EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Yesterday at 11:41 pm by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Yesterday at 11:29 pm by Zulia

» Al Quran mudah difahami
Yesterday at 10:50 pm by Juang

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Yesterday at 8:51 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Mon Mar 08, 2010 6:10 pm by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

» Memelihara Solat
Sat Mar 06, 2010 5:01 pm by Zulia

» Surah 2: Al-Baqarah
Fri Mar 05, 2010 10:38 pm by Juang

» Tak guna akal itu najis
Sun Feb 28, 2010 7:25 pm by Juang

Who is Online ?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49393 messages in 1492 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
teka pelekat minda games ZIARAH kata rampa kuiz video bongsu sibongsu ziarahmenilai burger sosial kereta MENILAI pak kisah pantun daging dairi kaabah kita shirt sambung diari
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Berpegang Pada Kebenaran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 11:24 am

30:8. Apa, tidakkah mereka memikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

6:73. Dia yang mencipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, "Jadilah", lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari sangkakala ditiupkan; Yang tahu yang ghaib, dan yang nampak; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

15:85. Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya melainkan dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan permaafan yang manis.

39:5. Dia mencipta langit dan bumi dengan benar, menutupi malam dengan siang, dan menutupi siang dengan malam; dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Tidakkah Dia, Yang Perkasa, Yang Pengampun?

45:22. Allah mencipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.

46:3. Kami tidak mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang yang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

Al Quran memberi kita hint bagaimana untuk hidup berpegang pada kebenaran dan menjauhi persangkaan atau thaghut. Berpegang pada sesuatu yang benar itulah ciri-ciri orang2 yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir.

Orang2 musyrik suka berpegang pada persangkaan. Sebab itu bila ditanya tentang amalan ritual yang mereka buat, mereka tidak mampu bawa apa-apa bukti yang jelas melainkan atas persangkaan perbuatan orang2 terdahulu mereka.

Tetapi Al Quran mengajar kita cara-cara untuk berpegang pada sesuatu yang benar agar iman betul-betul mantap. Cara-caranya mudah sahaja. Oleh kerana Allah mencipta langit dan bumi itu secara benar, maka segala ajaran Allah itu pasti ada bukti-bukti yang jelas di antara langit dan bumi. Dengan kata lain, untuk mengetahui sesuatu ajaran itu benar atau tidak, perhatikanlah ada atau tidak bukti2 di langit atau di bumi. Dan seseorang Nabi itu tidak akan membuat ketetapan yang tiada bukti2 yang boleh dicari di langit dan di bumi ini.

10:101. Katakanlah, "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!" Tetapi tidaklah ayat-ayat, dan tidak juga amaran, berguna kepada kaum yang tidak mempercayai.

Kerana itu dalam membuktikan Keesaan Allah, Rasulullah tidak guna persangkaan seperti berkata "sebab Nabi Isa berkata Allah itu Esa, maka itu menunjukkan Allah itu Esa". Baginda tidak main berhujah secara lemah begitu.

Sebaliknya Rasulullah bawakan bukti2 yang wujud di langit dan bumi untuk menunjukkan tidak logik Tuhan ada banyak atau ada anak.

Jadi, kehidupan yang bagaimana lebih baik dan mententeramkan jiwa? Yang berpegang pada bukti2 yang mudah kita capai dengan akal melalui cara memikirkan hukum2 alam ini, atau kehidupan yang terpaksa bersandar pada golongan2 tertentu yang mendakwa mereka nampak perbuatan seseorang hamba Allah yang telah lama meninggal dunia itu (walhal mereka pun tidak hidup sezaman dengan hamba Allah itu) seperti perangai kaum2 musyrik terdahulu?

6:79. Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang memulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan."

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 329
Age: 29
State:
Points: 432
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 12:23 pm

Semua manusia percaya Tuhan ada kerana itu telah ada dalam naluri manusia tak kira agama. Manusia akan bertanya apakah yang akan berlaku selapas alam dunia supaya dia yakin dengan agama itu. Bagaimana kita nak jelaskan kepada mereka?
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 2:19 pm

Hidup ini bukannya untuk dibelenggu dengan apa yang akan jadi selepas mati, tetapi fikirkan apa yang patut kita lakukan di masa sekarang untuk kebaikan masa hadapan.

Urusan masa depan itulah urusan Allah. Yang pening kepala nak fikir apa akan berlaku selepas mati itu buat apa? Serah sahajalah kepada Allah. Yang pentingnya hidup kita hari ini berbuat apa yang Allah suka. Allah suka manusia berbuat baik, maka hiduplah di dunia dengan buat baik. Nanti adalah ganjaran selepas mati.

Sedangkan di dunia lagi orang2 yang hidup dengan hati yang baik pun Allah sudah balas dengan kebahagiaan dan ketenteraman jiwa, apa lagi balasan selepas mati nanti.

Hiduplah di alam realiti. Itulah orang yang berkesedaran. Fikirkan apa usaha kita pada hari ini untuk capai kejayaan di masa depan, bukannya duk fikir masa depan sampai lalai daripada berusaha secara realiti.

Bayangkan kita sebagai petani. Kita hanya duk fikir apa akan jadi pada depan. Kita duk risau apakah akan ada orang beli hasil pertanian kita. Kalau tiada siapa beli, nanti kita rugi. Akibatnya kita takut nak berusaha dan tinggalkan kebun kita jadi semak samun.

Begitulah keadaan hati orang yang hidup hanya duk fikir keadaan selepas mati mereka. Akibatnya mereka lalai berusaha secara realiti untuk sumbangkan manfaat kepada masyarakat dan lalai menyucikan hati daripada penyakit bangga diri dan bermegah2an.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 329
Age: 29
State:
Points: 432
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 2:34 pm

ooo jadi perkara akhirat tu tak penting laa? Ini forum agama ke motivation course?
Back to top Go down
tolokminda
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 124
Points: 287
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-02

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 4:09 pm

Zulia wrote:
ooo jadi perkara akhirat tu tak penting laa? Ini forum agama ke motivation course?


Sebenarnya di akhirat nanti tak ada apa-apa lagi yang boleh kita buat selain menerima balas Tuhan. Kalau balasan baik, kita akan menikmati selama-lamanya. Kalau hukuman teruk, kita akan rasai selama-lamanya. Apa yang menentukan balasan yang akan kita terima adalah perbuatan-perbuatan kita di dunia ini. Jadi jaga perbuatan kita di dunia ini kalau nak dapat balasan baik di akhirat.
Back to top Go down
http://tolokminda.wordpress.com
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 5:27 pm

Bila diseru kepada kebenaran dan kebaikan, itu untuk akhiratlah. Bukankah kebenaran itu menentukan tempat yang baik di akhirat?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Zulia
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 329
Age: 29
State:
Points: 432
Reputation: 0
Registration date: 2009-12-23

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Wed Jan 20, 2010 10:29 pm

Benarkah alam akhirat itu lebih luas dan lebih tinggi nilainya disisi Allah?
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1528
State:
Points: 2352
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Thu Jan 21, 2010 8:05 pm

Alam dunia adalah alam yang sementara dan terbatas oleh masa dan ruang, dan alam akhirat adalah alam yang kekal dan tidak dibatas oleh masa dan ruang.

Mana yang tinggi nilainya, yang sementara dan terbatas atau yang kekal dan lapang?

Ilmu tidak terbatas oleh masa dan ruang. Ilmu bersifat kekal kerana kebenaran tidak akan berubah2. Yang tidak kekal adalah dusta sebab itulah bila ilmu datang, pasti kedustaan akan lenyap.

Orang2 yang kejar akhirat, pasti akan hidup dalam mengejar ilmu. Sebab itulah para Nabi memiliki Kitab dan kebijaksanaan (hikmah). Dan sebab itulah orang2 kafir dikaitankan dengan kebodohan seperti dikatakan lebih hina daripada binatang ternak atau seperti keldai2 membawa kitab.

Jadi kalau nak kejar akhirat, kejarlah ilmu dan beramallah dengan rajin membaca.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
SangKribit
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 22
Points: 53
Reputation: 0
Registration date: 2010-02-07

PostSubject: Re: Berpegang Pada Kebenaran   Mon Feb 08, 2010 1:44 am

berhati2 dgn apa yg dibaca.
siapa penulisnya? apa motif, apa agenda mereka ... Razz

mereka nih ada yg macam pasang joran.
dari luar nampak cantik. ayat bunga2. rujuk Quran kunun.

mereka ni Con Artist yg ajak org Islam ikut agama baru mereka.
org yg mereka selalu sebut tak berilmu, tak reti makna Quran dsbnya.

mereka saja yg pandai Quran.
orang lain tidak.
yes?
Back to top Go down
 

Berpegang Pada Kebenaran

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic