HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
kita anti nama bongsu kata rampa teki kaabah video kuiz teka games shirt anak kisah pantun diari sambung mutiara speak kereta minda borak akaun pelekat neraka
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Rajin Membaca dan Menulis

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 1:30 pm

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.

96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,

96:4. Yang mengajar dengan kalam (tulisan dan bacaan),

96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu


Apabila kita mengkaji pedoman Al Quran, barulah kita nampak bahawa Al Quran itu mengajak manusia jadi seorang yang rajin membaca dan menulis. Rajin membaca dan menulis itulah cara untuk manusia keluar daripada kejahilan.

Apabila keluar daripada kejahilan, manusia tidak hidup menurut membuta-tuli lagi melainkan mengikut apa yang ada bukti2 jelas dan terang di alam semesta ini.

Banyak kisah2 kaum terdahulu yang direkodkan dalam Al Quran di mana mereka hidup dalam kejahilan. Tanda-tanda kejahilan mereka boleh dilihat daripada amalan mereka. Contohnya apabila Nabi Ibrahim tanya kaumnya, kenapa buat amalan sembahan macam itu caranya, mereka pun jawab "sebab kami lihat bapa-bapa kami berbuat begitu". Itulah jawapan orang2 yang jahil.

Seseorang yang tahu apa yang dilakukannya sudah pasti mampu menghuraikannya secara logik (berhikmah). Sedangkan apa hikmah makan itu pun boleh dihuraikan dengan mudah apa logiknya. Apakah bila kita ditanya, "kenapa anda makan?", kita jawap "sebab ada orang nampak Nabi makan". Bukankah itu jawapan orang2 yang lemah mindanya?

Begitulah juga dengan seluruh amalan hidup kita. Kita kena tahu apa tujuan kita buat itu. Bukannya main mudah2 cakap "sebab ada orang nampak Nabi buat begitu". Itu jawapan orang2 yang musyrik. Mereka terpaksa guna perantaraan orang lain, bukannya terus daripada Allah yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.

Walaupun kaum Nabi Ibrahim itu berkata cara mereka menyembah itu kerana Tuhan, tetapi bila mereka sendiri tidak tahu membuktikan kebenaran amalan mereka itu tanpa perantaraan manusia lain, jelas menunjukkan mereka hakikatnya berbuat amalan itu atas dasar kejahilan dan persangkaan sahaja. Hakikatnya mereka seperti orang yang dalam kegelapan hati dan meraba2 mencari jawapan.

Membaca dan menulis adalah cara untuk menerangi hati. Ilmu itu pelita hati. Bila hati kita terang, kita tidak perlu sandarkan perbuatan atau amalan kita pada nama orang lain. Bila orang tanya "kenapa anda membaca?", kita tidak perlu jawapan "sebab ada orang nampak Nabi membaca", tetapi kita jawap sebab membaca adalah cara untuk membawa sesuatu maklumat masuk ke dalam minda dan kemudian ia akan diproses untuk mencari kebenarannya dan kefahaman.

Kita boleh nampak sendiri sebab musabab kenapa perlu membaca. Ada bukti2 hukum alam yang menunjukkan kenapa perlu membaca. Jawapan kita kukuh tanpa perlu bersandarkan atas nama manusia lain. Kita yakin dengan amalan kita sendiri.

Begitulah bila kita ditanya "kenapa anda menulis?". Kita tidak perlu berhujah, "sebab ada orang nampak Nabi menulis", sebalik kita boleh tunjukkan bukti di mana penulisan itu membantu menyampaikan maklumat2 yang kita tahu untuk orang lain menilai sejauh mana kebenarannya.

Dengan kata lain, kita beramal sesuatu yang kita tahu sebab musababnya dan kesan baiknya. Bukan bersangka2 atas perbuatan orang2 terdahulu. Orang2 musyrik sahaja yang bersangka-sangka atas perbuatan orang2 terdahulu mereka. Mereka tiada keyakinan diri nak menjelaskan amal perbuatan mereka.

Bayangkanlah jika di dunia ini lagi orang2 musyrik itu sudah tidak yakin nak jelaskan pasal amalan mereka dan terpaksa bersandar atas nama2 orang terdahulu mereka, bagaimana mereka nak menjawab soalan Allah nanti? Mana mereka nak cari orang2 terdahulu mereka yang mereka tak kenal rupa-parasnya itu.

Di sinilah kita nampak kepentingan membaca dan menulis itu supaya kita jadi orang2 yang tahu apa yang kita lakukan, bukannya jadi golongan jahil yang tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Smile


_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 3:42 pm

Nabi seorang yang tidak boleh menulis dan membaca. Hikmahnya untuk menolak tuduhan orang kafir yang mengatakan Nabi mereka-reka Al quran dari Taurat dan Injil. Siapakah yang menulis Al Quran? Salah seorangnya bernama Zaid bin Thabit. Tiada perintah supaya membukukan Al Quran. Tetapi dilakukan oleh Saidina Usman r.a untuk maslahah umat. Kalau sahabat dulu Al Quran berada di dalam dada mereka. Mampukah kita melakukan dan menurunkan pula ke dada anak2 kita. Kalau setakat ilmu agama yang ada di dada kita dibandingkan dengan ilmu para sahabat. Tak mampu kita nak berhadapan dengan Allah. Kalau adalah perasaan di hati, kita lebih berilmu dari para sahabat, menunjukkan hati kita sudah jauh dari sinar Islam. Cuba lihat rutin kita seharian dan rutin orang bukan Islam, adakah ia sama sahaja?. Kalau sama, kita memang lah orang yang benar menjadi seperti mereka. Dan bergembiralah kerana dengan penyamaan taraf itu kalau itu yang kita inginkan.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 4:01 pm

Tak logik langsung. Nabi Musa dan Nabi Isa yang ada Taurat dan Injil pun seorang yang pandai menulis dan membaca walaupun sebelum mereka sudah wujud Kitab2 Nabi2 terdahulu. Adakah kerana Nabi Musa dan Nabi Isa tahu menulis, maka Taurat dan Injil itu rekaan mereka?

Jika Isaac Newton tahu menulis, apakah hukum graviti yang dia temui itu rekaannya? Nampak sangat manusia itu tidak tahu di mana kekuatan ilmu Allah itu.

Kebenaran Al Quran bukannya kerana ketidakbolehan Rasulullah menulis atau membaca. Tetapi kerana ayat2nya terbukti logik dan tidak bercanggah dengan hukum alam ini. Sebab itulah mana ada para saintis dapat buktikan Al Quran tidak selari dengan sains. Merekalah yang banyak buktikan Al Quran selari dengan sains. Contohnya daripada ayat yang mengatakan manusia diciptakan daripada segumpal darah itu sudah dibuktikan benar oleh sains. Keselarian dengan hukum alam inilah bukti kebenaran Al Quran.

Jadi dakwaan mengatakan Rasulullah tidak tahu menulis atau membaca bagi membuktikan Al Quran itu bukan rekaan baginda adalah dakwaan yang lemah. Apabila manusia menulis buku yang mengatakan bumi mengeliling matahari, apakah itu rekaan si penulis buku itu? Bukankah sebelum penulis itu menulis, bumi sudah mengelilingi matahari? Begitu perumpamaannya dengan Al Quran.

Kalau kita tidak tahu di mana kekuatan Al Quran, macam mana nak masukkan Al Quran dalam dada sendiri? Itu yang ramai menurut membuta-tuli daripada menggunakan akal. Mereka sangka apa yang mereka turuti itu ajaran Al Quran, walhal Al Quran tidak menetapkan apa yang mereka tetapkan itu. Mereka terpaksa bersandar kepada riwayat orang2 terdahulu. Mereka tidak mampu cari bukti pada langit dan bumi.

Sesuatu ilmu itu masuk ke dalam dada melalui berfikir. Kalau manusia itu tak berfikir, Al Quran depan mata pun mereka tak faham pengajarannya.

Perasan tak, yang mewujudkan amalan ritual atas persangkaan perbuatan orang2 terdahulu itu sama perangainya macam kaum2 musyrik terdahulu. Tetapi mereka tak sedar apa yang mereka lakukan sebab tiada keinginan nak membuka minda membuat perbandingan melihat perangai sesuatu bangsa2 di dunia ini.

Jika benarlah mereka menerima Al Quran, sudah pasti mereka tidak tiru perangai kaum2 musyrik yang ada2kan amalan ritual atas alasan perbuatan orang2 terdahulu.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 4:17 pm

Sebab zaman ini lebih ramai penipu dari zaman lepas. Kita kena kaji siapakah yang mengeluarkan pendapat itu. Hanya itu saja cara nak menentukan kebenaran agama yang berpandukan dalil-dalil. Jangan mengikut membuta-tuli. Mereka hanya membuat keraguan tetapi tidak membawa sesuatu yang setanding dengannya. Itu pun ada yang percaya? Lihat lah dikalangan pengikutnya adakah mereka yang boleh di percayai atau tidak. Adakah contoh golongan ini yang berjaya? Di dunia pun tak nampak lagi hasilnya sejak wujudnya pendapat ini.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 4:34 pm

Tak logik langsung. Bukankah kaum2 Nabi Nuh yang buat amalan ritual itu penipu? Bukankah kaum Nabi Ibrahim yang buat amalan ritaul itu juga pendusta? Bukankah kaum Nabi Luth yang membenarkan amalan songsang mereka itu juga penipu? Allah lebih tahu berapa ramai penipu di sesuatu zaman.

Nak berkata itu biarlah berpada2. Bukan main semborono sahaja.

Nak kaji kebenaran bukannya lihat daripada siapa yang keluarkan pendapat itu. Hanya orang pandang pada zahir sahaja berperangai begitu.

Kebenaran itu datangnya daripada Allah. Bila daripada Allah, bukti2nya wujud di alam semesta ini. Jadi, nak kaji sesuatu ajaran, lihatlah ada atau tidak bukti2 di alam semesta ini.

Hukum2 alam inilah dalil2 yang kukuh. Sebab itulah untuk buktikan Keesaan Allah, Rasulullah tak guna dalil seperti "Allah itu Esa kerana sahabat Nabi Isa mendengar bahawa Nabi Isa berkata Allah itu Esa". Kata2 lemah macam itu mana layak dijadikan dalil.

Tetapi baginda berdalilkan hukum alam ini. Ada hukum alam ini menunjukkan tidak logik tuhan ada anak atau ada banyak. Sesiapa yang berfikir secara logik, mudah menerima yang Tuhan itu Esa.

Lihatlah nasib kaum2 yang tidak berpegang pada logik itu. Adakah mereka berjaya? Di dunia lagi kita sudah nampak mereka gagal. Harapkan ramai, tetapi hidup berpecah-belah. Itukah golongan yang akan berjaya di akhirat kelak?

Dengan Israel yang kecil itu pun mereka mudah dikalahkan. Mereka tidak mampu buktikan amalan ritual mereka lakukan pada waktu2 tertentu itu mampu mengalahkan bangsa2 lain yang berjuang dengan ilmu2 alam Allah ini.

Tetapi biarpun Allah sudah tunjukkan nasib kaum mereka lemah biarpun ramai, tetapi tak mahu juga insaf2 lagi.

Takkanlah mereka tidak boleh fikir, sebagai seorang yang bijaksana, takkanlah seseorang manusia itu tidak tahu membaca atau menulis. Sedangkan Al Quran suruh membaca. Takkanlah Nabi menyuruh apa yang baginda tidak buat?

Tak masuk akal betullah dakwaan manusia yang kata Nabi tak tahu membaca dan menulis itu. Seolah2 Nabi berpesan apa yang baginda tidak lakukan.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 4:41 pm

Untuk menyuruh orang lain buat sesuatu yang baik, kita kenalah buktikan daripada diri kita dulu. Seorang bapa yang nak suruh anaknya rajin membaca, tetapi bapa itu sendiri pemalas membaca, macam mana si anak tu nak rajin membaca?

Macam itulah bila Rasulullah suruh manusia lain membaca, takkanlah baginda tak tahu membaca? Baginda bukannya seorang yang suruh orang lain berbuat sesuatu, tetapi baginda tak buat.

Mungkin dakwaan2 tak masuk akal yang kata Nabi Muhammad tak tahu membaca dan menulis itulah menyebabkan kadar buta huruf di kalangan umat Islam hari ini adalah antara yang tertinggi. Itu belum diukur kadar kebebalan dalam ilmu sains dan teknologi. Smile

Allah sudah masukkan mereka dalam keadaan lemah minda macam itu pun masih nak berlagak sombong lagi. Apa punya manusia ntah. Tiada keinsafan nak mengubah nasih kaumnya. Walhal terang2 Al Quran sebut, Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 7:25 pm

Hanya orang yang buta sejarah sahaja tak nampak logiknya. Kalau nak keluar pendapat pun tengok juga lah fakta sejarahnya. Kitakan mencari kebenaran agama islam yang dibawa oleh Nabi. Bukan agama islam ciptaan manusia tu. Nak berfatwa ikutlah methodnya. Jangan ikut fatwa serba tak tahu. Atau fatwa sumber tak tahu tu.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana


Number of posts: 453
Points: 788
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-07

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 8:10 pm

Zulia wrote:
Hanya orang yang buta sejarah sahaja tak nampak logiknya. Kalau nak keluar pendapat pun tengok juga lah fakta sejarahnya. Kitakan mencari kebenaran agama islam yang dibawa oleh Nabi. Bukan agama islam ciptaan manusia tu. Nak berfatwa ikutlah methodnya. Jangan ikut fatwa serba tak tahu. Atau fatwa sumber tak tahu tu.


kalau al quran tu dah ada dalam dada takkan lah tak tahu membaca dan menulis kerana ilmu membaca dan menulis tu pun datang dari alquran . kalau menghafal tu lain lah .
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 10:12 pm

Menulis mengikut teknologi zaman Nabi ialah kebolehan menggunakan kalam membentuk tulisan yang boleh dibaca sama ada diatas lembaran kain atau pelepah tamar. Membaca ialah kebolehan membaca sesuatu dari tulisan. Itu yang dimaksudkan. En. Othman tentu dapat membezakan antara membaca Al fatihah dan membaca terjemahannya. Kita hafal bacaan Al fatihah kerana ia berada di dalam memori kita. Ada tak orang hafal terjemahan surah. Tidak, tapi orang yang boleh berbahasa Arab dia boleh menterjemahnya mengikut bahasa ke bahasa.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana


Number of posts: 453
Points: 788
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-07

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sat Jan 23, 2010 11:17 pm

Zulia wrote:
Menulis mengikut teknologi zaman Nabi ialah kebolehan menggunakan kalam membentuk tulisan yang boleh dibaca sama ada diatas lembaran kain atau pelepah tamar. Membaca ialah kebolehan membaca sesuatu dari tulisan. Itu yang dimaksudkan. En. Othman tentu dapat membezakan antara membaca Al fatihah dan membaca terjemahannya. Kita hafal bacaan Al fatihah kerana ia berada di dalam memori kita. Ada tak orang hafal terjemahan surah. Tidak, tapi orang yang boleh berbahasa Arab dia boleh menterjemahnya mengikut bahasa ke bahasa.


nampaknya cik tak faham apa yg saya madsudkan . cik lebih percayakan riwayat yg tak logik . cik tak yakin dgn ilmu al quran . setitik ilmi al quran tu dah tak terkira hebatnya manusia inikan pula utk menulis dan membaca .
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sun Jan 24, 2010 12:01 pm

Fakta sejarah belum tentunya benar. Bila ulamak Nasrani dakwa Nabi Isa itu anak Allah, mereka anggap itu adalah benar berdasarkan fakta sejarah daripada riwayat2 yang dikumpulkan atas nama sahabat Nabi Isa. Jadi orang2 yang percaya pada riwayat tak logik itu, pasti menurut sahaja cakap ulamak2 Nasrani tersebut.

Sebaliknya Rasulullah tidak cepat percaya pada riwayat yang didakwa sebagai fakta sejarah itu. Baginda mencari bukti Keesaan Allah pada langit dan bumi. Itulah ciri2 orang beriman. Orang2 musyrik sahaja suka percaya pada cerita2 tak logik.

Sebagai seorang yang bijaksana, tidak logik baginda tidak tahu membaca dan menulis. Kerana hukum alam menetapkan yang manusia yang rajin membaca dan menulis sahaja akan jadi bijak. Takkan kita nak kata Rasulullah itu seorang yang tak bijak?

Jadi, di antara hukum alam Allah tetapkan dengan cerita2 riwayat manusia, yang mana satu kita nak percaya? Orang2 musyrik tidak percaya kepada Allah. Mereka lebih percaya kepada orang2 terdahulu mereka. Sebab itu mereka tak suka berpegang pada sesuatu bukti yang logik yang boleh mereka nampak pada diri mereka sendiri.

Sedangkan orang buta yang ada keinginan belajar pun akan membaca guna jari-jemarinya.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sun Jan 24, 2010 1:16 pm

Sikap hati yang tak mahu menerima dan belajar terlebih itu telah menampakkan sikap tak logik kita. Kalau Portugis serang Melaka pakai mesingan pun kita nak percaya ke? Membuktikan sesesuatu yng telah lengkap pada zaman Nabi, mestilah ada sumber dari zaman itu. Al Quran di turunkan zaman itu. Sedangkan Al Quran yang memberitahu Nabi tentang Kitab terdahulu dan penyelewengan itu. Dan Nabi tak memberitahu Kaum Yahudi sebelum turunnya Al quran.
Nampak sangat tak logiknya fahaman tak bersumber itu. Bagilah satu contoh orang alim yang menjadi sumbernya. Tak de kan.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Sun Jan 24, 2010 1:25 pm

Bukankah yang mengatakan Rasulullah tidak tahu membaca itu tidak bawa apa2 logiknya? Sekadar bawa riwayat cakap baginda tak tahu membaca, itukah bukti logik?

Persoalannya, logikkah manusia menjadi pandai dalam keadaan dia malas membaca dan menulis? Kalau ilmu nak kenal huruf pun dia sudah malas, macam mana Allah nak bagi ilmu2 lain?

Kalau dikatakan Rasulullah tidak tahu membaca tulisan bahasa asing, adalah logiknya. Ini sebagai seorang yang terpelajar, takkanlah tulisan bahasa ibundanya sendiri pun baginda tak tahu?

Apatah lagi hujah untuk mengatakan baginda tidak tahu membaca dan menulis itu bagi menunjukkan Al Quran itu daripada Allah. Kitab2 lain daripada Allah juga, tetapi tidak pula perlu Nabi2 terdahulu itu dikatakan tidak tahu membaca dan menulis pun.

Kebenaran ilmu2 Allah itu bukannya terletak pada si penyampai itu tidak tahu membaca dan menulis, tetapi kerana ayat2 yang disampaikan tidak bercanggah antara satu sama lain dan ada bukti2 hukum alam (Sunnah) membenarkannya.

Nampak sangat orang2 yang dakwa Rasulullah tak tahu membaca dan menulis itu tidak tahu di mana letaknya kebenaran Al Quran. Makin jelas mereka adalah orang2 yang tidak mahu menggunakan akal.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Mon Jan 25, 2010 4:35 pm

Jika kita ada anak, tentu kita akan rasa gembira jika anak kita itu seorang yang baik, bijak, rajin belajar, pandai berdikari, kreatif dan tahu menyumbangkan manfaat pada masyarakat. Ibubapa itu akan rasa satu kepuasan kerana anak2nya menjadi manusia yang berguna.

Allah sebagai Pencipta manusia, lagi2lah merasa gembira jika hasil ciptaanNya itu tahu hidup sebagai manusia yang berguna. Maka insan2 yang berguna itu akan ditempatkan di syurga yang tidak tergambar kenikmatannya.

Sebaliknya ibubapa pasti kecewa jika anaknya jahat, bodoh, pemalas belajar, tak tahu berdikari, beku dan suka bergaduh sesama sendiri serta tidak menyumbangkan apa-apa manfaat (menghabiskan "boreh").

Allah sebagai Pencipta manusia, lagi2lah merasa kecewa jika hasil ciptaanNya itu hidup secara bengap dan menurut membuta-tuli. Sudahlah bengap, tahu hidup bermegah2 atas nama agama dan berpecah-belah berebut kuasa. Maka orang2 sebegitu hanya layak dihumban ke neraka yang tidak tergambar keazabannya.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Mon Jan 25, 2010 9:50 pm

Abang tak cakap pun siapa yang lebih berilmu dalam perkara ini sebagai rujukan?
Back to top Go down
tolokminda
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 820
Points: 1161
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-02

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Wed Jan 27, 2010 10:58 am

Zulia wrote:
Abang tak cakap pun siapa yang lebih berilmu dalam perkara ini sebagai rujukan?


Salam,

Tak perlu ada sesiapa yang tertentu untuk kita ambil sebagai rujukan. Kita boleh rujuk siapa saja. Yang penting ia memberi penjelasan terbaik dan selaras dengan nilai-nilai serta prinsip-prinsip yang digariskan Tuhan.
Back to top Go down
SangKribit
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 22
Points: 230
Reputation: 0
Registration date: 2010-02-07

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Mon Feb 08, 2010 12:47 am

Quote:
Tak perlu ada sesiapa yang tertentu untuk kita ambil sebagai rujukan. Kita boleh rujuk siapa saja. Yang penting ia memberi penjelasan terbaik dan selaras dengan nilai-nilai serta prinsip-prinsip yang digariskan Tuhan.


Tuhan pun buat garisan ek ... Abis tu naper ko tak nak ikut garisan?
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Wed Feb 10, 2010 4:33 pm

Apabila Tuhan suruh guna akal, kenapa tak ikut suruhan Tuhan itu? Banyak pula alasan mereka bila diajak berfikir. Kononnya dalam bab agama tak boleh berfikir. Walhal Al Quran tidak pernah sebut pun berfikir kena dalam bab-bab tertentu sahaja. Nampak sangat mereka nak lawan Tuhan.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Rajin Membaca dan Menulis   Wed Feb 10, 2010 6:49 pm

Oo patutlah ulama Islam sudah berfikir dari dulu lagi dengan mengupas isi al quran dan menghasilkan berbagai-bagai kitab mengikut kepandaian dan bidang mereka, seperti ulama fekah, tasawuf dan sebagainya sebab mereka berfikirlah. Tapi hairan pula ada orang yang menolaknya, siapa yang yang melawan sebenarnya?
Back to top Go down
 

Rajin Membaca dan Menulis

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-