Setiap manusia dalam proses belajar. Selagi kita bernyawa, semua kita kena belajar. Tidak perlu menunding jari puak itu tak betul, puak sana sesat, puak yang tu kafir dan hanya puak kita sahaja betul.
Para Nabi dan Rasul tidak ditugas untuk menghukum orang lain tak betul. Merek ditugaskan untuk membawa bukti untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Mana-mana yang tidak dapat hidayah untuk menerima nasihat itu, bukan tugas kita menghukum mereka. Sebab masa kita tidak dapat hidayah pun kita akan bersikap macam orang yang belum dapat hidayah itu juga.
Tugas kita mengajak sesama manusia sentiasa mengajar dan belajar agar masing-masing memperbetulkan diri. Tiada nokhtah dalam belajar memperbaiki sesuatu keadaan yang kita nampak kurang baik untuk pergi ke lebih baik.
Jika agama dijadikan berpuak-puak, nanti ada yang mengejek-ejek untuk menjatuhkan hukum ikut hawa nafsu masing-masing. Ejek puak itu tak betul dan sebagainya. Itu bukan ajaran Al Quran.
Siapa yang diberi petunjuk dan siapa yang sesat, Allah sahaja yang tahu. Dan siapa yang telah diberi petunjuk dan kembali kepada kesesatan, Allah juga yang tahu. Tidak patut manusia itu menghukum sesuatu yang Allah tidak beri tugas itu kepada mereka.
Kita semua tahu, pada hari akhirat nantilah Allah akan beri jawapan, golongan mana yang benar dan golongan mana yang salah. Tugas kita adalah mengajak manusia untuk mencari kebenaran dengan sentiasa belajar memperbaiki diri. Bukannya menjatuhkan hukum mendahului Allah.
Kenapa tidak sabar untuk menunggu hari kematian untuk kita tahu siapa golongan yang benar dan siapa yang sesat itu?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG