HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
pelekat mutiara teka diari neraka anak rampa anti minda kuiz akaun kita kata pantun nama borak kisah teki sambung shirt speak kereta kaabah video bongsu games
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Mon Oct 26, 2009 9:15 am

Tidaklah Allah ilhamkan sesuatu kepada manusia terdahulu itu secara sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya jika manusia itu mahu memikirkan. Yang merosakkan sesuatu ajaran agama itu apabila lahir generasi manusia yang malas berfikir apa yang mereka amalkan daripada ajaran bapa-bapa mereka.

Bila ditanya, kenapa buat sesuatu amalan itu, mudah sahaja mereka jawap, "sebab kami lihat bapa-bapa kami melakukan begitu". Itu bukannya cara seorang yang bijaksana dalam beramal sesuatu. Itu sekadar melahirkan manusia menurut membuta-tuli.

Kita perlu beramal sesuatu yang kita tahu dan faham hikmahnya untuk kebaikan diri kita sendiri. Apabila satu umat faham apa yang mereka lakukan, barulah lahir umat yang bijaksana dan kuat.

Berikut adalah hikmah gerakan-gerakan yang wujud dalam solat yang umat Islam sekarang amalkan yang mampu membawa kekuatan ummah.

1) Berdiri = berani menegakkan kebenaran dengan bersungguh-sunguh dengan bukti-bukti yang nyata, dan setiap kebenaran tu satu sahaja jawapannya walaupun boleh dilihat daripada perlbagai sudut yang berbeza.

2) Rukuk = menghormati sesama manusia dan alam semesta. Belajar merendah diri dan menghargai pendapat orang lain.

3) Sujud = menjadi insan yang suka berfikir rasional (ulul albab) agar tunduk kepada hukum-hukum yang Allah tetapkan demi kebaikan manusia itu sendiri.

4) Duduk = suka duduk berbincang menyelesaikan masalah ummah agar hidup aman damai. Bukannya pergi mengumpat keji dari belakang jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.

5) Menoleh kanan dan kiri (salam) = peka melihat nasib orang lain di sekeliling, menilai baik-buruk dan belajar dari Timur dan Barat.


Jika umat Islam sekarang dapat amalkan hikmah-hikmah ini dalam kehidupan, insyaAllah, umat Islam akan bersatu-padu dan akan lahir generasi bijaksana. Maknanya, solat bukan lagi setakat buat gerakan sahaja, selepas solat itu, hikmahnya kita natijahkan dan praktikkan dalam seluruh kehidupan. Barulah luas pengertian solat itu sepanjang waktu, bukannya seketika sahaja.


_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
tolokminda
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 820
Points: 1161
Reputation: 0
Registration date: 2009-10-02

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Fri Nov 06, 2009 11:29 pm

Kalau solat tonggang tonggek itu betul-betul ritual wajib manusia kepada Tuhannya, tentulah Tuhan telah ajar Adam mengenainya. Tapi Tuhan tak sebut Dia ajar Adam solat tonggang tonggek. Bukan kehebatan Adam solat tonggak tonggek yang telah mengkagumkan para malaikat. Tapi Tuhan ajar Adam ilmu dunia. Kemampuan Adam mencerna ilmu dengan akalnya itulah yang memberi beliau kelebihan berbanding para malaikat yang hanya tahu menurut apa yang telah ditetapkan semata-mata.

Kita perlu ingat dan jelas bahawa Tuhan mahu Adam jadi khalifah memakmurkan dunia. Itulah tugas dan cabaran yang Tuhan spesifikasikan kepada Adam dan kita. Merealisasikan amanah yang telah ditetapkan itulah sebenarnya solat kita kepada Tuhan.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Sat Nov 07, 2009 8:12 am

Ada yang mengatakan, solat yg diamalkan oleh ramai org yang mengaku Islam hari ini adalah cara ibadah malaikat. Jadi, bila manusia beramal macam itu, maka tarafnya dilihat mulia seperti malaikat atau lebih lagi.

Persoalannya, apakah daripada kisah Adam dahulu, manusia disuruh bersolat seperti malaikat? Sedangkan malaikat itulah yang disuruh sujud kepada Adam.

Dan bagaimana mereka boleh tahu solat yang mereka buat itu seperti amalan para malaikat? Apa bukti mereka?

Adam diangkat darjatnya lebih tinggi daripada malaikat. Jadi, solat seorang manusia tidak patut disamakan dengan cara solat malaikat. Manusia dikurniakan kebijaksanaan yang boleh pergi lagi hebat daripada malaikat. Seperti yang saudara tolokminda katakan itu, para malaikat hanya menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah, sedangkan manusia yang dikurniakan akal, boleh berfikir dengan lebih jauh asalkan sanggup meluangkan masa untuk berfikir.

Solat adalah tanggungjawab kita mengikut tujuan kita diciptakan. Matahari akan bersolat mengikut tujuan dia diciptakan iaitu memancarkan cahayanya. Burung akan bersolat mengikut tujuan dia diciptakan iaitu untuk mengembangkan sayap agar boleh terbang. Jadi, solat seorang manusia sudah pasti ada kaitan dengan kejadiannya yang dikurniakan akal dan jasad yang boleh melakukan kerja-kerja kemahiran agar kemahiran itu disumbangkan untuk memakmurkan muka-bumi.

Oleh kerana setiap individu manusia ada minat yang tersendiri dalam sesuatu bidang, sudah pastilah cara solat mereka tidak akan sama dengan manusia yang lain.

Tetapi macam mana ada satu kaum yang buat hukum baru (yang tidak wujud dalam Al Quran), agar solat dibataskan dengan sesuatu gerakan dan kemudian menghukum kafir kepada manusia yang tidak buat gerakan solat macam mereka? Macam manalah umat mereka nak jadi kuat dan mampu melawan penyakit bangga diri dengan anutan mereka?

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 10:02 am

Sesuatu kaum atau umat akan kuat dan berjaya jika mereka adalah kaum yang bijak. Masa di sekolah dahulu, pelajar yang bijak akan berjaya berbanding pelajar yang pemalas belajar dan pemalas berfikir itu. Jadi, jika sesuatu kaum itu ramai yang pemalas belajar berbanding yang rajin, sudah pasti kaum itu tidak akan berjaya. Jadi, fikirkanlah amalan macam mana yang logik menjadikan manusia itu golongan yang bijak.

Solat yang terbaik adalah solat yang menjadikan diri manusia itu bijaksana (sifat para Rasul) dan menyumbang manfaat kepada manusia sejagat. Alangkah hinanya manusia itu, dikurniakan akal tetapi tidak mampu membuat apa-apa sumbangan untuk sesama manusia. Mereka hidup hanya nak kumpul kekayaan sendiri macam Firaun. Sedangkan pokok buah-buahan yang mereka tanam pun tahu mengeluarkan hasil.

Mari kita lihat ayat Al Quran berikut secara adil.

17:78. Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

2:43. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'.


Daripada kedua-dua ayat ini, dikaitkan solat dengan membaca, zakat dan rukuk'. Tetapi zakat tidak mereka masukkan sebagai rukun solat. Zakat dianggap sebagai amalan lain.

Ok, di antara membaca dengan buat gerakan menunduk 90 darjah itu, yang mana paling logik menjadikan manusia itu bijak? Apa rasionalnya ditetapkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari (dalam 5 waktu) menunduk begitu boleh menjadikan manusia itu bijaksana macam para Nabi? Kalau ditetapkan kita belajar 5 jam sehari membaca dan belajar pun lagi besar manfaatnya. Bukankah buat sesuatu yang tidak memberi manfaat yang besar itu suatu yang sia-sia?

Kalau kita fikir logik, jika umat Islam hari ini menekankan solat yang mengandungi aktiviti membaca, belajar, menyelidik dan bereksperimen, sudah pasti umat Islam jadi bijak dan maju dalam pelbagai bidang ilmu seperti zaman kegemilangan dahulu. Cubalah buat perbandingan, di antara tekankan belajar dengan buat gerakan tunduk dan sujud itu, yang mana lebih patut ditekankan berulang-ulang kali? Nak suruh beramal banyak kali, biarlah sesuatu yang memberi manfaat besar.

Inilah punca umat Islam hari ini jadi lemah. Mereka beramal banyak kali pada sesuatu yang kurang manfaat dan senang dibuat. Tetapi untuk sesuatu yang banyak manfaat dan sukar dilakukan (belajar memerlukan ketekunan yang tinggi berbanding setakat ruku' dan sujud), mereka abaikan. Kalau benda simple macam ni pun takleh nak nampak dan takleh nak buka minda, macam manalah nasib umat Islam nak berubah?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 3:38 pm

Quote:

40.
Bahawa Sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari kami) Yang disampaikan oleh
Rasul Yang mulia.


41.
dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana Yang kamu
dakwakan. tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.


42.
dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana Yang kamu
katakan. tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.


43.
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.


44.
dan kalaulah (Nabi Muhammad Yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas
nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan
, -



45.
sudah tentu Kami akan menyentapnya, Dengan kekuasaan kami, -



46.
kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati
Dengan serta-merta);



47.
maka tidak ada seorangpun di antara kamu Yang dapat menghalang (tindakan Kami
itu) daripada menimpanya.



(al-haqqah 40-47)


kalau la cara solat nabi & segala hadis nabi itu adalah palsu maka apa jawapan anda terhadap dalil di atas?
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 3:50 pm

Quote:
Dan
Allah telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab
(Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu
apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang
dilimpahkan-Nya kepada kamu amatlah besar. [an-Nisaa’ 4]
Quote:
dan
sesungguhnya ia (Al-Quran) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian
alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam
hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari
pemberi-pemberi ajaran
dan amaran (kepada umat manusia). (Ia
diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. [asy-Syu’ara
26-195]


Quote:


Demi
bintang semasa ia menjunam, rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia
menyeleweng, dan ia pula tidak sesat. Dan ia tidak memperkatakan
(sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.



[an-Najm 53-4]
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 4:23 pm

hilmi88 wrote:
kalau la cara solat nabi & segala hadis nabi itu adalah palsu maka apa jawapan anda terhadap dalil di atas?

Benar atau palsu memerlukan bukti yang logik. Itu asas membezakan benar atau tidak.

Bukan sebab didakwa ia adalah ucapan Nabi, terus dipercayai ia benar.

Kenalah selidiki sejauh mana kebenaran kata-kata itu berdasarkan bukti yang logik mengikut apa yang Allah tetapkan pada alam ini.

Cuba kita renungkan, sedangkan Keesaan Allah yang tak nampak guna mata kasar pun Allah suruh Rasulullah guna bukti logik, takkanlah untuk amalan bagi manusia yang kita boleh nampak guna mata kasar dan hati, tidak perlukan bukti logik?

Nabi tidak akan buat ketetapan ikut kehendak hatinya. Jika baginda sampaikan ketetapan, pasti ada logik di sebaliknya. Contohnya, kenapa diharamkan arak, bukannya sebab baginda tak suka minum arak (bukan ikut hati baginda), tetapi sebab ada kemudaratannya.

Jadi, takkanlah nabi nak tetapkan satu gerakan solat yang tiada bukti kenapa kena cara macam tu sahaja, dan apakah guna cara lain tidak layak dipanggil solat?

Sesuatu ketetapan daripada Allah, jika manusia tidak ikut, pasti ada kesan buruk kepada diri manusia itu dan jika manusia ikut, pasti ada kebaikannya.

Contohnya, bila Allah tetapkan untuk jadi pandai kena belajar dan berfikir, maka tiada siapa boleh lampaui ketetapan Allah itu. Sesiapa yang malas belajar dan berfikir, pasti akan jadi bodoh.

Berbalik kepada ayat yang dibawa itu, bila dikatakan Rasulullah tidak menyampaikan dusta dan rekaan, itu menunjukkan setiap yang didakwa datang daripada Nabi, pasti ada bukti jika ia benar-benar daripada Nabi.

Tetapi sekadar bawa cerita kosong tanpa bukti dan hanya guna nama baginda dan para sahabat, itu belum tentu benar-benar daripada baginda. Kena selidik dahulu sejauh mana kelogikan ajaran tersebut.

Ingatlah, sedangkan Al Quran itu terpelihara benar kerana kelogikan ajarannya, takkanlah Nabi nak sampaikan ucapan yang tiada logik?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 6:48 pm

Quote:
Cuba kita renungkan, sedangkan Keesaan Allah
yang tak nampak guna mata kasar pun Allah suruh Rasulullah guna bukti
logik, takkanlah untuk amalan bagi manusia yang kita boleh nampak guna
mata kasar dan hati, tidak perlukan bukti logik?


tidak semua perkara memerlukan alasan logik atau tidak untuk membuktikannye.. kalau mcm tu tolong buktikan secara logik:
1.al-quran itu terpelihara smpai hari kiamat & ayat2 yang ada di dalam al-quran adalah sama seperti ketika mula2 diturunkan.
2.syurga & neraka itu ada.
3.Rasulullah itu wujud.
4.wujudnya alam ghaib.

berikan dalil2 & bukti yg btul2 kukuh untuk smua perkara tu.

islam bukanla agama yang bergantung pada logik semata-mata.
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 6:54 pm

Quote:
Kalau solat tonggang tonggek itu betul-betul ritual wajib manusia
kepada Tuhannya, tentulah Tuhan telah ajar Adam mengenainya. Tapi Tuhan
tak sebut Dia ajar Adam solat tonggang tonggek
. Bukan kehebatan Adam
solat tonggak tonggek yang telah mengkagumkan para malaikat. Tapi Tuhan
ajar Adam ilmu dunia. Kemampuan Adam mencerna ilmu dengan akalnya
itulah yang memberi beliau kelebihan berbanding para malaikat yang
hanya tahu menurut apa yang telah ditetapkan semata-mata.


setiap nabi diutuskan dengan syariat yang berbeza sesuai dengan kemampuan umat2 terdahulu yang hidup dengan umur yang panjang & kekuatan yg berbeza dengan manusia pada zaman sekarang. cuma yang sama adalah dari segi aqidah & pegangan tauhid.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 7:40 pm

hilmi88 wrote:

tidak semua perkara memerlukan alasan logik atau tidak untuk membuktikannye..

Kenapa dalam pembuktian kebenaran tidak memerlukan logik? Sedangkan Keesaan Allah pun boleh dibuktikan secara logik? Tanpa logik, macam mana nak bezakan benar atau palsu?

Quote:
kalau mcm tu tolong buktikan secara logik:
1.al-quran itu terpelihara smpai hari kiamat & ayat2 yang ada di dalam al-quran adalah sama seperti ketika mula2 diturunkan.

Sesuatu yang benar, sampai akhirat ia akan benar. Contoh paling mudah, 1+1=2 sampai ke hari ini terbukti benar. Apakah 10 tahun lagi, hukum itu akan berubah jadi 1+1=3? Bukankah sampai akhirat hukum itu akan terus terpelihara?

Macam itulah dengan Al Quran, sebab ia terbukti logik, sudah pasti sampai ke akhirat ia akan terpelihara kebenarannya. Tetapi zahir tulisan atau naskah Al Quran itu akan dipelihara sampai Kiamat, itu Allah sahaja yang tahu, sebab benda zahir, ia bersifat fana.

Dari segi bentuk tulisan zahir Al Quran, sudah pasti ada perubahan mengikut zaman. Tetapi dari segi kelogikan isi Al Quran, sampai ke hari ini sama. Contohnya bila dikatakan arak itu memudaratkan (kesan mabuk), maka sampai ke hari ini kita nampak kesan orang minum arak itu sama sahaja.

Quote:
2.syurga & neraka itu ada.

Syurga itu adalah balasan untuk kebaikan dan neraka itu balasan untuk kejahatan.

Sebelum sampai ke akhirat lagi Allah sudah balas orang yang berbuat baik dengan kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Mereka dijauhkan dari sifat taksub pada kaum sendiri sebaliknya jiwa mereka dibersihkan untuk memandang manusia adalah sama. Semua manusia adalah naif dan perlu belajar.

Tetapi orang yang berbuat jahat, hati mereka akan penuh kebencian, permusuhan, kedengkian dan segala macam penyakit yang memanaskan jiwa. Kerja mereka hendak berpecah-belah sesama sendiri. Kerana adanya perasaan angkuh kononnya kaum mereka sahaja betul dan kaum-kaum lain dipandang hina.

Jika di dunia sudah wujud balasan sebegitu kepada jiwa manusia, takkanlah di akhirat tidak wujud balasan lagi hebat daripada di dunia ini? Bukankah Allah Maha Kaya?

Quote:
3.Rasulullah itu wujud.

Wujudnya Rasul adalah dengan wujudnya ayat-ayat Allah yang disampaikan dengan jelas dan terang untuk menerangi hati manusia membezakan benar atau dusta. Kerana tugas Rasul adalah untuk sampaikan ayat-ayat Allah. Kalau Rasul itu tak wujud, takkan boleh sampai ayat-ayat yang jelas, logik dan kukuh yang membuktikan KeesaanNya itu kepada kita?

Quote:
4.wujudnya alam ghaib.

Sedangkan cahaya pun ada cahaya nampak dan cahaya tidak nampak (di luar cerapan mata manusia), apakah tak logik adanya alam ghaib?

Quote:

islam bukanla agama yang bergantung pada logik semata-mata.

Habis itu Islam bergantung kepada apa? Kepada dusta atau ajaran tanpa bukti?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 7:50 pm

hilmi88 wrote:

setiap nabi diutuskan dengan syariat yang berbeza sesuai dengan kemampuan umat2 terdahulu yang hidup dengan umur yang panjang & kekuatan yg berbeza dengan manusia pada zaman sekarang. cuma yang sama adalah dari segi aqidah & pegangan tauhid.

Memang setiap umat ada syariat tertentu. Tetapi dari segi matlamatnya, syariat itu tetap sama dengan syariat pada Nabi terdahulu juga. Renungkan ayat di bawah;

42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

Allah telah syariatkan kepada Nabi Muhammad sama seperti yang pernah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu asas syariat baginda supaya agama itu dilakukan, dan jangan berpecah-belah dalam agama. Janganlah disebabkan perbezaan cara, terus nak wujudkan puak-puak. Sebab yang suka berpuak-puak dalam agama ini adalah golongan yang taksub pada sesuatu aliran ulamak silam seolah-olah ulamak itu sekutu bagi Allah.

Jika ada perbezaan pendapat dengan ulamak silam pun, tetapi jika pendapat itu betul dan logik, maka ia tetap betul juga. Ulamak silam itu hanya beri pendapat mengikut perspektif zaman mereka. Tak semestinya semuanya sesuai untuk dituruti membuta-tuli pada zaman sekarang.

Ini tidak, pantang berbeza pendapat, mulalah nak menghukum sesatlah, anti-hadislah dan macam-macam.

Patutlah kehidupan umat Islam hari ini tidak seindah Islam yang pernah kita dengar pada waktu dahulu.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 8:45 pm

Quote:

Quote:
kalau mcm tu tolong buktikan secara logik:
1.al-quran itu terpelihara smpai hari kiamat & ayat2 yang ada di dalam al-quran adalah sama seperti ketika mula2 diturunkan.

Sesuatu
yang benar, sampai akhirat ia akan benar. Contoh paling mudah, 1+1=2
sampai ke hari ini terbukti benar. Apakah 10 tahun lagi, hukum itu akan
berubah jadi 1+1=3? Bukankah sampai akhirat hukum itu akan terus
terpelihara?

Macam itulah dengan Al Quran, sebab ia terbukti
logik, sudah pasti sampai ke akhirat ia akan terpelihara kebenarannya.
Tetapi zahir tulisan atau naskah Al Quran itu akan dipelihara sampai
Kiamat, itu Allah sahaja yang tahu, sebab benda zahir, ia bersifat fana.

Dari
segi bentuk tulisan zahir Al Quran, sudah pasti ada perubahan mengikut
zaman. Tetapi dari segi kelogikan isi Al Quran, sampai ke hari ini
sama. Contohnya bila dikatakan arak itu memudaratkan (kesan mabuk),
maka sampai ke hari ini kita nampak kesan orang minum arak itu sama
sahaja.


kalau mcm tu adakah anda yakin al-quran yang ada pada zaman ini adalah sama seperti ia mula2 diturunkan? sedangkan al-quran hanya mula dikumpul & dibukukan selepas tahun ke 11 hijrah iaitu selepas nabi wafat..
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 8:50 pm

Quote:
Quote:
2.syurga & neraka itu ada.

Syurga itu adalah balasan untuk kebaikan dan neraka itu balasan untuk kejahatan.

Sebelum
sampai ke akhirat lagi Allah sudah balas orang yang berbuat baik dengan
kebahagiaan dan ketenangan jiwa.
Mereka dijauhkan dari sifat taksub
pada kaum sendiri sebaliknya jiwa mereka dibersihkan untuk memandang
manusia adalah sama. Semua manusia adalah naif dan perlu belajar.

Tetapi
orang yang berbuat jahat, hati mereka akan penuh kebencian, permusuhan,
kedengkian dan segala macam penyakit yang memanaskan jiwa. Kerja mereka
hendak berpecah-belah sesama sendiri. Kerana adanya perasaan angkuh
kononnya kaum mereka sahaja betul dan kaum-kaum lain dipandang hina.

Jika
di dunia sudah wujud balasan sebegitu kepada jiwa manusia, takkanlah di
akhirat tidak wujud balasan lagi hebat daripada di dunia ini? Bukankah
Allah Maha Kaya?



orang2 kafir yang berbuat baik juga memperolehi ketenangan & kesenangan di dunia ini.jadi bagaimana anda hendak membuktikan mereka ini akan masuk neraka kerana tidak beriman kepada Allah walaupn mereka melakukan kebaikan ketika di dunia? berikan jawapan yang berlandaskan logik tanpa memetik mana2 ayat al-quran.
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 8:54 pm

Quote:
Quote:
3.Rasulullah itu wujud.

Wujudnya
Rasul adalah dengan wujudnya ayat-ayat Allah yang disampaikan dengan
jelas dan terang untuk menerangi hati manusia membezakan benar atau
dusta. Kerana tugas Rasul adalah untuk sampaikan ayat-ayat Allah. Kalau
Rasul itu tak wujud, takkan boleh sampai ayat-ayat yang jelas, logik
dan kukuh yang membuktikan KeesaanNya itu kepada kita?


ok,kalau Rasulullah itu wujud,adakah tugas dia begini?: "ok,harini aku dah sampaikan 1 ayat al-quran.korang semua boleh hafal ayat ni & balik rumah.fahamkan sendiri ayat tu,ok?"

itu ke tugas rasul?

Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 8:58 pm

Quote:
Quote:
4.wujudnya alam ghaib.

Sedangkan
cahaya pun ada cahaya nampak dan cahaya tidak nampak (di luar cerapan
mata manusia), apakah tak logik adanya alam ghaib?


cahaya itu ada sifatnya & bleh dirasa & dijejaki serta dibuktikan dengan kaedah sains sebab setiap kejadian ada sifat nyatanya utk dibuktikan dengan mata kasar.. abis tu macam mana korang nak buktikan wujudnya alam ghaib?

Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 9:05 pm

Quote:
Quote:

islam bukanla agama yang bergantung pada logik semata-mata.

Habis itu Islam bergantung kepada apa? Kepada dusta atau ajaran tanpa bukti?


islam tidak boleh bergantung 100% pada logik akal..








1.
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
(al-isra' :1)


kalau nak diikutkan logik akal, maka semua umat islam pada zaman nabi akan murtad kerana tidak percayakan ayat diatas apabila turunnya ayat ni selepas berlakunya isra' & mi'raj.


Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 9:17 pm

hilmi88 wrote:

kalau mcm tu adakah anda yakin al-quran yang ada pada zaman ini adalah sama seperti ia mula2 diturunkan? sedangkan al-quran hanya mula dikumpul & dibukukan selepas tahun ke 11 hijrah iaitu selepas nabi wafat..

Ikut hukum alam ini, apabila suatu itu terbukti benar, ia tidak akan berubah-ubah sifatnya.

Jadi, untuk meyakini Al Quran ini sama, kita kena uji kebenarannya dengan melihat sejauh mana kelogikan ajarannya. Selagi ajarannya tetap berada pada bukti-bukti yang logik, selagi itu ada benar.

Apabila sudah ada bukti benar, kenapa pula kita tidak yakin? Hanya orang kafir sahaja yang tidak percaya kepada apa yang sudah terbukti benar.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
hilmi88
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 29
Points: 312
Reputation: 0
Registration date: 2009-11-24

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 9:25 pm

Quote:
hilmi88 wrote:

kalau
mcm tu adakah anda yakin al-quran yang ada pada zaman ini adalah sama
seperti ia mula2 diturunkan? sedangkan al-quran hanya mula dikumpul
& dibukukan selepas tahun ke 11 hijrah iaitu selepas nabi wafat..

Ikut hukum alam ini, apabila suatu itu terbukti benar, ia tidak akan berubah-ubah sifatnya.




jadi apa pendapat anda tentang solat? anda sendiri mengatakan:
Ikut hukum alam ini, apabila suatu itu terbukti benar, ia tidak akan berubah-ubah sifatnya.

dan solat ahli sunnah adalah sama & tidak berubah sifatnya sejak hampir 1500 tahun dahulu.adakah ia satu pembohongan?

Quote:
Jadi,
untuk meyakini Al Quran ini sama, kita kena uji kebenarannya dengan
melihat sejauh mana kelogikan ajarannya. Selagi ajarannya tetap berada
pada bukti-bukti yang logik, selagi itu ada benar.


Apabila sudah
ada bukti benar, kenapa pula kita tidak yakin? Hanya orang kafir sahaja
yang tidak percaya kepada apa yang sudah terbukti benar.


katakanlah 1 hari anda menjumpai ayat al-quran yang tidak dapat dibuktikan logiknya.adakah anda akan menolak terus al-quran kerana ia tidak logik?

Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 9:28 pm

hilmi88 wrote:
orang2 kafir yang berbuat baik juga memperolehi ketenangan & kesenangan di dunia ini.jadi bagaimana anda hendak membuktikan mereka ini akan masuk neraka kerana tidak beriman kepada Allah walaupn mereka melakukan kebaikan ketika di dunia? berikan jawapan yang berlandaskan logik tanpa memetik mana2 ayat al-quran.

Pertama, kita kena tahu apa beza iman dan kafir, dan jangan simply2 tunding sesuatu kaum itu kafir.

Manusia itu dikatakan beriman, apabila datang bukti yang logik, dia mempercayai dan membenarkannya. Orang kafir pula, apabila sudah ada bukti logik pun (yang hati kecilnya mengakui kebenarannya), dia tetap membantah demi mempertahankan ketaksuban mereka pada sesuatu ajaran turun-temurun.

Apabila bila manusia itu sudah betul-betul kafir (maknanya mereka tahu mereka mendustai kebenaran), bagaimana hati mereka akan mencapai ketenangan di jiwa? Kesenangan yang diperolehi pun hanyalah sementara, kerana apabila jiwanya gelisah dan hidup tidak tenang (setelah kedustaannya terbongkar), maka banyak tindakan-tindakannya akan memudaratkan dirinya sendiri.

Contohnya kisah Firaun. Memanglah sebelum Nabi Musa membawa kebenaran dengan bukti-bukti yang nyata, hidup Firaun itu nampak senang dan tenang. Tetapi selepas terbukti kebenaran Nabi Musa, Firaun mula cuak dan mula bertindak ikut rasa. Akhirnya dia mati ditenggelami laut kerana masa hidupnya ditenggelami keegoannya sendiri.

Orang kafir itu adalah orang yang mendustai kebenaran. Di dunia ini kita boleh rasa, jika kita suka berdusta dan bila datang bukti yang membongkarkan kedustaan kita itu, hati kita akan jadi berdebar-debar.

Sebab itulah pentingnya hidup berpegang pada bukti yang logik dan ikut apa yang kita ada pengetahuan tentangnya. Barulah jiwa aman dan tenteram, sebab kita tidak pegang sesuatu yang kosong yang melemahkan kalbu kita.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?   Wed Nov 25, 2009 9:35 pm

hilmi88 wrote:
ok,kalau Rasulullah itu wujud,adakah tugas dia begini?: "ok,harini aku dah sampaikan 1 ayat al-quran.korang semua boleh hafal ayat ni & balik rumah.fahamkan sendiri ayat tu,ok?"

itu ke tugas rasul?


Seperti yang disebut sebelum ini, Al Quran itu diturunkan supaya manusia memahami, bukannya untuk setakat menghafal. Hafalan hanya terletak dalam memori di otak dan belum masuk ke dalam jiwa. Sedangkan kefahaman terletak di dalam jiwa selepas akal mencapai logik.

Manusia tidak ada kuasa nak bagi orang lain faham apa yang dia sampaikan. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan cuba menyampaikan dalam bahasa yang jelas, terang dan mudah, kemudian suruh manusia lain itu memikirkan.

Apabila manusia lain itu memikirkan dan mencapai keputusan yang logik, barulah turun kefahaman dalam dada manusia itu pula.

Jadi, tugas Rasul hanyalah menyampaikan ayat-ayat Allah dengan terang dan jelas, kemudian suruh manusia memikirkan.

InsyaAllah, jika manusia lain itu ada minat mendalam nak memikirkan apa yang Rasul itu sampaikan, pasti akan temui juga logiknya. Tetapi jika awal-awal lagi manusia itu sudah tidak mahu memikirkan, sampai Kiamat pun manusia itu takkan percaya. Pintu hati mereka ditutup rapat serapat-rapatnya.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Goto page : 1, 2, 3  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-