HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
anti kita kisah bongsu shirt borak neraka kereta diari kuiz anak teki nama video akaun teka pantun pelekat minda speak kata rampa games mutiara kaabah sambung
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 
 Solat Orang Beriman

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan

Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 12:05 pm

Solat bukan perbuatan baru yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad. Malah bukan manusia sahaja tahu bersolat. Semua makhluk Allah yang taat pada hukum alam, tahu melakukan solat masing-masing.

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (An Nuur: 41)

Jadi macam mana kaum penyembah Nabi itu tidak tahu solat untuk diri mereka sendiri sampai terkial-kial mencari riwayat hadis? Kerana tidak menjumpai cara bersolat gerakan ritual yang diajar oleh nenek moyang mereka itulah, mereka adakan alasan bahawa perlunya riwayat hadis untuk memahami Al Quran. Padahal tiada satu ayat Al Quran pun suruh manusia mencari riwayat hadis, sebab Nabi Muhammad sudah sempurnakan ketetapan ajaran Islam semasa hayat baginda. Yang tidak ditetapkan dalam Al Quran itu bermakna Allah beri kebebasan manusia memikirkan, sebab Al Quran itu kitab untuk orang berakal, bukan orang pemalas berfikir.

Pada solat itulah kita boleh menilai tahap keimanan seseorang manusia itu kepada Allah. Orang yang beriman, solat mereka bukan berbentuk gerakan ritual yang mengikut apa yang orang terdahulu lakukan. Yang bersolat macam itu adalah kaum yang ikut ajaran nenek moyang yang banyak dicatat dalam Al Quran. Jika manusia itu benar-benar beriman kepada Allah, dia akan tahu cara solat terbaik untuk dirinya sebab mereka telah belajar dengan Allah. Bayangkan Nabi Adam yang tidak ada bapa dan nenek moyang pun boleh tahu cara solat untuk dirinya, kenapa kita tidak boleh tahu? Logik yang menunjukkan manusia boleh tahu solat mereka masing-masing sudah ada dengan melihat fitrah kejadian diri manusia sejak Adam diciptakan. Jadi tanpa guna riwayat hadis, semua golongan beriman boleh tahu cara solat mereka masing-masing.

Solat adalah urusan setiap makhluk Allah agar menjadi makhluk yang taat kepada hukum alam yang Allah cipta dan tidak menyekutukanNya. Tanpa taat pada hukum alam, makhluk tersebut pasti terpesong dari jalan yang ditetapkan. Umpamanya, Allah tetapkan manusia supaya jadi manusia yang ada kemampuan akal untuk mencipta, tetapi akibat tidak ikut hukum alam, mereka mula jadi lebih hina binatang ternak. Kenapa hina daripada binatang ternak? Sebab manusia itu ada akal yang boleh dikembangkan, tetapi mereka membataskan akal mereka sehingga tidak tahu mencipta seperti binatang ternak juga. Betapa hinanya mereka.

Hanya makhluk yang tidak taat pada hukum alam sahaja tidak bersolat dengan erti kata sebenar. Mereka jadikan solat mereka sekadar tiru-tiruan sedangkan ayat Al Quran sebut solat adalah ibadat masing-masing, sebab yang pentingnya biar Allah sahaja yang tahu solat tersebut, bukannya dihebah-hebahkan. Bukankah solat itu untuk Allah? Bukan untuk manusia lain?

Kenapa solat itu dikatakan ibadat masing-masing? Mari kita renung ayat Al Quran di bawah pula;

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya', dan enggan (menolong dengan) barang berguna. (Al Maa'uun:4~7)

Solat adalah ibadah persendirian supaya tidak mendapat kecelakaan dari Allah. Apabila dijadikan solat itu ikut-ikutan, maka manusia itu akan menonjolkan perbuatan solatnya sehingga mereka jadi riya' kerana berbuat solat. Akibatnya, mereka jadi umat yang pemalas kaji ilmu alam sebab merasa bangga kononnya sudah dekat dengan Allah dengan buat solat seperti itu. Mereka jadi lalai memerhatikan hasil solat mereka yang setakat melahirkan umat yang pemalas kaji ilmu alam, yang lemah dan berpecah-belah. Oleh kerana mereka tidak mengetahui banyak hukum alam, Allah tidak kurniakan mereka kepandaian mencipta teknologi dan tidak mampu mencipta barang-barang yang bermanfaat untuk kehidupan manusia.

Ayat Al Quran di atas memang logik terjadi kepada umat Islam sekarang yang menjadikan solat sebagai ibadat ritual yang dipertontonkan kepada umum. Padahal macam mana nak lawan riya' jika dipertontonkan ibadat itu? Kerana itulah golongan beriman menjauhi solat dalam bentuk gerakan ritual yang tidak Al Quran tetapkan kerana kesannya membawa mudarat bukan sahaja pada diri, malah pada umat. Bukankah satu kemudaratan besar bila solat mereka itu sekadar menjadikan mereka kaum yang b0doh, lemah dan berpecah-belah sesama sendiri? Itulah janji kecelakaan kepada orang yang solat begitu.

Jadi, bagaimana solat orang beriman? Ayat surah Al Maa'uun itu ada petunjuknya.

Celaka lawannya selamat. Maka nak solat yang selamat, kita lawan kepada penyebab solat yang mendapat celaka itu iaitu dengan cara;

1) Jadi orang yang sedar diri (lawan kepada lalai). Solat bagi orang yang sedar diri adalah dengan mengembangkan akal, kerana manusia dilebihkan dari makhluk-makhluk lain pada akalnya. Bila akal itu waras dan matang, maka sedar dirilah manusia itu. Dengan akal inilah, manusia mampu mencipta. Kebolehan ini tidak dikurniakan kepada makhluk lain termasuk malaikat. Lihatlah bangsa yang pandai mencipta, Allah kurniakan kelebihan kepada mereka berbanding bangsa yang b0doh mencipta. Itulah hukum alam yang Allah tetapkan. Oleh kerana kita sudah nampak perbandingan nasib kaum yang pandai mencipta dan kaum yang b0doh mencipta, apakah kita hendak bersolat macam kaum yang b0doh mencipta itu?

2) Jadi orang yang merendah diri (lawan kepada riya'). Solat bagi orang yang merendah diri adalah perbuatan yang hanya dia dan Allah sahaja tahu. Yang pentingnya, matlamat supaya menjadi orang yang berfikiran luas dan rasional, bukannya sempit dan tidak ikut pertimbangan yang waras (berprejudis pada yang tidak sepuak dengannya). Di sinilah kita nampak logik, kenapa dalam Al Quran pun tidak tetapkan secara detail cara-cara solat seperti ajaran kaum penyembah Nabi itu lakukan, sebab untuk menjaga hati dari perasaan riya'. Bila masa seseorang beriman itu bersolat dan berapa banyak kali, hanya dia dan Allah sahaja mengetahui.

3) Jadi orang yang banyak menyumbang idea bermanfaat (lawan kepada enggan memberi bantuan berguna). Solat bagi orang yang banyak idea adalah perbuatan yang mengasah minat dan bakat agar menjadi manusia yang memiliki idea-idea kreatif. Kepakaran yang dia miliki digunakan untuk membantu sesama manusia dan Allah bayar golongan beriman dengan rasa kepuasan kerana berjaya membuktikan keupayaan dirinya sendiri. Lihatlah hasil sumbangan para saintis terdahulu yang mengkaji ilmu alam kerana minat, berapa banyak teknologi telah tercipta dan memudahkan kehidupan manusia? Terciptanya komputer dan internet menyebabkan dunia berubah kepada zaman yang menyebabkan maklumat mudah dicapai. Semuanya kerja orang yang minat berfikir, mengkaji dan meneroka alam, bukannya kerja orang pemalas berfikir macam kaum penyembah Nabi itu.

Itulah penjelasan solat bagi golongan beriman agar kesannya menjadi manusia yang banyak menyumbangkan idea bermanfaat kepada kehidupan manusia dan membantu sesama manusia dengan kepakaran yang dimiliki. Bayangkan semua manusia bersolat sedemikian, apakah akan wujud puak-puak dalam beragama?

Cara-cara solat orang beriman?
Tidak ada ketetapan cara bersolat golongan beriman, asalkan matlamat solat itu berjaya menjadikan manusia yang sedar diri, merendah diri dan banyak sumbang manfaat dan ilmu. Barulah tidak jadi umat yang mendapat celaka gara-gara pemalas belajar kaji ilmu alam. Sebab itulah para Nabi dan Rasul terdahulu adalah golongan yang bijak sebab mereka rajin berfikir dan memerhati hukum alam yang Allah ciptakan ini.

Ingatlah, pada solat itu ada ancaman kecelakaan dari sisi Allah. Jadi renungilah solat yang kita lakukan selama ini. Apakah sekadar menjadi umat yang lemah dan berpecah-belah macam kaum penyembah Nabi itu, atau solat yang memberi manfaat kepada manusia lain dan dijauhkan menunjuk-nunjuk perbuatan solat itu (jauh daripada riya').

Puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilham yang benar.

Smile
Back to top Go down
lombo
Siswazah
Siswazah

Number of posts: 212
Points: 709
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-27

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 12:27 pm

macam mana cara solat geng anti hadis???cuba cerita tatacaranya..kena tido ke..mengiring ke??duduk ke??ke sambil isap rokok??keh!!keh!!
Back to top Go down
Guest
Guest

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 12:28 pm

lombo wrote:
macam mana cara solat geng anti hadis???cuba cerita tatacaranya..kena tido ke..mengiring ke??duduk ke??ke sambil isap rokok??keh!!keh!!

aku rasa dalam tandas pun depa leh solat nie.........
Back to top Go down
suarajagat
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 18
Points: 476
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-02

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 12:39 pm

mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...
laughing laughing laughing laughing
laugh 1 laugh 1 laugh 1 laugh 1
Eff Hedge Eff Hedge Eff Hedge
http://suarajagat.wordpress.com
Back to top Go down
slipar
Pensyarah
Pensyarah

Number of posts: 733
Points: 1237
Reputation: -1
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 1:04 pm

Quote:
mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...

ya , masa mabok jer bukan solat .
Back to top Go down
WARIS
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi

Number of posts: 135
Points: 618
Reputation: 0
Registration date: 2009-05-18

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 2:40 pm

solat tu ada rukunnya...
Back to top Go down
lombo
Siswazah
Siswazah

Number of posts: 212
Points: 709
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-27

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 3:00 pm

slipar wrote:
Quote:
mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...

ya , masa mabok jer bukan solat .

keh!!keh!!!keh!!!kesian..mengaku jugakk...jaga2..nanti tok imam ngan tok mufti anti hadis masuk kena marah lak ko!!! dancing Very Happy
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan

Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 4:19 pm

WARIS wrote:
solat tu ada rukunnya...

Memang ada rukunnya. Tetapi tidak ditetapkan kepada setiap orang sama rukunnya macam penyembah Nabi itu tetapkan.

Kalau kita fikirkan, jika benar solat itu ada rukun yang tetap, dalam Al Quran sendiri sudah ditetapkan. Sedangkan orang sekarang boleh buat buku ketetapan solat, takkanlah Nabi Muhammad tidak mampu menetapkan rukun-rukunnya.

Kaum penyembah Nabi itu kata, kalau solat ditetapkan dalam Al Quran, nanti Al Quran jadi tebal. Tetapi kenapa Al Quran boleh tetapkan cara pembahagian harta, dan ada ketetapan siapa wanita-wanita yang tidak boleh dikahwini yang ayat-ayat pasal ketetapan itu pun panjang-panjang juga. Jika tak nak bagi Al Quran tebal, baik ketetapan itu semua tidak disebut dalam Al Quran.

Di sinilah penipuan kaum penyembah Nabi itu agar cara solat dijadikan ketetapan untuk semua manusia seperti yang mereka tetapkan. Maka lahirlah kaum yang beragama secara menurut sebab mereka tak tahu cara bersolat dan kena rujuk tok guru mereka dan orang terdahulu. Padahal mereka sedar dalam Al Quran ada kisah kaum yang menurut ajaran nenek moyang mereka.

Hanya Allah dan setiap golongan beriman itu sahaja tahu rukun dan caranya supaya solat itu tidak berunsur riya'. Kerana menunjuk-nunjuk solat itulah kaum penyembah Nabi itu jadi umat yang hina dan celaka sekarang ini.

Puji-pujian bagi Allah yang mencelakakan kaum penyembah Nabi itu.

Smile
Back to top Go down
Guest
Guest

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 7:00 pm

Juang wrote:

rukun solat ajaran ko org nie ape....cuba terangkan dah pandai sgt..

akal manusia hanya cetek....utk memikirkan logik keterlaluan... Rolling Eyes
Back to top Go down
suarajagat
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 18
Points: 476
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-02

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 11:22 pm

slipar wrote:
Quote:
mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...

ya , masa mabok jer bukan solat .

sorang solat sambil duduk meneran, sorang sambil cangkong 'erk..erk..' dan sorang sambil kencing berdiri..mcm tu?

tongue tongue shake shake
writer http://suarajagat.wordpress.com
Back to top Go down
slipar
Pensyarah
Pensyarah

Number of posts: 733
Points: 1237
Reputation: -1
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Fri Jun 05, 2009 11:55 pm

Quote:
sorang solat sambil duduk meneran, sorang sambil cangkong 'erk..erk..' dan sorang sambil kencing berdiri..mcm tu?

masa tu tak boleh ingat tuhan ke .
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sat Jun 06, 2009 4:12 am

Tunjukkan ayat Al Quran mana kata kena tetapkan rukun dalam solat, barulah kami boleh berikan rukun-rukunnya.

Lembab betullah akal kaum penyembah Nabi itu. Kan sudah disebut bahawa cara-caranya bebas asalkan matlamatnya dapat mengembangkan akal.

Tapi kaum penyembah Nabi itu mengembangkan akal sambil duduk meneran dalam tandas. Sudahlah tandas tu sempit, otak mereka pun sempit sama sampai nak fikir cara solat pun tak mampu. Patutlah umat mereka jadi b0doh sekarang ini. Di dunia lagi Allah sudah tunjuk tahap kehinaan mereka itu. Hanya golongan yang tak berakal sahaja yang akan ikut ajaran dusta macam tu.

Hebatnya Allah perlihatkan keb0dohan umat mereka itu... Very Happy

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Guest
Guest

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sat Jun 06, 2009 11:47 am

Adli wrote:

anti hadis golongan
sesatttttttttttttttttttttt...larii....sesattttttt.sesattttttttttttt
sesat akal logik deme dah sesatttttttttttttttttttt
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sat Jun 06, 2009 2:16 pm

Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Haha, baru minta tunjukkan ayat Al Quran yang kata kena tetapkan rukun dalam solat, mereka sudah berpaling lari. Memang tahap keldai liar betullah.

Semakin banyak mereka berhujah di sini, semakin Allah perlihatkan kebenaran ayat-ayat Al Quran. Seronok mereka terus di sini, sebab memudahkan kita memahami ayat-ayat Allah sebab ianya benar-benar logik depan mata. Secara tidak langsung menjadikan kita mudah memahami sesuatu ayat Al Quran kerana kebenaran ayatnya dan tidak perlu pun guna riwayat hadis.

Di sini Allah perlihatkan, nak fahami ayat-ayat Al Quran, kenalah belajar sampaikan kepada kaum musyrik itu sebab Nabi Muhammad fahami ayat-ayat Al Quran ketika baginda berhujah pada kaum musyrik juga.

Tanpa belajar sampaikan ayat Al Quran kepada kaum musyrik itu, sudah tentu kita tak rasa bagaimana susah payahnya Rasulullah menjelaskan ayat-ayat Allah itu sehinggakan kaum seakan-akan keldai itu berpaling lari.

Hari ini Allah perlihatkan lagi KehebatanNya untuk menunjukkan hasil ajaran nenek moyang yang menetapkan solat 5 kali sehari (biarpun Al Quran tidak tetapkan) setakat melahirkan keldai-keldai liar yang takutkan singa sahaja... Very Happy

Teramat-amat Agungnya Allah.

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Zahabur
Pensyarah
Pensyarah

Number of posts: 535
Points: 1043
Reputation: 9
Registration date: 2009-04-22

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sat Jun 06, 2009 3:48 pm

Adli wrote:
Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Haha, baru minta tunjukkan ayat Al Quran yang kata kena tetapkan rukun dalam solat, mereka sudah berpaling lari. Memang tahap keldai liar betullah.

Semakin banyak mereka berhujah di sini, semakin Allah perlihatkan kebenaran ayat-ayat Al Quran. Seronok mereka terus di sini, sebab memudahkan kita memahami ayat-ayat Allah sebab ianya benar-benar logik depan mata. Secara tidak langsung menjadikan kita mudah memahami sesuatu ayat Al Quran kerana kebenaran ayatnya dan tidak perlu pun guna riwayat hadis.

Di sini Allah perlihatkan, nak fahami ayat-ayat Al Quran, kenalah belajar sampaikan kepada kaum musyrik itu sebab Nabi Muhammad fahami ayat-ayat Al Quran ketika baginda berhujah pada kaum musyrik juga.

Tanpa belajar sampaikan ayat Al Quran kepada kaum musyrik itu, sudah tentu kita tak rasa bagaimana susah payahnya Rasulullah menjelaskan ayat-ayat Allah itu sehinggakan kaum seakan-akan keldai itu berpaling lari.

Hari ini Allah perlihatkan lagi KehebatanNya untuk menunjukkan hasil ajaran nenek moyang yang menetapkan solat 5 kali sehari (biarpun Al Quran tidak tetapkan) setakat melahirkan keldai-keldai liar yang takutkan singa sahaja... Very Happy

Teramat-amat Agungnya Allah.

Cuba kau beri tafsiran dari surah Al-Fatihah.....terjemahan aku dah tahu...

_________________
Tuhanku Maha Kaya Raya
lagi Maha Melindungi!
Back to top Go down
Guest
Guest

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sat Jun 06, 2009 3:55 pm

rukun iman ko org aper eksssss.... bertuhan kan akal ker???? affraid
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sun Jun 07, 2009 6:53 am

Zahabur wrote:
Cuba kau beri tafsiran dari surah Al-Fatihah.....terjemahan aku dah tahu...

Kenalilah Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sebab Sifat Pemurah dan Penyayangnya itu, belajarlah dengan Allah, Penetap hukum di alam semesta ini. Nanti Dia akan bagi ilham yang berjela-jela dan logik seperti mana Dia pernah beri kepada Nabi Muhammad dan para Nabi terdahulu. Bila dapat ilham yang berjela-jela itu, puji-pujilah Allah kerana semua ilham yang logik itu Allah yang berikan.

Allah Menguasai hari Pembalasan di mana manusia yang guna akal dibalas jadi bijak dan yang tak guna akal akan jadi b0doh seperti keldai liar. Oleh kerana itu, sembahlah Allah sahaja dengan mentaati hukum alam yang Dia tetapkan. Tidak ada hukum alam menetapkan kaum yang tak guna akal jadi bijak. Dengan membijakkan dirilah baru Allah akan beri pertolongan.

Cuba lihat bagaimana Allah tolong bangsa yang bijak ilmu Allah dan Allah hina kaum yang pemalas kaji Allah sehingga bila negara mereka diserang, Allah tidak tolong mereka biarpun kononnya mereka sembah Allah 5 kali sehari. Kenapa Allah tidak tolong mereka? Sebab mereka menetapkan sesuatu atas nama Nabi, bukan berdasarkan bukti hukum alam. Inilah titik pendustaan mereka. Malah ada tempat mereka dilanda tsunami gara-gara mengajar sembah Nabi.

Oleh kerana itu, sebagai golongan yang berfikir, setelah melihat nasib kaum penyembah Nabi yang dihina sedemikian rupa sejak di dunia lagi, mohonlah petunjuk yang lurus daripadanya. Sesuatu yang lurus itu adalah sesuatu yang ada bukti berupa hukum alam. Sesuatu yang logik itulah pentunjuk yang lurus, sebab ia tidak memerlukan perawi atau nama Nabi untuk membenarkannya, cukuplah hukum alam yang memelihara kebenarannya.

Contohnya petunjuk lurus itu adalah seperti Al Quran atau kitab-kitab yang pernah dikurniakan kepada golongan yang diberikan nikmat dan ketenangan jiwa yang terdahulu. Ini kerana, nak mendapat ilham yang logik dan berjela-jela seperti Al Quran, memerlukan manusia itu tenang jiwanya. Jiwa akan tenang apabila penyakit hati dilawan dan berpegang pada kebenaran semata-mata. Barulah ilham dapat mencurah-curah dengan pantas sebab malaikat yang membawa ilham itukan seumpama cahaya lajunya.

Jika berpegang pada sesuatu yang dusta dan tiada hukum alam, manusia itu akan jadi macam kaum yang dimurkai dan kaum yang sesat. Siapa kaum yang sesat dan dimurkai Allah itu? Sudah pasti golongan yang menyekutukanNya dan sembah Nabi itu. Sebab itulah mereka tidak mampu membawa ilham yang berjela-jela dan logik, gara-gara beragama pemalas berfikir. Kerana pemalas berfikir sedangkan Allah kurniakan mereka akal, maka mereka dapat kemurkaan Allah sehingga sikap mereka sebijik macam keldai liar itu.

Puji-pujian bagi Allah yang memudahkan penghuraian Al Faatihah ikut keadaan umat zaman sekarang.... Smile

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sun Jun 07, 2009 6:56 am

mamatkepok wrote:
rukun iman ko org aper eksssss.... bertuhan kan akal ker???? affraid

Mana yang ditetapkan dalam Al Quran, itulah rukun iman orang yang berakal sebab Al Quran kitab untuk manusia yang berakal. So nak tahu, carilah jawapannya dalam Al Quran. J

Jangan cari dalam riwayat hadis pula, nanti hasilnya jadi kaum seakan keldai liar pula. Patutlah mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah sekarang ini. Hanya kaum tak berakal sahaja pergi tetapkan apa yang Al Quran tidak tetap yang tidak disokong oleh hukum alam... Smile

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Guest
Guest

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sun Jun 07, 2009 9:22 am

Adli wrote:
mamatkepok wrote:
rukun iman ko org aper eksssss.... bertuhan kan akal ker???? affraid

Mana yang ditetapkan dalam Al Quran, itulah rukun iman orang yang berakal sebab Al Quran kitab untuk manusia yang berakal. So nak tahu, carilah jawapannya dalam Al Quran. J

Jangan cari dalam riwayat hadis pula, nanti hasilnya jadi kaum seakan keldai liar pula. Patutlah mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah sekarang ini. Hanya kaum tak berakal sahaja pergi tetapkan apa yang Al Quran tidak tetap yang tidak disokong oleh hukum alam... Smile

ape rukun iman ko org....??? ko org kan logik akal...kut2 tafsiran ko tu lain...al maklumlah...logik akal kontot katakan...hikhihkihkhik
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Solat Orang Beriman   Sun Jun 07, 2009 4:01 pm

mamatkepok wrote:
ape rukun iman ko org....??? ko org kan logik akal...kut2 tafsiran ko tu lain...al maklumlah...logik akal kontot katakan...hikhihkihkhik

Laa, tak faham bahasa ke? Rujuk Al Quran dan fikirkan, nanti anda akan jumpa rukunnya.

Kalo anda tu taraf-taraf keldai bawa kitab, anda tidak akan jumpa rukun itu sebab anda tidak memikirkan lagi tidak memahami. Macam mana nak faham solat yang Al Quran sebut, kalau mereka mencari dalam riwayat hadis?

B0doh betul mereka. Nak tahu cara solat dalam Al Quran, mereka pergi cari dalam riwayat hadis. Mana nak jumpa? Pergilah cari dalam Al Quran.

Kami sudah jumpa caranya tetapi sebab Al Quran kata celakalah orang yang solat yang menunjuk-nunjuk, maka caranya tidak boleh diperlihatkan kepada umum. Sedangkan Nabi Muhammad pun tak tetapkan caranya dalam Al Quran, apakah patut kami melampaui membuat ketetapan itu pada umum? Macam mana nak jauh dari menunjuk-nunjuk kalau amal itu diperlihatkan caranya?

Yang penting solat kami diketahui caranya oleh Allah, bukannya diketahui oleh orang ramai selaras dengan ancaman Allah memberi celaka kepada orang yang menunjuk-nunjuk solatnya. Patutlah kaum penyembah Nabi itu dicelakakan oleh Allah sehingga jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Logik sekali ayat Al Quran itu... Smile

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
 
Solat Orang Beriman

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Goto page : 1, 2, 3  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic