Semua insan lahir ke dunia ini dalam keadaan Islam. Sebab itulah bayi2 cukup taat mematuhi fitrah mereka. Allah tidak membezakan manusia sebab itulah Allah melahirkan semua manusia tanpa mengira bangsa atau nama agama.
Kalau Allah melihat pada nama bangsa atau agama, sudah pasti Allah lahirkan anak yang suci itu pada bangsa atau agama tertentu sahaja demi memastikan anak yang suci itu tidak berubah sifat. Tetapi Allah tidak berbuat begitu.
Di sini kita nampak, bukan Allah yang mengkategorikan manusia itu pada nama bangsa atau agama, sebaliknya manusia itu sendirilah yang mengkategorikan sesama manusia. Kononnya bila dikelas-kelaskan manusia itu mengikut bangsa atau agama, ada yang merasakan bangsa atau agama mereka sahaja suci dan memandangkan kelas2 yang lain itu hina.
Yang hairannya, ramai yang mengaku Islam sendiri terpengaruh dengan pengkelasan tersebut. Mereka merasa bangga dengan keturunan mereka atau ajaran tradisi mereka. Macam mana mereka boleh tertipu sebegitu?
Sebab itulah orang2 yang benar2 beriman pada hari ini, mereka akan berusaha meruntuhkan tembok atas nama bangsa atau agama. Tidak wujud pengkelasan sebegitu, melainkan dilakukan oleh syaitan2 yang nak berbangga diri kononnya golongan mereka sahaja mulia dan golongan lain hina.
Sedangkan beruk2 pun tidak hidup mewujudkan kelas2 sebegitu, apakah manusia yang hidup mewujudkan pengkelasan sebegitu lebih hina daripada beruk? Amat rugilah manusia yang hidup lebih hina daripada beruk dan suka berpuak2 itu.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG