
Kenapa Allah tinggalkan masjid selepas bencana tsunami itu?
Mereka ada masjid, tetapi tidak digunakan untuk menyatukan ummah. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat bina masjid untuk menyatukan manusia, bukan untuk berpecah-belah.
Sejak masjid dijadikan tempat ibadat ritual, fungsinya telah dari peranan yang asal. Di Malaysia, masjid ada yang dijadikan tempat berpecah-belah berebut kuasa. Sepatutnya masjid dijadikan tempat memerah idea untuk memperlihatkan keagungan Allah, tetapi mereka jadikan masjid untuk mengutuk musuh politik. Jika perangai buruk itu tidak dihentikan, tidak mustahil mengundang murka daripada Allah.
Apabila Allah datangkan azabNya, kepada siapa manusia mahu berlindung dan bergantung harap?