Keadaan ini berlaku sebab masyarakat sudah tidak tahu apa erti agama. Mereka anggap agama itu sekadar diajar di kelas-kelas. Sedangkan Rasulullah mengajar agama secara perbincangan atau forum di masjid. Maka dengan cara ini menggalakkan manusia menyampaikan pendapat yang benar, dari duk terhangguk-hangguk mendengar sahaja. Namun fungsi masjid sekarang pun sudah lari sebab ia sekadar tempat ibadah ritual dan mewujudkan kepuakan sahaja.
Dan setiap ibubapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak mereka (ambil contoh kisah dari surah Luqman). Namun di dalam masyarakat yang gila materialistik dan kemewahan, bagi mereka pengajaran agama pada anak-anak cukuplah dengan menghantar pada kelas-kelas agama.
Sebenarnya agama itu terlalu mudah nak diajar oleh ibubapa berbanding ilmu lain. Namun, jika ibubapa itu sendiri tidak faham agama, macam mana mereka nak ajar anak mereka beragama.
Takkanlah nak ajar siapa itu Allah pun ibubapa tak mampu? Asas kepada agama adalah mengenal Tuhan. Kalau nak ajar anak kenal Tuhan pun kena hantar kelas, itu menunjukkan ibubapa tersebut tak kenal siapa Tuhan mereka biarpun berbuih mulut mereka berzikir sebut nama "Allah".
_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).