EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Orang-orang Yang Berdusta
Today at 8:06 am by Juang

» Orang-orang Yang Munafik
Today at 7:53 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Yesterday at 11:56 am by Juang

» Minat dan Simpati
Yesterday at 11:51 am by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Wed Mar 10, 2010 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Wed Mar 10, 2010 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

» Allah Yang Memberi Kurnia
Sun Mar 07, 2010 5:30 pm by Juang

» Tanda-tanda kedatangan bencana
Sun Mar 07, 2010 1:23 pm by Juang

» Matahari, bulan dan bintang
Sun Mar 07, 2010 12:43 pm by Juang

» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Sat Mar 06, 2010 5:13 pm by Juang

Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 2 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

Juang, tolokminda

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49431 messages in 1495 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
sambung ZIARAH teka bongsu diari kereta kita ziarahmenilai dairi kuiz MENILAI sibongsu games burger daging kata pak shirt rampa video sosial minda kaabah pantun kisah pelekat
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1553
State:
Points: 2386
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?   Thu Oct 29, 2009 11:09 am

Jika kita renungkan cara orang kita belajar agama, mereka lebih menekankan hafalan daripada kefahaman. Mereka didik anak-anak mereka menghafal macam-macam ajaran turun-temurun sehingga anak-anak itu tidak tahu apa tujuan amalan-amalan yang mereka lakukan. "Ini semua ajaran nabi, dan jangan dipersoalkan lagi", begitulah kata-kata mereka. Akhirnya lahirlah golongan yang kosong jiwanya kerana tidak memahami apa erti sesuatu ajaran.

Hafalan hanya terletak pada memori dalam otak. Apabila kita mati, otak dan jasad lain akan ditinggal pergi. Jika kita beragama secara menghafal sahaja, sudah pasti nanti jiwa kita akan kembali kepada Tuhan dalam keadaan yang kosong sebab sudah dipisahkan daripada otak yang banyak menghafal itu.

Kefahaman pula terletak dalam dada (jiwa/hati). Maka manusia yang mengisi jiwanya dengan kefahaman (ilmu), sudah pasti apabila mati akan membawa bekalan yang memudahkan mereka mengharungi hari kemudian, kerana kehidupan kita akan jadi mudah bila kita banyak ilmu terutama ilmu untuk mengawal diri kita sendiri.

Apa yang perlu dilakukan oleh orang-orang yang ingin memantapkan jiwa dengan ilmu adalah dengan mencerdaskan minda. Minda akan jadi cerdas (pantas berfikir dan mencapai logik) apabila manusia itu suka berfikir untuk mencari jawapan setiap persoalan yang bermain-main di benaknya itu.

Apabila minda cerdas, kefahaman akan mudah dicapai. Dengan itu, jiwa akan mudah diisi dengan ilmu. Kecerdasan minda dan kebijaksaan itu adalah pinjaman daripada Allah untuk memudahkan jiwa diisi dengan kefahaman atau ilmu.

Dalam Al Quran menekankan kita supaya berfikir atau menjadi golongan ulul albab, supaya mudah memahami ilmu. Sebab itulah para Nabi dan Rasul menjadi contoh golongan yang bijak dan mudah memahami.

Orang yang berfikir, mereka akan faham sunnah Allah yang ada di alam semesta ini. Kerana itulah para Nabi dan Rasul itu diberikan keupayaan untuk melihat atau membaca tanda-tanda sesuatu kaum akan didatangi azab. Mereka menyampaikan peringatan bukan secara main-main.

Tetapi kaum yang tidak sedar diri itu, mereka tidak mampu memahami sunnah Allah kerana mereka malas berfikir. Mereka hanya menghafal apa yang diajak turun temurun tanpa memikirkan apa kesan sesuatu amalan itu kepada diri mereka sendiri. Akhirnya, banyak ajaran yang bercanggah dengan Kitab-kitab yang pernah Allah turunkan kepada para Nabi dan Rasul mereka telah dilakukan sehingga kaum mereka hidup berpecah-belah sesama sendiri dan mewujudkan puak yang kononnya puak itulah sahaja yang betul, dan puak lain tak betul. Akhirnya bila janji Allah untuk datangkan azabNya tiba, kaum yang tidak sedar diri barulah tercengang tanpa mampu berkata-kata lagi.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?   Fri Oct 30, 2009 12:40 am

Sebab itu, kalau kita fikirkan, mengapa orang-orang yang bergelar agama ini menggalakkan umat islam membaca al-quran dalam bahasa arab dan menjadi seorang hafiz? tidakkah kita terfikir bahawa jika ada kewajipan seperti ini kita tidak dapat memahami ayat-ayat al-quran. jika tidak dapat memahami apa isi kandungannya dan hanya sebagai bacaan dan hafalan sahaja, apakah itu menjamin untuk kita lebih takut kepada Allah? Tidak. Buktinya, banyak anak muda kita yang masih tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara mungkar. Orang Islam yang sebenarnya adalah mereka yang bijak menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Allah menyuruh orang-orang percaya agar menggunakan akal. Apabila akal diguna sebaik-baiknya, mereka boleh menilai sendiri sebelum melakukan sesuatu perbuatan jahat.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1553
State:
Points: 2386
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?   Fri Oct 30, 2009 8:14 am

bayau wrote:
Orang Islam yang sebenarnya adalah mereka yang bijak menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Allah menyuruh orang-orang percaya agar menggunakan akal. Apabila akal diguna sebaik-baiknya, mereka boleh menilai sendiri sebelum melakukan sesuatu perbuatan jahat.

Benar tu Bayau. Orang yang bijak menilai baik dan buruk itulah orang yang ada pengetahuan untuk mengawal dirinya. Apabila kita mampu mengawal diri, mudah untuk menjauhi segala kemungkaran dan kekejian.

Sebab itulah dalam beragama, pentingnya kita mendidik anak-anak untuk bijak berfikir agar mudah memahami, bukan setakat menghafal tanpa tahu apa tujuannya.

Lihatlah sejak 50 tahun merdeka, orang Melayu bukannya mampu melahirkan generasi yang bijak mengawal diri, sebalik semakin teruk dengan pelbagai masalah sosial dan moralnya. Nampak sangat pendidikan Islam yang diterapkan di sekolah mahupun di rumah tidak mampu memantapkan jiwa umat Islam.

Sedangkan Rasulullah hanya mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk memperbaiki akhlak kaumnya pada waktu itu.

Cuba-cubalah renung diri kita sendiri, apa yang telah kita lakukan pada agama kita. Apakah kita ambil Islam sekadar untuk bermegah-megah kononnya "puak aku sahaja yang betul, dan puak lain semuanya sesat"? Jika itulah yang ada dalam hati kita, bukan Islamlah namanya.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1553
State:
Points: 2386
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?   Sat Oct 31, 2009 3:06 pm

Beragama secara menghafal menyebabkan seseorang manusia itu tidak mampu mengaplikasikan apa yang dihafalnya itu dalam pelbagai situasi. Jika dia diajar hanya pada sesuatu situasi, apabila menghadapi situasi yang lain, fikirannya tidak mampu terbuka. Maka dia akan rasa kesukaran dan kesempitan untuk mengharungi cabaran hidup.

Sebaliknya, jika manusia itu beragama secara memahami, dia akan mudah mengaplikasikan sesuatu yang difahami itu dalam pelbagai situasi yang berlainan. Dia tidak terhad atau terbatas pada sesuatu cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Kehidupannya akan menjadi mudah kerana banyak cara yang boleh digunakan untuk melakukan sesuatu perkara agar mencapai matlamat.

Jika kita fikirkan, sedangkan Rasulullah pun ajar kaumnya secara memahami, apakah patut mereka yang kata mereka adalah pewaris Rasulullah itu, tetapi mengajar secara menghafal sahaja?

Janganlah nak menurut hawa nafsu sendiri untuk bermegah-megah dengan status atau pangkat, kerana semua itu akan ditinggal pergi bila mati. Apa yang akan dipersoalkan nanti adalah apakah yang kita buat dengan status dan pangkat itu. Jika kita guna status atau pangkat itu untuk menyedarkan masyarakat kita agar menjadi manusia yang bijak, insyaAllah, pasti di akhirat kelak kita mendapat balasan yang balas daripada Allah. Tetapi jika kita guna status dan pangkat itu untuk membiarkan masyarakat jadi bodoh dan menyembah kata-kata kita, ingatlah, azab Allah itu tiada terperinya.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Online
 

Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic