Kalau kita renung pedoman Al Quran, Allah menegur kaum-kaum terdahulu dalam membuat amalan sembahan. Kenapa Allah tegur kaum (orang ramai), bukannya orang perseorangan dalam bab amalan menyembah?
Ini menunjukkan, amalan menyembah bukannya kena ikut-ikutan orang ramai dengan persangkaan itulah amalan yang benar sebab diamalkan turun-temurun. Kita menyembah Allah dengan mengetahui kebaikan untuk diri kita sendiri. Sebab itu tiada kisah para Rasul tegur orang perseorangan dalam amalan menyembah, tetapi mereka tegur satu kaum yang buat amalan menyembah mereka sama sahaja dan menurut amalan nenek moyang.
Kalau untuk orang perseorangan, Al Quran tegur orang yang gila harta, pangkat dan kemewahan seperti Qarun. Tetapi bila bab menyembah, Al Quran tegur amalan sesuatu kaum.
Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini walaupun Al Quran mereka terletak di atas almari.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG