EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Orang-orang Yang Berdusta
Today at 8:06 am by Juang

» Orang-orang Yang Munafik
Today at 7:53 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Yesterday at 11:56 am by Juang

» Minat dan Simpati
Yesterday at 11:51 am by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Wed Mar 10, 2010 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Wed Mar 10, 2010 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 2 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

Juang, tolokminda

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49431 messages in 1495 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
kita video minda kereta pantun ziarahmenilai shirt daging kisah kaabah ZIARAH rampa kata diari teka pelekat pak sambung games dairi sibongsu MENILAI burger kuiz bongsu sosial
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Share | 
 

 Dunia umpama sekolah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1553
State:
Points: 2386
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Dunia umpama sekolah   Fri Jan 22, 2010 4:44 pm

Dunia yang sementara ini bolehlah kita umpamakan seperti sekolah. Sekolah untuk kita belajar kenal diri untuk menyucikan jiwa. Orang2 yang keluar daripada sekolah jiwa (dunia) dengan membawa hati yang bersih, itulah orang2 yang beruntung. Sebaliknya orang2 yang keluar daripada dunia ini dengan hati yang berpenyakit, itulah orang2 yang rugi.

Tiada guru yang mampu mengajar manusia menyucikan jiwanya melainkan manusia itu sendiri. Ini kerana tiada orang lain yang mampu nampak tahap kebersihan jiwa orang lain. Tuan punya diri itulah yang perlu berusaha mencari jalan bagaimana nak menyucikan jiwa. Jika mereka lalai dan malas menyucikan jiwa, jadilah mereka para pelajar yang gagal dalam sekolah jiwa ini.

Manusia yang merasakan dirinya pandai nak menyucikan jiwa orang lain, hakikatnya mereka sudah mengotorkan jiwanya sendiri. Sebab itulah dalam sekolah jiwa ini, kita tidak boleh hidup secara taksub dan menurut sesuatu pendapat kerana tiada tok guru yang mampu menyucikan jiwa orang lain. Kita kena terbuka mendengar pelbagai pendapat dan ikut yang paling baik.

Kesanggupan berlapang dada dan membuka minda, itu menunjukkan manusia itu seorang yang berusaha menyucikan jiwanya. Sebaliknya orang2 yang taksub dengan sesuatu ajaran tradisi mereka sehingga membutakan mata daripada melihat kebaikan bangsa2 lain, itulah orang2 yang mengotorkan jiwanya sendiri.

Seperti di sekolah biasa, kita akan diberikan ujian-ujian tertentu untuk mengetahui tahap kefahaman kita dalam sesuatu subjek, di dunia ini juga kita akan diberikan ujian untuk menentukan tahap kesucian hati kita.

Sesiapa yang suci jiwanya, dia akan jadi seorang yang tenang, sabar dan bahagia dalam menempuhi kehidupannya. Sesiapa yang kotor jiwanya, mereka akan bertindak dalam api kemarahan dan hilang kewarasan.

Jika di sekolah dahulu kita tidak berharap tinggal selama-lamanya di sekolah, maka bila kita sedar yang dunia ini juga umpama sekolah, maka kita tidak hidup untuk lama di dunia. Apa yang pentingnya di dunia ini kita belajar mengenal erti kehidupan yang sebenar sebagai seorang manusia.

Tamat tempoh persekolahan, kita akan kembali kepada Allah. Ketika itu kita dinilai sejauh mana kita memahami erti kehidupan dunia ini atau tidak. Sesiapa yang memahami erti kehidupan dunia ini, mereka tidak takut untuk kembali kepada Tuhan.

Oleh kerana kita semua akan kembali bertemu Tuhan, sebab itulah jangan hidup berpegang kepada dusta dan persangkaan kerana nanti kita sukar nak berhadapan dengan Tuhan. Bayangkanlah ketika di dunia ini pun orang2 yang berpegang pada persangkaan tidak mampu menjawap dengan yakin (terpaksa bersandarkan atas nama orang2 terdahulu mereka), bagaimana mereka nak berhadapan dengan Tuhan nanti?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 341
Age: 29
State:
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Dunia umpama sekolah   Fri Jan 22, 2010 7:05 pm

Yang kebanyakan manusia takut mati adalah kerana takutkan sakratulmaut , kesakitan mati itu. Apa yang berlaku selepas itu, bergantung kpd kepercayaannya. Kalau dia percaya alam selepas ini macam kehidupan dunia juga apa yang dia nak takut. Ada juga percaya balasan tetapi tetapi tak jelas apakah azab yang dikenakan, tak takutlah dia. Ada juga yang tak percaya ada kehidupan selepas mati. Logiknya amalan yang dilakukan didunia bergantung kepada gambaran akhirat yang di percayainya. Sebab itu cara hidup orang yang percaya dgn syurga neraka jauh berbeza dgn orang yang tak percaya adanya alam akhirat. Sebab itulah agama harus memberikan gambaran yang jelas kepada penganutnya tentang apa yang bakal dihadapi di akhirat dan amalan yang macamana yang berkait langsung dengan akhirat itu. Bagi mereka yang gagal memikirkan, tidak jelas atau tidak mahu percaya dengan akhirat itu, dia tidak mampu fikirkan amalan yang perlu utk akhirat kerana kedua2nya berkait rapat.
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1553
State:
Points: 2386
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Dunia umpama sekolah   Sat Jan 23, 2010 12:34 pm

Masalahnya kita tak rasa lagi sakit macam mana mati itu. Manusia takut mati bukan sebab kesakitan mati itu, tetapi kerana sayang nak tinggalkan dunia ini. Macam kita sayangkan kereta baru kita, tiba2 kereta tu kena langgar dan hancur, pasti kita rasa sakit hati. Macam itulah manusia yang terlalu cintakan dunia ini, pasti dia akan takut nak mati. Dia akan risau pasal siapa nak jaga harta-benda, anak-isteri dan sebagainya. Akibatnya dia risau bila fikirkan pasal mati.

Tetapi jika kita hidup bukan kejar perhiasan duniawi, kita tidak risau nak mati sebab kita sudah bersedia tinggalkan perhiasaan2 itu. Sebab itulah orang2 beriman, mereka kejar ilmu. Ilmu itu tempatnya di jiwa kita. Bila kita mati, kita kembali kepada Allah bersama ilmu2 itu. Itulah bekalan kita di akhirat kelak. Kerana itulah dalam Al Quran mencatatkan kisah para Nabi semuanya berilmu tinggi dan bijaksana. Mana ada nabi yang pemalas dan cetek ilmunya?

Jadi takkanlah manusia itu tak faham2 apa erti hidup di dunia ini? Yang pergi buat amalan ritual kemudian bermegah2 kononnya mereka sahaja yang sembah Allah, apa motifnya? Bukannya kemegahan itu akan bawa ke akhirat pun?

Ada orang nak anak dia pergi sekolah untuk dapat nombor 1 dalam kelas. Nanti bila berborak2 dengan saudara-mara atau jiran-tertangga, bolehlah mereka bermegah2 pasal kedudukan anaknya itu.

Tetapi ada orang nak anak dia jadi seorang yang berilmu dan memahami. Tidak kiralah nombor berapa dalam kelas, yang pentingnya setiap subjek itu dapat difahami sebaik mungkin. Untung2 bila dewasa nanti anak itu mampu menyumbangkan manfaat untuk masyarakatnya.

Jadi, bagi orang yang beriman, mereka percaya hidup mereka untuk mencari ilmu dan menyumbangkan manfaat kepada masyarakatnya. Ilmu Allah bukan dibatasi oleh bentuk2 amalan ritual, tetapi sejauh mana manusia itu rajin berusaha untuk mengkaji dan memahaminya.

Orang Barat maju dalam sains bukan kerana amalan ritual Kristian. Orang Jepun maju dalam bidang elektronik, bukan kerana agama tradisi mereka. Orang Cina maju dalam perniagaan bukan kerana amalan ritual sembah berhala. Tetapi sebab mereka ada semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu2 sahaja. Mereka ada usaha yang lebih yang tiada pada kaum2 yang lemah itu.

Di sini kita nampak, nilai amalan ritual itu tidak memberi apa2 kesan ke arah keilmuan manusia. Semuanya bergantung kepada semangat dan kerajinan manusia itu membaca dan belajar.

Sebab itulah Al Quran dimulakan dengan wahyu suruh membaca bukannya buat amalan ritual. Kerajinan membaca itulah yang membezakan tahap ilmu seseorang manusia dengan manusia yang lain. Sesiapa yang komited dalam membaca dan belajar, akan dapatlah ilmu pengetahuan. Begitulah Maha Pemurahnya Allah yang tidak membeza2kan manusia mengikut kaum, paras-rupa, nama agama atau mazhab2. Manusia sahaja yang perasan kalau join sesuatu puak yang ada amalan ritual tertentu, mereka sahajalah yang layak dapat petunjuk. Macam perangai kaum Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah sahaja.

Hiduplah untuk belajar.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
SangKribit
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 22
Points: 56
Reputation: 0
Registration date: 2010-02-07

PostSubject: Re: Dunia umpama sekolah   Mon Feb 08, 2010 10:30 am

dengan segala macam ilmu dan kepandaian dunia - apalah ertinya semua itu kalau mati dalam kufur?

kaji Quran dari pagi sampai ke malam 24/7 ... tapi kalo ko taknak solat , tolak ibadat puasa dan haji. apo nak jadi dongan ko jang?


you can drive very carefully for 10 hours, but 10 seconds of negligence may end your life !
Back to top Go down
 

Dunia umpama sekolah

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-