HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
kuiz diari minda kaabah anak games nama bongsu kata teki pantun pelekat anti mutiara akaun video neraka rampa speak shirt kisah teka borak kereta sambung kita
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 KISAH KUCING

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2  Next
AuthorMessage
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: KISAH KUCING   Sun Dec 21, 2008 12:18 am

Haiwan kesayangan ramai ini memang sangat istimewa. Ada orang sangat2 sukakannya, tetapi ramai juga yang tak gemarkan haiwan manja ini. Anda mungkin mempunyai cerita menarik untuk dikongsi mengenai sahabat manusia ini....
Back to top Go down
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sun Dec 21, 2008 3:04 am

Kat rumah Abe Taju ni ada 6 ekor kucing. 2 ekor dari kelahiran pertama dan 4 lagi berusia 4 bulan. Ibu mereka merupakan kucing jalanan yang diambil oleh anak abe di tadika. mungkin umurnya 2 bulam pada masa tu.

Sebenarnya kelahiran pertamanya 4 ekor....3 betina dan seekor jantan. Tidak lama kemudian, salah seekor anak betinanya 'menghilangkan' diri. Kejadian berlaku ketika kami pulang ke kampung. Mungkin mereka mengembara mencari makanan dan terjadilah apa2 peristiwa yang tidak dingini.

Semasa ibunya melahirkan adik2 mereka ( 5 ekor kesemuanya), anak jantannya tu sentiasa bersama, tak tinggal jauh... tapi anak2 betina tah ke mana. Pada masa yang sama dua ekor anak betina yang masih tinggal sedang mengandung anak sulung masing2.....

Si abang ni cukup rapat dengan adik2nya,malah boleh tidur bersama... tapi kakak2nya pula tak boleh masuk dekat... mendengus je...

Malang tidak berbau.... Sekali lagi kami balik kampung... salah seekor anak kucing yang baru dilahirkan mati.... malah ibunya juga 'menghilangkan' diri.... Beberapa hari sebelun itu kami membaa si ibu ke klinik haiwan, memandangkan kesihatannya terganggu... mungkin tak terpikul taanggungjawab yang berat....

Bermulalah satu keajaiban yang tidak pernah saya saksikan...

Kami tidak boleh meluangkan sepenuh masa untuk membantu 4 ekor anak kucing yang masih menyusu tu.... begitu juga tidur malamnya... tak cukup dengan alas tuala sahaja....

sungguh menakjubkan. Semua tugas itu dilakukan oleh abangnya.... ya kucing jantan tu.... dia biarkan sahaja 4 ekor adiknya 'menyusu'... apayang saya perhatikan, bulu2 bahagian perutnya basah... dah tentulah tak ada susu yang keluar... nampak mereka lapar, kamilah yang berikan susu tu.... tetapi sikap si abang yang biarkan sahaja adik2nya 'menyusu', benar2 menyentuh perasaan saya.

Namun begitu, anak2 kucing ni, lama kelamaan diterima juga oleh kakak2nya yang lain. mungkin kerana mereka sering mencari ibunya yang telah mati tu.. untuk mendapatkan susu....

Selang beberapa hari, salah seekor kakaknya yang sedang menangandung tu mati. Kucing ini paling disayangi oleh kami.... bulunya putih dan sangat lebat, serta panjang pula.... dia mati kemungkinan besar dilanggar kereta.....

Suatu hari kami dapati satu2nya si kakak yang ada tu, mengalami keguguran, dua ekor... anaknya hanya menunggu masa untuk dilahirkan. entah apa sebabnya kamipun tak tahu...
Back to top Go down
myra_roses
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2534
Age: 27
Location: Di bawah langit yg biru...memandang matahari yg satu..
State:
Points: 955
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sun Dec 21, 2008 11:35 pm

kucing mati mase darjah 6... demam 1 hari x g sekolah..sedih oo...pastu trus x nak bela dah...

_________________
' Merintis hari yang lebih indah di www.e-mindakita.comi'

Back to top Go down
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Mon Dec 22, 2008 1:21 am

edisi terbaru....

Kat rumah Abe Taju ni ada 6 ekor kucing. 2 ekor dari kelahiran pertama Labu dan Uyin
dan 4 lagi berusia 4 bulan, Gemuk, Gomok, Roku dan Putih2. Ibu mereka merupakan kucing jalanan yang
diambil oleh anak abe di tadika. Mungkin umurnya 2 bulam pada masa tu.

Sebenarnya
kelahiran pertamanya 4 ekor....3 betina (Labu, Labi dan Putih )dan seekor jantan iaitu Uyin.. Tidak lama
kemudian Labi 'menghilangkan' diri. Kejadian
berlaku ketika kami pulang ke kampung. Mungkin mereka mengembara
mencari makanan dan terjadilah apa2 peristiwa yang tidak dingini.

Semasa
ibunya melahirkan adik2 mereka ( 5 ekor kesemuanya), anak jantannya tu
sentiasa bersama, tak tinggal jauh... tapi anak2 betina tah ke mana.
Pada masa yang sama dua ekor anak betina yang masih tinggal, Labu dan Putih sedang
mengandung anak sulung masing2.....

Si abang ni cukup rapat
dengan adik2nya, malah boleh tidur bersama... tapi kakak2nya pula tak
boleh masuk dekat... mendengus je...

Malang tidak berbau....
Sekali lagi kami balik kampung... salah seekor anak kucing yang baru
dilahirkan mati.... malah ibunya juga 'menghilangkan' diri.... Beberapa
hari sebelum itu kami membawa si ibu ke klinik haiwan, keranakurang sihat... mungkin tak terpikul taanggungjawab yang
berat bagi menyusu 5 anak yang baru lahir itu.

Bermulalah satu keajaiban yang tidak pernah saya saksikan...

Kami
tidak boleh meluangkan sepenuh masa untuk membantu 4 ekor anak kucing
yang masih menyusu tu.... begitu juga tidur malamnya... tak cukup
dengan alas tuala sahaja....

Sungguh menakjubkan. Semua tugas
itu dilakukan oleh abangnya.... ya kucing jantan tu,si Uyin.... dia biarkan
sahaja 4 ekor adiknya 'menyusu'... apa yang saya perhatikan, bulu2
bahagian perutnya basah... dah tentulah tak ada susu yang keluar...
nampak mereka lapar, kamilah yang berikan susu tu.... tetapi sikap si
abang yang biarkan sahaja adik2nya 'menyusu', benar2 menyentuh perasaan
saya. Malah dia juga akan menjilat adik2nya itu. Mesra sungguh nampaknya.... seolah2 dialah ibu kepada anak2 kucing tersebut.

Namun begitu, anak2 kucing ni, lama kelamaan diterima
juga oleh kakak2nya yang lain. Mungkin kerana mereka sering mencari
ibunya yang telah mati tu... jadi tak kira sapa, mereka sondol je untuk mendapatkan susu.... lama kelamaan si kakak pun boleh terimalah.... agaknya dah jenuh mereka nak lari....

Selang
beberapa hari, Putih juga mati.
Kucing ini paling disayangi oleh kami.... bulunya putih dan sangat
lebat, serta panjang pula.... dia mati kemungkinan besar dilanggar
kereta.....

Suatu hari kami dapati satu2nya si kakak yang ada
tu, si Labu, mengalami keguguran... dua ekor... anaknya tu hanya menunggu masa untuk
dilahirkan. Entah apa sebabnya kamipun tak tahu...

Mungkin ini semua adalah hikmah Allah..... dek kerana kehilangan anak, Labu dengan relanya mula menyusukan adik2nya. Bukan itu sahaja, sebagaimana ibu kucing yang lain, dia juga membelai dan memanggilnya jika 'anak2'nya itu tiada disisi....

Sekarang mereka semua sihat wal afiat....
Back to top Go down
tokkmudim
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2844
Location: ada kapal besar2 & kontena byk2
Points: 1037
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-12

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Wed Dec 24, 2008 4:12 pm

kat belakang umah ada beberapa ekor kucing termasuk KKU (kalu orang kita panggil OKU)..mak tak bela tapi kucing slalu lepak kat belakang umah n biase depa luch n dinner kat belakang,mak atau adik bagi..kadang2 simpan makanan utk depa anak beranak...
kucing tu bukan jenis kucing berbulu lebat, ada yang cacat n kusut masai tapi mak panggil anak kucing angkat..dah berapa keturunan depa tuh..ada la satu ketika tu mak tgk kucing syok sgt tgk sesuatu,rupanya dia tgk ular yang nak masuk belakang umah tokk..pastu datang ibu dia halau ular tue..mengucap panjang mak, bersyukur tak terkira kerana kucing yang mak bagi makan dah pandai jaga rumah tokk wlpn dia bukan belaan family,just bagi makan jer..bukan skali tapi beberapa kali gak la kucing tu halau ular..
kucing pun ada hati n perasaan gak,ni namanya balas jasa wlpn kami tak penah mengharap pape pun...jgn lah kita pukul atau mengainaya kucing kerana itulah binatang kesayangan nabi..

_________________
~tadahan Doa Untuk KEbahagiaan DAlam TAngisan~
Back to top Go down
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sat Dec 27, 2008 1:59 am

Beberapa hari lepas jumpa kucing yang keadaannya tak pernah saya lihat ebelum ini.....

Kucing ni baru sembuh dari satu kemalangan, tapi belm sepenuhnya...maih ada luka yang belum pulih.... akibat kemalangan tu, pinggangnya patah. Kucing yang patah pinggang, tapi masih boleh hidup? ini memang atu keajaiab yang allah tunjukkan... susah nak diterima akal... kalau manusiapun mmelukan alat sokongan di hospital...
Salah satu kaki belakangnya lumpuh terus, satu kaki lagi mungkin 20% shj yang boleh digunakan.... apabila berjalan, hanya kaki hadapan yang seolah2 menarik bahagian belakangnya.... manakala kaki belakang yang 20% tu hanya tukang tolak ke depan shaj, nak melangkah mcam tak boleh dah... bahagian belakang tu asyik terkulai je...... kesian sungguh tengok kat dia.... Begitulah takdir Allah, walaupun begitu, ia masih bernafas.....
Back to top Go down
mekganu
Dekan
Dekan


Number of posts: 3628
Points: 996
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Fri Jan 16, 2009 10:52 pm

tengahari tadi dalam hujan sejak subuh, dengar suara anak kucing kat luar rumah. mengiau-ngiau kesayuan. cuba cari sbb suara tu dekat sangat ngan telinga, tapi tak jumpa. bila hubby balik masjid suruh dia cari jugak sebab hujan semakin lebat. rupanya ada sekor anak kucing yg baru lahir dan urinya masih ada dlm longgokan rumput yg baru dimesen petang semalam. hubby ambik anak kucing tu dan lap kering-kering. ingat dihati petang nanti nak bawak gi rumah kakak ipar sbb dia ada kucing beranak kecik. tapi hajat tak kesampaian sbb anak kucing tu dah mati masa nak ambik dia bawak gi nyusu rumah kakak. kalaulah ibu kucing tu ada ketika itu mahu den sekeh-sekeh kepalanya. pandai buat anak jer!

cat dance

_________________
senja bikin hatiku tak menentu, dan malam kian usang. disini, terlalu jauh paginya...!!

mek ganu
Back to top Go down
IslahkanDiri
Siswazah
Siswazah


Number of posts: 235
Age: 23
Location: Universiti MAlaya
State:
Points: 869
Reputation: 0
Registration date: 2008-04-28

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sat Jan 17, 2009 8:52 am

islah takut kucing...kalau nampak kucing mesti lari,xpun bile mkn mesti angkat kaki.. star 1
Back to top Go down
tokkmudim
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2844
Location: ada kapal besar2 & kontena byk2
Points: 1037
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-12

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Mon Jan 19, 2009 12:56 pm

IslahkanDiri wrote:
islah takut kucing...kalau nampak kucing mesti lari,xpun bile mkn mesti angkat kaki.. star 1


tokk suka kucing,kalu nampak kucing mesti lari kejar kucing tangkap nak main2..hehehheeee..kalu islah ada skali nati tokk bagi islah main2 ek... glass 1 kalu kucing gigit islah,tokk gigit kucing tu balik Eff Hedge

_________________
~tadahan Doa Untuk KEbahagiaan DAlam TAngisan~
Back to top Go down
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Tue Jan 20, 2009 12:12 am

tokkmudim wrote:
IslahkanDiri wrote:
islah takut kucing...kalau nampak kucing mesti lari,xpun bile mkn mesti angkat kaki.. star 1


tokk suka kucing,kalu nampak kucing mesti lari kejar kucing tangkap nak main2..hehehheeee..kalu islah ada skali nati tokk bagi islah main2 ek... glass 1 kalu kucing gigit islah,tokk gigit kucing tu balik Eff Hedge


Kalau islah makan, Tok jaga bawah meja.... tak payah nak angkat2 kaki lagi....
Back to top Go down
mekganu
Dekan
Dekan


Number of posts: 3628
Points: 996
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Tue Jan 20, 2009 1:04 am

tak takut kucing tapi mmg tak pernah suka kucing. tapi anak2 dgn kucing takleh nak dipisahkan terutamanya siadik tu. teringat bagaimana nak bagitau yg kucingnya dah mati kena langgar ngan hubby suatu ketika dulu. sebak tgk dia menangis! hubby pulak punyalah kesal tak sudah.

_________________
senja bikin hatiku tak menentu, dan malam kian usang. disini, terlalu jauh paginya...!!

mek ganu
Back to top Go down
IslahkanDiri
Siswazah
Siswazah


Number of posts: 235
Age: 23
Location: Universiti MAlaya
State:
Points: 869
Reputation: 0
Registration date: 2008-04-28

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Tue Jan 20, 2009 7:44 am

amboi2 tokk nie...menjadi2 ek nk usik org...mentang2la org ade kelemahan..nk kena tokk nie... sneeze
Back to top Go down
tokkmudim
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2844
Location: ada kapal besar2 & kontena byk2
Points: 1037
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-12

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Thu Jan 22, 2009 3:24 pm

mekganu wrote:
tak takut kucing tapi mmg tak pernah suka kucing. tapi anak2 dgn kucing takleh nak dipisahkan terutamanya siadik tu. teringat bagaimana nak bagitau yg kucingnya dah mati kena langgar ngan hubby suatu ketika dulu. sebak tgk dia menangis! hubby pulak punyalah kesal tak sudah.

so skrg ni ada lagi kucing kat umah ek...
ala bkn sengaja terlanggar kucing anak bonda,kire dah ajal kucing tu kat tayar kete hubby nak wat camana kan...
kucing pun pandai kenang jasa tau,InsyaAllah ada la tue..

_________________
~tadahan Doa Untuk KEbahagiaan DAlam TAngisan~
Back to top Go down
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sat Jan 24, 2009 12:46 am

tokkmudim wrote:
mekganu wrote:
tak takut kucing tapi mmg tak pernah suka kucing. tapi anak2 dgn kucing takleh nak dipisahkan terutamanya siadik tu. teringat bagaimana nak bagitau yg kucingnya dah mati kena langgar ngan hubby suatu ketika dulu. sebak tgk dia menangis! hubby pulak punyalah kesal tak sudah.

so skrg ni ada lagi kucing kat umah ek...
ala bkn sengaja terlanggar kucing anak bonda,kire dah ajal kucing tu kat tayar kete hubby nak wat camana kan...
kucing pun pandai kenang jasa tau,InsyaAllah ada la tue..


Kalau nak hitung.... setakat ni dah 4 ekor kucing dilanggar dek proton segak abe tu ( kalau tak silap la...), tak termasuk sekor ayam dan sekor kambing....
Back to top Go down
Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Points: 878
Reputation: 0
Registration date: 2008-05-24

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sat Jan 24, 2009 1:45 am

Ayah Mr G mmg sayang kat sekor tu.. Setiap hari ayah ke surau, dia hantar sampai tepi jln. Lepas ayah solat Isya' dia tunggu kat tempat yg sama.. Begitulah rutin harian Si Hitam.. Manja kat alah..
Smpai satu malam waktu ayah balik solat Isya' Si Hitam yg gemuk tu tak sabar nak sambut ayah.. Dia terus menyeberang jlnraya.. TUMMMM!! ... Si Hitam tercampak kurang lebih 20 meter terus ke tepi tembok.. Ayah cepat cepat tengok Si Hitam.. Si Hitam dah tak ada.. Ayah angkat 'bangkai' Si Hitam.. terus 'kebumikan' kucing kesayangannya.. Mr G dapat lihat mata ayah yg sedikit basah.. "Sayang betul abah kat Si Hitam nie"..kata hati kecilku.. cry 1
Back to top Go down
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Points: 862
Reputation: 1
Registration date: 2008-06-23

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sat Mar 07, 2009 1:02 am

Ingat lagi kat Uyin yang Abe kisah kan di atas..... si kucing jantan yang menjaga adik2setelah kematian ibunya. Baru2 ni, Uyin juga telah mati. Sebelum kematiannya, dia yang asalnya gemuk dan nampak 'ganas', kehilangan selera makan, dan jadi kurus. Kami membawanya ke klinik, dan doktor haiwan mengatakan dia terkena jaundis, penyakit kuning. Selang beberapa hari selepas tu, diapun mati. anak2 saya menangis, malah isteri sayapun turut menangis. Kami memang sayang kat kucing tu...

Adiknya, Labu telah melahirkan 5 ekor anak beberapa hari sebelum kematian Uyin. Anak2nya sungguh comel... 2 ekor berwarna hitam putih,dan 3 lagi coklat putih.... walaupun asalnya kucing jalanan, tetapi bulunya tebal dan panjang.

Nampaknya kat rumah kami ni semakin banyaklah kucing. Selain daripada labu dan aanak2nya, 4 ekor adik2nya dulu... roku, gomok, gemuk dan putih masih bersama kami.

Roku, satu2nya kucing betina daripada 4 beradik tu, nampaknya sedang mengandung juga....

Saya tengah dok fikir ni, macam mana nak uruskan kesemua kucing tu..... Nak buang, anak2 sering menghalang.... saya sendiri pun tak sanggup rasanya....
Back to top Go down
mekganu
Dekan
Dekan


Number of posts: 3628
Points: 996
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Sun Mar 08, 2009 1:20 am

pernah ada 12 ekor kucing parsi sekali gus suatu ketika dulu. sekali bawak gi cucuk kat jabatan haiwan terbang RM240. sekor RM20. ada juga yg mati kena langgar sbb tak perasan. bercakap pasal kucing ni mmg byk citer disebaliknya. sekarang ni cuma tinggal 2 ekor - Tiger Spartacus dan Yellow. Yg lain saya bagi kat orang. susahlah nak balik kampung..

_________________
senja bikin hatiku tak menentu, dan malam kian usang. disini, terlalu jauh paginya...!!

mek ganu
Back to top Go down
Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)
Pro-Canselor (Member Berkualiti)


Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Points: 878
Reputation: 0
Registration date: 2008-05-24

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Tue Mar 10, 2009 12:26 am

Bagi kat orang tak pa..
Jgn bagi kat Sarkes udah ler..
Back to top Go down
mekganu
Dekan
Dekan


Number of posts: 3628
Points: 996
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Tue Mar 10, 2009 12:32 am

Gelembong wrote:
Bagi kat orang tak pa..
Jgn bagi kat Sarkes udah ler..

bagi kat sarkas buat makanan rimau dgn singa.

_________________
senja bikin hatiku tak menentu, dan malam kian usang. disini, terlalu jauh paginya...!!

mek ganu
Back to top Go down
tokkmudim
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2844
Location: ada kapal besar2 & kontena byk2
Points: 1037
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-12

PostSubject: Re: KISAH KUCING   Tue Mar 17, 2009 12:06 pm

mekganu wrote:
pernah ada 12 ekor kucing parsi sekali gus suatu ketika dulu. sekali bawak gi cucuk kat jabatan haiwan terbang RM240. sekor RM20. ada juga yg mati kena langgar sbb tak perasan. bercakap pasal kucing ni mmg byk citer disebaliknya. sekarang ni cuma tinggal 2 ekor - Tiger Spartacus dan Yellow. Yg lain saya bagi kat orang. susahlah nak balik kampung..

abis lagi 2 ekor ni kalu bonda balik kg camane? bawa je masuk kete skali..

_________________
~tadahan Doa Untuk KEbahagiaan DAlam TAngisan~
Back to top Go down
 

KISAH KUCING

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Goto page : 1, 2  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Jalinan :: Minda Terbuka-
Post new topic   Reply to topic