Mencintai ilmu samalah seperti kita mencintai Allah, sebab Allah itu sendiri mencintai ilmu. Kalau tidak, tentu Dia tidak layak memegang Sifat Maha Bijaksana. Jika Tuhan kita sendiri pun mencintai ilmu, takkan manusia itu rasa tidak mengapa hidup secara lalai, pemalas dan tidak mengendahkan ilmu gara-gara taksub kepada kemewahan harta benda yang bakal ditinggal pergi. Betapa b0dohnya manusia itu, yang bakal ditinggal pergi (perhiasan duniawi), mereka kejar macam tak akan mati, tetapi ilmu yang tertanam dalam jiwa dan kekal abadi itu mereka buat tidak endah sahaja.
Allah cipta setiap manusia ada minat yang bidang-bidang tertentu. Pada bidang yang diminati itulah sepatutnya mereka terokai, sebab ilmu yang datang dari minat akan kekal dalam jiwa. Tapi sekadar belajar nak dapat ijazah dan kerja yang bergaji mewah, apa yang dipelajari itu akan luput sebab tidak dipraktik dalam kehidupan harian. Apatah lagi setelah dapat kesenangan dan mempunyai gaji yang besar sering melupakan dan melalaikan manusia dan mula malas belajar. Akibatnya, generasi yang dilahirkan sekadar generasi pemalas belajar macam rata-rata orang Melayu.
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. (At Takaatsur:1~2)
Ilmu menjadikan manusia itu seorang yang merendah diri kerana dada yang memiliki ilmu itu laksana padi yang semakin berisi. Semakin berisi semakin tunduk. Begitulah Allah cipta makhluk-makhlukNya yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan manusia untuk difikir-fikirkan.
Melihat perangai orang Melayu yang setakat mengaku Islam dan bersolat kononnya macam Nabi, tetapi pemalas belajar menyebabkan golongan beriman mencari punca-puncanya. Sejak berjuang di alam siber ini, berdasar respon mereka ketika berhujah, puncanya kerana beragama tak guna akal menyebabkan masyarakat Melayu pemalas belajar. Bukan kerana otak mereka lembab, tetapi daya usaha mereka lemah. Semangat ingin tahu tiada dalam diri mereka untuk belajar ilmu. Mereka hanya bersemangat bila mengejar harta-benda dan lalai dalam hal-hal yang sia-sia.
Padahal bidang agama itu semudah-mudah ilmu untuk dipelajari sebab yang nampak perihal pegangan diri kita adalah kita sendiri. Orang lain mana tahu bagaimana cara nak lawan penyakit dalam hati kita. Hanya kita sendirilah yang kena pelajari ilmu mengawal diri sendiri. Jika nak kawal diri pun terkial-kial mencari tok guru, menunjukkan manusia itu lemah dan pergantungan mereka kepada Tuhan telah tiada. Begitulah syaitan memesongkan manusia biarpun mereka mengaku mereka beragama Islam.
Apakah mereka ingat kaum kafir terdahulu mengaku mereka kafir biarpun para Rasul mereka memperingatkan perangai buruk mereka? Jadi kita tidak hairanlah biarpun ada orang Melayu Islam yang tidak mengaku mereka kafir biarpun terang-terang mereka mengadakan kedustaan dalam agama sehingga seseorang Nabi, ulamak, ustaz atau tok guru mereka jadikan sembahan untuk ditaati kata-kata atas nama hamba-hamba Allah ini membuta-tuli.
bersambung