| Pengumuman Terkini | Tiada pengumuman terkini.
*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com
|
| Who is Online ? | In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm |
| Statistics | We have 879 registered users The newest registered user is kkk369
Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
|
| Top posters | | Admin (3753) | | | mekganu (3628) | | | penditaputra (3027) | | | tokkmudim (2844) | | | Juang (2737) | | | Kalam (2630) | | | myra_roses (2534) | | | zafran0512 (2315) | | | FeLiSeWoMaN (2310) | | | tajuNM (2159) | |
|
| Poll | | | FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok? | | Sangat minat | | 66% | [ 4 ] | | Bolehlah | | 33% | [ 2 ] | | Sikit-sikit | | 0% | [ 0 ] | | Tak minat langsung | | 0% | [ 0 ] |
| | Total Votes : 6 |
|
| September 2010 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | Calendar |
|
| | | Nabi pandai membaca, menulis | |
| | Author | Message |
|---|
Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jun 29, 2009 12:58 pm | |
| Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan membuktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).
Ummiy
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.
Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.
Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum menerima Kitab Allah.
Untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:
"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan mengembalikannya kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu dinar, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk mengembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:
"Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.
Membaca
Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:
"Dan kamu (Muhammad) bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)
"Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk membaca al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.
Malahan, rasul-rasul Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang berikut menjelaskannya:
"Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)
Menulis
Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang yang tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:
"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)
Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk menghapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidaklah sebelum ini kamu (Muhammad) membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)
Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.
Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).
Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka menyiarkan sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf. Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan berbuat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah orang-orang yang paling mengasihinya.
Penulis Bacaan Feb 2003 |
|  | | Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jun 29, 2009 1:04 pm | |
| Polemik Rasulullah seorang ummi
OLEH SITI AINIZA KAMSARI utusan online.
DARI kecil, iaitu sejak kita mula mengenal membaca dan menulis telah sering ditekan mengenai sebuah 'ajaran' bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf!
Malah kita sanggup mempertahankan ajaran itu apabila ada pihak cuba mengatakan yang sebaliknya, mustahil Nabi Muhammad seorang yang buta huruf!
Adakah ini kerana jika mengatakan baginda sebenarnya tahu membaca dan menulis maka itu tidak memberikan satu pengesahan bahawa baginda seorang Rasul, utusan Allah?
Benar, yang dimaksudkan dengan perkataan ummi' adalah seseorang yang tidak tahu, tidak mempunyai kepandaian dan kemahiran untuk membaca dan menulis, iaitu merujuk kepada perkataan umm bererti ibu.
Iaitu lazimnya keadaan di mana seperti janin atau bayi yang masih dalam kandungan rahim ibunya, bererti tidak tahu apa-apa, apatah lagi membaca dan menulis.
Malah ini sebagaimana telah disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 157 bahawa: Nabi Muhammad seorang ummi; iaitu mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".
Ini menyebabkan kita sering kali mengaitkan buta huruf itu dengan kebodohan (jahlun) tetapi Nabi sebenarnya seorang yang amat pintar. Jadi bagaimana kita dapat kaitkan seorang yang ummi itu sedangkan ketika usia mudanya pernah menjalankan perdagangan malah membawa balik keuntungan yang sangat besar.
Kejayaan baginda melakukan transaksi perniagaan ini menjadi satu petunjuk bahawa baginda seorang yang mampu membaca dan menulis.
Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahawa Nabi pernah bersabda: "Jika kalian menulis kalimat Bismillahirrahim, maka perjelaskanlah huruf sin di situ".
Ini menunjukkan baginda seorang yang bukan sahaja mengenal huruf tetapi baginda tidak mempunyai masalah dalam aspek tulisan dan penulisan.
Ini seperti gambar yang dipaparkan di ruangan ini antara surat-surat yang ditulis oleh baginda bagi menjayakan misi dakwah terutama kepada pemerintah-pemerintah sesebuah kerajaan.
Jadi, mustahil seorang Rasul seperti baginda seorang yang b***h. Apatah lagi mengingatkan kepada kita salah satu sifat wajib yang ada bagi seorang Rasul itu adalah fathonah, iaitu cerdas dan pandai.
'Ajaran' Nabi Muhammad seorang yang benar-benar buta huruf dijadikan alasan atau perisai yang menahan baginda dari dituduh, sebagai individu yang menulis al-Quran.
Andai kata baginda tahu menulis membaca, maka kita dikatakan tidak mempunyai sebarang perisai lain yang boleh digunakan bagi menangkis tuduhan tersebut.
Tidak dinafikan persoalan sama ada Nabi Muhammad seorang yang buta huruf ataupun tidak, telah menjadi polemik dan perbincangan oleh pelbagai pihak malah sehingga kini pun ia masih dibicarakan.
Salah satu pendapat bagi menafikan baginda seorang yang ummi iaitu faktor budaya masyarakat Arab Jahiliah itu sendiri.
Orang Arab ketika itu dikatakan tidak mempunyai budaya membaca dan menulis yang kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat kalimat-kalimat dengan begitu sempurna. Tanpa ada sebaris ayat atau perkataan yang tertinggal.
Bagi mereka, menghafal 100 bait-bait puisi dan syair gurindam sudah cukup dengan sekali mendengar! Kalau mereka mempunyai kebolehan yang sehebat itu maka tidak perlulah lagi mereka menulis.
Malah dikatakan jika semua apa yang mereka semat dan hafal dalam ingatan itu ditulis, maka akan terdapat beribu-ribu lembaran buku dihasilkan bagi menampung semua yang dihafal itu.
Begitupun faktor ini tidak mempunyai kekuatan malah yang sebenarnya masyarakat Arab walaupun jahil tetapi mereka terkehadapan dalam aspek membaca dan menulis itu sendiri.
Setiap tahun mereka akan menganjurkan sayembara atau festival pembacaan natsar (prosa) dan syair (puisi) di pasar raya Ukaz.
Lalu, karya-karya yang memang dan dianggap terbaik akan mendapat penghormatan lalu akan ditulis dan ditampal di dinding-dinding Kaabah.
Fakta ini membuktikan masyarakat Arab zaman itu termasuk suku Quraisy, iaitu keturunan baginda mahir membaca dan menulis.
Namun seperti yang dijelaskan oleh tokoh Islam terkenal, Sheikh Al Maqdisi bahawa individu yang menafsir sejarah dan al-Quran itu sendiri yang keliru terhadap keupayaan dan kapasiti Rasulullah khususnya dalam soal membaca dan menulis ini.
Menurutnya, walaupun benar ummi itu bermaksud sebagai buta huruf tetapi apabila dikaitkan dengan Rasulullah, ummi di sini bermaksud baginda bukan di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani.
Ketika itu, kedua-dua kaum ini sering kali menggelarkan atau sebenarnya mengejek umat yang selain Yahudi dan Nasrani sebagai golongan ummi atau non-Yahudi dan non-Nasrani. Ini termasuklah Rasulullah dan orang Arab yang lainnya.
Malah dalam satu penjelasannya yang panjang, dapat kita ringkaskan apabila keturunan Arab melalui Nabi Ismail sebelum turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad, kaum ini tidak pernah diwahyukan dengan sebarang Kitab Allah.
Lantas kerana itu, kaum ini disebut sebagai kaum ummiyyuun atau ummiyyiin yang bererti "kaum yang belum pernah membaca atau menulis Kitab Allah".
Situasi ini yang menjadikan kaum Yahudi semasa zaman Jahiliah merendah-rendahkan kaum Arab sebagai kaum yang tidak mempunyai kitab.
Mereka begitu bermegah kerana dikurniakan kitab Taurat berbanding kalangan Arab yang tidak mempunyai apa-apa kitab itu.
Sindiran dan ejekan mereka itu mungkin dapat dilihat melalui surah ali-'Imran ayat 75: Tiada yang patut disalahkan bagi kami atas kaum ummiyyiin. |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jun 29, 2009 1:59 pm | |
| | Quote: | Menurutnya, walaupun benar ummi itu bermaksud sebagai buta huruf tetapi apabila dikaitkan dengan Rasulullah, ummi di sini bermaksud baginda bukan di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani.
Ketika itu, kedua-dua kaum ini sering kali menggelarkan atau sebenarnya mengejek umat yang selain Yahudi dan Nasrani sebagai golongan ummi atau non-Yahudi dan non-Nasrani. Ini termasuklah Rasulullah dan orang Arab yang lainnya. |
Ke'ummi'an Rasulullah itu sama seperti orang Melayu yang buta huruf Arab, tetapi dalam masa yang sama Allah berikan kekuatan akal untuk memikirkan tanda-tanda kebenaran di alam semesta ini.
Rasulullah tidak dikatakan tahu membaca tulisan bahasa asal kitab Taurat dan Injil, tetapi itu bukan alasan baginda tidak mampu membuktikan kebenaran dalam diri baginda sehingga terhasilnya Al Quran.
Dan di forum ini pun kita boleh lihat bagaimana kaum "Yahudi" (golongan perasan mereka sahaja kaum yang dikasihi Allah) dan kaum "Nasrani" (penyembah Nabi) mengejek-ejek orang Melayu yang ummi membaca Al Quran terjemahan. Mereka buat alasan terjemahan Al Quran itu bukannya Al Quran. Tapi yang peliknya, terjemahan riwayat hadis itu boleh pula mereka kata itu hadis dari Nabi. Begitulah Allah membongkarkan tipu-daya kaum yang mendustai agama sehingga mereka berpaling lari.
Apabila kita semakin nampak bahawa ada logiknya Nabi Muhammad itu seorang yang tahu membaca dan menulis, bermakna Al Quran memang telah dicatatkan semasa hayat baginda bagi menjelaskan ayat-ayat Allah. Jadi, kreadibiliti Al Quran itu lebih sahih dari Rasulullah berbanding riwayat hadis yang sekadar menceritakan perihal orang yang mendengar apa yang kononnya Nabi sabda atau buat (yang belum tentu benar-benar daripada baginda). Jadi, kenapa tidak kaji Al Quran dahulu agar mudah kita menilai riwayat hadis mana yang benar-benar sahih mengikut pengajaran Al Quran? Dengan itu tidak ada lagi ketetapan syariat yang diada-adakan atas nama Nabi biarpun dalam Al Quran tidak menetapkan sedemikian.
Jika sesuatu yang dicatatkan ketika baginda masih hidup (Al Quran) pun tidak mempunyai sesuatu ketetapan, kenapa perlu guna cakap-cakap orang (riwayat hadis yang dicatat selepas baginda wafat) untuk buat ketetapan atas nama baginda? Bukankah itu menjurus kepada mendustai atas nama baginda?
Bukankah beragama secara dusta itu balasan ke neraka? Sebab itulah di dunia lagi Allah sudah bakar hati golongan yang berdusta itu sehingga mereka berhujah hanya bawa emosi, bukannya nak bawa bukti yang rasional untuk difikirkan. |
|  | | Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jun 29, 2009 4:14 pm | |
| Akibat beragama secara ikut-ikutan tanpa menggunakan akal, mereka terus mempercayai kata-kata ustaz, imam, tok guru-tok guru tentang nabi yang kononnya seorang yang buta huruf (tidak pandai membaca dan menulis). Yang menghairankan mereka ini adalah golongan yang memang tahu membaca al-quran dalam bhs arab dan memahaminya. tapi mengapa mereka tidak menyedari bahawa ada ayat-ayat al-quran yang memperihalkan bhw nabi itu pandai membaca dan menulis lalu ajaran itu diturunkan kepada murid2 sekolah?
satu demi satu ajaran palsu mereka dapat dibongkarkan. apakah kita terus mahu mempertahankan ajaran palsu dari mereka yang hanya mempunyai kepentingan sendiri ini?
Segala puji bagi Allah pemelihara semua alam. |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jun 29, 2009 5:34 pm | |
| Begitulah Sunnah yang pasti berlaku. Bila sesuatu ajaran para Rasul terdahulu dipesongkan, kita akan lihat ada ahli-ahli kitab menjual agama dengan nilai yang rendah demi mendapat kesenangan duniawi. Bagi mereka, biarlah umat mereka lemah atau berpecah-belah, asalkan ajaran nenek moyang mereka dipertahankan, biarpun jika difikirkan ajaran terang-terang sudah terpesong dari ajaran sebenar seseorang Rasul.
Bagaikan peredaran siang dan malam, setelah lama umat Islam digelapi malam, kini tibalah masanya fajar menyingsing untuk membongkar segala yang "gelap" satu persatu. Sesungguhnya janji Allah itu benar. |
|  | | Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jun 29, 2009 7:14 pm | |
| Sebab itulah kami mengajak umat islam supaya dapat mengembalikan kegemilangan islam semasa zaman nabi dahulu yakni dengan mengamalkan ajaran al-quran, tidak beragama secara membuta-tuli dan menggunakan akal supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang Allah katakan seumpama binatang ternak.
Kami mengajak supaya kembali kepada al-quran satu-satunya namun tetap ditentang kononnya tidak ikut nabi/ rasul sedangkan orang-orang yang berpandukan kepada al-quran itulah yang sebenarnya orang yang taat kepada Allah dan rasulNya.
Sebenarnya tanpa kita sedari, ajaran ulamak palsu yang mengatakan nabi itu seorang yang tidak tahu membaca, menulis itu adalah satu penghinaan kepada nabi sendiri. saya masih tidak mengerti bagaimana golongan yang dikatakan 'alim' ini boleh berdusta sedemikian rupa lalu ajaran itu terus tersemat di hati billion umat islam di seluruh dunia.
apakah dengan terhasilnya ajaran seumpama ini mereka mendapat gelaran, pangkat dan kepentingan-kepentingan tertentu? apabila kedustaan mereka ini dibongkar, ada juga orang yang terus mempertahankannya. apakah mereka tidak takut kepada azab Allah di akhirat kelak bahawa orang yang mendustai ayat-ayatNya menjadi orang api yang tinggal selama-lamanya di situ?
2:39. Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."
Dan, rintihan orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya ketika berada di hadapan api juga dirakamkan dalam sebuah ayat al-quran.
6:27. Jika kamu dapat melihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Api, dan mereka berkata, "Aduhai, sekiranya kami dapat dikembalikan, dan kami tidak mendustakan ayat-ayat Pemelihara kami supaya kami menjadi antara orang-orang mukmin." |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Tue Jun 30, 2009 8:41 am | |
| 38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! Bersabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dikehendaki.
38:7. Kami belum mendengar hal ini dalam anutan yang akhir; sungguh, ini adalah satu rekaan.
Sekarang ni ramai orang Islam sudah jadi macam kaum kafir terdahulu yang anggap anutan mereka itulah yang terakhir sebab mereka jadikan agama itu taksub pada seseorang Rasul yang dianggap terakhir dan tidak akan dibangkitkan Rasul-rasul lain.
Bila kita seru mereka meninggalkan ajaran yang bercanggah dengan ayat-ayat Allah dan hukum alam, pembesar agama atau ahli kitab mereka suruh terus menyembah tuhan-tuhan yang diada-adakan selain Allah.
Begitulah logiknya ayat Al Quran. Pengajarannya benar-benar terjadi zaman sekarang, malah di alam siber sahaja Allah sudah tunjukkan kebenaran Al Quran. Orang yang menyekutukan Allah (orang yang taat pada kata-kata selain yang Allah tetapkan) pasti akan berperangai macam orang kafir terdahulu biarpun mereka kata solat mereka macam cara Nabi.
Di sini kita nampak bahawa Allah tidak melihat pada zahir manusia itu beragama. Pada akhlak itulah yang Allah nilai. Jika zahir sahaja kononnya macam Nabi, tetapi akhlak macam syaitan sebab suka mengajak berpecah-belah berebut kuasa, maka tetaplah manusia itu akan dimasukkan ke dalam golongan Jahannam, iaitu di dunia lagi Allah sudah bakar hati mereka dengan kepanasan dan kedengkian. Mereka mendengki orang yang sampaikan kebenaran.
Akibatnya jadilah mereka kaum yang kalah, tertunduk hina, berpaling lari biarpun berjuang di medan terbuka di forum ini. Jika di forum mereka, mereka boleh memadam atau ban seseorang user yang mereka takut nak berhujah, tetapi di medan terbuka sebegini, mereka berpaling lari macam keldai takutkan singa.
Puji-pujian bagi Allah memperlihatkan kebenaran ini.

|
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2466 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Sat Jul 04, 2009 10:35 am | |
| 96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,Sebenarnya, bila kita baca ayat ini pun kita sudah nampak ajaran tak masuk akal yang kata Nabi Muhammad itu seorang yang buta huruf tidak tahu membaca. Namun sebab dari kecil kita sudah diterapkan dengan ajaran bahawa Rasulullah itu buta huruf, maka ditelan jugalah. Namun bila Allah datangkan petunjuk, kita akan nampak, tak logik seorang Rasul itu suruh masyarakatnya membaca, sedangkan baginda sendiri seorang yang tidak tahu membaca. Bukankah Rasulullah itu contoh teladan kepada manusia? Jika baginda seorang yang tidak tahu membaca, macam mana baginda nak mendokumenkan perjanjian? Jika ditonjolkan Rasulullah itu seorang yang buta huruf tidak tahu membaca, maka orang yang pemalas belajar pun akan kata "Ala, Nabi itu pun buta huruf juga". Akibatnya umat Islam ramai yang pemalas membaca dan belajar macam perangai orang Melayu biarpun Nabi yang mereka taksubi itu seorang Arab. Banyak kepincangan ajaran nenek moyang jika kita mengkaji ayat-ayat Al Quran secara rasional....  _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Mon Jul 06, 2009 10:27 am | |
| Hikmah Nabi dikatakan ummi
SUSUNAN Siti Ainiza Kamsari
Rencana yang lalu mendapat teguran oleh mereka yang tetap mempertahankan bahawa Nabi Muhammad SAW seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. Malah tidak sewajarnya dipolemikkan lagi. Sebaliknya wajib diimani sepenuhnya bahawa dengan dukungan banyak lagi ayat-ayat al-Quran malah catatan sejarah yang lain menunjukkan bahawa baginda tidak tahu membaca dan menulis.
Terutamanya apabila gambar-gambar tulisan tangan baginda seperti yang disiarkan pada keluaran itu dikatakan sebenarnya tulisan tangan milik para 'setiausaha' baginda iaitu sahabat-sahabat besar seperti Saidina Ali Abi Talib, Saad bin Abi Waqas dan Zaid bin Tsabit.
Baginda dikatakan hanya menurunkan cap mohor melalui cincin baginda sebelum surat-surat itu dikirim kepada pihak-pihak berkenaan.
Malah jika kita lebih terkehadapan sebagai bukti bahawa Nabi Muhammad tidak mempunyai kemahiran membaca dan menulis itu apabila membabitkan satu perjanjian bertulis.
Perjanjian itu ialah gencatan senjata atau lebih dikenali sebagai Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara Rasulullah dengan kaum musyrikin Mekah yang diwakili oleh Suhail ibn Amir, dikatakan merupakan tulis tangan oleh Ali bin Abi Talib, bukannya Rasulullah!
Rasulullah dikatakan hanya meletakkan cap mohor baginda bagi mengesahkan isi kandungan perjanjian itu.
Jadi tiada bukti yang menunjukkan bahawa baginda mempunyai kemahiran untuk membaca dan menulis!
Dalam hal penulisan perjanjian Hudaibiah ini walaupun benar ia ditulis oleh Ali namun ada pihak tetap pertahankan bahawa perkara ini tidak boleh menjadi bukti bahawa Nabi tidak tahu untuk menulis perjanjian.
Ini apabila perjanjian yang dimulakan dengan ayat: "Inilah perjanjian antara Muhammad Rasulullah dengan Suhail ibn Amir". Lalu diprotes atau dibantah oleh Suhail atas ayat tersebut dan mahukan agar 'Muhammad Rasulullah' itu diganti dengan 'Muhammad ibn Abdullah'.
Namun, Ali tidak mahu memadam perkataan Rasulullah itu, sehinggalah Nabi Muhammad sendiri yang memadamkan perkataan itu lalu baginda menulis sendiri menggantikan perkataan itu kepada nama bapanya, Abdullah sebagaimana yang diminta oleh Suhail itu.
Jadi ini menunjukkan baginda ada menulis dan untuk perjanjian sepenting itu jika baginda tidak membaca semula apa yang ditulis oleh Ali adakah baginda mahu meletakkan cap mohor baginda?
Tetapi bagaimana ayat 48 dari surah al-Ankabut yang ditujukan kepada Nabi Muhammad berikut ini dapat anda fahami: Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu: andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari.
Sekali pandang ayat ini, sangat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad memang tidak pernah membaca dan menulis.
Tetapi dikatakan juga sebenarnya ayat itu menjadi asas bukti sebaliknya, Nabi Muhammad hanyalah merupakan antara golongan ummi atau ummiyyuun seperti yang disebut sebelum ini. Iaitu kalangan Arab yang tidak mempunyai sebarang kitab tidak sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang mempunyai kitab Taurat dan Injil.
Hanya kerana mahu Nabi Muhammad terpelihara daripada tuduhan membaca dan menulis semula Taurat dan Injil untuk dijadikan versi al-Quran maka kerana itu baginda dikatakan seorang yang ummi.
Lalu apabila kita merujuk pula kepada surah al-Jumuah ayat 2: Dia yang membangkitkan pada kaum Arab (Ummiyyiin) seorang Rasul dari kalangan mereka, membacakan atas mereka ayat-ayat-Nya (al-Quran).
Jadi jelas menjadi bukti bahawa Nabi seorang yang ummi dari membaca dan menulis sebarang kitab Taurat dan Injil. Sehingga diturunkan kepada baginda, al-Quran itu yang merupakan 100 peratus kalam Allah. Sama sekali bukan hasil ciplak atau salinan Taurat dan Injil seperti tuduhan ahli kitab itu.
Bahkan ada yang menyebut adalah tidak sesuai Nabi Muhammad itu ummi sebagai buta huruf tetapi lebih tepat lagi ialah 'Buta Kitab' sebenarnya.
Ini kerana sebelum atau selepas turunnya al-Quran baginda bebas dari mengalami sebarang gejala buta huruf yang sebagaimana yang kita fahami sebelum ini.
Ditambah lagi bahawa kedua-dua kitab tersebut iaitu Kitab Taurat dan Injil ditulis dalam bahasa Hebrew atau Ibrani yang bukan menjadi bahasa pertuturan baginda.
Jadi bagaimana dikatakan baginda tahu membaca kitab-kitab berkenaan kecuali jika ditulis dalam bahasa ibunda baginda.
Namun hikmah dari polemik seperti ini sejajar dengan perjalanan masa di mana semakin berkembangnya ilmu pengetahuan dan al-Quran masih terbuka untuk dikaji terutama dari aspek keindahan bahasanya di samping isi kandungan kitab itu sendiri.
Ini sebagaimana pada dekad-dekad ini banyak sekali ilmu dan fakta ilmiah dan saintifik terutama mengenai fenomena kejadian dan kehidupan dalam al-Quran yang baru dapat ditemui dan difahami sekarang. Iaitu setelah semakin berkembangnya pemikiran dan penyelidikan yang prolifik itu sendiri.
Maka kalau kita kembali semula kepada peristiwa baginda berhadapan dengan malaikat Jibrail di Gua Hira' dan diperintahnya baginda untuk membaca, jadi yang boleh kita fahamkan bahawa baginda tidak tahu apa yang hendak dibacakan, bukannya baginda seorang yang langsung tidak tahu membaca! Wallahu 'alam.
Begitu pun Nabi Muhammad tetap seorang yang genius kerana baginda pemecah bagi segala dan apa juga masalah dan bagaimana boleh dikatakan seorang yang buta huruf itu seorang yang genius. Maka bersandarlah kita kepada lebih banyak kajian dan bacaan!
Namun persoalan mengenai wahyu lebih mendapat perhatian dan bidang kajian mengenainya begitu meluas dan sehingga kini pun masih begitu dibahaskan. Ini kerana dalam terlalu mengkaji dan mendalami terkadang ada kalangan saudara sesama Islam kita yang mengaku menerima wahyu yang membawa pelbagai khabar berita dan perintah baru dari Allah.
Malah dikatakan mendapat 'mesej' dari Nabi Muhammad pun dikatakan mendapat wahyu!
Oleh itu sebagaimana Ibnu Qayyim menyebutkan mengenai martabat-martabat wahyu yang mesti kita ketahui, iaitu:
l Mimpi yang benar. Situasi ini adalah permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah.
l Wahyu yang dicampakkan oleh malaikat ke dalam fikiran dan hati baginda tanpa baginda melihat malaikat itu. Sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad: "Sesungguhnya Jibrail meniupkan dalam hatiku bahawa setiap jiwa tidak akan mati melainkan setelah disempurnakan rezekinya,".
Perkataan "Jibrail meniupkan dalam hatiku…" merupakan apa yang dimaksudkan wahyu diterima melalui fikiran dan hati itu.
l Malaikat menjelma di hadapan Rasulullah dalam rupa seorang lelaki lalu berbicara dengannya sehingga baginda benar-benar faham apa yang dikatakan. Pada peringkat ini adakala para sahabat juga dapat melihat malaikat itu.
l Malaikat datang kepada baginda seperti gemersik bunyi loceng. Inilah cara yang paling berat dirasakan oleh baginda. Lalu selepas itu malaikat akan meresap ke dalam diri baginda sehingga peluh baginda memercik keluar walaupun pada hari yang sangat dingin.
Unta yang baginda tunggangi juga akan mengeluarkan bunyi seperti kesakitan sehingga tertunduk ke bumi apabila Nabi SAW menerima wahyu seperti ini ketika baginda sedang berada di atas unta tersebut.
Malah pernah wahyu seperti ini datang ketika paha baginda berada di atas paha seorang sahabat, Zaid bin Tsabit. Lalu Zaid dapat merasakan betapa beratnya seolah-olah seperti hendak remuk tulang peha akibat beratnya Rasulullah menerima wahyu itu.
Baginda melihat malaikat dalam rupa asalnya. Lalu malaikat pun mewahyukan kepada baginda apa yang dikehendaki oleh Allah untuk diwahyukan. Cara ini berlaku dua kali seperti yang disebutkan oleh Allah dalam surah an-Najm.
Allah sendiri yang mewahyukan kepada baginda iaitu ketika baginda berada di atas semua lapisan langit semasa peristiwa Mikraj, iaitu wahyu berkenaan kefarduan solat dan sebagainya.
Allah berbicara dengan baginda tanpa perantaraan malaikat sebagaimana Allah berbicara dengan Nabi Musa bin Imran. |
|  | | Payau Putih Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 197 Location: Sabah bertuah State:  Points: 643 Reputation: 0 Registration date: 2009-06-30
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Tue Jul 07, 2009 9:48 am | |
| Salaam, Akhir terbongkar jugak mereka2 yang sering memfitnah nabi bahwa baginda buta huruf (tak tahu baca dan tulis), masih mahukah meneruskan fitnah itu ? Di akhirat kelak, Allah tidak akan menyoal kita... "adakah nabi kamu pandai baca dan tulis.... ? tapi yang pastinya yang disoal " mengapa kamu ikut-ikutan manabur fitnah terhadapnya tanpa ilmu pengetahuan... ? Bagi mereka yang tidak yakin dengan Al Quran bahwa baginda nabi pandai tulis dan baca, apa kata baca link dari Utusan berikut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm |
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2466 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis Tue Jul 07, 2009 10:18 pm | |
| Apabila kita sedar bahawa Nabi Muhammad tahu menulis, ini menunjukkan apa yang tercatat pada Al Quran itulah sebenar-benarnya ajaran yang baginda sampaikan. Apabila catatan dilakukan, menunjukkan si pencatat ada niat agar ajaran itu disampaikan. Jadi segala yang tidak dicatatkan oleh Al Quran, bermakna Nabi Muhammad tidak menyuruh manusia lain mengambil pedoman daripadanya (atas nama seruan baginda).
Dari sini, dapat kita fahami bahawa riwayat hadis (cerita mulut orang lain kononnya Nabi bersabda atau melakukan sesuatu perbuatan) bukanlah menunjukkan Rasulullah menyuruh sebab ia adalah kata-kata yang bukan datang terus daripada baginda, tetapi dari riwayat orang lain. Oleh itu tidak layak riwayat hadis dijadikan ketetapan atas nama syariat Nabi Muhammad. Apa lagi bila kita bandingkan dalam Al Quran tiada ajaran atau ketetapan yang menyamai apa yang ada dalam riwayat hadis.
Kenapa tidak bersandarkan pada Al Quran sahaja sebagai ajaran yang terus daripada Rasulullah (tanpa guna nama perawi)? _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | | | Nabi pandai membaca, menulis | |
|
| Page 1 of 1 |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |