EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Yesterday at 11:41 pm by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Yesterday at 11:29 pm by Zulia

» Al Quran mudah difahami
Yesterday at 10:50 pm by Juang

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Yesterday at 8:51 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Mon Mar 08, 2010 6:10 pm by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

» Memelihara Solat
Sat Mar 06, 2010 5:01 pm by Zulia

» Surah 2: Al-Baqarah
Fri Mar 05, 2010 10:38 pm by Juang

» Tak guna akal itu najis
Sun Feb 28, 2010 7:25 pm by Juang

Who is Online ?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49393 messages in 1492 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
sambung shirt sibongsu kuiz daging ZIARAH burger teka video pantun dairi sosial rampa kaabah bongsu games kita diari kata ziarahmenilai kisah kereta pelekat pak minda MENILAI
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Punca Manusia Berpecah-belah Pasal Agama

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Punca Manusia Berpecah-belah Pasal Agama   Sat Oct 24, 2009 4:06 pm

Agama atau anutan melibatkan hal kepercayaan (iman). Kepercayaan inilah menjadi tunjang kepada menerima atau tidak sesuatu ajaran.

Semua agama mendakwa mereka benar. Tiada satu agama pun di dunia ini hendak mengaku ajaran mereka sesat. Dan jika kita kata sesuatu golongan itu sesat, mereka pun boleh kata perkara yang sama kepada kita. Sebab itu Rasulullah mengajar kita supaya menyerahkan penentuan siapa golongan yang benar dan siapa yang sesat itu kepada Allah. Di akhirat nanti Allah akan beritakan segala yang kita perbuat. Jadi, kenapa tidak sabar-sabar menunggu hari akhirat sehingga sanggup menghukum manusia lain itu sesat atau terpesong?

Ada dua perkara yang ingin diajak berfikir di sini iaitu, bagaimana seseorang menerima sesuatu ajaran dan bagaimana seseorang itu menentukan ajaran yang diterima itu benar atau tidak.

Berdasarkan kisah-kisah orang terdahulu yang dicatatkan di dalam Al Quran, ada dua cara manusia menerima sesuatu ajaran.
1) Menerima daripada ajaran turun-temurun.
2) Menerima daripada pencarian dan penerokaan sendiri.

Begitu juga untuk menentukan kebenaran sesuatu ajaran, ada dua cara digunakan oleh manusia iaitu;
1) Beranggapan apa yang diterima dari turun-temurun itu semestinya benar.
2) Mencari bukti-bukti yang nyata untuk menentu benar atau tidak.

Mari kita fikir situasa di bawah ini:

# Situasi 1

Untuk membuktikan kebenaran hukum 1+1=2, A menggunakan jarinya sebagai alat untuk mengira. B pula menggunakan lidi untuk membuktikan kebenaran hukum yang sama. Kedua-dua mereka mempercayai kebenaran 1+1=2 berdasarkan bukti yang kukuh dan tidak boleh disangkal lagi biarpun menggunakan kaedah yang berbeza-beza. A dan B boleh terima perbezaan cara untuk membuktikan jawapan tersebut, kerana yang pentingnya, kedua-dua mereka mendapat jawapan yang sama dan ada bukti kukuh. Jadi untuk berurus-niaga akan jadi mudah sebab masing-masing tunduk pada hukum yang terbukti benar dan kukuh.

#Situasi 2

C telah diterap oleh ajaran terdahulu bahawa 1+1=3, manakala D pula diterapkan oleh ajaran terdahulu bahwa 1+1=4. Bila ditanya kenapa mereka menetapkan sedemikian, mereka jawab "sebab bapa-bapa kami ajar begitu, jadi kami ikut sahaja". Kemudian oleh kerana C hanya bergantung kepada nama orang terdahulu, maka dikatakanlah D tidak betul. Begitu juga D, kerana hanya bersandarkan pada nama orang terdahulu, maka dikatakanlah C tidak betul. Perbalahan sesama mereka tiada kesudahannya kerana sekadar bergantung pada nama-nama orang yang terdahulu sahaja untuk mendakwa kepercayaan mereka benar. Jika hendak berurus-niaga pun susah kerana hukum yang mereka pakai berbeza-beza.

Jadi, kepercayaan bagaimanakah yang lebih baik? Adakah kita mempercayai sesuatu dengan berpegang pada bukti-bukti yang nyata dan kukuh atau sekadar guna nama-nama orang terdahulu? Bukankah sekadar guna nama orang-orang terdahulu itu hanya persangkaan sahaja?

Jika kita bandingkan situasi 1 dan 2, situasi 1 itulah jalan membawa manusia bersatu kerana masing-masing berpegang pada bukti yang kukuh, bukan persangkaan sahaja. Sebab itulah Al Quran sebut, pada persangkaan itu tiada kebenarannya. Letaklah nama Nabi sekalipun, jika sekadar bersangka-sangka dan tiada bukti yang kukuh, sudah pasti kebenaran tidak dapat dibuktikan.

Hati tidak akan mencapai kepercayaan yang teguh dan kukuh jika kita sekadar berpegang atas nama orang-orang terdahulu untuk mendakwa apa yang kita ikuti itu benar. Kebenaran harus dibuktikan dengan jelas dan terang.

Apabila semua manusia tunduk kepada ajaran yang disokong bukti yang kukuh, apakah manusia akan berpecah-belah atas nama agama lagi?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Punca Manusia Berpecah-belah Pasal Agama   Mon Oct 26, 2009 7:59 am

49.9. Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

Islam adalah agama yang aman sejahtera. Tidaklah akan terasa keindahan dan kedamaian Islam itu, jika sesama Islam hidup berpecah-belah berperang berebut kuasa. Generasi awal Islam dahulu bertungkus-lumus mempercantikkan Islam sehingga mudah diterima banyak kawasan, namun akibat kelalaian generasi kemudian kerana lahir-lahir sahaja sudah keturunan Islam, maka ruh Islam itu sudah tiada.

Hari ini, kita lihat di merata negara umat Islam, sering berlaku pergeseran yang mengundang bencana peperangan. Tidak adakah golongan yang mengambil pelajaran daripada ayat al Quran di atas untuk menyatukan dua golongan yang bertelagah atas nama agama?

Islam sebenarnya sudah cukup cantik dan sempurna ketika Rasulullah tinggalkan untuk kita. Islam itu bolehlah diibaratkan seperti sebatang pokok di mana wahyu suci itu umpama air dalam tanah, akar itu seperti daya fikir Rasulullah menyerap air tersebut, batang pokok pula seperti Kitab dan Hikmah yang teguh dan kukuh, manakala dahan-dahan dan rantingnya pula seperti pendapat para imam dan ilmuan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Lagi bercabang ranting-ranting yang menghasilkan daun-daun yang rimbun, lagi teduh kita jika berada di bawah pokok itu. Apatah lagi pokok itu mengeluarkan buah-buahan yang enak dimakan, maka bertambah-tambahlah manfaat daripada pokok itu. Itulah gambaran Islam.

Namun kini, kita lihat umat Islam mudah bergeser bila ada perbezaan pendapat. Padahal perbezaan pendapat itulah cara untuk melapangkan agama agar ruang untuk kita berteduh di bawah pokok (Islam) jadi luas.

Fikir-fikirkanlah di mana silapnya kita mengambil Islam? Bukan salah Islam itu, tetapi salah cara kita mengambil Islam itu, bukan lagi atas usaha belajar dan mengkaji, sebaliknya sekadar menurut membuta-tuli.

Jangan rosakkan usaha golongan beriman terdahulu semata-mata kita jadikan agama untuk mengejar kebanggaan diri atau bermegah-megah atas nama Islam. Sepatutnya semakin kita Islam, semakin kita menjadi orang yang tunduk berserah diri, bukannya orang yang sombong, angkuh dan bongkak tidak boleh terima perbezaan pendapat.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Punca Manusia Berpecah-belah Pasal Agama   Tue Oct 27, 2009 6:00 am

42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

Kalau betullah umat Islam hari ini mengikut syariat Nabi Muhammad, sudah tentu mereka akan ikut apa yang diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa iaitu menegakkan atau melakukan agama dan jangan berpecah-belah kerana urusan agama.

Namun realiti umat Islam sekarang tidak seperti mengikut wasiat para Nabi dan Rasul terdahulu. Merekalah yang paling suka berpuak-puak atas nama perbezaan aliran ajaran agama. Bila berbeza pendapat dengan ajaran turun-temurun mereka, terus mereka marah dan panas hati, baik yang menyeru itu ahli keluarga mereka sendiri. Bila diseru kepada menyembah Allah Yang Satu, mereka membenci.

Berpecah-belahnya mereka kerana keangkuhan antara satu sama lain. Satu puak kata puak mereka sahaja betul dan puak lain dikatakan tak betul, dan puak yang lain pun berperangai angkuh dan sombong begitu juga. Saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Bila diajak ke arah hidup bersatu-padu, mereka menunjukkan kebencian.

Hanya orang yang ada rasa insaf melihat nasib kaumnya sendiri sahaja yang akan mendapat petunjuk, sedangkan orang yang buat tidak kisah nasib kaumnya (mementingkan diri sendiri), tidak akan sedar diri sampai bila-bila.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Punca Manusia Berpecah-belah Pasal Agama

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic