AsSunnah dan Hadis
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam.. Sekali lg berjumpa.. Pernah aku katakan takkan ke sini lg.. Tetapi memikirkan masih ramai lg yg buntu tentang As Sunnah dan Hadis terpaksalah sekali lg thread aku bertapak di sini…Dan terlebih dahulu aku memohon maaf kerana tidak akan reply segala persoalan yg timbul di sini..
Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita faham kan dahulu perbezaan As Sunnah dan Hadis..
Apa itu Hadis?Hadis adalah berasal dr perkataan dlm bahasa arab yg bermaksud =
perkataanApakah Hadis yg paling baik di dunia???
Sudah tentu Al-Quran itu sendiri…
Hadis yg sering dimaksudkan dalam Islam pada hari ini ialah Hadis Nabi.. Ia menceritakan kata-kata nabi atau huraian dan penerangan perbuatan yg menerangkan Sunnah Rasulullah..
Tetapi ramai yg beranggapan salah sbb mereka mengatakan Hadis dan Sunnah Rasul itu adalah perkara yg sama..
Hadis Nabi yg sebenar ialah huraian atau kesimpulan daripada Rasulullah dalam merumus maksud-maksud Al-Quran.. Oleh sebab itu hadis soheh sama sekali tidak akan bertentangan dengan Al-Quran..
Tidak dinafikan ajaran agama Islam pada zaman ini semakin jauh terpesong kerana tidak mengambil Al-Quran sebagai rujukan yg paling utama dan paling awal.. Sebab itu lah amalan-amalan pd zaman sekarang tidak dapat dibaca dengan fitrah logikal..
Nak tahu??? Bacalah dan fahamlah Al-Quran dan carilah penjelasan isi-isi nya itu barulah nampak perbezaannya…
Apakah buktinya Islam yg diamalkan sekarang sudah terpesong dari landasan???
Tengoklah kedudukan umat Islam pada hari ini…. Berpecah belah, dipijak-pijak, dihina-hina, direndah-rendah dan pelbagai tomahan lg daripada masyarakat bukan Islam.. Kalau lah umat Islam sekarang berada dalam landasan yg betul sudah pastinya Islam itu dipandang tinggi oleh seluruh umat manusia..
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar ni'mat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?" Surah Ibrahim(14) Ayat 28.
Pada zaman pemerintahan Islam, khalifah-khalifah Islam telah menetapkan
sequence rujukan seperti di bawah supaya tidak TERsesat..
1. Al-Quran(Teori) + As Sunnah(Praktikal)
2. Hadis <<<<< Tang sini ramai org tersesat ni klu tak rujuk Al-Quran dulu
3. Qias
4. Ijma' Ulamak
Manakala klu direnungkan sequence rujukan yg diamalkan
sekarang adalah seperti berikut:
1. Al-Ustaz dan Al-Mufti
2. Al-Hadis(teori) + As Sunnah(praktikal dr hadis)
3. Qias
4. Ijmak Ulamak
5. Al-Quran (ambik yg bes-bes je yg kene ngan ape diorg buat)<<< depa cakap Al-Quran terlalu suci sampai kene rujuk last skali tu pun hanye org2 yg sufi je boleh mentafsirkannya.. sebab tu la TERjadinye baca tak faham x ape...
Kalau lah sequence sebegini bagaimana nak mengetahui hadis tu betul atau tidak??? Sebab musuh-musuh Islam akan sentiasa ingin menjatuhkan umat Islam.. Sedangkan Al-Quran itu sahaja Allah pelihara..
Isi-isi dalam hadis-hadis pada zaman sekarang boleh dikatakan bercampur aduk dengan yang hak dan yang bathil.. walaupun hadis riwayat Muslim, Bukhari, Daud dan sbgnya sekalipun yg dikatakan soheh pada zaman ini…
Sirah-sirah atau sejarah kebenaran Muhammad itu juga telah banyak disalah ertikan seperti mengatakan nabi itu seorg yg b***h, buta huruf, miskin dan sebagainya.. Dan kebanyakan yg sebenarnya sudah tertutup dan terselindung..
Oleh sebab itu tidak mustahil lah berlakunya penolakan hadis bagi org-org yg membaca terjemahan Al-Quran kerana banyak yg bertentangan..
Kesimpulannya untuk definisi hadis:
Fakta sekiranya nak menggunakan Hadis ikutlah sequence rujukan yg betul dan sekiranya nak menggunakan Al-Quran sahaja adalah tidak salah dan tiada masalahnya, namun boleh lah diumpamakan seperti org yang mahu mencipta semula formula-formula sains atau persamaan-persamaan matematik yang telah pengkaji dahulu rumuskan yg terbukti hasil dan keberkesanannya.. Jadi lah org-org yg ketinggalan..
NAMUN BEGITU..
Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya tidak boleh dipisah-pisahkan…
Apa itu sunnah?Sunnah berasal dr perkataan arab yg bermaksud =
ketetapan Sunnatullah = ketetapan Allah tetapkan terhadap sesuatu.
Contoh nya: Hidup dan mati.. Yang hidup pasti nya akan mati
Sunnah pelajar = ketetapan sbg pelajar… belajar > exam > berjaya @ gagal
Apa itu Sunnah Rasul?Sunnah Rasul = Ketetapan sbg Rasul = Laluan Rasul = Pelaksanaan Rasul..
Sunnah Rasul sudah tentu sekali lah tidak akan bertentangan dgn Al-Quran.
Sunnah Rasul itu lah yg menerangkan maksudnya Al-Quran… bagaimana perlaksanaannya sehingga menjadikannya suatu hikmah… Dan dengan hikmah itu tercetusnya teknologi teknologi yg diguna pakai sehingga hari ini…
Oleh kerana zaman sekarang boleh dikatakan zaman kesesatan suka aku petik sekali lg hadis wasiat sbg contoh.
Hadis wasiat yg di tinggal oleh Rasulullah:
"Ku tinggal kan untuk kamu dua perkara, tak lah kamu akan
TERsesat selama lamanya, selama kamu masih berpegang teguh kpd kedua nya iaitu
Kitabullah dan
Sunnah Rasulnya.."
Kita tengok hadis ni menyokong Al-Quran..
"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." Surah An Nisaa'(4) ayat 59
Kita kaji ayat ni.. Perkataan asal ialah ….
kembalikanlah ia kpd Allah dan RasulSudah pastilah perkataan Allah di sini bermaksud Al-Quran iaitu kata-kata Allah.
Dan perkataan Rasul itu dirujuk sebagai sunnah Rasul iaitu perlaksanaan yg ditunjukkan oleh Rasul… Ini kerana Rasul itu sudah pun tiada pada zaman ini..
Dan disokong pula dgn ayat lain antaranya seperti surah Al A'raaf(7) ayat 179.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."Maksudnya yg boleh dikaitkan di sini klu x gunakan akal untuk nak faham ayat 4:59 jadilah sesat jugak.
Diringkaskan dalam bentuk formula:
4:59 + 7:179 = Hadis wasiat kat atas tu....
Maksudnya:
Al-Quran + As Sunnah = X sesat
Al-Quran + X pakai As Sunnah = Sesat (sbb tak tahu nak membina bangunan yg tegak dan sempurna.. yg nampak bayangan nye saje..)
X pakai Al-Quran + As Sunnah = Lagi la sesat sbb takde teori
Hadis x rujuk Al-Quran + As Sunnah = Xsedar dah sesat upenyer
Wahyu pertama Allah turunkan kpd Muhammad iaitu Surah Al-Alaq ayat 1-5 dan mengangkat baginda sebagai Rasul.. Apakah sunnah rasul yg berlaku pada ketika itu???
Apakah perkara Rasulullah lakukan ketika membawa wahyu tersebut selama 2 ½ tahun???
Adakah memakai jubah dan serbannya sebagai sunnah rasul? Atau menyimpan janggut dan memakai celak juga sbg sunnah rasul?<<<< kelakar gak rasa klu depa pikir Allah turunkan wahyu sbb jubah, serban, janggut dan celak...
Jawapannya: Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut kepada rakyat Kota Mekah.. Itulah sunnah rasulnya yg utama selepas mendapat wahyu... Sedikit pun tidak bertentangan dlm Al-Quran dan sedikit pun tidak melanggar hukum alam kerana manusia hidup di muka bumi ini perlu saling hubung berhubung.. Dan itulah yg menghubungkan manusia dgn manusia dan manusia dgn Allah (Hablun minannas wa hablun minallah).. Dan menyatukan hati manusia dan mentauhidkan Allah..
Kemudian dtg lagi wahyu lain dan bertambahlah sunnah-sunnah nya yg berbagai-bagai hikmah dan org-org muslim yg setia melaksanakan sunnah-sunnah rasul sehingga tertegaknya Islam kepada 2/3 dunia… Dan dengan hikmah-hikmah itu terbentuknya Tamadun Islam yg tinggi, berilmu dan berteknologi… sehingga
sujudlah manusia kpd Allah kerana bukti-bukti wahyu Nya yg nyata.. (Faham konsep ni barulah nampak kaitannya dgn solat yg dikerjakan hari ini..)
“Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)” Surah Al-Baqarah(2) Ayat 269
Katalah umat Islam di Malaysia semuanya menjalankan sunnah asas rasul ini sahaja iaitu menyampaikan ayat-ayat Al-Quran… Kesannya apa akan terjadi di Malaysia ni???
Kenapa perlunya Sunnah Rasul dlm ber Al-Quran:
Kita tengok secara logikal akal di universiti di negara-negara maju.. Mereka susuli program akademik dgn practical.. Ada setengah-setengahnya mereka lebih focus kpd practical untuk mempraktik teori tersebut.. Barulah dapat menghasilkan sarjana-sarjana yg bermutu apabila mereka graduate dan akhirnya dapat memajukan teori mereka ke teknologi yg lebih tinggi.. Itu adalah sesuatu kaedah yg bijaksana...
Dan Allah Maha Bijaksana.. Pastilah Dia menurunkan rahmatNya dgn cara bijaksana.. Klu dilihatkan wahyu yg diturunkn kpd Nabi Muhammad beransur-ansur disusuri oleh perlaksanaan Rasul itu sendiri..
Katalah seseorg yg baru sahaja graduate dalam bidang kejuruteraan pasti nya mempunyai teori asas bidang itu dan mahu menguasai dan membangunkan teknologi kejuruteraan dunia yg tinggi.. Bagaimana dia mahu memulakan nya jika tiada pengalaman dalam bidang tersebut??? Perlukah dia mencari jalan sendiri untuk membangunkannya tanpa perlu mengetahui selok belok, kesan-kesan dan masalah-masalah yg tersembunyi?? Manakah jalan untuk dia perlu memulakan dahulu?? Bagaimana hendak menguasai dgn hanya teori asas untuk menjadikan teknologi yg tinggi.. Tidakkah perjalanan nya begitu sukar??
Berbeza sekali sekiranya ada contoh perlaksanaan org yg menunjukkan dgn cara, aturan, fasa-fasa dan laluan yg betul untuk menzahirkan teori asas sehingga menjadi teknologi yg tinggi…
Jika Allah memelihara Al-Quran, adakah Allah juga memelihara Sunnah Rasul Nya???
Teguhkan iman di dalam dada dan carilah penjelasannya mudah-mudahan Allah tunjukkan ke jalan kebenaran..
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." Surah Ali Imran(3) Ayat 190
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." Surah Al-Maidah (5) Ayat 35
Allah menurunkan Al-Quran sebagai mesej dan perintahNya (teori) dan Rasulnya sbg sunnah(perlaksanaannya) supaya manusia dapat melakukan ibadat mengikut sequence dan cara yg betul sehingga dapat menguasai seluruhnya dan sujud kepada kebesaran Nya... Dan dgn jalan-jalan hikmah supaya dapat menzahirkan ilmu Allah dan Dia menghendaki kemudahan bagi manusia, dan tidak menghendaki kesukaran bagi manusia. Dan hendaklah mencukupkan ketetapan Nya dan hendaklah mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan, supaya kita bersyukur dgn mengikut mahunya Allah dan bukan mengikut nafsu manusia yg rendah…
Renung-renungkan lah…
Wassalam..