(Aku copy balik post ni dr topic lain untuk topic baru dan aku memohon kemaafan kerana tidak akan reply sebarang persoalan)
Salam bro..
Kesimpulan ape-ape yg dah sehari suntok aku duk mentelaah
forum ni..
Pada keseluruhan nya aku setuju apa yg korang hujahkan..
Al-Quran ni mestilah wajib difahami baru lah kita mengetahui apa yg mahunya Allah. Hujah-hujah huraian dengan nas-nas yg
menarik.. Akan tetapi, tentang pertikaian yg korang pertikai tu aku tak campur la.. tiada kesudahan nya nk berdebat ngan ahli-ahli kitab.. makin menambahkan kekufuran je dr kebaikan.. masalah pn bukan leh settle.. Tapi sebelum aku meninggalkan forum ni dan mungkin x akan kembali lg, suka aku tinggalkan sedikit wasiat yg berguna..
Hai ahli-ahli kitab yg berakal.. Sesungguhnya darjatmu aku leh kata lebih tinggi dr yg tak menggunakan kitab(Al-Quran) langsung sebagai pedoman. Tetapi ada sesuatu yg kamu terlalai nak fikirkan dgn akal mu..
Al-Quran itu tinggi dan dalam maksudnya.. Jika ditulis dgn lautan dakwat sekalipn dan ditambah lg takkan habis ilmu Allah.. Tetapi Allah mudahkan ilmu Nya itu ke dalam Al-Quran.
Perumpamaannya: Sekiranya kamu seorang yg buta huruf lalu diberikan buku untuk membacanya, siapakah yg patut menjelaskannya padamu? Bukan kah perlu ada seseorg untuk menjelaskan bagaimana membacanya supaya kamu dapat memahami nya dan membaca nya dengan cara yg benar??
Dalam Al-Quran selalu ada menyebut Allah dan Rasul-Nya..
Al-Quran dan As Sunnah Nya.. Al Kitab dan Al Hikmah..
Soalannya siapa atau apa kah ia yg di maksudkan dgn pasangan tersebut? Allah ciptakan makhluknya juga berpasang-pasangan.. Fikir-fikirkan lah dgn akal mu yg tajam..
Al-Quran itu teori yg benar dari Allah..
RasulNya itu praktikal mahunya Allah..
Sahabat2 RasulNya, Khalifah2 seterusnya dan pengikut-pengikut yg setia dan sejarah-sejarah kegemilangan Islam itu hasil kebenaranNya..
Renung-renungkanlah
Sekian..
Semoga di rahmati Allah.. Wassalam