| Pengumuman Terkini | Tiada pengumuman terkini.
*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com
|
| Who is Online ? | In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm |
| Statistics | We have 879 registered users The newest registered user is kkk369
Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
|
| Top posters | | Admin (3753) | | | mekganu (3628) | | | penditaputra (3027) | | | tokkmudim (2844) | | | Juang (2737) | | | Kalam (2630) | | | myra_roses (2534) | | | zafran0512 (2315) | | | FeLiSeWoMaN (2310) | | | tajuNM (2159) | |
|
| Poll | | | FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok? | | Sangat minat | | 66% | [ 4 ] | | Bolehlah | | 33% | [ 2 ] | | Sikit-sikit | | 0% | [ 0 ] | | Tak minat langsung | | 0% | [ 0 ] |
| | Total Votes : 6 |
|
| September 2010 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | Calendar |
|
| | | Author | Message |
|---|
Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Islam Agama Realistik Tue Jun 30, 2009 8:20 am | |
| Islam adalah agama yang paling realistik dalam semua agama. Semua ajarannya memang boleh dilihat secara logik. Malangnya, sekarang ini ramai umat Islam terpengaruh dengan fahaman tidak realistik yang dibawa masuk dalam ajaran Islam sehingga menjadikan agama itu dilihat sempit, lemah dan memecah-belahkan ummah. Ajaran yang realistik itu hakikatnya datang daripada Allah sebab Allah cipta alam ini secara real, logik, jelas dan nyata. Kewujudan bumi bukannya suatu yang magik atau sihir. Ada hukum-hukum yang menentukan kewujudan setiap yang ada di antara langit dan bumi. Tetapi semua ini gagal difahami oleh umat Islam sekarang gara-gara terpengaruh dengan ajaran tak masuk akal dan tiada bukti- bukti yang realistik. Contohnya, perihal balasan pahala dan dosa, ia memang terjadi secara nyata sejak di dunia lagi. Nak fahami apa itu pahala dan dosa, kita boleh lihat pedoman dari Rasulullah. Sebagai seorang Rasul, tanda-tanda baginda seorang yang banyak dapat pahala adalah dengan terhasilnya ayat-ayat (Al Quran) yang menjadi sumber inspirasi kepada generasi seterusnya. Itulah tanda orang yang banyak dapat pahala. Balasan pahala itu Allah bagi dalam bentuk yang realistik, di mana kita boleh lihat tanda-tanda manusia itu banyak dapat pahala. Orang yang banyak dapat dosa pula, mereka tidak mampu membawa ayat-ayat yang benar, melainkan hanya suka mencela, mengumpat, memfitnah, mengeji dan memecah-belahkan ummah. Itulah tanda-tanda orang yang banyak dapat dosa biarpun kononnya mereka kata mereka solat macam cara Nabi. Sebab itu Rasulullah cabar orang kafir itu bawakan Kitab seperti Al Quran dari segi mutu pengajarannya, mereka terdiam sepi. Ini menunjukkan orang yang banyak berdosa, mereka tidak mampu menghasilkan output yang berunsur benar dan mengandungi pelajaran berguna. Oleh kerana balasan pahala dan dosa itu boleh dilihat kesan atau tanda-tandanya, maka mudah untuk kita menilai diri kita sendiri. Jika kita seorang yang sedikit sekali membawa kata-kata yang benar dan menjadi sumber inspirasi, hakikatnya kita seorang yang kurang pahala. Sebab akhlak kita tidak sama macam Rasulullah. Sekadar buat gerakan ibadat yang kononnya ikut cara Rasulullah, tetapi akhlak macam syaitan (suka berpecah-belah), apa erti gerakan tersebut? Di sinilah kita nampak betapa pentingnya manusia itu menilai akhlak, bukannya cara semata-mata. Nak cari akhlak Rasulullah, daripada Al Quran tempatnya. Ramai yang terkial-kial mencari riwayat hadis kerana mereka nak tiru cara ibadat Rasulullah kononnya, padahal Al Quran tidak pernah kata Nabi Muhammad pun tiru cara ibadat para Rasul terdahulu. Yang baginda ambil adalah pedoman dan akhlak kisah para Rasul terdahulu. Mesej dari Al Quran inilah yang gagal diterima oleh sebahagian besar umat Islam sekarang sehingga mereka nampak Islam itu ajaran yang mengejar cara agar sama macam Rasulullah sahaja. Mereka beragama memandang pada zahir bukan pada nilai akhlak. Malah ada yang anggap Islam datang dari Arab sahaja. Segala unsur yang datang dari tanah Arab, mereka kata itu Islam. Yang datang dari Barat, mereka kata itu sekular. Padahal mereka sendiri hidup memisahkan agama dengan sains. Mereka tidak sedar, fahaman sebegitulah yang dimiliki oleh orang Nasrani terdahulu yang anggap segala yang datang dari Nasara (tempat kelahiran Nabi Isa) itu Islam dan Nabi Isa itulah Rasul terakhir yang tiada ada Rasul selepas baginda. Memang jelas fahaman kaum Nasrani terdahulu sudah meresap dalam umat Islam sekarang yang anggap Nabi Muhammad itu Rasul terakhir, sedangkan Al Quran tidak pernah mengatakan sedemikian. Akibatnya umat Islam sekarang jadi taksub pada Nabi Muhammad seorang, padahal Nabi Muhammad sendiri tidak taksub pada mana-mana Rasul terdahulu sebelum baginda. Baginda bawa semua pedoman para Rasul terdahulu tanpa berkata baginda bersolat macam cara seseorang Nabi. Macam mana ajaran taksub pada seseorang Nabi itu boleh meresap dalam umat Islam sekarang? Sama macam mana ajaran taksub pada Nabi Isa meresap dalam kaum Nasrani terdahulu. Semuanya gara-gara ajaran ahli-ahli kitab, tok guru, ulamak atau pendeta yang mengambil sesuatu yang dusta (tidak realistik) untuk dijadikan ajaran atas nama agama yang benar. Kalau sudah nama agama yang benar, sepatutnya ajaran itu disokong dengan bukti yang nyatal. Bila ada bukti yang nyata berupa hukum alam yang tidak boleh dipalsukan, maka terserlahlah sesuatu kebenaran. Sebab itu para Rasul menyampaikan kebenaran bersandarkan bukti-bukti hukum alam. Dan kesan umat Islam sekarang ramai dah jadi macam kaum Nasrani dahulu adalah mereka jadi lemah pemikiran sehingga ketinggalan jauh dalam bidang ilmu macam Zaman Gelap Eropah. Agama dikongkong oleh ulamak yang memisahkan sains dan agama. Masyarakat jadi kucar-kacir dengan macam-macam masalah sosial, baik dari yang muda-muda sampai ke tua. Semua ini kita boleh dengar dalam masyarakat Melayu yang kononnya beragama macam Nabi. Itulah balasan Allah kepada kaum yang menolak hukum Allah (tidak taat pada hukum alam). Hukum alam ini Allah tetapkan selari dengan akal manusia. Sebab itu biarpun hukum alam itu tidak nampak guna mata kasar, tetapi melalui suluhan akal fikiran, mata hati manusia itu akan nampak hukum tersebut berdasar tanda-tanda kewujudannya. Macam hukum graviti, biarpun tidak nampak guna mata kasar, tetapi tanda-tandanya ada iaitu semua objek yang dalam kawasana tarikan graviti itu akan tertarik ke arah bumi (jatuh ke bumi). Sama macam Allah juga, biarpun mata kasar tak nampak Allah, tetapi kewujudan Allah itu boleh dilihat guna mata mati dengan melihat tanda-tanda adanya Allah yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta ini, sebab tiada ada hukum alam menetapkan sesuatu sistem boleh teratur dengan sendirinya. Jika ada sistem boleh wujud dengan sendirinya, sudah pasti kita boleh jumpa sebuah kilang membuat kereta yang tidak dikawal oleh manusia yang wujud dan beroperasi secara sendiri. Tetapi semua ini tidak terjadi sebab hukum alam sudah menetapkan, sesuatu sistem pasti ada pengawalnya. Dan sistem alam semesta ini, Allah itulah Pengawalnya. Semua ini mudah difahami secara logik sahaja. Tetapi sebab ada tok guru yang menjadikan agama itu ajaran yang kompleks dan tak masuk akal, maka agama jadi susah. Sudahlah susah, melemahkan dan memecah-belahkan ummah pula tu. Oleh kerana kita sudah nampak betapa mudahnya Islam yang sebenar, ayuh mari kita tinggalkan ajaran nenek moyang yang memudaratkan itu. Kita sudah ada bukti kukuh nak bawa di hadapan Allah kelak, kenapa kita tinggalkan ajaran nenek moyang itu seperti mana Rasulullah sendiri meninggalkan ajaran nenek moyangnya yang merosakkan sistem kemanusiaan. Hukum alam yang pertama wajib kita taati adalah kena bangunkan pemikiran jika mahu hidup secara selamat. Sebab itu masa kita kecil, Allah sudah bangunkan pemikiran kita agar otak kita mampu belajar untuk tahu menggerakkan tangan, kaki, mulut dan segala anggota badan. Dari kecil lagi Allah sudah "install" ilmu yang membolehkan kita tahu menggerakkan anggota badan kita. Namun ramai yang lalai untuk terus belajar bila disogok dengan ajaran yang memisahkan agama dengan hukum alam. Mereka mula lihat agama itu buat ibadat ritual, dan mencipta teknologi tidak dikira aktiviti agama, padahal dalam Al Quran sebut pasal para Rasul yang ada kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Begitulah syaitan menyesatkan sesuatu kaum dalam beragama sehingga kesannya mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah biarpun solat mereka seragam caranya. Kembalilah kepada agama yang realistik yang disokong bukti yang nyata itu hukum-hukum alam. Hukum alam, manusia tidak boleh mendustai biarpun mereka berstatus ulamak atau tidak. Jadi agama kita akan terpelihara dari pendustaan golongan yang berstatus sebegitu. Allah sahaja Pemelihara yang sebaik-baiknya. Puji-pujian bagi Allah.  |
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2466 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Wed Jul 01, 2009 11:26 pm | |
| Syahadah Yang Realistik
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
40:62. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
Syahadah yang realistik bukan setakat melafaz nahu Arab "Laailahailallah..." semata-mata, tapi yang penting sekali membenarkan dalam hati untuk tunduk kepada Allah sahaja.
Apa maksud tunduk kepada Allah semata-mata? Tunduk kepada segala ketetapan yang wujud di alam semesta ini. Itulah bukti seseorang itu tunduk kepada Allah. Umpamanya Allah sudah tetapkan bahawa untuk bangunkan pemikiran, kena rajin belajar. Tidak wujud hukum alam membenarkan golongan pemalas berfikir dan belajar akan terbangun mentaliti mereka. Tetapi ramai yang tidak taat pada hukum alam ini gara-gara beragama secara menurut membuta-tuli.
Ramai manusia jadi kafir gara-gara mereka lebih takut dan tunduk kepada kata-kata tok guru mereka berbanding apa yang Allah tetapkan. Biarpun kata-kata tok guru mereka itu tiada bukti berupa hukum alam, mereka main pakai terima sahaja membuta-tuli seolah-olah tok guru mereka itu tuhan selain Allah. Bagaimana mereka boleh dipalingkan dari agama yang lurus?
Apa kesan yang jelas seseorang itu terima apabila dia mengaku bahawa hanya Allah sahaja pembuat ketetapan di alam semesta ini untuk ditaati? Kehidupan manusia itu akan dikurniakan ketenangan dan kemudahan dalam beragama. Sebab hukum alam itu mudah sahaja. Ia berdasarkan logik sahaja seperti logik 1 dan 0 di dalam komputer. Sebab itulah dikatakan Islam itu mudah. Tiada gerakan ritual yang diada-adakan atas nama seseorang hamba Allah. Cukuplah dengan belajar untuk tunduk kepada hukum alam ini, sesuai dengan suruhan Al Quran agar manusia belajar dan selalu berfikir. Cukup mudah Islam yang realistik itu.
Apa kesan yang jelas seseorang yang engkar kepada hukum alam Allah ini? Kehidupan manusia itu akan jadi sempit dan agama jadi susah. Ini kerana mereka mula tunduk kepada macam-macam sumber selain yang Allah tetapkan. Mereka mula mengada-adakan ketetapan yang tidak Allah tetapkan semata-mata kononnya nak ikut cara seseorang hamba Allah.
Mereka mula tunduk pada riwayat atas nama seseorang Nabi, imam terdahulu atau tok guru yang mereka dewa-dewakan. Segala kata-kata yang diriwayatkan, terus mereka terima tanpa banyak berfikir lagi. Tanpa disedari, gara-gara beragama tak guna akal, umat mereka jadi lemah berfikir dan mudah berpecah-belah. Sebab orang yang rendah mentaliti sahaja yang suka berkelahi. Macam kita tengok budak-budak kecil yang suka bergaduh kerana tahap mentaliti mereka rendah. Cuba tengok perangai orang tua Melayu yang sibuk berkelahi berebut kuasa. Macam budak-budak!
46:13. Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah", dan kemudian meneguhkan, maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
Jadi barangsiapa yang mentaati sesuatu yang Allah tetapkan (ada hukum alam sebagai bukti), dan meneguhkan kebenaran itu, maka Allah akan hilangkan ketakutan dalam hati mereka dan tiada mereka merasa sedih. Sebab itulah bila berhujah, mereka mudah mematahkan hujah kaum yang mensyirikkan Allah itu bagi membuktikan kebenaran yang Allah datangkan. Janji Allah adalah benar.
Sudah pasti di mata orang kafir itu, apa yang disampaikan oleh golongan beriman yang disokong oleh hukum alam itu tidak benar sebab tak sama macam ajaran nenek moyang dan tok guru mereka. Itu memang lumrah dalam berjuang. Para Rasul terdahulu pun dituduh sesat oleh kaum kafir terdahulu. Mana ada kaum kafir nak kata Rasul mereka benar biarpun para Rasul itu berhujah dengan bukti yang logik difikirkan? Itu Rasul yang dikurniakan Kitab pun dituduh sedemikian rupa, apalagi kita yang membenarkan Kitab-kitab Rasul terdahulu.
Gara-gara kaum kafir itu beragama tanpa berfikir, maka segala yang logik ditolak tepi, tetapi kata-kata tok guru mereka yang tak masuk akal (tiada hukum alam sebagai bukti) pula yang mereka turuti. Kesannya, tahap mentaliti mereka jadi rendah, dan kehidupan mereka persis binatang ternak. Patutlah umat mereka disembelih di merata dunia gara-gara beragama secara b0doh. Bukankah binatang ternak sahaja yang layak disembelih? _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Thu Jul 02, 2009 8:41 am | |
| Solat Yang Realistik
24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.
Apabila semua makhluk yang Allah cipta mentaati tujuan ia diciptakan, ia sudah dikira menyanjung Allah. Bayangkan matahari dengki kepada manusia yang diangkat sebagai khalifah seperti mana iblis mendengki, tidak mustahil sistem solar kita tidak mengikut ketetapan Allah. Tetapi sebab matahari tunduk berserah diri kepada Allah untuk berfungsi sebagai matahari, maka ia terus bersinar tanpa penat dan lelah. Dan matahari itu sudah dikira menyanjung Allah.
Bayangkan burung-burung engkar untuk jadi burung dan hanya berjalan di bumi sebab nak jadi macam manusia, sudah pasti alam ini tiada serinya. Tetapi sebab burung-burung tunduk pada perintah Allah untuk kembangkan sayapnya, maka ia sudah dikira menyanjung Allah. Dan segala perbuatan mereka untuk terus tetap pada fungsi masing-masing, itulah dinamakan solat. Dan Allah Mengetahui apa yang semua makhlukNya lakukan.
Malangnya ada manusia, sebab tidak faham erti solat, maka mereka tidak tahu apa kaitan solat dalam kehidupan mereka. Allah jadikan manusia sebagai khalifah yang mempunyai akal yang mampu mengkaji ilmu Allah, mereka jadi pemalas belajar kerana beranggapan ilmu alam itu untuk dunia dan tiada kaitan dengan akhirat. Akibatnya, umat mereka jadi kaum yang lemah dan ketinggalan dalam bidang ilmu kerana merasakan solat yang mereka buat kononnya ikut cara Nabi itulah erti solat yang sebenar dan tidak perlu sumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia.
Melihat keadaan umat Islam sekarang yang tidak berakhlak macam Nabi, membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana erti solat yang sebenar atau lebih realistik?
Dengan memahami ajaran Al Quran yang menekankan kepada berfikir dan belajar, sudah pasti solat adalah perbuatan yang berkaitan dengan mengembangkan akal sebab tiada makhluk Allah yang lain mempunyai akal yang boleh berkembang seperti manusia. Sebab itu kita lihat makhluk-makhluk lain tidak mampu mencipta teknologi. Kepandaian menggunakan unsur-unsur alam semesta ini dan mencipta sesuatu yang memudahkan kehidupan itulah ciri-ciri yang ada pada manusia.
Jadi segala perbuatan yang menjadikan manusia itu berfungsi mengikut tujuan ia diciptakan (seorang yang bijak ilmu alam dan pandai mencipta), itulah solat bagi manusia. Nak bijak ilmu alam dan pandai mencipta, sudah pasti memerlukan manusia itu rajin berfikir dan berani bereksperimen. Allah tidak pernah beri kepandaian mencipta kepada manusia yang pemalas belajar, sebab hukum alam sudah menetapkan, manusia yang pemalas belajar akan jadi b0doh. Mana ada ajaran seseorang Rasul menggalakkan kepada keb0dohan?
Jadi, solat yang realistik itu memang memberi kesan kepada manusia jika membuatnya atau meninggalkannya. Orang yang rajin bersolat (perbuatan mengasah minda), mereka akan jadi bijak dan berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi jika mereka malas dan meninggalkan solat sebegitu, dengan nyata Allah akan jadikan mereka kaum yang lemah. Di dunia lagi Allah sudah bayar balasan pada solat yang realistik itu.
Tetapi cuba kita lihat solat ritual yang kononnya ikut cara Nabi. Sama ada dibuat atau tidak, tiada apa-apa kesan yang real (nyata). Baik yang buat atau tidak, mereka masih boleh buat kerja-kerja mungkar seperti berpuak-puak dan berpecah-belah atas nama agama. Dengan kata lain, solat ritual mereka itu tidak mencegah mereka dari kemungkaran. Mereka main buat atas alasan nak jaga rukun Islam, tetapi mereka tidak fikir nak jaga kesatuan manusia. Sesama umat mereka yang solat seragam pun mereka boleh berkelahi macam budak-budak tak matang akal.
Tetapi bila kita nampak bahawa solat yang sebenarnya bagi manusia adalah perbuatan yang mengasah minda dan menimba ilmu, manusia itu kena lawan penyakit hati sebab ilmu tidak akan masuk dalam hati yang berpenyakit. Manusia itu kena tekun (kusyuk) dalam membuat latihan agar mahir sebab kemahiran memang memerlukan ketekunan. Seterusnya membentuk jiwa yang sabar sebab kejayaan sesuatu bidang bukannya datang sekelip mata. Ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk mengurangkan aktiviti yang sia-sia dan memperbanyakkan aktiviti yang mengasah minda.
Minda tidak akan berkembang dan terasah jika tidak tunduk kepada hukum alam. Sebab itu ilmu seperti sains dan matematik mampu mengasah minda manusia sebab ia tunduk kepada hukum alam. Akal itu sendiri patuh kepada logik yang ada hukum alam sebagai bukti. Sebab itu, biarpun hati orang kafir mengengkari hakikat sesuatu kebenaran, tetapi mereka tidak mampu mendustai akal mereka sendiri bila mencapai logik. Inilah yang menyebabkan orang kafir itu jadi takut dan melarikan diri untuk mendengar kebenaran yang mereka tidak mampu patahkan.
17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.
Cuba kita renungkan, kenapa solat digalakkan dilakukan selepas terbenam matahari dan kemudian dikaitkan pula dengan membaca di waktu awal pagi? Inilah yang menunjukkan solat itu aktiviti untuk mengasah minda, sebab pada waktu tersebut rata-rata manusia berkelapangan masa dan berada di rumah. Jadi mudah untuk luangkan masa berlatih dalam bidang yang diminati, kerana waktu siang sibuk mencari rezeki.
Kemudian, pada waktu awal pagi, disuruh pula membaca kerana otak tengah "fresh" untuk berfikir dan mengkaji. Ilham akan jadi berjela-jela di awal pagi. Maknanya, solat yang realistik menghasilkan output yang realistik juga.
Tetapi solat ritual yang kononnya ikut cara Nabi, tiada perkaitan dalam kehidupan realiti manusia. Buktinya, lihatlah perangai umat Islam sekarang yang ketinggalan jauh dalam bidang ilmu. Hukum alam sudah menetapkan, apabila manusia itu tiada kerja nak buat (gara-gara pemalas berfikir), mereka akan sibuk berpecah-belah sesama sendiri gara-gara berbangga diri kononnya puak mereka lebih Islamik berbanding puak yang tidak ikut cara mereka.
Kesimpulannya: Solat yang realistik bagi manusia adalah aktivti belajar dan berfikir sebab kesan melakukan atau meninggalkannya memang boleh kita lihat dengan bukti-bukti yang jelas. Ada hukum alam menetapkan kesan bila bersolat secara realistik. Bukankah para Rasul itu menyampaikan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas?
Hasil solat yang realistik adalah menjadikan seseorang manusia itu bersabar dan merendah diri, ini kerana orang yang rajin belajar dan tinggi ilmunya sahaja akan kuat kesabaran dan merendah diri. Itulah logik ibadah solat dalam agama yang realistik ini.
2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati (merendah diri),
2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Thu Jul 02, 2009 3:16 pm | |
| Puasa Yang Realistik
Jika solat yang realistik berfungsi untuk mendidik jiwa jadi seorang yang sabar, maka puasa bertujuan menjadikan manusia itu seorang yang bertakwa.
2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.
Bagaimana ketakwaan seseorang manusia itu boleh dilihat secara jelas? Tanda-tandanya adalah apabila manusia itu menjadi seorang yang adil.
5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlaku adillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.
Untuk menjadi seorang yang berilmu, penilaian manusia itu kenalah adil (rasional). Selagi ada kepuakan atau prejudis pada sesuatu kaum, manusia itu sukar nak berlaku adil. Sebab itulah perjuangan para Rasul memecah tembok perkauman, agar membina masyarakat yang adil dan saksama dalam menilai.
Bagaimana puasa mendidik jiwa agar jadi seorang yang adil? Sama seperti ibadah-ibadah lain, semuanya ada kaitan dengan akal, kerana tidak mungkin manusia akan berlaku adil jika akalnya cetek dan tidak waras.
Dari segi jasmani, puasa akan mengurangkan pengambilan lemak dalam permakanan dan tubuh badan. Dengan mengurangkan kuantiti input, maka lemak-lemak dalam tubuh badan akan menyusut bila diguna-pakai dalam aktiviti harian. Ini akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan terutama ke bahagian otak agar manusia itu mudah berfikir.
Berpuasa selama sebulan memang terbukti mengurangkan lemak dalam badan. Jika selepas bulan puasa, manusia itu terus istiqomah menjaga permakanannya, maka berat badannya akan terkawal. Ini akan menambah tahap kesihatan agar manusia boleh guna nikmat kesihatan itu untuk memerah inspirasi bagi menyedarkan manusia lain agar kembali mentauhidkan Allah (taat pada apa yang Allah tetapkan).
Perjalanan darah yang tersekat oleh lemak menyebabkan kekurangan oksigen sampaikan otak dan manusia itu mudah mengantuk. Sudah tentu aktiviti berfikir akan jadi terbatut bila otak tidak dapat bekalan oksigen yang cukup dan rasa nak tidur sahaja.
Jadi, dengan mengurangkan kuantiti lemak dalam badan dengan cara berpuasa, manusia mudah berfikir dan mudah dapat ilham yang berjela-jela seperti Al Quran. Semakin rajin berfikir, semakin adil penilaian seseorang manusia itu.
Itulah hukum alam yang Allah tetapkan dalam diri manusia yang ramai tidak menyedari perkaitan ini. Akibatnya, mereka berpuasa sekadar nak cukup rukun, dan hidup dalam kelembapan otak. Bila berbuka puasa, mereka melantak macam esok tak jumpa makanan lagi. Itulah hasil ajaran agama yang tidak mengikut hukum alam. Main pakai buat kerana taksub kata-kata tok guru yang kononnya mereka itulah ikut cara Nabi.
Nak tahu sesuatu cara itu benar-benar macam Nabi, lihatlah pada outputnya. Jika akhlak mereka jauh dari Al Quran, hakikatnya mereka tidak mencontohi Nabi pun. Nabi itu seorang yang rajin berfikir dan membuktikan hasilnya iaitu Al Quran. Tetapi mereka yang beragama main pakai buat tanpa menilai akhlak yang mereka hasilkan itu tidak pun jadi seorang yang rajin berfikir dan menyampaikan ilham, sebaliknya mereka membuang masa dengan hidup secara malas, lalai dan berpecah-belah sesama sendiri.
Kesimpulan: Puasa yang realistik akan melancarkan peredaran darah agar oksigen mudah disampaikan ke otak agar manusia itu mudah belajar dan berfikir. Bila rajin berfikir, tahap mentaliti akan ditinggikan dan timbangan semakin adil (rasional). Oleh kerana adil itu dekat kepada takwa, maka puasa yang difahami logiknya itu akan menjadikan manusia itu seorang yang bertakwa.
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Fri Jul 03, 2009 8:32 am | |
| Zakat Yang Realistik
Jika kita kaji Al Quran, banyak kita jumpa ayat yang mengaitkan zakat dengan solat.
4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang mendalam ilmunya, dan orang-orang mukmin yang mempercayai apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itulah Kami pasti akan memberikan upah yang besar.
5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya (beriman) yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka tunduk (kepada hukum alam).
Apa rahsianya dikaitkan zakat dengan solat? Apabila kita fahami solat itu adalah belajar agar jadi seorang yang berkemahiran tinggi, kita akan nampak Allah murahkan rezeki kepada manusia yang ada ilmu berbanding yang pemalas belajar. Maknanya, apabila manusia itu ada kepakaran, pasti ada jalan yang memurahkan rezeki untuknya.
Oleh kerana Islam mendidik manusia agar tidak lupa diri dengan kemewahan, di sinilah letaknya fungsi zakat secara realistik. Zakat itu mengimbangi kekayaan yang dimiliki agar manusia itu bersih jiwanya dan tidak gila kejar harta benda.
Sering kali manusia terleka dengan kemewahan dan harta benda. Akibatnya mereka mula lalai dari belajar dan menghabiskan masa untuk berjoli sakan dan bermegah-megahan dengan harta benda. Sudahlah mereka jadi b0doh balik sebab kembali malas belajar, kemudian rezeki yang dikurniakan oleh Allah dibazirkan untuk memuaskan nafsu materialistik mereka. Ini boleh kita lihat dalam masyarakat Melayu yang sering terleka dengan gaji lumayan yang mereka dapat sehingga hidup secara lalai.
Jadi, zakat membolehkan manusia itu sedar diri bahawa yang mengurniakan rezeki kepada mereka adalah Allah. Jadi, gunakanlah rezeki itu pada jalan Allah dengan membantu manusia yang susah.
Manusia yang susah itu bukannya manusia yang ada keupayaan diri tetapi pemalas belajar. Golongan yang susah yang perlu ditolong adalah mereka yang ada keinginan memperbaiki nasib diri untuk belajar. Jika orang pemalas diberi subsidi zakat, mereka akan gunakan untuk menambah kepemalasan seterusnya menyebabkan orang lain pun malas nak belajar dan berusaha. Ini akan meruntuhkan sistem masyarakat bila yang pemalas belajarnya ramai.
Ini yang boleh kita lihat pada perangai orang Melayu. Sebelum ini kerajaan beri biasiswa (subsidi) untuk menggalakkan anak Melayu jadi bijak. Namun ramai yang sudah kaya-raya mula hidup lalai dan ada yang tidak bersyukur dengan pemimpin sendiri kerana mengajak berpecah-belah berebut kuasa. B0doh punya Melayu!
Sebab itu selain menunaikan zakat, seseorang yang berilmu kena sedarkan masyarakatnya untuk bangkit jadi manusia yang rajin belajar kerana Allah janjikan kemurahan rezeki kepada orang yang berilmu tinggi. Tapi janganlah nak kejar ilmu kerana mengharapkan kekayaan dan kemewahan, tetapi carilah ilmu untuk memakmurkan kehidupan manusia sebab ganjaran kepuasannya lebih dirasai berbanding belajar semata-mata nak jadi kaya.
Begitulah logiknya ayat Al Quran dan pengajarannya bila kita fahami sesuatu ibadah atau suruhan Allah itu secara yang logik dan realistik. Memang kita boleh nampak perkaitannya dalam kehidupan di dunia, kerana turunnya Al Quran agar manusia ambil pedoman untuk menjalanan kehidupan di dunia dengan penuh kebaikan.
Tetapi orang pemalas belajar, mereka anggap ajaran Al Quran itu untuk buat ibadat ritual yang dianggap itu sahaja untuk akhirat. Padahal di sisi Allah, dengan rajin belajar, dan gunakan ilmu yang Allah berikan untuk memakmurkan alam ini, itulah sebenar-benarnya ibadah untuk akhirat. Sebab itulah golongan yang berilmu dan memakmurkan bumi itu tidak hidup secara lemah dan berpecah-belah. Oleh kerana mereka berilmu, mereka mudah bersatu dengan semua bangsa di dunia.
Malangnya golongan yang anggap buat ibadat ritual itulah yang selalu berpecah-belah sesama mereka biarpun kononnya cara solat mereka macam Nabi. Alangkah memalukan bila melihat akhlak mereka itu. Cakap ikut cara Nabi, semua orang boleh cakap. Tapi nak membuktikan akhlak macam Nabi itu hanya orang yang tunduk kepada hukum alam sahaja mampu lakukan. Sebab itu mana ada kisah para Nabi atau Rasul yang mengengkari hukum alam. Malangnya kaum yang kononnya solat macam Nabi itu sekarang yang ramai mengengkari hukum alam. Mereka pemalas belajar sains sehingga ketinggalan dalam banyak bidang ilmu.
Biarpun mereka ada sistem zakat, tetapi itu tidak mampu mengeluarkan mereka dari kelemahan dan kemunduran. Ini kerana duit zakat itu bukan digunakan untuk menggalakkan masyarakat mereka rajin belajar sains, tetapi digunakan untuk bermegah-megahan dengan harta benda. Mereka berlumba-lumba nak tunjuk kekayaan berbanding orang Barat, sedangkan orang Barat itu kaya kerana mereka berilmu sains dan teknologi.
Kesimpulan: Zakat bertujuan mengimbangi rezeki yang dimurahkan bila manusia itu berilmu tinggi (setelah solat secara realistik). Supaya manusia tidak gunakan kekayaan untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah dengan harta benda yang dibeli dari teknologi Barat itu.
Alangkah memalukan, mereka kata orang Barat itu kafir, tetapi mereka yang gila beli produk-produk Barat untuk bermegah-megahan sesama sendiri sehingga mereka jadi lalai untuk memikirkan kenapa Allah bijakkan orang Barat itu dan b0dohkan kaum mereka itu, biarpun kononnya cara solat mereka macam cara Nabi. Sedangkan Nabi itu seorang yang bijak kerana suka berfikir pasal alam. |
|  | | Adli Profesor Madya


Number of posts: 1848 State:  Points: 2466 Reputation: 4 Registration date: 2008-04-13
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Sat Jul 04, 2009 2:18 pm | |
| Ajaran agama yang realistik menjadikan seseorang manusia itu ada kenal dirinya. Seperti Rasulullah, biarpun berketurunan Arab yang ketika itu mereka adalah kaum yang ummiy (buta petunjuk Allah kerana tiada Kitab), tetapi baginda tetap dengan jiwa Arabnya untuk membuktikan kebenaran tanpa perlu jadi macam kaum Yahudi dan kaum Nasrani.
Sepatutnya orang Melayu pun kena jadi macam Rasulullah juga. Biarpun orang Melayu ummiy (tiada Kitab), tetapi dengan jati diri Melayunya pun boleh buktikan keislamannya tanpa perlu meniru budaya Arab.
Bukankah Islam itu universal? Tidak kira datang dari Barat atau Timur, segala yang baik itu hakikatnya adalah Islam. Sebab itu Nabi Muhammad tidak kekok pun nak terima kebenaran dari ajaran Nabi dari kalangan bani Israel sekali pun sebab pemilik kebenaran itu adalah Allah, bukan milik ahli kitab atau golongan "ahli sunnah".
Setakat mengaku ahli Sunnah, tetapi perangai suka berpecah-belah dan pemalas kaji ilmu alam, apakah itu golongan yang mulia di sisi Allah? _________________ Tiada tuhan yang disembah selain Allah. (Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan) Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah. (Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi) Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
|
|  | | Zahabur Pensyarah


Number of posts: 535 Points: 1043 Reputation: 9 Registration date: 2009-04-22
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Fri Aug 21, 2009 2:06 am | |
| Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:-
Hati,Jantung,Paru-paru,Perut,Hempedal,Buah pinggang,Jantung,Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam danTelur ikan. Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.
Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi s.a.w sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. _________________ Tuhanku Maha Kaya Raya lagi Maha Melindungi!
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Islam Agama Realistik Fri Aug 21, 2009 11:37 am | |
| Takkanlah kerana secebis pendapat Barat pasal permakanan yang dalam Al Quran pun tidak ada mengharamkannya (hanya berdasarkan riwayat hadis), terus buat kesimpulan yang Islam bertentangan dengan sains. Sains bukan milik Barat, tetapi milik Allah. Sesuatu teori yang sekadar mengikut pendapat sesuatu kelompok manusia (tidak kira Barat atau Timur), itu belum boleh dikatakan hukum sains yang sebenarnya. Itu hanya pendapat peribadi sahaja. Ilmu sains yang disahkan oleh hukum alam itulah bukti daripada Allah. Kenapa tidak lihat berapa banyak ayat Al Quran yang menyamai hukum sains untuk mengatakan Islam tidak bertentangan dengan sains? Kenapa secebis pendapat yang berbeza dengan riwayat hadis dijadikan alasan mengatakan Islam bercanggah dengan sains? Di situ sahaja kita sudah nampak seolah-olah untuk menjauhkan umat Islam dari belajar sains. No wonderlah umat Islam ketinggalan jauh dalam bidang sains dan teknologi.  _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | |
| Page 1 of 1 |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |