HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
borak games kita kata kereta diari kaabah pelekat anak kisah video akaun kuiz speak mutiara minda shirt anti pantun nama bongsu teka sambung teki rampa neraka
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1 ... 14 ... 24, 25, 26, 27, 28  Next
AuthorMessage
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Jun 20, 2009 1:49 am

Quote:
3) Islam adalah satu cara hidup, sebutlah dalam hal kehidupan yg mana pasti islam dapat dipraktikkan bahkan perlu dipatuhi walaupun diangkasa. Rasulullah saw juga manusia seperti kita semua yg menjalani kehidupan bersama masyarakatnya. Dalam al Quran, Allah swt menyebutkan tentang perintah solat dan perintah utk taat kepada Rasulullah (disamping perintah2 yg lain). Bagaimana nak melaksanakan perintah ini kalau saudara menolak hadith? Diulang semula, Rasulullah itu menerangkan isi kandungan al Quran kepada manusia, termasuklah kaedah solat. Tanpa hadith bagaimana cara saudara nak taat kepada Baginda? Solat dah pasti tak dapat dilaksanakan.

Yang nyatanya, tiada ayat Al Quran kata, perintah solat tidak akan mampu dilaksanakan tanpa guna riwayat hadis. Segala ayat pasal solat yang disebut dalam Al Quran sudah mampu memberitahu manusia cara bersolat.

Tiada siapa menafikan dalam menyampaikan ajaran Islam, baginda menerangkan. Tetapi, tiada ayat Al Quran mengatakan penerangan ajaran Islam itu pada riwayat hadis sehingga kena dituruti membuta-tuli riwayat hadis itu.

Macam mana anda boleh dakwa riwayat hadis itu penerangan Al Quran, sedangkan sudah ada ayat Al Quran mengatakan "hadis mana selain Allah dan ayat-ayatNya hendak dipercayai? Bukankah anda sudah buat pegangan yang merbahaya yang bercanggah dengan ayat Al Quran di atas?

Dan tidak ada ayat Al Quran kata, tanpa guna riwayat hadis bermakna manusia itu tidak taat pada Rasul dan solat pasti tidak dapat dilaksanakan.

Benar, nak buat cara solat ikut ajaran nenek moyang itu, memang tidak dapat dilaksanakan jika kita berpegang pada Al Quran sahaja. Tetapi Allah tidak pernah mengatakan, solat yang ikut ayat Al Quran semata-mata itu bukannya solat yang Dia kehendaki.

Quote:
4) Adli kata al Quran mencelakakan org yg solat menunjuk2. Cuba saudari cari dalam kamus, apa maksud istilah menunjuk2.

Apa rasional anda bertanya begitu? Sebab sekarang ini Allah sudah celakakan kaum yang solat menunjuk-nunjuk itu sehingga mereka jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah biarpun solat mereka diseragamkan? Apakah bukti kecelakaan yang Allah timpakan itu tidak cukup bagi anda untuk memahami apa erti menunjuk-nunjuk?

Kami melihat erti menunjuk-nunjuk itu dengan apa yang Allah takdirkan depan mata pada kaum yang bersolat begitu. Sebab Allah tidak mendatangkan sesuatu kecelakaan kerana main-main dan berseronok.

Quote:
5) Betul, al Quran memang bukan satu ajaran utk tau apa yg Nabi buat, tapi Nabi buat sesuatu berdasarkan al Quran. Jadi utk kita memahami kaedah solat sebagaimana yg kehendaki Allah melalui perintahnya dalam al Quran adalah dgn melihat kaedah Baginda bersolat.

Masalahnya, anda pun tidak pernah melihat macam mana Nabi Muhammad bersolat bukan? Anda hanya membuat andaian solat anda buat itu macam Nabi berdasarkan cerita-cerita riwayat orang terdahulu. Itu belum bukti yang kukuh. Sekadar bawa riwayat, semua orang boleh bawa.

Anda sendiri akui Nabi Muhammad buat berdasarkan Al Quran. Kerana itulah kami bersolat hanya berdasarkan Al Quran. Dan Al Quran tidak pernah ajar cari sumber selain Al Quran untuk tahu cara bersolat. Apa yang Al Quran suruh dan larang, itulah yang kami amalkan.

Quote:

Saudara banyak menyebut tentang kreatif, saya ada beberapa persoalan....
1) Apakah matlamat solat saudara yg sebenarnya? (kalau matlamat menjadi manusia kreatif dan inovatif tak perlu jawab)

Sama dengan matlamat Allah cipta saya sebagai manusia. Cuba anda fikir, adakah Allah cipta saya sebagai manusia untuk jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah macam kaum yang kata solat mereka itu macam Nabi? Jadi, solat saya sesuai dengan matlamat Allah cipta saya sebagai manusia.

Apa beza manusia dengan makhluk-makhluk lain? Kalau nak kata manusia itu hanya hidup pemalas kaji hukum alam dan tidak tahu mencipta, bukankah mereka tiada bezanya dengan binatang ternak?

Daripada memahami apa tujuan manusia diciptakan itulah kami mendapat petunjuk untuk mengetahui apakah erti solat yang sebenarnya bagi manusia.

Quote:
2) Islam itu maksudnya selamat, selamat dari apa?

Selamat daripada ditipu oleh syaitan. Bukankah syaitan itu musuh utama manusia? Dan kerja syaitan agar manusia itu hidup secara lemah dan berpecah-belah. Kerana itulah kami meninggalkan ajaran nenek moyang yang Allah telah perlihatkan hasilnya mereka jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah.

Secara logiknya, agama Islam, bukan menghasilkan umat yang lemah dan berpecah-belah macam itu. Bila Allah sudah tunjukkan realiti umat macam itu, apakah patut kami mengengkari petunjuk dan amaranNya itu?

Quote:
3) Dalam a Quran ada menyebutkan...
[quote="al Quran"]Kaedah solat semasa perang
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. (An Nisaa':102)
[quote]
Di sinilah anda tidak perasan bahawa berdasar ayat Al Quran di atas menunjukkan solat itu dinamik dan tidak rigid. Bila dalam keadaan perang dan menjadi tentera, maka cara solatnya sesuai dengan keadaan dan keperluan sebagai tentera. Takkan masa nak berperang, bersolat dalam keadaan mengasah minat dan kepakaran, sebab waktu darurat itu mana boleh nak buat kerja yang diminati itu lagi. Kena pertahankan negara dahulu sebab itu lebih utama dari mengasah minat dan kepakaran.

Ketenteraan memerlukan manusia berjemaah untuk membina benteng pertahanan. Di waktu inilah solat itu dilakukan secara berjemaah (berkelompok-kelompok) kerana waktu getir itu memerlukan mereka bersatu-padu (agar perasaan ketakutan menghadapi musuh dapat dikurangkan) dan berjaga-jaga ancaman musuh. Dan jika mereka berseorangan, sudah pasti mudah dibunuh musuh.

Namun, sebab rata-rata umat Islam sekarang tak memikirkan Quran, maka ayat di atas mereka tidak nampak betapa solat itu bentuk ibadah yang dinamik mengikut keperluan semasa.

Apabila kita sudah nampak bahawa pembinaan kapal angkasa sudah menjadi kewajiban untuk menyelamatkan generasi manusia dari ditimpa azabNya, maka solat orang beriman sudah pasti segala perbuatan yang memerlukan dia pertingkatkan kemampuan akal agar ilmu mencipta kapal angkasa itu akan di"install" oleh Allah kepada golongan berfikir itu, seperti mana ilmu membuat bahtera dikurniakan kepada Nabi Nuh biarpun orang kafir mengejek-ejek bagida.

bersambung...

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Jun 20, 2009 2:47 am

Quote:

al Quran wrote:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). (al Hajj:26)


Kaedah solat - Dalam ayat2 diatas, dan ada beberapa lagi yg lain, ada perlakuan solat yg disebutkan, iaitu berdiri, rukuk dan sujud. Apakah saudara Juang dan Adli ada mengambil ayat2 ini sebagai dalil tentang kaedah saudara bersolat? Apakah saudara/i berdiri, rukuk dan sujud sebagaimana yg digambarkan dalam ayat2 diatas?

Tiada ada ayat Al Quran mengkhususkan berdiri, ruku' dan sujud itu sebagai cara dalam solat. Hanya penambahan sahaja dibuat dalam ayat itu (perkataan dalam braket) bagi menunjukkan itu adalah perbuatan solat.

Quote:

Solat berjamaah - Ayat tersebut juga ada menyebutkan tentang solat bersama2 iaitu berjamaah.
al Quran wrote:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (al Baqarah:43)

Maksud disini, dakwaan saudara bahawa solat menunjuk2 itu dicelakakan oleh Allah swt bukanlah bermaksud kepada solat berjamaah, tetapi mengandungi pengertian yg lain, bukan solat dan dilihat org seperti di masjid.

Ayat di atas tidak mengatakan solat itu yang kena bersama-sama, tetapi perbuatan tunduk (ruku') itu perlu bersama-sama orang yang tunduk.

Orang yang sudah dibiasakan bahawa ruku' (tunduk) itu sebagai rukun solat, maka mereka anggap ayat ini mengatakan dalam solat ada gerakan ruku'. Tetapi ayat di atas menyebut solat dan ruku' adalah perbuatan yang berbeza. Jika mereka kaitkan ruku' itu kepada solat, kenapa mereka tidak masukkan zakat yang disebut dalam ayat di atas juga sebagai rukun solat?

Ayat di atas menyuruh kita tunduk (patuh) bersama dengan orang yang tunduk pada hukum alam. Cuba lihat, bila semua manusia tunduk dengan hukum semudah 1+1=2, semua bangsa dan agama bersatu membenarkannya. Dan dari membenarkan hukum semudah itu, kehidupan manusia jadi semakin canggih. Dengan tunduk sama-sama dengan hukum alam, manusia mudah bersatu.

Tapi lihatlah hasil ruku' orang yang seragamkan solat mereka dan memasukkan ruku' dalam solat mereka, bukan sahaja sesama mereka pun berpecah-belah, malah dengan yang bukan keturunan seperti agama mereka terus dikatakan kafir. Padahal, tak logik orang islam itu adalah manusia yang suka berpecah-belah dan berpuak-puak.

Jelas, ayat di atas tidak mengatakan solat itu kena berjemaah, sebab perbuatan ruku' bukannya gerakan jasad dalam bersolat.

Quote:

Sebagai tambahan....

1) Rasulullah saw menerima berita ghaib dari Allah - Sebagai dalil baginda tidak perlu kepada riwayat2 dari nabi2 sebelumnya..
al Quran wrote:
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Yusuf:3)

al Quran wrote:
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Mariam dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Mariam). (al Imraan:44)

Bukankah kita mencontohi Rasulullah? Bila Rasulullah pun tidak perlu kepada riwayat hadis Nabi-nabi sebelumnya dalam menetapkan syariat, kenapa kita pula pandai-pandai nak buat perkara yang Al Quran sendiri pun tidak suruh? Ni siapa punya ajaran yang suruh guna riwayat hadis?

Ingatlah, dalil yang menunjukkan baginda tidak perlu riwayat hadis bukannya dalil menunjukkan kita pula perlu guna riwayat hadis. Sebab Allah tidak pernah mengatakan hanya Nabi Muhammad sahaja yang boleh dapat petunjuk Allah dan orang lain tidak boleh.

Quote:
Kepada saudara/i Juang dan Adli, sila bawakan bukti2 bahawa kami menyembah Nabi, hanya menerima hadith2 Nabi dan apa2 sala tuduhan saudara/i kepada kami. Tuduhan tanpa bukti hanyalah tuduhan2 kosong yg tak bermakna...

Wassallam...

/Bersambung kemudian..

Buktinya umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah (seperti ciri-ciri kaum kafir terdahulu) akibat beragama taksub guna riwayat hadis. Mana logik, orang yang sembah Allah, kemudian jadi umat yang lemah dan berpecah-belah? Ajaran Rasul mana yang mengajak kepada kehidupan yang hina sebegitu?

Namun, sama ada anda benar-benar sembah Nabi atau tidak, Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati anda. Tidak layak kami menghukum mana-mana individu.

Kami hanya berkata berdasarkan keadaan sesuatu umat setelah membuat perbandingan bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini. Jika kaum yang menurut riwayat hadis itu jadi kaum yang rajin guna akal dan bijak mencipta, sudah pasti tiada sebab untuk mereka telah terpesong dari ajaran Al Quran. Tapi lepas Allah beri ilham yang sebelum datang ilham itu kami tidak menyedari kaum yang taksub riwayat hadis itu sudah jadi sebegitu hina, barulah kami nampak hakikat yang sebenar.

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
pengkritik
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 21
Points: 515
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-27

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Jun 20, 2009 1:20 pm

Adli wrote:
pengkritik wrote:
astaghfirullah...kita hanya menyembah Allah...istighfar wahai saudara....nabi muhammad adalah contoh terbaik,..jangan kita menafikan itu..saudara tak perlu anti kepada baginda junjungan besar S.A.W...

Laa, sape pulak nak anti pada Nabi Muhammad? Takkanlah jika kita berpegang pada Al Quran dan Sunnah itu dikatakan anti Nabi Muhammad. Di mana penilaian waras mereka?

Kerana mencontohi bagindalah kami tidak taksub pada riwayat hadis sebab tiada ayat Al Quran sendiri mengatakan dengan mengambil riwayat hadis itu bermaksud kita mentaati baginda. Tambahan pula ada ayat Al Quran bertanya manusia, "Hadis mana lagi selain Allah dan ayat-ayatNya hendak manusia itu percaya?" (refer surah Al Jaatsiyah:6)

Bukankah ayat itu jelas memperingatkan kepada manusia yang mengada-adakan sumber atas nama baginda selain Al Quran?

Cukup-cukuplah kita tengok nasib lemah dan malang umat Islam sekarang gara-gara mengambil sumber selain Al Quran atas nama baginda. Jika nak guna pendapat ulamak terdahulu tanpa menggunakan nama baginda, yang ada manfaat pada umat, tiada siapa nak persoalkan. Tetapi mengambil sumber yang diada-adakan atas nama riwayat hadis baginda yang hasil kita nampak dengan jelas iaitu menyebabkan umat Islam sekarang berkeadaan lemah dan berpecah-belah, tiada orang yang waras akalnya sanggup terus ditipu dengan ajaran sebegitu.... Smile

dah tu siapa pulak yang kata kami sembah nabi dan anti alquran..aduh..manusia
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Jun 20, 2009 3:36 pm

pengkritik wrote:
dah tu siapa pulak yang kata kami sembah nabi dan anti alquran..aduh..manusia

Ish..ish anda ni. Urusan golongan beriman, bukannya nak tuduh mana-mana individu itu menyembah Nabi. Tugas kami hanya untuk membezakan apa itu "menyembah Allah" dan apa itu "menyembah Nabi" agar manusia itu berfikir di mana sebenarnya pegangan hati mereka. Urusan dalam hati manusia lain, bukannya urusan kami. Hanya Allah sahaja yang layak mengetahui manusia mana telah menyembahNya dan manusia mana yang hanya menyembah Nabi.

Jika seseorang itu tidak menyembah Nabi, dia tidak akan panas hati dengan apa yang kami sampaikan, sebab kami tidak menghukum mana-mana individu. Dan yang membakar hati golongan penyembah Nabi itu sehingga mereka berhujah hanya bawa emosi, itu menunjukkan Allah nampak apa yang tersembunyi mereka biarpun mereka mengaku ikut cara Nabi.

Di sini kita nampak, sekadar akuan mulut kata ikut cara Nabi dan sebagainya belum cukup mencuci kekafiran dalam hati. Manusia itu boleh berdusta, tetapi mereka tidak mampu melindungi hati mereka dari dibakar oleh Allah akibat menyekutukanNya.

Sebab itulah kami seru, taatilah Allah dengan mentaati sesuatu yang ada bukti hukum alam. Malangnya, kaum penyembah Nabi itu hanya taat kata-kata yang kononnya Nabi sampaikan sedangkan dalam kata-kata itu tiada hukum alam sebagai bukti.

Kata-kata yang tiada bukti itu hakikatnya kata-kata dusta biarpun mereka kata itu hadis Nabi. Tidak logik Nabi berkata sesuatu yang tidak ada bukti berupa hukum alam. Kalau Nabi bercakap tanpa guna hukum alam, bukankah itu menunjukkan dia menetapkan ikut kehendak hatinya sendiri?

Inilah yang tidak difahami oleh kaum penyembah Nabi itu, sebab bagi mereka, asalkan riwayat hadis, terus dipercayai ianya benar. Sedangkan penentuan sama ada sesuatu itu benar atau dusta terletak pada bukti-bukti yang nyata. Hukum alam itu nyata sifatnya. Itulah bukti bagi kata-kata seseorang Nabi, bukan pada perawi yang membawanya.

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
penjejakbadai
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 31
Points: 482
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-09

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Tue Jun 23, 2009 10:56 am

Assalaamualaikum wrh

Maaflah sebab lambat reply sebab banyak kerja yg perlu dibereskan, forum ni sekadar mengisi masa lapang.

Persoalan saudari Adli....

Persoalan solat juga... Masih menggunakan alasan yg berulang2.. Saya jawab berkenan solat dulu..


1) Kalau Al Quran yang Nabi Muhammad sampaikan ada tetapkan cara solat dengan detail, tentu kami mengikut suruhan Al Quran dengan ceritakan cara tersebut secara detail.
2) Al Quran mencelakakan orang yang solat menunjuk-nunjuk itulah kami tidak bagitahu caranya.
3) Kaji dalam diri anda sehingga anda akan nampak bahawa Allah telah kurniakan anda satu minat utama untuk ke arah kesenian dan kesasteraan dan satu minat utama ke arah pengiraan, logik atau mantik. Itulah solat terbaik untuk anda sehingga anda jadi seorang yang pakar.
4) Setiap manusia mempunyai minat yang berlainan, sebab itulah kenapa solat tidak ditetapkan caranya dalam Al Quran.
5) Mengasah minat dan bakat memerlukan komitmen yang tinggi pada diri anda. Orang yang tekun buat kerja kreatif yang diminati akan menggunakan masa secara berfaedah.
6) Orang yang kreatif, ada-ada sahaja mereka fikirkan untuk membuat kerja-kerja kreatif, jadi kehidupan mereka dijauhkan dari berpecah-belah.
7) Sebaliknya solat yang wujud kerana guna riwayat hadis itu, bukan sahaja menyebabkan umat mereka tak jadi kreatif, malah sibuk membuat kerja mungkar dengan berpecah-belah sesama sendiri.

=========================>>

Persoalan solat......................
1) Kalau dalam al Quran ada sebut dengan detail.... Saya tak pasti saudari masih percaya rukun islam tu ada 5 atau ada pendapat lain. Tapi saya anggap saudari masih anggap puasa, zakat dan haji tu sebagai rukun. Kalau saudari tak anggap itu sebagai rukun islam, abaikan soalan saya ni dan saya akan faham. Soalan saya...

Boleh tak saudari Adli jelaskan dengan detail apa2 ibadat wajib(puasa, zakat, haji atau apa2 saja yg dihukum wajib) yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam al Quran? .

Maksud saya, cuba saudari jelaskan dgn detail apa2 ibadat yang disebutkan didalam al Quran secara detail kaedah perlaksanaannya. Saudari boleh pilih samada - rukun islam tadi, kaedah2 perlaksanaan hukum, jualbeli, nikah kahwin atau apa saja ibadat yg disebutkan dalamm al Quran..

2) Berkenaan solat menunjuk2 saya dah bawakan ayat2 al Quran yg berkaitan.
3 -> 6 ) Kaedah solat saudara/i berkenaan mengasah minda dgn matlamat menjadi org yg kreatif dan inovatif. DBoleh dikatakan dalam semua penjelasan saudari mengenai solat yg saudari amalkan, semuanya menjuruskan kepada kehidupan dunia semata2. Bahkan dari posting2 saudari dan Juang, saya tak nakpak dimana saudari/a mengaitkan kehidupan akhirat dalam penjelasan saudari/a, seolah2 pada saudari/a hidup ini hanya didunia semata2. secara jelas dapat dilihat, matlamat solat ini hanyalah untuk tujuan keduniaan semata2. Utk menjadi org yg pakar, utk mencipta sesuatu inovasi, menjadi kreatif. Ini semua hal2 dunia..

al Quran wrote:
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (al Jumua'ah:10)
Ayat ini secara jelas menjelaskan 2 keadaan, selepas solat, bertebaranlah di muka bumi. Bertebaran maksudnya lakukan apa saja samada mencari rezeki, mencari ilmu..what everlah, tetapi semua yg bermaksud urusan dunia. Tetapi berkenaan solat itu dibezakan dari urusan dunia, sebab itu disebut, selepas solat maka bertebaranlah kamu. Jadinya jelas disini bahawa solat itu adalah urusan yg berbeza dari urusan dunia, iaitu urusan kehidupan akhirat.
al Quran wrote:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al Imraan: 185)

al Quran wrote:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(al A'raaf:51)

al Quran wrote:
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (al Baqarah:212)


Kalau saudara/i nak menafikan bahawa solat saudari bukan hanya semata2 kerana dunia, sila kaitkan dgn ayat2 diatas dan juga segala penerangan dan penjelasan saudara selama ini, dan jelaskan bagaimana solat saudari itu bermatlamatkan kehidupan akhirat.

Saudara/i banyak beralasan umat islam mundur, berpecah belah, tidak kreatif, dan berbagai2 lagi lalu solat yg dipersalahkan. Saya anggap saudari ni juga lepasan Universiti, tak kiralah dimana. Pasti saudari pernah atau ada rakan2 yg gagal dalamm pelajaran, pada pandangan saudari kenapa agaknya? Kerana solatnyakah atau kerana sikapnya yg malas belajar, rajin merambu, rajin main game(lelaki) dll? Bagaimana jika seorg muslim gagal dalam perniagaan, pada pandangan saudari kenapa agaknya? Antaranya yg paling biasa, kesilapan dalam menguruskan kewangan, berani mati kerana over konfiden (membuat keputusan terburu2 tanpa membuat kajian yg secukupnya kerana yakin dgn ilmu/kemampuan yg ada), mudah terpengaruh dgn kata2 manis...(ini dari pengalaman saya melihat beberapa org rakan yg gagal dalam business walaupun dapat loan hingga 3 juta..still lingkup, sebab - sikap, aku betul, dan sentiasa betul. engkau tak tau, aku lebih tau..tak dengar nasihat)..dll. Semuanya berkenaan sikap. Tetapi sebahagiannya perlu dilihat dari konsep ujian .

Sebelum ini saudara juang ada menyebutkan tentang takdir, apakah itu takdir? Seseorg pening kepala mungkin disebabkan terkena hujan. Bila pening, makan panadol, insyaAllah sembuh. Nak berjaya perlu berusaha bersungguh2, kalau lapar, makan, kalau haus minum. Tak ada dalam kitab bahkan dalam al Quran sekalipun, kalau nak berjaya perlu solat, nak lulus periksa kena solat bersungguh2, nak sembuh sakit kena solat bersungguh2. Boleh tak seorg siswa nak berjaya dalam peperiksaan, takmau pergi ke kuliah tapi hanya bersolat saja? Maksud solat disini adalah, hanya melakukan solat semata2, tidak mau melakukan perkara lain, kalau sakit tak mau makan ubat, takmau check doktor, nak berjaya exam takmau study, takmau ke kuliah. Nak berjaya dalam hidup tak mau berusaha, hanya solat semata2.

Semua masalah ini adalah berkenaan sikap bukan masalah solat secara umum. Jika solat itu yg menjadi masalah, bukanlah ritual solat secara umum yg menjadi masalah tetapi solat yg dikerjakan oleh seseorg, samada terjaga atau tidak solatnya, atau selalu ponteng atau memang tak solat.

Saudari juga membuat perbandngan2 dgn masyarakat barat, penciptaan roket cthnya, apakah pengetahuan tntang roket itu dapat dipelajari dgn bertafakur? Saintis dapat mengeluarkan hasil kajian yg hebat2 dgn melakukan palbagai kajian dan ujian, tetapi masih berasaskan ilmu yg telah mereka miliki dan kajian serta perkaitan dgn ilmu yg lain. Mereka menjadi pakar dalam bidang2 mereka dgn belajar, mengajar dan membuat kajian2, dgn perbelanjaan yg besar.

Point utama ialah, utk menjadi pakar kita perlu belajar, dan mengkaji. Nak belajar kena mengadap guru/pensyarah-datang kuliah, kena membaca buku dan kena buat sendiri. Cthnya, seorg yg nak jadi pakar dalam bidang kejuruteraan komputer, selain membaca, masuk kuliah, dia kena pegang komputer tu, kena selalu buat apa yg sepatutnya dibuat oleh seorg jurutera komputer. Kalau kejuruteraan perisian, kena tau buat perisian, bukan setakat teori dari buku, dan semua ni bermula dari belajar sediit demi sedikit, dari sekolah rendah, menengah, matrik atau diploma, ijazah dan seterusnya. Tak masuk lagi bab kerja dibawah seorg engineer selama 4-5 tahun hinggalah dapat title IR. Barulah kita cakap pasal pakar. Pokok pangkalnya cari ilmu. Ini saudari cakap pasal menjadi org yg pakar dgn mudah, seolah2 sesiapapun boleh jadi pakar hanya dgn solat, sedangkan solat itu pula hanyalah perbuatan yg direka2 sendiri.

Dari penjelasan saudari mengenai solat, nampak jelas solat itu diumpamakan sebagai mencari ilmu, tetapi tidak dgn membaca buku, tidak dgn berguru. Tetapi lebih kepada mencari idea2, ilham2 sedangkan ilham utk mencipta roket memerlukan asas ilmu yg tinggi, tanpa asas yg memadai idea2 dan ilham2 tadi tak ubah seperti angan2 mat jenin.

Cthnya, mcamana nak buat basikal terbang. Ini asasnya minat tentang ilmu kejuruteraan. Seorg perlu asas ilmu2 yg berkaitan cth mekanikal, penerbangan dll, seterusnya perlu kepada kajian2, kena buat model, kena buat ujian dan seterusnya. Bukan setakat duduk dalam bilik.

al Quran wrote:
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (al Baqarah:204)


7) a) Saya dah sebutkan sebelum ni, solat yg dikerjakan/didirikan oleh ASWJ tidak dipelajari dari hadith "semata", bahkan diturunkan atau diajar secara langsung dari Rasulullah saw hinggalah pada zaman ini. Diulangi, bukan hanya merdasarkan hadith2. Apakah saudari masih tak mau memahami atau sengaji menafikan kenyataan ini?

Wassallam

Bersambung....
Back to top Go down
slipar
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 733
Points: 1237
Reputation: -1
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Tue Jun 23, 2009 6:03 pm

Quote:
7) a) Saya dah sebutkan sebelum ni, solat yg dikerjakan/didirikan oleh ASWJ tidak dipelajari dari hadith "semata", bahkan diturunkan atau diajar secara langsung dari Rasulullah saw hinggalah pada zaman ini. Diulangi, bukan hanya merdasarkan hadith2. Apakah saudari masih tak mau memahami atau sengaji menafikan kenyataan ini?


POINT NI AGAK BERBEDHA SIKIT ..
Back to top Go down
toukey
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 151
Points: 914
Reputation: 0
Registration date: 2008-05-10

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Tue Jun 23, 2009 10:31 pm

Saya masih keliru lagi bab solat nie,camne nak buat...kena terus sujud ke rukuk dulu ? nak baca ape yea ? boleh terang skt tak saudara adli @ juang ?? ada rukun-rukun tertentu ke?? ke camne ??
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Tue Jun 23, 2009 10:48 pm

Quote:
Boleh tak saudari Adli jelaskan dengan detail apa2 ibadat wajib(puasa, zakat, haji atau apa2 saja yg dihukum wajib) yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam al Quran? .

Maksud saya, cuba saudari jelaskan dgn detail apa2 ibadat yang disebutkan didalam al Quran secara detail kaedah perlaksanaannya. Saudari boleh pilih samada - rukun islam tadi, kaedah2 perlaksanaan hukum, jualbeli, nikah kahwin atau apa saja ibadat yg disebutkan dalamm al Quran..


2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

Daripada ayat ini sahaja kita boleh nampak detail berpuasa. Berpuasa bertujuan untuk mengawal perkara yang berkaitan nafsu makan/minum dan syahwat. Waktunya diperjelaskan iaitu dari fajar sehingga malam. Cukup mudah difahami dan untuk melakukannya.

Apakah hikmah berpuasa? Apabila kita mengubah cara hidup ke arah kritis berfikir, kita akan nampak, dengan berpuasa, akan meningkatkan daya fikir sebab lemak kurang dimasukkan dalam badan. Dengan berpuasa, ilham mudah datang berjela-jela. Kalau manusia itu pemalas berfikir, mereka tidak akan nampak rasional ibadah puasa itu. Sebab itulah Al Quran turun berjela-jela di bulan puasa.

Ramai yang tidak sedar, hasil berpuasa Nabi Muhammad adalah Al Quran iaitu kitab yang menjadi inspirasi untuk manusia itu hidup sebagai insan. Turunnya banyak ayat Al Quran di bulan puasa menunjukkan baginda seorang yang rajin berfikir.

Untuk mencontohi baginda iaitu agar jadi manusia yang mudah dikurniakan ilham, kenalah mulakan dengan berpuasa dan mengawal permakanan.

Mudah sahaja cara untuk berpuasa. Yang penting kita tahu apa matlamatnya, dan membandingkan hasilnya sama tak macam Nabi.

Ada manusia, mereka hanya buat ibadat kononnya sama macam Nabi, tetapi hasilnya mereka jadi orang yang pemalas berfikir sehingga tidak sedar umat mereka sudah lemah dan ketinggalan dalam bab berfikir. Ini yang menghairankan golongan beriman.

Quote:

2) Berkenaan solat menunjuk2 saya dah bawakan ayat2 al Quran yg berkaitan.
3 -> 6 ) Kaedah solat saudara/i berkenaan mengasah minda dgn matlamat menjadi org yg kreatif dan inovatif. Boleh dikatakan dalam semua penjelasan saudari mengenai solat yg saudari amalkan, semuanya menjuruskan kepada kehidupan dunia semata2. Bahkan dari posting2 saudari dan Juang, saya tak nakpak dimana saudari/a mengaitkan kehidupan akhirat dalam penjelasan saudari/a, seolah2 pada saudari/a hidup ini hanya didunia semata2. secara jelas dapat dilihat, matlamat solat ini hanyalah untuk tujuan keduniaan semata2. Utk menjadi org yg pakar, utk mencipta sesuatu inovasi, menjadi kreatif. Ini semua hal2 dunia..

Ini kerana anda tidak memahami erti akhirat seperti yang kami fahami. Bagi kami, akhirat adalah alam kekal abadi. Kalau dunia, ia bersifat fana (tidak kenal). Oleh kerana alam akhirat itu kekal, maka untuk membawa bekal ke akhirat, sudah pasti kita perlu buat sesuatu yang bersifat kekal.

Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak.

Pada mata anda, seolah-olah kami memandang keduniaan. Kalau kami memandang keduniaan, sudah pasti kami memandang sesuatu yang tidak kekal, seperti perhiasan harta benda, pangkat, bilangan ramai pengikut, puji-pujian manusia. Bagi kami, itulah semua adalah dunia.

Contoh sifat ahli syurga adalah kuat dan bersatu-padu. Sebab itulah tulisan kami menekankan pasal menguatkan ummah dengan menyatukan sesama manusia. Bukankah itu ada kaitan dengan akhirat?

Kalau anda fikirkan, takkanlah ahli syurga di kalangan orang yang lemah, berpecah-belah, pemalas berfikir sedangkan terang-terang Al Quran suruh berfikir? Sebenarnya, bila kami menyeru supaya beragama secara berfikir, itu sudah berkait dengan alam akhirat, tetapi manusia itu sahaja tak perasan.

Quote:
al Quran wrote:
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (al Jumua'ah:10)
Ayat ini secara jelas menjelaskan 2 keadaan, selepas solat, bertebaranlah di muka bumi. Bertebaran maksudnya lakukan apa saja samada mencari rezeki, mencari ilmu..what everlah, tetapi semua yg bermaksud urusan dunia. Tetapi berkenaan solat itu dibezakan dari urusan dunia, sebab itu disebut, selepas solat maka bertebaranlah kamu. Jadinya jelas disini bahawa solat itu adalah urusan yg berbeza dari urusan dunia, iaitu urusan kehidupan akhirat.

62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Jika kita renung ayat 9 ini, ia mengaitkan dengan jual-beli. Pada jual-beli, manusia akan mudah mengejar perhiasaan dunia sebab disitu ada keuntungan materialistik. Jadi, yang disebutkan dunia itu adalah alam kebendaan, sedangkan akhirat adalah alam keilmuan, sebab ilmu itu kekal dan tidak boleh dimusnahkan.

Jadi apa yang ayat Al Quran itu suruh, supaya tinggalkan seketika urusan kejar kebendaan supaya masuk ke alam ilmu. Lepas itu baru boleh bertebaran cari rezeki balik untuk melangsungkan kehidupan.

Inilah yang membuatkan kami nampak bahawa solat itu adalah perbuatan mengasah minda kerana ilmu hanya akan dicapai bila minda terasah. Kalau kita fikir logik pun, sebab apa wahyu pertama Al Quran sendiri sudah suruh kita membaca? Sebab dengan membaca, mengkaji, dan memikirkan, itulah satu-satu cara ilmu akan sampai ke dalam hati.

Pada anda solat itu untuk alam akhirat. Kata-kata anda itu hanya umum. Tapi kami spesifikkan bahawa solat itu adalah untuk menjadi manusia yang berilmu sebab ilmu itu kekal sifatnya. Ilmu tertanam pada jiwa, bukan pada jasad. Jika kami menyeru ke arah kejasadan, barulah boleh katakan kami tidak mengaitkan dengan akhirat. Tapi bila kami seru ke arah sesuatu yang memantapkan jiwa, hakikatnya itulah untuk akhirat. Tetapi orang yang tak berfikir, sukar nak memahami hakikat ini.

bersambung...

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Tue Jun 23, 2009 11:15 pm

toukey wrote:
Saya masih keliru lagi bab solat nie,camne nak buat...kena terus sujud ke rukuk dulu ? nak baca ape yea ? boleh terang skt tak saudara adli @ juang ?? ada rukun-rukun tertentu ke?? ke camne ??

Untuk tahu cara solat yang sebenar yang hasilnya menjadikan manusia itu banyak idea macam Al Quran (sebagai tanda dekatnya manusia itu dengan Tuhan), kenalah kikis amalan nenek moyang dahulu. Kalau tak kikis, mulalah terkial-kial mencari rukun-rukun yang Al Quran tidak tetapkan.

Apabila Al Quran tidak menetapkan cara khusus untuk bersolat, di situ kita sudah nampak bahawa cara bersolat itu dinamik. Yang pentingnya, apa matlamat kita bersolat.

Umum manusia kata, mereka bersolat kerana Allah. Memanglah semua orang mudah cakap macam tu. Orang kafir dahulu sembah berhala pun kerana Tuhan sebab mereka anggap dengan sembah berhala itulah ajaran Tuhan.

1) Macam mana nak buat solat?
Lakukan apa sahaja perbuatan yang mengasah minda yang menjadikan kita seorang yang tekun (kusyuk) bila melakukannya. Kenal diri sehingga manusia itu tahu minat yang mampu menjadikan dia kusyuk dan kreatif. Bila minda berkembang dan meningkat, barulah mudah petunjuk Allah akan sampai. Allah tidak bagi ilmuNya kepada orang yang b0doh sebab Dia Maha Bijaksana. Sebab itu orang kafir itu b0doh-b0doh belaka.

2) kena terus sujud ke rukuk dulu ?
Gerakan sujud atau ruku' tidak semesti dalam solat. Ia bukannya gerakan wajib kena ada dalam solat. Cuba kita renung dengan terbuka, dengan Nabi Muhammad melarang sembah berhala, apakah patut baginda ajar manusia pergi sujud kepada Ka'abah?

Tujuan sujud atau ruku' secara biologinya untuk membanyakkan darah ke otak. Namun, jika tidak disusuli dengan membuat sesuatu yang mengasah daya fikir, tetap manusia itu akan jadi b0doh.

3) nak baca ape yea ?
Bacalah sesuatu yang mudah untuk difikirkan. Sehingga daya fikir kita semakin laju, maka bacalah sesuatu yang lagi sukar. Belajar bermula dari yang mudah.

Katakan kita nak bina kapal angkasa. Jika nak baca sumber yang sukar untuk difikirkan sebab tahap pemikiran kita masih rendah, tentu susah nak faham. Jadi mulakan membaca bahan ilmiah yang mudah-mudah sesuai dengan matlamat yang ingin kita tujui. Dengan cara ini, barulah solat itu melahirkan insan yang suka membaca, bereksperimen, dan suka memerah idea.

Allah sudah tunjuk perbandingan bangsa yang rajin berfikir dan pemalas berfikir. Takkan tidak nampak apa tujuan solat yang sebenar?

4) rukun-rukun ?
Tiada rukun yang khusus. Bergantung kepada bidang mana yang mahu kita jadikan sebagai pengasah minat. Sebab itulah Al Quran sendiri tidak buat ketetapan sebab bab minat ini berbeza-beza mengikut individu. Individu itu sendiri yang tahu bagaimana cara mereka nak asah mindanya sendiri.

Bila kita melahirkan insan-insan yang berdikari dan tahu membuat apa yang terbaik untuk dirinya sendiri, maka akan lahirlah umat yang tidak bergantung kepada teknologi luar.

Malangnya, solat umat Islam sekarang sekadar menyebabkan mereka tidak yakin pada diri sendiri sehingga takut konon-kononnya solat mereka tidak sah sebab tidak ikut cara Nabi. Padahal mana ada ayat Al Quran mengatakan solat itu tidak sah jika tak ikut cara Nabi. Nabi Muhammad pun tak tiru solat Nabi terdahulu.

Bagaimana mereka boleh ada-adakan ketetapan yang Allah tidak datangkan bukti yang kukuh padanya?

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
toukey
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 151
Points: 914
Reputation: 0
Registration date: 2008-05-10

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Tue Jun 23, 2009 11:37 pm

Solat tu umpama kita mengasah minda la.....kalau nak ajar anak solat camne ? ...kat sekolah cikgu ajar lain...kat masjid-masjid orang buat cara lain..camne nak bagitau anak nie..yang duk azan kat masjid panggil orang solat 5 waktu berjemaah tu camne? sesat ke diaorang tu?
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Wed Jun 24, 2009 12:03 am

Ajarlah anak kenal Allah dahulu dan kenal diri. Bila manusia itu kenal diri, dia akan tahu di mana minatnya dan bagaimana untuk mengasah agar jadi insan yang berpotensi tinggi. Bayangkan anak-anak orang Islam semuanya berbakat besar dan berpotensi tinggi, apakah akan ramai yang merempit sampai ke pagi? Kenapa rata anak-anak orang Melayu tak macam anak Cina yang suka belajar itu? Jadi apa nilai solat yang diajar sebelum ini?

Kita masuk syurga atau tidak, bukan kerana silibus agama yang diajar di sekolah dan bukan kerana berbeza ikut cara orang lain beragama. Tetapi sejauh mana kita memahami apa yang kita buat yang hasilnya menjadi insan yang benar dan sabar. Jika kita anggap dengan tiru segala macam ibadat kononnya macam cara Nabi, tetapi setakat jadi insan yang kuat berdusta dan tak bersabar, jadi apa erti tiruan itu?

Apabila sesuatu ajaran agama itu kesannya setakat melahirkan kaum yang pemalas berfikir dan berpecah-belah sesama sendiri, itukah ajaran agama yang benar? Jika kita mengaku apa jua ajaran nenek moyang yang dilabelkan Islam itu benar-benar datang dari nabi, tanpa kita sedari, kita sudah memburukkan nama Nabi sebab bila orang lain tengok perangai umat Islam sekarang, sudah tentu mereka kata itu kerana Nabi mereka ajar seperti itu. Kerana tidak mahu malukan nama Nabi-lah golongan beriman menjauhi amalan yang memudaratkan ketamadunan manusia.

Kalau kita tidak suka membuat perbandingan antara bangsa di dunia ini, kita akan susah nak sedar diri.

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
toukey
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 151
Points: 914
Reputation: 0
Registration date: 2008-05-10

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Wed Jun 24, 2009 12:37 am

Adli wrote:
Ajarlah anak kenal Allah dahulu dan kenal diri. Bila manusia itu kenal diri, dia akan tahu di mana minatnya dan bagaimana untuk mengasah agar jadi insan yang berpotensi tinggi. Bayangkan anak-anak orang Islam semuanya berbakat besar dan berpotensi tinggi, apakah akan ramai yang merempit sampai ke pagi? Kenapa rata anak-anak orang Melayu tak macam anak Cina yang suka belajar itu? Jadi apa nilai solat yang diajar sebelum ini?

Kita masuk syurga atau tidak, bukan kerana silibus agama yang diajar di sekolah dan bukan kerana berbeza ikut cara orang lain beragama. Tetapi sejauh mana kita memahami apa yang kita buat yang hasilnya menjadi insan yang benar dan sabar. Jika kita anggap dengan tiru segala macam ibadat kononnya macam cara Nabi, tetapi setakat jadi insan yang kuat berdusta dan tak bersabar, jadi apa erti tiruan itu?

Apabila sesuatu ajaran agama itu kesannya setakat melahirkan kaum yang pemalas berfikir dan berpecah-belah sesama sendiri, itukah ajaran agama yang benar? Jika kita mengaku apa jua ajaran nenek moyang yang dilabelkan Islam itu benar-benar datang dari nabi, tanpa kita sedari, kita sudah memburukkan nama Nabi sebab bila orang lain tengok perangai umat Islam sekarang, sudah tentu mereka kata itu kerana Nabi mereka ajar seperti itu. Kerana tidak mahu malukan nama Nabi-lah golongan beriman menjauhi amalan yang memudaratkan ketamadunan manusia.

Kalau kita tidak suka membuat perbandingan antara bangsa di dunia ini, kita akan susah nak sedar diri.



Rasa susah sket nak terangkan pada kanak-kanak alaf baru nie.Apa yang diajar oleh ustaz kat sekolah tu salah ler.Buku-buku yang disediakan oleh kementerian pendidikan yang mengajar bab solat tu salah ler?beerti kerajaan Malaysia ni pun tak betul la.Kalau kerajaan tak betul pemimpin pun tak boleh kita ikut la..Macam mana saya ingin menegur ustaz tersebut,dan adakah saya perlu memberhentikan persekolahan anak saya jika apa yang disampaikan oleh ustaz itu bertentangan ? Jika anak saya tidak mencari ilmu disekolah..bagaimana saya ingin mengajarnya jika saya tidak mampu untuk menyampaikannya.Apabila dia dewasa nanti,apakah pekerjaan yang sesuai untuk kelayakan cuma tamat darjah 3..Adakah dengan cara saya menyuruhnya mengenal solat sahaja boleh menjadikannya seorang angkasawan tanpa sijil kelayakkan..?
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Wed Jun 24, 2009 1:06 am

toukey wrote:

Rasa susah sket nak terangkan pada kanak-kanak alaf baru nie.

Tak susah, sebab banyak ayat Al Quran sudah dibuktikan kebenaran dengan melihat teknologi yang tercipta.

Quote:
Apa yang diajar oleh ustaz kat sekolah tu salah ler.Buku-buku yang disediakan oleh kementerian pendidikan yang mengajar bab solat tu salah ler?

Bila kesannya menyebabkan umat jadi pemalas berfikir, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dengan ajaran agama itu. Sebab ia melihatkan attitude yang bukan perkara mudah nak diubah. Hanya golongan yang berani menjauhi amalan memudaratkan umat sahaja yang mampu melakukannya. Yalah, perkara yang memerlukan manusia perbaiki diri sendiri bukan kerja yang mudah. Nak salahkan bangsa lain, senang-senang sahaja buat. Nak salahkan bangsa sendiri, hanya golongan beriman sahaja mampu buat.

Quote:
beerti kerajaan Malaysia ni pun tak betul la.Kalau kerajaan tak betul pemimpin pun tak boleh kita ikut la..

Kerajaan Malaysia bukan terdiri dari keturunan Islam sahaja. Ramai keturunan agama lain pun ada. Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan beragama dan menghormati hak individu, maka kerajaan itu masih betul. Lainlah kerajaan itu berlaku zalim dengan menindas macam Firaun. Tapi Firaun yang zalim itu pun Allah suruh Nabi Musa slow talk. Bukannya dengan cara mengutuk dan mencaci maki dari belakang. Itu hanya kerja orang pengecut sahaja mengutuk kerajaan dari belakang.

Quote:
Macam mana saya ingin menegur ustaz tersebut,dan adakah saya perlu memberhentikan persekolahan anak saya jika apa yang disampaikan oleh ustaz itu bertentangan ?

Anda boleh tengok di forum ini. Baru tegur mereka gara-gara ajaran nenek moyang itu hasilnya umat jadi lemah dan berpecah-belah, mereka yang engkar itu sudah macam tu sekali penentangan mereka. Tak mampu berhujah dengan matang bila hujah mereka dipatahkan. Jadi kalau nak menegur pun, pastilah kena yakin pada diri sendiri. Belajar kenal diri sehingga tahu apa punca-punca umat Islam sekarang ditempat di kedudukan yang rendah dan hina macam sekarang. Bila sudah yakin, barulah boleh nak tegur orang.

Quote:
Jika anak saya tidak mencari ilmu disekolah..bagaimana saya ingin mengajarnya jika saya tidak mampu untuk menyampaikannya.Apabila dia dewasa nanti,apakah pekerjaan yang sesuai untuk kelayakan cuma tamat darjah 3..Adakah dengan cara saya menyuruhnya mengenal solat sahaja boleh menjadikannya seorang angkasawan tanpa sijil kelayakkan..?

Di sekolah itu, banyak ajaran yang benar ikut hukum alam macam maths dan sains tu. So kenapa perlu berhentikan anak-anak itu? Untuk ilmu agama, sebaik-baiknya ibubapa yang mantapkan pada anak-anak, bukannya setakat belajar kat sekolah untuk lulus periksa.

Mana ada Nabi ajar agama untuk lulus periksa? Agama untuk seluruh kehidupan, bukan untuk dihafal untuk lulus periksa. Perbetulkan pemahaman pasal agama ini.

Yang penting, anak-anak belajar bukan kerana nak cari kerja semata-mata, tetapi jadi orang yang bijak berfikir dan banyak idea. Nanti Allah akan senangkan jalan mencari rezeki. Nabi Nuh cipta bahtera pun tidak pula dikatakan ada sijil kelayakan.

Sijil itu semua bersifat lahiriah semata-mata agar mudah nak dapat kerja. Tetapi sebaik-baik ilmu bukan setakat dapat sijil, tetapi sesuatu yang diamalkan berterusan dan mampu membantu manusia lain. Bukannya untuk menjaga periuk nasi sendiri sahaja.

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 2:09 am

sambungan balasan posting penjejakbadai

Quote:
Kalau saudara/i nak menafikan bahawa solat saudari bukan hanya semata2 kerana dunia, sila kaitkan dgn ayat2 diatas dan juga segala penerangan dan penjelasan saudara selama ini, dan jelaskan bagaimana solat saudari itu bermatlamatkan kehidupan akhirat.

Posting sebelum ini saya sudah beri definasi apa itu akhirat dan apa itu dunia. Saya ulang balik, akhirat itu adalah kehidupan kekal abadi, sedangkan dunia itu bersifat fana (akan musnah).

Apa yang kita buat pada jiwa kita, itulah untuk akhirat sebenarnya. Baik yang kita tanam dalam jiwa, baiklah yang kita bawa ke akhirat. Begitu juga sebaliknya. Sifat yang tertanam pada jiwa tidak akan musnah sebab bila mati nanti, jiwa kita tidak akan musnah.

Ada orang kata akhirat itu wujud selepas mati. Hakikatnya sebelum Adam diciptakan, telah wujud akhirat. Sebab itu Adam dan isterinya ditempatkan ke dalam syurga sebelum turun ke dunia. Dunia ini tabir akhirat. Perhiasan dunia menyebabkan ramai manusia tidak sedar wujudnya alam akhirat sejak di dunia ini lagi. Belajar kenal jiwa sendiri, pasti manusia itu akan nampak tanda-tanda kewujudan akhirat.

Sedangkan apa yang kita buat untuk jasad kita seperti supaya dilihat kaya, berpangkat, berpengaruh dan bermewah-mewahan, itulah yang dikatakan buat untuk keduniaan semata-mata sebab kekayaan, pangkat, harta dan pengaruh, semuanya akan ditinggal pergi bila mati. Begitu juga jika berbangga diri dengan paras rupa, semua itu akan musnah bila mati nanti.

Sebab itulah ayat Quran yang anda bawakan itu kaitkan keduniaan dengan perhiasan dan kemegahan iaitu perbuatan yang bersifat lahiriah supaya dilihat kaya, berharta, banyak pengaruh, kononnya zahir macam Nabi dan sebagainya.

Dari situ, kami menjauhi solat yang bercirikan keduniaan iaitu perlihatkan cara solat kononnya itulah cara macam Nabi. Bukankah memperlihatkan cara itu bersifat perhiasan semata-mata? Yang penting pada solat itu sejauh mana menjadikan kita berjiwa benar dan sabar.

Jadi solat kami bersifat kejiwaan iaitu agar jadi manusia berilmu, ada kreativiti dan rajin mencuba untuk meningkatkan keupayaan diri sebab sifat-sifat itu semuanya tertanam dalam diri. Semua kerja-kerja itu memerlukan ketekunan dan kesabaran. Barulah solat kami memberi kesan yang kekal abadi.

Bagi anda, buat kerja kreativiti itu bersifat dunia, tetapi bagi kami, semua yang kita tanam pada jiwa, itulah kerja untuk akhirat. Baik atau buruk kita tanam pada jiwa, itulah yang akan kekal selama-lama dalam diri kita. Bila ia bersifat kekal, maka itulah urusan akhirat.

Malangnya ramai umat Islam sekarang tidak faham definasi dunia dan akhirat. Mereka anggap segala perbuatan selain bersolat, puasa, zakat etc, itu untuk dunia. Padahal jika bersolat untuk bermegah-megahan kononnya macam cara Nabi juga sudah bersifat dunia, sebab solat itu untuk Allah, bukan untuk Nabi. Allah pun tidak pernah suruh tiru solat macam Nabi dan Nabi Muhammad pun tak bersolat macam Nabi-nabi terdahulu.

Quote:
Saudara/i banyak beralasan umat islam mundur, berpecah belah, tidak kreatif, dan berbagai2 lagi lalu solat yg dipersalahkan.

Itu bukan alasan, tetapi kenyataan atau fakta berdasar keadaan realiti umat Islam sekarang.

Solat itu tiang agama. Jika umat yang beragama sedemikian rupa jadi runtuh (lemah dan berpecah-belah), bukankah itu menunjukkan ada yang tak kena dengan tiangnya? Cuba fikir dengan mendalam dan terbuka sikit.

Quote:
Saya anggap saudari ni juga lepasan Universiti, tak kiralah dimana. Pasti saudari pernah atau ada rakan2 yg gagal dalamm pelajaran, pada pandangan saudari kenapa agaknya? Kerana solatnyakah atau kerana sikapnya yg malas belajar, rajin merambu, rajin main game(lelaki) dll?

Jika anda fahami maksud solat sebagai tiang, sudah pasti anda akan tertanya-tanya, kenapa solat mereka itu tidak mampu mengubah perangai buruk itu. Itu menunjukkan ada sesuatu yang tak kena pada solat itu. Dengan kata lain, manusia itu tidak mendirikan solat yang sebenar-benarnya.

Manusia itu dikatakan bersolat jika mampu mencegah sesuatu yang mungkar dan tidak bermanfaat. Jika setakat buat solat ritual, tetapi sibuk berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan berebut kuasa, bukankah itu menunjukkan mereka tidak bersolat secara hakikatnya? Memanglah dari segi lahiriah, mereka buat gerakan ritual atas nama solat, tetapi dari segi kejiwaan, solat yang mereka buat itu tidak mampu mengubah sikap buruk dalam diri mereka. So apa erti solat itu?

Sebab itulah kami menjauhi cara solat sedemikian rupa kerana tidak memberi kesan kepada jiwa ke arah kebaikan. Macam kami kata, perbuatan untuk akhirat adalah sesuatu yang bersifat kekal, bukan bersifat perhiasan. Biarpun cara solat kami, mereka kata tak macam Nabi, asalkan dari segi kejiwaan, kami menjadi orang yang rajin berfikir macam Nabi, mampu mengatakan yang haq seperti Nabi, tidak letih menyampaikan peringatan macam Nabi. Sebab apa yang tertanam dalam jiwa itulah kesan menentukan solat yang baik atau buruk.

Quote:
Bagaimana jika seorg muslim gagal dalam perniagaan, pada pandangan saudari kenapa agaknya? Antaranya yg paling biasa, kesilapan dalam menguruskan kewangan, berani mati kerana over konfiden (membuat keputusan terburu2 tanpa membuat kajian yg secukupnya kerana yakin dgn ilmu/kemampuan yg ada), mudah terpengaruh dgn kata2 manis...(ini dari pengalaman saya melihat beberapa org rakan yg gagal dalam business walaupun dapat loan hingga 3 juta..still lingkup, sebab - sikap, aku betul, dan sentiasa betul. engkau tak tau, aku lebih tau..tak dengar nasihat)..dll. Semuanya berkenaan sikap. Tetapi sebahagiannya perlu dilihat dari konsep ujian .

Benar, kegagalan atau kejayaan manusia itu bergantung pada sikap. Sikap itu terletak dalam jiwa. Ia bersifat kekal dan tidak akan dimusnahkan bila kita mati. Jika banyak sikap buruk tertanam dalam jiwa, maka buruklah hasilnya.

Namun, jika manusia itu terus berusaha dan memperbaiki diri, tidak mustahil kegagalan pertama itu akan berubah jadi kejayaan. Kebanyakan kejayaan datang setelah tidak berputus asa menghadapi kegagalan.

Orang yang solatnya bermakna, dia akan jadi insan yang tidak cepat berputus asa. Nak jadi insan yang tidak mudah berputus asa, memerlukan manusia itu jadi orang yang tekun dan sabar. Jadi solat macam mana boleh menyebabkan jiwa jadi tekun dan sabar?

Kita sudah nampak, solat yang mereka kata ikut Nabi itu tidak pun menjadikan mereka tekun belajar dan bereksperimen berbanding bangsa-bangsa yang tak solat macam cara Nabi itu. Malah melihat senario umat Islam yang rata-ratanya lemah dalam bab ketekunan belajar dan berfikir, menyebabkan kita tertanya-tanya, di mana logiknya cara solat mereka itu membentuk jiwa yang tekun dan sabar? Bersabarkah mereka jika sibuk berpecah-belah sesama sendiri biarpun mereka solat berjemaah.

Inilah yang kami nampak, cara solat kononnya ikut cara Nabi itu sekadar bersifat lahiriah sahaja. Ia bukannya ibadah yang masuk ke dalam jiwa untuk jadi umat yang bersemangat, berani berjuang dan tidak cepat berputus asa.

Melihat cara berhujah mereka yang kononnya bersolat ikut Nabi itu pun kami sudah nampak bagaimana lemahnya mereka dan cepat berputus asa. Jadi apakah erti solat mereka setakat menyebabkan jiwa mereka lemah sebegitu? Itu belum ditambah dengan orang yang pengecut berpaling lari akibat takut bersatu macam Nabi buat biarpun kononnya mereka bersolat macam Nabi. Bukankah mereka itu hanya berdusta dalam beragama, kata solat macam Nabi, tetapi bila diseru buat kesatuan macam Nabi buat, mereka berpaling lari.

Setelah Allah beri petunjuk kepada kami, kami tidak lihat ajaran Al Quran itu bersifat lahiriah seperti kena berunsur Arab untuk nampak Islam. Islam itu segala cara hidup yang mendapatkan manfaat kepada jiwa. Kami nampak dengan menanam jiwa dengan sifat rajin berfikir, dan yakin pada ilham yang Allah beri menjadikan jiwa semakin kental (sabar) dan mampu menjauhi kemungkaran (tidak suka pada perkara yang sia-sia dan lalai). Jadi sebab itulah kami yakin pada solat yang Allah tunjukkan untuk kami. Dan dengan cara bersolat begitu, kami dapat jauhi dari menunjuk-nunjuk sebab manusia lain tidak nampak kami bersolat, sedangkan Allah Maha Mengetahui.

Biarpun kami tidak tunjukkan solat kami macam Nabi, yang penting kami berjaya mencapat matlamat solat yang sebenar iaitu jadi manusia yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Bukankah itu keuntungan yang dijanjikan kepada orang yang menghargai masa hidupnya ketika di dunia biarpun cuma seketika?

Bayangkan, jika masa hidup di dunia yang pendek ini pun sudah buat kerja yang sia-sia, apakah Allah akan bagi kehidupan akhirat yang baik untuk kita? Jadi, sebelum mati, lakukanlah sebanyak mana manfaat kepada alam semesta. Itulah perjuangan hidup golongan beriman.

Pointnya di sini, setelah Allah perlihatkan keadaan umat Islam yang sudah lari dari ajaran Al Quran, apakah patut kami mempercayai ajaran nenek moyang itu membuta-tuli? Nabi Muhammad pun tidak main percaya ajaran ahli-ahli kitab terdahulu biarpun mereka kata mereka umat Nabi-nabi terdahulu.

bersambung...

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
penjejakbadai
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 31
Points: 482
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-09

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 4:02 am

Assalaamualaikum wrh

Disebabkan saya tak banyak ada waktu terluang, jadi saya jawab dulu posting2 terbaru, kalau ada masa yg lain saya jawab posting2 yg belum saya jawab.

Saudari Adli, honestly banyak kali saya baca jawapan2 saudari saya merasa surprise. Saya tak sangka wujudnya sekumpulan org yg mengaku islam dgn pemikiran yg sangat asing bagi saya. Mungkin saudari akan kata saya ni tak menggunakan akal sebab tu rasa asing, betul tak?

Kemudian apabila saudari meletakkan hujjah2, atau pandangan sebagai satu kesimpulan atau pernyataan tentang pegangan saudari, cuba letakkan dalil2 al Quran utk menguatkannya. Sebabnya selain saudari kata mengkaji al Quran, saudari kena pastikan dimanakah sebenarnya saudari letakkan al Quran itu berbanding akal saudari. Jika saudari meletakkan akal diatas segala2nya termasuklah al Quran, maka saudari sudah mempertuhankan akal. Bukan menyembah akal tapi mempertuhankan maksudnya menjadikan akal sumber utama atau menjadikan/mentafsirkan al Quran itu supaya selaras dengan akal fikiran. Nanti saya berikan cth kenyataan ini...

Saya rasa saudari takmau jawab berkenaan rukun islam, tapi saya nak tanya berkenaan perkara ini, bagaimanakah seseorg itu boleh dianggap seorg islam. Ringkasnya macamana seorg kafir nak masuk islam dan bagaimana seseorg itu boleh dianggap islam?

al Quran wrote:
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.
Soalan saya sebelum ini meminta saudari utk menjelaskan secara detail. Selain itu, saya bukan tanya setakat puasa, tetapi saya lebih mengharapkan saudari memberikan cth2 ibadah wajib yg saudari amalkan, yg kaedahnya saudari dapati secara detail dari al Quran. Saya tak tanya apa hikmah berpuasa sebab org kafir pun tau. Mungkin saudari sendiri tak faham maksud detail dalam ibadat puasa.

Soalan saya berkenan ibadat wajib dan saudari pilih puasa. Puasa yg dihukumkn wajib(refer soalan saya) ialah puasa bulan ramadhan (puasa nazar tak masuk perbincangan). Penjelasan detail mengenai puasa yg saya maksudkan ialah...
1) Ibadat puasa ni menjadi wajib HANYA setelah nampak anak bulan ramadhan.
2) Kemudian perlu berniat, bila masa berniat, macamana nak berniat.
3) Apa syarat2 sah puasa
4) Apa perkara2 yg membatalkan puasa
5) Apa perkara2 yg makruh dilakukan semasa berpuasa
6) Bila masa berbuka dan bersahur
7) Persoalan zakat fitrah

Ini sekurang2nya penjelasan yg sepatutnya saudari berikan bagi ibadat puasa. Jangan anggap melakukan ibadat wajib ni seperti kita nak buang air, asal lepas cukup, takde syarat2 sah dan batal, tak perlu niat pun. Nak makan pun kena tau halal dan haram, apa nak di makan dan berapa banyak patut makan.

Selain puasa, merujuk kepada ayat diatas, "BERIKTIKAF DI MASJID". Apakah maksud iktikaf, dan apakah pula peranan masjid? (Sebelum ini Juang kata masjid patut dirobohkan)

Adli wrote:
Dengan berpuasa, ilham mudah datang berjela-jela. Kalau manusia itu pemalas berfikir, mereka tidak akan nampak rasional ibadah puasa itu. Sebab itulah Al Quran turun berjela-jela di bulan puasa.
Ini contoh saudari memberi pandangan tak berdalil.

Sila berikan dalil bahawa al Quran itu banyak diturunkan dalam bulan puasa disebabkan banyak berfikir.

Saudari kata banyak ayat al Quran diturunkan pada bulan ramadhan, saya taknak komen tentang "banyak", tetapi saya nak tanya, berdasarkan ayat dibawah...
Code:
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (al Qadr:3)

Malam lailatul Qadr ni ialah malam al Quran diturunkan. Apakah yg dimaksudkan dgn kenyataan "LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN". Maksud saya, apakah pebuatan, perlakuan atau perkara2 yg dimaksudkan sebagai lebih baik dari seribu bulan? Mungkinkah pada malam tu kalau berfikir hasilnya akan lebih baik, atau akan dapat ilham berjela2 lebih dari seribu bulan punya ilham? Atau bagaimana?

Adli wrote:
Mudah sahaja cara untuk berpuasa. Yang penting kita tahu apa matlamatnya, dan membandingkan hasilnya sama tak macam Nabi.
Mudah seperti ayam berpuasa, yang penting jangan makan atau bersetubuh pada masa yg ditetapkan, tak perlu niat, takde sah dan batal. Agaknya kalau perempuan datang haid perlu puasa tak? Macamana kalau si suami tak tahan dan terlajak juga pada siang bulan ramadhan? Puasa batal kemudian....? Macamana kalau mengeluarkan mani dgn sengaja pada bulan puasa? Macamana pula nak mandi wajib? Setakatni saudari puasa, dapat tak wahyu macam Nabi dapat? Ada tak jibril datang?

Maaflah, kadang2 saya rasa jawapan saudari ni terlalu pelik. Saudari nak bandingkan hasil puasa saudari dengan Nabi saw sama atau tidak, sedangkan yg saudari maksudkan pula ialah, Baginda mendapat wahyu. Cuba cerita sikit apa wahyu yg telah saudari dapat..

/bersambung..
Back to top Go down
penjejakbadai
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 31
Points: 482
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-09

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 4:03 am

Sambungan...

Adli wrote:
Kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat, kerajinan, kebaikan dan semua yang tertanam dalam jiwa kita itu bersifat kekal. Itulah bekal yang akan kita bawa ke akhirat kelak.
2) Mana dalil ayat al Quran berkenaan perkara ini?Saudari nak buat apa dgn semua tu di akhirat nanti? Saudari nak buat roket ke di sana atau bagaimana? Tapi takpe kalau saudari dah percaya macamni nak kata macamana, tapi fahami ayat dibawah.. Semua ayat ini adalah sebahagian ayat al Quran yg memperkatakan tentang keadaan di Padang mahsyar.

al Quran wrote:
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)(an Naba':18)

al Quran wrote:
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim:48)

al Quran wrote:
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim:51)

al Quran wrote:
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahanam. (al Mu'minun:102-103)

al Quran wrote:
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. (al Ambiyaa:47)

al Quran wrote:
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (al Kahfi:105)

al Quran wrote:
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya; Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya; Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" (al Qaari'ah:6-9)


Dalam sebahagian ayat diatas ada menyatakan tentang amalan2 baik. Saya pasti saudari akan cuba mengaitkan semua kenyataan saudari, kepakaran, kerajinan, ilmu, semangat, kreativiti (semua ni termasuk sebagai berilmu) dan lain2 sebagai perbuatan baik. Apapun perbuatan yg kita lakukan akan ditimbang diakhirat nanti, tetapi bagaimanakah cara Allah swt membuat penilaian?

al Quran wrote:
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (an Nisaa':40)

Dalam ayat ini menyebutkan tentang amalan baik dibalas dengan pahala dari sisi Allah swt. Bagaimana saudari nak menjelaskan tentang semua perkara yg saudari sebutkan diatas, dan menyatakannya sebagai bersifat kekal utk dikaitkan dgn ayat2 diatas?

Adli wrote:
Pada mata anda, seolah-olah kami memandang keduniaan. Kalau kami memandang keduniaan, sudah pasti kami memandang sesuatu yang tidak kekal, seperti perhiasan harta benda, pangkat, bilangan ramai pengikut, puji-pujian manusia. Bagi kami, itulah semua adalah dunia.
Bila saudari bercakap tentang solat, saudari bercakap tentang minat, kepakaran tentang sesuatu bidang, tentang kreativiti. Saudara juga memberikan cth tentang kemajuan sauns seperti mencipta roket. Bukankah ini tentang dunia? Saudara bercakap tentang kemunduran umat islam, bukankah ini juga berkaitan dunia? Saudara bercakap tentang kepakaran - pakar dalam bidang apa? Sains cthnya - ini juga tentang dunia, memakmurkan dunia melalui sains dan teknologi, saudara bercakap tentang kreativiti - kreatif mencipta sesuatu - juga tentang dunia.

Saudari nak menafikan saudari tak lakukan semua tu dgn sebab dunia, tetapi saudari lakukan itu dgn tujuan apa? Matlamat solat saudari ialah menjadi org yg pakar dan kreatif tapi saudari nak menafikan bahawa ini bukan tentang dunia? Takpe kalau saudari nak nafikan, kita buat perbandingan..

Solat kami sebagaimana yg saudari ketahui, bermula dari niat(cth) - Sahaja aku solat fardhu zohor, 4 rakaat, tunai KERANA Allah. Matlamat - mencari kerdhaan Allah swt tidak kerana yg lain. Jika solat kerana yg lain maka rosak solat tersebut. Saya dah sebut sebelum ini, sesuatu amal yg dilakukan kerana selain Allah, maka pada akhirat nanti dia akan disuruh meminta balasan dari org yg dia melakukan amal utknya.

Tetapi bagi org yg melakukan amal utk dunia, utk sesuatu tujuan keduniaan, maka Allah swt akan memberikan apa yg dihajatinya itu didunia, tapi diakhirat dia takkan dapat sebarang balasan baik pun utknya. Malah menjadi penghuni api neraka jahannam.
al Quran wrote:
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. (Hud:15-16)


Ternyata matlamat saudari menjadi org yg pakar tentang urusan dunia, maka didunia mungkin saudari akan dapat menjadi org yg pakar dan kreatif dalam bidang saudari, tapi diakhirat nanti apakah yg saudari harapkan berdasarkan ayat diatas?

Adli wrote:
Contoh sifat ahli syurga adalah kuat dan bersatu-padu. Sebab itulah tulisan kami menekankan pasal menguatkan ummah dengan menyatukan sesama manusia. Bukankah itu ada kaitan dengan akhirat?
Saudari Adli, bersatu-padu ni bukan hanya disebut2kan oleh islam, tapi org kafir pun sebutkan juga. Saudari tgk sendiri realiti yg berlaku diluar sana, bukankah org2 kafir itu bersatu-padu menentang islam? Bersatu-padu hanyalah satu nilai yg universal, semua org akan cuba bersatu padu dgn sekutu2nya utk mencapai sesuatu. Tak boleh dijadikan hujjah..ini semua tentang sikap.

Adli wrote:
Kalau anda fikirkan, takkanlah ahli syurga di kalangan orang yang lemah, berpecah-belah, pemalas berfikir sedangkan terang-terang Al Quran suruh berfikir? Sebenarnya, bila kami menyeru supaya beragama secara berfikir, itu sudah berkait dengan alam akhirat, tetapi manusia itu sahaja tak perasan.
Soalan saya, siapakah org yg lemah? Bukan susah nak kata seseorg tu lemah kalau hanya berdasarkan pertimbangan akal yg singkat.
Berpecah belah - ini berkenaan sikap.
Malas berfikir - setakat ini, berapa banyakkah ilmu yg dapat saudari gali dari al Quran hasil pemikiran saudari? Mungkinkah beberapa muka surat dalam beberapa thread dalam portal ini? Atau mungkinkah ada bebrapa buah buku? Kalau saudari nak bandingkan, malas atau tidaknya kami berfikir, kalau dikumpulkan segala ilmu yg telah kami gali dari al Quran, hadith dan sunnah, kesemua khazanah ilmu tersebut boleh memuatkan sebuah perpustakaan yg amat besar. Jadi saudari pandang2 jeling2, siapakah yg sebenarnya malas berfikir. Disaat saudari tercari2 dan terkapai2 mengambarkan tentang syurga dan neraka, kami telah tau bagaimanakah keadaannya. Disaat saudari bersolat bersendirian tanpa mengambil tau wudhuk saudari sah atau tidak, sah atau batal, kami telah lama tau tentang kaedah wudhuk, sah dan batalnya dengan yakin.

Disaat saudari cuba mempertahankan "kebersendirian" solat2 saudari, bekas perdana menteri Israel Goldameir mengatakan
Code:
“Hanya apabila bilangan orang Islam yang menunaikan sembahyang subuh sama seperti bilangan mereka ketika menunaikan sembahyang Jumaat, maka hanya pada ketika itu mereka akan menang dan dapat mengalahkan kita.”

Jelas, Yahudi kafir itu sendiri gerun apabila umat islam bersolat jamaah, tetapi saudari malah menyuruh org lain solat sendiri2? Siapakah saudari sebenarnya? Bila saudari menyeru kepada org ramai menggunakan akal mereka, apakah saudari telah terlebih dulu menggunakan akal saudari?

Code:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),  (al Jumu'ah:9)

Adli wrote:
Jika kita renung ayat 9 ini, ia mengaitkan dengan jual-beli. Pada jual-beli, manusia akan mudah mengejar perhiasaan dunia sebab disitu ada keuntungan materialistik.
Dalam ayat yg saudari rujuk ada beberapa perkara yg yg saya nak kaitkan.
1) Berkaitan jual beli. Perkataan jual beli bukanlah khusus merujuk kepada jual beli semata2, tetapi apa saja perbuatan yg sedang kita lakukan, baik jual beli, makan, tidur, belajar, berkerja atau sebagainya, semuanya kena tinggalkan.

2) Apabila diserukan azan, utk mengerjakan solat pada "hari Jumaat" (dalam bacaan - hari berkumpul). Berkumpul untuk bersolat Jumaat. Disini jelas kepada kita perintah mendirikan solat jumaat secara berjamaah. Apakah saudari masih nak menafikan adanya solat berjamaah?

Adli wrote:
Jadi, yang disebutkan dunia itu adalah alam kebendaan, sedangkan akhirat adalah alam keilmuan, sebab ilmu itu kekal dan tidak boleh dimusnahkan.
Mana dia dalilnya cik Adli? Saudari kata ilmu tu kekal, katalah ada seorg prof yg paling hebat di muka bumi ni, eksiden. Terantuk kepalanya hingga menyebabkannya hilang ingatan. Dimanakah ilmunya? Kekal dan tak boleh musnah? Ilmu ni Allah swt yg berikan, dan Allah swt berkuasa utk mengambil apa saja yg Dia telah berikan kepada sesiapa saja.

Adli wrote:
Kalau kita fikir logik pun, sebab apa wahyu pertama Al Quran sendiri sudah suruh kita membaca? Sebab dengan membaca, mengkaji, dan memikirkan, itulah satu-satu cara ilmu akan sampai ke dalam hati.
Saudari Adli, berhati2 dgn akal saudari. Membaca, mengkaji, memikir bukannya satu2 cara mendapatkan ilmu. Kalau macamtu, Nabi Adam dapat mengetahui nama2 segala benda, siapa yg beritahu? Allah swt yg mengajar Baginda. Ayat tersebut, sememangnya menganjurkan tentang mencari ilmu, dan antara perintah Allah dlm al Quran sendiri supaya manusia mengkati kejadian alam ini.

Quote:
Pada anda solat itu untuk alam akhirat. Kata-kata anda itu hanya umum. Tapi kami spesifikkan bahawa solat itu adalah untuk menjadi manusia yang berilmu sebab ilmu itu kekal sifatnya. Ilmu tertanam pada jiwa, bukan pada jasad. Jika kami menyeru ke arah kejasadan, barulah boleh katakan kami tidak mengaitkan dengan akhirat. Tapi bila kami seru ke arah sesuatu yang memantapkan jiwa, hakikatnya itulah untuk akhirat. Tetapi orang yang tak berfikir, sukar nak memahami hakikat ini.
Saya dah sebutkan perkara ni diatas sana, Dalam al Quran ada disebutkan, "solat tu sesungguhnya dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar", maksud ringkasnya mencari keredhaan Allah.

Jika solat kerana nak jadi org berilmu, ini cuma ukuran dunia. Didunia Allah akan beri saudari ilmu, tetapi diakhirat saudari takkan mendapat apa2, sebabnya yg ditimbang diakhirat nanti bukannya ilmu, tapi amal. Celaka bagi org yg berilmu yg tak dapat apa2 manfaat dari ilmunya. Ada ilmu tapi taknak amal. Ada ilmu, mengajar org lain tapi diri sendiri tak amal, sama seperti lilin, menerangi org lain, tapi akibatnya diri sendiri terbakar - dalam api neraka jahannam.

Wasallam.

/Bersambung..
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 5:26 am

penjejakbadai wrote:
Sambungan...
2) Mana dalil ayat al Quran berkenaan perkara ini?Saudari nak buat apa dgn semua tu di akhirat nanti? Saudari nak buat roket ke di sana atau bagaimana? Tapi takpe kalau saudari dah percaya macamni nak kata macamana, tapi fahami ayat dibawah.. Semua ayat ini adalah sebahagian ayat al Quran yg memperkatakan tentang keadaan di Padang mahsyar.

Kenapa ada ayat Al Quran sebut pasal Nabi Nuh cipta bahtera untuk selamatkan golongan beriman? Bukankah nak cipta kapal perlukan ilmu sains dan kreativiti? Kenapa anda tidak tanya adakah Nabi Nuh buat bahtera itu sebab di akhirat nanti nak buat bahtera juga? Kami percaya macam para Rasul terdahulu.

Kenapa macam tu sekali kata-kata yang keluar daripada anda seolah-olah tiada pengajaran dari Al Quran pasal para Rasul terdahulu berjuang ke arah kreativiti? Anda ingat Nabi Nuh itu buat bahtera dengan sekadar melepak di kedai kopi dan merempit macam anak-anak Melayu hasil solat kononnya ikut cara Nabi?

Quote:
Dalam sebahagian ayat diatas ada menyatakan tentang amalan2 baik. Saya pasti saudari akan cuba mengaitkan semua kenyataan saudari, kepakaran, kerajinan, ilmu, semangat, kreativiti (semua ni termasuk sebagai berilmu) dan lain2 sebagai perbuatan baik. Apapun perbuatan yg kita lakukan akan ditimbang diakhirat nanti, tetapi bagaimanakah cara Allah swt membuat penilaian?

Sesuatu amalan itu dikira baik apabila hasilnya sesuai dengan matlamat manusia itu diciptakan. Apakah anda ingat Allah cipta manusia di atas dunia ini hidup secara lemah dan berpecah-belah? Baik sangatkah amalan yang hasilnya sebegitu?

Sebab itulah kami menjauhi amalan yang hasilnya buruk sebab tidak mungkin ajaran sebenar seseorang Nabi itu buruk akibatnya. Sejak di dunia lagi Allah sudah tunjukkan kesan buruk amalan mereka itu.

Allah lemahkan umat Islam sekarang bukannya kerana mereka tidak bersolat macam Nabi, tetapi kerana ibadat mereka tidak menjadikan mereka manusia yang sebenarnya. Mereka beragama sudah tidak guna akal, tapi main pakai turut sehingga tidak ambil pengajaran kenapa Nabi Nuh pun bijak buat kapal.

Bukankah dari kisah Adam dan iblis itu ada petunjuk kenapa Allah cipta manusia? Apakah manusia diciptakan untuk berpecah-belah? Bukankah Nabi Adam seorang yang bijak dan mudah kenal nama-nama yang Allah ajar?

Jika solat yang kononnya ikut cara Nabi itu benar, tidak mungkin hasilnya jadi buruk kepada umat. Jika buruk pada seseorang individu itu, bolehlah kita katakan ia kesilapan individu itu sendiri. Tetapi bila kita lihat satu umat perangainya macam itu, inilah yang membuatkan kita jadi takut nak ikut ajaran sebegitu.

Quote:
Dalam ayat ini menyebutkan tentang amalan baik dibalas dengan pahala dari sisi Allah swt. Bagaimana saudari nak menjelaskan tentang semua perkara yg saudari sebutkan diatas, dan menyatakannya sebagai bersifat kekal utk dikaitkan dgn ayat2 diatas?

Bukankah surah Al Ashr sudah beri ciri-ciri orang yang untung iaitu orang yang beramal soleh dan berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Amalan itu dikatakan soleh atau amal baik, bila manusia itu mampu mengeluarkan output yang benar dan manusia itu jadi seorang yang sabar. Bila manusia itu mendapat ilham yang benar dan jadi seorang yang sabar dalam menyeru manusia tanpa jemu dan mengharapkan upah, itu menunjukkan manusia itu mendapat pahala daripada Allah. Sebab itulah Nabi Muhammad dapat sampaikan kebenaran yang berjela-jela (Al Quran) dan bersabar dalam kehidupan biarpun baginda bukan seorang yang kaya raya. Bila kita mampu capai apa yang baginda capai, bukankah itu menunjukkan adanya pahala dari sisi Allah.

Manusia tidak akan jadi kreatif jika tidak tunduk pada hukum alam (tunduk pada kebenaran) dan tidak sabar dalam berfikir. Nampak tak perkaitan golongan yang untung dengan kreativiti. Tetapi umat Islam sekarang tidak nampak perkaitan ini sehingga mereka jadi umat yang lemah dan ketinggalan dalam memahami hukum alam.

Kenapa Allah tidak bagi mereka kepandaian mencipta sedangkan mereka ada Quran yang membawa kisah Nabi Nuh, Nabi Daud yang termasuk dalam manusia yang bijak mencipta? Kenapa mereka tidak tanya adakah Nabi Nuh nak buat bahtera di padang masyar? Agaknya macam itulah kaum Nabi Nuh menolak seruan baginda agar beragama tunduk pada hukum alam.

Bukankah nak buat bahtera untuk selamatkan manusia itu memerlukan kepakaran, kreativiti, ilmu, semangat dan kerajinan? Jika semua itu tidak dikira pahala, bermakna apa yang Nabi Nuh buat sia-sialah? Dan nak buat bahtera itu sudah pasti memerlukan manusia itu tunduk pada hukum alam yang melayakkan kapal boleh terapung di atas air. Kenapa orang kafir itu tidak mampu selamatkan diri dengan bina kapal? Sebab mereka engkar pada hukum alam dan pemalas mencipta sebab mereka anggap teknologi itu urusan dunia semata-mata. Bagi mereka, dengan ikut amalan nenek moyang mereka, itulah urusan akhirat.

Bayangkan, jika di dunia ini pun mereka sudah engkar untuk tunduk kepada hukum alam, apakah di akhirat kelak mereka akan dapat kemuliaan di sisi Allah?

Quote:
Bila saudari bercakap tentang solat, saudari bercakap tentang minat, kepakaran tentang sesuatu bidang, tentang kreativiti. Saudara juga memberikan cth tentang kemajuan sauns seperti mencipta roket. Bukankah ini tentang dunia?

Memanglah nak buktikan kepakaran itu tempatnya di dunia, sebab kita belajar semua itu ketika di dunia. Tetapi sebab ianya tertanam dalam jiwa, maka ia akan dibawa ke akhirat juga kerana jiwa tidak akan musnah bila manusia mati.

Lainlah kami buat sesuatu yang bersifat lahiriah seperti kejar kekayaan harta benda, pangkat dan pengaruh. Semua itu akan kami tinggalkan bila mati nanti. Itu barulah perbuatan keduniaan semata-mata.

Ini yang tidak umat Islam sekarang faham. Mereka tidak faham konsep ladang dan menuai hasilnya. Dunia ini ladang, hasilnya itu kekal di akhirat. Tanpa buktikan di ladang, macam mana nak dapat hasilnya?

Memanglah amalan kami itu dipraktiskan di dunia, tetapi hasilnya bersifat kekal. Cuba renung dengan mendalam sikit. Bukankah kebijaksanaan itu bersifat kekal? Sebab itulah para Nabi itu bijak-bijak. Tidak dijumpai kisah ada Nabi yang b0doh.

Quote:
Saudara bercakap tentang kemunduran umat islam, bukankah ini juga berkaitan dunia? Saudara bercakap tentang kepakaran - pakar dalam bidang apa? Sains cthnya - ini juga tentang dunia, memakmurkan dunia melalui sains dan teknologi, saudara bercakap tentang kreativiti - kreatif mencipta sesuatu - juga tentang dunia.

Habis tu bila Allah perintahkan Nabi Nuh buat bahtera, kenapa Nabi Nuh tak bantah dengan kata buat bahtera itu tentang dunia? Kalau macam itu cara gerakan solat yang kononnya ikut Nabi itu tentang dunia sebab dilakukan di dunia.

Anda ingat Allah lahirkan manusia di atas dunia ini tiada tugas untuk dunia ke? Nabi berkahwin, makan, minum, ada anak, cucu dan menjadi pemerintah, bukankah itu urusan dunia?

Jika nak pisah hidup dari dunia, kenapa Allah lahirkan manusia di dunia? Baik terus manusia itu hidup di akhirat?

Sebenarnya, perbuatan di dunia inilah bekal untuk akhirat. Sains dan teknologi itu sebagai tanda manusia itu bijak berfikir. Kebijaksanaan itulah bekalan akhirat sebab ia tertanam dalam diri manusia biarpun telah mati. Dalam Al Quran, golongan beriman dikaitkan dengan kebijaksanaan, bukannya keb0dohan. Jadi bila kami bercakap pasal sains dan teknologi, hakikatnya agar manusia mencontohi sifat para Rasul terdahulu yang bijak-bijak. Lainlah dalam Al Quran ada sebut para Rasul yang b0doh. Cuba senaraikan, Rasul mana dari kalangan kaum yang b0doh?

Quote:
Saudari nak menafikan saudari tak lakukan semua tu dgn sebab dunia, tetapi saudari lakukan itu dgn tujuan apa? Matlamat solat saudari ialah menjadi org yg pakar dan kreatif tapi saudari nak menafikan bahawa ini bukan tentang dunia? Takpe kalau saudari nak nafikan, kita buat perbandingan..

Kami lakukan supaya tak jadi kaum yang b0doh. Dalam Al Quran, tidak wujud para Rasul dari kalangan yang b0doh. Nabi Daud mempunyai kepandaian menempa besi. Bukankah itu urusan dunia? Tetapi kepandaian itulah untuk bekalan akhirat sedangkan produk besi itu yang dunianya. Dan Al Quran tidak pernah iktiraf manusia yang b0doh akan masuk syurga. Itu sahaja.

Inilah sebabnya kenapa wahyu pertama Quran sendiri sudah suruh manusia membaca agar tak jadi kaum yang b0doh. Anda ingat jika manusia itu b0doh di dunia, maka di akhirat kelak mereka akan dikumpulkan bersama para Nabi dan Rasul yang bijaksana itu? Tidakkah memalukan nanti, sebab kita ada pedoman Nabi Nuh yang bijak mencipta, tetapi hidup kita tidak tahu mencipta, tetapi ada hati nak berkumpul dengan golongan yang bijak-bijak itu.

Oleh kerana sifat bijak atau b***h itu akan kekal di akhirat, maka apa yang kami buat itu hakikatnya untuk akhirat. Lainlah bila mati, Allah reset manusia itu dari b0doh jadi bijak. Takkanlah semudah itu Allah nak ubah sifat manusia sedangkan manusia itu sendiri tidak mahu mengubah sifat buruknya sendiri ketika di dunia.

Quote:
Solat kami sebagaimana yg saudari ketahui, bermula dari niat(cth) - Sahaja aku solat fardhu zohor, 4 rakaat, tunai KERANA Allah. Matlamat - mencari kerdhaan Allah swt tidak kerana yg lain. Jika solat kerana yg lain maka rosak solat tersebut. Saya dah sebut sebelum ini, sesuatu amal yg dilakukan kerana selain Allah, maka pada akhirat nanti dia akan disuruh meminta balasan dari org yg dia melakukan amal utknya.

Of couse kami bersolat pun ada niat. Niat kami nak membenarkan tujuan Allah cipta kami sebagai manusia yang dikurniakan akal. Itulah tanda kami redha Allah cipta kami sebagai manusia yang ada akal boleh berkembang, bukan terhad macam binatang ternak.

Kami bukan solat sekadar cakap macam cara solat Nabi. Sebab kami tidak melihat perlakuan zahir. Malah kami tak nampak zahir Nabi itu bersolat. Tetapi bagi kami, biarlah hasil solat itu jadi macam akhlak Nabi iaitu itu berpesan pada yang benar dan kepada kesabaran. Sebab itu kami menentang amalan yang menyebabkan manusia berpecah-belah biarpun mereka seragamkan cara solat mereka. Hairan bukan, mereka seragamkan cara solat mereka, tetapi sesama mereka berpecah-belah. Ini menyebabkan kami lihat itu bukannya erti solat yang sebenar, sebab tiada Nabi ajar untuk berpecah-belah.

Dalam sebuah kelas, jika seorang dua sahaja pelajar yang b***h, itu bukan salah ajaran atau cikgu yang mengajarnya. Tetapi jika hampir keseluruhan kelas itu b0doh-b0doh belajar, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan ajaran tersebut.
Macam itulah bila kita lihat perangai umat Islam sekarang. Jika segilintir umat Islam sahaja lemah dan malas belajar, itu bukan salah ajaran nenek moyang. Tetapi bila hampir satu dunia lemah,malas dan hidup berpecah-belah, maka itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi bila kita rujuk Quran, tiada kisah Rasul dari kalangan yang b0doh.

Quote:
Tetapi bagi org yg melakukan amal utk dunia, utk sesuatu tujuan keduniaan, maka Allah swt akan memberikan apa yg dihajatinya itu didunia, tapi diakhirat dia takkan dapat sebarang balasan baik pun utknya. Malah menjadi penghuni api neraka jahannam.

Of couse kalau buat sesuatu yang fana (dunia), maka tidak dapat apa-apa di akhirat sebab bila mati, perhiasan dunia itu akan ditinggal pergi. Tetapi bila kita buat sesuatu ke arah kebijaksanaan, pasti dapat ganjaran baik di akhirat sebab mana ada para Rasul buat sesuatu yang b0doh?

Sebab itu di dunia lagi, kaum yang b0doh itu Allah sudah masukkan dalam keadaan kepanasan. Sesama mereka biarpun solat mereka seragam, tetapi boleh berpecah-belah dan memfitnah sesama sendiri berebut kuasa atas alasan menegakkan Islam.

Inilah yang menyebabkan kami kembali kepada Allah iaitu dengan hidup mengejar ilmu. Ilmu Allah itu kekal. Jika di dunia sudah suka pada ilmu Allah, takkanlah di akhirat Allah nak masukkan manusia itu dalam Jahannam? Lainlah ada kisah para Rasul yang pemalas belajar, tidak tahu mencipta bahtera dan suka berpecah-belah biarpun solat macam Nabi terdahulu, maka kami akuilah golongan sebegitu akan masuk syurga.

Quote:
al Quran wrote:
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. (Hud:15-16)

Sebab itulah kami berkehendakan akhirat iaitu sesuatu yang memberi nikmat kebahagian di jiwa. Sebab apa yang tertanam dalam jiwa itu bersifat kekal. Baik yang ditanam, baiklah untuk akhirat.

Tetapi jika tanam kemegahan bersolat macam cara Nabi, yang kesannya umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah, itukah golongan yang akan dapat balasan baik di akhirat? Di dunia lagi Allah sudah masukkan mereka dalam kepanasan sebab hanya manusia yang panas sahaja suka berpecah-belah. Jadi sebab itulah kami tinggalkan amalan nenek moyang yang menyebabkan kepanasan itu.

Kami sudah diberikan petunjuk iaitu dengan mencari ilmu sahaja hati akan sejuk dan bahagia. Itu janji Allah sejak di dunia. Sebab itulah mana ada para Rasul di kalangan orang yang b0doh dan pemalas berfikir untuk dapat ilmu. Kita baca Al Quran yang benar dan banyak dibuktikan melalui sains menunjukkan Rasulullah itu bijak sains.

Bila Al Quran kata jemaah manusia boleh tembus langit dan bumi, apakah itu seruan ke arah keduniaan? Kenapa Al Quran sendiri ada kisah para Rasul mencipta teknologi jika teknologi itu bersifat keduniaan?

Inilah yang gagal difahami oleh umat Islam sekarang menyebabkan mereka meninggalkan sains dan teknologi atas alasan itu semua dunia. Jika semua itu dunia, tidak payahlah Nabi Nuh bersusah payah buat bahtera. Baik baginda solat macam cara Nabi sebelum baginda dan tunggu masa tenggelam dalam banjir besar itu atas alasan solat cara Nabi itu untuk akhirat. Bukankah mati dalam buat solat yang kononnya ikut cara Nabi terdahulu itu mati dalam iman? Tetapi kenapa Nabi Nuh buat kapal juga? Tidakkah mereka berfikir panjang pengajaran ayat Al Quran itu?

bersambung...

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1991
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 2:22 pm

dan yg paling kelakar adalah huraian oleh cik puan akai diatas apa yg telah diutarakan oleh sedara kita penjejakbadai , karangan kosong yg dihidangkan yg hanya keling jual kacang putih memahaminya & semata2 menggunakan akai keldai kontotnya laughing
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 3:27 pm

Malangnya penyembah Nabi itu tidak mampu menunjukkan di mana kosongnya apa yang mereka dakwa. Hakikatnya dakwaan kaum penyembah itulah yang kosong. Sudahlah kosong, jadi pengecut yang berpaling lari pula tu. Buat malu nama Nabi yang mereka sembah.

Akhlak Nabi itu berani menegakkan kebenaran dan berjuang untuk agama Allah, malangnya kaum penyembah Nabi itu pakat-pakat melarikan diri bila diperingatkan ayat-ayat Allah. Mereka beragama setakat meniru perbuatan lahiriah yang kononnya itu perbuatan Nabi, tetapi dari segi akhlak, macam orang tiada maruah diri sebab pengecut macam tu sekali.

Smile
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1991
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Thu Jun 25, 2009 5:30 pm

sebab tu la semut tak pernah baca pun apa yg ingin disampaikan oleh si akai keldai .. buang masa hehe Very Happy

Demi masa sesungguhnya manusia itu dlm kerugian ... laughing laughing
Back to top Go down
 

Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

View previous topic View next topic Back to top 
Page 25 of 28Goto page : Previous  1 ... 14 ... 24, 25, 26, 27, 28  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic