HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
speak minda bongsu nama neraka kereta akaun rampa teki kuiz sambung kisah diari anti kita kaabah anak shirt teka borak games mutiara video kata pelekat pantun
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Islam dan kasih-sayang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Islam dan kasih-sayang   Sun Jan 24, 2010 3:52 pm

Perasaan kasih-sayang (rahim) adalah semulia2 perasaan yang ada dalam diri manusia. Jika semua manusia hidup dengan perasaan kasih-sayang, pasti tidak akan wujud perpecahan dan peperangan.

Manusia diciptakan dengan ditempatkan di dalam rahim ibu. Seorang ibu yang mengandungkan anaknya memiliki perasaan kasih-sayang yang amat sangat. Sebab itulah ibu lebih memahami anak2nya berbanding seorang bapa kerana si ibu itu telah merasai susah-payah mengandungkan anak2 selama lebih kurang 9 bulan.

Namun penyakit bangga diri menjadi punca merosakkan perasaan kasih sayang yang ada dalam diri setiap manusia. Ada kaum2 musyrik terdahulu yang sanggup membenci, menghalau atau membunuh nabi2 mereka yang tidak sehaluan dengan amalan tradisi mereka. Ada kaum2 musyrik yang bergaduh bila berbeza amalan ritual dengan kaum2 lain. Begitulah contoh hilangnya kasih-sayang yang meruntuhkan nilai2 murni dalam jiwa manusia.

Ramai manusia keliru dalam memilih kasih-sayang atau bangga diri. Kebanyakan manusia lebih memilih bangga diri daripada menyayangi. Bapa Nabi Ibrahim sanggup membenci anaknya sendiri yang tidak mengikut amalan tradisi yang dibangga-banggakan. Bapa saudara Rasulullah sanggup membenci baginda kerana baginda tidak beragama macam kaum Quraisy pada waktu itu.

Kini wujud manusia yang mengaku sahaja Islam tetapi lebih mementingkan bangga diri dengan amalan ritualnya berbanding kasih-sayang. Islam sudah tidak dilihat sebagai agama yang menyayangi manusia, tetapi lebih kepada agama yang ganas dan suka bergaduh sesama sendiri kerana keangkuhan mengesklusifkan agama. Sedangkan perasaan kasih-sayang itulah perasaan halus yang menghubungkan sesama manusia.

Kebijaksaannya pendakwah Kristian hari ini menekankan erti kasih-sayang sesama manusia menjadi faktor utama mereka berjaya menarik ramai orang2 yang dahagakan kasih-sayang. Agama itu dilihat lebih selari dengan fitrah jiwa manusia walaupun dari segi konsep ketuhanannya tidak selari dengan hukum alam.

Di kala umat Islam lebih menekankan perasaan benci dan permusuhan sesama mereka akibat perlbagai perbezaan pendapat dan amalan, pendakwah2 agama lain mengambil ruang kekosongan hati itu untuk menarik manusia ke agama mereka.

Nak salahkan pendakwah2 atau penganut agama lain pun tiada gunanya jika kita sendiri yang lalai untuk belajar menunduk dan merendah diri. Jangan tahu salahkan anak2 muda atau remaja yang menjauhi agama jika agama yang ditonjolkan adalah agama yang bangga diri, taksub, sempit, lembab, dan jauh daripada rasa kasih-sayang sesama manusia.

Tanya diri kita. Jika kita pun tak suka kalau orang lain berbangga diri, begitu juga perspektif orang lain terhadap kita.

Islam perlu diperindahkan kembali dengan perasaan kasih-sayang dan hidup merendah diri. Itulah sifat2 mulia orang Islam terdahulu yang mampu menarik berduyung-duyung manusia memasuki Islam.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Sun Jan 24, 2010 7:41 pm

Tuhan tidak membeza-bezakan kasih-sayang terhadap insan. Namun ada manusia yang menyangka mereka sahajalah kekasih-kekasihNya.

Telah jelas yang merendah diri dan yang berbangga diri. Yang hidup berpegang apa yang diketahui dan yang bersangka2 atas perbuatan orang terdahulu.

Apakah manusia menyangka apa yang tersembunyi di dalam dadanya tidak diperhitungkan?

Apakah mereka tidak mengambil pelajaran daripada kisah-kisah kaum2 sebelum mereka?

Berapa banyak kaum yang sombong dan berbangga diri yang lebih kuat daripada mereka telah Allah hancurkan sekelip mata?

Sedikit sekali manusia memikirkan.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Sun Jan 24, 2010 9:49 pm

Kalau kita tahu taktik Kristian dgn kasih sayang, ada kah kita masuk Kristian? Tidak.
Kalau masyarakat melayu tak berkasih sayang ada kah kita tukar agama kita? Tidak. Sebab yang menganjurkan supaya tak bersilaturahim itu bukan agama Islam, sebalik Islamlah yang menaikkan martabat wanita dan menjadikan lelaki sebagai pemimpin dan penjaga wanita, merapatkan yang kaya dengan yang miskin, taat dan bebuat baik kepada ibubapa. Berbaik dengan jiran walaupun lain agama. Bercakap dengan sopan, tidak menyakiti orang lain dengan lidah dan tangan. Membantu anak yatim, musafir yang kehabisan bekalan. Melayan tetamu.menghormati orang yang lebih berilmu. Taatkan pemimpin. Bersangka baik sesama islam dan memelihara ukhwah.
Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Kasih-sayang hendaklah diutamakan antara yang terhampir iaitu, suami atau isteri, ibubapa dan anak-anak, adik -beradik, saudara mara terdekat, saudara-mara jauh, jiran tertangga, masyarakat sekeliling dan seterusnya.
Jangan jadi punca putusnya silaturahim sebaliknya jadilah penyambung kepada silaturahim.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Sun Jan 24, 2010 9:56 pm

Kita hairan macam mana yang kata mereka Islam, rasa kasih sayang sesama manusia itu lebih rendah berbanding orang2 yang mereka kata "bukan Islam" itu. Mereka sibuk berpecah-belah kerana perbezaan amalan.

Kita hairan, macam mana yang kata mereka Islam, rasa sayang mereka pada ilmu dan kebijaksanaan lebih rendah berbanding orang2 yang mereka kata "bukan Islam" itu. Mereka termasuk dalam golongan yang lemah dalam bidang2 ilmu.

Kita hairan, macam mana yang kata mereka Islam, rasa sayang pada Al Quran jadi rendah. Kitab2 lain yang mereka utamakan berbanding Al Quran. Al Quran setakat dilagu2kan macam burung kakatua tidak faham apa yang disebutnya.

Kita hairan, macam mana yang kata mereka Islam, bila dinasihati secara umum yang berbeza dengan ajaran tradisi mereka, mereka mengamuk macam kaum2 musyrik terdahulu marah bila Rasul2 mereka tanya pasal ajaran tradisi mereka

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Sun Jan 24, 2010 11:00 pm

Kita tak perlu hairan, dengan iman yang lemah dizaman ini. Tentulah hasilnya tak seperti sepatutnya. Bukan agama Allah yang salah. Jangan lihat orang luar tetapi lihat dulu diri kita adakah kita mengamalkan Islam sepenuhnya? Adakah solat kita memberi kesan kepada cara hidup kita? Kalau kita belum pun melaksanakan dengan cara sebenarnya dan belum mendapat kesan darinya, kita sudah putus asa dan mencari cara lain, itu tidak bijak. Kelemahan iman bukan alasan untuk kita tidak mengamalkan Islam di zaman ini. Sebaliknya jika kita sayangkan Allah dan Rasul kitalah yang sanggup membela agama ini. Kita mesti mulai dalam diri kita dengan membentuk akhlak kita mencontohi akhlak baginda. Niat kita mencari kebenaran hakiki , bukan menang dalam pertandingan berhujah. Bagi saya biarlah kalah berhujah asalkan kita semua menemui kebenaran hakiki itulah cara orang yang merendah diri.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Sun Jan 24, 2010 11:16 pm

Agama Allah tak salah. Kalau agama Allah salah, sudah tentu alam semesta ini akan berpecah-belah.

Yang salahnya manusia yang pergi jadikan agama sebagai alat bermegah2. Kononnya mereka sahaja yang benar dan orang lain salah. Kononnya jadi macam mereka sahaja dapat petunjuk. Sebijik macam perangai kaum2 Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah.

Orang beriman akan solat sepanjang waktu dan mengikut cara yang Allah ajar kepadanya tanpa perlu bersangka2 dengan perbuatan orang2 terdahulu. Barulah rasa dekat dengan Allah. Barulah terasa kasih-sayang Allah kerana Dia ajar kita tanpa perantaraan manusia2 lain. Dia Maha Pemurah.

Saya juga bukan nak menang hujah. Saya nak merasai kasih sayang Allah yang dekat dan tidak perlukan perantaraan untuk menyembahNya.

Bukankah lebih terasa dekat dengan Allah bila kita menyembahNya tanpa persangkaan perbuatan orang lain? Tetapi yang nak menyembah guna cara tradisi, itu hak masing2. Macam orang2 Hindu dan Buddha yang menyembah guna cara tradisi mereka, kita pun takleh nak larang. Tiada paksaan dalam agama.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Mon Jan 25, 2010 10:30 am

Mengapa kita nak salahkan orang yang percaya pada akhirat. Mereka yang memilih akhirat dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada mereka. Mereka memberi kepada yang memerlukan.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Mon Jan 25, 2010 2:01 pm

Siapa pula nak menyalahkan orang yang percaya pada akhirat. Sebab orang yang percaya kepada akhirat, mereka akan beramal mengikut apa yang mereka tahu dan ada bukti2 yang jelas.

Orang yang tak percaya kepada akhirat sahaja beramal mengikut thaghut dan persangkaan. Sebab itu bila ditanya kenapa mereka buat sesuatu amalan, mereka akan cakap "sebab kami lihat bapa-bapa kami berbuat begitu". Macamlah bapa mereka akan tolong jawapkan soalan2 Allah pasal perbuatan masing2.

Tidakkah mereka memikirkan?

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Mon Jan 25, 2010 9:43 pm

Yang menjawabnya adalah amalan, kalau tiada amalan siapa yang nak jawab kerana mulut telah terkunci.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana


Number of posts: 453
Points: 788
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-07

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Tue Jan 26, 2010 12:40 am

Zulia wrote:
Yang menjawabnya adalah amalan, kalau tiada amalan siapa yang nak jawab kerana mulut telah terkunci.


jgn sampai setan yg tolong jawabkan . yg buat amalan yg sia2 akan menyalahkan setan kerana itulah yg dia nampak pada masa tu .
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Tue Jan 26, 2010 10:28 am

Al quran kata syaitan tolong jawabkan ke? Ni sumber dari mana pula?
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana


Number of posts: 453
Points: 788
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-07

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Tue Jan 26, 2010 12:20 pm

Zulia wrote:
Al quran kata syaitan tolong jawabkan ke? Ni sumber dari mana pula?


yup . baca la quran saudari
Back to top Go down
Zulia
Doktor Falsafah
Doktor Falsafah


Number of posts: 1236
Age: 29
State:
Points: 1559
Reputation: 3
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Tue Jan 26, 2010 2:32 pm

Tak kan di padang masyar syaitan membantu manusia utk menjawab bagi pihaknya. Abang bagilah tahu ayat mana?
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana


Number of posts: 453
Points: 788
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-07

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Tue Jan 26, 2010 5:07 pm

Zulia wrote:
Tak kan di padang masyar syaitan membantu manusia utk menjawab bagi pihaknya. Abang bagilah tahu ayat mana?


Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusia yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan),syaitan itu balik ke belakang seraya berkata : "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu; sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya. (QS. 8:48)
Back to top Go down
SangKribit
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 22
Points: 230
Reputation: 0
Registration date: 2010-02-07

PostSubject: Re: Islam dan kasih-sayang   Mon Feb 08, 2010 1:36 am

cik Zulia jangan terperngaruh dgn grup Submitters ni ...
mereka ni pengikut Kristian Coptic ... satu kepala dengan Nabi Palsu mereka @ Rashad Khalifa.

juak mereka di sini ialah TolokMinda www.aididsafar.com yng lari dari Canada macam anjing tersepit.

berhati2 cik Zulia, kalau lama2 dgn mereka ni kener gigit dapat penyakit 'pandai-pandai mereng'
Back to top Go down
 

Islam dan kasih-sayang

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-