EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Padah Tekanan perasaan
Today at 1:12 am by Juang

» Mengenal Pasti Punca
Yesterday at 1:21 pm by Juang

» Menyelidik Rukun Islam
Yesterday at 11:38 am by Juang

» Al Quran dan logik
Yesterday at 10:21 am by Juang

» Orang-orang Yang Munafik
Yesterday at 10:14 am by Juang

» Orang-orang Yang Berdusta
Yesterday at 10:09 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Fri Mar 12, 2010 11:56 am by Juang

» Minat dan Simpati
Fri Mar 12, 2010 11:51 am by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Wed Mar 10, 2010 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Wed Mar 10, 2010 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

Who is Online ?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49440 messages in 1499 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
minda kita diari sambung bongsu teka burger daging pelekat pantun kata kereta sibongsu dairi pak sosial MENILAI kuiz rampa kaabah games video ZIARAH ziarahmenilai shirt kisah
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Apabila hamba Allah dijadikan 'anak Tuhan'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1560
State:
Points: 2401
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Apabila hamba Allah dijadikan 'anak Tuhan'   Fri Nov 06, 2009 5:30 pm

19.89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar,

19.90. hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,

19.91. karena mereka menda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.

Apabila sesuatu kaum menjadikan manusia-manusia terdahulu sebagai penetap hukum sedangkan Allah sendiri tidak menetapkan seperti yang mereka dakwa, sebenarnya mereka telah menjadikan orang terdahulu itu seperti anak Allah. Ini kerana yang layak menetapkan hukum adalah Allah sahaja.

Dan bila Allah tetapkan hukumNya, pasti ada logik yang boleh manusia fikirkan. Sebab itu manusia boleh kaji alam semesta ini kerana Allah menciptanya berdasar hukum yang logik. Jadi, patutkah Dia turunkan ajaran agama yang tidak logik kepada manusia, sedangkan Dia mencipta alam semesta ini pun secara logik?

Allah sudah sempurnakan Al Quran untuk menetapkan hukum atas nama agama. Apakah patut mereka menokok tambah ketetapan dengan menjadikan riwayat-riwayat hamba Allah terdahulu sebagai hukum agama? Amat buruk apa yang mereka ada-adakan itu.

Ingatlah, yang memegang kuasa pintu-pintu langit untuk menurunkan hujan adalah Allah. Yang memegang kuasa agar tanah-tanah di bumi tidak terbelah adalah Allah. Dan yang menjadikan gunung-gunung berdiri tegak adalah Allah. Semua itu Allah kawal dan atur secara logik. Ada hukum yang boleh dibuktikan secara logik.

Jika Allah bukakan pintu-pintu langit sehingga hujan turun mencurah-curah untuk suatu tempoh yang lama sehingga banjir, dan Allah membelah tanah di bawah lautan sehingga menghasilkan tsunami dan Allah melemahkan daya ikatan tanah di gunung-gunung sehingga terjadi banyak tanah runtuh yang menakung empangan-empangan di kawasan pergunungan tersebut, siapakah tuhan selainNya akan mendatangkan pertolongan bila hari dijanjikan azab itu terlaksana?

Jadi kenapa manusia itu sanggup mengada-adakan hukum atau ketetapan sedangkan Allah tidak menetapkan sedemikian? Tidakkah manusia itu memikirkan?

Dan apabila diseru mereka kembali jadikan Kitab Allah sebagai hukum di antara mereka, sebahagian mereka berpaling.

19.93. Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.

19.94. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti.

19.95. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.

Semua manusia akan menghadapkan diri kepada Allah di hari kiamat dengan amalan masing-masing. Ketika itu tiada alim ulamak atau tok guru atau ahli-ahli kitab akan membantu untuk menjawab soalan-soalan Allah. Semuanya berdikari dan bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.

Jadi, apakah patut manusia itu ketika di dunia, dia beragama main pakai turut sahaja cakap-cakap manusia lain tanpa memikirkan baik-buruk atau benar-salah apa yang disampaikan?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Apabila hamba Allah dijadikan 'anak Tuhan'   Fri Nov 06, 2009 7:50 pm

Begitulah yang berlaku kepada umat islam hari ini. Apabila mereka diajak agar kembali berpegang kepada al-quran satu-satunya, mereka melenting malah melemparkan gelaran-gelaran yang buruk kepada orang itu. Mereka panas hati apabila pendustaan ajaran orang-orang terdahulu atas nama nabi dibongkar. Tidakkah mereka mengambil pedoman dalam al-quran bahawa rasul yang diutuskan Allah itu mengajak mereka untuk mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah? Tetapi mereka lebih suka mengikuti apa yang bapa-bapa mereka buat. Firman Allah;

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?

Mereka juga tidak teragak-agak menghina yakni melemparkan gelaran yang buruk kepada orang yang menentang ajaran atas nama orang-orang terdahulu, sedangkan Allah melarang daripada berbuat demikian. Firman Allah;

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1560
State:
Points: 2401
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Apabila hamba Allah dijadikan 'anak Tuhan'   Sat Nov 07, 2009 8:32 am

Daripada ayat 49.11 itu, sepatutnya perpecahan di kalangan orang Islam tidak berlaku jika masing-masing percaya kepada Allah. Namun apabila ada manusia lebih percaya selain daripada Allah, sedangkan Kitab Allah yang telah sempurna menetapkan hukum atas nama Islam tidak mereka endah, apa erti akuan Islam mereka selama ini?

Takutilah pada suatu hari yang kita tidak akan ditolong melainkan mengikut apa yang kita lakukan selama ini.

31.33. Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan penipu memperdayakan kamu terhadap Allah.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Apabila hamba Allah dijadikan 'anak Tuhan'

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic