Melahirkan manusia yang berfikiran kritis adalah penting untuk mengelakkan manusia mudah ditipu. Musuh syaitan adalah orang2 yang berfikiran kritis. Ini kerana syaitan tahu tipu daya mereka mudah dibongkarkan bila ada manusia2 berfikir secara kritis.
Para Rasul adalah insan2 yang berfikiran kritis. Mereka tidak menurut membuta-tuli sesuatu ajaran melainkan dengan memikirkan dan mempertimbangkan kebenaran sesuatu ajaran. Sebab itulah mereka bertanya dahulu daripada mana datangnya sesuatu amalan itu. Apakah amalan itu dilakukan atas dasar pengetahuan (ada bukti2 hukum alam) atau persangkaan perbuatan orang2 terdahulu sahaja?
Untuk menguji tahap keimanan seseorang manusia, lihatlah bagaimana dia menerima kritikan atau soalan2 yang kritis. Jika dia hangin satu badan, itu menunjukkan betapa lemahnya imam manusia itu. Tetapi jika dia mampu membawa hujah2 yang logik dan selari dengan hukum2 alam ini, itulah orang2 yang sabar dan tinggi imannya.
Bukannya para Rasul tidak pernah diejek2 oleh orang2 musyrik di zaman mereka. Mereka sedar tabiat orang2 musyrik memang suka mengejek2 untuk mempertahankan amalan ritual mereka. Sebab orang2 musyrik itu sedar yang mereka beramal atas persangkaan perbuatan orang2 terdahulu mereka. Jadi cara nak berlawan hujah dengan ejek2 sahaja. Bila tidak tahu berhujah lagi, orang2 musryik akan berkata "inilah sihir yang nyata".
Di situ kita nampak tahap pemikiran orang2 musyrik itu rendah sebenarnya. Jika mereka berfikiran tinggi, sudah pasti mereka mampu bawakan bukti2 kukuh tentang amalan mereka itu tanpa perlu mengejek2. Tetapi sebab mereka tidak tahan amalan mereka dikritik, maka cara nak melepaskan amarah mereka adalah dengan mengejek2 sahaja. Begitulah lemahnya jiwa mereka.
Orang2 musyrik suka mengkritik orang lain, tetapi bila mereka dikritik, mereka marah. Sepatutnya jika berani kritik orang lain, kenalah berani terima kritikan. Barulah ada check and balance.
Sebaliknya, oleh kerana para Rasul itu seorang yang berfikiran kritis dan mereka tidak takut dikritik. Lagi mereka diejek, lagi bermacam2 ilham yang Allah turunkan kepada mereka untuk mengatakan kebenaran. Mereka telah dilatih untuk menggunakan hukum2 alam ini untuk menjadikan ilmu bagi mereka mengatakan kebenaran.
Kerana berfikiran kritislah Nabi Muhammad nampak bahawa tidak logik Tuhan ada anak atau ada tuhan-tuhan lain selain Pencipta alam ini. Sedangkan orang2 Yahudi dan Nasrani yang taksub pada ajaran ulamak2 mereka percaya Uzair atau Al Masih itu adalah anak2 Allah.
Begitulah pentingnya kita hidup berfikiran kritis agar tidak mudah ditipu oleh syaitan seperti mana orang2 musyrik terdahulu ditipu hidup2.
