EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Orang-orang Yang Berdusta
Today at 9:20 pm by Juang

» Orang-orang Yang Munafik
Today at 12:16 pm by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Today at 11:56 am by Juang

» Minat dan Simpati
Today at 11:51 am by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Wed Mar 10, 2010 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Wed Mar 10, 2010 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

Who is Online ?
In total there are 9 users online :: 3 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

firdaus67, Juang, tolokminda

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49421 messages in 1495 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
rampa kisah kereta diari daging ziarahmenilai pak minda games ZIARAH shirt teka MENILAI sibongsu dairi kata kuiz burger pantun pelekat kaabah sosial kita bongsu video sambung
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Fanatik dalam beragama

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1547
State:
Points: 2379
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Fanatik dalam beragama   Sat Nov 07, 2009 1:00 pm

Asal agama diturunkan kepada manusia adalah satu iaitu untuk mentauhidkan Allah. Namun apabila manusia mula fanatik dengan sesuatu ajaran yang diterima daripada orang-orang terdahulu, maka bermulalah perpecahan sesama manusia.

Mengikut ajaran asal yang semua nabi dan rasul sampaikan, bukannya untuk menjadikan manusia fanatik. Yang jadi fanatik adalah pengikut atau penyokong kepada nabi itu. Macam dalam permainan bolasepaklah. Yang fanatiknya adalah penyokong sesebuah pasukan, bukannya para pemainnya.

Fanatik atau taksub ini datang dari sifat angkuh. Merasakan puak atau golongan yang mereka sokong itulah yang terbaik. Sedangkan Allah cipta manusia ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, kenapa pula nak merasa angkuh?

Lihat pada perbezaan asas manusia iaitu antara lelaki dan wanita. Kalau tanya lelaki yang fanatik dengan kelakiannya, pasti mereka akan cakap golongan lelaki itu sahaja yang bagus, hebat dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya. Walhal Allah cipta lelaki dan wanita itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan bila lelaki dan wanita disatukan, barulah saling lengkap-melengkapi.

Begitulah juga dengan perbezaan bangsa atau ajaran atas nama agama kerana mengikut hamba-hamba Allah terdahulu. Pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi bila manusia sanggup belajar mengatasi kekurangan masing-masing, barulah hidup akan aman dan harmoni.

Buanglah segala perasaan taksub atau fanatik tidak kira pada apa bidang sekali pun kerana itu tidak membawa manfaat dalam kehidupan malah menjauhi rahmat Tuhan.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1547
State:
Points: 2379
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Fanatik dalam beragama   Tue Nov 10, 2009 7:48 am

Hikmah Al Quran tidak menetapkan cara solat

Setelah kita nampak yang fanatik itulah musuh kehidupan dan membawa kerosakan seperti mana Allah tunjukkan kepada kita bagaimana penyokong pasukan bolasepak yang fanatik akan membuat kerosakan pada harta-benda awam, kita akan faham apa tujuannya Allah tidak menetapkan cara solat di dalam Al Quran.

Dalam Al Quran membawa kisah kaum-kaum terdahulu yang menetapkan cara sembahan mereka sehingga mereka anggap itulah cara yang betul. Sesiapa tidak menyembah seperti yang mereka buat, mereka anggap sesat dan lari jauh pada agama Allah. Padahal perasaan fanatik terhadap amalan puak masing-masing itulah punca yang membawa kepada kesesatan dan kerosakan di muka bumi.

Ramai yang tidak sedar tentang perkara ini kerana perasaan fanatik yang membuak-buak dalam diri. Mereka telah menjadi golongan yang masuk bakul angkat sendiri untuk mengatakan amalan mereka itulah sahajalah yang betul dan amalan kaum lain semuanya tak betul. Sudah pasti semua orang fanatik akan merasa begitu.

Jadi, untuk mengelakkan kefanatikan atas nama agama, Al Quran tidak menetapkan cara solat agar setiap manusia bersolat bukan untuk jadi manusia fanatik, tetapi untuk buat kebaikan pada diri masing-masing. Ini kerana manusia mudah terdorong dengan rasa fanatik bila mereka ada ramai pengikut atau golongan yang sekutu dengan mereka, baik dari segi bangsa atau amalan agama. Sudah pasti perasaan fanatik itu bukan ajaran para Nabi melainkan ajaran syaitan yang mahukan manusia hidup berpecah-belah dan berbuat kerosakan.

Jika Al Quran menetapkan cara solat supaya sama sahaja sehingga manusia jadi fanatik atas nama agama, apa bezanya ajaran Nabi Muhammad dengan kaum-kaum yang terlebih dahulu fanatik dengan amalan mereka itu? Tetapi yang menjadikan umat Islam sekarang fanatik kerana mereka mula mengambil sumber selain Al Quran untuk menetapkan cara solat mereka. Maka lahirlah baka-baka fanatik di merata-rata dunia yang kerjanya nak berbuat kerosakan sahaja.

Selain itu, untuk meruntuhkan rasa bangga diri (masuk bakul angkat sendiri), Al Quran mengajar kita supaya mendengar semua ucapan, tidak kiralah daripada kaum mana sekali pun dan ikuti yang paling baik di antaranya. Inilah cara untuk melawan perasaan fanatik yang membawa kerosakan itu. Belajar daripada kaum-kaum lain yang lebih baik dan lebih memberi manfaat agar rasa fanatik terhadap amalan kaum sendiri itu dapat dibuang jauh-jauh.

39.18. yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.

Namun, sesiapa nak teruskan hidup secara fanatik terhadap amalan kaum sendiri dan merasakan itu sahajalah yang betul, teruskanlah, kerana kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu pun pernah fanatik dengan amalan kaum mereka sehingga pemikiran mereka terbelenggu dan hidup berpecah-belah sama sendiri.

Orang yang fanatik, bila ditegur, pasti mereka melenting kerana kefanatikan itu mencabut rasional di fikiran.

Dan, apa yang disampaikan ini hanya peringatan untuk semesta alam.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
im
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 7
State:
Points: 134
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-05

PostSubject: Re: Fanatik dalam beragama   Tue Nov 10, 2009 10:27 am

Mari renungkan contoh paa..ling mudah menambah apa yang Allah perintah iaitu mengenai mengambil wuduk untuk bersolat, hanya 4 anggota saja yang Allah suruh basuh tetapi malangnya kebanyakkan mereka menambah 2 atau 3 anggota badan yang lain sebab percaya hadis selainNYA.

(5:6) Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1547
State:
Points: 2379
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Fanatik dalam beragama   Tue Nov 10, 2009 10:58 am

Daripada petikan ayat 5.6 tu.. "Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih." menjadi kunci untuk kita fahami apakah ajaran Islam yang sebenarnya.

Al Quran diturunkan bukan untuk menyulitkan sebaliknya untuk membersihkan manusia rohani dan jasmani. Jadi segala yang Allah suruh dan larang, pasti ke arah membersihkan diri kita.

Fanatik menyebabkan jiwa jadi kotor. Perasan puak sendiri sahaja betul dan puak lain semuanya hina, menyebabkan jiwa manusia rosak. Sebab itu buang segala ajaran yang menyebabkan kita jadi fanatik. Itu bukan ajaran Nabi sebab Nabi sendiri yang nasihat kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu supaya jangan fanatik dengan pegangan mereka. Takkanlah Nabi nak ajar pengikutnya jadi fanatik pula? Bukankah itu suatu yang tak logik?

Bersihkanlah akidah kita daripada unsur-unsur yang membawa kepada kefanatikan kerana itu semua punca kerosakan di atas muka bumi. Itulah syaitan yang mengajak manusia berpecah-belah atas nama fanatik pada sesuatu ajaran agama.

Kita diciptakan sebagai manusia untuk memakmurkan muka bumi, bukannya untuk merosakkan muka bumi.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
im
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 7
State:
Points: 134
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-05

PostSubject: Re: Fanatik dalam beragama   Wed Nov 11, 2009 9:20 am

Ya benar, Sepertimana Nabi Musa menasihati kaumnya
(2:54) Ingatlah apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri diri kamu sendiri kerana menyembah anak lembu. Kamu bertaubatlah kepada Pencipta kamu dan hapuskanlah ego kamu. Itu adalah lebih baik bagi kamu disisi Pencipta kamu." Dia pernah menerima taubat kamu, kerana Dialah Maha Penerima Taubat lagi yang Maha Penyayang.
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1547
State:
Points: 2379
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Fanatik dalam beragama   Wed Nov 11, 2009 10:55 am

Dengan kata lain, perasaan ego atau bangga diri dengan kaum sendiri itulah punca utama manusia hidup berpecah-belah dan berperang sesama sendiri.

Mengajak semua manusia menundukkan ego masing-masing itulah perjuangan hidup kita agar kita semua boleh hidup aman dan harmoni.

Rindu rasanya pada kehidupan yang aman dan harmoni sebegitu.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1547
State:
Points: 2379
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Fanatik dalam beragama   Thu Nov 12, 2009 7:58 am

Teringat semasa zaman persekolahan dahulu, dididik dengan ajaran yang mengatakan kaum sendiri sahaja betul, dan kaum-kaum lain semuanya kafir dan hina. Bayangkan jika daripada kanak-kanak sudah diterapkan ajaran yang menghasut kebencian kepada kaum-kaum lain, macam manalah bila besar nanti tak jadi manusia yang fanatik?

Islam yang sebenar bukan begitu ajarannya. Yang fanatik merasakan kaum mereka sahaja kekasih Allah dan kaum lain semuanya hina adalah perangai kaum Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam Al Quran. Tetapi macam mana ramai orang Islam hari ini berperangai macam itu?

5.18. Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah: "Maka mengapa Allah menyiksa kamu kerana dosa-dosamu?" Tetapi kamu adalah manusia di antara orang-orang yang diciptakan-Nya. Dia mengampuni bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Kepunyaan Allah-lah kerajaan antara keduanya. Dan kepada Allah-lah kembali.

Ramai orang Islam hari ini perasan mereka sahaja kaum yang dikasihi Allah. Padahal Allah seksa mereka dengan peperangan dan perpecahan sesama sendiri. Tetapi kebanyakan mereka tak sedar diri biarpun mereka kata mereka pegang Al Quran. Kalau pegang Al Quran, kenapa perangai Yahudi dan Nasrani itu yang mereka ikuti? Kenapa tidak contohi akhlak Nabi yang tidak fanatik dengan puak sendiri?

Kalau tanya puak sendiri, sudah tentu semua pembesar agama akan kata puak mereka sahaja betul dan puak lain salah. Jadi, di situ sahaja penilaian sudah bias dengan puak sendiri. Sedangkan Allah suruh kita menegakkan keadilan supaya tidak bias dengan mana-mana kaum atau puak.

Mana yang baik dari kaum lain itu, kenalah akui ia baik. Mana yang buruk dari kaum sendiri, kenalah akui ia buruk. Barulah penilaian jadi adil dan tak bias.

Buka minda dan luaskan fikiran. Akan wujudlah rasional dan menjauhkan kefanatikan. Yang menjadikan umat Islam hari ini hidup perpecah-belah dan berbuat kerosakan, kerana sikap fanatik terhadap amalan turun-temurun mereka. Itukah akhlak yang Nabi didik?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
 

Fanatik dalam beragama

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic