HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
sambung games kereta shirt rampa anti video diari mutiara speak kuiz anak kisah teki neraka minda pantun pelekat kaabah borak bongsu teka nama akaun kata kita
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Orang Beriman Sangat Cintakan Allah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Orang Beriman Sangat Cintakan Allah   Mon Jun 29, 2009 8:17 am

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Al Baqarah: 165)

Ada manusia yang taksub kepada seseorang Nabi, menjadikan Nabi itu tandingan bagi Allah dalam membuat ketetapan. Asalkan datang riwayat hadis, terus mereka jadikan ketetapan syariat tanpa mereka mengkaji terlebih dahulu ada tak hukum-hukum alam (daripada Allah) yang membenarkan apa yang mereka tetapkan itu. Mereka mencintai Nabi itu dan diletakkan bersamaan Allah seolah-olah, tanpa Nabi itu, tiadalah Allah.

Tetapi bagi golongan beriman, cinta mereka kepada Allah terlalu mendalam. Mereka buat sesuatu hanya kerana mentaati hukum yang Allah tetapkan di alam semesta ini demi cinta mereka kepada Allah, bukan kerana meniru cara Nabi atas alasan nak dapat banyak pahala.

Ayat di atas menunjukkan Nabi Muhammad sendiri tidak menyuruh orang yang mentaatinya mencintainya melebihi daripada mencintai Allah. Cintai Allah dahulu berbanding makhluk-makhluk lain sebab makhluk lain itu tidak dapat hidup tanpa keizinan Allah. Sebab itulah golongan beriman mengejar cinta Allah dahulu sebelum mengharapkan cinta sesama manusia dan makhluk lain.

Jika Nabi Muhammad seorang yang taksub pada seseorang Nabi, sudah pasti baginda akan bawa kisah Nabi Isa selaku Rasul terdahulu sebelum baginda. Tetapi melihat banyak kisah para Rasul terdahulu dijadikan pedoman dalam Al Quran, itu menunjukkan baginda seorang yang tidak taksub pada mana-mana Nabi apatah lagi mencintai seseorang Nabi menandingi cinta kepada Allah. Maha Suci Allah daripada apa orang kafir itu sekutukan.

Ikut fitrah kejadian manusia, Nabi Adam menunjukkan cintanya kepada Allah dengan taat belajar mengenal nama-nama benda yang wujud di bumi. Sebab dia tahu dia akan dijadikan khalifah di muka bumi. Jika jadi khalifah di bumi tetapi tidak tahu apa erti benda-benda yang wujud di bumi itu, macam mana manusia itu nak hidup di bumi dengan selamat? Samalah macam nak memandu kereta tetapi tidak tahu fungsi-fungsi dalam sesebuah kereta, pasti manusia itu tidak akan selamat dalam pemanduan. Selepas tunduk belajar dengan Allah, barulah Allah kurniakan Nabi Adam, isteri untuk dicintai agar berada dalam rahmatNya.

Jadi, orang beriman sudah semesti memperkukuhkan cintanya kepada Allah dengan menjadi insan yang rajin belajar dan membuktikan dirinya adalah manusia yang berkebolehan mencipta yang tidak dikurniakan kepada binatang ternak. Jika manusia itu hidup di dunia tanpa mampu mencipta apa-apa, hakikatnya mereka lebih hina daripada binatang ternak, sebab binatang ternak memang Allah sudah hadkan kemampuan mereka tidak boleh mencipta, sedangkan manusia Allah berikan kebolehan itu. Cuma bergantung kepada kemahuan sama ada hendak rajin belajar dan praktis sehingga pakar mencipta dalam bidang yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia atau pun hendak jadi manusia yang pemalas.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor


Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Orang Beriman Sangat Cintakan Allah   Mon Jun 29, 2009 4:36 pm

2:165. Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.

Bertepatan dengan ayat di atas, mungkin ada di kalangan kita yang terlalu mencintai rakan-rakan kita yang beragama secara ikut-ikutan. oleh kerana rakan-rakan yang kita cintai itu adalah di kalangan ustaz, ahli agama atau golongan yang dihormati maka apa saja kata-kata mereka dituruti tanpa memikirkannya. namun orang-orang yang percaya, mereka lebih mencintai Allah (ikut ajaran al-quran) daripada mencintai rakan-rakan mereka yang beragama secara ikut-ikutan.
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Orang Beriman Sangat Cintakan Allah   Thu Jul 02, 2009 12:09 am

3:31. Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih."

3:32. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan rasul." Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang tidak percaya.


Sebagai tanda cinta kita kepada Allah, kita dituntut untuk mengikut Rasul. Apakah yang dimaksudkan dengan mengikut Rasul? Apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang Rasul?

57:25. Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami menurunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami menurunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongnya, dan rasul-rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

Seseorang manusia itu dikatakan Rasul Allah bila mereka datang dengan bukti-bukti yang jelas. Mereka menyampaikan kebenaran dengan timbangan yang adil (rasional). Jadi orang yang sebegitu sifatnya barulah layak diikuti.

Tetapi manusia yang sekadar bersandarkan status tok guru atau ulamak, sedangkan kata-katanya tidak ada bukti-bukti yang jelas dari Allah (hukum alam), maka apakah patut manusia itu sembah mereka?

Manusia diseru untuk taat pada Allah dan Rasul. Rasul membawa kebenaran yang disokong oleh Allah (hukum alam). Mentaati sesuatu yang ada hukum alam sebagai bukti, bermakna manusia itu telah mentaati Allah secara hakikatnya.

Tetapi jika manusia itu main turut kata-kata tok guru kerana beranggapan tok guru itu semestinya benar tanpa mereka menilai sejauh mana kata-kata tok guru mereka itu bertepatan dengan hukum alam, hakikatnya mereka bukan taat pada Allah lagi. Mereka sudah mengadakan sekutu bagi Allah. Mereka jadikan tok guru itu sebagai jalan untuk kepada Allah. Begitulah syaitan menyesatkan manusia sehingga mereka tidak sedar sudah tahap menyekutukan Allah.

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
 

Orang Beriman Sangat Cintakan Allah

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-