HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
diari kita anti shirt video minda pantun teka teki kata bongsu akaun borak kereta anak kisah nama games neraka kuiz mutiara pelekat kaabah sambung rampa speak
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Logik Keesaan Allah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Logik Keesaan Allah   Wed Nov 04, 2009 11:52 am

23.91. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,

17.42. Katakanlah: "Jikalau ada tuhan-tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakan, niscaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai 'Arsy."

Ayat-ayat Al Quran di atas menunjukkan bagaimana Allah mengajar Nabi Muhammad membuktikan KeesaanNya secara logik. Walaupun Allah itu tidak mampu dilihat menggunakan mata kasar, tetapi Allah ajar baginda membuktikan KeesaanNya secara logik supaya manusia mudah memikirkan dan orang kafir tiada alasan untuk menyanggah hujjah baginda.

Tetapi yang kita hairankan, kenapa ajaran atas nama Islam yang wujud sekarang tidak dibuktikan secara logik? Mereka hanya suruh orang Islam menurut sahaja apa amalan yang mereka tetapkan, tanpa mereka bawakan apa logiknya. Alasan mereka cukup mudah iaitu dalam beragama tidak boleh guna logik akal. Kalau benarlah alasan mereka itu, kenapa ada ayat Al Quran membuktikan Keesaan Allah itu secara logik?

Seperti kita tahu asas agama Tauhid adalah mengEsakan Allah. Sedangkan untuk membuktikan Allah itu Esa pun diperjelaskan secara logik, apakah patut amalan dalam ajaran Tauhid itu tidak boleh dibuktikan secara logik?

6.33. Sesungguhnya Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Logik Keesaan Allah   Wed Nov 04, 2009 2:19 pm

Apabila semua manusia tunduk kepada ajaran yang logik yang mudah difikirkan oleh akal yang waras (rasional), pasti manusia dapat disatukan. Sebab itulah ajaran Al Quran yang berasaskan mentauhidkan Allah diajar dengan menunjukkan kenapa logik dikatakan Allah (Pencipta alam ini) adalah Esa (tiada selainNya).

Tidak pula Nabi Muhammad mengatakan Allah itu Esa kerana Nabi Isa pernah berkata begitu. Sebaliknya baginda bawakan logik yang mudah difikirkan.

Inilah ajaran yang lurus, kerana logik itu memastikan jawapan sesuatu perkara itu hanya satu.

Namun apabila manusia mula mengambil ajaran-ajaran yang tidak bersandarkan logik, sebaliknya sekadar menggunakan nama-nama orang terdahulu serta mereka kata tidak boleh guna akal, maka pembuktian kebenaran sudah tidak menemui jawapan yang satu, melainkan bermacam-macam jawapan yang ada bercanggah dengan hukum logik yang Allah tetapkan pada alam ini.

Dan bila lahirnya manusia-manusia yang fanatik dan taksub pada sesuatu ajaran yang tidak ada bukti yang logik, berlakukan perpecahan dan permusuhan. Daripada Allah cipta kehidupan manusia untuk aman sejahtera (Islam), manusia kembali kepada kehidupan yang berpecah-belah dan permusuhan.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Logik Keesaan Allah   Thu Nov 05, 2009 1:23 pm

Jika Keesaan Allah pun boleh dibuktikan secara logik, pasti berpegang pada sesuatu yang logik itu mempunyai manfaat yang besar dalam diri seseorang manusia mahupun masyarakat.

Logik menyebabkan keyakinan di jiwa menjadi mantap dan menguatkan jantung kita. Sebaliknya, tanpa pegangan yang logik, hati manusia mudah jadi ragu-ragu seterusnya melemahkan jantung kita.

Apatah lagi jika hidup dalam berdusta dan kemudian datang kebenaran yang mencabar kedustaan yang dipegang selama ini, pasti menyebabkan manusia itu hidup dalam ketakutan dan hilang kebahagiaan hidup kerana panas hati.

Dan bayangkanlah bagaimana seksanya orang yang hidup berpegang pada dusta bila menghadapi sakaratulmaut, lebih-lebih lagi selepas mereka sedar pegangan mereka adalah dusta dan tidak mahu memperbaiki diri ke arah kebenaran.

Begitulah Allah mencabut ketenangan jiwa pada orang-orang yang hidup berpegang pada ajaran-ajaran dusta dan diada-adakan atas nama orang-orang terdahulu.

Itulah sebabnya Al Quran mengajar kita membuktikan kebenaran dengan cara yang logik agar mudah dan jelas untuk difahami dan keyakinan jiwa kita jadi kukuh. Tidak pula hukum-hukum yang Allah tetapkan dalam Al Quran itu, Nabi Muhammad guna nama orang-orang terdahulu seperti berkata "diharamkan arak kerana Nabi Isa berkata begitu". Tetapi baginda menyampaikan apa logiknya di sebalik pengharaman arak itu agar manusia mudah membuat pilihan untuk kebaikan diri masing-masing. Sesiapa yang tahu arak itu tidak baik kepada dirinya dan dengan angkuh meminum arak, maka jelaslah mereka sengaja memilih keburukan untuk dirinya. Dan jangan menyesal atas pilihannya sendiri jika Allah datangkan kesan buruk atas perbuatannya sendiri.

Begitulah indahnya Islam dahulunya (zaman Rasulullah) diajar bukan secara paksaan tetapi secara berhikmah. Manusia pada waktu itu bebas memilih untuk kebaikan dirinya sendiri. Itulah daya penarik manusia terdahulu untuk berduyun-duyun memasuki Islam.

Namun Islam pada hari ini sudah tidak diperjelaskan dengan logik dan hikmah, tetapi "ajaran-ajaran" atas nama Islam diajar secara paksa sehingga menyebabkan ramai yang menyampah. Apatah lagi bila melihat perangai angkuh kebanyakan orang yang mengaku Islam pada hari ini yang sibuk berpecah-belah.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Logik Keesaan Allah   Tue Nov 10, 2009 6:14 am

Siapakah orang yang mengetahui?

Orang yang mengetahui adalah orang yang boleh memberi jawapan secara logik dan boleh menghuraikannya.

Contohnya, apabila seseorang itu ditanya, apa buktinya 1+1=2? Maka orang yang mengetahui akan menjawab, "dengan mengira guna jari, kita dapat buktikan 1+1=2. Dan dengan guna jari, kita boleh kembangkan 1+2=3 pula." Itulah jawapan orang yang mengetahui atau memahami sesuatu perkara.

Tetapi jika seseorang itu menjawab, "1+1=2 kerana cikgu matematik cakap macam itu" atau "1+1=2 kerana dalam buku matematik tulis seperti itu", itulah jawapan manusia yang tak mengetahui melainkan mereka hanya hafal apa yang didengar atau dibaca.

Kalau kita lihat cara berhujah golongan beragama hari ini, kebanyakan mereka menjawab seperti orang yang tidak mengetahui. Mereka bawakan nama-nama orang terdahulu untuk menguatkan kata-kata mereka, bukannya mereka huraikan secara logik. Macam mana nak melahirkan generasi yang bijak, jika setakat menjawab macam itu tanpa bersandarkan bukti yang logik difikirkan?

Contohnya apabila ditanya apa logiknya gerakan solat ditetapkan seperti itu? Mereka jawab, "sebab ulamak kata Nabi bersolat macam itu". Nampak sangat jawapan dari orang yang tidak mengetahui melainkan bersangka-sangka atas nama ulamak. Itukah cara pembuktikan sesuatu kebenaran?

Itulah punca umat Islam hari ini amat rendah tahap pemikiran mereka kerana suka berpegang sesuatu yang mereka tidak tahu apa logiknya, melainkan mereka menghafal apa yang orang-orang terdahulu mereka terapkan. Kemudian mereka jadi fanatik, taksub dan jumud dengan apa yang telah diterapkan itu dan tidak boleh menerima kelainan selain daripada itu.

Hidup secara fanatik ini bukannya membawa kebaikan, melainkan kerosakan. Macam penyokong bolasepak, apabila mereka fanatik, habis harta benda awam mereka nak rosakkan. Macam itulah bila fanatik agama, habis muka bumi Allah mereka nak rosakkan dengan peperangan sesama sendiri. Itukah ciri-ciri akhlak Nabi?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Logik Keesaan Allah   Mon Nov 23, 2009 8:05 am

Kepercayaan Yang Logik

A) Secara kasarnya, di dunia ini, manusia terdiri daripada 2 golongan, iaitu yang percaya adanya Tuhan Pencipta alam dan yang tidak percaya adanya Tuhan (atheis).

Di antara 2 golongan ini, yang mana satu benar? Perlu diingat, kebenaran memerlukan bukti yang logik, bukan setakat dakwaan kosong.

96:1. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan,


Untuk membuktikan wujudnya Tuhan, Al Quran menekankan tentang penciptaan. Apabila wujudnya ciptaan, secara logiknya pasti wujud pencipta. Orang atheis menganggap alam semesta ini wujud secara semulajadi bagi menafikan adanya Tuhan. Namun hujah mereka semakin mudah dipatahkan di zaman sains dan teknologi. Buktinya, jika semua benda di alam semesta ini terjadi dengan sendirinya, pastilah kita boleh lihat kereta, bangunan, henset, laptop dan apa jua barangan terjadi dengan sendirinya. Namun realitinya semua itu memerlukan pencipta. Maka, secara mantiknya, alam semesta ini juga pasti ada Penciptanya.

Jadi, antara 2 golongan itu, yang mana paling kuat hujahnya?

B) Di dalam golongan yang percaya adanya Tuhan pula, terdapat 2 kepercayaan iaitu yang percaya Tuhan itu Esa (Tunggal) dan yang percaya banyak tuhan. Yang mana satu kepercayaan yang logik dan kuat hujahnya?

23:91. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,

17:42. Katakanlah: "Jikalau ada tuhan-tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakan, niscaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai 'Arsy."
(mahu mengalahkan Tuhan yang menguasai tampuk Pemerintahan itu).

Dalam dunia ini, jika ada 2 atau lebih kuasa tertinggi dalam mana-mana sistem pemerintahan, pasti sistem itu akan kacau-bilau kerana setiap penguasa mahu mengalahkan antara satu sama lain kerana mahukan kuasanya diikuti. Kerana apalah erti pemerintah jika tidak dapat menjalankan kuasanya.

Dengan melihat keteraturan sistem alam semesta ini, sudah pasti secara logiknya ada Satu Tuhan (Penguasa) sahaja. Jika ada banyak sudah pasti alam ini akan hancur dan tidak boleh bertahan lama.

Jadi, antara 2 golongan itu, yang mana paling kuat hujahnya?

Kita nampak, asas ajaran Al Quran (bab akidah) pun dijelaskan secara logik yang mudah kita fikirkan kebenarannya sedangkan Allah itu kita tidak nampak guna mata kasar, jadi takkanlah bab syariat atau amalan ibadah yang boleh kita lihat guna mata kasar, manusia itu berpegang pada ajaran-ajaran yang tidak dibuktikan secara logik melainkan guna nama-nama nenek moyang sahaja? Apakah mereka tidak menggunakan akal?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Logik Keesaan Allah   Tue Dec 08, 2009 12:01 am

Kita kita fikirkan, untuk membuktikan Allah itu Esa pun (yang mana Dia tidak mampu dipandang menggunakan mata kasar), Rasulullah menjelaskannya secara logik. Tidak pula baginda kata Allah itu Esa kerana ketika baginda dinaikkan ke langit, baginda nampak Allah itu Esa.

Tetapi ada manusia guna cerita kononnya baginda naik ke langit untuk terima waktu solat yang berlaku tawar-menawar daripada 50 kali sehari kepada 5 kali.

Kenapa ketetapan lain seperti kenapa arak diharamkan, daging babi diharamkan, judi, zina dapat dijelaskan secara logik yang boleh difikirkan kebenarannya, tetapi ada sesuatu ajaran atas nama "Islam", mereka pergi bawa cerita-cerita yang tiada logiknya?

Percanggahan-percanggahan ini menyebabkan sesuatu ajaran itu dilihat bukannya ajaran yang bermutu seperti ayat-ayat Al Quran yang bermutu kerana tiada pertentangan sesama ayat-ayatnya, malah tidak bercanggah dengan peraturan alam.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Logik Keesaan Allah

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-