EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Orang-orang Yang Berdusta
Today at 8:06 am by Juang

» Orang-orang Yang Munafik
Today at 7:53 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Yesterday at 11:56 am by Juang

» Minat dan Simpati
Yesterday at 11:51 am by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Wed Mar 10, 2010 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Wed Mar 10, 2010 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 2 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

Juang, tolokminda

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49431 messages in 1495 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
kaabah video games diari bongsu pak ZIARAH kata dairi teka daging kisah pantun MENILAI sosial sibongsu ziarahmenilai sambung pelekat shirt rampa kereta minda burger kita kuiz
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
SangKribit
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 22
Points: 56
Reputation: 0
Registration date: 2010-02-07

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Mon Feb 08, 2010 11:25 am

Jangan lah pura-pura Bayau. Taktik hit n run yg anda lakukan ini cuma utk meneruskan agenda anda.

Saya beri peluang kepada anda untuk zahirkan pendirian anda dan rakan2 anda.

Seharusnya anda dari awal-awal lagi memPAMERkan kata2 seperti berikut atau buat satu DEKLARASI :

Kami, yakni Tolokminda,Bayau dan Juang ingin MENYERU semua orang ISLAM supaya tinggalkan Solat, Puasa, Ibadat Haji serta lain2 ibadat seperti yang anda lakukan sekarang

dan ...

menyertai kami dalam satu sistem dan ketetapan baru [ mengikut fahaman kami tentang makna ayat Quran ] seperti tertera dlm www.aididsafar.com / www.kaabahituberhala.blogspot.com / www.tolokminda.blogspot.com


Selepas deklarasi itu, bolehlah mulakan perbincangan dgn open tanpa memasang was-was anda !!!
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Mon Feb 08, 2010 11:49 am

Salam SangKribit,

Tidak perlu kita buat deklarasi bahawa pegangan aku ini begini dan begitu. Tidak perlulah kita menambah-nambah golongan dalam agama. Cukuplah dengan golongan2 yg ada sekarang ini.

Ruangan forum ini hanyalah sebagai wadah untuk kita bertukar-tukar pendapat dan bukannya menyebarkan mana-mana fahaman agama. Kita ada hujah masing-masing. Jadi terpulanglah kepada individu untuk memilih pendapat yang terbaik.

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
SangKribit
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 22
Points: 56
Reputation: 0
Registration date: 2010-02-07

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Mon Feb 08, 2010 12:03 pm

Bayau,

Straight to the point and cut to the chase.

Hujah apa sekali pon , anda DECLARE pendirian anda dulu.

Tolokminda menyeru orang Islam supaya tinggalkan Solat, Puasa dan Haji dan ibadat lain.
Secara otomatik dia gugur kelayakannya untuk cakap pasal Islam, sebab dia bukan Islam.

Wajarkah kita berbicara hal ehwal Islam dengan orang kafir yg berniat merosakkan aqidah kita?

Sekadar bermain akrobat minda yang tolok dan banding, apakah anda fikir yang anda hebat dan anda layak untuk review dan tulis semula aqidah Islam? berdasarkan ke-waham-an anda tentang ayat Quran?

Kenapa takut nak DECLARE ?
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Mon Feb 08, 2010 12:23 pm

Cukuplah anda tahu yang saya seorang islam yang berpegang kepada al-quran satu-satunya sebagai pegangan hidup.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
tolokminda
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 124
Points: 290
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-02

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Mon Feb 08, 2010 5:44 pm

Salam Sangkribit,

Saya tidak menyeru sesiapa meninggalkan apa-apa ajaran. Saya hanya menulis perspektif saya mengenai Islam dan jika ia mendedahkan kepincangan dalam ajaran ulama dan sebagainya, terpulanglah kepada sesiapa yang membaca membuat penilaian sendiri. Saya alu-alukan tuan Sankribit berhujah untuk mematahkan pandangan saya dan saya akan menerimanya jika memang benar saya telah melakukan kesilapan dalam pandangan itu. Kita semua berhak belajar dan menilai sendiri kepercayaan kita. Kita berhak bersetuju dan kita juga berhak untuk tidak bersetuju. Tetapi akhirnya, biarlah Tuhan yang menjadi hakim ke atas diri masing-masing.
Back to top Go down
http://tolokminda.wordpress.com Online
^humaira^
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 19
Points: 79
Reputation: 0
Registration date: 2010-01-12

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Wed Feb 10, 2010 1:05 pm

bayau wrote:
Cukuplah anda tahu yang saya seorang islam yang berpegang kepada al-quran satu-satunya sebagai pegangan hidup.


Bagaimana dgn sunnah??
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Wed Feb 10, 2010 4:52 pm

^humaira^ wrote:
bayau wrote:
Cukuplah anda tahu yang saya seorang islam yang berpegang kepada al-quran satu-satunya sebagai pegangan hidup.


Bagaimana dgn sunnah??


Sunnah apa tu?

Kalau Sunnah Allah memang ada disebut dalam al-quran. Jadi saya berpegang kepada sunnah Allah itu.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 341
Age: 29
State:
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Wed Feb 10, 2010 7:11 pm

Dalam al quran menyebut al kitab dan hikmah yang diberikan kepada Nabi. Ulama mentafsirkan 'dan' itu menunjukkan dua perkara yang berbeza.
Sekiranya seseorang ikhlas ingin mempelajari Islam, logik nya dia akan berlajar secara keseluruhan agama. Mengapa seseorang yang konon mahu mula belajar tetapi terus membuat pendirian untuk mempelajari Al Quran sahaja dan menolak hadis. Kalau ini berlaku bermaksud dia telah lebih awal mengikut fahaman anti hadis sebelum mempelajari apa-apa.
Back to top Go down
tolokminda
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 124
Points: 290
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-02

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 12:54 am

Saya berpendapat hikmah bermaksud kebijaksanaan atau lebih tepat dalam bahasa inggeris dipanggil wisdom. Kalau kita menyelidiki Al-Quran kita akan dapat kebijaksanaan atau wisdom tu. Kalau tidak kita akan jadi umat yang serba kalut macam sekarang ni. Mana ada wisdom?
Back to top Go down
http://tolokminda.wordpress.com Online
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 341
Age: 29
State:
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 8:57 am

Dimanakah hikmah itu? Kalau diberikan kepada Nabi ketika itu, tidakkah ia akan dijadikan rujukkan umatnya hingga kini? Tidaklah logik ia berkubur setelah wafatnya Nabi dan meninggalkan kitab sahaja? Inilah persoalan yang kita kena fikir? Memang ada hadis yang direka, tetapi para muhadisin telah mengkelaskan hadis kepada, hadis sahih, hadis daif dan hadis rekaan, berdasarkan latar belakang perawi. Nabi telah berkata bahawa umat terbaik adalah pada zaman baginda, diikuti zaman para sahabat. ulama menganggarkan sekitar lingkungan 300 tahun sahaja. Sebab itu semua rujukkan dan pendapat adalah berdasarkan sumber dari zaman ini sahaja, kerana selepas itu terdapat ramai ulama yang berkepentingan duniawi. Tidak akan ada pendapat lain yang lebih baik selepas itu kecuali dalam perkara maslahah yang baru timbul hasil kemajuan teknologi yang mana ia tetap dikiaskan dari sumber dari alquran dan Nabi.
Back to top Go down
^humaira^
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 19
Points: 79
Reputation: 0
Registration date: 2010-01-12

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 10:52 am

bayau wrote:
^humaira^ wrote:
bayau wrote:
Cukuplah anda tahu yang saya seorang islam yang berpegang kepada al-quran satu-satunya sebagai pegangan hidup.


Bagaimana dgn sunnah??


Sunnah apa tu?

Kalau Sunnah Allah memang ada disebut dalam al-quran. Jadi saya berpegang kepada sunnah Allah itu.


Maksud sy bukan sunnatullah.tapi sunnah rasulNya..sedangkan nabi Muhammad saw mengikut sunnah2 rasul sebelumnya, apatah lagi kita.. Adakah en. Bayau mengikut wasiat nabi Muhammad saw supaya berpegang dengan alQuran dan sunnah rasulNya?
Back to top Go down
Payau Putih
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 83
Location: Sabah bertuah
State:
Points: 355
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-30

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 9:11 pm

Salaamun Alaikum,

Jauhnya perbincangan dah lari tajuk da.... habis tu soalan saya di muka 7 sapa nak jawab.... his his his...
Back to top Go down
Payau Putih
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 83
Location: Sabah bertuah
State:
Points: 355
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-30

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 9:13 pm

Salaaam,

Soalan yang berbangkit mungkin telah pernah dibincangkan, namun oleh kerana sakarang ini dengan forumer baru.... apa kata buka tajuk baru, mana tahu ada sesuatu yang baru boleh diketengahkan....
Back to top Go down
Payau Putih
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 83
Location: Sabah bertuah
State:
Points: 355
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-30

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 9:26 pm

SangKribit wrote:

Tolokminda menyeru orang Islam supaya tinggalkan Solat, Puasa dan Haji dan ibadat lain.
Secara otomatik dia gugur kelayakannya untuk cakap pasal Islam, sebab dia bukan Islam.

Wajarkah kita berbicara hal ehwal Islam dengan orang kafir yg berniat merosakkan aqidah kita?


Salaam,

Dalam forum ini rasa-rasanya semua mengaku Islam dan berpandukan Al Quran dalam bersyariat, melainkan ada yang mengaku bukan islam... oleh itu mengapa mendakwa orang lain bukan islam... adakah hanya kerana hujah dan pemahaman tidak sama dengan tuan maka dia/mereka dianggap bukan islam ?

Apakah akidah mereka yang tuan tuduh kafir itu tidak percaya kepada Allah, RasulNya dan Al Qurannya... ? Harap tiada yang ingin perasaan membuat kerja-kerja Allah.... kerana Allah sahaja yang tahu soal keimanan seseorang....

Apakah meremehkan pendapat orang lain, bersangka buruk hanya kerana berlainan pendapat merupakan sikap orang yang beriman...
Back to top Go down
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 341
Age: 29
State:
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 10:52 pm

Dalam forum ni tak perlulah kita tuduh sesiapa, sebab kebanyakannya pun menggunakan nama pena. Oleh itu sebarang pendapat hendaklah mengambil kira garis panduan blog ini iaitu tidak mencemar mana-mana agama. Kalau kita tak percaya kepada agama kristian, tak perlu kita memburukan agama itu. Sebaliknya kita berikan pendapat yang membawa kebaikan semua orang Islam, kerana ruangan ini untuk agama Islam. Majoriti orang Islam di Malaysia berpegang pada mazhab shafii kerana mengikut pemerintah negara dan tertakluk di bawah undang-undang syariah. Atau lebih umum lagi ahli sunnah wal jamaah. Iaitu tergolong di dalam mazhab yang berpegang kepada Al Quran dan Al hadis. Untuk kemaslahan rakyat dan orang-orang Islam dalam sesebuah masyarakat dan negara, wajib bagi kita taat bukan sahaja Allah dan rasul tetapi pemerintah negara. Maka wajib bagi kita mengikut mazhab syafii yang diamalkan di negara ini yang juga menjadi asas undang-undang syariah negeri-negeri di Malaysia.
Sebab itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan pendapat yang tidak berlandaskan mazhab shafii apatah lagi secara terang-terangan menghina amalan orang Islam.
Agama letaknya di hati setiap orang. Menghina kepercayaan agama orang lain bermakna menghina orang itu sendiri. Kalau kita tak percaya kepada agama orang itu, bermakna kepercayaan kita pada orang itu akan terbatas atau mungkin akan hilang. Ini terbukti dgn berlainan kepercayaan akan memisahkan seseorang itu walaupun dari darah yang sama.
Back to top Go down
Payau Putih
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 83
Location: Sabah bertuah
State:
Points: 355
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-30

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Thu Feb 11, 2010 11:14 pm

Salaam Puan Zulia,

Apa yang puan faham berkenaan terjemahan ayat-ayat berikut;

Surah Al Mu'minuun

Ayat 52. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu[1006], dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). 54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.

Apakah Allah dan rasulNya membenarkan umat islam bergolongan dalam agama.... oleh kerana ayat diatas adalah umum tanpa mengkhususkan mana-mana golongan maka apa sahaja golongan atau mazhab yang wujud dalam agama, itulah golongan sesat sehingga hari kiamat. Maka adakah golongan Ahli Sunnah Waljamaah terkecuali dari maksud amaran Allah dan RasulNya diatas.... ?
Back to top Go down
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 341
Age: 29
State:
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Fri Feb 12, 2010 12:11 am

Sebab itu pegangan ahli sunnah wal jamaah tidak berselisih dalam perkara pokok, hanya berlaku khilaf pada perkara yang tidak melibatkan akidah dan hukum-hukum Allah. Jadi siapa yang membuat membuat perbezaan dan mengadakan golongan itu ? He he
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Fri Feb 12, 2010 10:41 am

^humaira^ wrote:
bayau wrote:
^humaira^ wrote:
bayau wrote:
Cukuplah anda tahu yang saya seorang islam yang berpegang kepada al-quran satu-satunya sebagai pegangan hidup.


Bagaimana dgn sunnah??


Sunnah apa tu?

Kalau Sunnah Allah memang ada disebut dalam al-quran. Jadi saya berpegang kepada sunnah Allah itu.


Maksud sy bukan sunnatullah.tapi sunnah rasulNya..sedangkan nabi Muhammad saw mengikut sunnah2 rasul sebelumnya, apatah lagi kita.. Adakah en. Bayau mengikut wasiat nabi Muhammad saw supaya berpegang dengan alQuran dan sunnah rasulNya?


Salam ^humaira^,

Sila tunjukkan pada saya bahawa dalam al-quran, ayat mana yang suruh kita berpegang kepada sunnah rasulNya.

Terima kasih.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
^humaira^
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 19
Points: 79
Reputation: 0
Registration date: 2010-01-12

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Fri Feb 12, 2010 11:30 am

Erm..soalan tentang sunnah rasulNya tu saya yang tanya. Ade dalam wasiat nabi saw..
"Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnah rasulNya".

Memang wasiat ni tiada dalam mana2 ayat alQuran...tapi, dalam surah alBaqarah:180-181 ade menyebutkan,

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang
di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan
harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara
makruf/baik, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya,
maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya.
Sesungguhnya Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Tiada harta yang rasulullah saw dapat berikan kepada sanak saudara dan ummatnya kecuali dua perkara ini.

Kepada en. payauputih, maafkan jika perbincangan saya ni lari dari tajuk..asalnya saya nak tau dengan lebih detail tentang apa itu solat, tapi saya nak juga tahu tentang apa yang dipegang orang2 kuat dalam forum ini. Rasanya soalan anda dalam muka tujuh tu takkan dapat dijawab oleh mereka yang hanya mengamalkan Islam secara 'ikut2'.
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG   Fri Feb 12, 2010 4:25 pm

^humaira^ wrote:
Erm..soalan tentang sunnah rasulNya tu saya yang tanya. Ade dalam wasiat nabi saw..
"Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnah rasulNya".

Memang wasiat ni tiada dalam mana2 ayat alQuran...tapi, dalam surah alBaqarah:180-181 ade menyebutkan,

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang
di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan
harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara
makruf/baik, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya,
maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya.
Sesungguhnya Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Tiada harta yang rasulullah saw dapat berikan kepada sanak saudara dan ummatnya kecuali dua perkara ini.



Jadi, tiada perintah dalam al-quran adanya ayat yang menyuruh kita ikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah RasulNya. Malah ianya bertentangan antara ayat al-quran dengan 'wasiat nabi' di atas. Mari kita perhatikan ayat al-quran di bawah ini.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

Nabi tidak akan mereka-reka ucapan. Kalau baginda berbuat demikian, sudah pasti riwayatnya akan ditamatkan. Dan jika wasiat itu penting untuk diikuti oleh umat islam, sudah tentu ianya dinyatakan dalam al-quran. Kita kena ingat, Allah tidak pernah alpa atau terlupa.

Yang sedihnya sikap kebanyakan umat islam sekarang ini yang hanya suka menurut membuta-tuli. Asal saja namanya riwayat hadis atas nama nabi itu mereka turuti tanpa pengetahuan.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
 

ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

View previous topic View next topic Back to top 
Page 8 of 11Goto page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic