| Pengumuman Terkini | Tiada pengumuman terkini.
*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com
|
| Who is Online ? | In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm |
| Statistics | We have 879 registered users The newest registered user is kkk369
Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
|
| Top posters | | Admin (3753) | | | mekganu (3628) | | | penditaputra (3027) | | | tokkmudim (2844) | | | Juang (2737) | | | Kalam (2630) | | | myra_roses (2534) | | | zafran0512 (2315) | | | FeLiSeWoMaN (2310) | | | tajuNM (2159) | |
|
| Poll | | | FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok? | | Sangat minat | | 66% | [ 4 ] | | Bolehlah | | 33% | [ 2 ] | | Sikit-sikit | | 0% | [ 0 ] | | Tak minat langsung | | 0% | [ 0 ] |
| | Total Votes : 6 |
|
| September 2010 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | Calendar |
|
| | | Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik | |
| |
| Author | Message |
|---|
Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sat Oct 10, 2009 8:58 pm | |
| 4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
Orang munafik mendirikan solat dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya') dan hanya sekejap sahaja untuk mengingati Allah. Dengan kata lain, solat mereka bukannya suatu yang mampu membakar semangat malah mereka melakukannya tidak ikhlas kepada Allah.
Sebaliknya bagi orang beriman, solat mereka dirikan untuk menaikkan semangat. Dengan adanya semangat, barulah sesuatu bangsa boleh berjaya dan maju.
Semangat tidak akan mampu dinaikkan jika hidup bermalas-malasan. Apatah lagi jika melakukan sesuatu hanya untuk dilihat oleh masyarakat dan mengharapkan pujian orang (mengejar kemegahan diri semata-mata).
Semangat yang tinggi hanya akan konsisten dalam diri manusia itu jika melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas kepada Allah. Mereka melakukan solat bukan untuk dilihat oleh manusia, tetapi biar Allah sahaja melihatnya. Sebab itu mereka tidak istihar cara mereka bersolat.
Segala cara yang menaikkan semangat dalam dirinya, itulah solat mereka kerana Allah semata-mata. Hikmah Al Quran tidak menetapkan cara solat, agar setiap diri orang beriman itu bereksperimen pada dirinya sendiri untuk mengetahui apakah cara yang boleh mempertingkatkan semangat dalam diri mereka tanpa perlu dipertontonkan kepada umum.
Proses menaikkan semangat bukannya boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan cepat. Ia memerlukan manusia itu berlatih berulang kali tanpa jemu sehingga mencapai keyakinan diri. Apabila semangat semakin meningkat setelah latihan berterusan dilakukan, maka semasa ia dilepaskan, ia mampu memberikan impak yang maksimum dalam apa jua bidang yang dilakukan.
_________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | tolokminda Pensyarah


Number of posts: 820 Points: 1167 Reputation: 0 Registration date: 2009-10-02
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 4:53 am | |
| Bagi saya Tuhan telah menetapkan 'solat' kepada kita. Sebab tu dalam Quran perkataan 'solat' itu sering disebut. Setiap kali Tuhan memerintahkan kita melakukan sesuatu, setiap kali Tuhan membenarkan atau membataskan sesuatu, setiap kali Tuhan membentangkan aturan peraturan dan sebagainya, Tuhan kata jadikan (establishkan) ia sebagai solat kita.
Sekarang kita tahu solat yang dimaksudkan bukan solat tonggang tonggek. Solat tonggang tonggek tidak diajar di dalam Al-Quran. Solat sebenarnya bermaksud komitmen. Tuhan mahu kita jadikan semua perintah, kebenaran, batasan, aturan peraturan dan apa saja prinsip serta nilai yang Dia sampaikan kepada kita melalui Al-Quran sebagai komitmen kita.
Dalam hidup ini kita mesti komited untuk menuruti cara hidup atau disiplin yang telah ditetapkan kepada kita oleh Allah melalui Al-Quran. Dengan komitmen kita kepada cara hidup atau displin hidup yang berkenaan barulah kita menjadi mesra/in peace/ Islam dengan seluruh sistem alam yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
Buat permulaan cuba gantikan perkataan solat dengan perkataan komitmen setiap kali anda menemui perkataan solat atau sembahyang di dalam ayat-ayat Al-Quran. Anda akan dapati ia begitu 'kena' sekali berbanding jika solat itu diberi maksud sembahyang tonggang-tonggek.
Saya harap kita boleh berbincang atau bertukar pendapat lebih lanjut mengenai perkara ini. |
|  | | tolokminda Pensyarah


Number of posts: 820 Points: 1167 Reputation: 0 Registration date: 2009-10-02
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 5:59 am | |
| Saya beri satu contoh. Kita lihat Surah Muzzammil. Mari kita periksa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang saya terjemahkan dari terjemahan Bahasa Inggeris oleh Pickthall. Surah Muzzammil secara keseluruhannya mengandungi 20 ayat sahaja. | Quote: | 73:01 Wahai orang-orang yang sudah berselimut.
73:02 Berjagalah di waktu malam kecuali sedikit.
73:03 Separuh daripadanya atau kurang sedikit lagi.
73:04 Atau tambah sedikit – dan bacalah Quran seperti mana ia harus dibaca.
73:05 Sudah tentu Kami akan perjelaskan kepada kamu perkataan yang sarat berisi.
73:06 Sesungguhnya berjaga malam adalah ketika suasana lebih tenang dan perkataan lebih jelas.
73:07 Sesungguhnya di waktu siang kamu sibuk dengan pelbagai urusan.
73:08 Jadi ingatilah Tuhan kamu dan dedikasikan dirimu dengan sepenuh dedikasi.
73:09 Pemilik yang di timur dan yang di barat, tiada Tuhan selain Dia, jadi kamu pilihlah Dia sahaja sebagai penjagamu.
73:10 Dan bersabarlah dengan apa yang mereka ucapkan, dan tinggalkan mereka dengan cara yang baik.
73:11 Serahkan kepada Aku untuk berurusan dengan mereka yang berkesenangan dan berkeselesaan, yang menafikan kebenaran, dan biarkan mereka bebas seketika.
73:12 Sesungguhnya bersama kami adalah rantai-rantai berat dan api yang marak membakar.
73:13 Serta makanan yang mencekik, dan hukuman yang amat menyakitkan.
73:14 Di hari di mana tanah dan gunung-ganang, dan bukit-bukau menjadi longgokan pasir yang mengalir.
73:15 Sesungguhnya kami telah menghantar kepada kamu seorang utusan sebagai saksi ke atas kamu, malah kami telah menghantar kepada Firaun seorang utusan.
73:16 Namun Firaun menolak utusan tersebut, lalu kami berkas dia dengan cengkaman yang kuat.
73:17 Jadi bagaimana, jika kamu tidak percaya adakah kamu boleh melindungi diri di hari yang menyebabkan kanak-kanak beruban?
73:18 Alam semesta hancur musnah. Janji-Nya akan dikotakan.
73:19 Sesungguhnya ini adalah Peringatan. Biar siapa saja yang mahu, memilih jalan kepada Tuhannya.
73:20 Sesungguhnya Tuhan mu tahu bagaimana kamu berjaga kadangkala dua pertiga dari waktu malam, atau kadangkala separuh atau sepertiga seperti yang dilakukan juga oleh segolongan yang bersama kamu. Tuhan menetapkankan siang dan malam. Dia tahu kamu tidak mengiranya dan membalas untuk kamu belas kasihan. Jadi bacalah Al-Quran yang mudah kepada kamu. Dia tahu ada di antara kamu yang tidak sihat, sebahagian pula sedang mengembara di atas muka bumi untuk mendapatkan anugerah pemberian Allah, dan yang lain sedang berjuang demi Tuhan. Jadi bacalah (Al-Quran) seberapa banyak kerana ia mudah, dan jadikan ia satu komitmen dan jagalah kemurniannya, dan tawarkan kepada Allah tawaran yang baik-baik. Apa saja yang baik kamu berikan untuk diri kamu nescaya kamu akan temuinya di sisi Allah, malah lebih baik lagi sebagai balasannya. Dan minta keampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. |
Dalam Surah ini Tuhan menyuruh kita luangkan masa di waktu malam untuk membaca Al-Quran atas sebab-sebab yang dinyatakan dengan jelas.
Tuhan turut memberitahu bahawa Al-Quran itu mudah bagi kita dan boleh kita baca walaupun kita sedang sakit, sedang dalam pengembaraan, sedang berjuang dan sebagainya (73:20).
Ini merupakan satu peringatan Tuhan kepada kita. (73:19 "Sesungguhnya ini adalah Peringatan. Biar siapa saja yang mahu, memilih jalan kepada Tuhannya"). Dengan peringatan ini maka membaca Al-Quran telah ditetapkan sebagai satu komitmen yang perlu kita lunaskan sebagai sebahagian dari cara hidup atau disiplin hidup kita.
Jika kita tidak mahu komited dengan peringatan Tuhan mengenai pembacaan Al-Quran ini, kita mungkin bakal menerima nasib yang sama seperti Firaun yang menolak rasul yang didatangkan kepada beliau. Menolak rasul bermakna menolak Kitab Allah. Dengan kata lain jika kita tidak mahu membaca Al-Quran atau tidak membaca sebagaimana ia semestinya dibaca, iaitu untuk difahami, maka tunggu sajalah masanya untuk kita bersama-sama Firaun nanti.
Jika kita semak terjemahan-terjemahan standard, kita akan dapati ayat yang dihitamkan di atas diberi maksud sebagai" dan dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat..." Tetapi saya yakin ia sepatutnya berbunyi seperti apa yang saya kemukakan di atas.
Setiap peringatan, perintah, aturan-peraturan, kebenaran, batasan, larangan, nilai-nilai, prinsip-prinsip dan apa saja yang dikemukakan oleh Tuhan di dalam Al-Quran adalah komitmen atau solat kita. Kita tidak akan berjaya dalam kehidupan kalau kita tak ada komitmen atau gagal melaksanakan komitmen. Untuk berjaya dalam sesuatu kita mesti komited kepada cara atau disiplin yang sesuai.
Tidak ada cara atau disiplin yang lebih baik dari apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan kepada kita. Dengan kefahaman ini, kita juga dapat merungkai bagaimana yang dikatakan solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara-perkara keji, mungkar dan tidak berfaedah.
Sebab bila hidup kita dipenuhi dengan komitmen, kita tidak akan ada masa lagi untuk dibazirkan. Mat rempit, mat gian, mat bohsia dan sebagainya ada masa untuk buat kelaku negatif mereka sebab mereka tak ada komitmen dalam hidup. Dengan kata lain, mereka tidak solat. |
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 9:27 am | |
| kemana hadapnya solat org beriman & org munafik tu? Apa sebenarnya solat org beriman tu? bagaimana solat tu dilaksanakan? utk apa dilakukan & apa matlamat solatnya tu? tlg cerita skit dulu katanya solat itu belajar atau membaca , sekarang solat itu maksudnya komitmen pulak , macam macam  |
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 1:25 pm | |
| Setuju dengan tolokminda. Segala aktiviti yang menjadikan kita komited dalam hidup kita adalah solat kita. Maknanya di sini, solat bukan dilihat dari segi gerakan ritual, tetapi pengisian yang menjadikan kita seorang yang berkomitmen tinggi. Bila kita banyak komitmen, maka kita tiada masa kosong nak dibazirkan.
Jika mencari rezeki, komited dengan kerja. Jika balik rumah, komited dengan keluarga. Jika berjuang untuk Allah, komited tanpa sempadan waktu dan tempat kerana Allah ada di mana-mana dan bila-bila masa.
Syaitan menggunakan masa-masa lapang manusia untuk mengajak kepada perbuatan keji dan mungkar. Jika kita pandai menggunakan masa untuk sesuatu yang berfaedah dan mempertingkatkan daya kreativiti dan innovasi, sudah tentu masalah-masalah sosial anak-anak melayu dapat dihapuskan. Tetapi ramai yang tak mahu berfikir ke arah ini lebih-lebih lagi mereka yang menurut membuta-tuli.
Bagi mereka, cukuplah ikut apa yang disuapkan oleh ajaran bapa-bapa mereka. Kenapa ada mat-mat rempit, bohsia etc itu, mereka tidak mahu fikirkan puncanya, melainkan menyalahkan kerajaan kononnya tidak tegakkan hukum Islam. Itulah kerja orang yang tidak ada komitmen. Tahu nak mengondem orang sahaja. Tapi bila kita ajak sama-sama improvekan diri (tanpa menunding jari puak mana yang betul dan puak mana yang salah), mereka berpaling lari bagaikan keldai liar takutkan singa. _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 1:32 pm | |
| | semut api wrote: | kemana hadapnya solat org beriman & org munafik tu? Apa sebenarnya solat org beriman tu? bagaimana solat tu dilaksanakan? utk apa dilakukan & apa matlamat solatnya tu? tlg cerita skit dulu katanya solat itu belajar atau membaca , sekarang solat itu maksudnya komitmen pulak , macam macam  |
Orang beriman, mereka hadapkan solatnya kepada Allah. Orang munafik, mereka hadapkan solatnya kepada manusia (untuk riya').
Nak membaca tu kan ke perlu komitmen? Kan ke berkait tu? Sebab itu bukan semua manusia suka baca Al Quran, melainkan mereka yang ada rasa komitmen terhadap umat (untuk menyatukan manusia).
Bayangkan ada seorang yang berniat nak membunuh. Kemudian dia ada komitmen nak baca Al Quran (dengan memahami). Apakah selepas membaca Al Quran dia akan pergi teruskan niatnya nak membunuh itu?
Bagaimana cara solat orang beriman? Lawan kepada solat orang munafik iaitu; 1) Solat dalam keadaan rajin (berkomitmen tinggi). 2) Solat dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk (biar dia dan Allah sahaja yang tahu dia sedang bersolat). 3) Solat dalam keadaan mengingati Allah sepanjang masa yang boleh. _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 2:33 pm | |
| | Adli wrote: | Orang beriman, mereka hadapkan solatnya kepada Allah.
Nak membaca tu kan ke perlu komitmen? Kan ke berkait tu? Sebab itu bukan semua manusia suka baca Al Quran, melainkan mereka yang ada rasa komitmen terhadap umat (untuk menyatukan manusia).
Bagaimana cara solat orang beriman? Lawan kepada solat orang munafik iaitu; 1) Solat dalam keadaan rajin (berkomitmen tinggi). 2) Solat dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk (biar dia dan Allah sahaja yang tahu dia sedang bersolat). 3) Solat dalam keadaan mengingati Allah sepanjang masa yang boleh. |
dari dulu aku tertanya2, macammana nak mengadap Allah kalau Allah kalu Allah pun hang tak kenal?? pelik bin ajaib akal aku kata, lagi satu .. apa yg nak ko hadapkan pada Allah kalu solat ko tu bukannya ada segala rukun2 & perbuatan atau lakuan. Ko kata solat ko tu membaca juga komitmen, so apa yg ko hadapkan pada Allah tu dlm membaca juga komitmen??? eh ko membaca & berkomitmen sepanjang masa eh, apa yg ko baca & komit tu, pelik aku |
|  | | tolokminda Pensyarah


Number of posts: 820 Points: 1167 Reputation: 0 Registration date: 2009-10-02
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 3:21 pm | |
| | semut api wrote: | | Adli wrote: | Orang beriman, mereka hadapkan solatnya kepada Allah.
Nak membaca tu kan ke perlu komitmen? Kan ke berkait tu? Sebab itu bukan semua manusia suka baca Al Quran, melainkan mereka yang ada rasa komitmen terhadap umat (untuk menyatukan manusia).
Bagaimana cara solat orang beriman? Lawan kepada solat orang munafik iaitu; 1) Solat dalam keadaan rajin (berkomitmen tinggi). 2) Solat dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk (biar dia dan Allah sahaja yang tahu dia sedang bersolat). 3) Solat dalam keadaan mengingati Allah sepanjang masa yang boleh. |
dari dulu aku tertanya2, macammana nak mengadap Allah kalau Allah kalu Allah pun hang tak kenal?? pelik bin ajaib akal aku kata, lagi satu .. apa yg nak ko hadapkan pada Allah kalu solat ko tu bukannya ada segala rukun2 & perbuatan atau lakuan. Ko kata solat ko tu membaca juga komitmen, so apa yg ko hadapkan pada Allah tu dlm membaca juga komitmen??? eh ko membaca & berkomitmen sepanjang masa eh, apa yg ko baca & komit tu, pelik aku |
Macam ni semut,
Hidup kita ni adalah satu komitmen kepada Tuhan yang menjadikan kita dan yang akan mengadili kita di akhirat nanti. Keseluruhan hidup kita adalah satu komitmen. Kita adalah khalifah Tuhan, iaitu wakil Tuhan untuk memakmurkan bumi ini. Jadi apa saja yang kita buat, kita rancang, kita pertahankan dan sebagainya adalah komitmen kita kepada Tuhan.
Kalau kita kerja, kita buat kerja betul-betul sebab ia satu komitmen kita kepada Tuhan. Komitmen kepada Tuhan tau, bukan komitmen kepada bos atau kepada awek yang duduk depan kita supaya dia nampak kita rajin kerja dan dengan itu dia akan terpikat dengan kita dan kita boleh bawak dia balik rumah.
Kalau kita balik rumah, kita ada macam-macam tugas dan tanggungjawab lain berkenaan keluarga, anak-isteri-suami-ibu-ayah-jiran dll. Tugas dan tanggungjawab kita terhadap keluarga juga adalah komitmen kita kepada Tuhan. Tuhanlah yang telah memberi kita peluang berkeluarga, bermasyarakat dan sebagainya jadi kepada siapakah komitmen kita itu harus kita dedikasikan kecuali kepada Tuhan?
Kalau kita belajar, kita mesti komited belajar kerana Tuhan. Kita nak jadi manusia yang berjaya sebagaimana Tuhan mahu. Kalau kita membaca, kita kena komited dalam pembacaan kita supaya kita dapat garap ilmu yang terkandung di dalamnya.
Ada banyak lagi komitmen yang perlu kita lunaskan dalam hidup ini. Kalau nak tau apa dia lagi, bacalah Al-Quran. Tuhan ajar kita macam-macam. Dari urusan peribadi, ke urusan keluarga, ke urusan alam sampailah ke urusan kita dengan Tuhan. |
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 4:25 pm | |
| | semut api wrote: | | dari dulu aku tertanya2, macammana nak mengadap Allah kalau Allah kalu Allah pun hang tak kenal?? pelik bin ajaib akal aku kata, lagi satu .. apa yg nak ko hadapkan pada Allah kalu solat ko tu bukannya ada segala rukun2 & perbuatan atau lakuan. |
Bukan ke dalam Al Quran ada sebut, ke mana manusia palingkan wajahnya, di situ wajah Allah? So hadapkan ajelah ke mana-mana arah pun ketika melakukan sesuatu komitmen itu. Yang penting, komitmen itu mencapai matlamatnya.
| Quote: | | Ko kata solat ko tu membaca juga komitmen, so apa yg ko hadapkan pada Allah tu dlm membaca juga komitmen??? eh ko membaca & berkomitmen sepanjang masa eh, apa yg ko baca & komit tu, pelik aku |
Komitmen dalam membaca adalah untuk kita fahami ayat-ayat Allah. Kalau baca Al Quran untuk dilagu-lagukan, sekadar dapat menyedapkan halwa telinga aje laa.
Bila faham pengajaran ayat-ayat Allah, mudahlah nak berbakti kepada alam dan menjauhi kekejian dan kemungkaran. Barulah mencapai komitmen kita sebagai khalifah.
Adakah khalifah Allah itu orang yang hidup bermalas-malasan dan berpecah-belah ke?  _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sun Oct 11, 2009 4:29 pm | |
| | tolokminda wrote: | Ada banyak lagi komitmen yang perlu kita lunaskan dalam hidup ini. Kalau nak tau apa dia lagi, bacalah Al-Quran. Tuhan ajar kita macam-macam. Dari urusan peribadi, ke urusan keluarga, ke urusan alam sampailah ke urusan kita dengan Tuhan. |
Benar tu. Dan setiap komitmen itu perlu diseimbangkan. Kalau komitmen terhadap kerja sampai anak-isteri terabai pun tak boleh juga. Jika komitmen terhadap keluarga sampai tidak mencari rezeki untuk keluarga pun takleh gak.
Kenalah belajar mengimbanginya seperti kita mengimbangi perbelanjaan bulanan agar tidak berlaku pembaziran.
Dan keseimbangan komitmen itulah komitmen untuk Allah. _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Mon Oct 12, 2009 9:08 am | |
| selagi tak dapat diterangkan apa yg dikatakan Wajah Allah tersebut maka akalku berkata itu hanyalah angan2 serta dongengan sahaja, kalau ada Wajah mestila ada tuannya, macamana nak kenal Wajah kalau tak kenal tuannya  |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3883 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Mon Oct 12, 2009 11:53 am | |
| Angan-angan adalah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat atau mudarat. Sedangkan Wajah Allah itulah yang Berkuasa mendatangkan manfaat atau mudarat kepada manusia. Apa jua logik yang terlihat diminda yang menyebabkan manusia itu sedar, itulah Kuasa yang mendatangkan manfaat atau mudarat, itulah Wajah Allah.  _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | |  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3883 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Mon Oct 12, 2009 1:37 pm | |
| Tetapi nak bertemu dengan Dia, mana cukup berangan-angan. Kenalah berusaha. Kena ada komitmen untuk mencapai apa yang diingini. Kalau sesuatu kaum itu asyik berangan-angan, bila nak berjayanya. Tak pernah Allah tetapkan hukum alam ini sesuatu bangsa akan berjaya dengan berangan-angan. Apalagi nak berjaya bertemu denganNya.  _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | |  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Mon Oct 12, 2009 8:26 pm | |
| Setiap diri adalah ahli bagi dirinya sendiri. Solat bagi diri sendiri, maka sudah tentu tuan empunya diri yang ahlinya...  _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | |  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Wed Oct 14, 2009 4:49 am | |
| | semut api wrote: | | bagaimana kamu mengenal diri kamu |
Manusia akan kenal dirinya sendiri bila dia mula melihat kelainan-kelainan sifat yang ada pada dirinya berbanding orang lain. Dengan itu, dia tidak akan hidup mengikut masyarakat, melainkan menjadi seperti dirinya sendiri.
Umpamanya benih pokok mangga, jika ditanam di kebun pisang sekali pun, tetap akan tumbuh menjadi pokok mangga dan mengeluarkan buah mangga.
Oleh itu, orang yang mengenal diri, bila sedar dirinya mempunyai otak, maka dia akan menjadi seperti dirinya sendiri iaitu menjadi manusia yang rajin berfikir (apa gunanya otak kalau bukan untuk berfikir?) biarpun dilahirkan dalam kaum yang bodoh (pemalas berfikir). Dia tidak beragama ikut masyarakat, melainkan mengikut apa yang dia tahu (setelah Allah mengajarnya).
| Quote: | | apa yg kamu ahli tentang diri kamu sendiri |
Memahami perasaan dalam diri sendiri. Orang lain mana faham pasal diri kita, melainkan suami-isteri yang saling belajar kenal-mengenali sepanjang masa.
| Quote: | apa hubungannya antara diri kamu dgn solat sepertimana yg kamu percaya?  |
Solat adalah proses untuk menjadikan kita seorang yang mengenali diri. Kita boleh kenal potensi diri dan sejauh mana kita boleh melakukan yang terbaik dalam mencapai segala yang dicita-citakan. Bila kita nampak potensi diri, maka kita akan menjauhi hidup membuang masa dan tidak tentu hala. Sebab itu disebutkan solat menjauhi kekejian dan kemungkaran.
Bila kita mula explore dalaman diri kita, kita akan dapat macam-macam idea yang sampaikan kita tidak tahu nak kejar yang mana satu dan rasa sehari tak cukup 24 jam. Banyak benda nak belajar, nak praktik, nak bereksperimen untuk mencari sesuatu hipotesis. Cuma keterbatasan tubuh-badan (sebab perlukan rehat dan tidur) menyebabkan kita kena tunduk dengan hukum Allah itu.
Dan tiada noktah belajar mengenali diri sendiri. Semakin seronok pun ada. Tiada istilah boring dalam hidup kerana melakukan perkara yang sama berulang-ulang dan berbentuk ritual itu. Kita sentiasa memikirkan macam mana nak upgrade diri dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.
Sebab itu manusia yang sudah nampak jalan ini, mereka tidak akan menoleh lagi beragama seperti golongan menurut membuta-tuli itu...  _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | semut api Doktor Falsafah


Number of posts: 1482 Points: 1997 Reputation: 3 Registration date: 2009-04-26
 | |  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2472 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik Sat Oct 17, 2009 4:04 pm | |
| Mati nanti pun kesepian juga. Dalam kubur itu tiada orang lain nak ditiru lagi. Biar hidup kesepian daripada hidup dalam kemunafikan (solat menunjuk-nunjuk). Dalam Al Quran, dikisahkan Nabi Ibrahim mengenal Penciptanya sendiri. Sedangkan orang-orang kafir tetap mengikut apa yang diajar oleh bapa-bapa mereka. Selagi ada akal, selagi itu manusia berfikir....  _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | | | Solat Orang Beriman dan Solat Orang Munafik | |
|
| Page 1 of 2 | Goto page : 1, 2  |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |