| Pengumuman Terkini | Tiada pengumuman terkini.
*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com
|
| Who is Online ? | In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm |
| Statistics | We have 879 registered users The newest registered user is kkk369
Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
|
| Top posters | | Admin (3753) | | | mekganu (3628) | | | penditaputra (3027) | | | tokkmudim (2844) | | | Juang (2737) | | | Kalam (2630) | | | myra_roses (2534) | | | zafran0512 (2315) | | | FeLiSeWoMaN (2310) | | | tajuNM (2159) | |
|
| Poll | | | FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok? | | Sangat minat | | 66% | [ 4 ] | | Bolehlah | | 33% | [ 2 ] | | Sikit-sikit | | 0% | [ 0 ] | | Tak minat langsung | | 0% | [ 0 ] |
| | Total Votes : 6 |
|
| September 2010 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | Calendar |
|
| | | Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut | |
| | Author | Message |
|---|
Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Fri Oct 30, 2009 9:32 pm | |
| Menyedarkan kaum yang beragama menurut amalan nenek moyang bukanlah perkara yang mudah. Jika kita selami perjuangan para Rasul terdahulu untuk menyedarkan kaum mereka, betapa getirnya cabaran yang mereka hadapi.
Kisah Nabi Nuh, anak dan isterinya pun tidak percaya dengan seruannya agar beragama tidak menurut sangkaan ajaran atas nama nenek moyang. Nabi Ibrahim, bapanya sendiri pun tidak percaya kepada seruan baginda. Nabi Luth juga mengalami nasib yang hampir sama iaitu isterinya juga berpaling lari kepada kaumnya. Nabi Musa pula dimusuhi oleh bapa angkatnya sendiri (Firaun). Manakala Nabi Muhammad dimusuhi oleh bapa saudaranya.
Begitulah risiko yang terpaksa dihadapi oleh insan-insan yang berjuang untuk sedarkan kaumnya agar mentauhidkan Allah semata-mata dan jangan sembah atau taati membuta-tuli ajaran turun-temurun atas nama orang-orang terdahulu. Biarpun macam mana risiko yang bakal dihadapi, perjuangan perlu diteruskan sampai ke akhir hayat. Ini kerana janji Allah untuk menurunkan azab kepada kaum yang layak diazab, pastilah benar. Bila datang saat yang dijanjikan itu, tiada tuhan selain Dia mampu memberi bantuan.
Melihat kisah kaum-kaum terdahulu, tanda-tanda menunjukkan mereka sudah beragama secara menurut membuta-tuli adalah apabila sesama mereka saling bercakaran dan berpecah-belah. Ini kerana mereka beragama menurut kata alim ulamak mereka tanpa berfikir lagi. Bila ada ramai alim ulamak yang pergunakan agama untuk mencari ramai pengikut, maka wujudlah perpecahan sehingga timbul isu kafir-mengkafir. Satu puak agama itu kata puak lain kafir, dan begitu jugalah puak agama lain itu kata puak selain mereka pun kafir.
Tapi golongan beragama secara menurut itu tidak sedar mereka sedang menuju kehancuran. Ini kerana mereka merasakan cara mereka itu sahajalah yang Allah terima, dan cara kaum lain tidak diterima. Macam mereka pula yang boleh menentukan urusan akidah, urusan pemberian petunjuk atau urusan dosa-pahala. Tanpa mereka sedari, mereka telah meletakkan taraf mereka setara dengan Allah.
Setiap jiwa hanya boleh menentukan urusan akidahnya sendiri kerana dia tahu niatnya sendiri untuk memilih kebenaran atau kesesatan. Dan tuan punya diri itu sahaja yang tahu bila Allah datangkan petunjuk atau ilham untuk mengenal baik-buruk sesuatu perkara.
Tetapi urusan hati orang lain, biarlah Allah dan orang lain itu uruskan. Kenapa nak pergi hukum akidah orang lain pula? Sedangkan perjalanan kita sama ada akan ke syurga atau ke neraka pun masih tidak tahu sampai ke destinasi mana. Kenapa tidak tumpukan pada menyediakan bekalan untuk jiwa kita untuk ke syurga?
Kisah kaum-kaum yang menentang Rasul mereka sering menunjukkan mereka suka menghukum akidah orang lain. Bila mereka lihat Rasul mereka tidak beramal seperti mereka, mulalah mereka hukum Rasul mereka itu sesat, pendusta atau tukang sihir. Ini kerana mereka anggap amalan turun-temurun itulah amalan sebenar para nabi mereka yang terdahulu, walhal mereka sekadar bersangka-sangka kerana mereka sendiri tidak nampak macam mana cara nabi-nabi terdahulu beramal.
Nak dapat syurga, tidak semudah menurut amalan turun-temurun. Jika sekadar menurut amalan turun-temurun atas sangkaan itulah ajaran yang benar, kaum-kaum kaifr terdahulu pun ramai buat macam tu dan mereka bersangka-sangka dengan amalan begitu mereka layak masuk syurga.
Jadi, nak dapat syurga sudah tentulah memerlukan pengorbanan yang besar untuk melawan nafsu yang suka mengajak manusia beragama secara menurut. Perjuangan ini terpaksa melalui rintangan-rintangan baik daripada ahli keluarga sendiri seperti yang para nabi dan rasul dahulu lalui.
_________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sat Oct 31, 2009 7:59 am | |
| 2.170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".
Apa yang diturunkan oleh Allah adalah ayat-ayat yang jelas yang boleh dibuktikan benar. Seperti bila dikatakan "rajin berfikir boleh menjadi bijak", tiada siapa boleh sangkal ayat tersebut. Ini kerana Allah telah tetapkan hukum alam ini hanya manusia yang selalu berfikir akan jadi bijak. Dan Al Quran juga sering menyebut pasal para nabi dan rasul terdahulu yang dikurniakan kebijaksanaan. Ini membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang rajin berfikir (ulul albab).
Tetapi orang-orang kafir, mereka tidak suka ikut apa yang Allah turunkan (yang ada bukti jelas dan nyata), sebaliknya mereka suka turut ajaran nenek moyang mereka atas sangkaan itulah ajaran sebenar para nabi atau ulamak terdahulu. Dengan kata lain, mereka beragama secara sangkaan sahaja. Sedangkan terang-terang Al Quran sebut, "pada sangkaan, tiada kebenaran".
Sebab itulah bila kita tanya mereka, di mana rasionalnya amalan yang mereka buat itu untuk mencegah hati daripada penyakit serta menjauhkan kekejian dan kemungkaran, mereka tidak mampu berikan rasional atau buktinya. Malah sesama mereka yang buat amalan seperti itu pun sibuk berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri kerana keangkuhan.
Takkanlah selama ini mereka tidak berfikir, jika syurga itu semudah menurut ajaran turun-temurun membuta-tuli (tanpa tahu apa hikmahnya), apa beza anggapan mereka itu dengan kaum kafir terdahulu yang hidup sekadar menurut ajaran nenek moyang mereka sahaja? Sudah pasti pada anggapan orang kafir terdahulu itu, ajaran nenek moyang mereka itulah yang betul dan melayakkan mereka masuk syurga dengan mudah. Namun apabila Allah uji mereka dengan didatangkan seseorang Rasul sebagai nazir untuk memeriksa apa yang lakukan atas nama ajaran terdahulu, mereka jadi panas hati bagaikan dicampak ke dalam neraka. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sat Oct 31, 2009 11:27 am | |
| Bagaimana caranya nak lawan keangkuhan menurut ajaran turun-temurun?
Al Quran sudah beri jawapannya iaitu dengan cara menjauhi persangkaan terhadap semua yang diterap daripada orang-orang terdahulu semuanya benar. Beragama secara persangkaan menyebabkan manusia itu menyembah taghut.
39.17. Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembah-nya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku,
39.18. yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.
Jadi, nak lawan keangkuhan merasakan ajaran nenek moyang itu sahaja yang betulnya, adalah dengan cara mendengar semua perkataan, dan ikut apa yang paling baik di antaranya. Itulah cara untuk mendapat petunjuk Allah.
Maka semarakkan perbincangan agar masing-masing bawa hujah yang terbaik agar makin mudah manusia untuk mempraktikkannya. Galakkan bab agama diajar secara perbincangan, bukannya secara menurut.
Dalam perbincangan, akal manusia diajak berfikir kepada yang paling baik. Tetapi jika agama diajar secara menurut, maka otak manusia akan jadi sempit, jumud dan terbatas pada sesuatu aliran sahaja. Apatah lagi jika yang mengajar itu adalah manusia yang berbangga diri dengan ajaran turun-temurunnya dan tidak terbuka mendengar pendapat lain yang lebih baik dan lebih praktikal untuk diamalkan. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sat Oct 31, 2009 11:46 am | |
| Dalam usaha menyedarkan kaum yang beragama secara menurut itu, apabila ditanya mereka, "kenapa tidak belajar seperti orang Barat yang rajin berfikir dan mengkaji alam sehingga pandai mencipta teknologi?", kaum tersebut menjawab, "orang Barat itu mengejar keduniaan".
Kemudian apabila ditanya balik, "Jika orang Barat itu mengejar keduniaan, tetapi kenapa kaum yang beragama secara menurut itu juga yang sibuk membeli dan bermegah-megah dengan barangan teknologi Barat itu? Bukankah itu duniawi juga namanya?"
Mereka pun terdiam. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sat Oct 31, 2009 6:44 pm | |
| Mereka pandai mengutuk orang-orang barat di sana sebagai kafir tapi pada masa yang sama mereka juga pandai mengguna pakai hasil ciptaan teknologi daripada barat itu. Tidakkah itu memalukan diri sendiri namanya? |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sun Nov 01, 2009 6:29 am | |
| Nabi Muhammad tidak mengajar manusia mengutuk atau mencela sesuatu kaum itu kafir. Apatah lagi dalam Al Quran ada sebut hanya Allah sahaja mengetahui siapa golongan yang diberi petunjuk dan siapa yang sesat.
Sepatutnya urusan akidah itu diserahkan kepada Allah bulat-bulat kerana bab akidah dan kepercayaan itu terletak dalam dada manusia. Tidak layak manusia itu menghukum akidah orang lain semata-mata melihat secara zahir.
Secara logiknya, macam mana kita nak hukum akidah manusia lain, sedangkan kita mana nampak masa bila Allah beri petunjuk kepada seseorang manusia itu?
Tetapi kaum yang beragama secara menurut itu merasa bangga diri dengan keturunan mereka sehingga mereka anggap mereka setara dengan Allah untuk menghukum sesuatu yang kaum itu kafir. Betapa besarnya kemurkaan Allah kepada golongan yang merasa dirinya tuhan seperti mana Firaun merasa dirinya tuhan juga.
Oleh kerana mereka beragama tak guna logik, mereka tidak fikir segala apa yang mereka perbuat. Mereka main pakai buat sahaja apa yang diterapkan sejak turun-temurun.
Itulah bahayanya bila beragama secara menurut membuta-tuli. Bila masing-masing merasakan diri mereka setara dengan Tuhan, mulalah mereka berpecah-belah dan berpuak-puak kerana kafir-mengkafir.
Segala penyakit hati mereka tidak hiraukan lagi seolah-olah Allah tidak nampak apa yang mereka sembunyi. Hakikatnya mereka tidak menyembah Allah kerana mereka tidak kenal siapa Allah yang sebenarnya. Jika mereka benar-benar sembah Allah, pasti mereka akan takut nak hukum akidah sesama manusia.
Biarlah Allah beritakan apa yang manusia perbuat di akhirat kelak, bukannya manusia pula nak pergi hukum sebelum tibanya Hari Agama. Dah hebat sangat nak mengambil urusan atau tugas Allah itu? Bukan tujuan kita diciptakan untuk hukum akidah orang lain. Hanya orang yang tak sedar diri apa tujuan dia diciptakan sahaja yang berperangai begitu. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Wed Nov 04, 2009 7:39 am | |
| 3.23. Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab, mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi.
Telah terjadi pada kaum-kaum terdahulu yang pernah diberikan Kitab Allah melalui para Nabi dan Rasul mereka, kemudian apabila mereka diajak mengikuti hukum yang telah nyata dalam Kitab tersebut, sebahagian daripada berpaling.
Begitu juga yang boleh kita lihat dalam kaum yang beragama secara menurut itu pada hari ini. Apabila diajak mereka kembali kepada Al Quran yang telah sempurna menetapkan hukum, mereka berpaling dengan mengatakan;
- tidak boleh fahami Al Quran guna akal sendiri. - Al Quran itu tidak cukup terang dan perlukan penjelasan dari kitab lain.
Itulah antara alasan yang biasa kita dengar daripada kaum yang beragama secara menurut itu. Mereka akan mengajak bersunguh-sungguh untuk berpaling daripada Al Quran dengan membuat macam-macam ancaman sehingga membuatkan kita berfikir, apakah mereka sudah tiru perangai kaum Quraisy terdahulu yang berbuat zalim kepada orang-orang beriman yang tidak menurut ajaran nenek moyang mereka? _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Thu Nov 05, 2009 12:20 pm | |
| Alangkah indahnya hidup ini jika dihidupkan dalam zaman orang berhukum dengan Kitab Allah semata-mata, tanpa tokok-tambah hukum yang menyempitkan kehidupan yang mengundang perpecahan sesama manusia.  _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Admin Canselor


Number of posts: 3753 State:  Points: 2389 Reputation: 5 Registration date: 2008-04-06
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Thu Nov 05, 2009 12:37 pm | |
| Benar Juang. Kita akan dapat melihat kehidupan umat islam tanpa adanya perpecahan sebab segala hukum itu hanya berlandaskan al-quran. Kehidupan akan menjadi mudah dan generasi islam akan menghasilkan produk yang bijak kerana suka berfikir. Jenayah seperti rogol, mencuri, merompak dsb tidak mungkin akan berlaku apatah lagi kes-kes seperti zina, minum arak dsb. Ini kerana apabila umat islam memahami ayat-ayat al-quran itu, ketakwaan mereka kepada Allah akan bertambah. |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Thu Nov 05, 2009 1:06 pm | |
| Kita dihidupkan dalam kaum yang menyempitkan agama dengan menokok tambah hukum selain yang telah disempurnakan dalam Al Quran. Keindahan Islam sudah tidak terasa lagi. Hidup masyarakat penuh kacau bilau.
Hidup ini terasa bagaikan dalam penjara bila ramai manusia merasakan diri mereka setara dengan Tuhan untuk menokok-tambah ketetapan yang telah Allah sempurnakan serta mereka sibuk kafir-mengkafir bila berbeza cara yang Allah tidak tetapkan dalam KitabNya. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | tolokminda Pensyarah


Number of posts: 820 Points: 1161 Reputation: 0 Registration date: 2009-10-02
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Fri Nov 06, 2009 11:21 pm | |
| | Juang wrote: | Alangkah indahnya hidup ini jika dihidupkan dalam zaman orang berhukum dengan Kitab Allah semata-mata, tanpa tokok-tambah hukum yang menyempitkan kehidupan yang mengundang perpecahan sesama manusia.
 |
Memang betul. Kita dalam dilema sebenarnya. Nak bercakap tak boleh, bercakap pun tak boleh. Walhal menjelajah soal kehidupan dalam perspektif Islam yang dibawa Al-Quran sangat luas dan indah realitinya, memberi motivasi serta kepuasan yang tidak terbanding.
Melaluinya kita dapat menghargai betapa hebatnya dunia ciptaan Tuhan, betapa hebatnya kehidupan yang terkandung di dalamnya, termasuklah kehidupan kita sendiri. Barulah kita benar-benar dapat menghayati betapa agungnya Tuhan.
Malangnya yang banyak kita dengar pada hari ini adalah imam itu hebat, imam ini dahsyat. Langgar pedoman Tuhan takpe, taoi jangan lawan iman kata mereka. Sempit betul rasanya dunia ni. |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sat Nov 07, 2009 7:52 am | |
| | tolokminda wrote: | Memang betul. Kita dalam dilema sebenarnya. Nak bercakap tak boleh, bercakap pun tak boleh. Walhal menjelajah soal kehidupan dalam perspektif Islam yang dibawa Al-Quran sangat luas dan indah realitinya, memberi motivasi serta kepuasan yang tidak terbanding.
|
Ayat yang diboldkan itu memang terbukti kebenarannya. Bila kita meneroka isi kandungan Al Quran, memang itu yang dirasai. Sukar nak digambarkan perasaan tersebut, melainkan setiap diri kena melaluinya sendiri.
Kita dapat rasakan satu kehidupan yang lapang, luas, tenang, aman dan damai jika pedoman-pedoman Al Quran itu benar-benar dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Tapi biasalah, bila kita menyeru mereka untuk kembali kepada Al Quran dan tidak menurut membuta-tuli ajaran turun-temurun, kaum kerabat sendiri pun tak percaya dan mula menghukum sesat dan sebagainya.
Kadang-kadang kita terfikir, ada baiknya Nabi Muhammad dibangkitkan kembali untuk menjelaskan Al Quran kepada manusia. Tetapi bila kita fikir panjang, apakah mereka akan percaya yang dibangkitkan itu Nabi Muhammad sedangkan umat hari ini mana pernah tengok wajah baginda? Silap-silap dengan baginda-baginda sendiri dihukum sesat orang kaum yang beragama secara menurut itu.
 _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Mon Nov 09, 2009 1:27 pm | |
| Ada manusia, mereka beramal tanpa memikirkan apa kesan amalan tersebut kepada kaum mereka yang beramal seperti itu. Mereka tidak kisah kaum mereka jadi bodoh, jumud, taksud atau terbatas akalnya akibat menurut ajaran turun-temurun. Mereka tidak kisah kaum mereka jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah akibat beragama yang tidak mematangkan dan meluaskan pemikiran. Bagi mereka, apa yang telah diterapkan oleh ajaran turun-temurun, itulah Islam dan tidak boleh guna cara lain lagi.
Macam manalah kaum mereka nak menjadi seorang yang kreatif yang boleh think out of box? Mereka telah menjadikan agama mereka seperti duduk dalam kotak yang sempit dan gelap. Mereka beragama seperti orang buta yang perlu dipimpin tangannya oleh orang yang mereka rasa tinggi ilmunya (ahli-ahli kitab atau ulamak). Mereka tidak berani membuka mata mereka sendiri untuk berdikari dalam beragama.
Padahal Allah menyukai manusia yang tawakal dan bergantung kepadaNya semata-mata. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Fri Nov 20, 2009 3:41 pm | |
| Kalut ketika di akhirat
Katakan ada seorang manusia bernama A. Selama hidupnya hanya beragama secara menurut atas anggapan ulamak B ajar itu sahaja yang betul. Ulamak B pula belajar agama secara menurut ulamak C atas kepercayaan itulah ajaran yang benar. Si ulamak C pun jenis beragama secara menurut kerana percaya ulamak sebelumnya iaitu ulamak D ajar semuanya betul.
Bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika di hadapan Allah nanti jika dibuktikan ajaran yang A terima itu adalah dusta. Pasti ketika itu si A menyalahkan ulamak B. Ulamak B pula pasti menyalahkan ulamak C yang mengajarnya. Ulamak C pula pasti akan menyalahkan ulamak D. Dan begitulah keadaan seterusnya jika manusia itu beragama menyandarkan pegangan mereka kepada orang-orang terdahulu.
Sebab itulah Al Quran mengajar kita agar mengikut sesuatu yang kita ada pengetahuan (ada bukti kukuh dan logik) tentangnya. Dengan itu kita akan lebih yakin pada diri sendiri dan berani menegakkan kebenaran.
Kalau setakat menghafal apa yang orang terdahulu katakan tanpa mencari bukti kebenaran, bukan setakat kita tidak faham apa yang kita buat, malah pasti kita akan jadi penakut nak bertanggungjawab terhadap sesuatu yang kita turuti itu.
Begitulah bahayanya jika beragama main pakai turut membuta-tuli dan menyandarkan pegangan pada manusia lain. Di akhirat kelak, tiada siapa berani nak tanggung dosa orang lain. Dosa sendiri pun kita tidak mampu nak pikul. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Sat Nov 21, 2009 9:20 am | |
| Amalan yang benar-benar mendatangkan hasil
Apabila ditanya kenapa kaum yang menurut itu, kenapa tidak beramal untuk membangunkan minda seperti orang Barat, mereka berkata, "orang Barat itu beramal untuk dunia."
Kemudian apabila diletakkan teknologi-teknologi Barat itu di hadapan kaum menurut itu, mereka juga yang silau mata dan berebut-rebut untuk memilikinya bagaikan kera-kera berebut pisang. Ketika itu mereka tidak fikir semua itu adalah duniawi. Begitulah perangai kaum yang hidup berpura-pura kononnya mereka sahaja mulia kerana menurut amalan nenek moyang mereka (bias terhadap kaum sendiri).
Cuba kita fikirkan, amalan macam mana yang memberi banyak ganjaran dan berkekalan?
Amalan manusia A - belajar - membangunkan minda - mengasah kreativiti & kemahiran
Amalan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri, malah mampu menghasilkan produk-produk untuk menyenangkan kehidupan manusia lain. Maka ganjarannya lebih besar, apatah lagi jika ramai manusia lain mendapat manfaat daripada produk yang dihasilkan.
Bayangkan, daripada idea mencipta kereta, ia telah menyenangkan berbilion-bilion manusia sejak lebih kurang dua abad yang lalu hingga sekarang. Berapa banyak ganjaran yang si pencipta itu dapat kerana memudahkan hidup ramai manusia? Malah ganjaran itu berterusan kerana manusia hari ini masih memerlukan kereta untuk memudahkan kehidupan.
Amalan manusia B - menurut amalan ritual nenek moyang.
Oleh kerana mereka main turut sahaja sehingga tidak tahu apa tujuan amalan tersebut, bukan sahaja tidak memberi manfaat pada diri, malah tidak ada apa-apa output untuk menyenangkan kehidupan manusia lain. Apatah lagi, mereka merasa angkuh dan berbangga diri kononnya amalan ritual mereka itulah yang Allah terima. Bukankah itu sudah merosakkan jiwa mereka dengan perasaan-perasaan kotor?
Bayangkan apabila mereka mati nanti, mereka menyangka mereka sudah bawa banyak pahala untuk akhirat, tetapi kerana mereka beramal tanpa mengetahui hakikat sebenar apa yang mereka turuti itu dan berbangga diri pula dengan amalan mereka kononnya amalan mereka sahaja yang Allah terima, bukankah nanti mereka kembali kepada Allah tanpa apa-apa bekalan melainkan dengan membawa jiwa yang kotor? Perasaan angkuh mereka itu telah merosakkan segala amal kebaikan mereka selama ini.
Ingatlah, Allah tidak memerlukan segala bentuk amalan kita. Dia adalah Pencipta yang tidak memerlukan kita, sebaliknya kitalah yang memerlukan Dia. Maka, dalam membuat segala bentuk amalan, pastikanlah ia benar-benar memberi manfaat kepada diri, bukannya main buat membuta-tuli.
Fikirkanlah amalan yang mampu memberi manfaat kepada diri dan dapat menyumbangkan manfaat untuk orang lain. Itulah bekalan akhirat yang benar-benar logik dan tidak terhitung nilainya kerana kita tidak tahu sampai bila manusia akan terus guna manfaat dari setiap output-output yang terhasil daripada diri kita (atas kurniaan Allah).
Dengan cara kita beramal sesuatu yang kita nampak logik hasilnya, maka tidaklah kita beragama secara berangan-angan Mat Jenin, melainkan kita berpijak pada bumi yang nyata (berusaha dan bertindak mengikut logik yang memberi manfaat pada diri dan umat manusia).
Dalam konsep sedekah, selalu kita dengar, "tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima". Begitulah dalam sumbangan kepada dunia, "tangan yang mencipta banyak teknologi, lebih baik daripada tangan yang tahu menggunakannya sahaja".
"Wake-up your mind, don't be fooled!" _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | hilmi88 Siswa/Siswi


Number of posts: 29 Points: 312 Reputation: 0 Registration date: 2009-11-24
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Tue Nov 24, 2009 10:39 pm | |
| kalau la dikatakan solat & ibadah dari kefahaman & iktikad korang tu merupakan - belajar - membangunkan minda - mengasah kreativiti & kemahiran
maka albert einstein,isaac newton & rmai lg tokoh2 hebat tu lebih beriman dripada kaum2 korang.. agak kelakar kalau dikatakan pekerjaan & mengasah kreativiti itu adalah sebagai solat sebab kalau pencacai najis & pekerja di loji2 najis tu bekerja,maka mereka dikatakan sedang solat? bagaimana dengan pelacur & pencuri? mereka juga bekerja.adakah mereka itu sedang solat (ketika mencuri)? apa gunanya Allah menyuruh orang2 yg beriman supaya rukuk & sujud di dlm al-quran?
agak kelakar & pelik apabila golongan2 melayu ni mengkaji al-quran hanya melalui terjemahan tanpa menguasai bahasa arab itu sendiri.. bahasa arab di dalam al-quran bukanlah seperti bahasa arab komunikasi harian.ia mempunyai 1001 makna tersirat yang xkan habis untuk difahami sesuai dengan darjatnya sebagai mukjizat terbesar Rasulullah.. bahkan jika awak mempelajari bahasa arab biasa pn belum tentu awak akan faham maksud al-quran itu sendiri.. |
|  | | hilmi88 Siswa/Siswi


Number of posts: 29 Points: 312 Reputation: 0 Registration date: 2009-11-24
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Tue Nov 24, 2009 10:46 pm | |
| tak guna la Rasulullah diutuskan kalau al-quran tu dikatakan dh lengkap & tak perlukan hadith lg.. kalau camtu baik la Allah campak sebijik al-quran tu masa mlm lailatul qadar.pastu korang amik,salin byk2,terjemah & ikut.. macam tu ke? |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Wed Nov 25, 2009 9:02 am | |
| | hilmi88 wrote: | | agak kelakar kalau dikatakan pekerjaan & mengasah kreativiti itu adalah sebagai solat sebab kalau pencacai najis & pekerja di loji2 najis tu bekerja,maka mereka dikatakan sedang solat? bagaimana dengan pelacur & pencuri? mereka juga bekerja.adakah mereka itu sedang solat (ketika mencuri)? apa gunanya Allah menyuruh orang2 yg beriman supaya rukuk & sujud di dlm al-quran? |
Apa kaitan bekerja di loji najis, melacur atau mencuri dengan mengasah kreativiti? Nak asah kreativiti perlu jadi pelacur ke? Bukankah kreativiti itu terletak di minda?
Bila dikaitkan dengan kreativiti sebagai solat, biarlah hasilnya memberi manfaat yang besar kepada kehidupan manusia. Melacur dan mencuri tu beri manfaat kepada kehidupan manusia ke? Bawa-bawalah berfikir rasional sikit dan matang sikit berhujah.
| Quote: | | agak kelakar & pelik apabila golongan2 melayu ni mengkaji al-quran hanya melalui terjemahan tanpa menguasai bahasa arab itu sendiri.. bahasa arab di dalam al-quran bukanlah seperti bahasa arab komunikasi harian.ia mempunyai 1001 makna tersirat yang xkan habis untuk difahami sesuai dengan darjatnya sebagai mukjizat terbesar Rasulullah.. bahkan jika awak mempelajari bahasa arab biasa pn belum tentu awak akan faham maksud al-quran itu sendiri.. |
Dan agak kelakar manusia yang tidak tahu asas menentukan kebenaran. Kebenaran bukan pada bahasanya, tetapi sejauh mana isi kandungan kata-kata itu ada logiknya.
Seperti kita belajar sains dalam bahasa Melayu biarpun buku-buku asalnya dalam bahasa Inggeris, seperti itulah kita belajar Al Quran dalam bahasa Melayu kerana biarpun telah diterjemahkan, kita mudah nampak logik ayat-ayat Al Quran. Ada bukti membenarkan ayat-ayatnya di serata alam ini.
Tujuan asal Al Quran itu diturunkan adalah supaya manusia memahami, bukannya supaya manusia mengagung-agungkan bahasa Arab. Maka, bacalah Al Quran untuk faham.
Kalau kita yakin Al Quran itu mengandungi 1001 satu mukjizat, kenapa ragu-ragu nak fahami Al Quran itu biarpun telah diterjemahkan? Keupayaan Al Quran diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk mudah difahami itulah salah satu mukjizat Al Quran.
Orang yang menterjemahkan Al Quran itu adalah orang yang telah belajar bahasa Arab juga. Kalau terjemahan mereka tak betul, pasti ajarannya bercanggah dengan sunnah alam dan boleh dipatahkan guna logik. Tetapi kehebatan Al Quran, biarpun telah diterjemahkan, kelogikan ajarannya tetap terpelihara. Bukankah itu satu mukjizat?
Cuba cari, ayat Al Quran mana yang tak logik ajarannya setelah diterjemahkan? Nak kata terjemahan itu tak betul, bawalah bukti mana terjemahan yang tak betul. Setakat tahu mempertikaikan dengan dakwaan kosong, semua orang boleh buat.
Nak berforum dengan matang, kalau kita ada bukti sesuatu itu tak betul, bawalah bukti tu ke sini? Susah sangat ke nak bawa bukti? _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut Wed Nov 25, 2009 9:16 am | |
| | hilmi88 wrote: | | tak guna la Rasulullah diutuskan kalau al-quran tu dikatakan dh lengkap & tak perlukan hadith lg.. kalau camtu baik la Allah campak sebijik al-quran tu masa mlm lailatul qadar.pastu korang amik,salin byk2,terjemah & ikut.. macam tu ke? |
Nabi Musa pun dapat Taurat yang lengkap untuk zamannya, tetapi orang Yahudi adakan kitab lain (Talmud) yang kononnya untuk menjelaskan Taurat. Nabi Isa pun telah dikurniakan Injil sebagai Kitab pegangan, tetapi orang Nasrani pergi kumpul ucapan-ucapan kononya daripada sahabat Nabi Isa untuk buat kitab tambahan. Dan perangai yang sama dilakukan oleh orang Islam hari ini. Tidakkah kita rasa ada sesuatu yang tak kena di situ sebab perangai tidak percaya kepada Kitab Allah berlaku dalam umat Islam sekarang sama macam kaum-kaum terdahulu itu?
Al Quran hanya perlukan akal sahaja untuk memahami. Kenapa Al Quran turun peringkat berperingkat? Sebab keupayaan akal manusia meningkat pun ada tangga-tangganya. Bukan sekali gus.
Kenapa masa darjah satu dahulu, kita tidak diajar sekali dengan ajaran untuk pelajar tingkatan lima? Bukankah baik diajar sekali gus? Senang kerja cikgu-cikgu kat sekolah tu. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | | | Menyedarkan Kaum Beragama Secara Menurut | |
|
| Page 1 of 1 |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |