Allah selamatkan manusia dengan memberi manusia itu ilmu pengetahuan. Sebab itulah para Nabi dan Rasul dapat kitab2 dan hikmah. Mereka ada semangat ingin tahu yang tinggi.
Kalau Allah tidak beri ilmu kepada Nabi Nuh untuk membuat kapal, apakah kapal itu dapat dibina? Kenapa Allah beri ilmu itu kepada Nabi Nuh, bukannya kepada kaum yang buat sembahan ritual itu? Sebab kaum yang buat sembahan ritual tak logik itu sombong kepada Allah. Mereka memandang ilmu alam ini (yang terang2 daripada Allah) sebagai dunia dan amalan ritual mereka (yang ditetapkan oleh manusia atas persangkaan perbuatan orang2 terdahulu) sebagai akhirat.
Pada pandangan kaum itu, merekalah lebih mulia daripada Nabi Nuh kerana rajin buat amalan sembahan ritual itu (sama macam perasan iblis yang merasakan dirinya lebih baik daripada Adam kerana malaikat rajin bertasbih sedangkan Adam rajin belajar). Bagi mereka, Nabi Nuh dilihat mengejar dunia kerana belajar ilmu sains dan tidak buat amalan sembahan.
Akibat malas belajar sains dan matematik, mereka jadi kaum yang bodoh dan bebal. Antara logik dan tak logik pun mereka tak tahu nak bezakan. Dan Allah tenggelamkan mereka dalam banjir besar sebab mereka tidak tahu meramal cuaca dan tidak tahu membuat persiapan berdasarkan perubahan alam.
Tak sangka, di zaman moden ini pun ada kaum2 yang jahil macam tu lagi. Tak hayati Al Quran ke mereka?
Dunia hari ini menghadapi masalah pemanasan global. Dengan peningkatan jumlah manusia, sudah pasti pembebasan tenaga haba daripada aktiviti2 manusia semakin meningkat dan menyebabkan bumi semakin tidak stabil.
Kalau manusia tidak buat persiapan daripada sekarang, tak mustahil kejadian macam kisah Nabi Nuh itu akan berlaku.
Tetapi orang2 musyrik yang berlagak dengan amalan ritual mereka itu tidak nampak kesan yang akan berlaku di masa hadapan. Sama macam kaum musyrik di zaman Nabi Nuh itu.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG