HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
teki anti video sambung rampa neraka kata kita minda kereta nama pelekat teka mutiara borak kisah games akaun bongsu kaabah speak diari anak shirt pantun kuiz
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Matahari, bulan dan bintang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Matahari, bulan dan bintang   Thu Mar 04, 2010 10:44 pm

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

Matahari adalah sejenis bintang. Ia adalah bintang yang paling hampir dengan bumi. Tetapi kenapa ayat di atas tidak menyebut bintang?

Sebaliknya bagi ayat2 di bawah, apabila ia menyebut matahari dan bulan, ia turut menyebut pasal bintang2.

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

25:61. Berkatnya Dia yang meletakkan di langit gugusan bintang, dan Dia meletakkan pada mereka sebuah lampu (matahari), dan bulan yang memberi cahaya.


Bagaikan kebetulan pula, bumi adalah planet yang mempunyai satu bulan. Planet-planet lain yang dalam sistem solar yang sama mempunyai lebih satu bulan. Dengan kata lain, bumi memiliki satu matahari dan satu bulan.

Jika nak dijadikan matahari atau bulan sebagai simbolik ke jalan yang satu, sudah pasti Al Quran membenarkan kita sujud kepada matahari dan bulan. Namun Al Quran telah melarang kita sujud kepada kedua-dua makhluk tersebut.

Allah Maha Mengetahui bahawa akan ada manusia menggunakan alasan menyembah "bangunan kotak" itu kononnya simbolik ke arah jalan yang satu. Sebab itulah larangan sujud dalam ayat 41:37 itu hanya menyebut matahari dan bulan yang satu itu. Bintang2 yang banyak tidak disebutkan.

Jadi, benarkah Nabi yang suruh sujud kepada "bangunan kotak" itu sedangkan jelas dalam Al Quran, Nabi menyampaikan larangan sujud kepada matahari dan bulan yang boleh juga dijadikan simbolik ke arah jalan yang satu?

Tidakkah mereka mahu memikirkan?

p/s: Aku berlepas diri daripada orang2 yang menyekutukan Allah atas segala alasan sekali pun.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Fri Mar 05, 2010 8:36 am

Jika kita fikirkan, dalam banyak2 makhluk yang ada di sekeliling kita, matahari-lah yang paling sesuai dijadikan simbolik. Selain kerana hanya ada satu matahari sahaja yang ditawaf (dikelilingi) oleh bumi dan planet2 sekitarnya, matahari adalah sumber cahaya. Maka jika benar Allah izinkan manusia buat amalan2 sembahan ritual atas nama simbolik, matahari-lah yang paling layak disujud.

Pada matahari, ia boleh dijadikan simbolik ke jalan yang satu. Ia juga boleh dijadikan simbolik kepada ilmu Al Quran (petunjuk) dan ilmu2 lain kerana ilmu itu seumpama cahaya. Ia juga boleh dijadikan simbolik kehidupan kerana matahari membekalkan tenaga untuk makhluk2 di muka bumi boleh hidup.

Namun, walaupun banyak mana manfaat besar yang ada pada matahari yang boleh dijadikan simbolik dalam sesuatu amalan penyembahan, Allah tetap melarang manusia sujud kepadanya. Jadi, apakah sujud pada binaan-binaan lain atas dasar simbolik ke jalan yang satu itu benar-benar suruhan Tuhan?

6:122. Adakah orang yang telah mati, dan Kami menghidupkannya, dan membuatkannya satu cahaya untuk berjalan dengannya di tengah-tengah manusia, seperti orang yang persamaannya berada di dalam kegelapan, dan tidak dapat keluar darinya? Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) apa yang mereka buat.

6:123. Dan begitulah Kami mengadakan di tiap-tiap bandar raya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk membuat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka memperdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak menyedari.

6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan mempercayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa yang rasul-rasul Allah telah diberi." Allah sangat mengetahui di mana hendak meletakkan Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.

6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.


_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sat Mar 06, 2010 5:50 pm

26:75. Berkata, "Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,
26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,
26:78. Yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri memberi petunjuk kepadaku,
26:79. Dan Dia, Dia Sendiri memberi aku makan dan minum,
26:80. Dan setiap kali aku sakit, Dia menyembuhkan aku,
26:81. Yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku,

Bumi mengelilingi matahari ada sebab-sebabnya. Jika bumi lari daripada "track"nya (orbit), sudah pasti akan berlaku perubahan pada iklim dan cuaca. Akan berlaku tidak kestabilan pada bumi itu sendiri. Jadi bumi tidak boleh lawan sunnah Allah yang telah ditetapkan untuknya.

Apabila bumi tunduk untuk mengelilingi matahari, maka bumi akan mendapat manfaatnya. Jika bumi engkar, sudah pasti bumi sendiri yang mendapat mudaratnya. Jadi kita nampak suruhan mengelilingi matahari itu jelas daripada Pencipta semesta ini.

Begitulah juga dalam kehidupan manusia. Kita kena bezakan dahulu apa itu Ketetapan Allah untuk manusia dan apakah ketetapan yang diada-adakan oleh manusia sendiri.

Sesuatu ketetapan yang diada-adakan oleh manusia, ia tidak akan mampu memberi manfaat jika dilakukan dan tidak mampu memberi mudarat jika ditinggalkan. Tetapi sesuatu yang Ketetapan daripada Allah, memang jelas kesannya sebagai bukti.

Contohnya untuk mendapat petunjuk, Allah suruh kita mendengar ucapan dan ikut yang paling baik selepas difikirkan. Kalau manusia ikut ketetapan Allah itu, pasti dia dapat manfaat. Tetapi kalau dia lawan ketetapan itu, maka sudah pasti dia tidak tahu bezakan baik atau buruk, seterusnya banyak keburukan-keburukan dilakukan tanpa disedari.

Untuk mendapat makan dan minum, Allah suruh kita berusaha mencari rezeki. Kalau kita ikut, kita akan dapat manfaat iaitu kekenyangan dan tenaga. Tetapi kalau kita lawan dengan hidup malas berusaha, yang kelaparannya dan kelemahan pun diri kita juga.

Kalau kita sakit, maka kita kena berusaha cari penawar dan lakukan langkah pencegahan dengan menaikkan tahap kesihatan kita. Jaga makan-minum untuk menjauhi makanan berkolestrol tinggi dan makanan yang kotor. Kalau kita ikut Ketetapan Allah itu, kita akan dapat manfaat dan kalau kita lawan, badan kita juga yang dapat sakitnya.

Yang Membuat Ketetapan2 itulah yang patut kita sembah. Itulah Allah yang kita sembah. Kerana kesan terhadap diri kita jelas bila kita buat segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

Tetapi ketetapan yang diada-adakan oleh manusia seperti mengelilingi sesuatu objek, beritual pada sesuatu makhluk dan sebagainya, semuanya tidak mendatangkan apa2 kesan bila dilakukan atau ditinggalkan. Sama sahaja.

Cuba lihat semua kaum yang buat sesuatu amalan ritual. Apakah mereka dapat ilmu kerana amalan mereka itu? Tetapi kenapa kaum yang tidak buat amalan itu dapat ilmu juga? Apakah mereka dapat rezeki kerana amalan ritual mereka itu? Tetapi kenapa kaum yang tidak buat amalan itu dapat rezeki juga? Apakah mereka dapat penyakit kerana tidak buat amalan ritual itu? Tetapi kenapa kaum lain yang tidak buat amalan ritual itu boleh juga sihat?

Jadi, pada siapakah kita nak sembah? Tuhan atau manusia?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1565
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sat Mar 06, 2010 10:13 pm

Makhluk lain seperti matahari , bintang dan haiwan tidak diberi pilihan sebaliknya kejadiannya adalah beribadat kepada Allah iaitu menurut perintah Allah. Begitu juga kejadian manusia untuk beribadat dan menurut perintah Allah. Bezanya manusia diberikan untuk memilih menurut atau engkar. Maka Allah telah menetapkan cara hidup bagi manusia sebagaimana Allah menetapkan cara hidup bagi matahari, bintang dsb. Tetapi manusia itulah yang sebenarnya engkar dan mencari cara hidup lain mengikut hawa nafsunya. Maka didatangkan rasul dan nabi yang membawa peringatan. Ada yang membawa bersamanya kitab. Dan ada yang tidak diberikan kitab. Apakah yang tak bawa kitab itu umatnya tak perlu taat kepada rasul itu? maka jumlah yang engkar itu lebih ramai bilangannya. Bilangan yang beribadat jika dibandingkan dgn mereka yang tidak beribadat di dalam populasi manusia tentulah sedikit.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sun Mar 07, 2010 7:26 am

Nak beribadat dan menurut perintah Allah pun takkanlah sampai menyekutukanNya? Pandai-pandai fikir untuk membezakan apakah ibadat yang tidak berunsur penyekutuan dan apakah yang berunsur penyekutukan.

Berapa banyak suruhan Allah dalam Al Quran yang tidak memerlukan kita ada simbolik2 tertentu seperti suruhan membaca, berfikir, meneliti, merenung kejadian alam, berbuat baik, membantu sesama manusia, berlaku adil, bersabar etc. Semua itu mudah dilakukan sebagai kebaktian kita kepada Tuhan.

Yang nak juga buat amalan2 berunsur penyekutuan itu buat apa? Kata ada otak. Tapi tak nak guna. Macam mana?

Al Quran sudah larang sujud kepada matahari dan bulan, nak juga engkar sujud kepada binaan-binaan daripada tangan manusia sendiri. Walhal mahatari dan bulan yang diciptakan daripada "tangan" Allah sendiri pun dilarang untuk disujud.

Apakah mereka ingat semua orang boleh ditipu-dayakan?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1565
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sun Mar 07, 2010 10:05 am

Jangan terjemah al quran tanpa merujuk kepada ajaran Nabi sebab kita tak ada ketika al quran diturunkan dan kita tak dengar sendiri dari Nabi dan kita tak lihat sendiri bagaimana nabi sembahyang kecuali kita belajar dari orang yang terdahulu beriman dari kita. Membuat pengakuan kita lebih beriman dan pandai dari orang lain adalah satu kesilapan yang besar dalam beragama. Mengapa ada sifat sombong itu di dlm hati kita? Maka lihatlah semula sikap dan amalan kita sendiri. Kalau kita dengar sesuatu majlis ilmu kita akan merasakan kelemahan dan kesilapan dosa kita dan ditunjukkan pula jalan yang benar. Kalau majlis itu hanya mampu menunjukkan kesalahan orang lain dan tidak menunjukkan cara yang benar maka kita tahulah kebenarannya atau tidak. Keikhlasan penyampai itu kita dapat tahu kalau dia tidak ikhlas kerana Allah kecuali pendengar itu juga mempunyai niat yang sama dengan penyampai itu. Sebab itu kita dpat tahu ceramah politik dan ceramah agama, dusta atau palsu..
Back to top Go down
tolokminda
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 820
Points: 1167
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-02

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sun Mar 07, 2010 11:02 am

Salam Zulia,

Adakah puan mahu kita semua meniru cara orang Yahudi dan Kristian yang lebih percaya kitab-kitab hadis nabi-nabi yang mereka karang sendiri berbanding dengan Al-Kitab Tuhan telah disampaikan oleh nabi-nabi mereka itu?
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sun Mar 07, 2010 11:40 am

Zulia wrote:
Jangan terjemah al quran tanpa merujuk kepada ajaran Nabi sebab kita tak ada ketika al quran diturunkan dan kita tak dengar sendiri dari Nabi dan kita tak lihat sendiri bagaimana nabi sembahyang kecuali kita belajar dari orang yang terdahulu beriman dari kita. Membuat pengakuan kita lebih beriman dan pandai dari orang lain adalah satu kesilapan yang besar dalam beragama. Mengapa ada sifat sombong itu di dlm hati kita? Maka lihatlah semula sikap dan amalan kita sendiri. Kalau kita dengar sesuatu majlis ilmu kita akan merasakan kelemahan dan kesilapan dosa kita dan ditunjukkan pula jalan yang benar. Kalau majlis itu hanya mampu menunjukkan kesalahan orang lain dan tidak menunjukkan cara yang benar maka kita tahulah kebenarannya atau tidak. Keikhlasan penyampai itu kita dapat tahu kalau dia tidak ikhlas kerana Allah kecuali pendengar itu juga mempunyai niat yang sama dengan penyampai itu. Sebab itu kita dpat tahu ceramah politik dan ceramah agama, dusta atau palsu..

Siapa dia orang terdahulu yang pernah nampak Nabi beramal yang masih wujud sekarang ini? Hakikatnya kita sama sahaja tak nampak macam mana Nabi beramal.

Mengapa kita sombong dengan Al Quran? Bukankah sombong dengan Al Quran itu bererti sombong dengan Allah yang turunkan Al Quran kepada Rasulullah.

Kalau ada terjemahan yang tidak betul yang saudari rasakan, bawakan yang betul pada pandangan saudari untuk kita sama-sama menilai. Tidakkah saudari boleh bersifat jujur?

Kalau saudari ikhlas menyampaikan, sepatutnya saudari bawakan terjemahan yang betul, bukannya berkata2 untuk menyalahkan terjemahan orang lain kononnya salah. Jangan letakkan diri sebagai orang yang cakap tak serupa bikin.

Kita di sini nak bawakan bukti kebenaran masing-masing. Kalau saudari tidak mampu buktikan terjemahan orang lain salah, jangan pandai-pandai nak jatuhkan hukum.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Matahari, bulan dan bintang   Sun Mar 07, 2010 12:43 pm

28:49. Katakanlah, "Datangkanlah sebuah Kitab daripada Allah yang lebih memberi petunjuk daripada keduanya (al-Qur'an dan Taurat), dan ikutlah ia, jika kamu berkata benar."

28:50. Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.


Al Quran adalah petunjuk Allah. Melainkan hati yang sudah tidak percaya kepada Al Quran lagi, maka mereka tidak anggap Al Quran adalah petunjuk. Bagi mereka yang mampu beri petunjuk adalah guru-guru yang tidak percaya kepada Al Quran juga.

Macam mana mereka boleh percaya kepada guru-guru yang tidak percaya kepada Al Quran untuk memberi mereka petunjuk?

Kalau kita nak cari kebenaran, sekurang-kurangnya belajarlah dengan orang-orang yang setia pada Al Quran, bukannya orang-orang yang menjauhi Al Quran kerana amalan nenek moyang.

Bukankah ada perbezaan di antara orang-orang yang berpegang teguh dengan Al Quran (petunjuk) dengan orang-orang yang berpegang teguh dengan amalan nenek moyang yang tiada dalam Al Quran itu?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Matahari, bulan dan bintang

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic