| Pengumuman Terkini | Tiada pengumuman terkini.
*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com
|
| Who is Online ? | In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm |
| Statistics | We have 879 registered users The newest registered user is kkk369
Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
|
| Top posters | | Admin (3753) | | | mekganu (3628) | | | penditaputra (3027) | | | tokkmudim (2844) | | | Juang (2737) | | | Kalam (2630) | | | myra_roses (2534) | | | zafran0512 (2315) | | | FeLiSeWoMaN (2310) | | | tajuNM (2159) | |
|
| Poll | | | FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok? | | Sangat minat | | 66% | [ 4 ] | | Bolehlah | | 33% | [ 2 ] | | Sikit-sikit | | 0% | [ 0 ] | | Tak minat langsung | | 0% | [ 0 ] |
| | Total Votes : 6 |
|
| September 2010 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | Calendar |
|
| | | Beginikah gambaran Umat terbaik ? | |
| |
| Author | Message |
|---|
Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Fri Oct 30, 2009 8:33 pm | |
| | bayau wrote: | | Siapa kita, seharusnya tidak dipersoalkan. Apa yang penting mesej yang disampaikan. Jika kita fikir apa yang disampaikan itu memberi manfaat dan menyedarkan kita, itulah seelok-eloknya yang kita ambil. Jangan nak tunggu kita ini ada gelaran agama, menteri dsb barulah boleh menyampaikan peringatan. Kalau persepsi ini masih bersarang dalam pemikiran kita, sampai bila-bila pun umat islam terus ketinggalan. Jangan pandang siapa orangnya, tapi lihatlah kepada mesej yang dibawanya. |
Kalau kita lihat pedoman Al Quran, memang perangai kaum terdahulu suka pertikaikan orang-orang yang memberi nasihat. Yalah, para Rasul terdahulu itu cuma orang biasa di mata masyakarat. Mereka bukannya alim ulamak, bukannya orang yang ditauliah sebagai ahli-ahli kitab, dan ada yang yatim piatu.
Tetapi golongan yang berbangga diri dengan amalan turun-temurun mereka itu cukup rasa tak puas hati bila disampaikan peringatan.
Tak sangka juga ya, di zaman kecanggihan teknologi ini, masih ada lagi manusia yang berperangai macam itu yang tak suka diberi nasihat. Ada sahaja alasan mereka supaya nasihat-nasihat tidak disampaikan.
Tetapi kalau cerita-cerita yang memuja-muji amalan nenek moyang mereka, cukup sekali mereka seronok mendengarnya.
 _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | dish Siswa/Siswi


Number of posts: 23 Points: 526 Reputation: 0 Registration date: 2009-04-18
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 3:44 am | |
| Apa contoh yang dikatakan memuji amalan nenek moyang tu? bagi la contoh, supaya yang tak berapa pandai macam ana ni mengerti. Ana baru nak belajar ni...  |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 7:15 am | |
| Sesuatu kaum yang berbangga diri dengan amalan turun-temurunnya, kononnya amalan yang mereka buat itu sahaja baik, dan yang kaum lain buat semuanya tak betul, akan rasa seronok jika amalan mereka itu dihormati atau dipuji.
Tetapi jika dikatakan amalan mereka itu menyebabkan kaum mereka jadi lemah fikiran, malas. mundur, suka berpecah-belah, mereka jadi hangin satu badan. Mula keluar kata-kata kejian walaupun Kitab yang mereka pegang melarang berbuat demikian. Mula keluar bangga diri biarpun Kitab yang mereka pegang mengajar manusia jadi merendah diri.
Perasaan bangga diri dengan ajaran turun-temurun sesuatu kaum telah direkodkan dalam Al Quran sejak zaman Nabi Nuh. Dan banyak juga didetailkan dalam kisah kaum Yahudi dan Nasrani di zaman Nabi Muhammad.
Oleh kerana mereka adalah kaum yang mempunyai Nabi dan Kitab, maka mereka kata "masuklah Yahudi atau Nasrani, untuk mendapat petunjuk". Mereka merasakan puak mereka sahaja yang betul dan kekasih Allah. Kaum-kaum lain semuanya mereka pandang hina.
Dan jika kita renungkan dalam umat Islam hari ini, penyakit tersebut sudah menular kerana mereka beranggapan dengan masuk kepada puak mereka sahaja, Allah akan beri petunjuk. Sedangkan urusan siapa yang diberi petunjuk dan siapa yang sesat itu, hanya Allah sahaja yang tahu.
Perasan diri itu setara dengan Allah itulah antara barah yang merosakkan jiwa umat Islam sekarang. Mereka jadikan Al Quran untuk menghukum orang lain kafir jika tidak ikut cara puak mereka. Walhal Al Quran itu adalah Kitab pedoman untuk diri sendiri. Untuk kita nilai diri sendiri sejauh mana kebenaran yang kita pegang, atau selama ini hanya berpegang pada sangkaan atas nama orang-orang terdahulu sahaja.
Nabi Muhammad menyampaikan Al Quran sebagai ajaran yang mudah difahami dan diamalkan, kerana buktinya ada dalam diri masing-masing. Sesiapa yang selalu menilik hati sendiri, akan mudahlah faham Al Quran.
Rasulullah bukannya mengajar kalkulus, atau formula-formula kimia yang berbelit-belit, atau hukum fizik yang memerlukan daya fikir dan imaginasi yang tinggi. Baginda cuma ajar macam mana nak kawal diri masing-masing agar jadi seorang insan, bukannya haiwan. Takkanlah sudah besar panjang pun tak tahu nak baca Al Quran untuk dijadikan pedoman?
Sikap lemah keupayaan diri dan suka beralasan untuk memahami Al Quran itu juga antara punca umat Islam sekarang jadi lemah. Mereka menyandarkan pada para ulamak mereka sahaja untuk memahami Al Quran, macamlah mereka tiada akal. Padahal yang tahu kawal diri seseorang individu itu adalah tuan punya diri. Ini kerana hati manusia memang Allah cipta lain-lain. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Jadi, kenapa urusan untuk belajar kawal diri pun semuanya nak diserahkan kepada para ulamak? Dah macam perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang serahkan urusan kawal diri mereka kepada rahib-rahib atau pihak gereja mereka. Itu yang mereka jadi kaum yang sombong dan berbangga diri dengan anutan turun-temurun mereka. Mereka sudah tidak mampu kawal hati mereka daripada penyakit.
Yang Yahudinya kata kaum Nasrani tak betul, yang Nasraninya kata kaum Yahudi tak betul. Dan perangai itu memang jelas terlihat dalam umat Islam sekarang yang hidup berpuak-puak atas nama agama.
Beginikah gambaran Umat terbaik?
23.52. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.
23.53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).
23.54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 10:34 am | |
| | slipar wrote: | | anak muda memang taksub dalam apa jua benda. yg anak muda tak suka ialah berfikir . kat sini ramai yg tua2 jgn risau bagi jer apa pandangan kita sama2 bincang . ana pun tak faham apa itu wasatiyah . tapi pasti ada dalam quran . |
Kita diajar kisah Rasulullah yang lebih muda daripada bapa saudaranya ditentang kerana apa yang baginda sampaikan itu bercanggah dengan amalan nenek moyang kaum Quraisy.
Daripada kisah itu menunjukkan orang-orang yang rasa dirinya tua, selalu mempunyai rasa ego apatah lagi apabila dinasihati orang yang muda berkenaan amalan nenek moyang mereka yang mereka lebih dahulu amalkan. Mereka rasa pendapat orang yang muda-muda itu mencabar diri mereka.
Kalau baca kisah Nabi Isa lagi mengharukan. Seorang bayi dalam buaian pun tahu menasihati golongan tua yang menurut membuta-tuli itu. Macam mana mereka tidak hangin satu badan?
Apakah mereka lupa, Allah boleh beri ilmu dan petunjuk kepada siapa jua yang Dia Kehendaki untuk menguji sesama manusia supaya jangan ada rasa bangga diri dengan umur atau pangkat atau status di mata masyarakat.
Contohilah akhlak mulia Nabi Muhammad yang suka mendekati golongan muda untuk menyelami perasaan anak-anak muda. Sebab itu baginda jadikan golongan muda itu para sahabat baginda.
Renungkanlah di mana akhlak Nabi Muhammad dalam umat Islam sekarang. Terlalu sukar kita nak jumpa apatah lagi jika kita tidak jadikan Al Quran itu akhlak kita seperti mana mereka sendiri yang cakap Al Quran itulah akhlak Rasulullah. Kalau setakat cakap, tapi tak membuktikan, itu namanya golongan cakap tak serupa bikin.
Rasulullah bikin dahulu sesuatu perkara, kemudian selepas memahami hikmahnya, barulah baginda sampaikan kepada masyarakat. Tetapi umat Islam sekarang lebih bercakap daripada bikin. Mereka bawa kisah Rasulullah yang menyatukan kaum atau kabilah Arab, tetapi mereka masih hidup berpecah-belah kerana angkuh dengan ajaran turun-temurun. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | fikirman Siswa/Siswi


Number of posts: 6 Age: 36 Location: Bumi Allah State:  Points: 315 Reputation: 0 Registration date: 2009-10-29
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 11:55 am | |
| | Juang wrote: | Tetapi jika dikatakan amalan mereka itu menyebabkan kaum mereka jadi lemah fikiran, malas. mundur, suka berpecah-belah, mereka jadi hangin satu badan. Mula keluar kata-kata kejian walaupun Kitab yang mereka pegang melarang berbuat demikian. Mula keluar bangga diri biarpun Kitab yang mereka pegang mengajar manusia jadi merendah diri.
|
Saudara juang,
Saudara suka menyalahkan umat Islam hari ini yang kononnya beramal dengan mengikut amalan datuk nenek sahaja tanpa mahu berfikir. Apakah bukti bahawa amalan yang diamalkan oleh umat Islam hari ini yang kononnya sekadar diwarisi datuk-nenek (memetik kata-kata saudara) ini telah menyebabkan umat menjadi lemah fikiran, malas. mundur, suka berpecah-belah? Dan adakah kita terlalau yakin bahaya amalan ini benar2 bukan atas perintah Allah kerana ianya tiada dalam al-Quran.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu fikir, adakah apa yang kita fikir ini menyamai atau memenuhi kehendak Allah swt dan Rasulnya?
Saudara suka mengkritik umat Islam hari ini yang suka menjatuhkan hukum, mengkafirkan orang lain (memang saya akui itu) tetapi dalam masa yang sama, tidakkah saudara terfikir bahawa saudara juga sedang tersepit sebenarnya. Saudara juga sedang hebat mengkritik umat yang mengamalkan amalan2 agama hari ini (berdasarkan apa yang saya baca setiap posting saudara).
Maaf, bukan bermaksud saya 'hangin' satu badan seperti yang saudara suka katakan, tetapi sebagai seorang Islam, yang sememangnya saya menyakini bahawa setiap amalan umat Islam hari ini (seperti solat 5 waktu dan berkiblatkan kaabah, quran dibaca dengan bahasa Arab) adalah perintah Allah swt mengikut cara yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad saw, saya rasa seolah saudara juga sedang menghukum golongan yang bersandarkan pada alim ulama ini.
| Juang wrote: |
Rasulullah bukannya mengajar kalkulus, atau formula-formula kimia yang berbelit-belit, atau hukum fizik yang memerlukan daya fikir dan imaginasi yang tinggi. Baginda cuma ajar macam mana nak kawal diri masing-masing agar jadi seorang insan, bukannya haiwan. Takkanlah sudah besar panjang pun tak tahu nak baca Al Quran untuk dijadikan pedoman?
|
Benar...Rasulullah bukannya mengajar kalkulus, atau formula-formula kimia yang berbelit-belit, atau hukum fizik yang memerlukan daya fikir dan imaginasi yang tinggi.... Baginda cuma ajar macam mana nak kawal diri masing-masing agar jadi seorang insan, bukannya haiwan.... Persoalan sekarang, baginda telah tiada di hadapan kita unutk mengajar macam mana nak kawal diri masing-masing agar jadi seorang insan....yang ditinggalkan hanya Al-Quran dan al-Quran ini diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad saw untuk ummat ini hingga hari kiamat. Untuk menterjemahkan Al-Quran ini dalam perbuatan dan kehidupan...Nabi telah ajar para sahabat..dan diikuti oleh para tabiin. Disinilah, mahu atau tidak...kita perlu mengikuti kesepakatan ulama, terhadap apa yang diajarkan oleh Baginda nabi ini...melalui perantaraan hadis-hadis nabi yang diriwayatkan oleh para sahabat (maaf sekiranya saudara menolak hadis). Dan tugas ini diteruskan oleh para alim ulama hingga hari ini.
| Juang wrote: | Sikap lemah keupayaan diri dan suka beralasan untuk memahami Al Quran itu juga antara punca umat Islam sekarang jadi lemah. Mereka menyandarkan pada para ulamak mereka sahaja untuk memahami Al Quran, macamlah mereka tiada akal. Padahal yang tahu kawal diri seseorang individu itu adalah tuan punya diri. Ini kerana hati manusia memang Allah cipta lain-lain. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
|
Bukan bermaksud apabila kita sandarkan kepada ulamak, kita hari ini tiada akal. Tetapi, setelah diperhatikan dan dikaji secara mendalam, apa yang diajar oleh ulamak itu tidak lari dari tuntutan al-quran...bagaimana untuk kita nafikan nasihat-nasihat dan amalan2 yang telah disepakati oleh para ulamak silam?
Dalam masa yang sama, kita yang lahir hari ini, yang telah jauh dari zaman nabi....adakah apa yang kita fikir itu pula atau apa yang kita cuba tafsir dan fahami al-quran ini pula benar2 mengikut kehendak Allah?
...dan hari ini, kita pula ingin bangun berdiri sebagai jagoan, untuk menegakkan kebenaran dan menafikan semua amalan datuk-nenek (yang telah disepakati ulamak)...kita mengkritik orang2 terdahulu kerana suka menjatuhkan hukum, dalam masa yang sama kita juga menghukum...
| Juang wrote: |
Jadi, kenapa urusan untuk belajar kawal diri pun semuanya nak diserahkan kepada para ulamak? Dah macam perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang serahkan urusan kawal diri mereka kepada rahib-rahib atau pihak gereja mereka. Itu yang mereka jadi kaum yang sombong dan berbangga diri dengan anutan turun-temurun mereka. Mereka sudah tidak mampu kawal hati mereka daripada penyakit.
Yang Yahudinya kata kaum Nasrani tak betul, yang Nasraninya kata kaum Yahudi tak betul. Dan perangai itu memang jelas terlihat dalam umat Islam sekarang yang hidup berpuak-puak atas nama agama.
Beginikah gambaran Umat terbaik?
23.52. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.
23.53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).
23.54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. |
.....apakah apa yang ada dalam fikiran itu juga adalah benar...atau kita juga tunduk dimainkan dengan nafsu....
.............Allah Maha Mengetahui........ _________________ Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama Taat Perintah Allah SWT Mengikut Cara Nabi Muhammad SAW
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 1:49 pm | |
| | fikirman wrote: | Saudara juang,
Saudara suka menyalahkan umat Islam hari ini yang kononnya beramal dengan mengikut amalan datuk nenek sahaja tanpa mahu berfikir. Apakah bukti bahawa amalan yang diamalkan oleh umat Islam hari ini yang kononnya sekadar diwarisi datuk-nenek (memetik kata-kata saudara) ini telah menyebabkan umat menjadi lemah fikiran, malas. mundur, suka berpecah-belah? Dan adakah kita terlalau yakin bahaya amalan ini benar2 bukan atas perintah Allah kerana ianya tiada dalam al-Quran. |
Pertama, Allah tidak akan buat satu perintah yang hasilnya membawa keburukan pada manusia. Jadi bila kita nampak sesuatu amalan yang menyebabkan hasilnya bawa keburukan, takkanlah kita nak senang-senang percaya itu perintah Allah?
Kedua, perintah Allah itu pasti ada bukti yang boleh difikirkan, sesuai dengan ayat Allah yang mengatakan tiada paksaan dalam agama. Ini kerana Allah mahu manusia itu tahu kesan pada diri daripada suruhan atau laranganNya. Bila manusia itu nampak sendiri bukti kesan pada diri, maka terbitlah iman, kerana iman bukannya boleh dipaksa-paksa.
Kalau kita fikirkan, yang beri akal kepada kita adalah Allah, so takkan untuk memahami perintah Allah, Dia tak bagi manusia berfikir pula? Kalau macam itu, baik manusia tidak payah diberi akal.
| Quote: | | Dalam masa yang sama, kita juga perlu fikir, adakah apa yang kita fikir ini menyamai atau memenuhi kehendak Allah swt dan Rasulnya? |
Kena faham apa kehendak Allah dan Rasulnya sebenarnya. Adakah Allah ajar Rasulnya itu supaya sampaikan ajaran yang menyebabkan manusia jadi lemah, malas dan suka berpecah-belah? Rasul itu mulia akhlaknya, bukannya buruk.
Kita boleh nilai apa itu akhlak mulia dan apa itu akhlak buruk. Takkanlah hidup malas berfikir, suka berpuak-puak, berbangga diri dengan ajaran nenek moyang pun kita nak kata itu akhlak yang mulia?
Jika penilaian baik dan buruk pun sudah tak betul, macam mana nak sedarkan umat sendiri?
| Quote: | | Saudara suka mengkritik umat Islam hari ini yang suka menjatuhkan hukum, mengkafirkan orang lain (memang saya akui itu) tetapi dalam masa yang sama, tidakkah saudara terfikir bahawa saudara juga sedang tersepit sebenarnya. Saudara juga sedang hebat mengkritik umat yang mengamalkan amalan2 agama hari ini (berdasarkan apa yang saya baca setiap posting saudara). |
Jika orang Islam sendiri tidak tolong sedarkan umatnya sendiri, nak suruh siapa tolong? Bukankah dalam Al Quran ada sebut, Allah tidak menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang menolong diri mereka sendiri?
Jika orang yang diluar umat Islam mengkritik, nanti umat Islam juga yang marah. Orang yang dalam umat Islam lebih kenal perangai buruk dalam umat itu sendiri kerana dia sebahagian daripada umat itu dan sudah merasai bagaimana perasaan ego dengan ajaran turun-temurunnya itu. Dan apabila dia telah berjuang meruntuhkan keegoan ajaran nenek moyangnya itu dalam dirinya, maka mudah dia untuk menilai dengan adil. Berbanding orang yang masih ego dengan ajaran nenek moyangnya itu, sudah pasti pandangan mereka bias kepada ajaran nenek moyang mereka sahaja.
Ingatlah, Allah suruh kita tegakkan keadilan. Tetapi jika masih bias dengan ajaran nenek moyang kita sahaja, macam mana pandangan kita nak jadi adil?
Cuba fahami perasaan kaum-kaum lain yang orang Islam sekarang kata mereka itu kafir. Bukan keinginan mereka nak dilahirkan daripada keturunan tersebut. Itu kerja Allah. Apa hak kita nak kata mereka itu kafir sedangkan umat Islam sendiri tidak tonjolkan di mana betulnya ajaran atas nama Islam mereka turuti itu.
Patutkah kita kata kaum lain itu kafir sedangkan umat Islam sibuk tunjukkan perangai buruk?
| Quote: | | Maaf, bukan bermaksud saya 'hangin' satu badan seperti yang saudara suka katakan, tetapi sebagai seorang Islam, yang sememangnya saya menyakini bahawa setiap amalan umat Islam hari ini (seperti solat 5 waktu dan berkiblatkan kaabah, quran dibaca dengan bahasa Arab) adalah perintah Allah swt mengikut cara yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad saw, saya rasa seolah saudara juga sedang menghukum golongan yang bersandarkan pada alim ulama ini. |
Jika 5 waktu itu adalah ketetapan Allah, pasti sesiapa yang buat 4 waktu atau 6 waktu, tidak akan mampu mencegah kemungkaran walau macam mana sekali pun. Itu baru bukti menunjukkan ia adalah ketetapan daripada Allah.
Begitu juga dengan pergerakan solat. Jika mereka kata pergerakan solat itu ketetapan Allah, sesiapa yang tidak buat pergerakan macam itu, pasti tidak mampu mencegah kekejian dan kemungkaran diri mereka walau macam mana sekali pun. Tetapi jika terbukti ada manusia boleh mencegah kekejian dan kemungkaran dengan cara mereka sendiri, itu menunjukkan solat tidak terbatas pada sesuatu cara.
Jangan nak samakan pandangan para imam terdahulu dengan ketetapan Allah. Ketetapan Allah itu jelas, kukuh dan tidak mampu diubah. Contohnya bila dikatakan arak itu ada mudaratnya, sampai ke hari ini jelas terbukti arak itu ada mudarat yang besar kepada manusia. Itu barulah betul dikatakan Allah yang menetapkan sebab manusia tidak mampu jadikan arak itu tanpa mudarat.
Ramai orang Islam hari ini terkeliru dalam memahami ketetapan Allah. Apabila Allah menetapkan sesuatu, maka tidak akan ada kuasa lain boleh melawan ketetapanNya itu.
Dalam Al Quran, jelas Allah tidak menetapkan cara-cara solat. Ini menunjukkan untuk mencapai kepada solat yang mampu mencegah kekejian dan kemungkaran, ia tidak terbatas pada sesuatu cara sahaja.
Dan perlu kita fahami, kita solat bukannya untuk persembahkan gerakan kita kepada Allah, sebab yang menggerakkan kita itu adalah Allah juga. Allah tak perlu pun pergerakan kita itu. Kita buat sesuatu gerakan solat itu biarlah terbukti membawa kesan baik kepada rohani dan jasmani kita. Cari cara masing-masing nak perkuatkan benteng jiwa sebab kita sendiri yang tahu pasal diri kita sendiri. Bersolatlah kerana Allah, bukan kerana manusia.
| Quote: | Benar...Rasulullah bukannya mengajar kalkulus, atau formula-formula kimia yang berbelit-belit, atau hukum fizik yang memerlukan daya fikir dan imaginasi yang tinggi.... Baginda cuma ajar macam mana nak kawal diri masing-masing agar jadi seorang insan, bukannya haiwan.... Persoalan sekarang, baginda telah tiada di hadapan kita unutk mengajar macam mana nak kawal diri masing-masing agar jadi seorang insan....yang ditinggalkan hanya Al-Quran dan al-Quran ini diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad saw untuk ummat ini hingga hari kiamat. |
Benar, secara pandangan kasarnya, Nabi Muhammad sudah tidak wujud depan mata kita. Tapi Al Quran ada sebut, orang beriman itu tidak akan mati. Ini menunjukkan, kita tidak perlu pun melihat jasad Nabi Muhammad, yang pentingnya semangat (ruh) perjuangan baginda itu.
Sebab itulah apabila kita merenung ayat-ayat Al Quran, kita dapat lihat semangat perjuangan Rasulullah dalam diri kita sendiri. Kita akan jadi seorang yang suka berfikir untuk mengubah nasib umat seperti mana baginda lakukan. Kita akan berusaha menunjukkan akhlak-akhlak mulia seperti baginda yang suka membantu sesama manusia.
Itulah hikmah apabila kita jadikan Al Quran untuk dihayati, bukan untuk dilagu-lagukan.
| Quote: | | Untuk menterjemahkan Al-Quran ini dalam perbuatan dan kehidupan...Nabi telah ajar para sahabat..dan diikuti oleh para tabiin. Disinilah, mahu atau tidak...kita perlu mengikuti kesepakatan ulama, terhadap apa yang diajarkan oleh Baginda nabi ini...melalui perantaraan hadis-hadis nabi yang diriwayatkan oleh para sahabat (maaf sekiranya saudara menolak hadis). Dan tugas ini diteruskan oleh para alim ulama hingga hari ini. |
Bukan kita nak menolak pentingnya ada ulamak. Kita tetap hargai jasa-jasa mereka dan para imam terdahulu. Tetapi, ulamak juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.
Jika ada pandangan yang bukan daripada ulamak, tetapi lebih mendatangkan kesan yang baik, tidak salah kita mengikutinya sebab yang datangkan yang lebih baik itu Allah juga.
Masalahnya orang Islam sekarang hanya beranggapan petunjuk atau ilham yang baik itu hanya sampai kepada ulamak sahaja. Padahal Allah sahaja Berkuasa nak tentukan petunjuk kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki. Kenapa kita tidak boleh terbuka kepada Allah nak beri petunjuk kepada sesiapa pun? Dan para Rasul terdahulu pun hanya orang biasa dan bukan dari keturunan alim ulamak.
Bayangkanlah jika kita hidup di zaman Rasulullah dengan bermentaliti hanya ulamak atau orang yang ada status di mata masyarakat sahaja yang layak bercakap pasal agama, pasti kita akan jadi salah seorang penentang Rasulullah itu.
Kenapa ramai orang Yahudi dan Nasrani tidak dapat terima kata-kata Rasulullah? Sebab baginda bukannya ahli-ahli kitab atau rahib2 agama mereka, dan apa yang baginda sampaikan itu bercanggah dengan amalan yang mereka turuti itu.
Bukankah orang yang beranggapan hanya ulamak sahaja boleh bagi pandangan itu sebenarnya berfikiran sempit?
Seperti mana kita tidak menolak pandangan orang yang tidak berstatus ulamak, seperti itu juga kita tidak menolak pandangan ulamak. Cuma kita hendak memilih yang terbaik.
Yang pentingnya, jangan kita tolak ketetapan Allah, sebab ketetapan Allah tidak mampu diubah-ubah. Pandangan ulamak atau sesama manusia, boleh berbeza dan ada yang lebih baik.
Apakah salah kita untuk mengambil yang lebih baik untuk diri kita biarpun berbeza dengan para ulamak? Bukankah urusan untuk menjadi diri kita baik adalah tugas tuan punya diri itu sendiri?
Saya sendiri tiada hak nak suruh saudara ikut cara saya beragama kerana saudara sendiri lebih kenal siapa diri saudara. Saudara sendiri lebih tahu kemampuan diri saudara.
Saya hanya boleh sampaikan apa yang saya tahu dan yang telah saya praktik pada diri untuk membuka minda orang lain bahawa sesuatu cara itu tidak semestinya satu sahaja, barangkali banyak lagi yang kita tidak tahu.
| Quote: | | Bukan bermaksud apabila kita sandarkan kepada ulamak, kita hari ini tiada akal. Tetapi, setelah diperhatikan dan dikaji secara mendalam, apa yang diajar oleh ulamak itu tidak lari dari tuntutan al-quran...bagaimana untuk kita nafikan nasihat-nasihat dan amalan2 yang telah disepakati oleh para ulamak silam? |
Sekali lagi, tiada siapa nak tolak ulamak yang betul-betul ambil ajaran Al Quran dan mampu memberi kebaikan kepada rohani dan jasmani. Malah dalam saya memahami Al Quran, saya tetap mendengar mana-mana pandangan para imam, ustaz dan juga forumer dalam ini sebab Al Quran suruh kita mendengar perkataan dan mengikut yang paling baik.
Tetapi jangan sampai sempitkan pemikiran kita bahawa yang benar itu hanya pada ulamak sahaja. Jika yang bukan ulamak pun mampu bawa nasihat yang lebih baik kepada diri kita, bukankah itu juga datang daripada Allah?
Apa yang nak dikatakan di sini, supaya kita beragama bukan melihat status orang yang menyampaikan, kerana itu adalah perangai kaum kafir terdahulu. Mereka sangka ahli-ahli kitab mereka sahaja yang benar, dan para Rasul mereka itu salah sebab membawa ajaran yang bertentangan dengan amalan nenek moyang.
| Quote: | | Dalam masa yang sama, kita yang lahir hari ini, yang telah jauh dari zaman nabi....adakah apa yang kita fikir itu pula atau apa yang kita cuba tafsir dan fahami al-quran ini pula benar2 mengikut kehendak Allah? |
Benar. Kita sudah jauh daripada zaman Nabi. Tetapi Allah yang ajar Nabi dulu tidak pernah jauh daripada kita. Itu kita kena ingat.
Jadi, sesiapa yang sembah Nabi Muhammad, mereka akan rasa zaman nabi itu sudah jauh dan sukar untuk mereka beragama tanpa menurut. Tetapi sesiapa yang sembah Allah, mereka akan nampak Allah itu amat dekat pada diri mereka yang boleh memberi petunjuk kepada orang yang menggunakan akalnya.
Allah-lah yang boleh beri kefahaman Al Quran kepada sesiapa jua hamba-hambaNya yang mengikut jalan untuk mendapat petunjuk iaitu mendengar ucapan dan mengikut yang paling baik.
| Quote: | | ...dan hari ini, kita pula ingin bangun berdiri sebagai jagoan, untuk menegakkan kebenaran dan menafikan semua amalan datuk-nenek (yang telah disepakati ulamak)...kita mengkritik orang2 terdahulu kerana suka menjatuhkan hukum, dalam masa yang sama kita juga menghukum... |
Apabila Nabi Ibrahim cuba sedarkan kaumnya yang beragama menurut amalan nenek moyang, apakah baginda itu jagoan? Apabila Nabi Musa cuba sedarkan Firaun yang membiarkan kaumnya berpecah-belah, apakah baginda itu jagoan? Apabila Nabi Muhammad cuba sedarkan kaum Arab yang hidup berpecah-belah dan berkabilah-kabilah itu, apakah baginda itu jagoan?
Tidak dikritik orang-orang terdahulu sebab umat mereka sudah berlaku, yang dikritik adalah orang sekarang yang guna nama orang terdahulu dalam beragama seolah-olah mereka sembah orang terdahulu itu, bukan sembah Allah lagi.
Jika manusia itu sembah Allah, pasti mereka mampu bawakan bukti yang jelas tentang amalan yang mereka lakukan tanpa menggunakan nama-nama orang terdahulu. Ini kerana sesuatu yang benar daripada Allah, buktinya pasti wujud sampai ke hari ini. Jadi buat apa guna nama orang terdahulu sebagai sandaran? Huraikanlah sahaja guna apa yang wujud zaman sekarang?
Contohnya bila dikatakan judi itu membawa kesan buruk, sampai ke hari ini jelas kesan buruk judi. Mana ada manusia jadi kaya dengan bermain judi? Yang kaya hanyalah tokey kedai judi itu sahaja kerana berjaya memperbodohkan orang yang suka berjudi itu. Jadi, tak perlu kita kata "judi itu buruk sebab Nabi Muhammad yang kata judi adalah buruk".
Itulah cara kita berpegang pada kebenaran, iaitu kita mampu huraikan secara jelas dan boleh difikirkan, bukannya guna nama orang terdahulu.
| Quote: | .....apakah apa yang ada dalam fikiran itu juga adalah benar...atau kita juga tunduk dimainkan dengan nafsu....
.............Allah Maha Mengetahui........ |
Sesuatu dalam fikiran itu adalah benar apabila mampu dibuktikan secara jelas, rasional dan logik. Bila dipraktikkan, ia mendatangkan kesan yang jelas pada diri. Al Quran adalah contoh kata-kata yang memberi kesan jelas pada diri. Sebab itu tanpa guna nama-nama orang terdahulu pun ajaran Al Quran itu mampu dipraktikkan dengan mudah. Cuma bergantung kepada tahap keyakinan manusia itu. Kalau mereka ragu-ragu dengan Al Quran, jangan harap mereka nak mempraktikkan Al Quran pada diri mereka sendiri.
Tetapi jika manusia itu suka menurut nafsu, mereka tidak mampu perjelaskan, melainkan dengan berkata "sebab orang terdahulu kami ajar macam itu".
Itu bezanya. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | slipar Pensyarah


Number of posts: 733 Points: 1237 Reputation: -1 Registration date: 2009-04-18
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 5:21 pm | |
| apakah yg kurang dalam diri umat islam hari ini sebenarnya . pada diri kita sendiri kepercayaan kepada melakukan perbuatan baik dan menyeru kepada kebaikan sangat kurang . kita rela menipu diri dan sekutu atau lawan dalam memenangi kehendak diri kita sendiri . kita rela makan sendirri walau pun rakan kita lapar . kerelaan diri kita sangat kurang . sebab tu banyak ayat quran yg mencabar manusia bahawa manusia akan bangkit kembali utk menerima perhitungan . |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 5:47 pm | |
| | slipar wrote: | | apakah yg kurang dalam diri umat islam hari ini sebenarnya . pada diri kita sendiri kepercayaan kepada melakukan perbuatan baik dan menyeru kepada kebaikan sangat kurang. |
Bertambah kurang lagi, bila kita tidak boleh terbuka menerima perbezaan cara manusia untuk berbuat kebaikan. Asal berbeza cara dengan amalan turun-temurun, terus dihukum kafir. Matlamat berbuat kebaikan sudah tidak menjadi prioriti utama lagi.
Sepatutnya kita galakkan sesama manusia supaya berbuat baik walau dengan cara apa sekali pun. Sebab setiap kebaikan yang kita buat, pasti Allah balas dengan kebahagiaan dan kepuasan dalam jiwa (asalkan jangan nak riya', kerana riya' akan mencabut kembali rasa kebahagiaan dan kepuasan dalam jiwa itu).
Memang kita boleh rasa kesan berbuat baik itu sejak di dunia lagi. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sat Oct 31, 2009 6:07 pm | |
| Jika kita fikirkan, apabila seseorang itu membenci orang yang menyeru berbuat kebaikan, bersatu-padu sesama manusia dan menjauhi kemungkaran, jelaslah orang yang membenci itu sebenarnya suka kepada kejahatan, perpecahan dan menjauhi kebaikan.
Sebab itu bila kita hayati kisah kaum-kaum terdahulu yang diutuskan seseorang Rasul kepada mereka, yang mengajak manusia berbuat baik, tetapi ditolak semata-mata apa yang Rasul mereka sampaikan itu berbeza caranya dengan ajaran turun-temurun, Allah datangkan kemurkaanNya kepada kaum itu, kerana jelaslah kaum itu tidak suka berbuat kebaikan lagi.
Jadi, setiap kali Allah utuskan orang-orang yang menyeru kepada kebaikan, pasti ada azabNya jika kaum itu menolak dengan angkuh dan sombong.
Janganlah pula ada manusia di zaman IT ini meminta Allah datangkan azab tersebut semata-mata tidak percaya kepada seruan kebaikan tersebut. Ada kaum terdahulu yang lagi kuat pun mudah-mudah sahaja Allah hancur.
Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui segala sesuatu. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Sun Nov 01, 2009 6:44 pm | |
| Mari kita renung kembali kisah Adam dan iblis. Banyak pengajaran berguna daripada kisah ini, sebab itulah dalam Al Quran sendiri ia diulang-ulang dalam banyak surah.
Iblis asalnya adalah makhluk yang taat beribadat. Dikatakan kerajinannya melakukan ibadat lebih daripada malaikat-malaikat yang lain.
Adam pula adalah makhluk yang rajin belajar. Sehingga dia mengetahui banyak nama-nama berbanding para malaikat.
Kemudian Allah suruh para malaikat, tunduk/sujud kepada Adam. Semua malaikat tunduk/sujud kepada Adam, kecuali iblis.
Kenapa iblis tidak tunduk kepada Adam yang lebih bijak dan mengetahui banyak perkara berbanding para malaikat (termasuk iblis)? Sebab iblis ada rasa angkuh, sombong dan takabur, kerana merasakan dirinya lebih mulia berbanding Adam.
Jadi, jika sesuatu kaum yang rajin buat amal ibadat, tetapi merasa angkuh, sombong dan berlagak terhadap kaum-kaum lain yang lebih bijak dan banyak mengetahui ilmu-ilmu Allah, bukankah perangai mereka itu sudah menyamai iblis?
Mungkin ramai orang Islam sekarang yang dilihat lebih rajin buat amal ibadat berbanding bangsa-bangsa lain itu memiliki perasaan seperti iblis sehingga memandang hina bangsa-bangsa lain itu walaupun bangsa-bangsa lain itu lebih rajin belajar, lebih banyak mengetahui ilmu-ilmu alam milik Allah ini dan lebih banyak mencipta teknologi-teknologi berguna untuk kesenangan dan kemudahan hidup sesama manusia.
Dan oleh kerana memiliki perasaan seperti iblis, hidup umat Islam sekarang penuh kacau-bilau dengan perpecahan dan peperangan sesama sendiri.
Tetapi apakah mereka hendak sedar diri yang mereka telah meniru perangai iblis? Hanya orang yang ada rasa insaf dan penyesalan sahaja akan datang kesedaran. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | dish Siswa/Siswi


Number of posts: 23 Points: 526 Reputation: 0 Registration date: 2009-04-18
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Thu Nov 12, 2009 4:17 pm | |
| Minta maaflah ana mencelah.
Sebenarnya ana tak berpa faham apa yang dibawa oleh sedara-sedara kat sini. Ana pun ada akal, Allah bagi ana akal kerana Allah dah ciptakan ana ni dengan sempurnanya sebagai seorang manusia.
tapi nampaknya, akal ana tak tercapai dan tak mampu menerima apa yang sedara-sedara perkatakan. Ana follow boleh dikatakan semua posting dari bayau, selipar, tolokminda, juang, semut dan ramai lagi la dalam forum ini...tapi ana nampak tak ada satu titik kesatuan antara kalian semua.
Apa yang ana tak faham, ada yang kata solat tu hanya dengan tiga waktu lebih menyenangkan-ana terpikir. Kita nak solat mengikut kesenangan kita atau mengikut perintah Allah yang disampaikan melalui Nabi dan Rasulnya?
Ada yang kata, solat dengan belajar dan membuat kebaikan-macam mana pulak ini?
Ana orang tua, dalam tak belajar pun, ana ada jugak menuntut ilmu. Mengapa apa yang ana tau lain benar dengan apa yang dibincangkan di sini. adakah kerana ana ketinggalan zaman? Nak kata ketinggalan zaman, ana ikut apa yang umat Islam kita buat. Solat 5 waktu, ana puasa, ana bayar zakat, ana pergi haji. Tapi bila ana baca pasal yang kata nabi tak suruh sembah kaabah, ana terpukul. Pelik. Bila masa pulak nabi suruh sembah kaabah.
Nampaknya, kita semua ni perlu lagi menuntut ilmu. Kalau tak tahu, bertanyalah pada mereka yang tahu. Jangan pandai=pandai nak buat tahu dan buat faham. Agama bukan mainan. Bukan boleh main fikir sahaja. Ana kagun dengan semangat semua yang ada kat sini, tapi jangan sampai sesuatu yang bersemangat itu diletakkan pada tempat yang salah. Rugi dan buruk padahnya.
Nasihat untuk ana sendiri dan belia-belia kat sini, pergilah menuntut. Jangan jadikan makhluk di alam lain bersorak gembira kerana kealpaan kita. Mereka dah kenduri besar tu...gagalkan rancangan mereka semua dengan semangat yang membara yang ada pada kamu semua. Bukannya menggemukkan lagi mereka.
Sekadar pandangan ikhlas dari ana.
Assalamualaikum. |
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Thu Nov 12, 2009 5:11 pm | |
| Bertukar-tukar pandangan di sini sudah satu cara menuntut ilmu. Sesiapa yang ada ilmu, boleh kongsi di sini. Nak terima atau tidak, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan dalam agama.
Belajar agama, kena dengar semua pandangan. Kalau menuntut pada sesuatu puak yang kata mereka sahaja benar, macam mana nak menilai dengan adil? Sudah pasti semua puak akan mengaku mereka sahaja benar.
Jadi, untuk menjauhkan ketaksuban atau kefanatikan terhadap sesuatu pegangan, maka baiknya kita kembali kepada Al Quran yang menyuruh kita mendengar pandangan manusia lain dan mengikut yang terbaik yang kita sendiri tahu kebenarannya.
Berdikari dalam mencari jawapan-jawapan erti hidup kita sebagai insan kerana kita sendiri yang akan menjawab soalan Allah di akhirat, bukannya orang lain. Jadi kita kena berpegang pada sesuatu yang kita tahu dan ada bukti tentang apa yang kita ikuti itu.
Dengan belajar agama secara mendengar pelbagai pendapat, kita boleh belajar menerima perbezaan. Inilah cara kita meruntuhkan rasa kaum kita sahaja yang betul dan memandang hina kaum-kaum lain (seperti perangai kaum Yahudi dan Nasrani di zaman Nabi).
Di sini kita mahu menggalakkan kita memikirkan apa yang kita lakukan selama ini. Apakah kita sekadar beragama secara menurut, atau ada rasa ingin mencari di mana logik sesuatu ajaran yang kita terima selama ini. Ia adalah salah satu cara kita sentiasa berfikir (ulul albab) dan menjadi golongan yang beringat.
Sering terjadi kepada manusia yang lalai untuk berfikir panjang, mereka tidak kisah apa akan berlaku kepada generasi akan datang jika mereka hanya hidup secara menurut sahaja. Mereka tidak peduli nasib kaumnya kerana mementingkan diri sendiri sahaja. Jika zaman sekarang sudah penuh cerita perpecahan dan kes-kes sosial, apa akan jadi 40-50 tahun akan datang jika kita terus lalai?
Di sinilah kita bertukar-tukar pandangan untuk memikirkan bagaimana kita boleh mengubah nasib kaum sendiri kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | Juang Timbalan Dekan


Number of posts: 2737 State:  Points: 3877 Reputation: 6 Registration date: 2008-08-26
 | Subject: Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ? Thu Nov 12, 2009 5:32 pm | |
| 3.79. Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. Apa yang kita mahu lakukan adalah untuk mewujudkan kembali orang-orang yang rabbani iaitu yang mengajar segala yang mereka tahu daripada Kitab Allah dengan berkongsi pandangan di sini, di samping kita dapat pelajari pandangan orang lain pula. Maka, dengan cara ini, dapatlah kita menjauhi ketaksuban pada sesuatu puak, kerana di sini kita tidak membeza-bezakan sesama manusia. Sesiapa sahaja boleh sampaikan sesuatu yang baik, benar dan bermanfaat dengan kemukakan bukti-bukti yang logik difikirkan untuk kita sama-sama mengambil manfaatnya. Gunakan kemudahan yang Allah kurniakan iaitu internet ini untuk kita jadi orang-orang rabbani ini.  _________________ SOPAN GAYO PEJUANG
|
|  | | | | Beginikah gambaran Umat terbaik ? | |
|
| Page 2 of 2 | Goto page : 1, 2 |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |