HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
kata sambung teki kuiz pelekat nama anak kaabah games anti borak kereta akaun video mutiara neraka pantun speak minda kita rampa kisah shirt bongsu teka diari
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Mengenal Allah melalui cinta

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 03, 2009 8:01 am

Di suatu pagi, seorang pemuda sedang berjalan menuju ke ofisnya. Dalam sebuah bangunan, dia melalui sebuah lorong yang di hadapannya ada persimpangan tiga. Ketika jaraknya lebih kurang 50 meter dari persimpangan tersebut, bagaikan ada suara yang menyuruhnya mengangkat kepalanya untuk memandang ke hadapan. Tiba-tiba lintaslah seorang gadis dari sebelah kanan persimpangan tiga tersebut. Gadis itu pula menoleh ke arah pemuda yang berada di sebelah kirinya biarpun gadis itu hendak menuju ke arah hadapan.

Begitulah perumpamaan Kuasa Allah berlaku kepada insan-insan yang Allah ikat dengan cinta yang suci. Si pemuda bagaikan dapat merasa gadis itu ada di hadapannya dan si gadis bagai dapat merasa ada si pemuda tersebut di sebelah kiri persimpangan tersebut.

Mengenal cinta boleh membawa seseorang manusia mengenal Sifat-sifat Penciptanya. Cinta adalah fitrah bagi seseorang manusia yang mahu menyayangi dan disayangi. Biar macam mana seseorang manusia menolak cinta, pasti cinta itu akan datang jua. Cinta itu umpama magnet untuk mengikat dua jiwa. Sebab itulah selalu disebut urusan jodoh pertemuan di tangan Allah. Seseorang lelaki boleh berkehendak untuk mencari calon isteri yang memiliki sifat-sifat yang disukainya, tetapi bila Allah nak beri yang lebih baik, maka hati lelaki itu tetap akan terikat pada seseorang wanita yang Allah tunjukkan biarpun pada mulanya tidak difikirkan.

Oleh kerana cinta itu adalah fitrah, maka ia tidak boleh dipisahkan dalam memperjuangkan agama Islam kerana Islam adalah agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Sebab itulah hendak belajar Islam, kenalah belajar kenal diri dahulu untuk mengenal fitrah dirinya sendiri.

Ada manusia, mereka berbangga diri sudah Islam sebab lahir dari keturunan yang mengaku beragama Islam. Akibatnya mereka tidak kenal diri atau lupa diri. Bila kena penyakit lupa diri, umat mereka lemah dan berpecah-belah pun masih tak sedar-sedar diri lagi. Jadi kita tidak mahu beragama sebegitu yang setakat lahiriah sahaja mereka dakwa mereka Islam tetapi dalam jiwa kosong dan gelap sehingga tidak nampak perbandingan nasib kaum mereka dengan kaum-kaum yang lain.

Kerana cinta seseorang pemuda bersemangat memperjuangkan agama Allah biarpun terpaksa mengharungi cabaran kerana hidup dalam kaum yang menurut ajaran nenek moyang mereka membuta-tuli. Ini kerana di sebalik cinta yang Allah tuangkan ke dalam jiwanya, dia nampak Allah terlalu dekat dalam jiwanya seperti mana dia nampak si gadis itu dalam dirinya.

Biarpun mengharungi cabaran yang sukar dalam menyedarkan kaum yang tidak sedar diri telah menyimpang jauh daripada ajaran Al Quran, tetapi dia tetap terus berjuang sebagai membalas secebis nikmat cinta yang Allah kurniakan yang datangnya tanpa diduga. Dan seperti mana Allah boleh datangkan cinta secara tanpa diduga, seperti itulah Allah boleh datangkan azabNya kepada kaum yang lalai lagi berbangga diri kononnya anutan agama mereka itu sahaja benar dan memandang kaum lain adalah kafir atau hina.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1997
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 03, 2009 2:30 pm

Apa yg dikenal melalui cinta? damn
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Sat Sep 05, 2009 7:58 am

Di suatu pagi yang lain, ketika si pemuda itu memandu kereta di kawasan parking tempat dia bekerja, tiba-tiba bagaikan ada kuasa yang mendorong dia untuk menoleh ke sebelah kanan. Melalui cermin tingkap keretanya itu, terpandang dia akan kelibat gadis yang ditemui sebelum ini yang baru hendak keluar dari keretanya.

Kuasa siapakah yang mendorong dia melihat gadis itu biarpun mereka tidak bertegur sapa? Bagaimana naluri si pemuda itu boleh tahu yang gadis itu ada di dalam kereta tersebut sedangkan pada mulanya mata si pemuda itu melihat ke arah hadapan?

Begitulah kita mengenal Kekuasaan Allah mengawal hidup kita. Ada perkara yang kita boleh kawal sendiri (atas keizinan Allah) tetapi ada perkara yang diluar kawalan kita yang datang tanpa disangka-sangka.

Sehalus-halus cinta, manusia tidak akan kuasa untuk mengawalnya. Jadi patutkah manusia itu berbangga diri kononnya mereka sahaja umat terbaik dan memandang hina bangsa-bangsa yang lain?

Kerana nampak Kekuasaan Allah itulah orang beriman merasa takut akan tiba waktu disampaikan azabNya kepada kaum yang lalai lagi berbangga diri dengan anutan agamanya seperti mana tsunami sampai tanpa diduga-duga. Hanya makhluk-makhluk Allah tertentu yang mendapat petunjuk sebelum kedatangan azab tersebut.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 10, 2009 8:37 am

6:103. Penglihatan tidak dapat mencapai-Nya, tetapi Dia dapat mencapai penglihatan; Dia Yang Halus, Yang Menyedari.

Penglihatan manusia (mata) tidak dapat mencapai Allah. Ini kerana, untuk melihat menggunakan mana, objek yang dilihat itu perlu memantulkan cahaya agar cahaya itu masuk ke dalam mata manusia.

Oleh kerana tiada cahaya mampu memantulkan Zat Allah, kerana itulah manusia tidak boleh melihat Allah menggunakan mata kasar.

Namun, Allah boleh melihat manusia dan melihat apa yang manusia lihat kerana Allah itu lebih dekat daripada urat leher manusia itu sendiri. Maknanya, segala isyarat yang mengalir dalam urat-saraf manusia, Allah Mengetahuinya.

Allah itu Halus. Maka untuk mengenal Allah, manusia perlukan jiwa yang halus atau jiwa seni. Sebab itu seniman mudah melihat erti kehidupan yang sebenar berbanding manusia yang tidak berjiwa seni.

Orang yang tidak berjiwa seni, hatinya akan jadi keras dan kaku. Mereka susah mengenal Allah sehingga tidak nampak tanda-tanda Kekuasaan dalam kehidupannya sendiri.

Contohnya, apabila kaumnya dijajah atau ditindas oleh bangsa yang memiliki kepakaran dan kebijaksanaan, mereka tidak nampak semua itu Allah yang aturkan. Akibatnya dengan berbangga diri mereka hanya tahu mengutuk dan memarahi bangsa tersebut. Tidak ada keinsafan untuk memperbaiki nasib kaumnya sendiri.

Kemudian Allah uji mereka dengan dibangkitkan seseorang Rasul di kalangan mereka, dengan bangga diri mereka menentang Rasul mereka seperti kaum kafir terdahulu menentang para Rasul mereka sendiri. Walhal Allah bangkitkan seseorang Rasul itu untuk memperbaiki nasib kaum yang tidak sedar diri akibat sudah lama tenggelam dalam penyakit bangga diri dengan anutan yang mereka kata mereka sahaja Islam dan kaum lain semuanya bukan Islam. Padahal penyakit berbangga diri itu menyebabkan mereka adalah kaum yang sesat seperti mana iblis dihukum sesat.

Begitulah kesan akibat penyakit bangga diri. Jiwa jadi keras sehingga tidak mampu melihat Allah Yang Halus.

6:104. Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku bukanlah penjaga kamu.

Telah datang bukti yang jelas dan nyata daripada Allah untuk membezakan apa itu agama yang benar dan agama yang sesat.

Barangsiapa yang menjadikan agama untuk dilapangkan agar mudah manusia bersatu-padu, itulah agama yang benar. Dan barangsiapa yang menjadikan agama untuk disempit-sempitkan mengikut hawa nafsu mereka, itulah agama yang sesat kerana tidaklah kesempitan itu dilakukan melainkan untuk berbangga diri.

Cinta itu untuk jiwa yang halus. Dengan cinta, tembok keegoan boleh diruntuhkan agar agama kembali dilapangkan dan manusia mudah disatukan.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1997
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 10, 2009 4:05 pm

tiada satu pun yg dapat mendindingi Allah ,

kenapa Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan & halus pulak????
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Fri Sep 11, 2009 7:50 am

Kerana ada berapa banyak makhluk-makhlukNya yang tidak mampu dicapai oleh mata dan halus (dapat bersembunyi dari penglihatan manusia), so takkanlah Allah lagi kurang daripada makhluk yang Dia ciptakan sendiri itu?


Kucari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ketemui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar...


Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Fri Sep 11, 2009 8:56 am

Apabila kita mencintai seseorang manusia kerana Allah, biarpun hati dilukai, tetapi kita akan tetap mencintai dan bersabar. Kita tidak ada kuasa untuk membuang cinta yang masuk dalam jiwa kita sesuka hati. Cinta itu telah mengalir dalam salur darah kita dan sudah menjadi sebahagian daripada dirinya sendiri. Hanya pasrah kepada apa yang berlaku.

Seseorang yang mencintai seni muzik. Pasti minatnya itu tetap menjalar dalam ke seluruh tubuhnya. Kalau dia meninggalkan minatnya itu, pasti akan terasa hidupnya kosong dan hilang keceriaan. Begitulah juga apabila manusia itu mula mencintai Al Quran, maka Al Quran menjalar dalam pembuluh darahnya. Sehari tidak mengkaji Al Quran, jiwa rasa kosong.

Bayangkan, nak kawal cinta pun kita tiada kuasa, apakah patut manusia itu berbangga dirinya merasakan dirinya tuhan untuk jadikan agama sebagai cara nak kawal pemikiran manusia? Patutkah mereka mengawal agama kononnya cara mereka sahajalah yang Islam dan memandang orang lain bukan Islam kalau tidak ikut apa yang mereka ada-adakan itu?

Cinta mampu meruntuhkan perasaan bangga diri kerana bila bangga diri melawan cinta pasti bangga diri itu akan merosakkan diri manusia itu sendiri.

Dengan memahami erti cintalah manusia akan menuju kepada kesatuan sejagat.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Fri Sep 11, 2009 12:45 pm

Kau melintasi di lorong itu
Getaran cintamu menyentuh jiwaku
Kelihatan kau tertunduk malu
Begitulah hikayat cinta yang bisu


Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Sat Sep 12, 2009 10:25 am

Tarikan cinta umpama magnet. Biarpun mata tidak memandang, tetapi atas Kuasa Allah menggerakkan mata untuk melihat pada yang dicintai secara nyata atau bersembunyi.

Begitulah dekatnya Allah mengawal hidup manusia. Tetapi sering manusia lalai memikirkannya.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Sat Sep 12, 2009 12:49 pm

Allah Pengatur segala sesuatu.

Aku menoleh ke arah kiri
Apabila sahabat ku ingin berbicara
Terlihat kelibatmu nun di hadapan
Daripada menunduk, kau menoleh ke arah ku
Menyentuh jiwa ku dengan getaran
Begitulah tanda-tanda Allah mengatur sesuatu
Yang tidak terduga berlaku di hadapan mata


Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Wed Sep 16, 2009 8:08 am

Memikat dan Menambat

Manusia boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Begitulah dalam memahami cinta, manusia boleh merancang untuk memikat seseorang, tetapi urusan menambat hati itu terletak dalam Kekuasaan Allah.

Apabila Allah menambatkan hati seseorang manusia itu dengan cinta, manusia itu tidak mampu mengeluarkan diri daripada ikatan tersebut. Ini kerana cinta itu telah meresapkan ke seluruh diri manusia tersebut. Percubaan untuk melarikan diri dari cinta tersebut menyebabkan kehidupan terasa kosong.

Seperti seseorang yang mencintai bidang muzik. Pasti dia akan terasa kekosongan hidup jika lama tidak bermain muzik. Jiwanya meronta-ronta lebih-lebih lagi bila melihat orang lain bermain muzik.

Allah lebih tahu pada diri siapa atau pada bidang mana cinta itu akan menambat hati seseorang. Cinta itu menyebabkan seseorang manusia itu tekun pada sesuatu yang dicintai. Segala kepayahan akan ditempuhi jua kerana dia tidak mungkin mampu mengeluarkan diri dari tambatan tersebut.

Begitulah dekatnya Allah mengawal jiwa manusia. Tetapi tidak ramai manusia menyedari keberadaan Allah dalam dirinya kerana mereka menganggap Allah duduk di atas langit.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1997
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Wed Sep 23, 2009 11:53 am

Juang wrote:
Kerana ada berapa banyak makhluk-makhlukNya yang tidak mampu dicapai oleh mata dan halus (dapat bersembunyi dari penglihatan manusia), so takkanlah Allah lagi kurang daripada makhluk yang Dia ciptakan sendiri itu?


Kucari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ketemui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar...



maksudnya Allah itu lebih tersembunyi lagi gitu ker?
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2472
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 24, 2009 9:45 am

Allah tersembunyi pada penglihatan kasar. Tetapi mata hati (ainul yakin) yang celik sahaja akan melihat Dia.

Kalau mata kasar boleh nampak Allah, sudah pasti lensa kamera pun boleh nampak Allah. Tetapi hanya yang guna mati hati akan kenal siapa Yang Disembah itu... Smile

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2472
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 24, 2009 10:16 am

Tiada yang paling indah dan bahagia dalam hidup ini apabila dapat mencintai dan dicintai dengan tulus tanpa halangan-halangan duniawi... Smile

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1997
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 24, 2009 10:54 am

Adli wrote:
Allah tersembunyi pada penglihatan kasar. Tetapi mata hati (ainul yakin) yang celik sahaja akan melihat Dia.

Kalau mata kasar boleh nampak Allah, sudah pasti lensa kamera pun boleh nampak Allah. Tetapi hanya yang guna mati hati akan kenal siapa Yang Disembah itu...

kenapa Dia tersembunyi????? kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa??????
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2472
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 24, 2009 11:09 am

Hakikatnya Dia tidak tersembunyi jika manusia sedar yang mereka ada satu lagi mata selain mata kasar, iaitu tahu menggunakan mata hatinya. Malangnya, kebanyakan manusia buta mata hati, sehingga mereka tidak nampak Dia yang lebih dekat dari urat lebih si manusia itu sendiri.

Contoh orang yang buta hati, mereka kata tidak boleh kaji Al Quran sendiri-sendiri. Mereka lupa yang Allah itu dekat pada mereka dan daripada Allah-lah Al Quran itu diturunkan. Tetapi kenapa mereka main sembah ajaran bapa-bapa mereka dan menjadikan Al Quran itu suatu yang tidak dipedulikan?

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1997
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 24, 2009 12:54 pm

Adli wrote:
Hakikatnya Dia tidak tersembunyi jika manusia sedar yang mereka ada satu lagi mata selain mata kasar, iaitu tahu menggunakan mata hatinya. Malangnya, kebanyakan manusia buta mata hati, sehingga mereka tidak nampak Dia yang lebih dekat dari urat lebih si manusia itu sendiri.

Contoh orang yang buta hati, mereka kata tidak boleh kaji Al Quran sendiri-sendiri. Mereka lupa yang Allah itu dekat pada mereka dan daripada Allah-lah Al Quran itu diturunkan. Tetapi kenapa mereka main sembah ajaran bapa-bapa mereka dan menjadikan Al Quran itu suatu yang tidak dipedulikan?

pulak, pulak, pulak .. tidak tersembunyi pulak , tadi kata tersembunyi, macam macam macam macam kamu ni, yg mana satu betul ni????????????????

SEMBUNYI KE TIDAK MEK???????????????????????????


oooooo dekat ya, MANA DIA, MANA DIA, MANA DIA, MANA DIA yg dekat tu????? tunjukkan tunjukkan & khabarkan pada kami

siapa sembah ajaran bapak nenek moyang mereka pulak??????? sembah ajaran? kali pertama dengar ni yg ada manusia yg sembah ajaran ??????
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2472
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Thu Sep 24, 2009 9:46 pm

semut api wrote:
pulak, pulak, pulak .. tidak tersembunyi pulak , tadi kata tersembunyi, macam macam macam macam kamu ni, yg mana satu betul ni????????????????

SEMBUNYI KE TIDAK MEK???????????????????????????

Tersembunyi jika guna mata kasar, tak tersembunyi jika guna mata hati.

Quote:
oooooo dekat ya, MANA DIA, MANA DIA, MANA DIA, MANA DIA yg dekat tu????? tunjukkan tunjukkan & khabarkan pada kami

50:16. Sesungguhnya Kami mencipta manusia; dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

Quote:
siapa sembah ajaran bapak nenek moyang mereka pulak??????? sembah ajaran? kali pertama dengar ni yg ada manusia yg sembah ajaran ??????

Aku dah banyak kali dengar, tak kecoh pun...

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
semut api
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1482
Points: 1997
Reputation: 3
Registration date: 2009-04-26

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Sat Sep 26, 2009 2:58 pm

Adli wrote:
semut api wrote:
pulak, pulak, pulak .. tidak tersembunyi pulak , tadi kata tersembunyi, macam macam macam macam kamu ni, yg mana satu betul ni????????????????

SEMBUNYI KE TIDAK MEK???????????????????????????

Tersembunyi jika guna mata kasar, tak tersembunyi jika guna mata hati.

Quote:
oooooo dekat ya, MANA DIA, MANA DIA, MANA DIA, MANA DIA yg dekat tu????? tunjukkan tunjukkan & khabarkan pada kami

50:16. Sesungguhnya Kami mencipta manusia; dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

Quote:
siapa sembah ajaran bapak nenek moyang mereka pulak??????? sembah ajaran? kali pertama dengar ni yg ada manusia yg sembah ajaran ??????

Aku dah banyak kali dengar, tak kecoh pun...

dari mata turun ke hati, mana benar nya percaya dgn mata hati kalu mata tak melihatnya, itu kata akal akal akal akal akal akal akal

usah jadi penipu diri sendiri semek, mana DIA yg dekat urat leher tuuuuu???? itu cerita yg dikutip & diciplak dari AQ .... aku mahu barangnya, barangnya barangnya barangnya MANA DIA?????????????????????????
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1848
State:
Points: 2472
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Mengenal Allah melalui cinta   Sun Sep 27, 2009 12:23 am

semut api wrote:
dari mata turun ke hati, mana benar nya percaya dgn mata hati kalu mata tak melihatnya, itu kata akal akal akal akal akal akal akal

Kalau macam itu, orang yang matanya buta tidak boleh masuk syurga ke sebab tidak mampu nak dapat kepercayaan yang benar tanpa guna mata?

Kesian orang yang matanya buta. Tetapi kesian lagi yang buta hati sebab itu memang sudah tak boleh diselamatkan lagi.

Quote:
usah jadi penipu diri sendiri semek, mana DIA yg dekat urat leher tuuuuu???? itu cerita yg dikutip & diciplak dari AQ .... aku mahu barangnya, barangnya barangnya barangnya MANA DIA?????????????????????????

Laa, dah apa yang dalam urat leher itu pun Dia tahu, tak cukup dekat lagi ke tu? ... Smile

_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Back to top Go down
 

Mengenal Allah melalui cinta

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Goto page : 1, 2, 3  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic