HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
pelekat mutiara kata rampa kaabah speak diari teka pantun kuiz kisah video anti games sambung neraka nama bongsu anak teki kereta shirt akaun borak minda kita
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Islam Bukan Agama Paksaan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Islam Bukan Agama Paksaan   Mon Nov 09, 2009 11:25 am

Al Quran yang diajar oleh Allah kepada Nabi Muhammad diturunkan secara peringkat demi peringkat. Ini menunjukkan Islam adalah agama yang selari dengan tahap pemikiran manusia. Allah tidak memaksa Nabi Muhammad menurut segala perintahNya, melainkan Dia perjelasan apa buruk-baik sesuatu suruhan atau laranganNya.

Jadi, untuk menyampaikan kepada manusia lain, sudah pasti baginda juga tidak memaksa manusia menurut segala apa yang baginda sampaikan. Tetapi baginda perjelaskan secara berhemah apa hikmah di sebalik sesuatu yang disampaikan agar manusia mudah memahaminya apabila difikirkan. Yang tidak dapat menerima kebenaran yang baginda sampaikan hanyalah orang-orang yang menolak akalnya sendiri.

Jadi patutkah manusia itu menjadikan Islam itu agama paksaan? Bukankah itu sudah terang-terang berlawanan dengan ajaran Al Quran dan apa yang Allah lakukan kepada Nabi Muhammad sendiri? Menjadikan Islam itu agama paksaan itulah punca ramai orang Islam hari ini berhijrah kepada agama-agama lain yang mereka nampak lebih terbuka.

Jangan nak persalahkan mereka jika mereka berhijrah kepada agama lain yang mereka nampak lebih baik jika perangai buruk orang Islam hari ini menjadikan Islam itu agama yang sempit dan berbentuk paksaan. Renung balik apa yang telah orang Islam hari ini lakukan terhadap agama mereka.

Menjadikan Islam itu agama paksaan sebenarnya sudah tidak Islam lagi dan tidak mengikut apa yang Allah lakukan kepada Nabi Muhammad yang mengajar Islam secara peringkat dan dengan menunjukkan bukti yang logik difikirkan.

Jangan jadikan Islam hari ini sama seperti ajaran kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang menyempitkan agama Allah hanya mengikut pendapat ahli-ahli kitab dan alim ulamak mereka seolah-olah golongan itu sahaja ada hal eksklusif terdahap agama Allah.

Yang berkuasa menentukan keislaman seseorang adalah Allah. Sesama manusia hanya boleh mengaku mereka Islam, tetapi Allah jua yang tahu sejauh mana mereka mengamalkan Islam yang Allah kehendaki.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Wed Nov 11, 2009 8:35 am

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

Keindahan ajaran Al Quran terletak pada "tidak ada paksaan dalam agama". Bila masuk Islam yang sebenar itu, manusia tidak merasakan satu paksaan dalam kehidupannya.

Ketika ajaran-ajaran agama lain semuanya memaksa penganut mereka percaya dengan amalan turun-temurun mereka, Nabi Muhammad sampaikan Islam yang tiada paksaan. Semua yang mengaku Islam pada waktu itu bebas mengamalkan apa yang mereka tahu disamping sentiasa mempertingkatkan tahap pengetahuan masing-masing.

Kenapa Islam tidak memaksa? Ini kerana hidayah itu tidak boleh dipaksa-paksa dalam hati. Keupayaan manusia itu memahami beza di antara benar atau salah sesuatu perkara bergantung kepada tahap pemikiran mereka. Apabila sesuatu ajaran agama itu dipaksa-paksa, itu menunjukkan mereka sudah tidak mengikut fitrah kejadian yang Allah tetapkan. Dengan kata lain, mereka telah melawan ketetapan Allah.

Kalau tanya pada diri mereka sendiri, mereka pun tidak mahu dipaksa-paksa dalam hidup, kenapa pula mereka jadikan agama untuk memaksa orang lain menurut kata-kata mereka? Mereka mahu mengongkong kebebasan manusia mencari kebenaran? Apakah mereka takut ajaran turun-temurun mereka dibuktikan dusta seperti mana kaum Quraisy dahulu bertindak zalim kepda orang beriman dahulu untuk mencari kebenaran?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Fri Nov 13, 2009 2:39 pm

Artikel 18 dari "Universal Declaration of Human Rights" yang diterima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948 menyatakan;

Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.
(Setiap orang berhak untuk bebas berfikir, bersuara dan beragama, dan hak ini merangkumi kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, sama ada bersendirian atau bersama orang lain secara umum atau dengan sendirinya, untuk menyatakan agama atau kepercayaannya dalam mengajarkannya, beramal, beribadah dan kepatuhan kepada hukum).

Setelah lebih kurang 12 abad Nabi Muhammad menyampaikan Islam yang tidak ada paksaan, barulah rata-rata masyarakat seluruh dunia dapat menerima bahawa hak berfikir dan mempercayai pegangan yang benar dan baik itu adalah milik setiap individu. Ini kerana martabat manusia adalah tinggi kerana memiliki akal, maka sepatutnya tiada manusia menjadikan agama satu paksaan seperti perangai kaum-kaum terdahulu menjadikan agama itu satu paksaan.

Namun kini, ada segelintir manusia yang fanatik atau taksub dengan puak mereka (kononnya puak mereka sahaja betul dan puak lain hina) mahu menjadikan agama satu paksaan sehingga mereka menggunakan kuasa untuk menekan golongan yang berbeza fikrah dengan amalan nenek moyang mereka. Apakah mereka mahu dunia dikembalikan ke zaman Jahiliyiah di mana kaum Quraisy dahulu tidak dapat menerima orang yang beriman dan mencari kebebasan mengamalkan agama masing-masing, dan melakukan penyeksaan?

109.6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor


Number of posts: 3753
State:
Points: 2395
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Fri Nov 13, 2009 3:36 pm

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

Allah sudah menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada paksaan dalam beragama. Jadi, patutkah 'kuasa menangkap' itu menjadi milik mutlak golongan tertentu untuk menangkap orang yang tidak sealiran/ sefahaman dengan mereka? Bukankah perbuatan sedemikian seolah-olah ada unsur paksaan?

Atau, adakah mereka tidak memahami ayat di atas?
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Fri Nov 13, 2009 4:29 pm

57.25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab (logik) dan Timbangan (rasional) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongNya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Besi mempunyai struktur atom-atom yang membentuk ikatan yang kuat. Ia diciptakan secara logik dan mempunyai kadar ukuran yang tertentu supaya atom-atom besi berada di dalam keadaan yang seimbang (stabil). Dan kekuatan besi telah dipertingkatkan lagi oleh manusia yang dikurniakan ilmu dengan teknik pencampuran dengan unsur-unsur lain agar ikatannya antara atom-atomnya semakin kuat.

Begitulah dengan ikatan persaudaraan manusia. Ia mampu diikat dengan kebenaran yang dibuktikan secara logik, dan perlukan rasional dalam menghadapi perbezaan fikiran agar manusia menjadi umat yang kuat dan hebat. Perbezaan fikiran bukan sepatutnya melemahkan ikatan, sebaliknya menguatkan lagi.

Tetapi apabila manusia beragama tak guna logik lagi dan hilang rasional, maka berlakulah ketidakstabilan dalam kehidupan umat manusia bila berbeza pendapat. Mereka mula bertindak zalim dengan memisahkan ikatan sesama manusia hanya kerana perbezaan amalan turun-temurun.

Bagaimana boleh wujud lagi manusia yang tidak bertamadun sebegitu di zaman kecanggihan sains dan teknologi ini? Benarlah apa yang Al Quran khabarkan bahawa iblis memang akan menyesatkan anak-anak Adam sampai hari dibangkitkan kelak.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 318
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Tue Nov 24, 2009 8:28 pm

Quote:
256.
tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.



sesungguhnya ayat "tidak ada paksaan dalam ugama islam" ditujukan kepada orang bukan islam yang tidak mahu menerima islam.ia tidak terpakai kepada mereka yang telah beriman & mengaku islam.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor


Number of posts: 3753
State:
Points: 2395
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Tue Nov 24, 2009 10:21 pm

hilmi88 wrote:
Quote:
256.
tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.



sesungguhnya ayat "tidak ada paksaan dalam ugama islam" ditujukan kepada orang bukan islam yang tidak mahu menerima islam.ia tidak terpakai kepada mereka yang telah beriman & mengaku islam.


Adakah melalui penjelasan kamu ini bermakna kita dipaksa mengikut apa sahaja hukum/ fatwa/ pendapat daripada ulama-ulama?
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Wed Nov 25, 2009 8:22 am

Quote:
sesungguhnya ayat "tidak ada paksaan dalam ugama islam"


Orang bukan Islam itu di kira luar agama Islam. Mereka tak masuk ke dalam Islam lagi. Tetapi ayat tersebut mengatakan tiada paksaan dalam agama. Takkanlah tak tahu bezakan antara luar dengan dalam?

Yang mengatakan ayat tersebut ditujukan kepada orang bukan Islam adalah pendapat manusia sahaja. Kalau kita lihat ayat Al Quran tersebut secara jujur, sudah terang dan jelas ia menyebut "tiada paksaan dalam agama". Takkan ayat Al Quran itu nak diubah-ubah untuk memadamkan kebenaran?

Ingatlah, ketika Rasulullah menyebarkan Islam, baginda ditentang oleh orang kafir Quraisy. Orang kafir sahaja yang suka buat paksaan dalam agama. Jadi, takkanlah Nabi Muhammad nak sebarkan agama yang memaksa penganutnya pula? Bukankah itu sudah tidak membezakan apa itu Islam dengan agama-agama dusta yang lain?

Dan kalau kita setakat mengaku sahaja Islam, tetapi tiru kembali perangai kaum kafir Quraisy itu, di mana nilai keislaman kita yang sebenarnya. Fikir-fikirkanlah.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3883
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Islam Bukan Agama Paksaan   Wed Nov 25, 2009 8:37 am

Kalau kita renungkan, ayat 2:256 itu ada kaitannya dengan ayat di bawah;

17:36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya.

Jika dalam agama Islam dipaksa-paksa, macam mana orang Islam dan beriman itu hendak menjauhi sesuatu yang dia tidak punyai pengetahuan? Dan macam mana pula manusia itu hendak menapis ajaran-ajaran dusta daripada masuk ke dalam jiwa?

Ajaran Islam ada kaitannya dengan membersihkan jiwa. Manusia memerlukan waktu untuk berfikir dan mencari bukti kebenaran agar tidak menelan segala ajaran-ajaran dusta gara-gara menurut membuta-tuli.

Di sinilah kita nampak logik kenapa dikatakan "tiada paksaan dalam agama". Itu menunjukkan Islam yang sebenar memahami keperluan rohani manusia untuk menolak ajaran-ajaran dusta.

Setiap manusia memerlukan bukti logik dalam membezakan apa itu benar dan apa itu dusta. Logik itulah yang menjadikan manusia itu mengetahui sesuatu perkara (memahami). Bila kita tahu sesuatu perkara, kita mudah bergantung kepada diri sendiri.

Nak menjawab soalan Allah di akhirat kelak, bukannya para ulamak itu yang akan tolong jawabkan. Lainlah ulamak itu ada tiket nak izinkan kita masuk syurga. Malangnya nasib mereka di sana pun tak tentu lagi. Jadi, bukankah penting dalam hidup ini kita berpegang pada sesuatu yang ada bukti kukuh selaras dengan ayat 17:36 di atas?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Islam Bukan Agama Paksaan

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic