HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
akaun kita shirt kaabah kereta speak kisah minda kata games diari borak sambung pelekat teki teka mutiara kuiz neraka pantun bongsu anti nama video anak rampa
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Sun Oct 25, 2009 7:30 am

41.44. Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa asing (selain bahasa Arab), tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka (orang tak beriman). Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh."

Diturunkan Al Quran dalam bahasa Arab kerana ketika itu Rasul yang diutuskan adalah seorang yang berbahasa Arab untuk menyedarkan kaumnya dengan ayat-ayat yang jelas dan terang (mudah difahami).

Namun ada orang sekarang yang tertutup mindanya, nampak Al Quran pada bahasa Arab itu, bukan pada isi pengajarannya. Akibatnya mereka tidak ambil pengajaran Al Quran lagi, tetapi sekadar sebutan Arabnya sahaja. Sebab itu kita lihat, dalam mereka bermegah-megah kononnya bacaan Al Quran dalam bahasa Arabnya lancar, tetapi dalam bab berfikir, mereka jadi lembab sehingga berpecah-belah sesama sendiri bila ada perbezaan pendapat. Sedangkan lembu yang berbeza warna kulit pun boleh hidup dan makan sama-sama. Apakah mereka lebih hina daripada lembu itu?

Al Quran adalah petunjuk dan penawar bagi orang beriman. Segala penyakit-penyakit hati yang merosakkan kehidupan sesuatu kaum, dalam Al Quran itu ada penawarnya (jawapan kepada punca penyakit masyarakat). Maka, apabila kita tengok orang Melayu sekarang sudah rosak dengan pelbagai masalah baik masalah sosial mahupun masalah perpecahan atas nama agama, maka sama-samalah kita kembali kepada Al Quran untuk mencari penawarnya.

Tetapi bagi orang yang tidak beriman, yang suka hidup dalam perpecahan dan keruntuhan moral kaumnya (untuk mengambil kesempatan), maka Al Quran itu dirasakan gelap dan sukar difahami. Sebab itu mereka buat dakwaan dusta bahawa Al Quran itu perlukan riwayat hadis untuk menjelaskannya. Mereka tidak sedar, dakwaan mereka itu menunjukkan mereka buta isi kandungan Al Quran yang sudah terang dan jelas. Sesuatu yang telah sedia terang, buat apa nak disuluh-suluh lagi?

Jadi, bila kita cuba nasihat orang yang sebegitu perangainya agar kembali kepada Al Quran yang sudah terang dan mudah difahami isi pengajarannya, seperti kita memanggil mereka daripada tempat yang jauh. Mereka tidak mahu mendengar apatah lagi untuk memahami Al Quran.

Macam manalah nasib kaum mereka nak berubah jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya? Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.


_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor


Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Sun Oct 25, 2009 7:30 pm

Ada orang mengatakan Al-quran itu adalah penawar penyakit. Mereka mengambil beberapa potong ayat dari surah tertentu dan dibacakan kepada orang yang sakit itu. kadang-kadang ayat al-quran ditulis di atas kertas atau pinggan dan air rendamannya diberi minum kepada orang yang sakit itu. bagaimana pendapat juang tentang hal ini? Adakah kerana al-quran itu adalah penawar penyakit maka secara zahirnya mereka melakukan perkara seumpama ini?

terima kasih.
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Mon Oct 26, 2009 8:11 am

bayau wrote:
Ada orang mengatakan Al-quran itu adalah penawar penyakit. Mereka mengambil beberapa potong ayat dari surah tertentu dan dibacakan kepada orang yang sakit itu. kadang-kadang ayat al-quran ditulis di atas kertas atau pinggan dan air rendamannya diberi minum kepada orang yang sakit itu. bagaimana pendapat juang tentang hal ini? Adakah kerana al-quran itu adalah penawar penyakit maka secara zahirnya mereka melakukan perkara seumpama ini?

terima kasih.

Al Quran tidak kata penawar bagi rohani sahaja, tidak mustahil juga untuk jasmani, sebab Al Quran itu mengandungi hikmah. Cuma kita mungkin tidak nampak sesuatu hikmah jika tidak mengkajinya.

Jika kaedah yang Bayau katakan itu terbukti kebenarannya untuk menyembuhkan sakit jasmani, maka tidak salah digunakan sebagai cara merawat. Sebab ilmu Allah ini bercabang-cabang. Mungkin kita kena belajar dengan orang yang guna kaedah tersebut untuk memahami dengan lebih lanjut.

Tetapi jika mereka hanya guna hujah yang bersangka-sangka, dalam Quran ada sebut, pada persangkaan, tiada kebenaran. Jika kita tidak yakin dengan cara mereka itu, tinggalkanlah tanpa mencerca mereka.

Apa-apa pun, yang penting kita yakin bahawa Allah yang datangkan penyakit, dan yang menyembuhkannya. Tugas kita hanyalah berusaha sedaya mungkin untuk mencari jalan keluar daripada segala penyakit baik rohani mahupun jasmani.

Dan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jangan dah ditimpa bencana, barulah nak sedar diri.

Smile

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Mon Oct 26, 2009 9:23 am

Masalah orang Melayu sekarang terhadap Al Quran adalah terlalu mengagungkan tulisan Arab pada Al Quran. Tidak salah jika mahu belajar bahasa Arab untuk mendalami lagi pengertian isi kandungan Al Quran. Tetapi jika beranggapan baca Al Quran itu sekadar tahu sebutan Arabnya sahaja, itu yang tidak baik.

Kefasihan atau kelancaran sebutan Arab itu hanya terletak pada lidah (jasad). Apabila kita mati, jasad kita akan ditinggalkan pergi. Maknanya setakat fasih sebutan Arab itu tidak menjadi bekalan ke alam yang kekal. Ia seperti hal duniawi yang akan ditinggal pergi.

Tetapi pemahaman isi kandungan Al Quran itulah yang akan terletak pada jiwa kita. Dan itulah yang akan dibawa ke akhirat sebab jiwa kita penentu siapa diri kita yang sebenarnya.

Sekadar fasih sebutan Arab, itu bersifat luaran seperti pakaian zahir yang kita pakai. Tetapi bagi Allah, pakaian takwa itu lebih utama daripada mengejar keindahan pakaian zahir. Bagitulah kita memakai Al Quran iaitu dengan jadikan pedomannya sebagai pakaian jiwa kita. Barulah ketika mati nanti, Al Quran yang sebenarnya itu (isi kandungannya) akan menemani kita.

Zahir Al Quran dalam bentuk naskah dan tulisan Arab itu boleh dibakar dan dimusnahkan. Tetapi kebenaran dan pengajaran Al Quran itu tetap terpelihara kerana ia wujud di alam semesta ini.

Sama-sama kita renungkan bersama.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Mon Nov 16, 2009 1:35 pm

Al Quran adalah Kitab untuk menyucikan jiwa. Orang yang menyucikan jiwa itulah orang yang beruntung. Sebaliknya, sesiapa yang mengotori jiwa, pasti akan kecewa bila kembali kepadaNya nanti.

91:7. Demi jiwa dan Yang membentukkannya,
91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya,
91:10. Dan kecewalah orang yang mengotorinya.

Allah hantar kita ke dunia dengan jiwa yang suci. Takkanlah kita nak kembali kepadaNya dengan jiwa yang kotor?

Oleh itu, dalam hidupnya ini, janganlah terlalu fanatik dengan amalan agama kononnya amalan kita sahaja betul, dan yang tak sama dengan amalan nenek moyang kita, semuanya dilabelkan tak betul. Itu hanya menyebabkan hati jadi kotor.

Betul atau tidak betul, bukan tengok pada persamaan dengan amalan turun temurun. Kalau amalan itu terbukti berjaya menjauhkan kekotoran hati, maka betullah amalan itu. Jika setakat kata amalan itu sama seperti Nabi, tetapi hati jadi kotor kerana merasakan amalan itu sahaja yang Allah terima, bukankah sia-sia sahaja beramal seperti itu kerana hati sudah jadi kotor kerana riya'?

Apa erti kita bersolat kalau menganggap kita sahaja yang betul cara solatnya dan cara solat orang lain tidak betul? Padahal Al Quran tidak pun mengatakan solat yang lain caranya dengan amalan turun-temurun itu tidak betul. Apakah kita nak merosakkan jiwa semata-mata nak mengatakan solat kita sahaja yang Allah terima?

Jauhilah perkara-perkara yang boleh mengotorkan jiwa. Kelak nanti ada yang kembali kepadaNya dengan rasa kecewa. Apatah lagi setelah ada yang menasihati, tetapi mereka tidak mahu terima kerana yang menasihati itu dirasakan tiada tauliah untuk beri nasihat. Merasakan manusia lain tidak ada tauliah nak beri nasihat itu pun sudah mengotorkan jiwa.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Wed Nov 18, 2009 5:40 am

Merasa puaknya sahaja betul

5.18. Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah: "Maka mengapa Allah menyiksa kamu karena dosa-dosamu?", kamu adalah manusia di antara orang-orang yang diciptakan-Nya. Dia mengampuni bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Kepunyaan Allah-lah kerajaan

62.6. Katakanlah: "Hai orang-orang yang menganut agama Yahudi, jika kamu mendakwakan bahwa sesungguhnya kamu sajalah kekasih Allah bukan manusia-manusia yang lain, maka harapkanlah kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang benar."


Kaum Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah dinasihati kerana kebanyakan mereka merasakan bangga dengan anutan turun-temurunnya. Mereka merasakan diri mereka mulia dan memandang kaum-kaum lain hina. Seolah-olah, agama mereka sahaja betul dan dikasihi Allah, dan manusia lain yang tidak menganut seperti mereka dikatakan tidak betul atau sesat.

Mereka tidak sedar, dengan beragama secara sempit begitu (untuk menganggap puak mereka sahaja yang betul), mereka telah dihinggapi penyakit yang merosakkan jiwa. Dan mereka tidak sedar, mereka telah mencacatkan ajaran asal yang dibawa para Nabi dan Rasul mereka.

Keadaan ini sama terjadi dengan umat Islam hari ini. Ramai yang merasakan diri mereka mulia dengan amalan turun-temurun mereka. Kononnya amalan mereka itu sahajalah yang Allah terima, dan amalan lain tidak. Padahal apabila ditanya, mana bukti Allah melarang beramal cara yang lain itu, mereka tidak mampu menunjukkan bukti.

Kerana merasakan darah mereka mulia, mereka mengambil tindakan menyisihkan dan memutuskan ikatan yang Allah suruh menghubungkan, hanya kerana berbeza cara amalan dengan amalan turun-temurun mereka.

Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap itu? Bukankah itu menunjukkan dalam hati mereka ada penyakit?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor


Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Wed Nov 18, 2009 12:11 pm

Juang wrote:


Kerana merasakan darah mereka mulia, mereka mengambil tindakan menyisihkan dan memutuskan ikatan yang Allah suruh menghubungkan, hanya kerana berbeza cara amalan dengan amalan turun-temurun mereka.

Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap itu? Bukankah itu menunjukkan dalam hati mereka ada penyakit?


Benar Juang. Mereka sanggup menyisihkan dan tidak mahu berhubung dengan orang yang berbeza amalan dengan mereka. Sedangkan Allah tidak pernah suruh orang memutuskan hubungan dengan orang lain. Mereka lebih suka untuk memilih berkawan dengan orang kafir daripada orang islam yang berbeza dengan amalan mereka.

Kenapa mereka berfikiran begitu?
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Wed Nov 18, 2009 12:28 pm

Itulah punca kenapa umat Islam hari ini susah hendak bersatu. Kerana taksub pada alim ulamak terdahulu, mereka menyempitkan hukum agama untuk mengatakan amalan mereka sahaja yang diterima oleh Allah.

Apabila ditanya apakah cara lain yang tidak diajar oleh ulamak mereka yang Allah tidak melarangnya itu salah, mereka terdiam tidak membawa apa-apa bukti.

Tidakkah mereka sedar, apa erti amalan mereka itu jika kembali kepada Allah dengan membawa jiwa yang kotor merasakan amalan mereka sahaja betul, dan amalan cara lain tidak betul?

Apakah mereka jadikan agama untuk merasa angkuh dan berbangga-bangga?

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
Payau Putih
Ketua Siswa/Siswi
Ketua Siswa/Siswi


Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Points: 643
Reputation: 0
Registration date: 2009-06-30

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Wed Nov 18, 2009 8:24 pm

Salaam,

Al Quran adalah satu2nya ubat atau penwar bagi penyakit hati namun untuk penyakit lainnya terutama penawar atau ubat kepada penyakit jamani adalah tidak sesuai apatah lagi jika ayat2 Al Quran di ambil sepotong2 ayatnya.

Bagaimana jika perkara itu adalah angkara syaitan yang inging memesongkan akidah umat islam dari landasan jalan yang lurus. Syaitan akan guna bermacam2 cara untuk menyesatkan manusia......
Back to top Go down
Juang
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2737
State:
Points: 3877
Reputation: 6
Registration date: 2008-08-26

PostSubject: Re: Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati   Wed Nov 18, 2009 8:53 pm

Salam,

Benar. Jika diambil sepotong2 ayat Al Quran dalam bahasa Arab dijadikan jampi-serapah untuk menyembuhkan penyakit jasmani, itu sudah menganggap seolah-olah ayat-ayat tersebut berkuasa menyembuhkan penyakit. Sedangkan yang menyembuhkan penyakit itu adalah Kuasa Allah.

Dan Allah menyembuhkan sesuatu penyakit bila ada logiknya. Sebab itu manusia dituntut mengkaji cara-cara merawat sesuatu penyakit jasmani.

Untuk menyembuhkan penyakit jasmani, pengajaran Al Quran itu yang sepatutnya digunakan. Umpamanya tentang puasa. Puasa mengurangkan makan. Dan kebanyakan penyakit jasmani berpunca daripada makanan. Itu salah satu cara Al Quran berfungsi mencegah dan mengurangkan risiko penyakit.

Penyakit rohani pula berpunca daripada mendengar ajaran-ajaran dusta yang menyebabkan hati manusia itu merasakan puaknya sahaja benar dan memandang hina kaum-kaum lain.

_________________
SOPAN GAYO PEJUANG
Back to top Go down
 

Al Quran itu Penawar kepada Penyakit Hati

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Islam-