EMK - E-Minda Kita
HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Selamat Datang dan Terima Kasih atas kunjungan anda ke laman E-Minda Kita. Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera selalu.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini

Blog Pilihan
Ruang Iklan
Hubungi kami untuk mengiklankan barangan anda di bayau@e-mindakita.com
Latest topics
» Padah Tekanan perasaan
Today at 1:12 am by Juang

» Mengenal Pasti Punca
Yesterday at 1:21 pm by Juang

» Menyelidik Rukun Islam
Yesterday at 11:38 am by Juang

» Al Quran dan logik
Yesterday at 10:21 am by Juang

» Orang-orang Yang Munafik
Yesterday at 10:14 am by Juang

» Orang-orang Yang Berdusta
Yesterday at 10:09 am by Juang

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Fri Mar 12, 2010 11:56 am by Juang

» Minat dan Simpati
Fri Mar 12, 2010 11:51 am by Juang

» Mereka Tetap Tak Mempercayai
Wed Mar 10, 2010 3:44 pm by Juang

» Al Quran mudah difahami
Wed Mar 10, 2010 10:39 am by Juang

» Komitmen manusia daripada asalnya
Tue Mar 09, 2010 11:29 pm by Zulia

» Meningkatkan Kualiti Hidup
Tue Mar 09, 2010 8:51 am by Juang

» Berlaku Adillah
Sun Mar 07, 2010 11:00 pm by Juang

» Inilah cara hidupku
Sun Mar 07, 2010 9:53 pm by Juang

» Berlaku jujur
Sun Mar 07, 2010 8:47 pm by Juang

Who is Online ?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 839 registered users
The newest registered user is azzukhruf

Our users have posted a total of 49440 messages in 1499 subjects
Top posters
mamatkepok (4092)
 
mekganu (3628)
 
bayau (3413)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2309)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
Syarikat Telekomunikasi Pilihan Anda
Maxis
36%
 36% [ 15 ]
Celcom
48%
 48% [ 20 ]
Digi
7%
 7% [ 3 ]
U-Mobile
7%
 7% [ 3 ]
Total Votes : 41
Keywords
games rampa minda kuiz dairi sosial bongsu kita ZIARAH pelekat kata ziarahmenilai pantun kaabah sibongsu video diari shirt daging kisah sambung MENILAI burger kereta pak teka
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1560
State:
Points: 2401
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik   Thu Oct 22, 2009 3:49 pm

Asal semua Kitab yang pernah Allah turunkan kepada manusia adalah untuk mengajak manusia berbuat baik. Berbuat baik itulah ajaran Allah yang sebenar, sedangkan yang mengajak kepada kejahatan itulah ajaran syaitan.

46.12. Dan sebelum Al Quran itu telah ada kitab Musa sebagai petunjuk dan rahmat. Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang membenarkannya dalam bahasa Arab untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang zalim dan memberi kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Begitu juga dengan Al Quran. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk memberi peringatan kepada manusia yang zalim dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik agar manusia percaya bahawa hidup ini hanyalah untuk berbuat baik.

6.84. Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Yaqub kepadanya. Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) yaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Para Nabi dan Rasul diberikan petunjuk bukan kerana mereka diangkat sebagai Nabi atau dilantik sebagai Rasul, tetapi kerana mereka berbuat baik. Dengan kata lain, mereka menumpukan hidup mereka untuk berbuat baik sepanjang masa dahulu, barulah Allah berikan mereka balasan petunjuk (Kitab dan Hikmah). Jadi, Islam yang sebenar adalah agama yang mengajak manusia berbuat baik.

Namun, apabila ada manusia yang merasa bangga dengan anutan nenek moyang mereka, agama Allah itu telah dilihat sebagai hukum untuk memisahkan siapa golongan yang mereka kata benar dan siapa golongan yang sesat. Mereka sudah tidak melihat agama pada berbuat baik lagi, tetapi sekadar untuk kafir-mengkafir dan berpuak-puak.

Mereka tetapkan sesuatu cara yang kononnya cara itulah yang diiktiraf benar dan cara yang lain dikatakan salah. Sedangkan untuk berbuat baik itu, telah Allah lapangkan caranya. Akhirnya, agama Allah telah dipecah-pecahkan mengikut puak yang saling berbangga diri kononnya puak mereka sahaja betul.

Oleh itu, renung-renungkanlah apa matlamat hidup kita di dunia ini. Apakah sekadar nak berbangga diri kononnya kita puak yang benar dan memandang hina puak selainnya (menjadikan agama untuk bermegah-megahan)? Kenapa tidak menekankan agama kepada mengajak manusia berbuat baik?

Ada sesetengah orang Islam sekarang, akibat tidak memahami kehendak agama, bila berbeza cara berbuat baik pun mereka kata tidak Islam lagi. Sanggup mereka memisahkan ikatan hanya kerana perbezaan cara untuk berbuat baik. Bagaimana mereka boleh berpaling sebegitu jauh daripada kehendak Al Quran?

4.147. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

4.148. Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

4.149. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.


_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1560
State:
Points: 2401
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik   Fri Oct 23, 2009 8:12 am

Apabila ajaran agama dijadikan alat untuk bermegah-megah kononnya sesuatu puak itu sahaja betul dan puak lain semuanya sesat, maka perbezaan di antara baik dan buruk sudah tidak mampu dikenal lagi. Manusia itu mula buta hati.

Akibat buta hati, apabila ada perbezaan sedikit, mulalah dijadikan alasan untuk berpuak-puak dan bermusuh-musuhan. Tertipulah manusia itu dengan mainan syaitan.

Asal agama mengajak kepada berbuat baik sudah tidak dipentingkan lagi, tetapi yang mereka sibuk pertahankan adalah "cara kena sama macam Nabi". Tidakkah mereka berfikir, mana ada Nabi ajar buat sesuatu cara yang menyebabkan manusia jadi jahat dan hidup berpecah-belah kerana tidak boleh terima perbezaan cara manusia berbuat baik? Tidakkah logik sebegitu mudah mampu mereka fikirkan?

Kerana membuang masa bercakaran terhadap perbezaan yang titik bengit itu, bangsa mereka mula terasa terancam dengan penguasaan bangsa-bangsa lain. Yang mereka tidak sedar-sedar diri dan sibuk berpecah-belah kerana perbezaan itu buat apa?

Renungilah diri, apa tujuan manusia diciptakan. Apakah manusia diciptakan untuk berbuat kejahatan? Kenapa ada manusia tidak boleh terbuka menerima perbezaan cara untuk manusia berbuat baik? Kalau perbezaan cara untuk berbuat baik pun mereka sudah tunjukkan permusuhan, bukankah itu datang daripada bisikan syaitan yang suka manusia berbuat jahat?

Kenapa logik semudah itu mereka tidak memikirkan? Di mana mereka letakkan kewarasan akal mereka?


_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
bayau
Canselor
Canselor


Number of posts: 3413
State:
Points: 1864
Reputation: 2
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik   Fri Oct 23, 2009 5:04 pm

Kita lakukan kebaikan seperti yang disuruh oleh Allah kepada semua makhlukNya di dunia ini. Dan atas rasul itu menyampaikan perintah Allah ini. Jika kita berbuat jahat, maknanya kita sudah tidak mentaati Allah dan rasulNya lagi.

_________________
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
Back to top Go down
Juang
Profesor Madya
Profesor Madya


Number of posts: 1560
State:
Points: 2401
Reputation: 5
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik   Fri Oct 23, 2009 5:49 pm

Manusia akan berbuat baik dengan sepenuh hati bila dia percaya bahawa adanya Tuhan dan hari pembalasan. Gunakanlah akal yang diberi untuk berbuat baik sebanyak mungkin. Itulah yang disampaikan oleh para Rasul.

Semakin banyak buat kebaikan, semakin mudah hati memahami hukum-hukum alam yang Allah tetapkan sehingga mudah mata hati manusia itu menilai baik-buruk sesuatu perkara. Akal dipertingkatkan dan mudah dapat petunjuk.

Dengan cara itu, manusia mudah berdikari dalam agama seterusnya menjauhi kepuakan akibat berbeza ikutan sesuatu aliran. Rosaknya agama bila ada manusia yang suka menurut sahaja sesuatu aliran yang dirasakan itulah aliran yang betul, dan selainnya tak betul.

Walhal sudah terang Quran menyuruh kita mengikut yang terbaik tidak kiralah daripada aliran apa sekali pun. Sikap tidak boleh berbeza cara ikutan itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang sudah tidak memandang agama sebagai cara berbuat baik dan menjadi insan berakhlak mulia, tetapi sekadar untuk berpuak-puak yang berbangga diri kononnya puak mereka sahaja betul. Bukankah itu perasaan yang sama dimiliki oleh kaum Yahudi terdahulu?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-
Post new topic   Reply to topic