik2 yang saya betul2 minat saja sekarang. Kadangkala segan jugak bila tak dapat berikan idea yang bernas2 macam forumer lain, bukan apa tak sempat nak baca abis semua posting pastu nak fikir balik untuk reply.
Tak mengapalah, mungkin bukan sekarang Allah nak beri saya peluang untuk ber-discuss sepenuhnya secara online, mungkin di lain masa saja. InsyaAllah. Tetapi saya tetap hargai usaha2 Teringintahu link up-kan di topik ini. Jangan ambil hati pulak saya tak visit sekarang! Saya cakap ikhlas ni...ada masa insyaAllah saya visit.

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1451
Registration date: 2009-04-16
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
quran dah jelas terang madsud dia nak cari alasan lain buat apa , kalau ada terjemahan yg tak kena boleh tegur , kalau ada hadis yg sokong sila berikan dan bahaskan .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Al-Bahr wrote:Teringintahu wrote:bayau wrote:Orang Kristian nak buat terjemahan Injil ke dalam bhs Melayu. Di Msia penggunaan perkataan Allah dilarang dalam kitab tersebut. Apa komen anda? wajarkah org kristian guna nama Allah sbg Tuhan mereka?
Tak tahulah nak kata apa.... Tapi kalau misalnya jam tangan ROLEX yang asli bila ada pengeluar jam lain nak pakai jenama itu juga, boleh ke?
Soalan anda ini telah dijawab oleh forumer yang lain seperti Sdr Adli & wwanyakub
Jadi usahlah terang lagi bersuluh, harap sdr Teringintahu fahamkan?
Tima kasih jugak untuk link2 yang diberikan, tapi untuk pengetahuan Teringintahu saya ni time online limited, jadi kena pandai curi2 masa nak berforum. Sebab tu tak dapat nak curah idea banyak2 berbanding mereka yang memang bidang ini 'makanan' diaorang.
Kalau boleh saya nak baca semua sekali apa yang ada di forum, tak kiralah segment apapun cuma masa online yang membataskan. So link2 yang sdr berikan tak dapatlah saya visit sekarang jugak. Kalau boleh sdr yang banyak masa online ni tolonglah cetekan balik apa yang ada di sana mengikut pandangan sdr, dapat saya beri komen ikut perspektif saya pula.
Disebabkan masa online saya yang suntuk ini jugalah saya hanya fokuskan pada topik2 yang saya betul2 minat saja sekarang. Kadangkala segan jugak bila tak dapat berikan idea yang bernas2 macam forumer lain, bukan apa tak sempat nak baca abis semua posting pastu nak fikir balik untuk reply.
Tak mengapalah, mungkin bukan sekarang Allah nak beri saya peluang untuk ber-discuss sepenuhnya secara online, mungkin di lain masa saja. InsyaAllah. Tetapi saya tetap hargai usaha2 Teringintahu link up-kan di topik ini. Jangan ambil hati pulak saya tak visit sekarang! Saya cakap ikhlas ni...ada masa insyaAllah saya visit.
Jawapan... Klik di sini
.
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Alahai, Teringintahu asyik nak kena klik saja...ok yang ini saya visit...
Hmm, okaylah...kita berpeganglah pada apa yang diyakini benar...
Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati walau kita sembunyikan...
Keimanan seseorang itu Allah yang nilaikan...
Nak cakap banyak lagi masa limited, nak gi s***t jap...
Jumpa lagi...
Hmm, okaylah...kita berpeganglah pada apa yang diyakini benar...
Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati walau kita sembunyikan...
Keimanan seseorang itu Allah yang nilaikan...
Nak cakap banyak lagi masa limited, nak gi s***t jap...
Jumpa lagi...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1451
Registration date: 2009-04-16
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Al-Bahr wrote:Alahai, Teringintahu asyik nak kena klik saja...ok yang ini saya visit...Hmm, okaylah...kita berpeganglah pada apa yang diyakini benar...Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati walau kita sembunyikan...
Keimanan seseorang itu Allah yang nilaikan...
Nak cakap banyak lagi masa limited, nak gi s***t jap...
Jumpa lagi...
Dalam hal agama khususnya, dan juga dalam ilmu-ilmu lain amnya kita kena cross-check dengan pelbagai sumber, bukan hanya satu sumber saja bagi memastikan kita dapat apa yang dikatakan ILMU itu.
Malahan buku Al-Qur'an yang dicetak yg ada dijual itu pun kita kena check bagi memastikan ketulenan penerbit dan pencetaknya.
Di bagi link sebagai ada pelbagai sumber boleh baca sebab kata guna akal, maka kenalah ada pelbagai sumber rujukan dan berguru. Bukti kita kena berguru juga adalah Difirmankan oleh Allah, iaitu:
“... Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berilmu agama jika kamu tidak mengetahui.” [An-Nahl:
43].
Apa maksud jika kamu tidak mengetahui? Macam mana kita tahu apa yang kita tahu itu adalah betul? Kita kena check dengan orang yang berilmu, yang ada autoriti.
Kenapa kena check atau berguru dengan orang yang berautoriti?... Sebab syaitan juga boleh menjadi guru. Itulah sebabnya kita kena fahami semua Ayat-Ayat Allah ini:
[2:34; 2:36; 3:36; 4:117-120; 5:91; 7:11-18; 7:200-201; 8:48; 14:22; 15:17; 15:31-34; 16:98-100; 17:61-65; 18:50; 20:116-123; 22:52-53; 24:21; 35:6; 36:60; 38:71-85].
Tak cukup dengan hanya bertanya kepada yang berilmu saja, sebab Allah Berfirman maksudnya:
“.... maka bertanyalah kepada ahlu’dz- Dzkri” [Al-Anbia: 7.].
Lebih-lebih lagi bila kita tak faham arabic dan yang termampu untuk memahami Al-Qur'an hanya membaca terjemahannya yang diterjemahkan oleh manusia menggunakan bahasanya sendiri. Bahasa terjemahan itu bukannya bahasa Al-Qur'an tetapi bahasa manusia yg menterjemahkannya.
Ada orang tu pulak wah dia sangka dia sudah memahami Al-Qur'an hanya dengan setakat membaca terjemahannya. Lalu bila bertemu ayat mengenai solat dia pun fikir solat itu didirikan sehari semalam itu 3 kali sahaja.
Dirikan solat... Maka dia pun hanya solat sambil berdiri saja.
Pada hal setiap hari di Masjidil Haram sana sejak Baginda Nabi s.a.w. mulai mendirikan solat lagi orang ramai yg turut sama solat dengan baginda hinggalah samapi orang ke zaman ini solat adalah 5 kali sehari semalam.
Agaknya bila golongan anti hadis ini menunaikan rukn haji bila tiba waktu solat, dua waktu dia tak akan sama solat sebab baginya solat hanya 3 waktu saja. Berjuta orang solat 5 waktu tapi dia solat 3 waktu.
Apabila Bukhari menyatakan 5 kali, tentulah kita berfikir dari mana dia tahu solat itu 5 kali sebab dia sudah buat cross-checked ketika dia pergi ke Mekah semasa dia berusia 18 tahun.
Golongan anti-hadis ini mereka lebih percaya kepada Rashad Khalifa, Ismail Adham, Kassim Ahmad dan Othman Ali drpd mahu mempercayai Bukhari dan Muslim. Apa hal?
Seluruh ulama Islam mengiktiraf Bukhari dan Muslim. Siapa Rashad Khalifa? Siapa Kassim Ahmad? Pergi uji Kassim Ahmad itu, buka tengah-tengah surah Al-Baqarah (bahasa arab Al-Qur'an) suruh dia terjemah 30 ayat, dia boleh terjemahkah atau tidak?
.

Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
So, saudara Teringintahu fikir saya tidak ada pembimbingkah di alam realiti? main ikut membuta tuli saja di alam maya ini?
Saya berterima kasih dengan apa yang saudara terangkan, apa saja perbezaan pendapat di sini saya tidak akan katakan ianya salah selagi saya tak dapat buktikan ianya salah.
Apa yang saudara katakan juga tidak salah kerana ianya mengikut syariat. Saya di sini ingin mengambil tahu dan membuat perbandingan untuk pegang mana yang benar! (saya fikir dah banyak kali ulang statement ini)
Nanti saya ada punya banyak masa InsyaAllah akan saya qoutekan ayat Quran yang dah ada forumer lain postingkan ; membawa maksud :-
1. Al Quran itu diturunkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh seluruh umat.
Jadi maksudnya disitu, jika terjemahan dalam pelbagai bahasa sekalipun ianya tidaklah lari dari maksud asal Al Quran itu sendiri. Sama sahaja. Adakah saudara setuju saya katakan novel Harry Potter itu tidak sama dalam terjemahan mana2 bahasa sekalipun sebab bahasa asalnya English? (ada 52 bahasa terjemahan untuk novel tersebut) Bagaimana tu?
2. Setiap bangsa akan didatangkan rasul2 dari kalangan mereka yang dapat menjelaskan dan memberi petunjuk dari Allah.
Sekarang memang tiada rasul lagi sebab Nabi Muhammad penutup segala nabi. Tapi rasul atau utusan Allah yang dimaksudkan disini adalah orang2 yang berilmu faham agama tinggi, berakal dan beriman itulah menjadi wakil Allah untuk menyampaikan kebenaran. Tidak kira dari bangsa apa sekalipun.
Jadi itulah yang dapat saya faham setakat ini, kalau saudara nak tolong jelaskan lagi bagus. Sampai sini saja dulu. Jumpa lagi!
p/s: Jika besok saya tak online untuk posting bukan maknanya saya berpaling lari, tapi saya balik kg jap. Kalau diizinkan Ilahi dapatlah saya curi2 untuk online. Harap maklum. (tak mahu dikatakan pengecut!)

Al-Bahr kau ke solat 3 waktu...tok guru mana yg ajar tu....isk isk isk budak ni...aku tgk kau semua org cakap kau setuju je.... 

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Salam Zahabur,
Saya jawabkan persoalan saudara ini di topik yang lain...
Supaya kita tidak terus-terusan 'off topic' (respect pada tuan punya topic sikit)!
Jumpa saya di LAMAN PEDOMAN PART II, kalau tuan arif lagi bijaksana pasti tak sukar carinya...
Jumpa di sana ya!

Saya jawabkan persoalan saudara ini di topik yang lain...
Supaya kita tidak terus-terusan 'off topic' (respect pada tuan punya topic sikit)!
Jumpa saya di LAMAN PEDOMAN PART II, kalau tuan arif lagi bijaksana pasti tak sukar carinya...
Jumpa di sana ya!

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1451
Registration date: 2009-04-16
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
bayau wrote:Orang Kristian nak buat terjemahan Injil ke dalam bhs Melayu. Di Msia penggunaan perkataan Allah dilarang dalam kitab tersebut. Apa komen anda? wajarkah org kristian guna nama Allah sbg Tuhan mereka?
Mereka sudah pun buat Al kitab terjemahan bahasa melayu, dan memasukkan nama Allah didalamnya. ini sudah berlaku lama dahulu.....adakah baru sekarang umat islam di malaysia nak bising?
saya x kisah kalau mereka nak guna nama itu tetapi biarlah pengunaannya bersesuai dengan maksud Allah itu dan bukannya sesuka hati hingga menimbulkan penyalah gunaan istilah Allah.
Allah bermaksud Tuhan Yang Satu dan bukannya bermaksud Tuhan(semata-mata).sebab tu kita x boleh nak gantikan nama Allah kepada Tuhan. dan Allah itu adalah bahasa arab bukan melayu. disebabkan Allah itu bukan bermaksud Tuhan semata2 maka kita x boleh nak terjemahkan Allah itu kepada Tuhan melainkan meminjam perkataan arab iaitu Allah sebagai nama Tuhan.
Allah adalah berasal dari bahasa arab semitic berakar tunjang dari bahasa Nabi Ibrahim. begitu juga dengan bahasa orang Yahudi juga berasal dari bahasa semitic. oleh itu dalam pengunaan kitab Injil penulisan nama Allah juga wujud...
Namun bukan dalam sebutan Allah, orang Yahudi mengunakan bahasa semitic hebrew..bukan semitic arab. dan perkataan yang seerti dengan Allah yang saya boleh faham ialah Elohim yang terkandung dalam kitab Bible yang lama.
Jadi persoalan..kenapa kristian nak guna nama Allah yang berasal dari bahasa Arab. (sebab nabi arab ialah nabi Muhammad)dan tidak gunakan nama Elohim dalam bahasa yahudi...bukankan kitab injil mula2 ditulis dalam bahasa yahudi(hebrew semitic)?(nabi yahudi ialah Jesus).

Madah- Siswa-Siswi
- Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 1071
Registration date: 2009-07-26
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Salaam,
Iya.... mengapa Al Quran berbahasa arab, sebabnya Nabi Muhammad dan kaumnya adalah berbangsa arab... andainya Al Quran di turunkan di Negara China, adakah Al Quran tetap berbahasa arab ?
Al Quran itu sendiri adalah terjemahan dari berbagai bahasa... bahasa sejak dari Adam sehinggalah Nabi Muhammad dan begitu jugak bahasa haiwan dan Jin semuanya diterjemahkan ke dalam bahasa arab agar kaum arab ketika itu faham apa mesej yang Allah sampaikan....
Kalau kita rujuk Al Quran pun... bahasa Nasrani atau Yahudi telah diterjemahkan kepada bahasa arab berkenaan istilah "Allah";
AQ 5:72. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah, Allah akan mengharamkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang yang zalim tidak ada penolong- penolong."
Dialog diatas adalah antara Nabi Isa dengan kaumnya.... persoalannya disini, adakah perkataan "Allah" dalam ayat diatas sememangnya digunakan oleh Nabi Isa dan kaumnya (bahasa Nabi Isa) atau ianya telah diterjemah ke bahasa arab ?
Jika Allah dalam Al Quran telah menterjemahkan dari bahasa lain ke bahasa arab perkataan "Allah", mengapa pulak ada larangan manusia pada masa kini terhadap terjemahan kitab penganut lain terhadap penggunaan istilah "Allah" ?

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1267
Registration date: 2009-07-01
Re: Guna nama Allah dalam kitab Injil.
Salam saudara Payau..
sebab itulah saya tidak kisah jika orang bukan Islam ingin mengunakan nama Allah. namun sepertimana saya katakan sebelum ini... jika pengunaan istilah Allah itu tidak benar atau salah pengunaan nya maka sebagai Muslim yang mengenali sifat Allah, adalah wajar kita jelaskan dalam erti pengunaan sebenar.
jika kamu berbicara mengatakan pokok kelapa itu sebagai pokok pisang sudah tentu saya menegur saudara..bukan?. dan melarang pengunaan sebegitu.
Elohim(Eloh kata akar im adalah plural sahaja) dan Allah adalah perkataan yang sama yang mempunyai maksud yang serupa dan merujuk pada entiti yang sama.
sama perkaranya berlaku diantara orang kelantan dengan orang terengganu iaitu menyebut perkataan ....kalau terengganu sebut Makang Ikang" orang kelantan sebut" Make ike' " dari segi pengunaan bahasa betul sebab perbezaan ialah lafaz dialek je..begitu juga Eloh dan Allah lidah yahudi menyebut dengan lidah arab meyebut berbeza tetapi perkara yang sama
satu lagi perlu difahami Allah bukan sekadar menunjukkan pengertian Tuhan yang satu tetapi juga membawa erti nama.
bila sebut Tuhan...itu bukan nama
bila sebut God... itu bukan nama
tetapi bila sebut Allah ..itu adalah nama
dan nama tidak boleh ditukar atau diterjemahkan apabila hendak dipakai.
Fokus disini (oleh saya) bukan x boleh mereka mengunakan nama Allah tetapi mengunakan nama Allah itu biarlah tepat pengertiannya. jika saudara baca habis surah yang saudara sertakan.. walaupun pengunaan nama Allah dilakukan oleh orang yahudi tetapi Allah murka keatas mereka atas perkara yang mereka istilahkan nama Allah kepada Nabi isa.jika Allah sendiri tidak suka..kenapa pula kita perlu menyukainya (bila salah pengunaan).
[9.30] Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah
anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak
Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu)
mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan
mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Ini jelas seperti mana Nabi Muhammad saw berbuat dahulu,diatas wahyu Allah
dengan mengajak mereka berpegang pada satu kalimah Allah dimana merangkumi syarat2 berikut
[3.64] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab,
marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa
sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
ayat 64 surah 3 jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saw mengajak mereka supaya berpegang pada sifat2 Allah(dalam pengertian allah sebenar dan bukan pengertian Allah yang mereka buat2kan) yang tidak boleh disekutukan. malang mereka tidak...
Bukan semua orang kristian mahu merosakkan umat islam tetapi ade pihak2 tertentu dalam organisasi kristian mahu merosakkan pemahaman muslim terhadap Allah. kes ini berlaku di Afrika..jika saya ada jumpa kembali rujukkan dalam internak hardisk saya ..saya akan postkan disini...hakikat menakutkan

Memperterjemahkan Al quran...tiada masalah, terjemahkanlah namun penterjemahan mestilah tepat dan sesuai dengan apa yang hendak disampaikan.
sepanjang saya mempelajari Al quran, ada kalanya penterjemahan yang dibuat tidak menepati maksud..alhamdulillah saya seorang agak teliti jadi beberapa ayat sebelum ini kalau dilihat tiada masalah dari segi kefahamannya tetapi akal saya mengatakan ini x tepat dan hati saya berkeras mengatakan ayat sepatutnya begini atau begitu maka saya rujuk perkataan arab yang asal untuk kefahaman lebih..dan berhasil.
Bukan salah penterjemah kerana kadang kala struktur tatabahasa, susunan ayat serta kiasan yang diguna pakai tidak serupa di antara bahasa-bahasa didunia ini. lagipun penterjemah itu manusia maka manusia ni buat silap kadang kalanya. sebab tu ramai nak kekalkan Al quran dalam bahasa Arab sebab Allah yang terjemahkannya dalam bahasa Arab dan Allah tak lupa atau tersilap..bukan sebaik2 penterjemah itu Allah.... kalau manusia buat terjemahan, sedikit sebanyak ader juga kekurangannya.
maka penterjemah perlu memainkan peranan penting dalam memastikan penterjemahan mereka menepati apa yang hendak disampaikan oleh Al quran. bahasa Arab agak komplek tetapi taklah susah nak dipelajari sebab bahasa manusia juga

Similar topics» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» PURANA, kitab apakah itu?
» Kata Nama
» Kata Sendi Nama
» Maksud disebalik nama saya..
» PURANA, kitab apakah itu?
» Kata Nama
» Kata Sendi Nama
» Maksud disebalik nama saya..
e-mindakita :: Minda Umum :: Agama
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum