EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Today at 10:08 am by radhi27

» Minat dan Simpati
Today at 8:53 am by Zulia

» Orang-orang Yang Berdusta
Yesterday at 11:20 pm by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Yesterday at 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Yesterday at 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

» Memelihara Solat
Sat Mar 06, 2010 5:01 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 9 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

bayau

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49413 messages in 1494 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
bongsu sosial burger teka kata diari ZIARAH daging games ziarahmenilai kaabah shirt pak kisah minda sibongsu kuiz MENILAI pantun pelekat kereta rampa kita sambung video dairi
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2, 3 ... 15 ... 28  Next
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1541
State:
Points: 2370
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Fri Apr 17, 2009 5:07 pm


4) Tidak berani menegakkan kebenaran biarpun mengaku ikut Quran

Seseorang manusia itu berada dalam keadaan benar apabila berani menegakkan apa yang dia percayai benar. Kepercayaan itu bukan terletak pada akuan mulut, tetapi dalam hati. Seseorang yang ada kepercayaan (beriman), sepatutnya beranilah menegakkan apa yang dipercayainya itu.

Tetapi golongan anti-Quran, sikap mereka bertentangan dengan golongan beriman dahulu yang sanggup berjuang menegakkan kebenaran. Mereka setakat mengaku Islam, namun apabila diajak buktikan keIslaman masing-masing, mereka cabut lari. Apakah yang benar dalam diri mereka pun tidak kita tahu.

Jika kita kaji Quran dengan melihat bagaimana semangatnya para Rasul dan golongan beriman menegakkan kebenaran, kita mampu mengenal siapakah golongan beriman yang sebenar-benarnya dan siapakah golongan yang bermain2 atas nama Islam. Sebab itu kita diajak guna akal untuk memahami Quran agar kita mengenal ciri2 atau sifat2 seseorang yang layak dikatakan beriman.

Ciri2 atau sifat2 tidak nampak secara zat, tetapi memerlukan manusia kenal menggunakan mata hati yang disinari suluhan akal yang waras. Apabila kita membaca ayat2 Quran pasal golongan yang menurut amalan nenek moyang mereka, kenali ciri2 atau sifat2 mereka, supaya kita tidak jadi seperti mereka. Barulah Quran itu jadi kitab pedoman bagi kita, bukannya sekadar kitab untuk belajar menyebut nahu Arab dan tajwid dengan betul.

Sekadar dijadikan Quran itu sebagai untuk memfasihkan sebutan Arabnya sahaja, apakah pedoman yang boleh kita perolehi? Hanya orang yang menggunakan akal sahaja akan dapat jadikan Quran sebagai pedoman. Bila pedoman itu sudah berada dalam jiwa, barulah kita akan memahami seterusnya berani menyampaikan kebenaran, tanpa perlu memetik nama imam2 terdahulu, seperti mana Rasulullah tidak pun memetik nama imam2 sebelum baginda. Jika Nabi Muhammad membawa nama2 para Nabi dan Rasul pun, bukannya untuk dijadikan sandaran pegangan baginda, tetapi sebagai pedoman untuk manusia memikirkan kisah2 umat terdahulu.

Kalau kita renungkan tulisan2 atas nama Islam yang wujud sekarang, pasti mereka nak petik kata2 atas nama imam2 terdahulu, bagaikan mereka tidak berani nak huraikan dengan pendapat mereka sendiri. Jika kita benar2 faham, menghayati dan mengaplikasikan kata2 orang terdahulu itu, sudah pasti kita mampu menghuraikan kesan yang kita perolehi dari apa yang kita ikuti. Tetapi jika kita tidak beramal, itu yang jadi sampai tahap memetik kata2 orang terdahulu untuk dijadikan penguat kata2 mereka semata2. Hakikatnya dalam hati mereka kosong sahaja.

Bagaimana agaknya keadaan golongan sebegitu perangai di hadapan Allah kelak untuk menjawab apa yang mereka kerjakan di atas dunia selama ini? Apakah jawapan mereka bila Allah tanya kenapa mereka menetap sesuatu hukum yang dalam Quran tidak tetapkan?

Jika di atas dunia pun mereka sudah takut nak tegakkan kebenaran mereka, sudah pasti di hadapan Allah kelak lagi mereka takut sebab selama ini mereka bukannya kenal Allah secara hakikat. Jika mereka kenal Allah, sudah pasti mereka bersungguh-sungguh nak mendalami Quran, sebab nikmat yang dirasai selepas mengenal Allah lebih nikmat dari dunia dan perhiasannya...
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 12:25 am

Bila baca posting bro Juang di atas, macam sukar saja nak jadi generasi Qurani itu. Iaitu generasi yang mengaplikasikan keseluruhan Quran dalam kehidupan tanpa menolak satu pun yang terkandung di dalamnya.

Nak kena banyak berfikir, lagi dan lagi. Moden banget pandangan2 bro tu! Tak tercapai akalku buat masa sekarang walaupun pendapat yang dinyatakan adalah benar dan belum dapat disanggah lagi buat masakini.

Aduhai, tak terkejar bro!
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2290
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 7:12 am

Al-Bahr wrote:
Bila baca posting bro Juang di atas, macam sukar saja nak jadi generasi Qurani itu. Iaitu generasi yang mengaplikasikan keseluruhan Quran dalam kehidupan tanpa menolak satu pun yang terkandung di dalamnya.

Nak kena banyak berfikir, lagi dan lagi. Moden banget pandangan2 bro tu! Tak tercapai akalku buat masa sekarang walaupun pendapat yang dinyatakan adalah benar dan belum dapat disanggah lagi buat masakini.

Aduhai, tak terkejar bro!

Salam perkenalan buat saudara/saudari Al Bahr. Nampak gayanya Al Bahr meminati pendapat-pendapat Juang.

Apakah yang membuat Al Bahr mengikuti kebanyakan posting-posting beliau? Kebiasaannya tulisan-tulisan yang mencabar amalan nenek moyang memang ditakuti ramai. Malah masa permulaan dakwah Nabi Muhammad pun, hanya beberapa kerat insan-insan yang mencari kebenaran (seperti Abu Bakar) sahaja yang sanggup mendampingi baginda.

Mungkinkah ini petanda menunjukkan di akhir zaman nanti, Islam yang tulen kembali dagang sudah jadi kenyataan?

Pada pandangan saya, kita memang dituntut berfikir dan berfikir lagi sesuatu ayat Quran. Quran itu bacaan. Bila diamalkan sesuatu bacaan, apakah tujuannya? Bukankah ia bertujuan mengajak kita berfikir dan berfikir lagi?

Yang pemalas berfikir itu sebab dia ada rasa bangga diri ilmunya sudah lengkap. Bukankah kekafiran iblis hanya disebabkan sombong dan berbangga diri sahaja?

Manusia yang Allah tidak terencatkan akalnya, tetapi pemalas berfikir, sudah menunjukkan dia seorang yang sombong dan berbangga diri. Dia merasakan dirinya sudah Islam, jadi cukuplah amal apa yang ada (di terima dari nenek moyangnya) dan tidak mahu berfikir dan mencari kebenaran lagi. Jadilah mereka segolongan dengan iblis yang berbangga diri itu.

Saudara/saudari Al Bahr walaupun kata tak tercapai akal untuk memahami posting-posting Juang, tetapi semangat ingin tahu dan belajar yang ada itulah sudah menunjukkan hakikatnya saudara/saudari seorang Islam.
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 7:36 am

Salam Perkenalan kembali buat Sdr Adli, semoga kita sentiasa dapat bermuzakarah bersama-sama di sini. Asalnya saya terbiasa berforum dengan beliau di forum yang lain. Lantas mengekori juga beliau ke sini. Jadi sudah banyak posting2 beliau saya ikuti. Semuanya kerana dorongan dari Ilahi.

Keikhlasan dan kesungguhan kurniaan dariNya menyebabkan saya ingin mencari kebenaran dalam kehidupan beragama yang sebenarnya. Walaupun ianya kelihatan mencabar terapan nenek moyang. Kerana agama ikut-ikutan itulah yang membuatkan masyarakat Melayu-Islam kita telah jauh menyimpang dari landasan yang sepatutnya.

Niat di hati ingin lebih mencoret panjang, tapi keadaan tidak mengizinkan. Sekadar menduga, sdr Adli ini adalah 'teman' rapat bro Juang kan? Melihat dari gaya penulisan dan posting sdr yang lainnya memang banyak persamaan. *smile* Jika ianya silap, harap maaf serta lupakan saja.

Moga kita bertemu kembali di posting yang lain. Kerana saya amat pasti sdr juga seorang yang hebat, jika tidak masakan dapat menjadi 'teman' kepada beliau.
TAHNIAH!

Sampai ketemu lagi ya.
*smile*
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2290
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 8:15 am

Benar, memang kami 'teman rapat'. Dipertemukan juga kerana dorongan Allah.

Sama-sama kita berjuang kerana Allah untuk memperbetulkan amalan-amalan nenek moyang yang kita tidak tahu hujung pangkalnya yang hanya dibuat-buat atas nama "hadis Nabi", walaupun Al Quran itu sendiri adalah hadis Rasulullah yang jelas dengan keterangan-keteranganNya.

Allah tidak memandang akuan manusia itu mengatakan dirinya benar, tetapi sejauh mana mereka berani menegakkan kebenaran apa yang ada dalam jiwanya.

Selamat berjuang bersama Juang.
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 2:18 pm

Salam sdr Adli,

Aduhai, time nak reply post yang ini sever ada prob. Dah 2 kali post error. (expired)
Kalau tak sempat sekarang, kemudian saja ya.

Agaknya tak mahu saya tulis panjang2 kot! *smile*

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 2:27 pm

salam sdr Adli,

Quote:
Benar, memang kami 'teman rapat'. Dipertemukan juga kerana dorongan Allah.


Puji-pujian kepada Allah, pastinya kalian 'teman' yang sama2 hebat. Semoga kurukunan berterusan sehingga akhirat. InsyaAllah.

Quote:
Sama-sama kita berjuang kerana Allah untuk memperbetulkan amalan-amalan nenek moyang yang kita tidak tahu hujung pangkalnya yang hanya dibuat-buat atas nama "Hadis Nabi", walaupun Al Quran itu sendiri adalah hadis Rasulullah yang jelas dengan keterangan-keteranganNya.


InsyaAllah, tapi sebenarnya saya masih menimba ilmu, belum layak sama2 berjuang. Setakat yang mampu bolehlah.

Quote:
Allah tidak memandang akuan manusia itu mengatakan dirinya benar, tetapi sejauh mana mereka berani menegakkan kebenaran apa yang ada dalam jiwanya


Ya itu benar, kerana itu saya mencari kebenaran di alam maya & juga realiti.

Quote:
Selamat berjuang bersama Juang.


Tidak layak sebenarnya saya, sekadar menimba ilmu dari beliau sahaja, sekarang dengan sdr pula. Tetapi orang berbudi tentulah saya berbahasa, insyaAllah bila sudah mampu membantu nanti saya akan bantu kalian berdua pula setakat yang mampu. Lainnya saya serahkan pada Tuan Punya Dunia saja membalasnya kerana saya tak punya apa2.

Sampai ketemu lagi sdr Adli!

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Last edited by Al-Bahr on Sat Apr 18, 2009 10:00 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
dish
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 23
Points: 350
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 4:31 pm

macam kenal jer...ni dari forum tu ke?
Back to top Go down
slipar
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 733
Points: 1061
Reputation: -1
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 7:30 pm

salam buat juang, hamba baru disini tapi selalu ikut pemikiran juang .. percayalah alquran tu memang ada dalam diri kita , kalau kita selalu membaca quran dan memikirkan nya insyaalah kita akan dapat manafaatnya , cahayanya dan kekuatan darinya .. einstein kata tak ada masa yg memisahkan kita dgn tuhan bila kita guna akal utk berfikir mencari kebenaran.
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 10:07 pm

Salam Sdr dish,

dish wrote:
macam kenal jer...ni dari forum tu ke?


Sdr dish ni siapa pula? Kalau boleh kenal sesiapa di sini mesti pernah ke sana juga.

p/s : Selamat Datang slipar, kita sama2 baru di sini tau! Salam!


TQ Sdr dish!

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Last edited by Al-Bahr on Sat Apr 18, 2009 10:19 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2290
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 10:15 pm

Ada pertemuan jejak kasih di sini ke? Smile
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 10:26 pm

Adli wrote:
Ada pertemuan jejak kasih di sini ke? Smile

Begitulah nampak gayanya sdr Adli. Pada siapa sdr dish tujukan pun tak tahulah sebab tak mention nama.

Tapi kalau dah kata macam kenal tu, mesti selalu mengekori, kalau tidak masakan kenal iye tak? Sdr dish & slipar pun sama2 baru kat sini macam saya. Lupa nak wish gak kat dish, Salam Perkenalan, kita sama2 baru di sini.

Sama2 kita ambil pelajaran kay!

TQ untuk kalian bertiga!

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2290
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sat Apr 18, 2009 10:46 pm

Lagi ramai datang untuk bermuzakarah pasal agama, lagi banyak kebenaran yang kita dapat. Kita mulakan Islam kembali yang asal bersemangat mencari kebenaran. Bukan lagi Islam bermalas-malas atas nama ikut amalan nenek moyang.

Asal Islam datang dari Maha Pencipta. Benarnya Islam kerana ada keterangan dan bukti-bukti yang nyata.
Back to top Go down
dish
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 23
Points: 350
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sun Apr 19, 2009 5:46 pm

Al-Bahr wrote:
Salam Sdr dish,

dish wrote:
macam kenal jer...ni dari forum tu ke?


Sdr dish ni siapa pula? Kalau boleh kenal sesiapa di sini mesti pernah ke sana juga.

p/s : Selamat Datang slipar, kita sama2 baru di sini tau! Salam!


TQ Sdr dish!


kita tak pernah jumpa, tapi pernah kenal pada nama Smile dan kini kita meneruskan silaturrahim di sini pula...
Back to top Go down
dish
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 23
Points: 350
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sun Apr 19, 2009 5:50 pm

Al-Bahr wrote:
Adli wrote:
Ada pertemuan jejak kasih di sini ke? Smile

Begitulah nampak gayanya sdr Adli. Pada siapa sdr dish tujukan pun tak tahulah sebab tak mention nama.

Tapi kalau dah kata macam kenal tu, mesti selalu mengekori, kalau tidak masakan kenal iye tak? Sdr dish & slipar pun sama2 baru kat sini macam saya. Lupa nak wish gak kat dish, Salam Perkenalan, kita sama2 baru di sini.

Sama2 kita ambil pelajaran kay!

TQ untuk kalian bertiga!


salam berjejak kasih.
Ditujukan kepada mereka yang memahami dan mengerti. ditujukan kepada mereka yang mahu berfikir tentang hakikat hidup dan kemana arah tujunya....

salam perkenalan untuk semua...dari insan yang ingin mencari kebenaran.
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Sun Apr 19, 2009 8:13 pm

Maaf ya masih OFF TOPIC :-


dish wrote:
Al-Bahr wrote:
Salam Sdr dish,

dish wrote:
macam kenal jer...ni dari forum tu ke?


Sdr dish ni siapa pula? Kalau boleh kenal sesiapa di sini mesti pernah ke sana juga.

p/s : Selamat Datang slipar, kita sama2 baru di sini tau! Salam!


TQ Sdr dish!


kita tak pernah jumpa, tapi pernah kenal pada nama Smile dan kini kita meneruskan silaturrahim di sini pula...


OIC...boleh saja, tiada masalah. Cuma masih ingin tahu, adakah kita pernah berbicara di forum yang lain? Kalau tak pernah tidak mengapa, tapi kalau pernah; sila kenalkan diri anda! (bagi hint pun takpe)

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Back to top Go down
slipar
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 733
Points: 1061
Reputation: -1
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Mon Apr 20, 2009 9:45 pm

salam banyak2 ... aku rasa kita disini bukan nak cari sapa yg sesat spt yg kat sana sana selalu kata, kita hanya rindu pada hakikat kalam allah yg sebenar2 kalam yg tak sebanding dgn sebarang barang .. aku jugak tak menolak hadis atau apa saja yg memberi pengetahuan dan kemajuan kerana ilmu itu pasti satu jua punca dia ..
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 651
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Mon Apr 20, 2009 10:37 pm

slipar wrote:
salam banyak2 ... aku rasa kita disini bukan nak cari sapa yg sesat spt yg kat sana sana selalu kata, kita hanya rindu pada hakikat kalam allah yg sebenar2 kalam yg tak sebanding dgn sebarang barang .. aku jugak tak menolak hadis atau apa saja yg memberi pengetahuan dan kemajuan kerana ilmu itu pasti satu jua punca dia ..


Betul tu, mana2 hadis tak berlawanan dengan Quran tetaplah kita terima dengan berlapang dada. Siapa nak kata salah kalau dah terbukti tidak bercanggah?

Cuma yang jadi persoalan tentulah yang sebaliknya. Kita kena mantapkan diri dengan Quran dulu baru nak refer hadis. Tapi nak mantap Quran bukan barang sekejap beb! Makan masa jugalah kan? Tapi tak taulah kalau ada yang speed up tinggi tu sekejapan saja boleh kaji semua.

Itu dah ala-ala buat magic! Yang pasti Quran kena ulang2 baca & fahami berkali2. Seumur hidup kaji dan terus kaji. Barulah sambil2 tu nak refer hadis tak jadi kudis! Minta maaflah kalau bahasa kali ini agak sinis, bagi mereka yang merasakan begitulah. Jika tidak rasa apa2, puji-pujian bagi Allah jua adanya...

TQ slipar!

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Back to top Go down
Teringintahu
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 98
Points: 431
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Mon Apr 20, 2009 10:40 pm

Al-Bahr wrote:
slipar wrote:
salam banyak2 ... aku rasa kita disini bukan nak cari sapa yg sesat spt yg kat sana sana selalu kata, kita hanya rindu pada hakikat kalam allah yg sebenar2 kalam yg tak sebanding dgn sebarang barang .. aku jugak tak menolak hadis atau apa saja yg memberi pengetahuan dan kemajuan kerana ilmu itu pasti satu jua punca dia ..


Betul tu, mana2 hadis tak berlawanan dengan Quran tetaplah kita terima dengan berlapang dada. Siapa nak kata salah kalau dah terbukti tidak bercanggah?

Cuma yang jadi persoalan tentulah yang sebaliknya. Kita kena mantapkan diri dengan Quran dulu baru nak refer hadis. Tapi nak mantap Quran bukan barang sekejap beb! Makan masa jugalah kan? Tapi tak taulah kalau ada yang speed up tinggi tu sekejapan saja boleh kaji semua.

Itu dah ala-ala buat magic! Yang pasti Quran kena ulang2 baca & fahami berkali2. Seumur hidup kaji dan terus kaji. Barulah sambil2 tu nak refer hadis tak jadi kudis! Minta maaflah kalau bahasa kali ini agak sinis, bagi mereka yang merasakan begitulah. Jika tidak rasa apa2, puji-pujian bagi Allah jua adanya...

TQ slipar!


Tolong paparkan mana-mana hadis yang bercanggah dengan Al-Qur'an tu...

Teringin juga nak tahu.

.
Back to top Go down
Anak_Pejuang
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 44
Points: 554
Reputation: 0
Registration date: 2008-10-16

PostSubject: Re: Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran   Mon Apr 20, 2009 11:02 pm

Adli wrote:
Al-Bahr wrote:
Bila baca posting bro Juang di atas, macam sukar saja nak jadi generasi Qurani itu. Iaitu generasi yang mengaplikasikan keseluruhan Quran dalam kehidupan tanpa menolak satu pun yang terkandung di dalamnya.

Nak kena banyak berfikir, lagi dan lagi. Moden banget pandangan2 bro tu! Tak tercapai akalku buat masa sekarang walaupun pendapat yang dinyatakan adalah benar dan belum dapat disanggah lagi buat masakini.

Aduhai, tak terkejar bro!

Salam perkenalan buat saudara/saudari Al Bahr. Nampak gayanya Al Bahr meminati pendapat-pendapat Juang.

Apakah yang membuat Al Bahr mengikuti kebanyakan posting-posting beliau? Kebiasaannya tulisan-tulisan yang mencabar amalan nenek moyang memang ditakuti ramai. Malah masa permulaan dakwah Nabi Muhammad pun, hanya beberapa kerat insan-insan yang mencari kebenaran (seperti Abu Bakar) sahaja yang sanggup mendampingi baginda.

Mungkinkah ini petanda menunjukkan di akhir zaman nanti, Islam yang tulen kembali dagang sudah jadi kenyataan?

Pada pandangan saya, kita memang dituntut berfikir dan berfikir lagi sesuatu ayat Quran. Quran itu bacaan. Bila diamalkan sesuatu bacaan, apakah tujuannya? Bukankah ia bertujuan mengajak kita berfikir dan berfikir lagi?

Yang pemalas berfikir itu sebab dia ada rasa bangga diri ilmunya sudah lengkap. Bukankah kekafiran iblis hanya disebabkan sombong dan berbangga diri sahaja?

Manusia yang Allah tidak terencatkan akalnya, tetapi pemalas berfikir, sudah menunjukkan dia seorang yang sombong dan berbangga diri. Dia merasakan dirinya sudah Islam, jadi cukuplah amal apa yang ada (di terima dari nenek moyangnya) dan tidak mahu berfikir dan mencari kebenaran lagi. Jadilah mereka segolongan dengan iblis yang berbangga diri itu.

Saudara/saudari Al Bahr walaupun kata tak tercapai akal untuk memahami posting-posting Juang, tetapi semangat ingin tahu dan belajar yang ada itulah sudah menunjukkan hakikatnya saudara/saudari seorang Islam.


Pemalas berfikir tuh kafir eh? Islam yang tulen bagaimana?
Back to top Go down
 

Mengenal Ciri-ciri Golongan Anti-Quran

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 28Goto page : Previous  1, 2, 3 ... 15 ... 28  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic