Sesungguhnya binatang yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun. (Al Anfaal: 22)
Sesungguhnya binatang yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, karena mereka itu tidak beriman. (Al Anfaal:55)Betapa Allah menghinakan golongan yang tidak memahami dengan diumpamakan sebagai binatang. Begitu besar kutukan Allah dan para Rasul kepada manusia yang b0doh dan tidak mengerti itu.
Macam mana manusia boleh jadi b0doh dan tidak memahami sesuatu?
Hukum alam telah menetapkan, manusia akan jadi b0doh bila tidak berfikir dalam kehidupannya. Mereka main pakai turut membuta-tuli kata-kata orang yang mereka nampak statusnya macam ulamak, tok guru, pendeta, tok sami, ahli kitab atau ustaz untuk dipercayai kata-kata mereka disebabkan status tersebut. Bukannya kerana mereka berfikir secara rasional dengan membuat perbandingan mengikut hukum alam.
Orang kafir iaitu orang yang enggan tunduk kepada hukum alam yang Allah tetapkan, mereka itu seburuk-buruk binatang. Al Quran meletakkan taraf mereka bukan lagi manusia, tetapi binatang! Sudahlah jadi umpamakan sebagai binatang, lepas itu yang seburuk-buruk binatang pula tu.
Apa logiknya orang kafir itu dikatakan seburuk-buruk binatang?
Ini kerana binatang memang Allah sudah hadkan akal mereka hanya boleh berfikir setakat itu, tetapi orang kafir itu ada akal yang boleh dikembangkan melalui proses belajar, berfikir dan segala aktiviti mengasah minda, tetapi mereka malas nak lakukan disebabkan ajaran nenek moyang mereka suruh malas berfikir. Mereka lebih suka taksub pada kata-kata tok guru mereka berbanding memikirkan mana yang benar dan mana yang dusta. Mereka main telan sahaja apa yang tok guru mereka suapkan.
Setelah jelas perbandingan nasib umat mereka lemah dan hina sebegitu pun mereka tidak sanggup nak tinggal ajaran nenek moyang mereka yang menyebabkan mereka jadi seumpama binatang.
Betapa besarnya kutukan Allah kepada mereka. Patutlah mereka jadi terbakar bila berhujah bila Allah bongkar satu-persatu ajaran dusta nenek moyang mereka.
Mereka ingat bangkai gajah boleh ditutup dengan surat khabar? Bukankah bau bangkai itu pasti akan tersebar juga. Begitulah apakah mereka ingat kedustaan ajaran nenek moyang mereka itu boleh ditutup? Semakin teknologi maklumat berkembang, semakin ramai manusia akan nampak kebenaran. Siapa mereka nak tahan apabila Allah tunjukkan KekuasaanNya?
_________________
Tiada tuhan yang disembah selain Allah.
(Berpeganglah hanya pada bukti-bukti yang Allah tetapkan)
Nabi Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah.
(Bukti kebenaran bukannya terletak pada nama seorang Nabi)
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).